Tetamu Kehormat...

January 1, 2011

Isu Gay Melayu : Mereka Lemas Di Dalam Lubang Tahi

Tulisan Josh Hong kolumnis portal MerdekaReview berkenaan isu gay di negara ini sangat menyakitkan hati saya. Rencana yang panjang lebar berhubung nasib masyarakat gay di seluruh dunia, seolah-olah cuba diberi nafas positif oleh beliau. Josh Hong cuba menunjukkan bertapa masyarakat gay harus dilayan secara adil dan diberi hak untuk memilih cara hidup mereka sendiri. Soalnya apakah cara hidup mereka yang suka terhadap kaum sejenis tidak merosakkan kepentingan masyarakat lain? Mengapa kehendak masyarakat yang bersifat minoriti ini hendak diberi keutamaan? Sedangkan sebahagian besar masyarakat menolak dan membenci amalan mereka yang tidak hanya bertentangan dengan agama, bahkan berlawanan dengan akal fikiran yang sihat.

Sebaik-baiknya, golongan gay ini selayaknya diklafikasikan sebagai golongan yang berpenyakit jiwa dan perlu diubati. Walaupun mereka kelihatan sihat secara fizikalnya, namun jiwa dan hati mereka mengalami kerosakan dan berpenyakit. Mereka perlu diselamatkan dan bukan menghalalkan lagi amalan yang jelas dibenci oleh semua agama. dan bangsa di dunia ini. Baca rencana Josh Hong di bawah :

DI MALAYSIA PULA, masalah yang terbesar adalah ugutan golongan Islam konservatif terhadap komuniti minoriti-seks. Azwan Ismail yang tampil ke depan untuk mengakui dirinya gay, telah dihina di internet, malah menerima ugutan bunuh. Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hassan Tantawi juga menggesa agar tindakan tegas diambil ke atas komuniti homoseksual. Cukup memilukan apabila pertubuhan agama, parti pemerintah dan pembangkang berdiam diri dalam isu ini.

Permintaan Azwan Ismail adalah mudah. Beliau hanya enggan membohongi dirinya dan orang lain - meniru dan melagak seperti pengamal heteroseksual, berkahwin dan berkeluarga sebagaimana yang diharapkan masyarakat arus perdana. Beliau hanya mahu hidup sebagai diri yang sebenarnya. Masyarakat kita seolah-olah mempunyai double-standard dalam isu "kejujuran". Pada kebanyakan masa, kita mahu orang untuk terus berpura-pura supaya sistem ini beroperasi dalam "keharmonian".

Sebagaimana yang dikatakan pembikin filem Amir Muhamad, kita perlu bergantung kepada riwayat hidup yang direka untuk mengekalkan kehidupan dalam komuniti. Cuma, apakah curang boleh wujud bersama cinta? Sambung bacaan anda di sini...

1 comment:

goodlistener said...

Sebenarnya itu lah yg diagungkan oleh Pok Najis dan puak Parti Ajaran Sesat....jadi tak payah nak bermuka dua.....puak Parti Ajaran Sesat yg sokong ...sokong gay he he he he