Tetamu Kehormat...

January 19, 2011

Azwan Ali Pertahankan Azmin : Bukan Isu Besar!

Di muka pintu rumah personaliti Azwan Ali, wajah ibu tercinta Mak Tom menunggu dengan penuh debaran kelibat anak tersayang, YB Azmin Ali. Kedatangan Azmin, Ahli Parlimen Gombak, Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa dan Naib Presiden PKR, ke rumah adiknya Azwan petang itu amat bermakna sekali bagi mereka anak beranak. Manakan tidak, sudah 9 tahun kasih terputus dan jalinan tali persaudaraan yang bertaut kembali pada petang itu bagaikan sebuah episod jejak kasih.

Debaran menanti "tetamu istimewa" Azmin menjadi lebih syahdu apabila Mak Tom memecah kesunyian dengan berkata, "Ini yang makcik tunggu-tunggu selama ini. Alhamdulillah tuhan kabulkan doa makcik. "Siang malam, makcik tak henti-henti berdoa terutama pada bulan Ramadan yang baru ini. Makcik minta tuhan satukan anak-anak makcik sebelum makcik tutup mata...," jelas Mak Tom, 74 tahun dengan nada yang separuh sebak.

Meskipun Mak Tom tidak berapa sihat, ibu tua yang penyayang ini bertungkus lumus di dapur bersama beberapa orang pembantu Azwan, menyiapkan juadah untuk semua anak-anaknya. "Azmin kata dia akan datang....kejap lagi sampailah tu," jelas Mak Tom dengan penuh harapan. Tidak beberapa lama kemudian, kelibat abang tersayang, yang disapa dengan panggilan 'Pak Teh' berjalan masuk ke rumah Azwan.

Azwan terus mencium tangan abangnya sambil diperhatikan Mak Tom dengan mata yang berkaca. Azmin, 45, yang datang dengan isterinya Shamsidar Taharin serta lima orang anaknya petang itu, disambut mesra seolah masa yang memisahkan mereka seperti tidak pernah berlaku. Seorang lagi abang yang tua, Azman Ali, 46, seorang ahli perniagaan, muncul sejurus kemudian dengan keluarganya. Bertambah meriah suasana di rumah banglo berkembar dua tingkat milik Azwan yang terletak di Taman Andaman, Ukay Perdana petang tadi.

Nasi minyak istimewa dari air tangan Mak Tom bersama rendang tok dan dendeng berlada menanti di meja makan. Azwan pula tidak menang tangan melayan anak-anak buah yang berlari riang di dalam rumah. Biarpun sudah besar panjang dan mempunyai keluarga masing-masing, baik Azmin, Azwan dan Azman tetap dilayan dengan manja oleh Mak Tom. Sebagai hos yang terkenal dengan aksi riuh rendahnya, Azwan berjaya mencuit hati Azmin. Mungkin juga beliau rindu melihat gelagat begitu selama ini.

Sesekali, Azwan meminta izin abangnya untuk bergambar bersama.Dan setiap kali lensa kamera di arah ke wajahnya sambil Azwan berposing di sebelahnya, Azmin yang kelihatan agak kekok pada mulanya, hanya tersenyum. Saya tak biasa....," tuturnya lembut. Ketika ditanya tentang karier Azwan, Azmin berkata adiknya itu sememang dilahirkan untuk menjadi anak seni.

"Dari kecil lagi, Azwan suka menjadi pengacara. Waktu sekolah dulu, kayu di belakang rumah akan dijadikan mikrofon dan dia akan beraksi seolah-olah dia seorang pengacara. "Saya sokong apa jua karier pilihannya cuma saya tidak berapa minat hiburan. Jarang saya membaca ruangan hiburan. Bukan tidak mengikuti karier Azwan tapi saya terlalu sibuk," jelas Azmin.

Katanya lagi, "Apa pun yang kita buat, mesti ada kesederhanaan (There must be moderation in everything)." Azmin melahirkan rasa syukurnya dengan pertemuan hari ini sambil mengimbau apa yang pernah berlaku satu ketika dulu. "Pada tahun 2000, waktu saya melakukan umrah buat pertama kalinya, saya memohon agar Tuhan satukan kembali kami adik beradik. Alhamdulillah setelah 9 tahun, doa saya dikabulkan. Saya rasa sungguh gembira dengan pertemuan ini.

"Sekarang kami seperti satu keluarga bahagia ...one happy family again. I miss this for some years. Sememangnya ini yang saya harapkan setelah insiden tahun 2000 itu... supaya keluarga saya jadi kuat dan bersatu," katanya dengan penuh makna. Kata Azmin lagi, "Saya hargai pertemuan seperti ini sebab itu saya tolak undangan open house yang lain untuk hadir ke rumah adik saya. Saya ada 17 jemputan 'open house' hari ini. Saya terpaksa menolak undangan beberapa rumah kerana ingin datang juga ke rumah Azwan."

Ternyata pertemuan adik beradik petang itu yang disaksikan Mak Tom, membawa lembaran tersendiri yang cukup indah dan bermakna. Menurut Azmin, kesibukannya sebagai ahli politik, selalu menjadi momen begini terlalu sukar. "Tapi insyaAllah kalau ada kesempatan lain, saya akan datang lagi. Saya cukup menghargai kesempatan seperti ini," jelas Azmin, anak keempat dari 6 beradik. Sumber : Jom Terjah!

7 comments:

Anonymous said...

salam hon link /banner
http://wicararumi.blogspot.com

Anonymous said...

entah la bro.konpius juga.

Fakeh said...

Assalamualaikum,

Berikut ialah beberapa kajian dan bahan bukti yang akan memberi kita faham dengan jelas tentang gerakan senyap Kaum Muda dan Wahabbi Salafi yang sedang mengancam aqidah umat islam di negara ini.

