Tetamu Kehormat...

January 3, 2011

Institusi Kesultanan Melayu Dalam Ancaman!

Saya tertarik untuk mengupas isu kebiadapan ADUN Sri Muda, Suhaimi Shafiei terhadap Tuanku Sultan Selangor berhubung isu pelantikan Khusrin sebagai SUK Negeri Selangor. Sehingga hari ini semakin ramai pihak yang bangkit dan menyuarakan rasa tidak senang dengan sikap beberapa pemimpin pembangkang yang secara terang-terangan menentang keputusan Tuanku Sultan Selangor. Pembangkang sering menggunakan hujah, kononnya kerajaan membelakangkan semangat federalisme dalam membuat keputusan melantik Khusrin sebagai SUK kerajaan Selangor - soalnya sekarang ialah Khusrin bukan dipilih oleh UMNO, tetapi dipilih oleh Sultan Selangor! Ini merupakan dua hal yang berbeza.

Sama ada Menteri Besar Selangor suka atau pun tidak - beliau mesti belajar untuk menerima kehendak Tuanku Sultan! Nampaknya, dalam isu ini yang jelas membelakangkan semangat federalisme, ialah Khalid Ibrahim sendiri. Beliau seolah-olah tidak dapat menerima hakikat bahawa Sultan Selangor mempunyai kuasa pemutus terhadap pemilihan SUK. Malah, Tuanku Sultan Selangor juga berhak menolak nama-nama yang dicalonkan oleh Menteri Besar Selangor untuk mengisi jawatan tersebut, sekiranya ia tidak memenuhi kreateria yang ditetapkan oleh baginda Tuanku Sultan. Manakala Suhaimi Shafiei pula bukan sahaja jahil dengan perlembagaan negeri Selangor - bahkan beliau juga dikira tidak faham bahawa menunjukkan ketaatan terhadap keputusan Tuanku Sultan Selangor merupakan salah satu daripada sikap menghormati semangat federalisme yang dituntut oleh mereka selama ini!

Kerjaan tidak lagi boleh berdiam diri dengan perbuatan para penderhaka ini - semakin kerajaan berdiam diri, semakin menjadi-jadi sikap kurang ajar mereka, sampai bila kita mahu membiarkan Institusi Kesultanan Melayu dipijak-pijak sedemikian rupa? Sudahlah ajaran Islam dipermain-mainkan oleh Pakatan Rakyat, dan sekarang Raja-Raja Melayu pula hendak dihapuskan!

KUALA LUMPUR 2 Jan. – Ahli Parlimen Kulim- Bandar Baharu, Zulkifli Noordin hari ini mencadangkan beberapa tindakan tegas diambil ke atas pihak yang menghina serta menderhaka kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung pelantikan Datuk Muhammed Khusrin Munawi. Beliau yang juga seorang peguam berkata, semua pihak yang mengugut dan menentang perkenan Sultan Sharafuddin dalam isu tersebut perlu didakwa di bawah Seksyen 121 Kanun Keseksaan kerana ‘Perbuatan memerangi Raja-Raja Melayu’ yang jika sabit kesalahan, hukumannya gantung sampai mati.

Selain itu katanya, pertuduhan alternatif juga boleh dibuat di bawah Seksyen 121 (1B) kerana ‘merancang, mengada-ada, mereka-reka atau berusaha akan pemecatan atau perlucutan raja pemerintah sebuah negeri’ yang jika sabit kesalahan, hukumannya pula adalah penjara seumur hidup.

“Ini bukan perbuatan yang boleh dibiarkan, apatah lagi bertolak ansur, kerana amat biadab lagi kurang ajar bagi mana-mana rakyat di negeri Selangor melakukan perbuatan derhaka seperti itu. Jangan biarkan mereka ini terus memaki-hamun dan mempertikai kedudukan sultan kerana kelak ia menjadi barah. “Bagi maksud ini, teman (saya) mencadangkan kepada mana-mana rakyat Selangor supaya membuat laporan polis menurut Seksyen 121 atau Seksyen 121 (1B) supaya tindakan segera boleh diambil. Kita tidak mahu sejarah membaringkan diri di bawah kereta sultan berulang lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian di dalam blognya, http://zul4kulim.blogspot.com, bagi menggesa pihak berkuasa bertindak tegas terhadap beberapa pemimpin pembangkang yang berterusan mempertikai, menentang serta mengugut Sultan Selangor dalam isu pelantikan Mohammed Khusrin.

Antara paling biadab ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, Shuhaimi Shafiei yang mendakwa, ketegasan Sultan Sharafuddin untuk tidak berganjak daripada keputusannya merestui pelantikan Mohammed Khusrin, biarpun mendapat pelbagai kecaman daripada pembangkang, sebagai ego. Malah, tidak cukup dengan kebiadaban itu, wakil rakyat daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) tersebut juga menyifatkan pelantikan SUK baru berkenaan sebagai bukti tindakan pilih kasih yang diamalkan oleh institusi beraja Selangor terhadap pakatan pembangkang dan Barisan Nasional (BN).

Mengulas lanjut, Zulkifli berkata, jika pemimpin pembangkang masih hendak mempolitikkan isu tersebut serta sengaja mahu menimbulkan ketegangan, beliau mencadangkan darurat diisytiharkan di negeri Selangor dan dilantik sebuah Majlis Gerakan Negeri untuk mentadbir negeri buat sementara.

6 comments:

Anonymous said...

Inilah bahananya kalau bercakap pakai kepala lutut!...bila perasaan 'agah' dah mencuak,mulutpun tak terkawal lalu menghambur 'bau bangkai'!!...yang pasti dia boleh ucapkan selamat tinggal buat gelaran yb bila pru mendatang!



anakjati_sgway

Anonymous said...

melayu yang telah dan nyata menjadi boneka cina dan india...terang terangan mengutuk bangsa dan raja sendiri...kdn jgn tido atau jadi mcm pondan..ini urusan melayu dgn melayu.............raja melayu pulak kalau blh ingat la patik hamba jelata dpd org melayu nie...kalau melayu tak tolong melayu sapa lagi nak tolong...ni contoh sekor adun yang sembelih melayu...

Anonymous said...

MELAYU SEKOR NI PATUT DIHUMBANG KEDALAM KANDANG BUAYA KAT ZOO NEGARA BARU DIA TAHU YG MANA LANGIT YG MANA BUMI KALAU SETAKAT JADI YB TAK PAYAH TUNJUK YG KITA TAHU SEMUA SEBENAR NYA KAMU TU YB HANYA UNTUK JADI KAYA BUKAN UNTUK RAKYAT SULTAN SELANGOR KAMU GERTAK YE KAMU TU SIAPA ANTARA SULTAN DAN KAMU JARAK NYA ANTARA LANGIT DENGAN BUMI TAK LAYAK LANGSUNG BERBIACARA HAK SULTAN ITU SUDAH TERTULIS TAK BOLIH DIPADAM KAMU SAJA CARI TALI DAN JERUT LEHER KAMU SENDIRI KAMU TIDAK AKAN SENANG DUDUK BERMULA HARI INI HINGGA KAMU TEWAS DALAM PRU 13 NANTI KAMU DISERANG KIRI DAN KANAN BERSIAP SEDIA LAH DARI SEKARANG.

Muhammad Azli Shukri said...

terima kasih komen tuan2

Anonymous said...

dia takde keris lah tu sampai cakap camtu....
ampunkan patik tuanku

Anonymous said...

Kuasa Perlantikan Kusrin bukan pada Sultan...pada kerajaan persekutuan.