Tetamu Kehormat...

January 31, 2011

Buku Paling Panas Tahun Ini! Dapatkan Segera

Buku ini dikatakan buku politik paling "panas" dan bakal meranapkan terus masa depan politik Mohd Sabu - malah, ramai pemerhati politik yang sedang menunggu respon dan tindak balas daripada Mat Sabu berhubung pendedahan penyelewengan Tabung Memali tersebut. Terlalu banyak yang dibongkarkan di dalam buku ini, sehingga ia dilarang untuk dijual di majlis memperingati 25 tahun tragedi Memali pada tahun lalu. Buku ini pada hemat saya adalah buku "bestseller" of the year bagi kategori politik semasa. Baca kupasan penulisnya, saudara A.C Al-Afghani di bawah ini :

AKHBAR HARAKAH MELALUI kolumnisnya Zulkifli Yahaya, keluaran 29 November-2 Disember 2010 pertikai kononnya saya menggunakan akhbar musuh menghentam kawan dalam mengulas buku saya bertajuk Mohd Sabu Air Mata di Bumi Memali. Buku saya juga dikatakan sarat dengan prasangka dan fitnah. Sedangkan penulis, Zulkifli Yahaya ketika dihubungi mengakui belum membaca buku saya sepenuhnya. Tanpa membaca, beliau telah menghukum saya membuat fitnah semata-mata untuk pertahankan individu tertentu dalam parti dan juga kononnya pertahankan maruah parti yang mungkin tercalar hasil pendedahan saya dalam buku tersebut. Ini, adalah antara sikap sebenar yang diamalkan dalam Pas dan bukan saja keperibadian Zulkifli Yahaya.

Pimpinan Pas pertama yang membeli buku saya ialah Nasruddin Hassan Tantawi semasa majlis ceramahnya di Seberang Jaya, Pulau Pinang pada 14 November 2010. Selepas itu, Timbalannya Azman Shafawi semasa ceramah di Kg. Memali, Baling pada 21 November 2010. Malah Timbalan Presiden Pas, Nasarudin Md. Isa juga menerima buku tersebut pada 19 November 2010 semasa menyampaikan ceramah di Kampung Memali, Baling. Beberapa orang lagi pimpinan Pas Pusat dan negeri Kedah, difahamkan turut membelinya.

Saya yakin mereka ini telah membacanya. Ahmad Yahaya, Ketua Pemuda Pas Kedah mengakui kepada Mohd. Arsyad Zamani anak Ibrahim Libya, yang dia telah membaca pendedahan saya. Kerana itu, dia cuba menolak buku pemberian Mohd. Arsyad selepas tamat majlis Ijtimak Alumni Pelajar Madrasah Memali pada petang 21 November 2010. Hasil pembacaan orang-orang kanan dalam Pas itu, seperti ada arahan tidak rasmi yang melarang buku saya dijual dalam Majlis Memperingati 25 Tahun Memali. Beberapa orang pembantu saya, termasuk bekas pelajar Memali yang cuba menjual buku itu dilarang masuk ke kawasan madrasah.

Selepas itu, dalam majlis ceramah Pas beberapa negeri juga saya dimaklumkan yang buku itu dilarang jual. Usaha melarang jualan buku dalam majlis Pas dan juga ulasan Zulkifli Yahaya dalam Harakah dilihat sebagai usaha menyekat ahli Pas mendapat maklumat sebenar tentang isu yang berlaku di Memali. Usaha pihak tertentu dalam Pas, sekurang-kurangnya menjejaskan jualannya. Perancangan secara halus ini berhasil, sekurang-kurangnya menjejaskan jualannya. Hingga ada yang mencadangkan saya mengambil tindakan mahkamah terhadap Harakah dan juga kolumnisnya Zulkifli Yahaya, kerana memfitnah saya.

Apakah dosa buku saya sehingga menerima layanan begitu negatif oleh pihak tertentu dalam Pas? Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, isu yang diungkit oleh saya adalah isu lama. Ramai yang telah lupa dan Pas menganggap isu itu telah selesai. Ahli Parlimen Baling, Taib Azamudden pula mengatakan, saya tidak patut membukukan isu yang burukkan imej Pas. Demikianlah sikap mereka yang cuba menutup bangkai yang sekian lama membusuk. Namun apabila timbul isu berkaitan skandal atau penyelewengan pimpinan UMNO/BN, mereka sangat prihatin. Mengajak masyarakat sama-sama mendesak pelbagai pihak untuk menyiasat atau mengambil tindakan.

