Tetamu Kehormat...

January 2, 2011

Isu Bloggers UMNO Anak Haram : Dosa Tun Telanai Tidak Akan Diampun!

Blogger tegar PAS Tun Telanai di dalam blognya bertajuk "Bloggers UMNO Jelmaan Syaitan" boleh sahaja bersiap sedia "menyedekahkan" segala pahala amalan baiknya kepada kami semua bloggers UMNO. Kita sepatutnya bersyukur dengan pahala percuma yang dikirimkan oleh Tun Telanai dengan kata-kata kesatnya kepada kita semua di bawah ini : "Para pendokong UMNO yang terlibat dalam pengendalian blog sebenarnya kekurangan idea untuk berhujah. Keseluruhan mereka bukanlah manusia yang sempurna akal-fikiran. Mereka adalah golongan yang belum bertamadun.

Oleh sebab itu kerja mereka hanya pandai menabur fitnah. Bagaimana mungkin bangsa dan agama boleh maju sekiranya ramai golongan seperti ini berjiwa syaitan dalam diri masing-masing mewarnai politik dan kepimpinan negara masa depan. Kemungkinan mereka yang terlibat membuat fitnah ini adalah golongan ANAK HARAM yang ibubapa mereka berzina sebelum kahwin. Tidak ketentuan ibu-bapa, apatah lagi hendak menentukan mereka ini dari keturunan yang baik-baik. Amalan Islam jauh dari kehidupan mereka. Kehidupan mereka seperti 'binatang'.Mungkin mereka yang terlibat ini tidak tahu mengucap dua kalimah syahdat. Negara ini akan hancur apabila golongan ini membesar dan hidup dalam masyarakat Malaysia yang mengamalkan budaya Melayu-Islam."

Dengan kata-kata kesat di atas maka sebagai salah seorang blogger UMNO saya sama sekali tidak akan memaafkan Tun Telanai atas segala tuduhannya di atas - sehingga dia bertaubat dan memohon maaf kepada semua blogger UMNO secara terbuka. Oleh kerana Tun Telanai menggunakan kata ganti diri "mereka" dan menuduh secara pukul rata dan sesedap mulut sahaja ke atas semua blogger UMNO, maka semua blogger UMNO yang tidak terlibat dengan fitnah tersebut diminta sebulat suara tidak akan sama sekali memaafkan dosa Tun Telanai sehinggalah dia memohon maaf secara terbuka kepada kita semua - jika tidak tunggu sahaja di padang Mahsyar! Wallahualam. Klik di sini

8 comments:

Wak Daeng said...

Tun Telanai kurang ajar!!!
dari..
http://wakdaeng.blogspot.com

Anonymous said...

aku rasa tun telanai tu bukan islam.... sbb dlm blog dia, kulitnya dihiasi seolah2 dia seorg islam.

ratingnya pun rendah, pedulikan lah.

kita sama2 tungu nik aziz di padang masyar. dosa nik aziz pecah belahkan umat islam tak terhitung byknya.

amin

Anonymous said...

aku kenal tun telanai ni....
mak dia dulu kena tangkap basah dan didapati mengandung anak luar nikah...
kemudian sibuk mencari pak sanggup dan anak yang lahir tu lah tun telanai...
anak haram saja yang tau spesis sejenisnya..
marah ke?

CUCU TOK WAN said...

maafkan sahaja dia dan pohonlah doa agar dosa-dosanya diampunkan Allah Taala dan semoga dia diberikan hidayat...

Semoga rohnya nanti ditempatkan di kalangan orang-orang yang diampuni dosanya oleh Allah Taala.

Muhammad Azli Shukri said...

terima kasih komen tuan2

Mat said...

Saya sangat setuju dengan komen Anom,hanya pencuri lebih kenal pencuri,penzina lebih kenal penzina dan anak haramjadah yang lebih kenal sesama anak haramjadah...

Strep AkiEra said...

wow!! dahsyat nye bahasa dia..

To Live Again said...

Alhamdulillah byk jgak pahala percuma yg InsyaAllah kita akan dpt di pdg Masyar nnti..

Kita tnggu dia di akhirat nanti!