Tetamu Kehormat...

January 13, 2011

Janji 100 Hari Anwar Ibrahim : Tawaran Syurga Yang Dusta!

1. Janji 100 Hari Pakatan Rakyat yang dipromosikan oleh Anwar Ibrahim sudah sampai ke klimaksnya. Anwar seolah-olah sudah mati akal untuk mempromosikan idea mengarutnya itu, sehingga tergamak mencabar Datuk Seri Najib Tun Razak untuk berdebat dengannya dalam isu berkenaan. DS Najib tidak perlu melayan tipu-daya Anwar Ibrahim yang sememangnya terkenal dengan lidah bercabang dan putar alam. Bersetuju untuk berdebat dengan Anwar - bermakna kita bersetuju untuk diperbodohkan.

2. Alasan saya sangat mudah - mana mungkin Janji 100 Hari itu upaya dilaksanakan oleh Pakatan Rakyat, kalau hutang kerajaan Selangor terhadap SYABAS pun tidak mampu dilangsaikan lagi! Sejumlah RM471 juta masih belum dibayar oleh kerajaan Selangor kepada SYABAS sejak setahun lalu - sehingga mengakibatkan kerajaan Selangor disaman oleh syarikat tersebut.

3. Inilah jadinya apabila kerajaan Selangor terlalu sibuk dengan politik. Semua perkara hendak dipolitikkan, termasuklah isu pelantikan Khusrin sebagai SUK Selangor! Akhirnya yang merana adalah rakyat. Kalau benar otak Anwar Ibrahim terlalu bergeliga dalam menguruskan ekonomi - mintaklah beliau selesaikan hutang kerajaan negeri Selangor dengan SYABAS itu terlebih dahulu, sebelum memandai-mandai buat janji baru kepada rakyat. Nampaknya, inilah hasil kerja cemerlang Penasihat Ekonomi Selangor - pandai ajar Khalid Ibrahim berhutang, tetapi "liat" untuk membayar - sehingga disaman.

3. Di manakah idea ekonomi Anwar Ibrahim yang bernas lagi "power" itu? Cubalah selesaikan masalah ini dengan segera. Dahulu semasa berkempen untuk mendapatkan undi rakyat Selangor - Anwar tidak fikir panjang, janji kepada seluruh rakyat Selangor untuk memberi 20 meter padu air secara percuma atau rebet RM11.40 sebulan - dan sekarang inilah bahananya, semua langkah popular itu memakan diri sendiri.

4. Dalam masa setahun sahaja hutang kerajaan Selangor yang tertunggak kepada SYABAS mencecah RM471 juta! Kerajaan negeri pimpinan Khalid Ibrahim tidak mampu lagi membayar hutang yang tertunggak itu - Maka, dalam keadaan sebegini rupa, apakah masih boleh kita yakini dengan janji 100 hari Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat? Oleh sebab itulah DS Najib secara berterus-terang mendakwa, janji 100 hari yang digembar-gemburkan sangat oleh Anwar Ibrahim itu, bukan sahaja bersifat dusta, bahkan bisa sahaja mengheret negara ke gaung kemuflisan.

5. Hampir semua pakar ekonomi menolak idea hanyir Anwar Ibrahim tersebut. Malah, sudah terbukti Selangor merupakan negeri pertama yang menjadi mangsa kepada idea songsang Anwar Ibrahim itu! Baca berita di bawah :

KUALA LUMPUR 11 Jan. - Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) telah memfailkan saman pemula terhadap Kerajaan Negeri Selangor supaya tunggakan hutang selama setahun berjumlah RM471,642,916 dibayar dengan serta-merta. Syabas selaku plaintif memohon perisytiharan bahawa terdapat jumlah hutang yang mesti dibayar oleh kerajaan negeri tersebut bagi tempoh 1 Januari hingga 31 Disember 2009 mengikut tafsiran sebenar Perjanjian Konsesi bertarikh 15 Disember 2004.

Saman pemula tersebut yang difailkan di Mahkamah Tinggi (Bahagian Dagang) di sini pada 10 November tahun lalu menerusi firma guaman Tetuan Soo Thien Ming & Nashrah, menamakan Kerajaan Negeri Selangor sebagai defendan. Turut difailkan adalah afidavit sokongan terhadap permohonan itu yang diikrarkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Syabas, Datuk Ruslan Hassan.

