Tetamu Kehormat...

January 5, 2011

Isu Rais Yatim Rogol Amah : Milik Siapakah Dusta Ini?

Seperti yang telah saya jelaskan sebelum ini, bahawa Datuk Seri Rais Yatim akan membuat kenyataan rasmi berhubung tuduhan dusta dan fitnah yang dilemparkan kepadanya, berhubung isu permekosaan terhadap seorang warga Indonesia yang juga merupakan orang gajinya sendiri, pada tahun 2007. Hari ini beliau tampil menjelaskan keadaan sebenar dan berharap agar isu ini segera dihentikan oleh para blogger upahan. Malah, saya juga difahamkan bahawa gambar "minah Indon" yang disiarkan oleh beberapa bloggers terkenal merupakan fitnah dan penipuan semata-mata. Bahkan, menurut beberapa sumber, orang gaji kepada DS Rais Yatim yang didakwa dirogol itu, merupakan "makcik tua", yang mana sekiranya para blogger upahan ini sendiri melihat wajahnya pun, barangkali mereka sendiri tidak tergamak untuk merogol, apatah lagi untuk menuduh "makcik tua" Indon ini telah dirogol oleh seorang menteri.

Tetapi, apa boleh buat, walaupun sudah terbukti kita memfitnah DS Rais Yatim, namun demikian hati kita selalunya keras untuk memohon maaf - kerana kita tidak pernah menjadi subjek yang difitnah. Soalnya sekarang hanya satu - empunya siapakah segala dusta dan fitnah ini? kepada Allah juga kita berserah. Wallahualam. Baca Laporan Malaysia-Kini di bawah :

MENTERI PENERANGAN KOMUNIKASI dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim hari ini menafikan dakwaan beliau terlibat dalam kes jenayah memperkosa pada 2007 dan semua dakwaan lain yang dilemparkan oleh penulis blog di internet dan parti pembangkang terhadapnya. "Saya menafikan sebarang dakwaan tersebut sama ada yang berkaitan tuduhan memperkosa mana-mana individu empat tahun dahulu atau lain-lain dakwaan yang dicetuskan penulis liar blog di internet atau mana-mana entiti politik," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, "tuduhan liar yang ditujukan terhadap dirinya, susulan laporan blog dan parti-parti politik pembangkang di akhir-akhir ini adalah longgokan fitnah dan pendustaan yang dahsyat, jelek dan jahat." "Saya menyatakan dengan kerelaan bahawa apa-apa laporan yang diperbuat oleh mana-mana pihak setakat ini berkaitan perkara ini wajar disiasat mengikut lunas undang-undang negara," katanya.Menurut Rais, beliau dan anggota keluarganya bersedia memberi sepenuh kerjasama dalam siastan itu dan apa-apa keputusan siasatan rasmi itu akan diterima dan dipatuhi.

Beliau berkata "sementara siasatan dijalankan oleh pihak berkuasa, demi keadilan dan kemanusiaan, pihak-pihak yang rakus mengamalkan politik kotor melalui internet atau media lain diminta menghentikan sebarang spekulasi, cemuhan atau berbuat sesuatu yang mencabul budaya berpekerti baik.""Semua tulisan, laporan, picisan, spekulasi termasuk ilustrasi foto atau gambar yang disiarkan di bawah mana-mana pojok blog, laman web di internet setakat ini berkaitan dakwaan salahlaku atau jenayah memperkosa mana-mana individu sedemikian adalah bertujuan jelek, berniat jahat dan memfitnah secara fabrikasi atau rekaan tanpa lunas sahih di sisi undang-undang," katanya.

