Tetamu Kehormat...

January 4, 2011

Harga Petrol Naik Lagi : Bersediakah Kita Dihukum?

Harga Petrol naik lagi malam ini. Jika berita ini benar, eloklah BN fikirkan semula cadangan untuk mengadakan pilihan raya umum hujung tahun ini. Saya khuatir, BN kalah lebih teruk daripada PRU ke-12 yang lalu. Semoga pihak kerajaan berfikir sebelum bertindak - jangan nanti apabila terhantuk baru nak kata sakit. Sehingga hari ini, slogan "Rakyat Didahulukan" semakin banyak memakan diri sendiri. Sesuatu harus dilakukan sebelum keadaan semakin meruncing. Baca berita ini. KUALA LUMPUR, 4 Jan – Harga petrol RON97 dinaikkan 10 sen kepada RM2.40 seliter mulai tengah malam ini. Bagaimanapun, harga petrol RON95 kekal tidak berubah. “Ya, benar harga RON97 naik 10 sen esok, bermakna mulai tengah malam ini, hanya membabitkan kenaikan RON97,” kata sumber industri ketika dihubungi The Malaysian Insider. Pada 1 Disember lalu, harga RON97 dinaikkan 15 sen kepada RM2.30 seliter. Harga petrol RON97 tidak ditetapkan kerajaan kerana ia diapung mengikut pasaran minyak dunia semasa. Pada 1 November lalu, harga petrol RON97 dinaikkan lima sen menjadi RM2.15 seliter.

18 comments:

Akupunya said...

Eh... Ini yang geng korang ndak... Apa la... berkoran ler utk negara.

Anonymous said...

mcm biasalah......
u all jugak lah yg kena jawab...
tp dah tahu jawapan korang....
a) harga pasaran dunia naik
b) beban kewangan kerajaan meningkat
c) harga minyak malaysia lebih murah daripada Bangladesh dan Mongolia
......
Kami sebagai rakyat Marhaen....hanya angguk kepala tanda faham(dalam hati menyirap)

Anonymous said...

berapa ciput sangat tu tu pun untuk RON 97, ko pakai ke ron 97 ? mesti kete sport tak ?. cuba lah tengok pasaran dunia dekar USD100.00 bulan lepas $85+ je.

kalau Pakatan perintah mau 100% cuba tengok air kat kedah 100% naik bukan sikit2, sendiri mau ingat. belum cuba belum tau dah cuba katakan "TIDAK"

joegrimjow said...

cuba bayangkan pasa pkr memerintah tiba2 harga minyak mentah turun mendadak. haa, ron97 diturunkan kepada rm1.50 je

sampai sudah bn xkan menang lepa tu

hehe

sebab tu doa pun kena dalam pemerintahan, mintak2 pemerintah kita tahu 'cara mustajab untuk berdoa' barulah ada kuasa lain yang akan tolong

Anonymous said...

hehehe...kan benda dah dipersetujui...ron97 harganya diapungkan ikut pasaran?!...apa yg jadi masalahnya?!...yg penting kerajaan kena pastikan kenaikkan ini tak mempengaruhi harga barangan asas yg lain!...tak tahu pulak kalau lori kontena @ lori barang pakai ron 97??...berdesup tu!!

p/s :Iran negara ke4 pengeluar minyak duniapun dah start naikkan harga petrol 3 kali ganda...tak tahan tanggung subsidi dan rega ketanya pun taklah murah!


anakjati sgway

Anonymous said...

Oii akupunya...

hang peduli apa ron97 naik harga.. awat hang ada kereta besak ka...? padan la dengan harga macam tu... bayak ja la...hingak2 buat pa..aku guna ron95...

Anonymous said...

all the best lah bagi jawapan bagi persoalan ini...
ni dah jadi modal Pakatan.....
tp kire respect gak kat kerajaan, berani wooo disaat PRK Tenang....
lu pikirlah sendiri

Anonymous said...

kenapa lah tak faham2.. atau pura2 tak mahu faham.. dunggu agak nye.. harga bahan mentah nya naik, naik lah harga.. kalau turun turun lah dia.. tak faham ker meang sengaja tak mahu faham.. atau memang kaki bangkang jer.. asyik ugut pasal undi aja, tak ada modal lain ker..

Faizal Ibrahim said...

xkisah jika naik..kisah bila kebajikan tidak dijaga.bila minyak dinaikkan dengan alasan untuk kukuhkan ekonomi negara mestilah ada hasilnya.jika hasilnya sama shaja maka pastinya orang berfikir perkara yang berlainan.

kuasa beli semakin menurun.
memang nasib malang untuk BN

kekadang tiada keberkatan membawa musibah dan seterusnya melibatkan semua pihak.

ikutsukakula said...

kete mana yg selalu pakai RON97 agaknya ..
yg harga lebih RM100 ribu ke ??
... ooooooooooooooo silap la aku ... selama nih kancil aku pakai RON97 rupanya ....

Pencinta Pantai Bersih said...

Yg korang kisah sgt RON97 naik buat apa? Aku pakai Alphard belasah RON95 ja pun...Ok je. Janji RON95 dan diesel tak naik.

Melayu Pasir Gudang said...

Sudah di maklumkan lebih awal bahawa RON 97 akan mengikut harga pasaran dunia(apungan).Nak pertikai apa lagi, kan untuk rakyat malaysia masih ada RON 95.

Anonymous said...

lantak la naik....naik 10 sen bising..menyalak sana sini...
sebelum naik 10 sen apa korang buat dengan duit 10 sen tersebut.
ada pula yang kata dia pakai kancil tapi guna ron97...itu kau punya pasal la...nak guna minyak kereta kebal pun..kau banyak duit.
mamak naikan harga teh sampai 20sen dan roti canai 20sekeping korang tak pula bising.
penuh juga kedai mamak tu aku tengok.
apa yang mamak2 ni buat dengan kenaikan harga minuman dan makanan.
cukai pun belum tentu dibayar.
tiap2 bulan hantar ke india.
pekerja 100peratus dari india.
nak menumpang meniaga nasi lemak tepi restoran pun tak bolih.
mamak ni lagi racist.
mulut saja manis...hati busuk...
kerajaan naikan harga minyak korang bising dan kutuk.
mamak naikan harga minuman korang sanggup pula tunggu restoran mamak 24jam.

Muhammad Azli Shukri said...

terima kasih komen tuan2

Anonymous said...

mmg ramai yang pakai ron95 kata apa peduli dengan kenaikan ron97 ya..tapi yang ambil kesempatan dengan kenaikan ini adalah peniaga, harga barangan akan mencanak naik dan kita yang pakai ron95 ni akan terkena bukan takat tempias ajer...sebab tulah kena ambil berat bila harga petrol ni naik, diluar negara harga minyak turun naik, di malaysia harga petrol naik tak turun2...petrol pam di mana2 negara di luar sana akan menurunkan harga bila harga petrol turun...tapi kat malaysia lain citer..

Anonymous said...

Apa tunggu lagi !!!

Tukar kerajaan pada PRU13 nanti...!!!

Jangan lagi undi parti Barang Naik (BN) ni.

Horey!!!

Anonymous said...

Bukan masalah harga RON 97 naik engkau tak terjejas.

Tukang niaga barang tu buat alasan nak naik harga. Ni pulak minyak masak tak ada dah. Negara pengeluar sawit terbesar tapi minyak masak habis. Heran aku.

Menteri dan PM serta kroni dia bukan tau harga naik atau tidak. Bukan depan pergi pun beli semua orang lain tolong beli.

Hampas punya kerajaan Barang Naik ni. Tak pernah turun-turun. Asyik selaras manjang.

Rudi

Anonymous said...

BUNYI PULAK BABI2 UMNO TIME MINYAK NAIK
INGTKAN X BUNYI
WEI BLOGGER SIAL X PAYAH KECOH LA MINYAK NAIK
SAPE YG PILIH
KIMAK LU LAH