Tetamu Kehormat...

November 30, 2010

Tuan Guru Harussani Bersuara Lagi!

Tuan Guru Harussani
Bersuara Lagi!

1. Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria mahu para pemimpin politik bukan Islam tidak sewenang- wenangnya mempergunakan ayat suci al-Quran untuk kepentingan politik mereka. Tegas beliau, ahli politik bukan Islam tidak dibenarkan menggunakan ayat suci al- Quran dalam ceramah mereka.

2. “Perkara itu sama seperti menghina Islam dan umat Islam yang menjadi majoriti rakyat di negara ini. “Kita perlu ingat bahawa al- Quran merupakan kitab suci bagi umat Islam dan ayat suci al- Quran tidak boleh dipermainkan oleh sesiapapun,” katanya. Beliau mengulas tindakan ahli-ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) beragama Islam yang sanggup membenarkan seorang perwakilan bukan Islam menghina kesucian al-Quran apabila tafsir yang digunakan tunggang-langgang dan terkeluar daripada konteks sebenar.

3. Ia terjadi semasa Perwakilan Angkatan Muda Keadilan (AMK), K.Subramaniam membahaskan ucapan dasar Presiden pada hari terakhir Kongres Nasional Tahunan PKR Ketujuh di Petaling Jaya semalam apabila dia membaca tafsir daripada ayat 190 dan 191 surah Ali-Imran. Tindakan beberapa ahli pakatan pembangkang menghina kesucian al-Quran bukan perkara baru di negara ini. Tahun lepas, dalam satu ceramah politik Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan daripada PKR tanpa segan silu menggunakan ayat suci al-Quran bagi menarik perhatian penyokong parti itu.

4. Pada 4 April 2009 pula, Ahli Parlimen Taiping yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Pantai Remis daripada DAP, Nga Kor Ming turut melakukan perbuatan yang sama dalam ceramah pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang. Harussani mengingatkan, jika dibiarkan perkara itu berlarutan, ia boleh mencemarkan imej Islam. Dalam pada itu, tokoh serta golongan bijak pandai agama dalam parti pembangkang khususnya Pas disaran menasihati kepimpinan di kalangan pakatan itu agar belajar menghormati ayat-ayat suci al-Quran dan bukannya menjadikannya 'bahan mainan.'

5. Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Terengganu, Khazan Che Mat berkata, adalah tidak manis dan tidak wajar sekiranya golongan bukan Islam membaca ayat-ayat suci al-Quran apatah lagi maksud yang dibaca itu diterjemah secara membuta tuli dan lari daripada maksud sebenar. Justeru beliau mempersoalkan ke mana perginya para pemimpin agama dan tokoh ulama yang dicanang serta dijulang di kalangan kepimpinan parti pembangkang sehingga peristiwa malang berkenaan terus berlaku.

6. "Kalau tidak silap saya perkara seumpama ini sudah berlaku sebelum ini namun tidak ada teguran. Mungkin atas alasan itu, (golongan) bukan Islam sesuka hati membaca dan mentafsir ayat al-Quran. Perkara ini tidak sepatutnya berlaku.

7. "Saya percaya jika perkara yang sama dilakukan oleh kepimpinan Barisan Nasional (BN), berapi-rapi kutukan akan menyusul tetapi disebabkan yang menterjemah ayat-ayat suci al-Quran mengikut seleranya itu datang yang daripada kalangan mereka, terus sunyi sepi," katanya. Beliau berkata demikian seperti dipetik daripada laman UMNO-Online hari ini.

8. Dalam perbahasannya, Subramanian telah mentafsir ayat 190 dan 191 dari surah Ali-Imran yang tunggang langgang dan keluar daripada konteks sebenar. Khazan yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO Terengganu seterusnya berkata, kepimpinan agama parti-parti pembangkang selepas ini berkemungkinan akan mencari dalil dan hujah bagi menyokong tindakan berkenaan.

9. Justeru beliau percaya para pemimpin pembangkang akan menggunakan alasan seperti 'berdakwah' bagi menutup perkara berkenaan sedangkan hakikat yang sebenarnya adalah tidak betul dan tidak sepatutnya berlaku. "Saya percaya, akan ada pembelaan daripada tokoh agama mereka dalam soal ini. Bagaimanakah mereka yang tidak percaya dengan al-Quran boleh menterjemah ayat-ayat suci itu?

