Tetamu Kehormat...

January 21, 2011

Apa Perasaan Anda Jika Dapat "Meramas" Jari-Jemari Nurul Izzah?

Kebingungan pemimpin-pemimpin PAS semakin terselah apabila mereka terdesak untuk mempertahankan tindakan calon PAS DUN Tenang, Normala Sudirman yang tidak mahu bersalaman dengan mana-mana lelaki yang bukan mahramnya, termasuk kaum Cina dan India. Kita fahami itu merupakan tuntutan agama. Namun demikian, Islam ada cara penyelesaiannya - mengapa tidak sahaja diterima cadangan Datuk Seri Chua Soi Lek, Presiden MCA yang menyarankan Normala agar memakai sahaja sarung tangan apabila bersalaman dengan lelaki yang bukan mahramnya. Bukankah Islam itu mudah dan jangan dipersusahkan? Mengapa mesti mengelakkan untuk bersalaman dengan rakyat - sekiranya terdapat penyelesaian yang jelas dalam Islam?

Sekiranya Wan Azizah tidak bersalaman dengan lelaki yang bukan mahramnya kerana tuntutan agama - mengapa pula Nurul Izzah dibiarkan pula? Lihatlah, isu yang sekecil ini pun tidak mampu diselesaikan secara bijaksana oleh calon PAS, Normala Sudirman - maka, apakah kita yakin, beliau berupaya menjadi wakil rakyat yang baik untuk masyarakat di DUN Tenang? Tepuk dada tanya iman. Wallahualam.

p/s - Nampaknya, Juru Tol wanita PLUS di Rawang, jauh lebih cerdik daripada Normala Sudirman. Mereka, walaupun tidak berpendidikan tinggi, namun ada akal - demi menggelakkan daripada tangan mereka bersentuhan dengan lelaki yang bukan mahram sewaktu bertugas menyerahkan tiket tol kepada para pemandu, mereka bersarung tangan berwarna putih - selesai segala masalah! Baca laporan Harakahdaily di bawah :

KUALA LUMPUR, 21 Jan: Tindakan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek cuba menimbulkan isu agama di Tenang membuktikan BN terdesak dan takut dengan penampilan calon PAS yang meyakinkan rakyat, kata Pengarah Pilihan Raya Kecil PAS Tenang, Salahuddin Ayub. Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Soi Lek yang mempersenda penampilan calon PAS, Normala Sudirman dengan menyamakan beliau dengan Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang tidak bersalam dengan lelaki dan memakai sarung tangan ketika menghadiri program bersama rakyat.

Soi Lek juga mengandaikan Normala tidak akan pergi ke rumah-rumah ibadat bukan Islam dan bertemu dengan masyarakat bukan Islam. "Serangan peribadi ini sengaja dilakukan oleh Soi Lek yang takut dengan calon kita dan dia cuba bermain isu agama sebenarnya. "Ini menunjukkan bahawa Chua Soi Lek cukup terdesak dengan penampilan calon kita yang meyakinkan dan isu-isu yang dibangkitkan itu adalah isu remeh," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini. Naib Presiden PAS itu juga berkata, masyarakat bukan Islam sudah dapat menerima ajaran Islam yang melarang wanitanya bersalaman dengan lelaki bukan mahram. "Ini etika yang diterima pakai oleh budaya masyarakat Malaysia dan tak ada masalah bagi orang Cina dan India bila muslimat PAS tidak bersalam dengan bukan mahram. "Jadi ini bukan isu tetapi menunjukkan sikap terdesak Soi Lek," katanya.

8 comments:

masterfaiz.com said...

fatwa mana yang menghalalkan bersalam dengan berlapik ni? setahu saya, syiah sesat je yang halalkan ni..

mohon pencerahan ya..terima kasih

Anonymous said...

anda yang kurang pengetahuan agama sebenarnya.saya lebih faham kenyataan soi lek kerana dia kurang pengetahuan tentang agama islam...anda jawablah dengan tuhan nanti dengan kenyataan menghasut anda...pendirian calon pas untuk tidak bersalaman dengan bukan muhrimnya adalah pendirian peribadinya..mengapa anda perlu mengaitkan pas atau pr dalam isu ini..demikian juga nurul izzah...

Anonymous said...

(mengapa pula Nurul Izzah dibiarkan pula?)sapa yang patut jawab soalan ini..bangan!!!!!

(Nampaknya, Juru Tol wanita PLUS di Rawang, jauh lebih cerdik daripada Normala Sudirman)..mana sama bro,ine orang kerja punya,nk elak kena sentuh pakai la glove,,dalam islam bukan muhrim haram brsentuhan dengan sengaja walaupun berlapik..
i tau benda ni pon pasal i baca peper korang punya masyitah yang jawab dalam metro blom ne...lu memeng bangan macam soi lek la bro...
malu la kat orang islam ckit ..

Anonymous said...

ada juga yang jahil kat sini...Islam itu mudah..kalau nak bersalam dengan bukan mahram kita diizinkan secara berlapik.

Muhammad Azli Shukri said...

dalam keadaan darurat atau menjaga air muka seseorang, maka bersalaman secara berlapik diizinkan, Imam Abu Hanifah dan ulama-ulama mazhabnya berpandangan sebegini. jadi jangan sempitkan fahaman kita. wallahualam

Anonymous said...

P.....parti
A.....ajaran
S.....sesat

Anonymous said...

"p/s - Nampaknya, Juru Tol wanita PLUS di Rawang, jauh lebih cerdik daripada Normala Sudirman. Mereka, walaupun tidak berpendidikan tinggi, namun ada akal - demi menggelakkan daripada tangan mereka bersentuhan dengan lelaki yang bukan mahram sewaktu bertugas menyerahkan tiket tol kepada para pemandu, mereka bersarung tangan berwarna putih - selesai segala masalah! "
Janganla provok ayat "tak berpendidikan tinggi" bro. ayat kena la macam orang berpendidikan tinggi.

Anonymous said...

P.....parti
A.....ajaran
S.....sesat

Setuju sangat2 bro...harap serban saja besar..lain2 kecik saja.