Tetamu Kehormat...

January 20, 2011

Nantikan Kejutan Terbaru Ummi Hafilda!

Hentaman Azwan Ali terhadap Ummi Hafilda dalam Twitter beberapa hari lalu, sama sekali tidak boleh dianggap sebagai mewakili seluruh keluarga Ummi - kononnya mereka telah berubah dan berpihak kepada Azmin dan Shamsidar. Ini merupakan satu kepalsuan. Difahamkan dalam masa terdekat, Ummi akan merakamkan kenyataan rasmi ahli-ahli keluarganya yang lain demi membuktikan bahawa beliau sama sekali tidak disisih dan dibuang oleh keluarganya sendiri. Azwan Ali sememangnya cukup terkenal dengan pelbagai kontroversi yang melibatkan artis-artis tempatan - ia merupakan perkara normal bagi kehidupan Azwan Ali. Lantaran itu, kenyataan terbaru beliau di dalam Twitter yang secara terang-terangan "melanyak" Ummi - bolehlah dianggap sebagai "kacau daun" aje. Kita tunggu sedikit masa lagi, InsyaAllah Ummi Hafilda akan muncul bersama-sama dengan ahli keluarganya yang sekian lama menyokong perjuangan beliau menentang pembohongan Anwar dan Azmin. Isu Azwan Ali ini terlalu kecil bagi mengampunkan dosa-dosa Azmin Ali!

11 comments:

Abdul Hayee said...

Azmin Ali BERTAUBATLAH sementara kesempatan masih ada.

Janganlah kerana mengejar pangkat dan kekayaan, keluarga dipinggirkan. Kesihanilah ibu mu dan ahli keluarga mu.

Saya mendoakan semoga engkau mendapat petunjuk dan hidayah.

REKTUM said...

Orang yang buat pendedahan 'si nyamuk', akhbar yang mendedah 'utusan meloya'. Jadilah kisah budak pengembala kambing dengan harimau. orang kampung dah tak percaya dah...

AmboiAmboiAmboi said...

Si Nyamuk tu la yg akan membuat si kunyit demam hingga meloyakan seluruh anak tekak. Buat si awww.. amboi..amboi..amboi.. nasib baik beberapa artis dulu x jd kawin ngan si aww ni. Klu jd.....jd habuan si kunyit sekali...1 dipakai 2.. x kuasa nyah... hua..hua..hua..

Anonymous said...

Azmin VS Ummi Hafilda...yg dh confirm sokong azmin adalah azwan ali..1-0..mari kita sama2 tunggu sapa yg terkena.
*apa kata penulis buat satu fanclub utk sokong ummi hehe

Anonymous said...

Apa yg penting kita kena faham kenapa Azwan menyangkal segala yg ditulis oleh adiknya ni...bermakna segala yg diceritakan oleh Nenek Kebayan (macam org meroyan) ni adalah tipu belaka.

Bak kata Aziz Shamsudin...Ummi Hafida Adalah Seorang Pelacur...

Jadi, janganlah buang masa tuan2...

Muhammad Azli Shukri said...

hati2 apa bila menuduh

Anonymous said...

Azmin Ali pada hemat saya adalah anak yang baik. Tetapi apabila dia telah berkerja dengan DSAI, perangai DSAI telah mempengaruhi kehidupannya.

Saya kesian pada Azmin yang sudah jadi mangsa elit DSAI.

Mengenai Ummi Hafilda sebagai seorang wanita dan adik kepada azmin, cukup malang sekali untuk azmin kerana dek " cemburu " dalam hal keduniaan syaitan telah memecah-belahkan kesatuan keluarga Pak Ali.

Persoalannya kini, betul kah Ummi Hafilda benar benar berjuang untuk mempertahankan negara atau memperkudakan negara untuk membalas dendam diatas perkara yang beliau gagal mencapainya melalui pengaruh adiknya dan DSAI ?

Sekiranya hal peribadi " character assasination " yang dihebohkan Ummi Hafilda adalah demi selamat bangsa dan negara, saya x percayainya.

Demi kerakusan duniawi manusia akan jadi lauk kepada makhluk bernama SYAITAN.

Det Kecik

Zek said...

Rektum - How close are you with Anuwar?

Ummi tu rapat dengan Anuwar kerana abangnya Azmin adalah pekerjanya. Anuwar pernah datang ke rumah Azmin masa ketiadaan Azmin untuk memandikan anaknya yang bernama Afifa. Kamu mana tahu.

Berpuluh bukti ada dalam U-Tube tetapi kamu hanya menafikan semua itu dengan tuduhan fitnah. Kerana mungkin kamu terlalu taksub pada Anuwar.

Seperti juga dengan keluarga Saiful dulu. Ayah, ibu, bapa saudara dan ramai lagi semuanya penyokong gila Anuwar sehinggalah Saiful diliwat oleh Anuwar barulah mereka sedar siapa dia.

Setelah diberi hidayah oleh Allah melalui Saiful mereka telah memohon maaf secara terbuka pada Tun Dr. Mahathir. Layari blog Saiful.

Gunakanlah otak dan fikir kenapa ramai rakan Anuwar yang meninggalkannya. Termasuk lima orang wakil rakyat daripada PKR.
Jumpa dan tanya mereka. Jangan dengar sebelah pihak sahaja. Mana bisa mencari kebenaran dengan hanya mendengar sebelah pihak.

Jangan tunggu kamu kena liwat baru nak percaya.

Anonymous said...

Anon 1.02 PM 20.1.11 : Jangan menuduh sebarangan. Bila pula Dato Aziz Shamsudin menuduh Ummi pelacur. Itu hanya tuduhan daripada pihak musuh mereka. Dato Aziz Shamsuddin telah menjelaskan perkara sebenar.

Tanyalah Dato Aziz Shamsudin kalau kamu tak percaya.

Anonymous said...

Anon 12.28 PM

Tunggulah penjelasan Ummi dalam blognya nanti.

haron ajis said...

Penjilat pembangkang ni bodoh.Dia percaya bulat2 apa yg tuan dia cakap.

Tuan dia kata kena injek dengan HIV terus percaya,tuan dia kata kena racun dengan arsenik pun percaya jugak,tuan dia kata ada 30MP nak lompat parti percaya lagi,tuan dia kata 16 sept 2008 tawan putrajaya percaya jugak..

Tuan dia kata ada orang nak bunuh dia(tp tak repot polis pulak)sambil lari ke kedutaan turki masa saiful repot polis pun diorang percaya jugak.

Pendekata diorang betul2 beriman dan tawadhuk dengan tuan anu diorang.Kalau dah berpuluh kali tuannya menipu tapi masih terus percaya bukan ke bodoh tahap gaban namanya?

Ini satu lagi contoh,bila masa pulak aziz shamsudin cakap ummi pelacur?Ini pun kes beriman membabi buta.

Dalam kes hubungan ummi dengan adik-beradik dia aku rasa adik-beradik diorang memang problem terutama yg 3 orang itu lah i.e ummi,azwzn dan azmin.

Dalam blog azwan memang dia mengaku dulu azmin tak berbaik dengan mak dan adik-beradik dia yg lain termasuk azwan selama2 bertahun2 pasal kes anuwar.Azmin pun sampai bertahun tak jengok maknya Mak Tom.Cuma beberapa tahun kebelakangan ni aje azmin dah berbaik semula dengan keluarga dia terutama dengan azwan.Itu yg azwan puji melambung pasal azmin dah tolong dia banyak katanya,kalau tak salah dalam bentuk lubang bisnes/wang ringgit.Itu fakta dr azwan sendiri.

Andaian aku mungkin cuma baru2 ni aje azwan ada krisis dengan ummi,sedangkan dulu dialah peneman ummi ke mahkamah 'without miss' kata azwan sendiri.Hubungan ummi dengan lain2 adik-beradik aku rasa ok aje kecuali yg dua orang ni azmin dan azwan.

Azwan ni macam yg kita sedia maklum,mulut dia memang macam nyah.Dia sendiri tlis buku 'selamat tinggal dunia pondan',jadi dia memang nyahlah kot.Mungkin azwan marah ummi nak ungkit balik kisah2 hitam lama2 pasal azmin yg pastinya memalukan seluruh keluarga.Itu yg azwan bengang.

Jadi permusuhan terbaru azwan-ummi tidak bermakna ummi menipu.Cuma penjilat anu yg bodoh saja mudah membuat kesimpulan bodoh untuk menegakkan benang basah.

Tindakan ummi menyaman 'musuh2' lama dia pun dah menunjukkan dia berani kerana benar.Maknanya memang ada keslah.