10. "Janganlah kerana kepentingan politik, perkara yang terang-terangan salah dan mencemarkan kesucian Islam di depan mata tidak dihiraukan. Renung-renungkanlah soal maruah Islam dan bukannya nawaitu (niat) politik semata-mata," katanya. Sumber : Malaysia-Instinct.

Isu Menara Warisan 100 Tingkat : Hujah Mahathir Lebih Relevan

Isu Menara Warisan 100 Tingkat
Hujah Mahathir Lebih Relevan

Saya meneliti kedua-dua hujah yang dikemukakan oleh Tun Mahathir dan Datuk Seri Najib berkenaan isu Menara Warisan 100 Tingkat - terbukti hujah Tun Mahathir lebih relevan dan menepati suasana. Antara isi hujah yang kuat diberikan olen Tun Mahathir ialah - menara 100 tingkat itu bakal mewujudkan masalah lebihan bekalan dalam sektor hartanah. Hal ini, menurut Tun Mahathir sudah pun berlaku di Dubai - bangunan-bangunan pencakar langit yang dibina di sana, pada saat ini hanya tinggal sebagai perhiasan dunia semata-mata, sedangkan pada hakikatnya dipenuhi dengan ruang kosong yang tidak berpenghuni. Sekiranya Dubai, sebuah negara yang tersohor dan kaya-raya itu pun terbukti gagal menguruskan bangunan-bangunan pencakar langitnya - apakah kita fikir Malaysia mampu melakukannnya dengan lebih baik?

Tun Mahathir mahu kita belajar daripada kegagalan kerajaan Dubai - bangunan pencakar langit bukanlah lambang kekukuhan ekonomi sesebuah negara - boleh jadi ia hanyalah simbol kemegahan dan legasi semata-mata. Hujah Tun Mahathir lebih berpijak di bumi nyata - Menara Berkembar Petronas sudah memadai untuk menjadi mercu tanda negara, bahkan terdapat banyak lagi ruang di menara tersebut yang masih belum sepenuhnya diisi dan digunakan. Yang kita bimbang - Menara Warisan 100 Tingkat yang bakal dibina itu, bakal dipenuhi dan diisi oleh bangsa lain untuk berniaga, manakala orang Melayu pula seolah-olah menjadi pelancong yang datang bersama-sama keluarga untuk bergambar dan menjamu selera, sambil melepak cuci mata! Aduh, malangnya bangsaku!

KUALA LUMPUR, 30 Nov — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengetepikan pandangan Tun Dr Mahathir Mohamad tentang Warisan Merdeka - menara 100 tingkat yang akan dibina di ibu negara, sambil menegaskan projek itu harus dinilai dari sudut jangka panjang. “Apa yang penting yang perlu diingat, ini adalah projek jangka panjang,” kata Najib selepas menyampaikan ucaptama pada Seminar Pelabur Menteri-menteri Kewangan Asean 2010 di sini hari ini. “Ia tidak harus dilihat (sebagai projek) satu atau dua tahun. Ia projek 10 tahun dan (menjangkaui tempoh) selepas itu,” kata beliau.

Sambil sekali lagi menekankan bahawa projek itu sebagai inisiatif Permodalan Nasional Bhd (PNB), Najib mengesahkan Warisan Merdeka akan menerima lampu hijau kerajaan selagi ia berdaya maju secara komersial dan membawa peluang-peluang bisnes. Semalam, Dr Mahathir memberi amaran Malaysia akan berhadapan dengan situasi bekalan hartanah berlebihan ekoran pembinaan Warisan Merdeka di ibu negara, yang akan mengatasi Menara Berkembar Petronas yang dibina ketika era kepimpinan bekas perdana menteri itu.

Sehubungan itu, Dr Mahathir berkata negara mesti belajar daripada krisis kredit dialami Dubai ekoran bekalan hartanah berlebihan. “Mereka boleh membina tetapi kemudian, bukannya sekarang,” kata Dr Mahathir. Idea membina menara itu juga mendapat bantahan dan dikritik banyak pihak.

