Tetamu Kehormat...

January 30, 2011

Analisis Awal : Di Tenang BN Sebenarnya Tidak Menang?

Kemenangan BN di DUN Tenang bukanlah kayu ukur muktamad yang menunjukkan masyarakat sudah sepenuhnya kembali kepada BN - saya sebenarnya semakin gelisah dan bimbang dengan trend pengundi kaum Cina yang jelas, sekali lagi tidak bersama BN. Pengundi Cina nampaknya masih tetap konsisten mengundi Parti Pembangkang - sekali gus bakal menjadikan DAP terlalu berkuasa di bandar-bandar utama di Malaysia. Hal ini perlu dipandang serius oleh BN. Saya menjangkakan, dalam PRU ke-13 nanti, keadaan akan lebih genting dan merbahaya - BN nampaknya terpaksa bergantung harap dengan pengundi Felda, orang Asli dan sebahagian besar pengundi India di estet-estet.

Soalnya - sejauh mana "talian" ini mampu mengukuhkan kembali kekuatan BN dan UMNO untuk terus kekal berkuasa? Mungkin ramai yang gembira dengan kemenangan BN di DUN Tenang - begitu juga dengan saya. Namun demikian, DUN Tenang bukanlah jawapan kepada kesimpulan "seluruh rakyat sudah bersama semula dengan BN" - ia sangat jauh daripada hepotisis itu. Kita sebenarnya berada dalam kebimbangan - bermula dengan pilihan raya kecil Bukit Gantang, sehinggalah ke DUN Tenang - orang Cina masih tidak mahu kembali kepada BN! Ini realiti. BN tiada pilihan, melainkan terpaksa menyerang PAS dan mengembalikan semula sokongan orang Melayu kepada UMNO, jika tidak, BN bisa sahaja gagal memperoleh 3/4 majoriti parlimen. Pada saya, DUN Tenang, kita menang - namun hati tetap bergelora! Wallahualam.

16 comments:

Ular Menyusur Akar said...

UMA juga dapat merasakan perkara yang sama. UMA tidak kisah kalau gagal selepas segala usaha di buat.

UMA lihat tidak sahaja Cina berpaling ke DAP malahan UMA akui DAP memang bersungguh dalam melaksanakan tugas pada PRK kali ini. DAP dah mula gerak kerja pada hari pertama kematian allahyarham Datu Sulaiman Taha. MCA macam di serang perasaan takut untuk menemui pengundi Cina di Labis.

Muhammad Azli Shukri said...

UMA, hal ini sangat membimbangkan

drrita said...

tak perlu bimbang..
UMNO mesti bekerja keras.
penglibatan PAS dengan DAP..dan PKR yang kucar kacir memberi kelebihan pada UMNO..
sudah 3 thn..kita lihat bnyk perkara2 yang berlaku menyebabkan PAS kehilangan pengundi..
isu ayat al Quran, isu masjid, isu arak, isu ayat ALLAH, isu hudud/negara ISLAM.. semuanya memberi kelebihan pada UMNO..
PRK kali ini PAS berjaya mengekalkan undi CINA tapi hilang 1000 undi orang melayu..

sekiranya ini berterusan, dan UMNO mendapat sokongan padu semua org melayu ,pasti parlimen kerajaan selepas PRU 13 adalah milik org melayu sepenuhnya..menteri2 pun semua melayu.!
Insya ALLAH

puterabangi said...

izin untuk share

Muhammad Azli Shukri said...

silakan putera bangi

pencinta kedamaian said...

saya bersetuju sangat dengan pendapat tuan blog ini.

saya berpendapat sudah cukuplah kita berbudi kepada kaum cina ini. ckup setakat ini!

telah banyak kita bertolak ansur sampai hampir memijak kepala kita. mengorbankan hak2 kita dan kaum lain. masih tidak dihargai lagi. satu tindakan strategik harus dijalankan berhubung perkembangan tidak elok ini. kepada umno-bn, nasihat saya jagalah orang melayu, bumiputera sabah sarawak dan india. berilah mereka bantuan sejati yg berguna bukan bersifat gula2an.

jangan yang dikejar tak dpat yg dipegang keciciran pula. enough is enough!!

kepada PAS, berbaloikah perjuangan islam pas yang anda perjuangkan itu bilamana pas kehilangan sokongan umat islam tapi malangnya mendapat sokongan kuat non muslim??? bukankah ianya sudah menjadi jelek..

marilah kita sama2 kembali bersepakat dalam menjaga kepentingan islam dan umatnya di tanahair tercinta ini.

Hang horatio said...

insyallah...dlm proses penambahbaikan menawan undi cina..xslah untuk berasa khuatir..tp percaya lah akan konsep yg di bawa DSN..walaupun diri ku sungguh membenci puak kapir yg di mksudkan..

Godisuno said...

Sebenarnya kaum Cina di Malaysia telah lama memendam rasa tidak puas hati kepada kerajaan kerana bagi mereka kerajaan terlalu melebihkan bangsa Melayu dan tidak adil kepada mereka. Kaum Cina mempunyai pemikiran bahawa mereka jauh lebih baik dari orang Melayu dan mereka lebih layak untuk memerintah Malaysia berbanding Melayu. Kini masanya sudah sampai bagi mereka untuk mencapai cita-cita menjadi pemerintah di Malaysia. Oleh sebab itu maka sokongan mereka kepada DAP telah diserlahkan. Pemimpin-pemimpin Melayu pula masih terhegeh-hegeh untuk mendapatkan sokongan mereka. Mereka hanya bermuka-muka dengan pemimpin Melayu kononnya mereka menyokong BN tetapi hakikatnya itu cuma kemunafikan. Lantas pemimpin-pemimpin Melayu sanggup memberikan tanah, wang berjuta dan keistimewaan-keistimewaan lain yang tidak diberikan kepada kaum Melayu dan yang lain-lain untuk mendapatkan undi mereka sedangkan di hari pegundian kaum cina tetap memberi kemenangan kepada pembangkang. Pemimpin melayu mesti sedarkan diri mereka, jangan menjadi peminta sedekah sokongan Cina. sedarlah sebelum terlambat. Bermula pilihan raya umum terakhir dan diikuti oleh pilihanraya-pilihanraya kecil berikutnya, Cina konsisten menyokong DAP dan kuncu-kuncunya. Janganlah MCA dan Gerakan diharapkan, mereka telah membuktikan dizaman pemerintahan mereka sendiri Melayu juga tetap disisih. Perjuangan mereka adalah untuk kaum Cina bukan kaum-kaum lain. Bagi mereka Cina adalah superior, bangsa melayu dan kaum-kaum lain adalah inferior

IBM said...

SALAM. PADA PANDANGAN SAYA,BN SUDAH TUNAIKAN JANJI PADA MASYARAKAT CINA TAPI MEREKA LANGSUNG TIDAK MENGHARGAI APA YANG TELAH DISUMBANGKAN OLEH KERAJAAN.IBARAT MENCURAH AIR KEDAUN KELADI ..LANGSUNG TIDAK TERLEKAT DIHATI MEREKA UNTUK MEMBALAS APA YANG TELAH KERAJAAN BERI PADA MEREKA.APA LAGI YANG DIMAHUKAN OLEH MEREKA…..MUNGKIN BAGI MEREKA TIDAK CUKUP APA YANG DIBERIKAN OLEH KERAJAAN SELAMA INI…MUNGKIN MEREKA INGIN LEBIH DARI APA YANG DIBERIKAN …..SAYA MUNGKIN TAHU APA YANG DIMAHUKAN MEREKA…..MUNGKIN PEMBACA JUGA APA YANG DIMAHUKAN OLEH MEEKA….FAHAM FAHAM SAHAJALAH…..

megat said...

Sy yakin dan brharap,barisan pemimpin atasan sedar tentang situasi ini. Tahniah juga kpd DSN kerana tidak lagi terlalu tunduk dgn desakan dari ngo2 cina.

Sy rasa,mereka akan buat perangai di tempat2 yg majoriti pengundinya cina ataupun hampir 50% pengundi cina. Mcm la kita ni bodoh sangat.

Sy secara peribadi tidak percaya dgn mca maupun gerakan,kerana mreka ini boleh shj bersatu dgn dap kerana mreka tidak memainkan sentimen agama seperti pas.

UMNO sebenarnya kena yakin dgn perjuangan demi agama,bangsa dan negara. Jgn bersandarkan kpd skongan manusia semata.Mohon pertolongan dr Allah, insya Allah tak kemana permainan UNDI cina ini.Kenpa kita perlu takut dan tunduk,mujur lalu melintang patah.

Sperti kata sahabat2 yg lain, jagalah hati pengundi yg setia iaitu org melayu dan india,jgnlah perbodohkan kesetiaan kami ini.