Saman pemula itu ditetapkan untuk pengurusan kes di hadapan Hakim Anantham Kasinather pada 11 Februari ini. Syabas dalam permohonannya menyatakan, melalui perjanjian antara syarikat tersebut, Kerajaan Malaysia dan defendan itu, plaintif telah diberikan konsesi selama 30 tahun untuk membeli air terawat daripada operator rawatan air dan membekalkannya ke kawasan pengagihan menurut terma dalam perjanjian itu.

Melalui surat bertarikh 31 Mac 2008, plaintif telah menghantar dokumen penyemakan kepada defendan untuk menyokong permohonan mereka menaikkan tarif diwartakan yang sedia ada RM1.39/m3 kepada tarif yang dipersetujui RM1.89/m3 untuk tempoh operasi ketiga mulai 1 Januari 2009 hingga 31 Disember 2011. Sambung bacaan di sini...

8 comments:

Anonymous said...

Dasar ekonomi orang gila. GILA KUASA. Hang suka berjanji tetapi tak pernah tunai. Penipu besaq.

Masa dok pegang menteri Kewangan apa yang hang dah buat. Hang terlalu sangat mengikut dasar Yahudi IMF yang hendak menjahanamkan ekonomi negara kita.
Nasib baik kita dikurniakan Allah Tun Dr. Mahathir yang tidak mengikut telunjuk Yahudi dan telah berjaya menyelamatkan ekonomi negara.

Sudahlah Anwar dengan janji karut hang. Hanya orang yang tak berfikir sahaja yang sokong hang.

Anonymous said...

Dimanakah letaknya kehebatan Anwar Ibrahim? Ditangannyakah? Atau dikakinyakah? Atau diotaknyakah?

Kehebatan Anwar Ibrahim terletak pada Anunya.

Anonymous said...

Bagi la peluang dulu kepada Pakatan Rakyat,,,laporan audit negara 28 bilion tiris, kadar rasuah meningkat, inflasi tinggi,,, Kelantan, Kedah Pulau Pinang dan Selangor= OK + ada la sedikit masalah, baru 3 tahun perintah,,,BN dan 53 tahun,,, udah la, gunakan akal untuk berfikir, jangan guna kepala lutut.

Anonymous said...

Kata Anwar ikut IMF,(itu tuduhan mahathir) nak selamatkan anak menantu, tuduh tak ada bukti, nak burukkan imej Anwar,,, tuduh agen Amerika, baca la buku Barry Wain, mahafiraun dan 100 billion,, APCO amacam?

Anonymous said...

sebab guna akai la kitaorag xpercaya anuar, baru setahun berkuasa sudah 400 juta berhutang kalau 52 tahun mcm mana? boleh pikir ka? tiris bn 28 bilion utk 53 tahun, hang pa buat taik 400 juta setahun untuk satu negeri, kalau 14 buah negeri? hang pa cuba la fikir, jadi hang la yg fikir guna kepala lutut bangang punya anony

Muhammad Azli Shukri said...

terima kasih komen tuan2

anak melayu said...

Janji 100 hari Anwar tu adalah betul. memang dia berupaya melaksanakan. Anwar tidak bohong. Dia hanya menjanjikan 100 hari sahaja. Selepas 100 hari dia akan buat tak tahu. negara akan bangkrap, dia akan menyalahkan orang lain la selepas tu sebab dia hanya janji 100 hari sahaja.

To Live Again said...

Sy bersetuju dgn pandangan saudara azli..Bersetuju berdebat maknanya kita bersetuju untuk DIBODOHKAN..

Sy yg buka background ekonomi ni pon fhm simple matematik..Kalau dh semuanya pengeluaran(BELANJA) bila pulak ada kemasukan(KEUNTUNGAN)..

Nk ckp mmg sng..Ami duit petronas yg beratus bilion 2 take over suma utility cm PLUS,TNB,Telekom dll..

Amik plak duit KWSP utk bagi pendidikan percuma pada suma plajar U tnpa sesen pon..Hutang PTPTN yg dh hmpir 3b akan DIHALALKAN..

Kalau tgk di atas 2 sumanya BELANJA..Bila plak nk MENABUNG..

Kalau dh suma bnda nk FREE mana plak pendapatanh negara???

Jgn la pembohong sgt nuar oiiii..Cina dap pon ketawa berdekah2 dgn idea ko ni..Cuma diaorg jd MUNAFIK buat sokg idea ko ni sbb nk GUNAKAKN ko je..Esk kalau dh mng ko jd PM time 2 karpal bocor suma rhsai ko dn ko pon ke dalam la..Time 2 Kit Sial jd PM la woi..