Sebelum ini, Dr Mahathir ada memberitahu bahawa kerajaan seharusnya mendapatkan pandangan ramai sebelum meneruskan langkah membina menara paling tinggi itu, yang diumumkan oleh Najib ketika membentangkan Bajet 2011. Sayap pelaburan kerajaan PNB mempertahankan projek itu dengan berkata langkah itu tidak akan membabitkan dana pendeposit ataupun awam.

Najib berkata projek itu juga mesti menyumbang ke arah pembangunan ekonomi yang lebih besar dalam bidang tertentu dan menyediakan peluang perniagaan. “Projek itu mesti memenuhi keperluan itu dan jika syarat ini dipenuhi, ia boleh diteruskan. “Ia mesti menyediakan dorongan dan pemangkin untuk Kuala Lumpur yang lebih luas,” katanya. Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, terpulang kepada PNB untuk membuat perkiraan kewangan.

Mengenai persepsi bahawa Warisan Merdeka akan menenggelamkan Menara Berkembar Petronas setinggi 88 tingkat, yang diilhamkan oleh Dr Mahathir, Najib berkata: “Ia merupakan kenyataan yang semberono.” “Kita bercakap mengenai kesinambungan. “Apa yang sudah dilakukan oleh Tun Mahathir disanjung tinggi, namun kita perlu meneruskan kejayaan beliau dan bergerak dan memajukan Malaysia,” kata Najib lagi.

“Jik anda lihat latar langit Kuala Lumpur pada 2020, ia tidak boleh sama seperti hari ini. Pudong di Shanghai mempunyai banyak bangunan pencakar langit. Pastinya lebih banyak lagi. “Baik kita bayangkan Kuala Lumpur pada tahun 2020. Cuba lihat perspektif jangka panjang. Lebih-lebih lagi jika wawasan 2020 direalisasikan, ia merupakan wawasan yang diilhamkan sendiri oleh Tun Mahathir,” kata Najib.

PKR Akui Berdosa!

PKR Akui Berdosa!

SHAH ALAM: Parti Keadilan Rakyat (PKR) memohon maaf jika tindakan seorang perwakilannya yang bukan beragama Islam tersilap makna pada satu ayat Al Quran yang dibaca dalam perbahasannya di Kongres Nasional PKR pada Ahad lalu. Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata tindakan S. Kesavan itu menunjukkan semua pihak akan membuat rujukan kepada Al Quran tetapi kalau beliau tersilap makna ayat Al-Quran itu, PKR memohon maaf.

Pada kongres ke-7 itu selama tiga hari yang berakhir di Petaling Jaya semalam, Kesavan memetik makna Surah Ali Imran semasa membahaskan satu usul. "Dia hanya untuk menceritakan bagaimana Al Quran itu memberi kewajipan kepada manusia untuk menjalankan tugas dengan baik. Saya pun tak berapa pakar tentang ini tetapi dia mencuba tapi saya tak menghalang dia mencuba kalau dia silap kita akan betulkan, itu tanggungjawab saya...saya ta tahu itu kesilapan, " kata Abdul Khalid.

Beliau berkata demikian semasa diminta mengulas mengenai isu itu semasa sidang akhbar Persidangan Menteri Besar dan Ketua Menteri negeri-negeri di bawah pentadbiran kerajaan pembangkang di sini pada Isnin. Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang hadir pada sidang itu berkata orang bukan Islam dibolehkan untuk memetik ayat-ayat Quran. Bagaimanapun, beliau berkata berdasarkan pengalamannya berceramah bersama seorang pemimpin DAP dahulu, pemimpin itu merujuk kepada beliau ayat yang hendak digunakan terlebih dahulu sebelum berucap.

Sementara itu Abdul Khalid berkata pada persidangan sehari itu, para Menteri Besar dan Ketua Menteri tidak membincangkan perkara mengenai pilihan raya dan mengambil pendirian akan terus mentadbir sehingga mereka membuat keputusan untuk bertanding. Antara perkara yang dibincangkan ialah mengenai pentadbiran dan politik, komunikasi dan media masa, pertanian serta ekonomi, infrastruktur dan pelaburan, katanya.

Mengenai Selangor, Abdul Khalid berkata beliau yang berpengalaman menerajui industri petrokimia akan mengadakan perjumpaan dengan pengusaha industri plastik bagi mendengar pandangan mereka mengenai langkah kerajaan negeri mengurangkan penggunaan beg plastik bagi memelihara alam sekitar.

