Skip to main content

Apabila Ridhuan Tee Mula Menyerang

Baca tulisan menarik Ridhuan Tee ini 1. MINGGU INI KITA dihidangkan dengan dua isu permohonan maaf melibatkan dua pemimpin utama negara. Pertama, Menteri Besar Kelantan dan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz mahukan mereka yang menyebarkan berita memfitnah kononnya beliau meninggal dunia agar memohon maaf dengannya. Lebih berat lagi beliau berkata: “Saya tidak akan ampun dan akan menanggung dosa di akhirat kelak selagi dia tidak minta maaf dengan saya”.

2. Kedua, ketua parti ultra kiasu Selangor dan pemimpin Pas Shah Alam mendesak Perdana Menteri memohon maaf berhubung satu arahan daripada pejabat PM supaya tidak menonjolkan elemen keagamaan Kristian seperti lambang salib, upacara sembahyang, doa dan nyanyian berunsur Kristian, dalam satu majlis sambutan Krismas (rumah terbuka) yang dihadiri oleh PM, di kediaman ketua biskop gereja Katolik Kuala Lumpur, 25 Disember lalu, anjuran Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) itu.

3. Pemimpin ultra kiasu ini menyifatkan arahan daripada pejabat PM merupakan satu tindakan yang “tidak menghormati” penganut Kristian. Ia juga dikatakan satu pengkhianatan terhadap (slogan) berbilang etnik, berbilang agama dan gagasan 1Malaysia yang diwar-warkan oleh PM. Tindakan ini dilihat seolah-olah mahu “menyah-Kristiankan” majlis sambutan Krismas berkenaan dan menafikan kebebasan beragama bagi rakyat Malaysia.

4. Lebih ultra lagi, mereka menggesa PM mengeluarkan permohonan maaf secara terbuka dan mengarahkan kerajaan supaya menghormati tradisi Krismas dan hak rakyat Malaysia untuk bebas beragama. Ultra kiasu sungguh mereka yang tidak sedar diuntung ini. Mencari politik murahan yang amat memualkan, dalam keadaan umat Islam tersepit.

5. Pada saya, jika benarlah berita tersebut, permintaan pejabat PM itu tidaklah terlalu berat. Ia tidak ada kaitan langsung dengan tindakan untuk menghalang kebebasan beragama, kecuali mereka yang ingin mendapatkan laba politik. Selama ini, tidak ada siapapun melarang sambutan Krismas sehingga menenggelamkan suasana bandaraya, walaupun bilangannya begitu sedikit. Sambutan Krismas seolah-olah mempamerkan penganutnya lebih daripada 50 peratus. Atas dasar menghormati kebebasan beragama, tidak ada larangan untuk menghadkannya, walaupun sepatutnya berpada-pada dengan bilangan kurang dari 10 peratus.

6. Pemimpin Pas Shah Alam begitu beriya-iya mempertahankan isu ini dan mendakwa PM tidak mengamalkan toleransi beragama. Pada saya toleransi yang ditunjukkan oleh pemimpin negara selama ini terlalu tinggi, jika dibandingkan dengan negara-negara lain. Berapa banyak cuti perayaan bukan Islam yang diberikan cuti umum? Bandingkan perayaan-perayaan Islam di negara bukan Islam. Lihatlah apa yang berlaku di Singapura.

7. Cuba kita fikir sebentar berapa banyakkah gereja Kristian yang telah didirikan dengan penganutnya yang tidak sampai 10 peratus. Ini tidak termasuk di Sabah dan Sarawak. Begitu juga dengan rumah ibarat penganut Sikh yang kurang dari lima peratus. Hindu dan Buddha, tidak usahlah dikira lagi.

8. Pas tidak perlulah menangguk di air yang keruh. Saya yakin jika pemimpin Pas Shah Alam itu bertanding atas tiket ultra kiasu di salah satu kawasan parlimen Kuala Lumpur, sudah tentu sambutan yang diterima amat luar biasa, kerana beliau jelas mewakili suara bukan Islam. Malang sungguh rakyat Shah Alam mendapat pemimpin sebegini rupa. Ternyata suara ketua ultra kiasu Selangor dan pemimpin Shah Alam ini sama dan senada, cuma agama sahaja yang berbeza. Jika tidak, mungkin mereka berjodoh.

