Tetamu Kehormat...

January 19, 2011

PAS 2011 : Di Sini Bulan Mula Retak!

Saya tertarik untuk bersama-sama berkongsi pembacaan dengan rencana tulisan saudara Tarmizi Md Jam yang disiarkan di Malaysia-Intinct di bawah ini. Sangat menarik dan wajib direnungi siapakah PAS yang sebenarnya, baca tulisan beliau ini. 1. KALAU KITA MENGKRITIK, mengutuk dan mengetawakan PAS, orang-orang PAS akan menuduh kita sebagai jahil agama, cetek pemikiran, penyokong kerajaan tegar dan mungkin juga kafir. Tetapi salahkah kita memandang rendah terhadap PAS jika mereka sendiri merendahkan diri iaitu taraf pemikiran dan maruah mereka dengan menukar-nukar prinsip perjuangan sesuka hati ‘mak bapak’ mereka? Manakan kita tidak mengetawakan PAS apabila mereka mati-matian juga di masa yang sama menafikan pula bahawa mereka menukar prinsip walaupun jelas terbukti melalui ceramah, kenyataan akhbar atau video yanga dikeluarkan oleh media mereka sendiri.

2. Bukan sekali PAS menukar pandangan dan prinsip, malah beratus-ratus kali iaitu sejak azali penubuhan PAS lagi. Tanpa sedikit pun rasa malu atau gentar PAS menyalahgunakan, membelit dan memanipulasi ayat-ayat Al-Quran semata-mata untuk menguatkan alasan mereka yang caca marba. Berdekad lalu, iaitu pada tahun 80an, PAS adalah parti yang kuat mempromosi sifat perkauman dan mengajak umat Islam menolak berkawan dengan bukan Islam.

3. Penulis masih ingat bagaimana rakan-rakan sekolah yang mana ibubapa mereka terpengaruh kuat dengan PAS mula menjauhkan diri dan enggan mengunjungi rumah rakan-rakan dari kaum lain. Ini adalah hakikat dan fakta penting dalam sejarah politik Negara yang mana ramai di kalangan anak muda sekarang sudah tidak tahu mengenainya. Kemuncak ektremisme PAS adalah peristiwa Memali di mana darah polis yang dianggap wakil kerajaan UMNO dihalalkan gara-gara UMNO difatwakan sebagai musuh Islam yakni kafir kerana bekerjasama dengan MCA dan MIC iaitu bukan Islam. Berbagai-bagai ayat dan hadith dikemukakan untuk mendokong fatwa tersebut.

4. Dan jika fatwa ini masih digunapakai hari ini oleh PAS, pastinya PAS juga telah jatuh kafir kerana bekerjasama dengan DAP. Namun, jelas PAS telah menukar fatwa tersebut semata-mata kerana terlalu amat ingin berkuasa. Tidak semena-mena ayat dan hadith yang digunakan untuk mendokong fatwa terdahulu tiba-tiba tidak boleh digunapakai lagi. Sedangkan ayat Al-Quran itu tidak mungkin diubah-ubah.

5. Lalu, salahkah kita mengejek dan mengetawakan PAS? Siapa yang boleh lupa akan fatwa Nik Aziz yang melarang wanita cantik bekerja? Sedangkan cantik atau tidak seseorang itu terpulang kepada mata yang melihat, maka mata siapakah yang akan menentukan seseorang wanita itu cantik atau tidak? Mungkinkah semua wanita yang ingin bekerja harus berjumpa Nik Aziz terlebih dahulu untuk menilai kecantikan mereka?

6. Kita kira, ramai wanita Kelantan tidak cantik di mata Nik Aziz kerana di Kelantanlah di mana kita boleh melihat paling ramai wanita yang bekerja dan berniaga berbanding lelaki. Tetapi fatwa itu juga hanya sementara sahaja. Nik Aziz terpaksa akur bahawa zaman sekarang bukan lagi zaman jahiliah walaupun fikirannya masih lagi ketinggalan jauh ke zaman jahiliah. Fatwa seperti itu pasti membuatkan ramai yang menjauhkan diri dari PAS. Maka, demi sokongan dan undi, Nik Aziz dan PAS tidak sanggup untuk terus menguatkuasakan fatwa tersebut dan wanita cantik terus sahaja bekerja seperti biasa.

7. Jadi, salahkah kita untuk mengkritik PAS sebagai munafik? Atau mungkinkah Nik Aziz telah menerima ‘wahyu’ baru yang membolehkan wanita cantik bekerja pula? Pada suatu ketika, PAS telah menidakkan peranan wanita dalam politik dan membataskan mereka sebagai perayu undi dan pengundi semata-mata. Bagi PAS yang kuat nafsu, segala-gala mengenai wanita adalah aurat sehinggakan suara wanita juga tidak boleh diperdengarkan bimbang ada ustaz PAS yang akan menerkam.

8. Oleh kerana itu PAS menghalang wanita bergiat cergas dalam politik kerana ditakuti mereka terpaksa bersalam, berbual dan bergaul dengan lelaki dalam proses kempen dan pengundian. Segala mak nenek hujah berdasarkan ayat Al-Quran dan hadith digunakan untuk menguatkan ‘fatwa’ ini juga. UMNO yang memberi peluang luas dan sama rata kepada wanita dalam politik telah dicemuh PAS sebagai ‘tidak Islam’ serta jahil. Namun, seperti biasa fatwa ini juga telah berubah dan hari ini, PAS meletakkan calon wanita dalam PRK Tenang bagi menghadapi BN. Mungkin PAS membaca Al-Quran versi Deobond agaknya, yang boleh diubah-ubah sesuka hati mereka bila-bila mereka suka.

