Tetamu Kehormat...

January 31, 2011

DUN Tenang : Apabila Tuhan Pula Dipersalahkan!

Banjir, kematian atau pun bencana merupakan kuasa Tuhan, mengapa ia menjadi isu sehingga tergamak Pakatan Pembangkang menjadikan musibah itu sebagai "alasan" mengapa mereka tewas di DUN Tenang? Bukankah sebelum ini Normala sendiri mendakwa bahawa hujan lebat yang turun di DUN Tenang merupakan hujah rahmat kepada PAS? Mengapa baru sekarang - setelah tewas, Tuhan pula dipersalahkan? DAP seakan-akan tidak dapat menerima takdir ini - dan apakah PAS telah gagal berdakwah kepada parti tersebut agar belajar menerima ketentuan Tuhan? Persoalan mengapa kaum Cina tidak keluar mengundi, itu bukan salah UMNO/BN, yang patut dipersalahkan ialah DAP! Cuba tanya apakah yang DAP lakukan bagi membawa keluar pengundi Cina untuk mengundi semalam? DAP tidak melakukan apa-apa. Mereka masih menuduh kerajaan, kononnya bersikap pilih kasih dalam isu ini.

Masalah yang sebenarnya berlaku adalah kelemahan jentera pilihan raya DAP dan PKR di DUN Tenang - mereka tidak sekata dan membiarkan PAS bersendirian - hanya di saat-saat akhir para pemimpin kanan DAP tunjuk muka. Semua ini membuktikan bahawa DAP dan PKR tahu lebih awal bahawa PAS akan tumpang di DUN Tenang - tetapi demi menjaga hati PAS, mereka beri harapan palsu, yang akhirnya merugikan kehidupan Normala Sudirman sendiri. Normala, tidak hanya kehilangan kerja dan pencen, bahkan kemungkinan besar suaminya juga bakal dikenakan tindakan tatatertib. DAP dan PKR jangan cuba menyalahkan Tuhan atau orang lain - mereka sendiri yang sebenarnya tidak berusaha bersungguh-sungguh. Yang bertungkus-lumus dan menjadi balaci Pakatan Rakyat ialah ahli-ahli PAS, manakala ahli-ahli DAP dan PKR batang hidung pun tak nampak. Fikir-fikirkanlah, Wallahualam. Baca berita di bawah :


LABIS, 31 Jan — Beberapa pemimpin Pakatan Rakyat menganggap kekalahan pada pilihan raya kecil kerusi DUN Tenang semalam adalah disebabkan bencana banjir yang menyebabkan ramai penyokong mereka tidak sampai ke pusat pengundian. Peratusan keluar mengundi semalam cuma 67 peratus berbanding 73 peratus tiga tahun lalu.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata walaupun calon mereka Normala Sudirman kalah, mereka tetap berpuas hati kerana berjaya menidakkan usaha BN mencapai sasaran majoriti melebihi 5,000 selain berjaya mengekalkan sokongan di beberapa peti undi. “SPR kena kaji, tak boleh mengenepikan isu banjir. Jentera kita bersungguh-sungguh. Kita tak nampak kesan lain. Calon kitapun diterima baik, tetapi disebabkan pengangkutan, penyokong kita tak dapat mengundi,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Mohd Azahar dari Barisan Nasional (BN) mengalahkan Normala dengan majoriti 3,707 undi. Calon BN memperoleh 6,699 undi manakala Normala mendapat 2,992 undi. Dalam pada itu Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua berkata secara keseluruhan, BN menang disebabkan jumlah pengundi kaum Melayu yang keluar mengundi lebih ramai berbanding hanya kira-kira 55 peratus pengundi Cina, yang merosot daripada 72 peratus pada pilihan raya umum 2008.

“Contohnya di Felda Chemplak, jumlah yang keluar mengundi ialah 88 peratus walaupun dilanda banjir. Saya rasa jika banjir tidak berlaku, jumlahnya lebih tinggi. Memang tidak dapat dinafikan bahawa PAS dan PR (Pakatan Rakyat) telah kehilangan undi orang Melayu, terutama di kawasan Felda,” katanya. Beliau berkata jumlah undi orang Melayu merosot daripada 18 peratus pada pilihan raya umum lepas kepada hanya 12 peratus pada pilihan raya kecil ini dan Umno sememangnya pemenang yang jelas.

“Bagi saya, pihak yang kalah teruk masih MCA kerana walaupun semua usaha telah dilakukan, pendirian kaum Cina masih tidak berubah. Selain itu, terdapat isu mengapa ramai pengundi Cina tidak keluar mengundi,” katanya. Naib presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua berkata terdapat ramai pengundi yang tidak dapat ke pusat pengundi terutama di Bandar Timur Labis, Bandar Tengah dan Labis.

