Tetamu Kehormat...

January 18, 2011

Najib Vs Anwar : Untuk Siapa Nisan Ini?

Sindiran terbaru Datuk Seri Najib terhadap Anwar bisa sahaja mendidihkan darah Anwar. Dengan bersahaja dan selamba, DS Najib menjawab mengapa beliau tidak perlu melayan ajakan "nakal" Anwar yang bersungguh-sungguh mahu berdebat dengannya berhubung Pelan 100 Pakatan Rakyat. Najib jelas menyindir dengan berkata, "Kenapa saya harus takut berdebat dengannya? Saya adalah perdana menteri. Saya ada semua maklumat. Kalau saya dedahkannya... adoi... dia akan demam,” perli Najib sambil disambut gelak ketawa oleh lebih 7,000 peneroka di Felda Chemplak, Tenang hari ini. Tidak cukup dengan itu, Najib sekali lagi mengeluarkan kenyataan sinisnya kepada Anwar, dengan berkata, "Nak tubuh kerajaan pada 16 September, tak tubuh lagi. Ini dah tahun 2011. Kita tunggu sehari demi sehari tak jadi, dia kata 30 anggota Parlimen dari BN (Barisan Nasional) nak seberang masuk pembangkang. Kita tengok-tengok, belek-belek mana dia 30, rupanya lima anggota Parlimen dia (pembangkang) (yang keluar) jadi (anggota) Bebas. Tak payahlah debat, banyak hal lagi (Anwar) tak selesai,". Baca laporan selanjutnya di sini.

9 comments:

dzimba MMIM said...

adohhh pedihnya.. sakit badan anwar tidak dapat tido sebulan

dzimba MMIM said...

adohhh pedihnya.. sakit badan anwar tidak dapat tido sebulan

Anonymous said...

Ada orang memang suka berdebat dan berpidato sebab main air liur je, tak susah perah otak untuk bangunkan negara. Sebab tu ada yang berpuluh tahun jadi pemerintah pun Negeri masih mundur..kalau kerajaan Pusat tak tolong entah apa jadi agaknya. Kerja tak buat, bercakap bercakap bercakap..mengumpat, fitnah setiap kali TAZKIRAH..

Agama jadi alat ke tangga kuasa..kesian orang Melayu dah tahun 2011 pun tak tahu kena tipu. Asalkan ada serban pakai jubah dan jadi Tuan Guru.

Anonymous said...

DEBAT ---->>> Najib RM 1st Lady Vs Anwar Banduan Diktator Mahathir!!!

Pelan 100 hari PR ……. Najib & konco2nya mengelabah….... rakyat sedang menilai...

Apa bezanya tindakan & amalan kerajaan yang diketuai oleh Najib berbanding Pak lah dulu...

Apa bezanya tindak-tanduk & gelagat kerajaan Najib berbanding perangai Mahathir dulu...

dari aspeks;
1) tadbir urus kerajaan & salah laku pegawai2 awam,
2) ekonomi,
3) rasuah & korupsi,
4) monopoli / melanun kontrak, permit, atau GLC-petronas, felda, LUTH, MAS, PKFZ, dsb,
5) kebajikan rakyat,
6) kenaikan harga barangan pengguna,
7) kadar pengangguran,
8) isu buruh asing & pendatang asing,
9) dadah & krisis sosial,
10)kadar jenayah,

dll.....

Rakyat menilai... Najib dibayangi atau dibawah pengaruh dua kuasa utama:
1) Bininya Rosmah (self proclaimed- Malaysian first lady....)
2) Mentornya Mahathir ( bapa konspirator & korupsi ) ...

Pada mata rakyat. Rosmah & Mahathir adalah LIABILITI UMNO & NEGARA hari ni... mungkin silap? ... sehinggalah keputusan PRU13 nanti.... hehehehe

Anonymous said...

Mahathir tidak akan jadi liabiliti UMNO/BN. Org BN/UMNO termasuk Najib pernah mengatakan Pakatan adalah parti keluarga Karpal/anak2, Lim Kit Siang/anak/menantu dan Anwar/Bini/anak tetapi mereka seolah-olah lupa UMNO juga dulu dan sekarang adalah diterajui oleh keluarga. Dulu Dollah/Anak/Menantu dan KINI Najib/Bini/Sepupu. Yang sedehnya ada menteri juga menjalankan tugas rasmi bersama bini kemana saja menteri tersebut pergi. Oleh itu siapakah liabiliti UMNO yg sebenarnya?

Anonymous said...

bagus jugak dilondehkan pasal 16 September tu...sape yg akan terlondeh...huhuhuhuh...

esok Pak Anwar akan jawab puler....

Tapi kan, Pak Anwar kata nak debat pasal 100 hari pelan ekonomi...ni pe sal nak londeh2 ni....pasal negara nii... just perlekehkan pelan tp takde hujjah yg boleh disanggah..

Tenang Lautan Biru said...

Mohon promosikan blog kami untuk PRK Tenang.

http://tenangprk.blogspot.com/

Terima kasih.

Hang Nadim said...

salam.. tuan azli.. saya budak baru belajar.. mitak toling pautkan blog saya dalam blog tuan.

shamshul anuar said...

Saudara azli,

Tak perlu dilayan Anwar Ibrahim. Dia memang jenis gila publisiti. Dalam fikirannya hanya nafsu mahu jadi PM seolah olah lupa Qada dan qadar Allah SWT.

Masalah Anwar ialah dia tak dapat terima hakikat yang hampir kesemua Melayu sudah tidak percaya kannya lagi. Dendam yang membara menyebabkan anwar menumpukan 100% masanya untuk menumbangkan satu kerajaan yang sah dan diiktiraf diseluruh dunia DENGAN CUBA MERASUAH ahli Parlimen BN.

Kerana 100% masanya ditumpukan mencari salah UMNO , anwar terlupa melakukan satu perkara yang amat penting IAITU MENILAI DIRI SENDIRI.

Dia seolah olah tak sedar yang hampir semua orang ( termasuk Bossnya DAP) pun tahu peribadi buruknya.

Saya tidak percaya Anwar . Saya masih ingat bagaimana ia menjatuhkan Pak Lah dari jawatan Pengerusi UMNO Pulau Pinang . wal hal Pak Lah banyak sokongnya diwal karier Anwar. Kalau tak kerana hormatkan Pak Lah, UMNO Permatang Pauh pun tak mahu terima Anwar sebagai calon pada 1982.

Dan dia juga melanggar janji dengan menentang Tun Ghaffar setelah berpuluh kali memberitahu dunia yang ia( anwar) anggap Tun Ghaffar seperti bapanya sendiri.

Kerana Tun Ghaffar enggan merasuah perwakilan UMNO, beliau tersingkir walaupun beliau amat berjasa pada UMNO.

Yang paling rugi ialah PAS. Bekerjasama dengan DAP dan PKR( atau sebenarnya jadi kuli DAP) menyebabkan orang Melayu melihat PAS bekerjasama dengan satu parti( DAP) yang amat memusuhi Melayu.

Berani kerana benar. Bila Anwar enggan bersumpah seperti yang saiful buat., jangan terperanjat jika semua orang boleh buat kesimpulan yang tuduhan Saiful adalah benar.

Seperti yang selalu saya tegaskan, anwar adalah ahli politik Melayu paling tak guna pernah saya jumpa.