Selangor adalah antara negeri di bawah pentadbiran kerajaan pembangkang selain Pulau Pinang yang melancarkan kempen kurangkan penggunaan beg plastik di mana pada setiap Sabtu pusat membelibelah tidak menyediakan beg plastik dan pengguna yang memerlukannya dikehendaki membayar 20 sen bagi satu beg. Beg plastik yang mudah dilupuskan adalah satu pendekatan yang diguna pakai masa kini bagi menjaga alam sekitar. Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata beliau masih menunggu laporan daripada Persatuan Pengeluar Beg Plastik supaya memberikan laporan mengenai kesan kempen pengurangan penggunaan beg plastik.- BERNAMA

Namewee Bebas! Nazri Bakal Dihukum

Namewee Bebas!
Nazri Aziz Bakal Dihukum

Saya sudah malas untuk bercakap banyak dalam isu kebiadapan Namewee ini - sekali pun kita kritik, Nazri Aziz tetap akan buat pekak badak sahaja. Beliau bukan mahu mendengar kehendak dan hasrat rakyat, semua ikut kepala dia sahaja. Lagi pun, Nazri Aziz bukan peduli sangat dengan masalah yang dihadapi oleh orang Melayu sekarang. Kalau dengan Tun Mahathir pun beliau sanggup bersikap kurang ajar, jadi apalah sangat dengan suara blogger seperti kita ini. Bukan dia mahu dengar sangat pun.

Oleh yang demikian, maka pada hari ini saya berjanji kepada diri saya sendiri, akan menggunakan 100% kuasa undi yang saya ada. Sebagai pengundi di kawasan Parlimen Padang Rengas, saya beriltizam, Datuk Seri Nazri Aziz sama sekali tidak akan memperoleh undi daripada saya. Walaupun saya ahli UMNO, tetapi bagi mana-mana pemimpin UMNO yang langsung tidak menunjukkan semangat untuk mempertahankan negara daripada dicaci dan dihina oleh warganegaranya sendiri, seperti mana yang dilakukan oleh Namewee ini - maka pemimpin tersebut tiada tempat dalam jiwa dan hati saya. Maaf, Datuk Seri, saya tidak akan mengundi Datuk Seri lagi.

KUALA LUMPUR 29 Nov. - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz tetap mempertahankan kenyataannya bahawa Wee Meng Chee atau Namewee tidak melakukan kesalahan terhadap kerajaan dan melanggar undang-undang yang membolehkan dia diambil tindakan kerana mendakwa kenyataan itu dibuat setelah mendapat nasihat Pejabat Peguam Negara.

Menurutnya, reaksi kurang senang ditunjukkan sesetengah pihak terhadap kenyataan beliau itu berkemungkinan disebabkan mereka tidak memahami undang-undang atau dipengaruhi emosi sehingga meminta kerajaan tetap mengambil tindakan terhadap Namewee kerana mendakwa video itu mempunyai unsur hasutan. "Dalam perkara sebegini, kita tidak boleh beremosi dan perlu melihat setiap kesalahan itu secara spesifik tanpa mengaitkannya dengan kesalahan yang lain.

"Untuk kita kata dia mesti ada kesalahan lain sehingga boleh didakwa, itu sudah semacam kita ada masalah peribadi dengan dia. Sebagai pengamal undang-undang kita perlu profesional dan tidak mengambil sesuatu secara peribadi," katanya kepada Utusan Malaysia di pejabatnya di Parlimen di sini hari ini.

Kelmarin, beliau dalam satu kenyataan memberitahu, Namewee melalui klip video terbarunya mencerca dan menunjukkan isyarat lucah yang ditujukan kepada pengetua sebuah sekolah di Kulai, Johor dan ia merupakan kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM).

Disebabkan itu, mengikut akta tersebut katanya, hanya mangsa iaitu pengetua sekolah dalam kes ini yang boleh mengambil tindakan undang-undang ke atas Namewee. Sebagai mengulas kenyataan menteri itu, Majlis Perundingan Melayu (MPM) melalui Setiausaha Agungnya, Dr. Hassan Mad menzahirkan rasa terkejut kerana menganggap video itu mempunyai unsur-unsur hasutan yang membolehkan Namewee didakwa.

