Tetamu Kehormat...

January 19, 2011

Mufti Perak Akui Anwar Ibrahim Lebih Teruk Daripada Abdullah bin Ubai!

AIDCNews – 18/01/11 – Datuk Seri Anwar Ibrahim semata-mata memenuhi nafsunya untuk berkuasa dan beliau sanggup melakukan apa sahaja termasuk terlibat dengan gerakan Yahudi sedunia kata Tan Sri Dr Haji Harussani bin Haji Zakaria, Mufti Perak. “Ini semata-mata nak memenuhi nafsu dia. Nak berkuasa. jadi dia bersetujulah dengan Yahudi, nak memecahbelahkan orang, supaya orang menyokongnya. Itu sahaja. Dia bukan ada apa-apa. “Anwar Ibrahim ini, semata-mata nak balas dendam. Itu sahaja kerja dia”, katanya. Ketika ditanya adakah peranan Anwar sekarang ini sama seperti Abdullah bin Ubai, seorang tokoh munafik yang memecahbelahkan ummah semasa zaman Nabi Muhamad SAW di Madinah, Tan Sri Harussani merenung sejenak, dan menjawab “Saya ingat lebih daripada itu kot”, sambil disambut gelakan para hadirin yang turut serta dalam sesi interbiu eksklusif bersama Mufti Perak itu. Sambung bacaan anda di sini...

5 comments:

zedmagel said...

Salam Tuan,

Jika PKR kita tolak ke tepi, bukankah PAS dilandasan Islam yang betul untuk kita turuti? melalui perjuangannya, biarpun Perlaksanaan dan kata-kata pemimpinnya payah untuk kita iyakan? Tidak salah jika kita menyokong dasar perjuanganya..

Muhammad Azli Shukri said...

salam zed, saya setuju kenyataan tuan semoga satu hari nanti PAS dan UMNO bisa sahaja berada di bawah satu bumbung...

[S]itie [B]Um [B]Um said...

=) taknak komen...kang masuk ISA. hehehe

Muhammad Azli Shukri said...

jangan komen banyak2...

shamshul anuar said...

Saudara Zedmagel,

Saudara, betulkah PAS dilandasan yang betul. yang saya nampak( dan ramai pun perasan juga) PAS semakin tersasar dari Islam.

Dulu sibuk kawan kawan saya yang cenderung dengan PAS cakap haram orang Melayu( Islam) memilih bukan Islam dalam pilihanraya. Sekarang apa cerita? Bukan setakat PAS berbaik dengan DAP tapi sanggup pula jadi kuli DAP.

PAS berbaik dengan satu parti yang amat memusuhi Melayu. Maknanya PAS sekapal dengan parti yang memusuhi ugama Islam sendiri.

Ramai orang PAS cakap UMNO pun baik dengan MCA. Tapi mereka pura pura tak ingat yang UMNO tak pernah kata haram memilih bukan Islam dalam pilihanraya.

Mereka pura pura tak faham yang UMNO sebagai wakil Melayu dalam kerajaan mesti adakan kerjasama dengan parti yang mewakili 40% penduduk Malaysia.

Senang bercakap tak perlu kerjasama dengan bukan Islam yang negerinya 85% Melayu seperti Kelantan. Tapi bila sampai di negeri seperti Selangor ( 55% Melayu), realiti menuntut sebaliknya.

Yang saya nampak bukan PAS mempengaruhi DAP tetapi sebaliknya. Kerjasama PAS ( atau lebih tepat jadi kuli DAP) membawa satu kesan buruk pada Melayu iaitu BERJAYA MENYUCIKAN SATU parti perkauman Cina pada pandangan Melayu.

Jika PAS ingin tegakkan Islam, maka PAS mesti bercermin diri dulu. Jagalah akhlak . Buang jauh jauh sikap suka mengumpat dan memfitnah serta menjual ayat AlQuran berselang seli dengan maki hamun.

Jika PAS mahu tegakkan Islam MESTI kerjasama dengan UMNO , satu parti Melayu yang ada saham terbesar umat Melayu.

Malangnya kini orang Melayu sudah tak boleh cakap apa apa pasal kepentingan Melayu kerana PAS awal awal lagi fitnah kononnya "asabiyah".

Orang Melayu juga sukar cakap pasal Islam kerana kini "PAS untuk Semua". Perkataan Islam dah dibuang untuk ambil hati DAP, musuh hakiki orang Melayu.


Yang boleh melalak pasal kepentingan mereka ialah orang bukan Melayu. Orang melayu tak boleh sebab PAS dah cop siang siang lagi haram, asabiyah.

Yang rugi Melayu juga. TERMASUK PAS SENDIRI.