Tetamu Kehormat...

January 11, 2011

Isu 100 Ahli PAS Keluar Parti : Yang Lepas Dan Melepas

Nampaknya, sikap talam dua muka PAS dalam melaksanakan hukum Hudud dan negara Islam selama ini, akhirnya memakan diri sendiri. Kini, 100 lagi ahli PAS keluar parti, kerana tidak lagi yakin dengan perjuangan parti Islam tersebut. Islam bukan sekadar berceramah, ia jauh lebih luas daripada itu - Islam harus diamalkan, dan bukan semata mencari aib dan kesalahan orang lain. Baca berita ini : SIK 11 Jan. – Lebih 100 ahli Pas termasuk seorang ketua pemuda cawangan di Kampung Bandar Hilir dekat sini bertindak keluar daripada parti itu untuk menyertai UMNO kerana kecewa dengan Pas yang didakwa gagal membela nasib penduduk kampung tersebut. Wakil mereka, Rashidi Othman, 46, yang merupakan bekas Ketua Pemuda Pas cawangan itu berkata, dia dan rakan-rakannya membuat keputusan itu setelah memikirkan nasib penduduk di kawasan tersebut yang semakin jauh dari arus pembangunan.

Malah katanya, lebih dikesalkan lagi janji manis pemimpin Pas yang ditabur sejak dahulu termasuk semasa pilihan raya lalu masih gagal ditunaikan. "Kami kecewa kerana janji Pas kepada penduduk masih belum ditunaikan walaupun sudah tiga tahun memerintah Kedah," katanya. Rashidi berkata demikian pada majlis penyerahan borang keahlian UMNO kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO kedah, Datuk Ahmad Bashah Hanipah di hadapan rumahnya di Kampung Bandar Hilir dekat sini baru-baru ini.

Turut hadir Ketua UMNO Bahagian sik, Mohd. Tajudin Abdulah; Ketua Pemudanya, Mahathir Abdul Hamid; Ketua Wanita bahagian itu, Siti Mariam Salleh dan Ketua Puterinya, Norhashimah Mohd. Nowar. Tambah Rashidi, mereka berasa malu apabila pihak UMNO bersedia menghulurkan sumbangan dan bersedia membantu pada bila-bila masa dan keadaan itu membuktikan UMNO lebih prihatin dan banyak berbakti berbanding Pas. Rashidi mengakui tindakan mereka menyertai UMNO turut memberi tamparan hebat kepada pas kawasan itu sehingga mereka sendiri telah dipulau sama ada kenduri atau kematian.

7 comments:

Fairosza said...

UMNO bukan sekadar parti politik.lebih dpd tu

Anonymous said...

Laa... ramai-ramaiahli Pas, hang dapat Bekas Ketua Pemuda Cawangan saja. Cari le yang ada jawatan sikit. Takkan le 100 orang tu tak tersangkut yang ada jawatan sikit.

usin said...

ok la tu anon 5:18 pm. kalau 100 org tu sume berjawatanpun, 1 kepala 1 undi je. kalau dh 100, kira 100 undi pas turbang le. pas kena kerja lebih utk cover 100 undi tu. buat le ot kalu perlu..hehe

detguaq said...

Salam Azli,

Sekadar sorotan:

1. http://pelantaqhujah.blogspot.com/2011/01/gelombang-merah-bermula-di-sik-bandar.html

2. http://pelantaqhujah.blogspot.com/2011/01/aku-tahu-pendokong-gelombang-merah.html

3. http://pelantaqhujah.blogspot.com/2011/01/ahlipasrael-tegar-akui-pasrael-lemah.html

4. http://pelantaqhujah.blogspot.com/2011/01/downstream-city-pasrael-meroyan-isu.html

Sama-samalah kita fikir dan renung.
Terima kasih. Salam Perjuangan Gelombang Merah Berani Berubah!!!

Muhammad Azli Shukri said...

terima kasih komen tuan2

Anonymous said...

Janganlah pakai modal lama..dari dulukala bercerita ahli Pas keluar parti dan masuk Umno sehinggakan habis ahli Pas tapi apabila pilihanraya hanya lebihkurang 2.6 juta umat melayu mengundi Umno.. daripada lebih dari 7 juta pengundi Melayu...(.mengikut perkiraan sakmonkol 47).Kalau di kira kenyataan ibu pejabat Umno jumlah ahli Umno di Malaysia lebih dari 3 juta.Jadi soalan saya ..kemana perginya ahli Umno yg selebihnya??? dan berapa ramaikah ahli Pas yg masuk Umno.??Jadi bila hendak komen apa apa cari dulu 'facts & figures' yg betul dan jgn keluar kenyataan macam orang tak sekolah kerana memalukan diri sendiri dan parti.

Anonymous said...

Maaf pembetulan kpd "figure' yg d tulis oleh Sakmongkol Ak47 ialah....Jumlah pengundi Melayu 5.7 Juta sementara yg mengundi Umno berjumlah 2.38 Juta sahaja..tapi kenyataan saya yg lain tetap sama.