9. Benar, Kristian berhak untuk menyambut perayaan mereka. Namun, tidakkah mereka juga patut menghormati PM selaku seorang pemimpin nombor satu yang beragama Islam? Jika mengikut hukum, banyak perayaan agama bukan Islam yang tidak boleh dihadiri oleh orang Islam. Tetapi atas toleransi dan keharmonian, pemimpin negara kita buat pejam mata sahaja. Saya juga ingin mendapat komen pemimpin Pas dalam hal ini. Dan juga, apakah hukum membina patung Buddha yang begitu besar di Kelantan dengan bilangan penganut mereka yang begitu sedikit di sana?

10. Cacatkah majlis tersebut dengan ketiadaan lambang-lambang tersebut? Selama ini kebanyakan sambutan perayaan Malaysia diadakan di tempat terbuka (neutral) yang dihadiri oleh PM. Kali ini PM bermurah hati menerima jemputan yang diadakan di rumah bishop tersebut. Sudah tentu lambang-lambang keagamaan bersepah-sepah di rumah tersebut. Apakah permintaan PM begitu besar kesalahannya, hanya semata-mata untuk mengelakkan fitnah?

11. Maklumlah politik murahan hari ini hanya menunggu masa untuk menjatuhkan seseorang. Seribu kebaikan akan dilupakan hanya dengan satu kesilapan atau kesalahan. Inilah politik kotor saling jatuh-menjatuh yang tidak pernah berkesudahan kalangan orang Melayu Islam?

12. Lebih hina lagi pemimpin ini membanding dengan, apakah mungkin PM akan mengalihkan patung-patung di Batu Caves jika ada jemputan dibuat daripada penganut Hindu di sana? Ternyata ia merupakan dua isu yang berbeza. Saya yakin, semua pemimpin Islam tidak akan berada selesa jika majlis keramaian atau perayaan diadakan di tempat-tempat ibadat.

13. Justeru, kita lihat amat jarang sekali, rumah terbuka sambutan hari raya diadakan di dalam masjid, kerana kita menghormati sensitiviti orang bukan Islam. Sambutan akan diadakan di tempat-tempat awam untuk mengelakkan kontroversi. Matlamat utama adalah perpaduan.

14. Sepatutnya sambutan Krismas tidak sepatutnya dibuat di gereja atau di rumah paderi tetapi di tempat umum. Sama juga sambutan di Tahun Baru Cina, tidak wajar di adakan di tokong atau kuil Cina kerana sambutan tersebut tidak sesuai diadakan di sana kerana ditakuti boleh menimbulkan fitnah.

15. Sudah tentu kita masih ingat kisah Khalifah Islam kedua, Saidina Omar Al-Khattab yang pernah melawat gereja. Ketika tiba waktu sembahyang, paderi tersebut menawarkan Omar untuk solat di gereja. Namun, Saidina Omar menolak dan memilih untuk tidak solat di dalam gereja kerana ditakuti boleh menimbulkan fitnah. Mungkin orang Kristian akan beranggapan Omar mahu menukarkan gereja menjadi masjid. Semua ini dilakukan atas kebijaksanaan seseorang pemimpin.

16. Kesediaan dan kesudian PM yang sanggup ‘mencemar duli’ pergi ke ‘rumah ibadat’ tersebut sepatut diberikan penghargaan dan pujian, bukannya dilacurpolitikkan. Bayangkan jika PM tidak berhati-hati dan terus pergi ke ‘rumah ibadah’ tersebut, tiba-tiba muncul gambar PM bersama-sama lambang salib di atas kepalanya. Tidakkah nanti akan dipolitikkan oleh pembangkang ketika pilihan raya. Saya masih teringat bagaimana lambang salib dijadikan isu untuk mengaibkan dan menjatuh pemimpin Islam satu ketika dahulu. Tidak kiralah siapa yang melakukannya, tetapi semua peristiwa ini perlu dijadikan teladan.

