Tetamu Kehormat...

January 2, 2011

Isu Khairy Mahu Bersara Daripada Politik : Kita Semua Kena Tipu

Saya difahamkan daripada sumber yang boleh dipercayai, berkenaan berita Khairy yang menulis di Twitter yang mahu "berehat" daripada arena politik, bukanlah dalam erti kata bersara sepenuhnya daripada lapangan tersebut. Ia hanyalah satu "kenyataan" untuk meredakan seketika kebencian para musuhnya. Hakikatnya, ini bukanlah berita yang perlu diraikan oleh penentang-penentangnya - bahkan ia merupakan berita yang melalaikan. Orang politik bijak berkata-kata, hari ini mungkin kata Ya, tetapi belum tentu esok. Pada hemat saya, sama ada Khairy mahu bersara daripada politik atau pun tidak - ia bukanlah perkara yang perlu diperbesarkan.

Seorang pemimpin yang cerdik, akan tahu bilakah masanya untuk berundur dan bilakah masanya untuk kembali. Dan bagi saya, jika itu pilihan yang Khairy putuskan untuk dirinya - maka itu adalah pilihan yang terbaik buat masa ini. Tidak mustahil beliau akan menjadi seperti Tan Sri Isa Samad - dijatuhkan kerana politik wang - akhirnya kembali diterima semula. Politik adalah seni. Seni untuk memanipulasi dan seni untuk meraih simpati. Wallahualam.

PETALING JAYA, 2 Jan: Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mengesahkan spekulasi bahawa beliau tidak akan mempertahankan kerusi Parlimen Rembau pada pilihan raya umum akan datang. Apabila diminta mengesahkan spekulasi mengenai keputusannya untuk tidak bertanding pada pilihan raya umum ke-13, beliau menjawab 'ya' menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS). Terdahulu, Khairy mencetuskan kekecohan di Twitter apabila mengumumkan keputusannya untuk berehat daripada bidang politik.

"Hope to help win more youth support for BN (Barisan Nasional) in 2011 & work hard preparing for elections. Then I’m taking a break from politics. Can’t wait". (Harap dapat bantu raih sokongan belia untuk BN pada 2011 dan bekerja keras untuk menghadapi pilihan raya. Kemudian saya hendak berehat dari politik. Tidak sabar) katanya menerusi Twitter pada Sabtu. Kenyataan tersebut mendapat respon hebat daripada para pengikutnya yang tertanya-tanya sama ada Ahli Parlimen Rembau itu tidak akan mempertahankan kedudukannya kelak.

"I would like to ‘stand down’ as they say in the UK. A couple of things I’d like to do before it gets too late". (Saya ingin 'menarik diri' seperti perumpamaan di United Kingdom. Beberapa perkara mahu saya lakukan sebelum terlambat) jawab Khairy sebagai respon kepada seseorang yang bertanya maksud beliau tentang 'berehat'.

Bagaimanapun, apabila disoal mengenai tempoh 'rehatnya' dari politik, beliau menjawab: "Belum tahu. Tak pasti apa yang akan saya lakukan. Beberapa perkara saya mahu lakukan seperti menyambung pelajaran." Khairy sebelum ini pernah menyebut tentang kemungkinan untuk tidak mempertahankan kerusi parlimen Rembau menerusi satu temu bual bersama portal berita pada Julai lalu. Ketika itu, beliau memperjelaskan kenyataannya pada sehari sebelum, yang mengatakan dia hanya mempertimbangkan kemungkinan tersebut dan belum lagi membuat keputusan berhubung perkara itu.

6 comments:

Anonymous said...

salute nampaknye mata tuan lebih tajam dari mata pena!!!

Anonymous said...

undi kita hanya untuk kj.

dinturtle said...

salam Bro,

apapun niat dia, tak ke bagus kalau diambil kesempatan ni dengan meluahkan kegembiraan yang meluap2 :)) kita saiko dia balik !

Yahoooooo !

dzimba MMIM said...

berbelit jugak ke macam abg angkat dia kot? elok lah bersara dulu fikir masak masak hendak BN/UMNO atau PKR.

Pi london mohon tunjuka ajar para bijak pandai kat sana. Itu pun kalau masih bercita cita mahu jadi PM la. kalau tidak bersara terus habis cerita, duit pun dah banyak

Muhammad Azli Shukri said...

terima kasih komen tuan2

anaklangkawi said...

Sembang jelah..