Mohamed Nazri menambah, meskipun terdapat kritikan ditujukan kepada Kementerian Pelajaran, namun ia tidak menjadi masalah kerana negara ini mengamalkan kebebasan bersuara. "Kalau dia kritik saya sebagai seorang menteri, tak kan saya hendak ambil tindakan? Tiada tindakan boleh diambil kecuali jika dia melanggar undang-undang negara.

"Kalau ada mana-mana pihak yang rasa cerdik, pergilah nasihatkan Peguam Negara di bawah akta manakah undang-undang boleh diambil ke atasnya. Pejabat Peguam Negara sudah tengok klip video itu dan berbincang tetapi tiada tindakan boleh diambil. Itu hakikatnya," ujarnya.

Mengenai klip video negarakuku yang lebih awal dihasilkan Namewee, beliau memberitahu masih belum menerima apa-apa makluman daripada Pejabat Peguam Negara. Namun beliau terlebih dahulu memberitahu bahawa tindakan tidak dapat diambil di bawah Akta Hasutan kerana apa dilakukan itu bukan hanya mendatangkan kemarahan kepada kaum Melayu sahaja malah rakyat Malaysia berbilang kaum.

"Kita tak boleh ambil tindakan di bawah akta hasutan kerana apa dilakukan itu sebenarnya mendatangkan perasaan marah bukan hanya pada sesuatu kaum tetapi pada semua kerana negara ini bukan hak orang Melayu.

"Kalau negara hanya hak orang Melayu dan dia hina negara, itu mungkin menghasut dan bersifat perkauman tetapi di sini ia tidak menjadi isu perkauman kerana negara ini hak rakyat Malaysia berbilang kaum," katanya. Ditanya mengapa mengambil masa terlalu lama masa diperlukan untuk mengambil tindakan terhadap klip video negarakuku, Nazri menegaskan: "Peguam Negara belum maklumkan apa-apa lagi. Saya tunggu nasihatnya.

"Saya pun tidak tahu mungkin ada akta menghina lambang-lambang Malaysia yang membolehkan tindakan diambil tetapi di bawah Akta Hasutan, ia jelas tidak kerana Negaraku bukan hak orang Melayu sahaja. "Sebagai menteri yang menjaga undang-undang, saya tidak kira siapa. Melayu, Cina, India, Iban atau Kadazan, saya tetap akan ambil tindakan jika dia bersalah. Undang-undang tetap perlu ditegakkan," tegasnya.

Bersediakah Ahli PKR dan PAS Minum Air Basuh Kaki Anwar Ibrahim?

Bersediakah Ahli PAS dan PKR
Minum Air Basuh Kaki
Anwar Ibrahim?

Sebenarnya sudah semakin ramai yang muak dan menyampah dengan drama lakonan Wan Azizah dan Anwar Ibrahim - puji-memuji sesama sendiri. Lama-kelamanan tidak mustahil ahli-ahli PKR akan mengagung-agungkan Anwar Ibrahim sebagai "Abuya" atau pun "Mullah" kalau tinggi sikit jadi "Ayatollah". Nasihat saya hentikanlah perbuatan mendewa-dewakan Anwar Ibrahim, rakyat tidak lagi mudah ditipu dengan retorik pemujaan. Kita tidak mahu ahli-ahli PKR diperbodohkan, sehingga satu hari nanti tidak mustahil mereka sanggup meminum air basuh kaki Anwar Ibrahim pula - cukuplah dengan apa-apa kerosakan yang telah dilakukan oleh Ayah Pin terhadap masyarakat di Malaysia. Jangan terlalu memuji - akhirnya jatuh benci!

KUALA LUMPUR 29 Nov. - Pihak yang menggelar dan mempertahankan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai 'anugerah Tuhan' layak digelar orang kurang siuman. Bekas Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Muhammad Zahid Md. Arip berkata, orang Melayu yang waras tidak akan sesekali menggadaikan maruah bangsa daripada dikorbankan semata-mata untuk meraih kepentingan politik.

