Tetamu Kehormat...

January 31, 2011

Pengajaran DUN Tenang : Lagi Keluhan Rakyat Jelata!

Saya siarkan satu lagi komen daripada seorang pembaca setia blog saya bernama Dakwan - dalam posting saya sebelum ini. Harapan saya agar UMNO/BN mendengar rintihan rakyat yang selama ini menyokong penuh kerajaan seperti saudara Dakwan ini. Baca komen beliau : TUAN, BLOG TUAN memang saya layari setiap hari bersama blog-blog pro-kerajaan yang lain. Analisis tuan berkaitan undi Cina amat bertepatan dan perlu diambil berat oleh PM kita. Gula-gula untuk mereka tidak lagi bermakna. Tabur lah sekilang gula pun mereka pasti akan menolak BN.

Pada pandangan saya, mereka inginkan Malaysia ini. Itu pasti. PRK-PRK sebelum ini tidak menampakkan laluan mudah untuk BN pada PRU yang akan datang. Saya tidak yakin yang BN akan mendapat semula majoriti lebih 2/3 seperti dulu. Saya bukan ahli UMNO tetapi penyokong UMNO/BN sejak dulu lagi. Tidak ada parti politik Melayu lain di Malaysia yang jelas pendirian selain UMNO. Beberapa isu yang perlu UMNO/BN kenal pasti untuk PRU akan datang:

1. Semua kawasan undi majoriti Melayu perlu diletakkan calon UMNO, bukan lagi MCA. Parti MCA perlu diletakkan di kawasan majoriti Cina untuk berentap dengan DAP. Kita tengok sokongan terhadap MCA. Saya melihat orang Cina sudah semakin yakin bahawa melalui PR, mereka akan dapat Malaysia ini. Perkara yang mereka idamkan sejak puluhan tahun dahulu. Saya amat yakin perkara ini. Entah apa yang akan berlaku kepada Melayu jika perkara ini berlaku. Saya ada sebab tersendiri kenapa saya berkata sedemikian dan saya yakin dengan telahan saya. Sebelum ini, saya tidak kisah siapa calon asalkan lambang dacing. Kawasan undi saya adalah majoriti Melayu tetapi calonnya dari MCA. Mungkin selepas ini saya akan memikirkan semula kerana tindak tanduk MCA/Cina yang semakin meragukan. Saya menyokong 100% pandangan tuan.

2. Isu rasuah perlu dibanteras oleh kerajaan dengan sebaik-baiknya. Isu ini yang paling besar memakan UMNO/BN. Imej UMNO adalah rasuah. Perkara ini yang paling utama yang perlu dibersihkan. Tanya la sesiapa pun berkenaan isu rasuah ini, mereka pasti akan mengaitkan dengan UMNO/BN.

3. Pengundi muda perlu dirapati. Aspirasi mereka perlu difahami. Saya adalah sebagai salah seorang golongan ini dan ramai kawan-kawan saya menolak UMNO. Kenapa? Kerana isu (2) seperti disebutkan tadi. Dan kebanyakan mereka adalah pengundi atas pagar dan ada lagi sebahagian mereka tidak langsung berdaftar sebagai pengundi. Mereka masih 'complacent' dengan apa yang ada sekarang. Walaupun saya menerang sebaik mungkin akan kepentingan mengundi, tetapi mereka masih menyatakan tidak perlu kerana tidak ada apa yang mereka dapat. Mereka tidak sedar bahawa 'kesenangan' sekarang disebabkan payung politik UMNO yang masih kuat walaupun sudah nampak kebocoran di sana-sini. Payung politik ini pasti akan hilang suatu hari nanti. Ketika itu mereka akan menangis.

Itu adalah pandangan saya semata-mata dan saya berpegang teguh kepada pandangan di atas. Insyallah, saya akan terus membaca blog tuan dan memberi sedikit ulasan pada masa-masa akan datang. Semoga Allah memberi kerahmatan dan kekuatan kepada tuan untuk terus membantu menentang kemungkaran dan kemusnahan yang sedang dibawa oleh PR.