Berbeza sekali dengan apa yang saya dedahkan penyelewengan, penipuan dan salah guna kuasa pimpinan Pas, bukan saja individu tertentu, malah melibatkan Pas itu sendiri. Penyelewengan dan penipuan berjuta ringgit milik berpuluh orang anak yatim serta 14 orang balu dan juga hampir 200 orang mangsa Memali langsung tidak diendahkan oleh pucuk pimpinan Pas. Ia tidak mahu disensasikan, sebaliknya dianggap isu yang basi. Nasib terkini balu-balu tidak dipedulikan. Tahukah mereka empat orang balu telah pun meninggal dunia, yang lainnya sedang melalui alam tua. Ada yang sedang menderita setelah kaki dipotong akibat kencing manis. Balu Ibrahim Libya sendiri sentiasa dalam keadaan tidak sihat. Berapa orangkah pimpinan Pas yang mengambil tahu nasib mereka?

Mungkinkah sekali lagi saya dikecam kerana menggunakan Utusan Malaysia meluahkan rasa hati. Sekali lagi saya ulangi, permasalahan yang saya dedahkan adalah isu penipuan hak anak yatim dan balu-balu Memali. Mereka ditipu oleh sebuah parti yang berpengaruh atas label perjuangan Islam. Saya cabar kepimpinan Pas dan Harakah dedahkan apa yang saya tulis itu semuanya salah, memutar belit dan fitnah. - Utusan Malaysia

9 comments:

Anonymous said...

Kepada Saudara Azli Shukri,

Saya ingin mencadangkan agar buku mengenai peristiwa memali ini dijual dikalangan orang UMNO.
Selain dapat gambaran sebenar mengenai peristiwa ini,kami juga dapat membantu waris-waris peristiwa memali.

Anonymous said...

MANA TEMPAT MUA BELI INI BUKU MAAAAA


WA MAU DELEMA SAMA ANAK YATIM, WA TTATAK MAKAN LUIT ANAK YATIM MAAAA


LOSEEEEEEEE

MASUK NULAKAAAAAAA

Anti pura-pura said...

Masya Allah! Sampai begitu sekali pemimpin2 PAS menginayai mangsa Memali yang dicetuskan oleh mereka.

Saya minta ahli-ahli UMNO mengambil alih kerja-kerja membantu mangsa Memali atas nama kemanusiaan.

Mudah-mudahan nasib mereka yang masih hidup dapat dibela.

Anti sorok said...

Itu hebatnya Tun Dr. Mahathir

Beliau berani menegur ahli partinya sendiri. Itulah sifat pemimpin yang jujur dan ikhlas. Pemimpin PAS cuba nak sorok penyelewengan. Dedahkan supaya dapat diperbetulkan. Bukannya disembunyikan.

Bersetuju dengan Azli.Pasti meletop punya.

Zek said...

Baca Entry CheDet yang terbaru.

Anonymous said...

MANA MAU CARI INI BUKU.............

Laksamana Bentan said...

Pemimpn Pas mengatakan isu yang dibangkitkan dlm buku tersebut adalah isu lama.

Tetapi mereka terus menggunakan Memali untuk mengekalkan parti.

Ini membuktikan Pas akan mempolitikkan apa sahaja untuk menjaga nyawa parti yang sudah semakin berada di penghujung.

Pemikiran Rakyat Malaysia sudag berubah, tetapi Pas masih ditakuk lama, style lama, masih di zaman jahiliah politiknya.

Anonymous said...

Umno yang bunuh orang kat Memali. Kemudian suruh Pas take care anak yatim?
Patutnya tak payah tunggu orang PAS pungut derma. Mereka tu bukan reti sangat jaga akaun ni.
Kerajaan bayar le pampasan kat mangsa tu. Habis cerita. Tak timbul tidak amanah. Tak timbul kerjaan zalim.

Muhammad Azli Shukri said...

kalau dah tahu org pas tidak pandai jaga akuan, so jangan la jadikan memali sebagai isu politik