Rais berkata, perkara berkenaan adalah mainan politik jahat dan kotor yang sengaja digembar-gemburkan bagi tujuan memperolehi dividen politik pembangkang. Tambah ahli parlimen Jelebu itu, laporan polis oleh PAS dan sekutunya di Kuala Klawang, Jelebu, Negeri Sembilan pada Selasa lalu susulan pendedahan blogger itu adalah bukti bahawa dakwaan tersebut bermotifkan politik kotor dengan tujuan supaya rakyat di Jelebu memihak kepada pembangkang sedangkan mereka tiada kesahihan hak untuk membuat laporan sedemikian dari sudut perundangan. "Dakwaan pemerkosaan seperti yang dikarang penulis blog tiada kaitan langsung dengan dedahan yang kononnya dipanggil Wikileaks." katanya.

19 comments:

Anonymous said...

salam tuan.itu saya bimbang disebabkan pertembungan peribadi ade bloggers yang sanggup sebarkan cerita yg xbetul walaupun dari satu kem.saya bukan penyokong rais yatim.cuma xbersetuju kalau kita sanggup sebarkan cerita atau khabar angin mengenai seseorang sbb kita bermusuh dgn dia.saya harap siasatan dilakukan utk buktyikan dakwaan yg menteri terbabit terlibat.kalau tidak berlaku harap pihak berkenaan minta maafla pada tuan badan.

Muhammad Azli Shukri said...

saya juga buka kem Rais Yatim, tetapi kita harus berpijak di bumi yang nyata. Jgn mudah menuduh tanpa keshahihan bukti yang terang dan jelas.

bRAVEhEART said...

Saya lebih percaya isu ini hanya untuk mengalih pandangan dari isu sebenar iaitu berkenaan ADUN Pas yang berzina dgn isteri orang. Saya telah menulisnya disini: http://braveheart-blogger.blogspot.com/2010/12/pas-for-aww-huhu.html

Anselmo said...

Bro, tabik kat Rais, dia tak lari kemana-mana kedutaan pun, atau ajak penyokong tunjuk perasaan.Tak jugak dia kata ini konspirasi, dia dengan terbuka utk disiasat seisi keluarga. AKu minta bro, polis cepat siasat, siasat dengan teliti lagi terperinci, jgn ada yg dilindungi. Kalu Rais salah dia dihukum, kalu dia bebas, dia berhak mendapat kembali maruah yg tercemar. Anjing-anjing DAP akan buat onar yg pelbagai, Polis tak leh caya lah, AG sebelah Rais lah. Tak caya, tgklah kalu Rais terbukti tak bersalah nanti. Saya sokong kebenaran walau yg bersalah itu Najib Razak.

Primus said...

Aku bimbang kalu Rais mahu bersumpah menafikan dakwaan ini tapi dia ajak Anwar dan YB dari Selinsing ni bersumpah sama, biar lebih meriah, mau ke anwar?

airman_1 said...

ini semua ditimbulkan smula olih bloger yg brdendam kesumat kpd rais yatim

Anonymous said...

Ini dikatakan hukum karma, hari ini kau fitnah org...besok kau pulak kena fitnah..

Janganlah tuduh bloger pulak, tuduh pembangkang, tuduh itu, tuduh ini...kalau berani samanlah sape tu...Rocky Bru, blue...he he.

Anonymous said...

Mereka cipta fitnah adalah darah daging mereka...semuanya halal asalkan kuasa diperolehi.

Anonymous said...

Semua orang akan membuat penafian jika dituduh, malah kebanyakan yang dituduh dimahkamah pun jarang benar mengaku salah dan siapa kita mengatakan ini fitnah atau pun tidak? Kita tidak melihat dengan mata kita oleh itu seharusnya kita tidak memberi keputusan. Bila ada tuduhan pihak berwajib harus menyiasat dengan telus tanpa takut, ini adalah yang seadilnya bukan sahaja pada yang menuduh tetapi kepada yang dituduh. Jika selepas siasatan dan didapati tidak benar maka kemenangan moral dalam pembersihan maruah yang dituduh, tetapi jika ianya benar maka nyatalah yang dituduh telah memzalimi dirinya. Oleh itu Nafilah sepuas hati namun seharusnya SIASATAN juga harus dilakukan.

flowersofnation said...

ini adalah fitnah yg tak terancang. jika benar ianya berlaku, dah lama anwar jaja 1malaysia hal ni.
semua tahu yg anwar ada hubungan baik dgn indonesia, pastinya anwar adalah org yg pertama tahu jika kejadian ini dilapurkan di sana.
namun, anwar tak pernah sentuh langsung dan amat memalukan utk sesiapa yang memulakan fitnah mual ini.
Salam..layari Portal News Terkni

http://www.flowersofnation.my/

Anonymous said...

Kita tunggu dan lihat... nak fitnah gunakan orang tempatan takut bocor cepat. Gunakan lah orang Indon.... itu lah dasar PR - Petualang Bangsa, Agama dan Negara

oRang kAmpong said...

Aku setuju ngan flowers.nape blader anwar n the group xbawak ceta ni.besanya puak2 ni klu dpt info xtunggu siang lg.awat dibiarkan case 2007 jd pekasam.utk aku penapian d.rais sudah ckp bg kita sema bertenang dan menunggu sekiranya ada aduan sebenar dr pihak yg di katakan dirogol.kita xbolih samakan report polis saipol dgn report polis cikgu badman.saipol orang kena liwat.cikgu badman kena rogol gak ke.atau dier saksi rogol.klu blh bro azli tolong dptkan salinan report cikgu badman tu.xp mcmmne pon klu tersalah tulis ke, tuduh ke, xsalah kita minta maaf,sebelum jd yg bukan2.sorylah org kampong mcm aku ni takut sgt klu ckp pasal mahkamah ni.

Muhammad Azli Shukri said...

terima kasih komen tuan2

Anonymous said...

Wikileaks..oh..wikileaks...kalau tak jaga-jaga ada lagi tsunami persepsi nak datang.

DR NO

SiamangBukit said...

Saya sokong sdra primus. KitA buat pesta sumpah menyumbah raksasa. Dan jadilah kita bhan gelak ketawa seluruh dunia.

jebat berkokok said...

Dakwaan tanpa bukti boleh menjurus kepada fitnah..dan fitnah jika menjadi besar terlalu merbahaya untuk negara

Kama Irahsa said...

walau apa pun, rais yatim dah jadi anak jantan sebab tampi ke depan jawab tuduhan ke atasnya. azmin ali apa cerita?jadi bacul?jadi dayus? dengar cerita dah lari ke luar negeri bila adik dia ummi hafilda tuduh macam2..

jawablah azmin!!

Rais sudah. Azmin bila lagi?

Anonymous said...

oooooooiiiiiiiii hangpa semua awat la bodo sangat? Fitnah konon! Kenapa klu kes ini disiasat dulu mengikut pocedur biasa?
Rocky Bru pun bukannya dr DAP....dia pro UMNO la bodo wey!Biasa la perkara ni berlaku dlm UMGOK sb UMGOK x ikut ajaran Islam!

tokasid said...

Salam.

Bagi saya ini adalah rencah ratus politik Malaysia yang mana semua bisa halal utk capai matlamat.
Tak kira lah samada dari parti pembangkang atau parti pemerintah.Sama sajacara dan fe'el dalam memenangi hati rakyat( konon) dan menjatuhkan pihak oponen.

Menuduh org melakukan zina atau rogol atau liwat atau penjudi atau pemabok sudah menjadi semakin lumrah.

ta tidak suka di fitnah tetapi kita tak kisah membuat atau sebarkan fitnah.
Kita sanggup cipta fitnah utk tutup fitnah yg lain.
Kita, yg mengaku Islam itu pegangan kita.Kita, yg tahu larangan dan kutukan ALLAh dan NAbi SAW terhadap pembuat,penyebar fitnah.Kita, yg telah tahu akibat dan kesan fitnah terhadap individu tersebut.Kita, yg tahu apa balasan ALLAh di akhirat atas fitnah yg kita cipta dan yg kita sebar sebarkan.

Sesungguhnya, sekarang bagi ramai org politik itu lebih penting dari agama agaknya.

ALLAHU'alam