Skip to main content

Isu Pelantikan Khusrin : Hujah Khir Toyo Lebih Bernas

Hujah Khir Toyo dalam isu pelantikan Khusrin sebagai SUK Negeri Selangor nampak lebih matang dan berpijak di bumi yang nyata, berbanding dengan hujah yang dikemukakan oleh Khalid Ibrahim dan Aziz Bari, ikuti pandangan Khir Toyo ini. KUALA LUMPUR, 1 Jan — Bekas menteri besar Selangor Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo mendakwa tindakan kerajaan negeri Pakatan Rakyat campur tangan dalam pelantikan pegawai tertinggi perkhidmatan negeri dengan mengadakan jawatankuasa pemilihan sebagai langkah yang tidak sah. Dr Khir yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang menekankan pendirian kerajaan pusat bahawa soal pelantikan ketua pegawai perkhidmatan kerajaan negeri adalah prerogatif Ketua Setiausaha Negara.

“Pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri adalah sah apabila Ketua Setiausaha Negara menyatakan persetujuan,” kata Dr Khir kepada The Malaysian Insider hari ini. Dr Khir juga membidas Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim kerana mengadakan proses pemilihan sendiri untuk memilih calon Setiausaha Kerajaan Negeri, yang menurutnya ia satu tindakan tidak yang sah. “Jawatankuasa yang dibentuk oleh Khalid untuk memilih (calon) Setiausaha Kerajaan Negeri adalah tidak sah. Kemungkinan beliau tidak berunding dengan penasihat undang-undang negeri,” kata beliau.

Malah menurut beliau, Khalid sangsi dengan perkhidmatan awam kerana beliau lebih berminat untuk mencapai agenda politiknya. “Beliau ada begitu banyak agenda politik, disebabkan itu beliau meragui semua orang,” kata Dr Khir. “Ketika saya jadi MB, saya bekerja dengan empat Setiausaha Kerajaan Negeri dan saya tidak menghadapi sebarang masalah dengan mereka. Mereka semua kakitangan awam,” kata beliau.

Negeri paling kaya ini kini berhadapan dengan kemelut ekoran pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri yang diumumkan oleh Putrajaya Isnin lalu. Pelantikan itu berkuat kuasa hari ini. Kerajaan negeri Selangor Pakatan Rakyat tidak menerima pelantikan itu dengan menyifatkannya sebagai tidak muktamad. Istana Selangor pula menegaskan pelantikan itu sebagai muktamad dan Khusrin dijadual untuk mengangkat sumpah pada 6 Januari ini.

“Apa yang dikatakan oleh Lau Weng San tidak betul. Selangor tidak (boleh) melantik Setiausaha Kerajaan Negeri sendiri,” kata Dr Khir. Baru-baru ini, Lau, ADUN Kampung Tunku berkata pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri mesti dibuat dengan persetujuan Khalid selaku Menteri Besar. Bagaimanapun Dr Khir berkata, majlis angkat sumpah hanya prosedur pentadbiran semata-mata. “Sama ada majlis angkat sumpah diadakan di istana atau tidak, bukan isunya. Ia hanya prosedur pentadbiran,” kata beliau lagi.

Sehubungan itu beliau menasihatkan Khalid agar tidak membantah pelantikan itu memandangkan Sultan Selangor sudah memberi perkenaan.“Tan Sri Khalid harus tahu bahawa beliau akan berhadapan dengan banyak masalah jika perselisihan dengan Tuanku berterusan. Malah beliau juga memerlukan perkenan Tuanku untuk memanggil sidang Dewan Undangan Negeri,” kata Dr Khir. “Saya percaya Tuanku mahukan seseorang yang boleh berkhidmat tanpa mengira hubungan politik,” kata beliau.

Comments

Fairosza said…
bang azli,cuba letak link blog saya dekat myblog list II tu beli-tong.blogspot.com instead of www.fairosza.net ..
saya tak pasti la kenapa sesetengah blog tak dapat baca update blog saya. sesetengah yang lain pula boleh je tiada masalah
shamshul anuar said…
scoSaudara azli,

Ada yang kata SElangor bakal berdepan dengan "Constitutional Crisis" berkenaan perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru.

Sebenarnya perkara ini mudah saja. Kuasa melantik Setiausaha Kerajaan Negeri bukan ditangan MB. Ianya dibawah SPA.

Apa masalah dengan Setiausaha Negeri yang baru ini? Tiada apa masalahnya. Yang jadi masalah ialah orang seperti Khalid yang sentiasa nampak "imaginary enemy" walaupun sebenarnya tiada.

Sultan tidak patut dilibatkan dalam hal ini. "Perkenan" Sultan lebih pada budaya Melayu supaya sebarang lantikan pegawai senior dimaklumkan pada Tuan Rumah.

Nasihat saya Khalid perlu tahu bidang tugas beliau. Jika beliau tiada kuasa melantik setiausaha Kerajaan Negeri maka beliau juga tiada kuasa untuk menolak seorang Setiausaha Kerajaan Negeri.

Dan Dr Khir betul. Jngan berperang dengan "sultan" sendiri hanya kerana termakan fitnah DAP.
Anonymous said…
Khalid is a MB who cannot think and make decision on his own.What a pathetic leader,the worst MB, in my perception ,that selangor has so far. And the Selangor state has to abide by the rules and regulation which already being written and run smoothly ( Only now it became a problem .It is a problem now because pathetic MB wants to change the rule of the game , macam la state government tu BAPAK dia punya ).
Anonymous said…
Menteri Besar negeri2 bawah BN, PM yang tentukan.........

Negeri bawah PR, SPA yang tentukan.....

Hihihihihi...... padan muka PR!!!!

Pilihan Pembaca

Penulis dua dari kanan bersama dengan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin Pada 10 September yang lalu, Sidang Editor Bahagian Majalah berkesempatan berbuka puasa bersama Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di Sime Darby Convention Center. Terima kasih atas Jemputan tersebut. Jazakumullahu Khairan Kasiran. * Dari kiri Ros, Suria Janib (Penolong Editor Dewan Masyarakat ), A. Zaidel (Penolong Editor Dewan Masyarakat ), Datuk Seri Khaled Nordin, Muhammad Azli Shukri (Editor Dewan Ekonomi) , dan Armin Azhari (Editor Pelita Bahasa ).
Nasihat Pemimpin Patuhi Etika Islam Oleh Muhammad Azli Shukri (Artikel saya ini telah disiarkan di dalam Utusan Malaysia pada 18/09/2003) Dalam Islam, pemimpin atau pemerintah yang telah dilantik haruslah diikuti perintahnya, selagi perintah tersebut tidak bercanggah dengan suruhan wahyu dan perintah Rasul, seperti mana firman Allah di dalam surah an-Nisa ayat 59, "Wahai orang-orang yang beriman! patuhilah olehmu perintah Allah dan patuhilah olehmu perintah Rasul dan ulil amri di antara kamu." Oleh kerana para pemimpin atau pemerintah merupakan manusia biasa dan tidak terlepas daripada melakukan dosa dan maksiat, maka mereka juga wajib diberi nasihat oleh rakyat yang sedang di pimpinnya, bersesuaian dengan roh Islam itu sendiri yang berteraskan kepada amar makruf nahi mungkar, sebagaimana firman Allah, "Kamu adalah umat yang terbaik yang telah dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah daripada yang mungkar, dan beriman kepada Allah.'' (
MONOLOG AZLI SHUKRI Bab 10 : Muhammad Azli Shukri Lagi! Saya agak sukar untuk menulis Monolog ke-10 saya pada kali ini. Saya merasakan inilah monolog yang sangat susah untuk saya meluahkannya. Saya tidak tahu, bagaimanakah harus saya sampaikan monolog saya pada kali ini? Apakah saya harus menulis atas prinsip saya sebagai seorang wartawan? Atau sebagai seorang ahli politik? Atau sebagai seorang penulis bebas? Atau sebagai seorang editor? Semua ini menyukarkan saya untuk menulis monolog saya yang terakhir pada bulan ini. Saya merasakan bahawa saya harus berterus terang dengan jujur dan amanah, tanpa rasa takut dan kesal, kerana kebenaran dan jihad harus ditegakkan dengan segala kekuatan yang ada. Yang pasti, kebenaran tidak boleh disembunyikan lagi. Dan Sesungguh, untuk menjadikan kejahatan bermaharajalela, cukuplah sekadar kebenaran mendiamkan diri! Saya tidak berupaya membiarkan itu semua berlaku. Dan untuk kali ini saya harus bercakap benar dengan nada yang berterus terang. A