Pemimpin atasan sepatutnya dan bersedia dgn langkah2 sepatutnya utk PRU13 ini dgn trend mainan undi cina ini.Jgn takut dan gentar dgn mereka, yakin dgn Allah,akan tibalah pertolonganNya.PAS kita benamkan ke liang lahad biar kita bersatu dlm satu jemaah UMNO.

Org melayu jgn bangga nak menjaja kononnya 'cina bijak mengundi' apa yg mreka lakukan sebenarnya bukan bijak,tetapi lebih kpd tamak,tidak setia dan tidak mengenang budi.

shamshul anuar said...

Saudara azli,

Zaman BN menikmati "saham utama" dari undi Cina sudah berakhir. Dan eloklah UMNO dan juga BN menerima hakikat ini.

Bukan kerana UMNO atau BN tidak melayan orang Cina. Bukan. Sebaliknya UMNO "terlebih" melayan kehendak dan aspirasi masyarakat Cina hingga orang Melayu kini ramai yang terasa hati.

Hakkat sebenar ialah dalam Pakatan Rakyat, tiada parti Melayu yang mempunyai kedudukan seumpama UMNO dalam BN.

PKR awal awal lagi cakap ia bukan parti Melayu sebaliknya berbilang bangsa WALAUPUN tindak tanduk Anwar MERUGIKAN ORANG MELAYU.

Dan PAS enggan bercakap pasal kepentingan Melayu kerana itulah senjata mereka menentang UMNO; kononnya UMNO "assabiyah".

Dan lebih malang lagi PAS sudah tidak boleh cakap pasal Islam kerana "Boss" PAS iaitu DAP tak setuju.

Dan semua orang tahu sikap DAP pada apa apa saja perkara mengenai Melayu. Yang DAP jaga ialah kepentingan "dinasti LIM". Orang lain tolak tepi . Cina sekalipun. apatah lagi Melayu.

Apa yang perlu UMNO buat ialah membuat apa yang semua manusia di dunia ini buat. Jaga terlebih dulu kepentingan orang melayu yang merupakan sumber kuasa UMNO.

Pada pilihanraya akan datang, UMNO mesti hentikan buat perangai yang tiada bangsa lain di duniA ini buat iaitu letak calon bukan Melayu dikawasan majorii Melayu.

Pastikan MCA dan Gerakan BERTANDING DIKAWASAN MAJORITI CINA. jangan beri MCA bertanding dikawasan Melayu.

Dengan ini MCA akan terpaksa berdepan dengan DAP. MCA kena beitahu orang Cina yang fitnah DAP bahawa MCA dibawah telunjuk UMNO adalah tidak benar.

Hakikatnya ialah pengaruh UMNO dalam BN adalah kerana lebih separuh kerusi BN dimenangi UMNO. Ini memberi kedudukan "Senior Partner" pada UMNO di dalam BN.

Sama seperti seorang yang ada saham "70%" dalam sebuah syarikat. Ia layak menentukan halatuju syarikat.

Tiada apa yang perlu dimalukan.

Seperti yang selalu saya cakap, ramai Melayu terlepas pandang fakta yang PAS tiada kedudukan seperti UMNO dalam BN. Jika ditakdirkan UMNO tumbang, yang paling rugi ialah Melayu. ini kerana yang akan ganti tempoat UMNO ialah DAP.

Pada PAS, hadapilah hakikat yang sokongan Melayu pada anda merosot. Jangan ingat orang Melayu suka tengok PAS gadaikan prinsip sebab nak undi Cina.

Pada Najib, jangan terlalu pemurah pada orang Cina melebihi orang Melayu pula. Sedarilah apa pun yang anda bagi, mereka tidak akan sokong UMNO lagi kerana Anwar sudah janjikan bulan bintang( termasuk jual orang Melayu) hanya kerana nak jadi PM( dan lebih penting paksa hakim gugurkan kes liwat).

Tunjukkan ketegasan( tetapi adil) dengan ambil tindakan pada orang yang suka adu domba seperti Namawee.

Jangan ingat dengan buat pura pura lupa ambil tindakan pada Namawee maka orang Melayu tak terasa hati.

Dan satu lagi gantilah Nazri aziz ni. Sayang sangat Nazri pada orang yang suka persenda Melayu dan Islam.

KZSO said...

