Tetamu Kehormat...

January 30, 2011

DUN Tenang 2011 : Kebenaran Yang Tersangkut!


Cuba kita berfikir sebentar, antara kita dengan mereka - siapakah yang lebih mengenali Anwar Ibrahim secara dekat? Mengapa mesti mereka meninggalkan Anwar? Mengapa terlalu ramai yang tidak lagi yakin dengan Anwar? Mengapa setelah berpuluh-puluh tahun bersama Abuya Syeikh Imam Anwar Ibrahim, atau nama ringkasnya "Utusan Tuhan" - mereka semua ini sanggup berpaling dan hilang 100% keyakinan terhadap perjuangannya? Apakah yang tidak kena dengan Anwar? Mengapa mereka semua ini perlu keluar daripada PKR sedangkan parti tersebut menang besar dalam PRU Ke-12 yang lalu?

Siapakah yang lebih layak mempertahankan Anwar? Kita atau mereka? Mengapa nada mereka sama sahaja apabila bercakap tentang "keburukan" Anwar? Sekiranya mereka mementingkan kebendaan, sekaranglah masa yang paling sesuai untuk berbakti kepada Anwar, kerana Anwar begitu yakin, kerajaan BN/UMNO akan tumpang dalam PRU Ke-13 nanti - bukankah wajah-wajah inilah, merupakan orang kuat Anwar Ibrahim selama ini? Dan, bukankah sekiranya Pakatan Rakyat menang dalam pilihan raya umum yang akan datang, maka mereka inilah juga yang bakal dilantik sebagai Menteri, Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen, dan pelbagai jawatan penting negara sebagai imbuhan daripada "jasa" ketaatan mereka terhadap Anwar?

Tetapi, mengapa mereka sanggup melepaskan segala rezeki yang terhidang di depan mata, sekiranya selama ini mereka mengejar kebendaan dan harta dunia? Hanya orang gila sahaja yang sanggup melepaskan rezeki yang datang bergolek di depan mata. Akhirnya - kita menuju ke arah satu kesimpulan yang menakutkan - iaitu mereka yang meninggalkan Anwar Ibrahim bukanlah hanya berpaksikan kepada prinsip perjuangan mereka yang sejati, sebaliknya mereka semua tahu, kebaikan yang mereka idam dan angan-angankan bersama dengan Anwar Ibrahim, adalah jauh lebih kecil daripada kerosakan serta malapetaka yang terpaksa ditanggu oleh mereka, sekiranya terus menyokong "Utusan Tuhan" itu.

Dengan kata lain - fasad (kerosakan) yang ada pada diri Anwar Ibrahim, memadamkan maslahah (kebaikan) yang cuba diperjuangkannya - maka yang banyak diperoleh oleh rakyat nanti adalah kerosakan dan bukan kebaikan. Inilah sebabnya, mengapa wajah-wajah di atas tidak lagi mempercayai dan menyokong Anwar Ibrahim - soalnya , siapakah kita yang baru setahun jagung dalam politik dan tidak pula dikenali oleh Anwar, secara tiba-tiba dengan membuta-tuli, terpekik dan terlolong mempertahankan batang tubuh seorang manusia bernama Anwar Ibrahim? Fikir-fikirkanlah. Wallahualam.

2 comments:

Anonymous said...

Maklumlah dalam politik 95% adalah golongan opportunist. Kalau dah bukan redha Allah dan syurga matlamatnya, mestilah dunia dan isinya menjadi motivasi. Macam kata orang, di mana ada gula di situ ada semut. Dengan mandat dalam tangan, BN lah mempunyai bekalan gula terbesar. Tapi, bila hilang mandat itu, hilanglah gula dan karisma, maka berbondong-bondonglah opportunist ini mencari lubuk lain pulak. Itu lumrah hidup. PKR is full of opportunist, that's a fact.

DR NO

Nyah said...

Mereka yang keluar ini adalah mereka yang telah tersedar daripada mimpi indah yang dibuai oleh Anwar. Mereka orang yang boleh berfikir dan apabila terkesan malaputaka yang hendak dibawa oleh Anwar mereka belah cepat-cepat.

Tetapi yang muda mudah terpengaruh dengan seorang pemidato hebat seperti Anwar. Kehebatan Anwar ialah kerana dia pandai kelentong dengan gaya yang meyakinkan.

Saya mengaku bahawa saya pernah jadi pengikutnya dan saya tertarik kerana dia pandai berucap (a very good orator) walaupun baru mutakhir ini saya sedar bahawa cakap dia banyaknya bullshit.