Tetamu Kehormat...

January 12, 2011

Rakyat Mahu Anwar Berdebat Dengan Ummi Hafilda

Sangat menarik cabaran daripada DS Nazri Aziz untuk Anwar Ibrahim ini. Sebelum Anwar sibuk mahu mencabar DS Najib berdebat berkenaan isu Program 100 Hari yang dijanjikan oleh Pakatan Rakyat sebelum ini, eloklah rasanya beliau menyahut terlebih dahulu cabaran daripada DS Nazri Aziz yang "mengajak"nya secara anak jantan untuk berdebat berhubung isu APCO. Sebelum Anwar Ibrahim berhasrat untuk berhadapan dengan DS Najib, langkahlah terlebih dahulu panglima perangnya - si Nazri Aziz. Sekiranya Anwar boleh menang dengan Nazri Aziz, barulah beliau dikira layak untuk berdebat dengan DS Najib. Namun demikian, sebelum Anwar berhasrat untuk berdebat dengan DS Nazri Aziz, silalah berdebat dengan Srikandi Tun Mahathir Terlebih dahulu - si Ummi Hafilda berkenaan segala dakwaan yang telah beliau paparkan di blognya. Sekiranya Anwar Ibrahim msih berdolak-dalik, maka lupakan sahaja hasrat beliau mahu berdebat dengan Perdana Menteri. Apakah Anwar berani menerima cabaran ini? Baca laporan di bawah :

KUALA LUMPUR, 11 Jan – Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz mencabar ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berdebat dengannya mengenai Apco Worldwide sebelum membuat cabaran berdebat dengan Perdana Menteri. Nazri berkata demikian bagi mengulas kenyataan Anwar, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), yang mencabar Datuk Seri Najib Razak berdebat mengenai “Pelan 100 Hari” pakatan pembangkang berikutan kenyataan Najib yang membidas pelan itu sebagai bersifat populis dan tidak bertanggungjawab kerana tidak disertakan dengan punca kewangan bagi melaksanakannya.

“Jangan jadi pengecut. Suruh dia jawab isu Apco dulu dan debat dengan saya dulu,” kata Nazri dalam khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Bernama. Anwar sebelum ini mendakwa mempunyai dokumen bahawa Apco Worldwide, sebuah syarikat perhubungan awam antarabangsa mempunyai kaitan dengan penubuhan gagasan 1 Malaysia dan kempen ‘One Israel’, walaupun kerajaan mendedahkan dokumen yang menafikan dakwaannya tersebut.

Berikutan kegagalan Anwar untuk mengemukakan bukti mengenai dakwaannya di persidangan Dewan Rakyat pada penggal yang lepas, beliau telah digantung daripada menghadiri persidangan itu untuk enam bulan selepas Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen mendapati beliau berbohong. Sementara itu, Menteri Penerangan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata tindakan Anwar mencabar PM hanyalah gimik lama dan hanya mahukan publisiti.

“Saya tidak fikir PM akan jatuh dalam perangkap ini. Anwar dalam keadaan tersepit akan mengambil apa sahaja peluang untuk menyanggah data dan informasi ataupun usaha Perdana Menteri dalam apa-apa hal. “PM melahirkan hujah yang menyakinkan dalam apa yang dilaksanakannya dalam tempoh setahun lebih. Kita sudah yakin bahawa informasi itu boleh dipertahankan,” katanya kepada pemberita selepas bertemu petugas Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) di sini hari ini. Sambung bacaan anda di sini...

5 comments:

santauangin said...

Persoalan nya adakah Al Juburi ni berani nak berdebat dgn Umi tu. Dgn Shamsiah boleh lah dia "BERDEBAT". Yg aku tahu si jubok ni memang tak berani kalau nak berjumpa dgn Umi ni kerana semua rahsia dia ada kat Umi tu. Jadi mahu tak mahu dia diamkan sahaja lah cabaran ini.

goodlistener said...

ALJUBURI JGN TAKUT LAWAN MESTI LAWAN.........TERLONDEH LAH SEMUA DI MANA NANTI KAK AZIZAH, NURUL IZZAH DAN ANAK2 NAK SEMBUNYI MUKA....LAWAN TETAP LAWAN TAPI AKU YAKIN MELEBIHI 100% YG ALJUBURI INI TAK BERANI NAK BERSEMULA DGN UMMI........PELIWAT DAH TERKEDU...HA HAH HA HA HA

dzimba MMIM said...

kali ini otak biol si nazri tu boleh dipakai jugak yer. Baru la best camni

Anonymous said...

Sebenarnya Nazri tu nak menjaga air muka Najib...takut kalau kalau Najib jadi macam Shaberi Chik...menyembur2 air ludah ketika menyangkal hujah DSAI dalam debat dulu.

Kalau terjadi nanti, malulah 1M'sia nanti ye...

He he

Muhammad Azli Shukri said...

terima kasih komen tuan2