Skip to main content

Mengapa Khalid Ibrahim Ditinggalkan Keseorangan?

Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim semakin berani dan lantang mempertikaikan penjelasan yang dibuat oleh Baginda Tuanku Sultan Selangor semalam. Cubaan beliau yang terus-menerus mahu meminda perlembagaan Selangor berhubung pelantikan SUK, semakin ghairah dan terus dipertikaikan oleh rakyat jelata. Namun demikian, yang menarik dalam isu ini adalah persoalan di manakah rakan-rakan Khalid Ibrahim yang sepatutnya memberi sokongan moral kepadanya. Di manakah Anwar Ibrahim? Apa komen dan pandangan beliau dalam hal ini? Apakah hendak dibiar Khalid keseorangan dalam bergelut dengan pihak istana dan membiarkan sahaja kedudukan Pakatan Rakyat tergugat di Selangor?

Yang lebih pelik, mengapa para pemimpin kanan Pakatan Rakyat semakin senyap dan tidak lagi gah bersuara seperti dahulu? Mana perginya Azmin Ali yang sepatutnya membela Khalid Ibrahim? Mana perginya Nurul Izzah yang sebelum ini begitu lantang mahu mengubah perlembagaan? Mana perginya Wan Azizah yang selama ini bertekad dan berazam mahu meninggalkan "Ketuanan Melayu"? Mana perginya Karpal Singh? Mana perginya Lim Kit Siang? Yang tinggal untuk mempertahakan Khalid sekarang hanyalah Profesor serba-tahu Aziz Bari, itu pun tinggal nyawa-nyawa ikan sahaja.

Khalid sebenarnya tidak sedar - beliau semakin dipinggirkan oleh rakan-rakannya sendiri. Dalam keadaan beliau sangat memerlukan sokongan para pemimpin PKR yang lain, beliau seolah-olah telah dibiar bersendirian - tiada seorang pun pemimpin kanan PKR atau pun DAP yang sanggup tampil ke hadapan membela Khalid, kerana apa? Kerana mereka tahu, hanya orang merepek dan gila sahaja yang sanggup menanggung risiko untuk menderhaka kepada Tuanku Sultan! Sekarang semua pemimpin Pakatan Rakyat sudah hilang kejantanannya - bahkan Haji Hadi Awang pun membisu seribu bahasa.

Semua ini mengesahkan lagi bahawa sememangnya wujud komplot dalam kalangan pemimpin Pakatan Rakyat di Selangor yang mahu menyingkirkan Khalid Ibrahim daripada terus memimpin Selangor. Orang yang paling layak mempertahakan Khalid dalam isu ini ialah Azmin Ali - tetapi Azmin Ali pada hari ini hilang entah ke mana. Satu kenyataan pun tidak dikeluarkannya untuk mempertahankan tindakan Khalid yang menentang keputusan Sultan Selangor, begitu juga dengan Setiausaha Agung PKR - Saifuddin Nasution, yang kelihatan berdiam seribu bahasa, tiada ulasan, tiada komen - semuanya sudah membiarkan Khalid Ibrahim keseorangan. Yang penting, apabila Khalid jatuh, pasti akan ada penggantinya yang sedang sibuk melobi. Sungguh malang nasib Khalid, ditinggalkan oleh rakan-rakannya sendiri demi merebut kerusi panas MB Selangor! Wallahualam.

Comments

Sudir said…
Strategi al-juburi nak tendang khalid & naikkan assmin.. mungkin
Anonymous said…
"SUDAH TERANG LAGI BERSULUH" itulah frasa yg paling sesuai untuk gelagat khalid skrg dan layanan rakan2 dia ke atasnya. Perkataan itu amat popular skrg utk merujuk kpd pelakuan puak2 Pakatan Rosak hari ini.
Anonymous said…
Kalau Azmin naik ganti Khalid, dia juga akan dijatuhkan. Orang DAP dan PAS bukan suka sangat Azmin tu. Orang PKR pun banyak yang tak suka dia, sebab penipuan yang teramat sangat. Adik dia sendiri tak sula dia.
Anonymous said…
Kalau Khalid jatuh dan hendak digantikan dengan Azmin, DYMM Sultan Selangor tak mungkin mahu menerimanya tanpa menjawab segala tuduhan adiknya UMI HAFILDA.