17. Pada saya jika tidak ada arahanpun, sepatutnya pihak gereja perlu faham sensitiviti masyarakat Islam di negara ini setelah lebih 53 kita merdeka. Jika perkara ini sudah tidak menjadi sensitif lagi, saya cadangkan Menteri Besar Selangor atau Kelantan, satu hari nanti mungkin boleh mengambil kesempatan untuk merasmikan tokong atau gereja orang bukan Islam? Saya yakin orang bukan Islam juga tidak akan berasa selesa jika kita panggil menghadiri majlis keagamaan orang Islam di dalam masjid.

18. Sebenarnya, banyak cara untuk menunjukkan rasa hormat terhadap agama lain, tidak semestinya melalui jemputan rumah terbuka, apatah jika di buat di tempat ibadat. Saya tidak pasti, apakah PM akan melakukan permohonan maaf atau tidak. Dalam isu ini, yang pasti PM tidak bersalah. Terpulang kepada kebijaksanaan PM. Tetapi amatlah tidak molek dan bersopan, jika kita memaksa PM memohon maaf secara terbuka seperti yang cuba dilakukan oleh Nik Aziz.

19. Saya amat hairan, tidak seorangpun yang memberikan pandangan akan desakan Nik Aziz agar mereka yang menfitnah soal kematiannya supaya memohon maaf. Tidakkah tuan guru sebagai orang alim dan orang agama sepatutnya memaafkan mereka yang bersalah? Bukankah ini sifat Rasulullah yang sentiasa mengampunkan kesalahan umatnya? Sedangkan Nabi ampunkan umat inikan pula kita sesama manusia. Tutup buku dan habis cerita. Kenapa kita mesti bebankan mereka dengan ‘dosa’ yang tidak diampunkan. Jika demikian sifatnya, saya bimbang nanti, neraka di akhirat ini penuh dengan umat Islam yang tidak diampunkan dosanya oleh Nik Aziz.

20. Saya tidaklah sealim Nik Aziz. Apatah lagi ilmu agama amat cetek berbanding Nik Aziz. Saya tidak pernah meminta mereka yang mengutuk saya dan menfitnah saya selama ini menerusi penulisan saya dalam Mingguan Malaysia untuk memohon maaf. Kalau kita lihat dalan internet, boleh dikatakan ratusan ribu, mungkin sampai juta, orang mengata dan mengutuk saya macam-macam. Saya tidak pula meminta mereka memohon maaf. Pada saya inilah adalah asam garam hidup yang perlu dihadapi dengan lapang dada.

21. Dahulu, saya amat menghormati Nik Aziz atas sifat ketokguruan beliau. Namun, sejak akhir-akhir ini saya mula rasa sangsi dan ragu. Pas sahaja yang betul, Umno semuanya salah. Lantaran itu, Nik Aziz secara total menolak pintu perundingan dengan Umno, walaupun demi kepentingan umat Islam. Beliau sentiasa berprasangka buruk kepada Umno dalam apa jua cara sekalipun. Alasannya mudah, PAS pernah merasai peristiwa pahit ketika bersama Umno dalam Barisan Nasional suatu masa dahulu.

22. Keadaan sudah banyak berubah pada masa kini. Walaupun kini Pas tidak bersama Umno, tetapi saya amat yakin sekiranya Nik Aziz pergi berjumpa dengan Perdana Menteri dan berbisik kepadanya mengenai wang royalti minyak secara baik, tidak mustahil suatu hari nanti Nik Aziz akan merasa menggenggam wang royalti tersebut untuk diserahkan kepada rakyat Kelantan. Tetapi saya amat tidak faham kenapa sejak akhir-akhir ini sikap lunak tuan guru semakin hilang.

