Skip to main content

Azli Shukri 2011 : Apabila Siang Dan Malam Adalah Sama

Alhamdulillah, akhirnya apa yang saya katakan selama ini terselah kebenarannya - bahawa perbuatan demonstrasi sama ada aman atau pun ganas, adalah haram hukumnya menurut jumhur ulama sunni sedunia. Sebelum ini, kenyataan saya dikritik hebat oleh puak-puak PAS, sehingga ada yang sanggup mengkafirkan saya. Malah, hujah saya berhubung isu diperbolehkan dalam keadaan darurat seorang wanita bersalaman dengan lelaki yang bukan mahramnya, juga tidak sunyi daripada kritikan pedas orang-orang yang jahil. Nah, apabila saya menyiarkan pembuktian dalam bentuk gambar Syeikh Yusuf Qardhawi dan mantan Syeikhul Al-Azhar bersalaman dengan wanita yang bukan mahramnya, maka melompatlah puak-puak PAS kerana sukar menerima kebenaran tersebut. Malah, terdapat komen yang begitu jahil sehingga mendakwa Mazhab Imam Abu Hanifah tidak termasuk dalam golongan Ahli Sunnah Waljamaah. Terlalu ceteknya pengetahuan mereka, sehingga perkara asas tersebut pun tidak mereka ketahui.

Tidak kurang saya juga dilanyak semahu mungkin oleh para pengikut Syiah, kononnya saya terlalu jahil perihal aktiviti Syiah di Malaysia dan cetek pengetahuan berkenaan Syiah Imam Dua Belas - sehingga saya sanggup mendakwa bahawa ajaran Syiah telah terkeluar daripada ruang lingkup Islam yang sebenar - sedangkan hakikat yang sebetulnya, Majlis Fatwa Kebangsaan sendiri sudah mewartakan bahawa ajaran Syiah yang sedang membengkak di negara ini adalah ajaran yang terpesong jauh daripada kehendak Islam. Ini bukan kata-kata saya, tetapi Majlis Fatwa sendiri.

Blog saya diserang di setiap penjuru, sama para pengikut Syiah, mahu pun para pendukung PAS - mereka menuduh saya dengan pelbagai celaan keji, semata-mata saya menyampaikan kebenaran dan ilmu yang hak. Ingin saya khabarkan, setiap apa-apa yang saya tulis, bukanlah ditulis berdasarkan hawa nafsu, saya bukan bodoh dan naif dalam ilmu agama - cuma saya tidak mahu mendabik dada atau menunjuk-nunjuk dari mana saya mendalami ilmu agama. Saya tetap berpegang pada prinsip yang nyata - sekiranya kita bercakap benar dengan ilmu yang hak, InsyaAllah, kita sentiasa dilindungi oleh Allah. Percayalah, ada hujah agama mengapa kita mesti menyokong kerajaan/pemerintah dalam hal-hal yang tidak bercanggah dengan syariat Islam. Bahkan kita sama sekali dilarang mengadakan tunjuk perasaan atau demontrasi, semata-mata mahu menjatuhkan kerajaan yang sedia ada. Sekarang! Tuan-tuan bacalah berita di bawah, semoga Allah memberikan keinsafan dan kebaikan kepada mana-mana hamba-Nya yang dikendaki. Wallahualam.

A leading scholar from al-Azhar said on Friday that protesting is forbidden in Islam. Saeed Amer, head of the Fatwa – religious opinions – Committee at Al Azhar, Egypt and the Sunni Islamic world leading Sunni institute told al-Shourok newspaper that demonstrations that cause violence is “Haram,” or forbidden, within the religion. Amer added that even peaceful protest is also forbidden.

“As for peaceful demonstrations it is rejected in Islam as Islam never witnessed such phenomena,” al-Shourok reported. Al-Azhar is the most influential Islamic institution in the country, however, in recent years it has become more in line with the government and most Egyptians have ignored fatwas that have been released.

When asked about what thinks about the deaths caused by state security violence, Amer said that if the police was defending the country, then it is okay and those who die will be judged by God. “Only God knows if the deceased, civilian or police, is a martyr,” the newspaper quoted him saying. His comments come as Egyptians continue mass demonstrations aimed at ousting President Hosni Mubarak from power. According to reports on the ground, over 100 people have been killed since protests began on January 25. Sumber klik di sini.

Maka, selepas kita mendalami fatwa di atas, apakah kita masih berdegil dan mahu mengadakan demostrasi atau tunjuk perasaan yang sering dianjurkan oleh PAS dan PKR bagi menunjukkan protes mereka kepada pihak kerajaan? Fikir-fikirkannya secara jujur. Wallahualam.

