Tetamu Kehormat...

January 3, 2011

Khalid Mahu Kembalikan Kuasa Sultan? Satu Pembohongan Yang Nyata!

Saya tertarik dengan kenyataan Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim yang kononnya mahu mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri Khas bagi meminda perlembagaan negeri untuk mengembalikan semula kuasa pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri kepada Baginda Tuanku Sultan Selangor-kenyataan ini nampaknya seolah-olah mahu menunjukkan Pakatan Rakyat sangat membela dan mempertahankan kuasa Sultan - tetapi, apakah itu hakikat yang sebenar? Sekiranya diteliti kata-kata Khalid Ibrahim di bawah dengan cermat, beliau masih mahu kuasa pelantikan SUK diletakkan di bawah kuasa Menteri Besar dan bukan Tuanku Sultan Selangor secara mutlak! Hal ini bermakna, Tuanku Sultan Selangor tetap sekadar menjadi pak turut dan mengikut sahaja segala kehendak Menteri Besar tanpa banyak soal - Jadi, Tuanku Sultan Selangor masih tetap tidak mempunyai kuasa pemutus untuk memilih dan Baginda hanyalah simbol semata-mata.

Maka, kenyataan Khalid yang kononnya mahu mengembalikan kuasa Sultan hanyalah pembohongan dan retorik kosong - sekiranya benar beliau mahu mengembalikan kuasa Sultan, maka beliau mesti menggugurkan perkataan "Menteri Besar" dan kuasa penuh harus diberikan seluas-luasnya kepada Baginda Tuanku Sultan untuk melantik dan memilih Pegawai Kewangan Negeri, Penasihat Undang-undang, dan Setiausaha Kerajaan Negeri!

Tetapi, nampaknya Khalid masih mahu berkuasa penuh untuk melantik ketiga-tiga pegawai kanan kerajaan negeri tersebut dengan meletakkan perkataan "...harus dikembalikan kepada Baginda dan Menteri Besar.." Hal ini menjelaskan Baginda Sultan sebenarnya tidak memiliki kuasa penuh untuk melantik, kerana ia masih dibatasi oleh kuasa Menteri Besar - Jadi apakah maknanya kata-kata Khalid yang kononnya mahu mengembalikan kuasa Sultan dalam hal pelantikan tersebut? Sekiranya benar Khalid begitu ikhlas mahu mengembalikan kuasa Sultan, maka ayat Khalid adalah seperti ini, "..harus dikembalikan kepada Baginda." Cukup! Berhenti di situ sahaja dan tidak perlu ditambah dengan perkataan "...dan Menteri Besar". Wallahualam.

KUALA LUMPUR, 3 Jan — Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, Sultan Selangor memaklumkan bahawa baginda tiada kuasa untuk memutuskan soal pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri yang menjadi pertikaian sejak seminggu lalu. Sehubungan itu kata beliau, kerajaan negeri Selangor akan menulis kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam agar mengkaji semula pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi yang diumumkan Isnin lalu.

Beliau memulakan tugasnya hari ini. Selain itu kata beliau, pentadbirannya juga akan mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri untuk meminda perlembagaan negeri berkaitan urusan pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri. Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, Sultan Selangor bersetuju dengan pendirian kerajaan negeri bahawa kuasa lantikan tiga pegawai eksekutif iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), pegawai kewangan dan Penasihat Undang-undang negeri harus dikembalikan kepada Baginda dan Menteri Besar.

“Saya telah menghadap Sultan Selangor hari ini bagi membincangkan isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri. Sultan Selangor berpandangan bahawa baginda tidak mempunyai kuasa untuk menerima atau menolak calon-calon yang dicadangkan SPA. “Ini kerana kuasa itu telah ditarik balik pada 1993 iaitu selepas krisis Perlembagaan berlaku yang mana Undang-undang Tubuh Negeri Selangor turut dipinda bagi memusatkan kuasa persekutuan,” katanya pada sidang media sini. Justeru, Khalid berkata Sultan Selanor mencadangkan supaya kerajaan negeri mengadakan perbincangan dengan SPA bagi mencari jalan penyelesaian.

Beliau berkata sehingga penyelesaian muktamad dicapai kerajaan negeri akan “memboikot” mana-mana program dan majlis berkaitan jawatan Setiausaha Negeri Selangor yang kini dipegang bekas pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Datuk Khusrin Munawi termasuk majlis mengangkat sumpah Khusrin di hadapan Sultan Selangor pada 6 Januari ini.

17 comments:

Pahang ku said...

Salam tuan,
mohon dilinkkan blog Pahang-ku ~ http://pahang-ku.blogspot.com

Malaysia Post said...

salam per kenalan....sy telah link kan blog anda di blog sy...sy harap anda dap[at link kan blog sy di blog anda...sama2 lah kita berjuang...

http://malaydelima.blogspot.com/

Anonymous said...

Tahniah Rakyat Selangor!!!
Secara peribadi saya ingin mengucapkan tahniah kepada Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor yang telah mengambil keputusan untuk memanggil sidang Dewan Undangan Negeri Selangor untuk mengembalikan kuasa melantik 3 Ex-offico dalam barisan Exco Kerajaan Negeri kepada Kebawah Duli Tuanku Sultan Selangor dengan nasihat Menteri Besar. Ketiga-tiga jawatan yang dimaksudkan itu ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-Undang Negeri.

Dalam peruntukkan sekarang Kebawah Duli Tuanku telah dilucutkan kuasa melantik ini semasa krisis perlembagaan 1993 yang dicetuskan oleh UMNO pimpinan Dr Mahathir. Saya telah menulis isu ini acapkali didalam blog ini beberapa ketika dahulu untuk membayangkan kekesalan diri saya sendiri diatas tindakkan pemimpin UMNO semasa itu yang beriya-iya benar untuk menghakis kuasa Raja-Raja Melayu termasuklah kuasa Raja-Raja Melayu untuk melantik 3 jawatan Ex-Officio dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri-Negeri diseluruh Negara.

Tuanku Sultan telah bertitah yang Baginda tidak ada kuasa untuk menerima dan menolak nama sesiapa yang dicadangkan oleh PSC kepada Baginda kerana kuasa itu telah ditarik balek hasil dari krisis perlembagaan pada tahun 1993 dahulu. Semasa itu UMNO bertindak tanpa sebarang ‘mercy’ kepada Raja-Raja Melayu dan kata-kata pemimpin kita semasa itu sangat mengguris hati orang Melayu seperti saya yang tahu tidak ada Melayunya seseorang itu tanpa Raja yang berdaulat.

Saya sedang tercari-cari potongan-potongan akhbar yang boleh membuktikan perlakuan pemimpin-pemimpin kita semasa itu tetapi sampai sekarang saya belum terjumpa lagi. Saya pernah berucap dimerata-rata diseluruh negara membidas tindakkan UMNO ‘menderhaka’ kepada Raja-Raja Melayu tetapi seperti biasa saya menjadi mangsa kutukkan pihak pimpinan UMNO kerana kononnya saya dan ramai yang lain telah menderhaka kepada UMNO.

Sekarang UMNO baru merasakan betapa lemahnya mereka dan dimana-mana pimpinan mereka sedang berlindung dicelah ketiak Raja-Raja Melayu. Sekarang Najib baru merasakan betapa pentingnya Raja-Raja Melayu dan pernah berkata didalam perhimpunan agung UMNO yang lalu yang Raja-Raja masih ada kuasa untuk melantik pimpinan Kerajaan jika ada pihak yang akan cuba untuk mengambil alihnya. Tetapi beliau selaku Ketua Pemuda semasa itu bersama-sama berlegar keseluruh negara untuk mendapat sokongan untuk melakukan kepada pindaan perlembagaan itu.

Sekarang UMNO pula yang menuduh pihak pembangkang yang menderhaka sedangkan kuasa Raja telah menjadi tirus seperti tali gasing yang dilakukan oleh pindaan perlembagaan dicetusan oleh UMNO semasa itu. Kepada semua yang membidas saya tidak berapa lama dahulu elok berfikir; siapa yang durhaka kepada Raja-Raja Melayu….UMNO kah atau pembangkang?

Saya bergembira kerana Negeri Selangor akan memanggil sidang tergempar Dewan Undangan Negeri Selangor untuk mengembalikan kuasa Kebawah Duli Tuanku dengan nasihat Menteri Besar seperti sebelum pindaan yang dilakukan oleh UMNO pada tahun 1993 dahulu.