9. PAS telah memanipulasi ayat Al-Quran dan hadith demi mendokong prinsip mereka yang berubah-ubah. PAS melakukan semua ini demi undi atau kuasa di dunia. Maka salahkah kita mengkritik dan menghentam sifat munafik PAS ini? Salahkah kita memperlekeh dan mengetawakan PAS selama ini? Tidak ada apa lagi yang lebih dahsyat melainkan melihat para Ulama sendiri yang mempermainkan agama demi undi. Kerana gilakan kuasa, PAS sanggup menukar fatwa dan pendirian mengikut keadaan politik semasa.

10. Jika hati orang kafir perlu diambil demi politik, maka PAS akan menerima kafir pun sebagai Khalifah serta fatwa terdahulu yang menolak berkawan dengan kafir pun ditongsampahkan. Jika hati wanita perlu dijaga demi meraih undi, maka wanita perlu dilantik menjadi calon serta fatwa terdahulu yang menolak wanita berpolitik pun dipersetankan. Justeru, tidak mustahil satu hari andainya PAS melihat golongan gay berleluasa dan membentuk jumlah pengundi yang cukup ramai maka PAS akan mengeluarkan satu fatwa yang menghalalkan gay pula. Malah, gay juga mungkin akan dilantik calon PAS jika ia mampu memberi imbuhan kepada parti PAS untuk berkuasa.

11. Setakat ini pun, PAS tidak ada masalah bekerjasama dengan Anwar Ibrahim yang telah terbukti bukan sahaja sebagai gay tetapi juga biseksual. Mungkinkah ini hanya langkah permulaan ke arah keterbukaan PAS? Apakah PAS sedang menuju ke arah Parti Islam Liberal? Atau PAS mula terbuka dengan fahaman Pluralisme agama yang didokong Anwar? Islam ala PAS, semua boleh saja!

5 comments:

Anonymous said...

PAS MENJADI AGAMA ISLAM SEBAGAI AGAMA PELACURAN >>>>DARI SEGI UMAH IBADAT SAMPAI LA KEPADA MAKANAN DAN MINUMAN HARIAN PUN DIA MAIN KAN SENTIMEN>>>PAS PAS>>>>BETUL LA DAJAL YANG BANYAK DPD PEMIMPIN>>>>>>MASJID DAH JADI N JAMBAN>>>ISLAM DIA DAH KAFIR KAN>>>BALA UNTUK SESAMA ISLAM DIA DH DOAKAN>>>ARAK DIA DAH HALALKAN>>ALHAMDULLILAH NIK AZIZ TELAH BERUBAH>>>NAK BUAT MCM MANA SYURGA MILIK DIA

Anonymous said...

DAH NAMA PUN AKHIR ZAMAN..
TENGOK SAJA AL-ARQAM..
BAGAIMANA TAKSUBNYA PENGIKUT HINGGA MEMUJA PEMIMPIN SEHINGGA DI FATWA SESAT..
MACAM TU LA JADINYER DENGAN DORANG..
MEREKA AKAN SESAT..
TAPI DISEBABKAN LABEL PARTI POLITIK..
MEREKA-MEREKA TIDAK DAPAT DI FATWAKAN SESAT..
MINTA DATUK HARUN DIN KEMBALI BUKA MATA HATI TUAN GURU DAN PARA PENGIKUTNYA...
BAHAWA "NABI MUHAMMAD S.A.W. TIDAK MAHU DIPUJA2 DIAGUNG2KAN BIARPUN BAGINDA MAQSUM" INIKAN PULA MANUSIA BIASA AKHIR ZAMAN.....

Hang Nadim said...

pokokakar.blogspot.com

zek said...

PAS dulu dan sekarang:

1. Dulu Pemimpin PAS menghina Anwar dengan memberi gelaran Sheikh Al-khalwati Al-Juburi. Sekarang tatang dia sebagai pemimpin agong PR.

2. Dulu tuduh UMNO kafir kerana bersekongkong dengan MCA, MIC, GERAKAN dll. Hari ini mereka pula yang bersama dengan DAP dalam PR.

3. Dulu larang wanita menjadi calon pilihanraya kerana suara dianggap sebagai aurat.Macam mana nak beri ceramah di khalayak ramai. Sekarang dah boleh pula menjadi calon parti mereka di DUN Tenang.

4. Dulu diadakan tempat bayaran berasingan diantara lelaki dengan perempuan di supermarket. Sekarang
tidak diamalkan lagi.

5. Dulu kalimah ALLAH tidak dibenarkan diguna oleh orang bukan Islam tetapi sekarang boleh pulak.

Benarlah kata bekas aktivis PAS Ustaz Ghazali Ahmad, Ustaz Azmi Masyar dan ustaz Omar Khalid bahawa Pemimpin PAS meletakkan hukuman berbeza pada orang PAS dan UMNO atas perkara yang sama. Wa-halal-lun untuk puak PAS dan Wa-haram-mun untuk orang UMNO.

Yang menjadi mangsa ialah penyokong-penyokong yang taksub yang memakai cermin mata hijau. Semua benda dilihatnya hijau belaka.

Muhammad Azli Shukri said...

terima kasih komen tuan2