Tetamu Kehormat...

January 29, 2011

PAS Akui Tersilap Pilih Calon : Mahfuz Minta Lupakan Kisah Lama Normala

Akhirnya PAS - melalui lidah Mahfuz Omar terpaksa mengakui bahawa segala "masalah peribadi" yang membelit rumah tangga Normala-Maarof merupakan "kisah silam" yang perlu dilupakan sahaja. Hal ini secara tidak langsung membukti bahawa segala pembongkaran yang dilakukan oleh blogger-blogger pro-UMNO mempunyai asas yang kukuh. Selama ini siapakah yang sangat galak membuka aib dan memburuk-burukan calon UMNO/BN? Masihkah kita lupa bagaimana calon UMNO untuk DUN Permatang Pasir, saudara Rohaizat dilayak habis-habisan semata-mata beristeri dua? Kerja-kerja melondehkan peribadi calon asalnya adalah daripada puak-puak PAS sendiri, jangan salahkan orang lain kalau kali ini terkena batang hidung sendiri. Nah, sekarang Mahfuz sendiri tergagap-gagap untuk mempertahankan masalah peribadi Normala.

Pada saya, yang penting PAS sudah pun mengakui bahawa mereka sebenarnya tersilap memilih calon. Calon PAS yang diketengahkan sekarang, tidak hanya mempunyai sejarah perkahwinan yang tidak enak didengar oleh masayarakat setempat, bahkan suaminya juga mengalami masalah psikologi kemurungan yang memerlukan rawatan lanjut - soalnya bagaimana nasib rakyat di DUN Tenang, kalau Normala menjadi wakil rakyatnya? Sedangkan pada masa yang sama beliau terpaksa menumpukan perhatian sebagai isteri untuk menjaga suaminya yang sedang menderita masalah "kemurungan"? Fikir-fikirkanlah : Baca laporan di bawah :

LABIS, 29 Jan: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mendakwa Umno kini terpaksa defensif berdepan kempen Pakatan Rakyat pada PRK Dun Tenang sehingga terpaksa membuat serangan peribadi terhadap calon PAS, Normala Sudirman. Katanya, kerana tersepit dengan serangan Pakatan Rakyat, Umno terpaksa membangkitkan isu rumahtangga terdahulu Normala dan menyerang suami calon, Maarof Abd Mutalib berhubung isu cuti sakit.

"Saya fikir ini sejarah lah. Ini menggambarkan ketidaktamadunan pemikiran Umno BN. "Kita tidak sentuh pun soal isteri calon BN, sebab yang bertanding dia, bukan isteri dia," katanya pada sidang media PAS hari ini. Mengulas isu serangan perkahwinan dahulu Normala, Mahfuz berkata ianya satu perbuatan melampau kerana boleh mengaibkan keluarga yang terlibat.

Dalam kempen di Tenang kali ini, Mahfuz mendakwa Umno secara gelap membangkitkan soal perkahwinan terdahulu Normala. Beberapa kain rentang turut dipasang berhubung perkara itu yang mempersoal siapa Maarof. "Termasuk juga isu Chua Soi Lek berkenaan kes dia, VCD dia sebab yang akan malu bukan sahaja dia, anak dia, isteri dia dan keluarga dia," tambah Mahfuz lagi. Menyentuh isu cuti sakit Makrof yang dimainkan Umno pula, Mahfuz berkata Umno sebenarnya hilang punca setelah gagal menyerang peribadi calon PAS.

8 comments:

Wanredone said...

Salam..... Tomorow News TODAY!

Tahniah Tok Ai, Tahniah BN! Menang dengan Tenang & Senang, syabas!

Jumlah pengundi: 14753

Melayu 7014
Undi : BN 4536
PAS 696

Cina 5765
Undi: BN 2789
PAS 1279

India + 1974
Undi : BN 1298
PAS 281

BN 8623
PAS 2256

Majority 6367

Wanredone said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Salam...

Itulah otak Mr Bean ni... kalau bab memaki hamun sentiasa di mulutnya...

Betul tu, masa Rohaizat diaibkan, rumahtangganya juga runtuh puak2 pas ni ketawa terguling2. tapi bila kena batang hidung parti di suruh lupakan kisah silamnya..

dani_sanin said...

Siapa yg ketawa smpai berguling2 tuh? boleh sebutkan nama?..
atau sngaja nak panaskan cerita karut ni..

Anonymous said...

Wanredone,

Esok baru mengundi macam mana lu boleh agak dia punya result? Pakai bomoh ka?

Anonymous said...

yang hak tetap hak yang batil tetap batil bn mampu menang insyaallah

Anonymous said...

aku nak jumpa bomoh hujan , minta doa supaya hujan ke Merlimau esok

Anonymous said...

DANI SANIN, HANG KATA CERITA KARUT. SELAMA NI SETIAP KALI CERAMAH, SETIAP KALI PILIHANRAYA, TUKANG SALAK HANGPA KERJA LAIN TAKDA ASYIK DOK LONDEH SELUAR ORANG SAJA..HANG TAK TAU KA ATAU SPESEIS BENGAP JUMUD..AKU INGAT LAGI DULU ADA SEORANG PEMIMPIN PAS KATA CUCU TUN MAHATHIR TENGOK BLUE FILM DALAM BILIK DIA...TUN TERGELAK DAN TANYA BILA PULA MAMAT TU MASUK KEDIAMAN PM....BILA ORG PRESURE, ALIH2 MENINGGAL TERUS..NI SEMU KERJA SAPA..LANI PUN PERANGAI CAMTU TAK HABIS2 LAGI..MAFPUS TU SAMALA INGAT BAIK SANGAT. AKU ORANG KEDAH TAULA