Rupa-rupanya Pakatan Rakyat (PR) yang membuktikan mereka adalah pihak yang mengembalikan kedaulatan Raja-Raja Melayu. Jika UMNO jujur dengan apa yang mereka katakan sekarang Negeri-Negeri yang ditadbirnya mengembalikan peruntukan itu kepada peruntukkan asal semasa perjanjian persekutuan ditanda tangani dahulu. Ikutlah contoh Kerajaan Negeri Selangor jika benar UMNO mendaulatkan Raja-Raja Melayu. Jangan bercakap manis dimulut sahaja ibarat menanam tebu dihujung bibir.

Setelah dululuskan oleh DUN Selangor pindaan ini nanti maka Negeri Selangor akan menjadi Negeri yang pertama yang telah sedar dan bertindak membetulkan kesilapan yang dilakukan oleh UMNO pada tahun 1993 dahulu. Didalam sidang khas itu wakil-wakil UMNO wajar memberikan sokongan kepada usul pindaan itu jika UMNO benar-benar telah berubah dan mendaulatkan Raja-Raja Melayu seperti sebelum pindaan pada tahun 1993 itu.

Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada rakyat Negeri Selangor diatas kejayaan saudara-saudari sekelian.

Dari blog Aspan Alias

Dari Aspan Alias

Anonymous said...

Sekiranya MB membawa usul untuk meminda Art.52 Undang2 tubuh Negeri Selangor, yg memperuntukkan SUK, PUN dan SFO dilantik olih Sultan atas nasihat MB, wakil rakyat Umno perlu menyokong. Kalau tidak, ia dikira menderhaka kepada Sultan( pinjam kata2 yg sering digunakan olih Utusan/Umno).

Kalau Khalid tidak dapat sokongan 2/3 majority ADUN nanti, bolih lah rakyat S'gor menolong dengan memilih lebeh ramai lagi calon PR utk menang pilihanraya.

Anonymous said...

1. Sdra Anon 4 January 2011 01:27 GMT+08:00 telah mendahului saya mengulas isu pindaan Art 52 Undang-undang Tubuh Negeri Selangor. Saya bersetuju dengan beliau.

2. Tindakan TS Khalid untuk mengadakan sidang khas DUN untuk meminda Art 52 ini adalah satu tindakan yang brilliant dan turning the table on UMNO(Baru) - walaupun kita tahu PR tidak memiliki majoriti 2/3.

3. Sekiranya sidang ini berlaku, kedudukan menyerang UMNO(Baru) sebelum ini akan bertukar menjadi bertahan pula. Bayangkan pressure yang dihadapi oleh UMNO(Baru) sekarang dan dilema yang teramat samada hendak menyokong atau menentang.

Keadaan ini lebih parah dari kedudukan TS Khalid sebelum mengadap DYMM Sultan Selangor hari ini.

4. Silap-silap langkah ini akan merupakan pukulan KO aka tmbukan terus pengsan bukan sahaja kepada Selangor tetapi di negeri-negeri lain juga dalam PRU 13 nanti.

5. Kerajaan Negeri Selangor khususnya TS Khalid perlu meneruskan rancangannya untuk membuat pindaan tersebut. Jangan jadikan isu ini hanya sebagai bargaining chip untuk mendapat konsesi-konsesi dalam isu SS dll sahaja.

5.Jika pindaan ini diteruskan dan lulus, ia akan merubah perkiraan politik rakyat khsusnya orang melayu apabila tiba PRU 13 nanti. Silap-silap haribulan, jika strategi PR tepat, ia boleh menyebabkan UMNO(Baru) mengalami kekalahan yang tidak pernah diduga.

Yang jelas dari isu ini, UMNO(Baru) semakin haru biru dalam strategi politiknya.

To Live Again said...

Kepada anon2 di bwah..

X perlu lah nk putar belitkan isu PENARIKAN SESETENGAH KUASA DN KEKEBALAN DIRAJA..

Korang yg berckapa pasal PINDAAN PERLEMBAGAAN, KRISIS PERLEMBGAAN la atau x peristiwa di sebalik 2..

Korang suma tau x yg PENARIKAN KEKBELAN 2 adalah utk MENINGGIKAN LAGI DARJAT TUANKU RAJA2 MELAYU di mata rakyat jelata..

Kita perlu terima hakikat yang tiada KEKBALAN MUTLAK di dalam Islam..Setiap kita yang melakukan kesalahan WAJIB dihukum..Begitu jugak dgn Tuanku2 Raja2 Melayu..Kadangkala mereka juga melakukan kesilapan..

Adakah anda pernah mendengar nama Koperal Adam dgn isu AMUK JALAN CHOW KIT..Dn anda tahu kenapa beliau bertindak liar sedemikian rupa???

