Tetamu Kehormat...

January 20, 2011

Polemik Kenyataan Mahathir : Orang Melayu Singapura Mula Marah?

Saya juga mempunyai banyak kenalan orang Melayu warga Singapura. Rata-rata mereka sering mendakwa bahawa orang Melayu di Malaysia jauh lebih beruntung daripada orang Melayu di Singapura. Saya tidak tahu berapa ramai yang bersetuju dalam hal ini. Namun demikian, saya percaya kenyataan Tun Mahathir yang mendakwa orang Melayu di Singapura terpinggir dan ketinggalan. Saya tidak hairan sekiranya terdapat beberapa kerat orang Melayu Singapura yang marah dan menyanggah pandangan Mahathir itu - namun demikian, hakikatnya orang Melayu di Singapura sememangnya terpinggir!

Sebilangan kecil orang Melayu Singapura yang tidak bersetuju dengan kenyataan Mahathir seperti di atas, pada hemat saya merupakan orang Melayu Singapura yang mungkin mendapat sedikit kedudukan dan habuan daripada kerajaan Singapura, atau mungkin juga kehidupan, cara berfikir dan budaya mereka sudah tidak lagi menggambarkan orang Melayu. Kebiasaannya, orang Melayu yang tidak sedar diri - sering bermula dengan gaya hidup yang sudah pun hampir berubah seratus peratus daripada kehidupan asal mereka - malah, mereka rasa lebih selesa dengan budaya dan cara hidup bangsa atau komuniti di tempat permaustatin mereka. Bahkan terdapat juga dalam kalangan mereka yang tidak lagi fasih bertutur dalam bahasa Melayu.

Dengan kata lain - "Melayu" pada diri mereka hanyalah sekadar nama yang diwariskan turun-temurun. Tidak lebih dan tidak kurang daripada itu. Melayu Singapura jenis ini lebih menekankan sifat individualistik dan tidak melihat bangsa Melayu secara holistik. Mereka seolah-olah mahu orang Melayu meniru atau menjadi seperti diri mereka, yang kononnya berdaya saing dan kuat bekerja untuk berjaya. Padahalnya tidak semua orang Melayu mampu menjadi seperti mana yang mereka gambarkan itu. Oleh kerana itulah dalam Islam terdapat orang yang kaya dan orang yang miskin.

Jangan berhujah dengan kenyataan, "kalau aku boleh, orang lain pun mesti boleh" - ini semua kata-kata mengarut. Terlalu banyak perbezaan antara kehidupan orang Melayu di kampung dengan kehidupan orang Melayu di bandar - orang Melayu di kampung mesti dibantu! Apakah di Singapura masih ada kampung untuk merasai segala kepayahan hidup orang kampung yang sebenar? Pada anggapan saya, orang Melayu yang begitu "seronok" dan gembira hidup di bawah Lee Kuan Yew - adalah orang Melayu yang bukan lagi Melayu. Golongan ini sudah banyak berubah, baik dari segi pemikiran, mahu pun cara hidup. Mereka sebenarnya sudah pun serasi dengan corak kehidupan masyarakat Cina Singapura - itulah hakikat yag tidak boleh dinafikan! Baca laporan Bernama di bawah :

1. BEKAS PERDANA MENTERI Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad telah menjadi topik hangat di sini apabila ulasan-ulasannya mengenai nasib Melayu Singapura menjadi polemik dan mendapat kritikan pedas beberapa orang Melayu setempat. Akhbar Berita Harian Singapura telah menyiarkan beberapa surat daripada pembacanya sepanjang minggu lepas yang mengecam Dr Mahathir kerana sering memberi ulasan mengenai nasib Melayu republik itu yang telah terpinggir dan ketinggalan.

2. Dalam ruangan forum akhbar itu, seorang pembaca Haji Sallim Haji Ahmad menulis bahawa beliau rasa tercabar mengikuti ulasan Dr Mahathir yang membuat kenyataan yang tidak berasas bahawa Melayu republik itu terpinggir dan tertinggal. "Inilah hujah kegemarannya yang pedas dan luncas setiap kali mempersoalkan masalah yang menghambat Melayu Malaysia yang belum lagi terpinggir pada logika Dr Mahathir. “Kekerapan ungkapan yang menjadi sandarannya ialah menegaskan bahawa Melayu Singapura terpinggir sehingga akhir dunia,” kata Sallim.

3. Katanya Dr Mahathir yang terbuai dengan populariti di alam siber dan blog suka menggunakan Melayu Singapura sebagai contoh. Penulis itu juga mempertahankan kedudukan Melayu Singapura dengan menyatakan kaum itu maju tanpa menagih subsidi dan kedudukan agama Islam di Singapura terpelihara dan berkembang walaupun ia bukan agama rasmi. “Kita tidak kontang jenayah, tapi yang ditugaskan beramanah. Rasuah di sini wujud, tetapi tahapnya tidak mengejut. Sumbang mahram itu keji, dahsyat lagi buang bayi. Mat Rempit bukan hambatan, tabiat lepak bukan amalan,” ungkap Sallim.

4. Seorang lagi pembaca, Hajah Kamariah Lim Li Hwa menegur Dr Mahathir bahawa sebelum membuat apa-apa kenyataan tentang orang Melayu Singapura, diharap beliau “menyelidik dulu keadaan kami.“ “Kami orang Melayu Singapura berasa senang hati dan bersyukur kerana pemerintah Singapura menjalankan amanah dengan telus,” katanya. Menurutnya, walaupun Singapura bukan negara Islam, kebanyakan undang-undang di Singapura tidak ada yang bercanggah, malah sejajar, dengan ajaran Islam. Hajah Kamariah berkata kemungkinan Dr Mahathir (bersikap demikian kerana) berurusan dengan seseorang individu (rakyat Singapura) yang tidak berpuas hati atas beberapa dasar pemerintah Singapura kerana tidak dapat memenuhi kepentingan diri sendiri.

5. Seorang lagi pembaca, Eusope Musawa menulis Melayu Singapura hidup dengan selesa dan 'duduk sama rendah, berdiri sama tinggi', dan mereka ada kebebasan dalam hal agama dan pelajaran mereka juga setaraf dengan penduduk masyarakat lain. “Tun Dr Mahathir sepatutnya menasihatkan orang Melayu Malaysia agar belajar daripada orang Melayu Singapura bagaimana boleh maju. Saya berharap kenyataan beliau akan membakar semangat orang Melayu setempat untuk terus maju,” tulis Eusope.

6. Bagaimanapun, seorang pembaca yang menamakan diri beliau, Walid Jumblatt Abdullah menulis dalam forum akhbar itu semalam, bahawa beliau amat gembira sekali apabila melihat masyarakat Melayu Singapura bergegas menyangkal kritikan Dr Mahathir. Katanya, “Alangkah baiknya kalau masyarakat Melayu begitu cepat sekali bertindak ketika masalah-masalah seperti keluarga pincang, keruntuhan akhlak, keputusan pelajar kurang memuaskan berbanding kaum lain dan sebagainya timbul untuk menangani masalah-masalah tersebut.”

7. Menurutnya, memang tidak dinafikan, Dr Mahathir sering mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang kontroversial dan tidak semestinya semua yang dinyatakan beliau adalah benar. Namun, setiap manusia ada kelemahannya, katanya, dan beliau amat terkejut apabila melihat surat-surat yang mengutuk Dr Mahathir, malah, ada yang menggunakan kata-kata agak keras sehingga mengecapnya “seorang tua yang nyanyuk”. Walid berkata walaupun jika seseorang yang mempunyai pandangan yang berbeza dengan orang lain, tidak perlulah digunakan bahasa sedemikian kerana sikap serupa itu memang bukan daripada budaya Melayu itu sendiri.

8. Katanya Dr Mahathir adalah satu-satunya pemimpin Melayu yang dikenali di seluruh dunia, bahkan beliau disanjung dalam Dunia Islam. “Walaupun beliau mempunyai kekurangan sendiri, beliau terlalu banyak berjasa kepada dunia Islam: sering sekali beliau memperjuangkan isu-isu yang tidak sama sekali diperjuangkan oleh pemimpin-pemimpin Islam di mana-mana sahaja, seperti isu Bosnia (Herzegovina), Kosovo, Somalia, Sudan, Palestin dan lain-lain lagi,” tambah Walid.

9. Menurutnya, Dr Mahathir dicalonkan oleh empat kumpulan badan bukan kerajaan (NGO)dari Bosnia-Herzegovina, dua daripada empat kumpulan ini adalah kumpulan Kristian, untuk memenangi Hadiah Keamanan Nobel pada 2007. “Setahu saya, beliau pemimpin Melayu pertama dicalonkan bagi anugerah penghargaan tersebut,” jelas Walid.

10. Mengulas komen seorang pembaca yang mengatakan tidak ada pembangunan bagi orang Melayu di bawah kepimpinan Dr Mahathir, Walid bertanya, “tahukah anda bahawa kadar kemiskinan di Malaysia telah dikurangkan sebanyak 80 peratus sewaktu Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri?” Bahkan, katanya kemajuan Malaysia diiktiraf seluruh dunia sehinggakan negara itu digelar sebagai “Harimau Asia” oleh IMF (Dana Kewangan Antarabangsa) kerana kemajuan ekonominya.

11. Walid berkata Dr Mahathir telah menaikkan martabat bangsa Melayu di mata dunia, dan, “Janganlah kita dibutakan kebencian kita terhadapnya sehingga kita tidak mengiktiraf jasa-jasa beliau kepada dunia Melayu dan dunia Islam.” “Juga, janganlah dengan kita mengambil sikap defensif terhadap kritikan orang luar, kita tidak melihat masalah-masalah dan kekurangan masyarakat kita sendiri,” tambah Walid. - Bernama

15 comments:

Anonymous said...

salam,

nak komen sokong buat apa..jangan main-main mahu kena mark dengan SB Singapura..mana boleh cakap main-main sana...

Khutbah Jumaat pun kena hantar salinan KDN sana check tiap-tiap minggu, apa kes? Islam equal terrorisme ke? Bab ni (khutbah) lagi baik nasib umat Islam di kebanyakan negara barat daa..

Anonymous said...

itu melayu PKR PAS ngan DAP... hahahahaa... melayu dok flet jer... azan jumaat pun x boleh..... imam pun kena kuatkan suara agar makmum ditingkat atas boleh dengar... dasar melayu singapork ...hahahhahaha

Anonymous said...

tak boleh cakap sembarangan kerana dinding ada telinga. Apa saya nak kata Melayu Singapura yang ada kedudukan hanya segelintir tapi ya ya papaya. Mereka nak berkawan tengok status. Ada yang tak percaya masih ada orang Melayu Singapura tinggal dalam khemah. Yang tinggal rumah flat sewa pun kebanyakan Melayu. Rumah sewa pula ada yang satu atau dua bilik tidur tapi kebanyakan rumah flat sewa tak ada bilik. Jadi mereka akan bertukang cari papan buat partisan jadikan bilik itu yang boleh terjadi sumbang mahram. Siapa cakap tak ada. Ustaz Abu Talib yang bini ramai pun bedal anak perempuan dia!! Apa Tun cakap benar. Melayu mudah lupa. Banyak aku nak coret.

Anonymous said...

memang melayu singapore egoist (bukan semua )..tak nak ngaku yg mereka tak leh bersuara..tgk saja dalam perkhidmatan keselamatan singapore..adaka jenderal jenderal melayu..ada ka..pilot pilot fighter jet dikalangan org melayu...kalau tak caya cuba tinggal disingapore..apa pandangan msyarakat cina terhadap org melayu..ultra kiasu cauvenist..tak ada pon jutawan melayu kat sana..berapa kerat saja yg dok dok umah bungalow..lain semua dok umah flat..apa pun Malaysia lagi baik..!!

Anonymous said...

January 21, 2011 3:21 AM

ego mereka menyebabkan mereka tersangkut pd tahap apa yg mereka ada sekarang.. mereka tak daya nak mengkaji kedudukan relatif mereka (kalau kaji bukan boleh bersuara pun), dan mungkin tak sangup nak compare kualiti kegembiraan dngn melayu malaysia.

driver teksi berlagak nak mampus.. balik kerja, menyendat kat flat sempit jugak// cuba jalan2 di geylang, flat2 malam2.. mereka terpaksa turun bawah nak elak crowded dlm rumah.. we malysian see that.. and we avoid to be like that

Anonymous said...

Orang minoriti memang mentalitinya begitu.Sifat2 'ketuanan' diorang dah pupus,diorang lebih selesa jadi bangsa pengikut telunjuk saja.

Majoritinya memang sombong bodoh.Orang Johor tahulah perangai Melayu singaporah ni.Ini semua hasil didikan tuan cina mereka jugak.Kalau tuannya kiasu,rakyatnya ultra kiasu.

Kalau kita kesian dia,dia akan melenting cakap negara diorang majulah,bukan bangsa subsidilah,semua serba lengkap,serba cukup,serba sempurna,lebih baik diperintah cina drp Melayu blablabla.Tak sedar yg maju tu siapa,yg menguasai ekonomi,politik dan segala2nya tu siapa.

Berapa persen penguasaan ekonomi Melayu di sana?Berapa ramai yg jadi menteri?Jeneral?Boleh pegang senjata ke?Boleh azan kuat2 ke?Boleh bersuara ke?Boleh komplen itu ini ke?

Macam biasa bukan semualah.Ada juga segelintir yg masih sedar diri.

Anonymous said...

Orang Melayu mudah dibeli.
Yg kedua bodoh sombong.
Yg ketiga,bila senang sikit,lupa asal usul,lupa bangsa dan lupa diri sendiri.
Yg keempat,kalau sesama Melayu,tak bolih terima Melayu lain lebih cerdik atau lebih kaya TAPI pada kaum lain kita sangat hormat,cina tongkang pun kita panggil towkay.
Poooodah.

Marwan said...

Inilah Melayu Singapura yg tidak sedar diri. Bukan Tun Det menghina tetapi mau mendedahkan 'grand-plan' Lee Kuan Yew.

Sy mau berkongsi pengalaman sy bekerja di Singapura tahun 1989 dgn Keppel Engineering (S) Pte Ltd anak syarikat gergasi Keppel Shipyard atau Keppel Group. Maaf bukan utk bangga diri atau sombong dan bongkak ya!

Di hari pertama sy telah dapat makan tengahari di 'Control House' atau 'Executive House' di mana rata-rata semuanya org Cina tiada satu pun Melayu, jadi sy pun bertanya kepada staf Melayu, petang itu. Jawapannya amatlah sedih sekali, kata staf sy org Melayu layak jadi buruh kasar sahaja bukan eksekutif di Singapura ini.

Jadi hingga ke hari ini siapakah yg beruntung? Yg dari Malaysia atau Singapura?

Itulah kuasa politik sesebuah negara! Fikirkanlah saudara2ku di Singapura. Bangunlah dgn cara apa sekali pun. Insya Allah kami selalu di belakang anda!!!

Anonymous said...

Aku pernah pergi Singapura kira-kira 15 tahun yang lalu. Pada masa itu aku terbaca dalam akhbar Straits Times versi Spore Lee Kuan Yew berkata orang Melayu tidak boleh dipercayai.

last bloodz said...

sejak azali lagi dh mmg macam 2..

Anonymous said...

Aku kalau dibayar sekali pun untuk pergi ke Singapura aku tak hingin.

Tarikannya tak ada. Barang mahal. Duitnya tinggi.

Tapi orang Singapura kalau tak datang ke Malaysia, mereka tak senang duduk.

Tarikan di Malaysia terlalu banyak. Barangnya murah. Tempat nak dilawat banyak dan menarik.

Muhammad Azli Shukri said...

terima kasih komen tuan2

Muhammad Azli Shukri said...

last blooz - dah tak boleh buat apa

Anonymous said...

Korang semua bangang betul.

Berikut ucapan Lee Kuan Yew pada 1965.

"Dan di Singapura,pendekatan kami adalah untuk jangka panjang. Saya tidak percaya
Melayu dapat dibantu hanya dengan memberinya beberapa lagi syiling emas di sakunya. Tapi
saya fikir mereka dapat dibantu dengan nutrisi yang lebih baik, perumahan yang lebih baik dan sudah pasti,pendidikan lebih baik. Dan kami memberikan pendidikan percuma dari sekolah ke Universiti untuk pelajar Melayu
yang kami tidak memberikan kepada orang-orang kita sendiri yang bukan Melayu.Dan dengan cara ini, bahkan satu,
mungkin dua atau bahkan tiga generasi,anda akan membina generasi baru
Melayu yang akan menjadi setara dengan semua yang bukan Melayu."

Sumber: http://stars.nhb.gov.sg/stars/tmp/lky19650315a.pdf

Anonymous said...

MELAYU MUDAH LUPA. -Tun Dr. Mahatdir-