Selagi chua "the video man" soi lek masih terajui mca, org cina tidak akan sokong bn/mca. Pada mereka sokong soi lek bererti sokong tingkah laku x bermoral 'presiden' mca.
Begitu juga,
Selagi koh "the kpi' tsu koon menerajui gerakan, selagi itu org cina tidak akan sokong bn/gerakan sbb amat lemah dari segi kepimpinan melawan dap lks dan famili.
Kpd pm, usah dilayan csl dan ksk, layan bn friendly chinese yg melambak diluar sana yg menyokong kerajaan tapi tidak sokong csl dan ksk!

Anonymous said...

Itu nasib baik ada TV1 dan TV3suku, Astro (Pun dah jadi pecacai UMNgOk dan Barang Naik (BN) serta Utusan Meloya, kalau tak, jangan harap lah nak dapat majoriti banyak tu...

Yang mengundi Barang Naik (BN) ni hanya orang2 yg kebanyakan nya kurang membaca, kurang ilmu, kurang ambil tahu...yang paling teruk sekali...kurang IQ.

doncin cai said...

chor !
jangan risau, insyaAllah sepanjang sungai perak dari grik sampai ke teluk anson.........masih lagi kubu umno......
JAGA KEPENTINGAN ORANG ORANG MELAYU !
tanggungjawab pemimpin kita...
mudah mudahan

warisan tmk said...

Saya amat bersetuju dengan kebimbangan sdra, yang juga kebimbangan kita semua.

Perkara sama pernah saya timbulkan di dalam penulisan saya tidak berapa lama dulu bertajuk:

IS MCA TROJAN HORSE OF DAP?

MCA President Chua Soi Lek’s speech during the BN Convention was made within closed-doors of BN FRATERNITY, but several portals have reported some parts of it, including the MT People’s Portal, my childhood wading pool, where I played with or fought against ANTI-BN bloggers.

If what’s being reported in the RPK-owned portal is a true reflection of what has been uttered by CSL, then BN is still light-years away from a state of readiness to call for General Election, the 13th GE. CSL voices sound as COURSE as that of Lim Kit Siang, Lim Guan Eng and Karpal Singh. It looks as though the DAP and MCA are quietly sharing the same aspirations and purpose. That being the case, the question is, why not they merge into one BIGGER Chinese party and make their voices louder, and better heard by the Malays.

The very least, CSL should search for an answer as to WHY terms like ‘pendatang’ and ‘ketuanan Melayu’ have been the ‘language of the day’? Wasn’t it a NATURAL RESPONSE to certain quarters who, since the run up to the 2008 GE, have been questioning things like SPECIAL POSITION OF MALAYS as provided for in our Federal Constitution, and related policies like NEP, provision of places to study in univeresities, provision of scholarships, MARA, bumi-only contracts and such matters.

Ever since the TRAGIC racial riots of 1969, Malaysians have not mentioned terms like ‘pendatang’, ‘ketuanan Melayu’ and suck likes for almost 40 years…..until the ANTI-NATIONAL and PETUALANG BANGSA Anwar Ibrahim, and DAP, replayed the RACIAL MUSIC again, to IGNITE the emosions of the Chinese against the Malays, in particular UMNO.

Being the second ‘biggest brother’ in the BN, President of MCA should not dance to the music of DAP. MCA must stick to their own music, musics based on the CONTRACT SOCIAL preferred by their founding-fathers, not the deafening sound of gun-fire of comrade Chin Peng and his fellow insurgents. BN should be the manifestations and embodiments of the SOCIAL CONTRACT and agreed FOUNDATIONS of our nation.

BN should NEVER allow any room for DAP’s TROJAN HORSE to undermine the GLORY and SUCCESS built by UMNO/MCA/MIC/Perikatan/BN for over 50 years.

- warisan tmk

Esperalzi said...

Strategi UMNO mulai sekarang ialah macam mana nak menang tanpa undi Cina.

Kalau selepas PRU13 nanti UMNO/BN masih dapat dua pertiga kerusi Parlimen walaupun 70-80% Cina undi Pembangkang, maka UMNO hendak mulai ambil tindakan drastik dengan menghapuskan satu persatu hak2 istimewa dan Ketuanana Cina bermula dgn penghapusan sistem pendidikan rendah Cina. Biar padan muka mereka. Mereka wajib dihukum.

Cina akan amat marah tp mereka tak boleh lagi ancam dgn undi krn sememangnya undi mereka dah lari. Sempadan kawasan pilihanraya juga mesti diubah agar jumlah pengundi Cina jd sangat sedikit dan tak signifikan..perang psikologi terhadap org Cina mesti dimulai sekarang..