Berulang kali sy nyatakan di mana2 blog yg saya kunjungi bahwa Kerjaan tidak mahu memanjangkan isu ini bukan kerana kerajaan tkt kehilangan undi rakyat tetapi bagi menjaga maruah Keluarga diRaja Johor yg terlibat ketika itu dn jgak keluarga koperal adam 2 sndiri..

Anda yg x tahu sejarah hnya tahu melalak UMNO MENGURANGKAN KUASA2 RAJA! UMNO CELAKA! UMNO JAHAT! UMNO PENDERHAKA!

Tp kalau anda semua di tempat adik koperal adam apa yg anda rasa? Cuba anda bygkan perasaan seorang abang iaitu Koperal Adam taktala melihat nasib adiknya yg TERANIAYA dek KEKEBALAN..Kita yg x berada di tmpt mangsa hanya tahu melalak tnpa tahu hujg pangkal..

Sbnarnya byk hikmah di sebalik pengurangan kuasa raja2..Semakin hari raja2 semakin dihormati dn disayangi org Melayu..Siapa ckp umno hanya bg Raja2 jaga Islam saja..Piiiraaa..

Kalau cm 2 halnya xde la terjadi isu pelantuikan Shahidan di Perlis dn Idris Jusoh di ganu..

Xde la korang bercerita di dlm blog2 msg2 konon YDP AGONG ADA KUASA MENOLAK PELANTIKAN NAJIB SBGAI PM..Kalau smpai PM pon YDP Agong blh tolak or terima dgn kuasa mutlak baginda, apa msh kecil ke kuasa2 raja melayu..

Hanya puak2 DAP anjing je yg BERMIMPI DI SIANG HARI SULTAN HNYA BERKUASA MENJAGA ISLAM SEMATA2 X lebih dr 2!

Anonymous said...

Apa yg berlaku selama ini di pentas politik selepas PRU12 lalu dikatakan satu ancaman buat umat melayu-Islam. Tapi ada juga berkata ianya satu bentuk 'universiti kehidupan' yg menjadikan Islam dan perlembagaan negara tidak hanya dijadikan perhiasan.Kedinamikan terserlah. Tidak dijadikan Al-Quran duk di rak saja tunjuk alim, tapi baca jarang sekali.Mungkin ini hikmahnya mcm berlaku kematian bersiri buat YB-YB ??

DR NO

pemerhati said...

salam azli..off topic jap..bleh tlg jawab kan isu kat sini:

http://beautifulnara.com/videokaram-singh-walia-mohon-maaf-menghina-melayu/

dia ni seolah menyokong klau kita ni org melayu dipijak2 pon x pe..bila si karam tu mintak maaf dia kata kita ni mcm x beradap pulak..geram nya saya!

shamshul anuar said...

Saudara anonymous(11;29),

Krisis berlaku pada 1993 ekoran peristiwa pelajar hoki Johor( junior) diarah untuk batalkan perlawanan berikutan arahan almarhum Sultan Johor.

Sultan seperti kita semua adalah manusia dan tak lepas dari kesalahan. Sebelum pindaan perlembagaan, Sultan berada diatas undang-undang. Kini tidak lagi. Sultan juga bertanggung jawab atas perbuatan mereka KECUALI TUGAS RASMI MEREKA.

Bukan niat saya untuk buka cerita lama. Namun aruah emak saya semasa berada di Kelantan sebelum merdeka pernah bercerita bagaimana anak dara atau isteri orang sering dilarikan ke Istana.

Dan saya masih ingat pada tahun 1970an, krisis terjadi di Perak kerana Almarhum Sultan Idris murkakan MB kerana isu tanah balak. MB ketika itu Allahyarham Ghazali Jawi, ayah kepada Tajul Rosli , yang dipandang mulia oleh orang PErak kerana sikap amanah enggan lepaskan tanah balak yang diminta oleh seorang "towkay" melalui Sultan.

Tun Hussein demi menyelesaikan krisis terpaksa minta Ghazali Jawi letak jawatan. Beliau akur. Sampai hari ini orang orang tua di Perak ( saya pernah dengar) memuji muji Ghazali kerana sikap amanahnya.

Mungkin ramai tak ingat betapa seorang pegawai tinggi Tentera Laut dipaksa latih tubi oleh Seorang Sultan didepan anggota bawahannya .

Sesiapa yang datang dari Kelantan mungkin tahu akan kisah Istana "airmata". Bagaimana tanah dirampas untuk bina Istana.

Dan bukan rahsia lagi ramai juga menyampah bila beberapa putera raja bertumbuk dalam kelab malam.

Saya hormat Tun Dr Mahathir kerana meletakkan Raja Raja dilandasan yang betul. Raja bukan dewa. Mereka juga manusia.

Keagungan, kemuliaan dan kebesaran sistem Raja bukan terletak pada Perlembagaan Negara. Perlembagaan adalah ciptaan manusia. Jika rakyat dah muak, kedudukan Raja Raja berakhir disitu saja.

Yang mempertahankan Sistem Raja ialah kehebatan mereka, Akhlak mulia kerabat sendiri.

Sebenarnya tiada masalah berikutan perlantikan SUK baru. Ianya prosedur biasa. "Perkenan" bermaksud perlantikan diterima baik oleh Raja yang memerintah.

Kita semua manusia. Bukan mesin. Sebagai contoh jika ada MB yang hendak dilantik dinegeri yang dimenangi BN, PM akan memilih dan "dipersembahkan" pada sultan untuk "Perkenan" Baginda.

Ini sesuai dengan budaya Melayu yang MEMULIAKAN TUAN RUMAH dan begitu sebati dengan sistem Beraja.

Dalam hal SUK, kuasa melantik ditangan SPA( dibawah Ketua Setiausaha Negara). Pilihan dibuat dan "DIPERSEMBAHKAN" pada Sultan. Dan Sultan sudah "PERKENAN".

Apa masalahnya? Tak diterima oleh MB? atau DAP yang tak berkenan ?

Tiada pengalaman? Khusrin pegawai senior negeri. Akhlak tak baik? Ada buktikah?

Talibarut UMNO? Ada bukti kah? Ada nampak beliau terima arahan dari UMNO ke?

DAn Khalid cakap jawatankuasa pemilihan diketuai Speaker Teng. Yang dari DAP tu ke? Jadi yang memilih SUK ialah DAP lah.

Nasihat saya pada Khalid, buanglah budaya berperang dengan Sultan hanya kerana ikut telunjuk DAP ni.

Khalid patut berasa malu kerana Sultan minta beliau berunding denan KSU. Sultan TAK KATA setuju mahu SUK baru.

apa maknanya? SULTAN sendiri tiada masalah dengan SUK. Ysang ada masalah ialah DAP.

Muhammad Azli Shukri said...

terima kasih komen tuan2

Anonymous said...

Shamsul Anuar,

Yang rentang sepanduk, Natang kat Yang diPertuan Agong, bukan kah Umno pasal Sultan Trengganu tak pilh Idris Jusoh jadi MB..

Sudah lah politik Umno, senjata dah makan tuan.

shamshul anuar said...

Saudara Anonymous,

Ada pepatah kata "2 wrongs do not make one right".

Maknanya kalau UMNO ada buat salah , tak kan Khalid dari PKR kata ia pun boleh buat salah.

Teguran adalah untuk kebaikan. Kalau Khalid dan ADUN Sri Muda rasa berperang dengan sultan negeri sendiri perkara baik, silalah terus berperang.

Anonymous said...

biar je si khusrin tu jadi SUK.....
pastu Khalid suruh dia gi kursus setahun kat Mongolia...habis cerita....

shamshul anuar said...

Saudara anonymous,

Nasihat saya pada saudara bersihkanlah hati. Jangan berburuk sangka dan suka dengar cerita dari fasik dan munafik.

Apa kena mengena Mongolia dengan Khusrin? Saudara ada masalah peribadi dengan Khusrin ke? Ada dia buat silap pada saudara ke?

To Live Again said...

To anonymous(11;29),

Ko dgr x cnth pnjg lebar yg shamsul 2 bg..Kes pelajar hoki..Kes adik koperal yg sorang caddy mati dibunuh..Kes melarikan ank dara ke istana..Kes tanah di Perak..

Apa x ckp lg ke penerangan yg diberi..Ingta manada KEKEBALAN MUTLAK atau KEBEBASAN MUTLAK dlm Islam..Islma memperjuangkan keadilan x kira apa pngkt pon..Pasal 2 segala KEKEBALAN adalah ditolak oleh Islam..

Aku setuju dgn shamsul..Dh jadi dasar PAS PIS PUS..Bila ORG lain buat salah tp tp bila terkena pd btg hidung mula la pakai hujah UMNO PON BUAT..KAMI PON BUAT la..