23. Saya masih teringat kata-kata hikmah antaranya yang berbunyi, cara untuk menewaskan musuh adalah dengan mendekati dan memenangi hatinya, bukannya menjauhkan diri atau tidak mahu memaafkan kesalahannya. Jika nak tahu keburukan kita tanya musuh. Jika nak tahu kebaikan kita tanya kawan kita. Orang Pas sudah pasti tidak akan mengutuk Nik Aziz, kerana mereka amat menghormati ketokguruan Nik Aziz. Tetapi tidak pada orang bukan Pas. Mungkin mereka mempunyai pandangan sebaliknya. Tidakkah pandangan tersebut sepatutnya kita muhasabahkan untuk melihat diri kita dengan lebih mendalam?

Comments

janggut said…
la pelaq mualaf ni tak abis abis dok sondol punggok pm.....jgn dok jadi lebih islam dari org islam...belajaq ugama tinggi2 tapi otak letak kat lutut...pikiaq baik2.ilmu digunakan kat tempat yg salah...jawapan dia neraka jahanam la tempatnya...pelaq...pelaq....
Anonymous said…
tiada yg mulia disisi Allah selain mereka yang sentiasa berpegang pada tali Allah dan berkata benar walaupun pahit dan baru atau lama anutan islamnya seseorang tidak menjamin ketakwaan hambaNYA kepadaNYA hatta ditahap tuan guru dan sesungguhnya syurga,neraka,maut,rezeki itu hnya DIA yang berhak memutuskannya bukan hambaNYA
Anonymous said…
Kepada JANGGUT,

Hang mmg dasar hati hitam berkarat. Langsung tidak mahu menerima teguran. Hang pikiaq hang tu pengamal islam sejati?

Hang pun 2x5 dgn Tok Ajis hang. Langsung tak boleh terima teguran?.
Apa hang pikir Hang Melayu maka Melayu itu sendirinya Islam?. Pi rahhh mabuk. Bangsa Cina ramai lagi Islam dari Melayu itu sendiri. Ulama cina lagi la hebat2 dari ulama Melayu? Tapi mereka tak berfikiran macam Nik Ajis hang?.

Sahabat2 nabi ramai ke CHINA untuk menyebarkan Islam? Pengaruh mereka lagi hebat. Ini hang nak tegur Ustaz yg cuba menyampaikan dan teguran yang membina hang dah mendidih?. Dasar hati karat.

Ustaz Ridhuan Tee dah nyatakan bahawa beliau masih belajar,tahap agama beliau masih rendah kalau nak di bandingkan dgn WAli Terompah hang?. Apa yg hang nak risau?.

Wali Terompah hang setaraf dgn Ustaz Kerajaan Langit Si Ayah Pin. Sama taraf tu....
Anonymous said…
dan berani menegur pemimpin yang zalim
Anonymous said…
Cina masuk masjid pun nak jadi ISU, macam mana Cina nak kenal Islam
usin said…
pandangan2 yg kontra ni seolah2 tergolong sebagai pluralisme agama. hati2 bila menulis hujah. jangan terlanggar pantang dan aqidah. contoh kafir masuk masjid tidak semestinya bersabit politik. dalam Islam, hadir dalam masjid harus ada tatasusila. bukan boleh main redah asal niatnya baik. aku nak tanya korang yg setuju kafir boleh masuk masjid sesukahati. korang boleh terima atau tidak joget lambak pelbagai agama kita buat dikawasan masjid, demi uutuk menarik bukan Islam mendekati Islam. betul ke caranya tu?
M.A.F.81 said…
Hai...si Janggut ni lebeh2 plak... suke2 panggil "pelaq muallaf" kt Ridhuan tee Abdullah...
Janggut.., aku rase klau nk compare ilmu agama yg ko ada ngan Ridhuan Tee Abdullah ni.. ko jauh lebih cetek ilmu la dr apa yg Ridhuan ni ada... tgk ayat ko ni pun aku dh bleh baca tahap bengap kepala hotak ko.. ni la masalah klu rase riak/takabbur/u'ujub dh sebati dlm jiwa..ni la juga masalah2 sebilangan org2 PAS bodoh sombong.. makin bebal dek kerana ditutup mata hati... x bleh langsung nk buat well judgment. Un4turnetly,hakikatnya, dh makin ramai org2 Islam yg makin bebal x habis mcm si Janggut kt Malaysia ni... Mohon Allah bukakan hati si Janggut n org2 setaraf akal dgnnya...

Bagi Anonymous 1:04AM..
Ni puk kes sama gak... Bengap lembu...
Bai..ko kene paham btul2 c Cina yg masuk dlm masjid tu apa motif dia.. nk belaja mengaji ke? blaja solat ke? ada ke ciri2 nk peluk Islam? Aku rasa..TAK... smua tu motif politik jer... sama la kes2 few ahli politik non-muslim baca ayat Qur'an time bg ceramah..ada Ngar peluk Islam? Ada Gobala. masuk Islam? TAK kan...so? apa motif dorg? utk 'menyanyi'..'membelai' org2 Melayu Islam mcm ko yg bengap lembu ni 'cair'...support dorg..
Ko ni terlalu mentah nk ckp pasal politik.. x phm lagi art of war dlm politik.. aku mintak tlg sgt2..blaja la..nk join politik, kna byk blaja..politik ni seni..dan mmg selalunya kotor.. Jgn la ko ckp PAS, PKR n DAP x main politik kotor plak.. Klau x nmpak mcm mana dirty political game yg dorg main, jelaslah..ko mmg masih terlampau mentah nk involve dlm politik..
Jgn nmpak 'wallpaper' dia ja..kna tau isi dlm dia btul2..
Harap korg bdua ni, si Janggut n si Anon 1:04AM ni muhasabah diri balik..blaja idup elok2..bykkan ilmu dunia n akhirat byk2 dulu..perlu berguru...tetapi berguru lah dgn guru yg btul..
Even aku agak panas ngn cara otak korg menilai n berhujah, tp selaku sedara seagama, aku tetap doakan korg dua ni dibukakan mata n hati dgn sejelas2nya..dan kita smua dihindari dr fitnah Dajjal.. Insyaallah..
Wake UP! said…
janggut. lebih baiklah dari hang yang dok jolok punggung komunis.

hang tak payahlah perasan hang ahli syurga sebab undi PAS.

bukan PAS pun penentu syurga.
oRang kAmpong said…
Aku setuju ngan us. ridwan tee.xada sebab lalu najib kena minta maaf atas sebab anak buah dier suruh buang salip utk elakkan fitnah.puak2 tu bukan blh pakai nunggu peluang jer.2.utk mr. janggot jgnlah menghina mualaf sebab muaalaf xdak dlm senarai org2 yg paling di benci olih org2 kg melayu.setau aku yg ada cuma pak janggot solang.
Anonymous said…
yelah janggut, lain kali mu ajak anak2 mu main futsal dlm masjid...sbb tokei besar mu kata boleh....

satu janggut ..agaknya mu tau ke mu kemana nanti lepas mati....hish2 senang jer nak pi tuduh org masuk neraka..

janggut kalu hang ada duit pi la ke taiwan...or china...pi tgk org cina2 islam kat sana...aku rasa hang pun kalah ..hahahaha
azlishukri said…
terima kasih komen tuan2
TBR said…
Salam buat saudara,

minta dilinkkan blog saya
http://revolusidarulehsan2012.blogspot.com

terima kasih
lan said…
Islam untuk semua, bukan untuk bangsa Melayu je. RT nak cuba jadi Melayu ke
pacat said…
Teruskan perjuangan mu Ridhuan. Kecaman dan hinaan pasti akan terjawab suatu masa nanti. Yakinlah dengan kebenaran dan Islam. Mereka yg menutup fikiran mereka dengan teguran dan kebenaran hanya akan lebih menyesatkan hati mereka..

Yang baik itu datangnya dari Allah, yang buruk adalah dari diri manusia itu sendiri.......
shamshul anuar said…
boyconstSaudara Janggut,

"Yang indah itu bahasa, yang cantik itu...". Jadi bila saudara sebut "pelaq mualaf", saudara sebenarnya tunjuk betapa rendahnya akhlak saudara.