• Bangsa Melayu Mengikut Ulama Ahlu Sunnah Wal Jamaah
http://www.docstoc.com/docs/55052418/Bangsa-Melayu-Mengikut-Ulama-Ahlu-Sunnah-Wal-Jamaah

• Tok Ayah Zid Kedai Lalat
http://www.docstoc.com/docs/56809171/Tok-Ayah-Zid-Kedai-Lalat

• Kuasa Tiang Kepada Cita-Cita
http://www.docstoc.com/docs/56808524/Ahlul-Bait-Yang-Dicerca

• 40 Mutiara Hikmat Serambi Mekah
http://www.docstoc.com/docs/56808286/40-Mutiara-Hikmat-Serambi-Mekah

• Jaringan Wahabbi Sdn Bhd
http://www.docstoc.com/docs/56809354/Jaringan-Wahabbi-Sdn-Bhd

• Jom Kenali Dr Maza & Co
http://www.docstoc.com/docs/56808885/Jom-Kenali-Dr-Maza-_-Co

• Ahlul Bait Yang Dicerca
http://www.docstoc.com/docs/56808524/Ahlul-Bait-Yang-Dicerca

• Rasulullah Budak Kampung
http://www.4shared.com/video/LKrvHrKs/Rasulullah_Budak_Kampung.html?

• Maulid Tandingi Krismas
http://www.4shared.com/video/-X8gpNaU/Maulid_Tandingi_Krismas.html?

• Sifat 20 Tidak Wajib (Nik Aziz)
http://www.4shared.com/video/xxv1LDSt/Sifat_20_Tidak_Wajib__Nik_Aziz.html?

• Wahabbi Adalah ASWJ (Hadi Awang – Part 1)
http://www.4shared.com/video/g7Mzgr1l/Wahabbi_Adalah_ASWJ__Hadi_Awan.html?

• Wahabbi Adalah ASWJ (Hadi Awang – Part 2)
http://www.4shared.com/video/pBkZDPRr/Wahabbi_Adalah_ASWJ__Hadi_Awan.html?

• Asma’ Wa Sifat (Hadi Awang)
http://www.4shared.com/video/pBkZDPRr/Wahabbi_Adalah_ASWJ__Hadi_Awan.html?

• Sifat 20 – Dr Mohd Asri al-Wahabbi
http://www.4shared.com/video/GPYkBAbH/Isu_Sifat_20_-_Mohd_Asri_al-Wa.html?

• Sifat 20 – Rasul Dahri al-Wahabbi
http://www.4shared.com/video/Q-5Xol7T/Isu_Sifat_20_-_Rasul_Dhari_al-.html?

• Sifat 20 – Fathul Bari al-Wahabbi
http://www.4shared.com/video/oVyEtogF/Isu_Sifat_20_-_Fathul_Bari_al-.html?

• Aqidah Muhyiddin Yasin
http://www.box.net/shared/nd4xc31lyy

• Ahlul Bait Baka Pengkhianat (Nik Aziz)
http://www.box.net/shared/i98cl1svgi

• Bapa Kaum Muda Kelantan (Nik Aziz)
http://www.box.net/shared/px1f0idux8

• Melayu Jahiliyah (Nik Aziz)
http://www.box.net/shared/zzphcptlde

• Nik Aziz VS Guru Pondok
http://www.box.net/shared/z79fqf9j45

• Guru Pondok Yang Difitnah
http://www.box.net/shared/si344vemq9

• Risalah Hina Guru Pondok
http://www.box.net/shared/hv5tgpvrja

• Wahabiyyah Darul Naim
http://www.box.net/shared/nd1iif2tz4

• Daulah Indera Kayangan (Shahidan Kasim)
http://www.box.net/shared/lbyk6boch7

• Fitnah PAS Terhadap Habib Umar
http://www.box.net/shared/03rq3s0ock

• Gerakan Wahabbi PAS Melaka
http://www.box.net/shared/65mycqlf8x

• Sokong Membawa Rebah
http://www.box.net/shared/zcpypl85a2

• Bahaya Allah 4 All
http://www.box.net/shared/l2xl7umn6v

• Tajdid Wahabbiyah
http://www.box.net/shared/j2yrzlfmcr


Taklif pengkaji telah pun selesai, maka terserahlah kepada budi bicara pembaca sekalian untuk menerima ataupun sebaliknya. Bagi mereka yang mendapat hidayah, maka bertindaklah mengikut kadar upaya tangan (kuasa/undi), lidah (dakwah/hebahan) atau hati (doa) bagi mempertahankan aqidah hakiki Ahlu Sunnah Wal Jamaah yang bersendikan mazhab tauhid Imam Abu Hasan Ali bin Ismail al-Asy'ari ra dan Imam Abu Mansur al-Maturidi ra; mazhab feqah Imam Abu Hanifah ra, Imam Malik bin Anas ra, Imam Muhammad as-Syafie ra atau Imam Ahmad bin Hanbal ra; mazhab tasauf Imam Ghazali qsa dan Imam Junaid al-Baghdadi qsa.

FAKEH KHALIFAH SAKA

Anonymous said...

artikel azmin balik kampung tu artikel lama lah... oktober 2009. tak relevan dengan hiruk pikuk sekarang nih...

Anonymous said...

Apa nak heran itu semua. Umi teruskan dengan ilmu yang ada. keseorangan memang biasa. Azmin tetap dayus. dah kalau emak sanggup lebih 5 tahun tak menyapa, memang sial namanya.

eekaa said...

mohon di paut kan. Sekian, terima kasih.

Muhammad Azli Shukri said...

terima kasih atas komen2 tuan