Tetamu Kehormat...

January 23, 2011

Islam Milik DAP

Isu "Islam Milik DAP" bukanlah isu baru yang dijaja oleh BN atau pun UMNO - tetapi ia merupakan isu yang dicipta sendiri oleh PAS. Bermula dengan slogan "PAS for All" sudah ramai pemerhati politik yang bertanya mengapa tidak sahaja digunakan slogan "Islam for All"? Bukankah itu lebih baik dan molek? Namun demikian, PAS tidak pernah insaf, mereka masih tetap berdegil mahu bekerjasama dengan DAP. Pengguguran secara rasmi PAS terhadap prinsip perjuangan untuk menegakkan hukum Hudud dan negara Islam terus dipertikaikan oleh banyak pihak - menurut mereka, PAS tidak sahaja sanggup melacurkan Islam - bahkan lebih jauh daripada itu, PAS seolah-olah sanggup menyerahkan Islam untuk diuruskan oleh DAP.

Hari ini, jika kita memerhati, sangat jarang para pemimpin PAS bercakap soal Hudud dan negara Islam - kedua-dua perkataan tersebut seakan-akan telah lama hilang dalam kamus perjuangan parti yang bertopengkan agama itu. Tidak cukup dengan itu, ajakan UMNO agar diadakan perpaduan antara PAS dengan UMNO ditolak mentah-mentah oleh Nik Aziz dengan penuh prasangka dan sindiran. Dan sekarang, Islam hanya tinggal nama dan slogan politik parti PAS untuk memancing undi - tak lebih dan tak kurang daripada itu. Sekiranya 10 tahun yang lalu - istilah "Negara Islam dan Hukum Hudud" boleh dijual dan dijaja oleh PAS - kini hal tersebut sudah tidak laku lagi. Jadi persoalannya, apakah isu dan "bahan" yang sedang dijual oleh PAS di DUN Tenang?

Sebenarnya kita boleh agak dan menjangkakan jenis-jenis kempen PAS di Tenang - ia pasti tidak akan dapat lari daripada maki-hamun, mengaibkan kepimpinan negara dan memburuk-burukan UMNO, itu sahaja yang mampu dilakukan oleh PAS. Nah! Apakah kita masih mahu mengundi PAS?

No comments: