Tetamu Kehormat...

January 12, 2011

Isu PTPTN : UMNO/BN Dalam Bahaya!

Saya agak tertarik untuk menyiarkan satu posting dari blog Penarik Beca berkenaan isu PTPTN. Pada pandangan saya, kerajaan harus memandang serius masalah ini. Sekiranya isu ini dibiarkan berlarutan, saya khuatir generasi muda akan semakin jauh dan tidak lagi menyokong kerajaan. Harapan saya UMNO/BN wajib menyelesaikan kemelut para peminjam PTPTN yang semakin meruncing dan tertekan dengan isu berkenaan. Fikir-fikirkan juga undi golongan ini. Baca tulisan yang saya petik dari blog Penarik Beca di bawah :

Saya menerima email dari seorang anak muda tertindas. Saya malas nak fikir apakah yang akan terjadi kerana menyiarkan luahan hatinya yang saya tak edit sikit pun:

Memang le kepada peminjam PTPTN...Rupenya PTPTN adalah lebih kejam daripada along yang ada sekarang... dengan charge pentadbiran sebanyak 3% yang dikenakan itu menunjukkan mereka lebih kejam daripada along... kerana kos perkhidmatan itu akan berterusan sehingga bila-bila selagi mana kita tidak menyelesaikan pinjaman lahanat tersebut... sejahat-jahat Along ada juga 'interest' yang kita tau berapa yang nak kena byr...

Bayangkan kalau charge perkhidmatan RM40 sebulan dan korg bayar RM50 sebulan (kadar minimum yang 'dibenarkan' oleh PTPTN)... maka korang akan bayar PTPTN tue sampai mampos le jawabnya... sebab korg byr kos perkhidmatan lahanat tue tanpa mengurangkan baki PTPTN.... kalu beli rumah pun RM25k bayar RM50... so nampaklah jugak jumlah yang nak kene bayar... dan kalu lambat bayar hanya 'penalty' dlm berapa ringgit sangat dikenakan... tapi PTPTN ... kita tak tau berapa jumlah sebenar yang kan kita bayar melainkan kita byk duit dan boleh bayar 'seketul'... tapi kalu bayar ansuran maka jawabnya kene bayar sampai 'mampos'.. (sila klik imej di sebelah untuk besarkan).

Marilah kita bercakap sebagai rakyat. Marilah kita memperjuangkan pendidikan percuma untuk rakyat sehingga ke peringkat ijazah pertama sekurang-kurangnya. Bercakap tentang anak orang yang meraung ditindas PTPTN, teringat anak sendiri. Orang kata, semakin lama dia tak ada, semakin berkurangan rindu. Tetapi yang saya rasa semakin rindu, semakin sayu. Ya Allah, ya Mujir, temanilah anak saya, kekasih hati abah Muhammad Sadiq dengan keampunan dan kasih sayang-Mu yang berkekalan. Tolonglah, ya Allah! Sumber : Penarik Beca.

17 comments:

MALAYSIAN UNITED said...

Salam.. Nak komen pasal PTPTN ni kan... bukankah caj pentadbiran 3% sudah di convert kepada 1%...
kepada peminjam2 yang lama, anda di nasihatkan untuk tukar caj pentadbiran 3% kepada 1% di laman web PTPTN..
www.ptptn.gov.my
TQ

irs-Hursaini said...

Apa yg dia cakap tu salah. Loan PTPTN menggunakan sistem baki berkurang. Dia ada kalkulator (dalam web PTPTN). Semakin kurang baki pinjaman, semakin kurang bunga. Budak yg hantar email tu xfaham sebenarnya.

Sekarang PTPTN dah kurangkan kadar kepada 1%.

Logiknya, PTPTN mengambil duit dari KWSP, adakah KWSP tak nk keuntungan dari hasil pinjaman PTPTN ini untuk diberi kepada pencarumnya?

Anonymous said...

Ada orang yg dah abis bayar la bro.. RM100 sebulan je

Anonymous said...

kegagalan dalam merancang kewangan dan merancang pinjaman....

-pemerhati-malam-

Anonymous said...

hahaha...
Azli... semua ni alasa... cakap pinjaman lahanat la apa laa... tp hasil lahanat tu la kau ada ijazah... Kalau dah jenis tak tau bersyukur tak payah cakap lah..bagi intan segunung pun buta hati jugak...
dengan ada ijazah takkan nak bayar RM 50 ja... kereta honda accord boleh bayar...
Bini aku bayar RM 100 ja sebulan dah tinggal RM 6500 ja lagi dulu pinjam RM 12000.00.
kalau dah kerja nak bangkang kejanya bangkang jugak la. kalau tak bagi pinjaman kerajaan jugak salah...dah tak mau bayar, kerajaan jugak salah..

BalingMari

Muhammad Azli Shukri said...

terima kasih komen tuan2

hafiz said...

Hakikat yang perlu kita terima adalah terlalu banyak graduan,
JPA jugak banyak taja pelajar dalam dan luar negara. Kalau tak nak ambik PTPTN, suruh family tanggung, Atau cari penaja seperti Petronas, TM, Shell, Yayasan Negeri, Bank2, Banyak la lagi..Hanya yang terbaik dapat penajaan, kalau tak dapat paham2 la..degree holder selalunya gaji start 2K, setiap tahun akan naik gaji, takkan bayar RM50 je..agak2 la..

Anonymous said...

Salam. Untuk makluman semua, caj 1% tu cuma yang tiada tindakan undang-undang atau penguatkuasaan. Saya ada memohon untuk menukar caj pentadbiran tersebut tetapi malangya tidak berjaya disebabkan saya telah dikenakan tindakan tersebut akan tetapi tiadakah elemen budi bicara dalam hal ini kerana saya sudah mula membayar PTPTN secara konsisten memandangkan sudah mendapat kerja yang selari dengan kehidupan semasa. Kami faham yang hutang mesti dibayar walau macam mana sekalipun. Harap maklum.

Anonymous said...

Alhamdulillah aku ditakdirkan belajar masa negara susah (80an) dapatlah juga biasiswa taklah mcm skrg kita dh dikurniakan Allah swt dgn hasil minyak tp pelajar2 yg tak mampu terpaksa berhutang utk menyambung pelajaran. Dulu anak MP/ADUN pun dpt biasiswa.

Anonymous said...

Pokoknya kalau berhutang kena bayar balik, macam mana masa nak hutang dulu manis muka, masa nak bayar pun begitu juga!

Kalau rasa teraniaya, buatlah rayuan ke, buat usul ke, apa ke, cakap elok-elok, tak payah nak maki hamun!

Muhammad Azli Shukri said...

terima kasih komen tuan2

E-SHOP @ WiSH'S said...

salam wbt

sy berpendapat, kerajaan patut menghapuskan service tax yg dikenakan skrg ke atas graduan sebanyak 3% (betulkan sy jika figura ini tersilap)..bg sy, tax yg pihak ptptn kenakan tu terlampau tinggi...lgpun, tak logik kalau kita fikir, mengapa masih perlu dikenakan taz sedangkan ptptn adalah badan kerajaan. bukannya bank yg sepenuhnya swasta..kalu bank kita fahamlah sbb mrk bisnes oriented. perkara inilah yg menyebabkan ramai graduan2 kita yg malas nak bayar hutang..sbnrnya, di fikiran mrk, sy jg yg dah bergrad lbh kurang 3 thn lalu dr ipta, merasakan tax tu sbnrnya terlalu membebankan. sy setuju jika graduan hanya bayar hutang pokok shj..iaitu amount yg dipinjamkan shj. tax sehinga 3% tu bnyk mencekik darah graduan2 yg baru mendapat kerja. kadang2 di peringkat awal kerja, banyak komitmen. sy hrp pendapat sy ini sedikit sebanyak didengari oleh pihak kerajaan yg prihatin..

kerajaan kena dengar luahan hati orang muda..komponen org muda dlm masy malaysia melebihi hampir separuh penduduk. org muda ini lah bnyk menentukan parti pemerintahan..

malaysia tetap di hati..
semoga BN terus cemerlang di bumi malaysia yg tercinta..

Ahmad Zulkharnain said...
This comment has been removed by the author.
dinturtle said...

Hahahaha... penulis bandingkan dengan interest ah long ?!!

Dia pernah pinjam ahlong ke yang memandai2 buat perbandingan tu ?

Soal pinjaman PTPTN itu saya tak mahu sentuh tapi janganlah burukkan kerajaan seperti ahlong.

Secara jujur, saya pernah terbabit dengan ahlong selama 8 tahun, bayar bunga hampir 3ribu seminggu ! Bunga je tuh. Pokok tak usik. Takboleh bayar, akan dijadikan pokok. Bunga pun makin mekar. Boleh mati beb ! Sebab tu banyak kes2 jenayah dan bunuh diri disebabkan ahlong.

Terlalu jauh umpama langit ngan bumi bayaran balik PTPTN dengan ahlong.

emzac said...

kepada ptptn;

kalau kerajaan bn/umno hilang undi dengan kerana kurangnya pemahaman budak budak ni tentang kenapa, mengapa, bagaimana, banyak mana, mestilah ada pegawai tinggi ptptn dan pegawai penting bawahan yg jadi ejen pembangkang dalam ptptn ni, memang le nak kena ko orang ni, terangkanlah baik baik kat budak budak ni

kepada budak budak ni, kalau nak free, gi jual cendol le lagi baik

Anonymous said...

ntah laa xtau nk ckp mcm ne..aku mmg x msuk U sbb x mampu n tawar ati nk masuk U sbb tgk sepupu aku yg dapat result byk A & B dlm kbyakkan semester ( cume ade satu n dua semester aje yg dia dpt 2C+, 3C- )pon masih terkial2 nk dpt kje.. dh 3 thun tamat bljar..tapi masih kje ngn gaji rm500-600. nk2 lau taraf gaji kt pantai timur. cube tgk iklan cntoh mcm kt mudah.com.my .. NK kelayakn ijazah/diploma tp tawar gaji 400-600. atau pn tahfiz gemilang iklan dlm job malaysia..nk cri guru taska brdiploma..tp gaji 420 jer.. mcm ne nk byar pinjaman? nk sara idup pn x lepas..

irene giron Fernandez said...

perhatian,

Adakah anda memerlukan pinjaman? Adakah anda memerlukan pinjaman segera untuk membersihkan hutang anda atau anda memerlukan pinjaman modal untuk meningkatkan perniagaan anda? Adakah anda pernah ditolak oleh bank dan agensi kewangan yang lain? Cuma perlu, kami berada di sini untuk membantu anda dari segi kewangan, kami menawarkan pinjaman untuk penyatuan hutang, pinjaman peribadi dan perniagaan, pembiayaan hartanah / pembiayaan projek, pinjaman swasta.
Kami menerima permohonan 24 jam sehari, 7 hari seminggu dari segi yang jelas dan mudah difahami dan Syarat yang mudah dan berpatutan.

Kami berada di sini untuk memenuhi keperluan kewangan anda dan kebahagiaan anda adalah 100% dijamin.

Emel kami di: (irenegironfernandez@gmail.com) Untuk memohon.