Kalau pun tak setuju dengan apa yang Dr ridhuan cakap, saudara boleh bagi pandangan saudara. Tak perlulah maki hamun Dr ridhuan Tee.

Samada Dr ridhuan masuk syurga atau neraka, itu bukan tanggungjawab saudara untuk tentukan. Itu kerja Allah SWT.

Saya pun haieran melihat rakan rakan saya dalam PAS. Pakai ketayap dan sentiasa kata mahu tegakkan Islam. Namun mereka ada satu sikap pelik iaitu terlalu bencikan UMNO dan ahli ahli UMNO seolah olah UMNO tiada langsung jasa pada orang Melayu.

Hairan bin ajaib. PAS sanggup pula berbaik( dan jadi kuli) DAP, satu parti yang langsung memusuhi Melayu, Islam secara terang terang.

Saya selalu cakap pada PAS, kalau mahu tegakkan Islam, maka mahu tak mahu mesti berkerjasama dengan UMNO, satu parti politik Melayu yang terbesar.

Semoga PAS lembutkan hati dan terima hakikat yang UMNO pun orang Islam juga. Mungkin ada salah. Banyak juga macam PAS. Namun saudara sendiri tak mungkin dapat nafikan jasa UMNO.

Kadang kala elok kita semua bercermin diri.

Pilihan Pembaca

6 Asas Penting Mengapa Perhimpunan Bersih Haram Di Sisi Islam

Demonstrasi, sering dilihat dari kaca mata perundangan dan ekonomi, jarang kita melihatnya dari aspek agama. Maksud saya, isu ini acapkali disisihkan daripada kaca mata Islam, bahkan tidak kedengaran langsung dalam kalangan ulama tempatan membicarakannya, seolah-olah mereka turut redho atas segala tindak tanduk penyokong-penyokong PKR yang menganjurkan demonstrasi besar-besaran selama ini bagi menjatuhkan kerajaan. Mengapa para ulama membisu? Mengapa mereka tidak bercakap perkara yang hak? Dan mengapa mereka menyembunyikan ilmu dan hukum? Jika berkenaan Karnival Sure Heboh atau konsert artis, para ulama pantas memberikan hukum, tetapi dalam isu demonstrasi dan tunjuk perasaan yang sering dianjurkan oleh parti pembangkang, tiada ulama pun yang menegur. Apakah mereka takut dituduh sebagai penyokong kerajaan? Atau mereka tidak mahu bercakap benar? Aneh, dan kadangkala menjadi misteri dalam kalangan ulama tempatan, baik yang berfahaman salaf mahup

Perniagaan Para Sahabat Nabi Teladan Sepanjang Zaman

BELIAU SEORANG SAHABAT NABI YANG BIJAK. Tergolong dalam kalangan pengumpul al-Quran. Banyak meriwayatkan hadis nabi. Peniaga yang sangat berjaya di Madinah. Keuntungan perniagaannya sehari pernah mencecah 300 dinar (anggaran bersamaan RM360,000). Abu Darda’, sahabat nabi yang hebat berniaga ini berkata, “Yang paling membuatku gembira ialah ketika berdiri di ambang pintu masjid. Setelah itu aku berniaga, sehingga dalam sehari aku mendapat untung 300 dinar, sementara aku tetap mendirikan semua solat di masjid.” Perniagaan adalah tentang kepercayaan dan keyakinan terhadap Tuhan Yang Maha Memberi Rezeki. Mereka yang berjaya menguruskan masanya bersama Tuhan. Konsisten dan berdisplin bersama Allah setiap hari, pasti masanya akan dipenuhi dengan keberkatan dan aktiviti perniagaan yang produktif. Bercita-cita menjadi kaya bukanlah kesalahan di sisi Islam. Yang salah apabila lalai dengan kekayaan. Enggan berzakat dan bersedekah. Kekayaan ‘Abdurrahman ibn ‘Awf dianggarkan mencecah RM 2 bil

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca