Tetamu Kehormat...

January 22, 2011

Kakitangan Awam Tidak Tahu Bersyukur : Berapa Ramai Lagi Seperti Cikgu Normala?

1. Calon PAS DUN Tenang, Normala Sudirman bolehlah diistilahkan sebagai manusia yang tidak tahu menunjukkan kesyukuran kepada kerajaan yang selama ini menerimanya sebagai pekerja di sektor awam. Sebagai seorang bekas guru yang gajinya dibayar oleh kerajaan pada hari ini tergamak berpaling tadah dan menentang semula parti yang menjadi tulang belakang majikannya. Soalnya mengapa sekarang baru berhasrat meninggalkan profesyen perguruan? Mengapa tidak dari awal-awal lagi bekerja sendiri dan meletakkan jawatan sebagai guru? Sekiranya selama ini beliau begitu banyak tidak berpuashati dengan dasar dan polisi pihak kerajaan?

2. Guru seperti Normala inilah yang sebenarnya banyak merosakkan pelaksanaan serta dasar-dasar kerajaan yang sepatutnya dilakukan oleh kakitangan awam. Golongan seperti ini kebiasaannya hanya mahu makan gaji semata-mata - jauh sekali menyokong dan melaksanakan perintah yang telah digariskan oleh kerajaan dengan ikhlas. Soalnya, berapa ramai lagi kakitangan awam yang bersifat "talam dua muka" seperti Cikgu Normala ini? Saya fikir rencana tulisan Ben Mustaffa di bawah ini patut kita renungi.

3. Kita sedia maklum bahawa negara ini adalah negara yang bebas dan setiap orang berhak ke atas pendapatnya sendiri. Setiap dari kita punya hak untuk menyokong dan memilih calon-calon dan parti mana jua dalam pilihanraya tanpa paksaan sesiapa. Kita juga sedia maklum bahawa dalam beratus ribu pegawai kerajaan, bukan semuanya menyokong parti kerajaan. Begitu juga dengan peneroka Felda, penerima biasiswa kerajaan dan juga peniaga atau kontraktor yang mendapat bantuan dan sokongan kerajaan tidak semuanya menyokong kerajaan.

4. Kerajaan tidak memaksa mereka menyokong kerajaan dan tetap memberi mereka gaji, bonus dan kemudahan-kemudahan yang layak diterima mereka mengikut prosedur kerajaan walaupun ada di antara mereka yang sebenarnya tidak layak pun menerimanya kerana tidak menunjukkan prestasi kerja yang cukup baik. Dalam pilihanraya, ada juga beberapa kes terasing di mana pekerja kerajaan yang menyalahgunakan harta benda kerajaan untuk membantu kempen pembangkang. Ini penulis pernah saksikan sendiri ketika membantu kempen pilihanraya kecil di sebuah kawasan di Kedah. Walaupun begitu, rata-rata penyokong keajaan setempat yang mengetahui hal tersebut malas membuat bising kerana mengenali individu terbabit secara baik.

5. Tidak kurang juga kontraktor yang berjaya menyapu projek atau mendapat bantuan kerajaan yang kemudiannya secara diam-diam menggunakan wang yang diperolehi melalui kejayaan perniagaan mereka untuk membantu pembangkang. Ini diakui sendiri oleh salah seorang bekas jiran penulis yang memberitahu bahawa dia sebenarnya menyokong pembangkang tetapi berkawan dengan UMNO demi projek semata-mata.

6. Namun, seperti biasa, ramai pihak penyokong kerajaan atau UMNO tidak mengambil pusing sangat walaupun cukup maklum dengan sikap tidak beretika mereka-mereka ini kerana berpegang kepada prinsip UMNO iaitu membantu kaum Melayu. Mengaku atau tidak, walaupun Melayu dituduh sebagai bangsa yang penuh hasad dengki, iri hati dan sebagainya tetapi dalam kebanyakan kes, Melayu UMNO masih tidak sanggup menjatuhkan bangsanya sendiri. Rakan-rakan dan pemimpin UMNO masih ramai yang memejamkan mata dan terus melayan dan membantu Melayu lain walaupun mengetahui yang individu yang dibantu itu adalah penyokong tegar pembangkang.

7. Dan bukan sedikit golongan Guru yang berpendirian seperti Cikgu Normala Sudirman, calon PAS di Tenang yang mana hatinya berada pada PAS walaupun jasadnya bekerja dengan kerajaan yang diwakili UMNO. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya kini Cikgu Mala tidak lagi terpaksa memakan wang dari kerajaan UMNO dan menerima kemudahan yang diperolehi dari polisi-polisi kerajaan UMNO setelah meletakkan jawatan dan menjadi calon PAS. Namun, jasa UMNO terhadapnya tidak boleh dinafikan buta-buta begitu saja. Jasa PAS kepadanya pula apa ya?

8. Kita tidak menuduh Cikgu Normala menghasut anak muridnya ketika berkhidmat sebelum ini, tetapi bukan kita tidak tahu bahawa bukan sedikit juga guru-guru yang cuba secara langsung dan tidak langsung untuk menerapkan aspirasi pembangkang ke dalam diri murid-murid mereka. Benar, setiap seorang dari kita punya hak untuk menyokong dan menentang mana-mana parti pun. Namun penulis sering membayangkan betapa dunia ini akan lebih baik jika setiap seorang dari kita punya pendirian, etika dan moral untuk tidak menyalahgunakan kedudukan sebagai pekerja kerajaan untuk mengsabotaj kerajaan pula.

9. Apatah lagi jika mengaku menyokong Parti yang konon memperjuangkan Islam, tentu lebih lagi wajar mempunyai sifat-sifat yang mulia dan terpuji. Antara sifat mulia yang sepatutnya menjadi asas jihad dalam hidup seseorang yang benar-benar ingin menegakkan Islam ialah mempunyai prinsip yang kuat yakni maruah diri. Harus berani memilih antara wang gaji dengan prinsip perjuangan. Harus tegas memilih antara kemudahan yang diberi kerajaan dengan pendirian. Jika ini juga tidak berani dilakukan, apa gunanya bercakap tentang jihad membentuk kerajaan Islam impian? Apa gunanya mengaku Ahli Parti Islam SeMalaysia jika tidak ada prinsip dan pendirian yang melambangkan maruah?

10. Melayu yang menyokong PAS harus sedar bahawa perjuangan mereka adalah sia-sia kerana walaupun jika pembangkang berjaya menjadi kerajaan, DAP dan PKR tidak akan memberi laluan langsung kepada PAS. DAP adalah musuh Islam manakala PKR pula adalah pendokong Pluralisme Agama yang menyamakan Islam dengan agama lain. Yang akan tetap membantu Melayu PAS suatu hari nanti, tidak lain dan tidak bukan hanyalah Melayu UMNO yang telah terbukti prihatin dan setia memperjuangkan sesama bangsa dan agama dan tetap mengaku saudara walaupun PAS telah mengkafirkan kita.

11. Sebagai saudara seagama juga, penulis sekadar menyarankan agar Cikgu Normala duduk dan fikir sejenak, ke manakah sebenarnya haluan perjuangannya? Adakah sekadar ingin bergelar wakil rakyat atau ingin menubuhkan negara Islam? Adakah kerana Islam, atau kerana gelaran, glamour, kuasa atau wang? Jika benar berjuang kerana negara Islam dan Islam, sedarlah bahawa Cikgu telah tersilap platform kerana PAS tidak akan mampu membentuk negara Islam tanpa bermandi darah dan melangkah mayat Karpal Singh dan seluruh pemimpin DAP dan juga PKR dahulu. Sanggupkah Cikgu?

16 comments:

marauhirang said...

Salam..
Kakitangan awam dan kakitangan kerajaan ada perbezaan ke?...

Anonymous said...

bersyukur kepada Allah

Anonymous said...

Ramai je yang macam calon PAS ni. MENGATA KERAJAAN BUKAN MAIN LAGI KUATNYA KAT OFFICE/SEKOLAH/UNIVERSITY - tapi bila kerajaan kasi elaun lebih, kasi bonus, kasi naik gaji ambik pulak.

kalau dah tak suka kerajaan senang cakap berhenti keja gomen ha cuba keja ngan swasta cuba tengok boleh hidup tak?

Anonymous said...

Yang tidak menyokong kerajaan itu juga bayar cukai, lesen, roadtax dan yuran sekolah. Kecuali dia tidak bayar satu sen kepada kerajaan, dia juga tak layak terima satu sen dari kerajaan.
Ini kerajaan dipilih secara demokrasi bukan kuku besi. Free to choose and vote. Isu syukur ini dendangan zaman 'Hang Setia' dahulu kala.

DR NO

Muhammad Azli Shukri said...

kakitangan kerajaan maknanya majikan dia ialah kerajaan...tetapi berkhidmat untuk masyarakat awam...itulah bezanya...

Muhammad Azli Shukri said...

Dr No saya setuju yg tidak sokong kerajaan itu bayar semua benda-benda itu...tetapi kita lupa benda-benda yang kita bayar tu dapat balik kepada kita dalam bentuk bonus, kemudahan pinjaman, kemudahan hospitaliti dan pelbagai lagi...jd tak timbul soal ini merupakan isu dendangan hang setia dahulu kala...

Anonymous said...

Kerajaan mcm sebuah koperasi, kita bayar yuran kita dapat pakej faedah. Jika kita rasa lembaga pengarah tidak perform atau macam tidak amanah, kita ubah lah.

DR NO

acah aje... said...

Mula2 saya malas nak layan pendapat sepertimana yg di tulis oleh sdr, namun memikirkan bahawa tulisan ini boleh mengundang kekeliruan kepada mereka2 yg tidak boleh berfikir maka saya gagahkan juga menulis.

Dakwaan kononya kakitangan kerajaan tidak tahu bersyukur kerana bertanding sebagai calon pembangkang kerana semasa belajar menerima biasiswa.

Persoalan ini sepatutnya Azli sebagai org yg pandai, tahu jawapan yg sebenarnya tetapi munkin kerana mahu mengelirukan org lain persoalan yg bodoh ini diutarakan juga.

Yg pertama perlu kita faham bahawa wang yg di belanjakan oleh kerajaan yg memerintah adalah wang yg di perolehi dari sumber rakyat dan negara, semua ini meliputi dan termasuk melalui cukai pendapatan yg dibayar oleh org ramai, hasil mahsul negara seperti balak, emas, dan yg seumpamanya, hasil saman dan pelbagai lagi yg sepertinya.

Yang pasti wang tersebut di perolehi dari hasil mahsul bumi Malaysia ini dan bukan langsung dari poket UMNO dan BN.

UMNO dan BN yg kononnya menjadi Kerajaan hanyalah sebagai pemegang amanah semata-mata, itu pun kita dapati Kerajaan UMNO dan BN begitu banyak menyelewengkan duit negara untuk dijadikan peruntukan parti bagai mengerakkan jentera partinya.

Melalui pemegangan amanah tersebut yg di perolehi lesennya setiap 5 tahun sekali dan telah berlangsung pemegangannya selama 53 tahun itu lah, Kerajaan UMNO/BN telah memutar belitkan kenyataan bahawa segala wang yang di pegang selama ini adalah duit nya.

Sehingga dia mengaku sesiapa yg menerima beisiswa dan lain2 bantuan dan tidak menyokongnya adalah seorg yg tidak tahu berterima kasih.

Apa yang sebenarnya berlaku ialah, rakyat dan juga termasuk kakitangan awam telah hilang keyakinan terhadap penmegang amanah yg tidak jujur seperti Kerajaan UMNO/BN ini yg telah menganggap segala wang yang didalam pemegangan amanahnya dianggap wangnya sendiri.

Buktinya adalah seperti dari dakwaan org sepertimana sdr ini

Muhammad Azli Shukri said...

rakyat tidak pernah hilang kenyakinan terhadap pemegang amanah - iaitu kerajaan, jika benar2 hilang keyakinan maka BN tidak akan mampu membentuk kerajaannya sekali lagi, namun demikian masih terdapat "rakyat" yang degil dan tidak mahu menerima keputusan majoriti yang telah ditentukan oleh rakyat dalam PRU ke-12 yang lalu, maka rakyat yang degil ini dari sehari terus membuat kacau dan onak serta cuba melumpuhkan kerajaan yang telah pun dipilih oleh rakyat - selepas PRU ke-12 sepatutnya politik dihentikan, tetapi parti pembangkang tidak pernah jemu menghasut rakyat agar membenci kerajaan yang telah pun dipilih oleh rakyat secara sah - semua perkara hendak dipolitikkan...bukankah ini namanya rakyat malaysia yang tidak tahu bersyukur?

tutu said...

kita xyah nk persoalkan kredibiliti krajaan dlm memerintah sbb selama ni kerajaan dah lakukan yg terbaik utk rakyat, tapi masih ada lg golongan yg tidak berterima kasih ni berkokok sana sini mengatakan bahawa kerajaan tidak adil, kerajaan tidak telus dan sbgainya...

mungkin org yg tidak tahu berterima kasih ni ingat duit gaji yg diorang dpt every month tu adalah hasil daripada kutipan kerajaan dari rakyat, so sbb tu puak2 yg anti-krajaan ni rse wat pe nk bersyukur kt krajaan since tu mmg duit diorang pun...yes, mmg btol duit tu kutip dari rakyat, tp ingt jugak, dasar2 kerajaan yg bgus tu laa yg mnyebabkan rkyat dpt balik duit dia dlm bntuk bonus, elaun sana sini dan sbgainyer... cuba imagine klau kerajaan yg bongok memerintah? ade ke nk merase bonus2 tu smua??? tak silap abes cmtuuuuu je...

yg plg tak thn ni bila ade jugak a few scholars tambah2 budak MARA yg terima duit dari kerajaan g oversea bg alasan "tu smua duit rakyat" so, buat ape nk terima kasih?? ni part yg plg bengang skali...cuba la fikir plz...ingt klau kerajaan tu tak bagus,dia nk buat ke dasar hantar budak2 mlyu pi bljr overseas?? cuba tgk kerajjan indon tu... dia still kutip jugak duit rakyat tp ade ke krjaan dia wat peruntukan hntar rakyat dia g bljr overseas?? xde!!! klau ade pun sket je yg lepas..it is so hard to pursue ur study (since it requires a big sum of mney) unless u r very very excellent to be sponsored by the gov in indon...yg di sponsor tu pun seorang dua je...kita ni, haa..beribu g oversea guna duit krajaan! klau nk harap duit sndri jgn harap la..

jd pe yg sy nk ckp kt sini ialah, mmg btol duit tu duit rakyat, tp duit tu telah bertukar tgn kepada kerajaan...so in a way, dat's govermnet's money! dia ade hak nk buat ape kt atas duit tu... klau dia xnk sponsor budak g oversea mcm krajaan indon pun tak pe, tak salah klau dia nk buat dasar mcm tu...klau dia xnk kasi bonus kt pekerja2 pun xpe... tp krajaan kita tak mcm tu!!!

marauhirang said...

Salam
terimakasih atas info..
kakitangan kerajaan maknanya majikan dia ialah kerajaan pemerintah semasa...tetapi berkhidmat untuk masyarakat awam tanpa mengira apa jenis politik..

heheheheheheh

Anonymous said...

saudara penulis dan pembaca,

komen saudara acah aje mmg ada bnrnya.... kakitangan awam tdk seharusnya menerima bulat2 segala dasar kerajaan secara membabi buta. walaupun, kakitangan kerajaan pada dasarnya harus menerima segala dasar kerajaan... namun saudara penulis harus ingat kakitangan awam ini pun manusia juga, punyai akal dan fikiran. perlu menilai baik dan buruk sesuatu dasar itu. dasar yg kurang memberi faedah kpda rakyat tidak seharusnya disokong secara membabi buta sahaja seperti dasar menarik dan mengurangkan subsidi kpda rakyat. malah banyak lagi dasar kerajaan yg menghimpit dan membelakangkan rakyat selama ini. subsidi adalah hak rakyat akar umbi sama ada kaya atau miskin. menteri2 yg dibayar gaji berbelas ribu pun banyak mendapat subsidi malah banyak kemudahan diberikan secara percuma oleh kerajaan. rakyat? buang tahi pun kena bayar.

saya setuju dgn pendapat, umno dan BN hanya pemegang amanah bukannya semua hasil negara ini adalah kepunyaan umno dan BN. adakah insan spt puan normala dan pengikut parti pembangkang ini dikira sbgi tdk bersyukur? adakah menteri2 dan pengikut umno BN sahaja yg bersyukur kerana tdk pernah membantah dasar kerajaan?. ini adalah kerugian bsr kpada kerajaan apabila kebanyakan mulut, tangan dan kaki kakitangan bagai dikunci untuk tdk memberi komen dan teguran kpd kerajaan. pada hal kerajaan sebenarnya sangat2 memerlukan komen dan pendapat dari kakitangan kerajaan yg menjadi jambatan kpd rakyat akar umbi. bukannya hanya mengikut seperti kerbau kena cucuk hidung spt yg dilakukan oleh menteri2 umno dan BN yg hanya mementingkan kedudukan, pangkat, jawatan dan wang besar. ada rakyat yg melihat menteri2 tdk ubah spt badut di pentas sarkas.

sejak akhir2 ini kerajaan umno dan BN banyak MENGUNGKIT DAN MEMBANGKIT segala budi dan jasa selama 53 tahun memerintah negara ini. Malaysia ini bukan negara kukuh besi mah pun sosialis ataupun komunis....negara ini adalah negara demokrasi.... oleh itu semua rakyat boleh meluahkan dan memberi pendapat masing2.

kerajaan juga harus bersyukur kerana rakyat malaysia tdk seperti rakyat di negara2 lain seperti Tunisia, Indonesia, Filipina, Thailand dan yg sewaktu dgn nya.... rakyat malaysia masih lagi berpegang kepada demokrasi, sekiranya rakyat negara ini mengikut jejak rakyat2 negara2 spt di atas........ entah la apa akan terjadi mgkn saudara penulis blh memberi jawapannya.........

saudara penulis mengatakan.... pihak pembangkang yg banyak berpolimik dan berpolitik selepas PRU12....cuba saudara penulis buka TV1, TV dan TV3 pada jam 8.00 setiap mlm... rakyat sbnrnya muak dgn berita yg berat sebelah dan tdk adil.... berita yg disajikan hanya mengutuk dan membongkar keburukan pihak pembangkang sahaja...

saudara penulis kena ingat, sekiranya pihak pembangkang berjaya memerintah negara ini... adakah penjawat2 awam yg banyak bersyukur kepada kerajaan umno dan BN perlu meletak jawatan? saudara jgn menyempitkan minda saudara yg sudah punya nama dan reputasi yang sudah dibina beberapa lama.

"Kakitangan Awam Tidak Tahu Bersyukur : Berapa Ramai Lagi Seperti Cikgu Normala?"

fikirkan lah saudara penulis........

shamshul anuar said...

Saudara Anonymous (10:23),

Betulkah rakyat muak dengan apa yang dilaporkan di TV1, 2 atau TV3?

Atau makin ramai rakyat( terutama orang Melayu) meluat dengan perangai Anwar Ibrahim yang nampak tak dapat terima ketentuan Illahi yang ia bukan ditakdirkan jadi PM.

Apa yang saya nampak akhbar seperti Roket dan Harakah lh yang cukup sinonim dengan fitnah. kAlau baca akhbar tersebut seolah olah Kerajaan Malaysia terlalu zalim.

Tulisan azli ada benarnya. Saya ada rakan yang belajar hingga ke peringkat PHD tapi begitu menentang kerajaan. Walhal dia dapat belajar hingga keluar negeri hasil biasiswa .

Memang duit biasiswa itu bukan duit UMNO. Namun saudara patut juga fikir adakah dia akan dapat biasiswa( maklumlah dia Melayu) jika ditakdirkan DAP yang memerintah.

Saudara sendiri boleh lihat bagaimana Melayu dipinggirkan disyarikat swasta oleh alasan "Mandarin is required". Perkara yang sama boleh berlaku jika anwar dapat kuasa kerana jika Anwar jadi PM , kuasa sebenar ditangan DAP.

Memang kita boleh kritik walaupun kita kerja dengan kerajaan. Itu hak kita. Tetapi ramai Melayu ( termasuk segelintir cikgu) yang berperangai seperti "bangsat" menghasut orang ramai untuk benci dan "berperang" dengan kerajaan yang sah.

Saya pelik dengan sikap orang Melayu. Mulut berbuih cakap nak Islam tetapi suka memfitnah. Contoh paling nyata ialah ramai suka jaja kaitkan Najib dengan altantuya. Kita dah ada buktikah. Siapa sumber berita kita?

Raja petra? DAP? Orang fasik, munafik dan kafir macam tu kita jadikan sumber berita. Kita terima bulat bulat hanya kerana kita benci Najib?

Sederhana itu sikap yang baik. Kritiklah tetapi jauhi fitnah. Jangan mudah percaya apatah lagi kalau sumbernya Raja Petra, Kit siang atau lawyer putar alam No 1, Karpal singh.

Saya sering tanya rakan saya adakah terlalu zalim UMNO sekarang ni? Adakah wartawan dari Nanyang siang pao dilarang hadir dalam press conference PM. Yang jelas Utusan pula diharamkan hadiri press Conference Guan eng. Kenapa? Sebab Utusan selalu pertahankan orang Melayu.

Wahai Melayu. Berhati hati dengan sokongan orang fasik, munafik apatah lagi Kity siang. Kadang kadang mereka sokong kita bukan ikhlas. Mereka pun lagi menyampah pada PAS. Namun PAS berguna untuk jsatuhkan UMNO.

Ramai Melayu terlupa yang apa yang mereka ada sekarang adalah KERANA MENGUASAI POLITIK.

Bila kuasa politik sudah hilang, maka kita akan nampak gerai Melayu dirobohkan, perlantikan SUK dipertikaikan, ugama Islam dilecehkan. DAn Malaysia akan jadi negara Republik.

Berakhirnya sistem beraja akan menghapuskan satu satunya bukti yang masih tinggal yang membuktikan pada dunia yang orang Melayu ialah penduduk asal negara bertuah ini.

Sendiri mau ingat.

Anonymous said...

1. Alangkah bodohnya merasa semua ini HAK Rakyat.

2. Betapa bangsatnya merasakan kerajaan sangat kejam dan sentiasa tak betul.

3. Sekarang buka mata dan tanya, apakah kerajaan PR di Selangor adil dan bijak mentadbir.. Soal perlantikan SUK pun dah nampak politik TOLOLnya TSKI dan sekutu2 DAPnya... PAS Sekadar jadi org suruhan utk buat demo.

4. Aku sokong penuh, kakitangan awam kena bersyukur dan berterima kasih terhadap dasar kerajaan BN UMNO yang berjaya dan menjadikan kita rakyat juga berjaya.

5. Jgn jadi tonggong.... menjadikan Kerajaan sebagai sebuah koperasi... atau sebuah syarikat.

6. Dan aku juga setuju Calon PAS Tenang ini adalah sekelompok kakitangan awam yg tak sedar dek untung.

7. Sape kata, kakitangan awam dikunci mulut, dan diikat kakinya... Sah2 ko tu buat cerita. Cuma kakitangan awam yg tak efektif & bmasalah sokong PR.....

Anonymous said...

wahai pencacai2 umngok sekalian...gaji yg kerajaan bg kt pegawai tu dpt duit dr mana ek?? kalu bukan dr cukai rakyat sndri..so tu bkn duit kerajaan tu duit rakyat.....len kali pikir dalam2 bongok punya pencacai.... yg kerajaan duk songlap 50 bilion tu? duit sapa tu? duit hgpa sume la...tp hgpa wat donno ja...bongok betuil hgpa sume ni....tuh yg terbaru kastam tu? sapa songlap??? tngk la sbb nk hapuskan bukti pnya pasal pegawai kastam yg mati......nmpak sngt permain depa neh....buka la minda skit pencacai2 umngok skalian

Anonymous said...

Salam...
kita kena bersyukur pada tuhan dahulu kerana melorongkan rezeki dari sumber2 seperti kerajaan ni...so janganlah korang rasakan yang kerajaan ini adalah pemilik mutlak kepada duit2 atau rezeki itu..tambahan pula kalaulah kata orang yang bukan bekerja dalam sektor awam, dan juga ditambahkan dengan orang yang bekerja dengan kerajaan tapi membelanjakan duit mereka semua itu terus/lansung ke luar negara untuk apa jua perbelanjaan/perkhidmatan/ dll, maka adakah kerajaan yang sedang memerintah akan punyai duit/sumber2 harta?....so berfikirlah....dan bagaimana pula pekerja2 yang bekerja di negeri yang diperintah oleh kerajaan lain?...kalau mereka ini dihambat keluar, maka negeri2 itu akan jadi autonomi...bertaburanlah para kakitangan awam ini yang kononnya dibayar kerajaan pusat memenuhi kembali ruang2 negeri yang dimiliki kerajaan pusat...segala urusan negeri-pusat terputus..begitu ker?
mungkin Selangor, Penang dan Kelantan barangkali melahirkan lebih ramai orang kaya dari negari2 lain...entahlah...tapi ingatlah, kalau pucuk pemerintah pusat bertukar tangan sekalipun, para pekerja bawahan sektor awam akan tetap dapat bekerja seperti biasa..kecuali bagi orang2 yang pernah melakukan rasuah/kemungkaran....dan pula, berapakah nisbah pekerja awam yang dapat bonus dengan rakyat biasa yg bukan kakitangan awam?...1:20?...1:30? lebih ramai yang susah diluar sana sebenarnya...
(ini karangan budak sekolah Tingkatan 4)