Comments

Anonymous said…
Assalamualaikum

Syabas dan terima kasih saudara atas artikel sebegini. Semoga membuka jalan kebenaran dan memelihar kemuliaan Islam dan umatnya pada landasan yang benar, bukan beramal seperti puak jahiliah dan khawarij moden-PAS mahupun Syiah..

wallahua'lam.
Anonymous said…
PAS and PKR memang dah tak jujur...macamana mereka nak fikir-fikir sejujur-jujurnya...?
Anonymous said…
Maka haram jugalah demo oleh GAPS,GPMS,Prowaris,Perkasa dan kumpulan bawa kepala lembu, gitu?

DR NO
Zek said…
Pengikut PAS dan PKR bertindak mengikut emosi bukan ilmu sebab pemimpin mereka suka berdemonstrasi sejak di universiti lagi. Tujuan demonstrasi di Baling jauh tersasar. Tidak ada pun orang Baling yang mati kelaparan. Sebenarnya pemimpinnya ingin menunjuk-nunjuk kehebatannya berucap. Itu sahaja.
Pokok said…
Tuan Azli.. tuan bagi bukti macam mana pun.. ahli-ahli pAS tetap dengan pegangannya. tak perlu kita membazir masa berdebat dengan orang yang pendek akal macam ni.. percaya lah.. mereka lagi percaya kepada tuan guru nik aziz.. nik aziz dah macam2 fatwa dia keluarkan.. jangan jadi macam ABUYA al-arqam sudah lah yer tuan guru nik aziz yer..
azlishukri said…
DR NO, mana-mana tunjuk perasaan atau demontrasi yang cuba mencetuskan permusuhan atau apa-apa provokasi bagi memecahbelahkan masyarat tetap dikira haram, tidak mengira siapakah perlakunya.Harap maklum.

Pilihan Pembaca

Penulis dua dari kanan bersama dengan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin Pada 10 September yang lalu, Sidang Editor Bahagian Majalah berkesempatan berbuka puasa bersama Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di Sime Darby Convention Center. Terima kasih atas Jemputan tersebut. Jazakumullahu Khairan Kasiran. * Dari kiri Ros, Suria Janib (Penolong Editor Dewan Masyarakat ), A. Zaidel (Penolong Editor Dewan Masyarakat ), Datuk Seri Khaled Nordin, Muhammad Azli Shukri (Editor Dewan Ekonomi) , dan Armin Azhari (Editor Pelita Bahasa ).
Nasihat Pemimpin Patuhi Etika Islam Oleh Muhammad Azli Shukri (Artikel saya ini telah disiarkan di dalam Utusan Malaysia pada 18/09/2003) Dalam Islam, pemimpin atau pemerintah yang telah dilantik haruslah diikuti perintahnya, selagi perintah tersebut tidak bercanggah dengan suruhan wahyu dan perintah Rasul, seperti mana firman Allah di dalam surah an-Nisa ayat 59, "Wahai orang-orang yang beriman! patuhilah olehmu perintah Allah dan patuhilah olehmu perintah Rasul dan ulil amri di antara kamu." Oleh kerana para pemimpin atau pemerintah merupakan manusia biasa dan tidak terlepas daripada melakukan dosa dan maksiat, maka mereka juga wajib diberi nasihat oleh rakyat yang sedang di pimpinnya, bersesuaian dengan roh Islam itu sendiri yang berteraskan kepada amar makruf nahi mungkar, sebagaimana firman Allah, "Kamu adalah umat yang terbaik yang telah dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah daripada yang mungkar, dan beriman kepada Allah.'' (
MONOLOG AZLI SHUKRI Bab 10 : Muhammad Azli Shukri Lagi! Saya agak sukar untuk menulis Monolog ke-10 saya pada kali ini. Saya merasakan inilah monolog yang sangat susah untuk saya meluahkannya. Saya tidak tahu, bagaimanakah harus saya sampaikan monolog saya pada kali ini? Apakah saya harus menulis atas prinsip saya sebagai seorang wartawan? Atau sebagai seorang ahli politik? Atau sebagai seorang penulis bebas? Atau sebagai seorang editor? Semua ini menyukarkan saya untuk menulis monolog saya yang terakhir pada bulan ini. Saya merasakan bahawa saya harus berterus terang dengan jujur dan amanah, tanpa rasa takut dan kesal, kerana kebenaran dan jihad harus ditegakkan dengan segala kekuatan yang ada. Yang pasti, kebenaran tidak boleh disembunyikan lagi. Dan Sesungguh, untuk menjadikan kejahatan bermaharajalela, cukuplah sekadar kebenaran mendiamkan diri! Saya tidak berupaya membiarkan itu semua berlaku. Dan untuk kali ini saya harus bercakap benar dengan nada yang berterus terang. A