10 comments:

Hang Nadim said...

Kaum CIna semakin jauh.. keputusan dari peti Undi Labis Tengah sudah cukup menceritakan semuanya.. mungkin Kaun CINA sudah terpengaruh dengan dakyah DAP & PKR. PM Najib perlu mengambik kira semua ini sebelum membubarkan PARLIMEN. DEpan DS Najib, memang mereka senyum.. tapi dibelakang.. DAP yang menajadi tok dalang. ANWAR menjadi patung kepada DAP dan LIM anak beranak..

Anonymous said...

MCA bukan sebuah parti yang kuat.
Nasib bangsa Melayu bukan ditangan DAP.
Nasib bangsa Melayu bukan ditangan PAS.

Hanya UMNO yang memahami nasib bangsa Melayu. Jangan diharap dengan PAS, kesemuanya hendak dilacurkan. soal agama, ekonomi, sosial, akedamik dan pembangunan. Kesemuanya hendak dilacurkan demi kuasa politik yang tidak kemana.

Jadi kawasan MAJORITI MELAYU, wajib dikembalikan kepada UMNO. MCA dan DAP tidak nampak perbezaan ketara. Yang jelas persamaan, mereka hanya berjuang untuk bangsa CINA SAHAJA.

AdamAmin
Jerlun, Kedah.

ikan emas said...

saya suka entri ini dan entri sebelumnya..mohon dicopy.

walaupun dah jelas analisa, pandangan dan post mortem yang dibuat..nampaknya balik asal juga la.

toleransi, tolak ansur, keadilan, kesamarataan...dan ntah apa ayat lagi nak guna
tapi biarlah bertempat..jangan terlepas apa yang dah ada sebab nak mencapai buah yang tak tentu boleh dimakan..

mack said...

SALAM BUAT SAUDARA TUAN PUNYA BLOG. PRK dun TENANG telah berlalu dan banjir belum reda lagi rakyat tenang yang masih belum tenang lagi kerana mereka bimbang dengan masaalah banjir dan selepas banjir tapi yang nyata pesta selama 10 hari telah berakhir pemimpin datang akan pergi entah bila mereka nak datang lagi.....Pengajaran dari dun TENANG ialah pandangan para prmimpin DAP apa tidak nya PAS kalah BN menang DAP pula berjaya apa yang mereka idamkan mungkin berjaya pada kali ini iaitu kerusi parlimen LABIS apa tidak nya kawasan tersebut majoriti kaum cina dapatkah kita memilirkan nya persoalan ini. Di malaysia parlimen kita terbahagi hanya kepada 2 kelompok kaum sahaja melayu/cina...majoriti melayu hanya 130 kerusi sahaja dan bukan melayu 92 kerusi dan dimana melayu...dari 92 kerusi mungkin DAP akan menang dalam 80 kerusi ini tidak mustahil kerana berdasarkan kerja keras DAP sementara orang2 melayu selesa bila ada PRK/PRU baru sebok nak buat itu nak buat ini sedangkan pada masa itu sudah terlambat....lihat di DUN tenang pemimpin melayu mana yang tak turun padang tapi lepas itu dia ada tak buat follow-up comeback bayang pun tak ada......contoh di hulu selangor sedangkan PR melalui DAP saban minggu pemimpin mereka turun kepadang kerana apa sebab nya di sini ada DUN yang mereka boleh menang iaitu DUN KUALA KUBU...harap2 pemimpin melayu mula menyedari akan perlu nya mereka turun ke padang untuk melihat kesusahan rakyat.....Teguran yang sedikit ini boleh membuka mata para pemimpin bagaimana harapan rakyat yang dahagakan perubahan...TK

Anonymous said...

1. BN menang besar, jadi boleh lah bubar parlimen untuk PRU13.
2. UMNO ambil kerusi MCA, itu cadangan bergeliga.
3. DUN Merlimau, baik test market untuk PKR pulak.
4. Siapa pernah pool, ingat balik istilah 'hustler', ini yg tersirat dlm by-election ini.