“Bagaimanapun, apa yang agak signifikan ialah walaupun hanya 55 peratus yang keluar mengundi, 70 peratus pengundi Cina di kawasan yang di daerah yang didominasi 96 peratus kaum itu, masih mengundi calon PAS. “Malah, jumlah undi mereka meningkat. Ini menunjukkan taktik BN berhubung negara Islam tidak berhasil,” katanya.

Bagaimanapun, Tian Chua berkata parti itu akan menjalankan kajian mendalam terhadap keputusan pilihan raya tersebut. “Nampaknya MCA gagal menakutkan pengundi Cina dengan isu negara Islam. Daripada pilihan raya ini, saya boleh katakan bahawa Pakatan PKR-DAP-PAS menikmati sokongan tinggi kaum Cina secara sama rata,” katanya.

11 comments:

irs-Hursaini said...

PKR kalah dengan undi kaum India
PAS kalah dengan kaum Melayu
hanya DAP menang dengan MCA, tu pun sebab Soi Lex sumbat kaki dalam mulutnya dalam isu bersalam..

DAP dapat sokongan sebab gula2 yg anwar tawarkan terlalu manis untuk penyokong cina DAP iaitu jawatan TPM jika anwar jadi PM.. Tapi tidak mustahil DAP akan rampas kuasa PM Anwar dengan mengarahkan Karpal buka balik kes liwat dan humban anwar kedalam penjara..keh3.

Anonymous said...

"Kerana banjir kilat, calon SPM tidak dapat mengambil peperiksaan"
Adakah ini kenyataan menyalahkan tuhan ?

DR NO

Muhammad Azli Shukri said...

DR NO cuba lihat kenyataan di perenggan awal berita ini...

"Beberapa pemimpin Pakatan Rakyat menganggap kekalahan pada pilihan raya kecil kerusi DUN Tenang semalam adalah disebabkan bencana banjir"

inilah yg saya maksudkan..harap maklum.

Penditakainsingkat said...

parti yang memperalatkan agama bukan takut pada Allah...mereka takut pada DAP.

Sebab DAP yang bagi nyawa politik pada mereka..

Di PRK Tenang, lebih dari 50% undi yg diperolehi oleh Pas, datangnya dari China DAP yang mahukan Ketuanan China DAP diwujudkan di Malaysia melalui bantuan, sokongan dan dokongan setia Pas.

To Live Again said...

saudara azli jgn lyn org2 cm DR.NO yg konon mendakwa diri adalah bebas x menyebelahi mana2 pihak tp hanaya menyokong yg mana BAIK..Padahal setiap komen dia jelas condong pd PR..

Diaorg ni msh MENCARI2 JAWAPAN terbaik pada kekalahan ini untuk mnyedapkan hati puak2 diaorg..Septtnya diaorg bersyukur sbb hujan lebat maka peratusan rendah berbndng PRU12..Tp tgk peratusan rndh pon majority lbh tnggi dr dulu..Kalau peratusan blh cecah smpai 85-90% mmg majority 5000 sng2 je BN dpt..Matematik yg mudh cm 2 pon diaorg fail..

Anonymous said...

Yo..isu disini kaedah kita buat GENERALIZATION. Macam formula one, akibat hujan lebat, yang pakai tayar michelin kalah, bridgestone menang, contohnya.

DR NO

Hang Nadim said...

saya rasa.. betul kata Tian Chua.. yang kalah bukan PAS. tapi MCA. PAS memang tau dia akan kalah sebab di DUN tenang kubu kuat BN / UMNO, tapi keputusan dari Peti Undi No.5 memang amat mengejutkan. MCA & GERAKAN kena kerja lebih kuat lagi.

Anonymous said...

..menyedapkan hati kerana kalah. Dalam perlawanan memang perlu untuk pulih semangat. Tapi dalam perjuangan ianya baja tahi kambing yang busuk.
Kalaulah menang itu kebenaran, kenapa Palestin yang dizalimi oleh Israel tak menang-menang lagi? Dan Uncle Sam masih super power, polis dunia ?

DR NO

Anonymous said...

betul tu MCA dah tak guna bg BN..takda pun takpa dah...naper lah pemimpin BN melayu umno lemah cangok sgt org n9 ckp......eiiiiiiiiii bodoh la...Cina tak mungkin undi melayu nya ....kalau cina tak menipu org tak ckp cina..mesti ada tak kena..APA pun PAS celaka ni mmg patut di pinggirkan sebab dia menjula ugama dan bangsa..cukup segala....amlan rasuah dianggap sedekah...lagi ganas rupa nya haji2 prepaid dlm PAS ni..

Anonymous said...

ish..ish.ish, DR NO nie..bijaknya, pandainya..terrornya..hebatnya..ish..ish..ish..

apa..?apa..?kaedah kita buat GENERALIZATION..ish..ish..ish..

Kih..Kih..KIh..///

(DR YES)

Anonymous said...

Pandai2 lu kata org menyalahkan tuhan.Lu x paham apa org cakap baik duk diam.