Masakan tuanku Sultan mahu MBnya seorang yang mempunyai berbagai skendal.

Jadi Azmin siap-siaplah mencari jalan untuk membersihkan diri tentang anak yang bernama Afifi. Kenalah buat ujian DNA untuk membuktikan kesahihan anaknya itu.

Tetapi kalau tak mahu, maka rakyat yang ramai ini sudah tahulah jawapannya.

Janganlah berharap nak mencapai bulan di langit.

Pilihan Pembaca

Penulis dua dari kanan bersama dengan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin Pada 10 September yang lalu, Sidang Editor Bahagian Majalah berkesempatan berbuka puasa bersama Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di Sime Darby Convention Center. Terima kasih atas Jemputan tersebut. Jazakumullahu Khairan Kasiran. * Dari kiri Ros, Suria Janib (Penolong Editor Dewan Masyarakat ), A. Zaidel (Penolong Editor Dewan Masyarakat ), Datuk Seri Khaled Nordin, Muhammad Azli Shukri (Editor Dewan Ekonomi) , dan Armin Azhari (Editor Pelita Bahasa ).
Nasihat Pemimpin Patuhi Etika Islam Oleh Muhammad Azli Shukri (Artikel saya ini telah disiarkan di dalam Utusan Malaysia pada 18/09/2003) Dalam Islam, pemimpin atau pemerintah yang telah dilantik haruslah diikuti perintahnya, selagi perintah tersebut tidak bercanggah dengan suruhan wahyu dan perintah Rasul, seperti mana firman Allah di dalam surah an-Nisa ayat 59, "Wahai orang-orang yang beriman! patuhilah olehmu perintah Allah dan patuhilah olehmu perintah Rasul dan ulil amri di antara kamu." Oleh kerana para pemimpin atau pemerintah merupakan manusia biasa dan tidak terlepas daripada melakukan dosa dan maksiat, maka mereka juga wajib diberi nasihat oleh rakyat yang sedang di pimpinnya, bersesuaian dengan roh Islam itu sendiri yang berteraskan kepada amar makruf nahi mungkar, sebagaimana firman Allah, "Kamu adalah umat yang terbaik yang telah dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah daripada yang mungkar, dan beriman kepada Allah.'' (
MONOLOG AZLI SHUKRI Bab 10 : Muhammad Azli Shukri Lagi! Saya agak sukar untuk menulis Monolog ke-10 saya pada kali ini. Saya merasakan inilah monolog yang sangat susah untuk saya meluahkannya. Saya tidak tahu, bagaimanakah harus saya sampaikan monolog saya pada kali ini? Apakah saya harus menulis atas prinsip saya sebagai seorang wartawan? Atau sebagai seorang ahli politik? Atau sebagai seorang penulis bebas? Atau sebagai seorang editor? Semua ini menyukarkan saya untuk menulis monolog saya yang terakhir pada bulan ini. Saya merasakan bahawa saya harus berterus terang dengan jujur dan amanah, tanpa rasa takut dan kesal, kerana kebenaran dan jihad harus ditegakkan dengan segala kekuatan yang ada. Yang pasti, kebenaran tidak boleh disembunyikan lagi. Dan Sesungguh, untuk menjadikan kejahatan bermaharajalela, cukuplah sekadar kebenaran mendiamkan diri! Saya tidak berupaya membiarkan itu semua berlaku. Dan untuk kali ini saya harus bercakap benar dengan nada yang berterus terang. A