DR NO

Anonymous said...

Bangsa Cina aspirasi mereka buakn seperi bangsa Melayu atau India.
Mereka berpegang pada prinsip
Suatu masa dulu mereka menyokong BN UMNO pun atas dasar untuk membina kekuatan dan kekayaan ekonomi supaya kukuh dahulu

Setelah fasa itu berjaya, mereka akan meneruskan agenda, tidak gentar lagi untuk menuju ke fasa menguasai politik Malaysia (semoga Allah SWT jauhi kaum2 kuffar ini memerintah Malaysia)

Kesilapan UMNO ialah terlalu 'baik hati' dengan ugutan Cina, takut dan lemah.
UMNO terlalu menjaga hati Cina tidak bertempat, sehingga anak anjing Namewee tu masih bebas happy walaupun telah bersiri-siri menghina Islam dan bangsa melayu..

Melayu telah di pupuk oleh UMNO supaya toleransi berlebihan terutama di zaman Tun Mahathir sehingga akhirnya jadi lama kelamaan toleransi itu bersifat bodoh dan diperbodohkan.

UMNO pulak terlalu stereo taip dalam menghadapi situasi begini. Tiada langsung 'ugutan' atau tindakan provokatif terhadap bangsa Cina yang kelihatan besar kepala dengan isu perkauman seperti sekolah jenis kebangsaan, isu tanah dan hal-hal berkaitan Melayu dan Islam.

PRU13 UMNO mesti keluar dari kepompong tradisi yang banyak memperkudakan diri untuk bangsa lain terutama Cina. Kita terlalu ikut syarat2 Cina dengan harapan untuk mendapatkan sokongan politik mereka. Padahal mereka sedang melengkapkan satu persatu puzzle block yang diperlukan untuk mereka menguasai Malaysia ini seperti yg dimodelkan oleh Singapura..

UMNO mesti kenal siapa rakan, siapa musuh, siapa musuh dalam selimut..

Mereka bukanlah bangsa yang kenal erti balas budi, kerana culture mereka ialah mengejar kekayaan dan kuasa walaupun sampai mati...

so..masih tidak faham lagikah UMNO dalam hal percaturan politik BN..
Semoga formula terbaik diperolehi untuk PRU13 nanti..

Mohd said...

Di PRU13 nanti BN letaklah calon Melayu di kawasan majoriti Melayu. Letaklah Cina di kawasan majoriti Cina.
Sebab nampaknya kaum Cina sudah sepakat utk memenangkan PR supaya mereka boleh berkuasa penuh spt yg berlaku di Penang dan Selangor.
PAS haruslah bertekad utk bergabung dgn UMNO utk mengujudkan Kerajaan Perpaduan utk suvival kaum Melayu di masa depan.

Anonymous said...

Satu daripada cara merapati pengundi muda dan atas pagar yang berpendidikan tinggi ialah dgn memberikan keringanan beban hutang pelajaran yang kena bayar balik kepada kerajaan.

Zul Rais said...

Saya setuju dengan pendapat tuan tetapi keputusan meletakkan calon ditentukan oleh kepimpinan tertinggi. Kalau semua parti komponen boleh menerima pendapat ini, bolehlah berlakunya perubahan.

Anonymous said...

*Anonymous said...
Satu daripada cara merapati pengundi muda dan atas pagar yang berpendidikan tinggi ialah dgn memberikan keringanan beban hutang pelajaran yang kena bayar balik kepada kerajaan.*

sy sgt setuju dgn kenyataan ini. sy seorg pengundi muda, dan sgt faham dgn kehendak para pengundi muda yg lain. dgn cara melangsaikan (wlaupun dgn cara meringankan sedikit pun) PTPTN, sy yakin BN akan dpt menawan hati mereka ini. wlaupun sy penyokong kuat BN, tp sy jarang melihat pengundi2 muda ini menyokong kerajaan. mungkin atas dasar ini mereka enggan menyokong BN.