Menurutnya, kenyataan yang diucapkan Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail seperti sudah kehabisan modal hingga perlu memuji suami sendiri di depan khalayak ramai. "Wan Azizah ini seperti pemimpin boneka yang tidak tahu apa yang dia cakap sehingga perlu memuji suami untuk mengembalikan keyakinan ahli PKR," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Muhammad Zahid mengulas kenyataan Dr. Wan Azizah ketika menyampaikan ucapan dasar bagi merasmikan Kongres Nasional Tahunan PKR Ketujuh yang menyifatkan Anwar sebagai 'anugerah Tuhan' bagi memimpin rakyat negara ini. Menurut Dr. Wan Azizah, suaminya ialah seorang insan hebat yang bersifat amanah, tegas serta berani dan kewibawaannya terserlah sejak zaman remaja lagi.

Tambah Muhammad Zahid lagi, Anwar memang mengharapkan perwakilan memuji beliau untuk menunjukkan di mata ahli PKR bahawa beliau masih mempunyai sokongan teguh daripada akar umbi. "Walaupun Wan Azizah tahu perangai buruk suaminya, dia tetap mahu menyokong kerana takut imej suaminya akan terus jatuh," ujarnya.

Sementara itu, bekas pemimpin PKR, Ruslan Kassim berkata, kenyataan Presiden PKR itu ibarat pihak yang terdesak kerana menyedari ramai ahlinya telah bertindak keluar parti. "Ucapan Wan Azizah seperti cuba menegakkan benang yang basah kerana orang sudah tahu perkara sebenar dan tidak akan terus terpedaya lagi," jelasnya. Menurutnya, PKR sedang menghadapi nilai krisis yang teruk dan Pilihan Raya Umum ke-13 nanti bakal menamatkan riwayat parti itu.

"Parti itu sekarang menghadapi masalah kepimpinan serta krisis keyakinan daripada ahli parti dan boleh dikatakan riwayat PKR sudah seperti nyawa-nyawa ikan," katanya. Yang Dipertua Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah pula menyelar kenyataan Dr. Wan Azizah itu kerana berpandangan ia merupakan satu tindakan jahat ahli politik berkenaan yang bertujuan memecahbelah perpaduan dan semangat setiakawan seperti amalan pemimpin terdahulu.

"Kenyataan Datin Seri Dr. Wan Azizah menentang ketuanan Melayu secara terang-terangnya merupakan satu penghinaan yang besar terhadap raja-raja Melayu dan orang Melayu. "JMM mengingatkan beliau supaya tidak menjadi seperti kacang lupakan kulit kerana beliau juga pernah merasai nikmat hasil daripada ketuanan Melayu dengan diberikan peluang untuk melanjutkan pelajaran melalui kemudahan yang diterima," tegasnya.

Justeru katanya, JMM menyifatkan kenyataan Dr. Wan Azizah seiringan dengan tindakan Anwar yang sengaja menjalankan agenda provokasi isu-isu sensitif dengan menyentuh hal berkenaan kaum untuk memecahbelahkan perpaduan serta keharmonian negara.

November 29, 2010

Isu Tafsir al-Quran K.Subramaniam : Bersediakah PAS Pikul Dosa?

Isu Tafsir al-Quran K.Subramaniam
Bersediakah PAS Pikul Dosa?

Soalan saya mudah - bersediakah kita semua, sebagai umat Islam di Malaysia menerima bala daripada Allah akibat daripada dosa yang dilakukan oleh para pemimpin PAS dan PKR dalam menjual ayat Allah demi kepentingan dunia yang sementara ini? Jika jawapan kita YA, maka telitilah berita di bawah.

Di mana ulama-ulama PAS ketika perwakilan PKR secara terang-terangan menghina kesucian ayat-ayat Allah? Saya mengurut dada membaca laporan berita tersebut - tergamak pemimpin-pemimpin muda PKR "menghalalkan" tafsiran K.Subramaniam berhubung ayat 190 dan 191 surah Ali Imran yang jelas terpesong daripada kebenaran dan menghina ayat-ayat Allah ini? K. Subramaniam dengan jahilnya menggabungkan separuh ayat pertama yang betul bersama-sama dengan "pandangan dan buah fikirannya" sendiri, tanpa membezakan yang mana satu ayat Allah dan yang mana pula ayat K.Subramaniam. Inilah yang sebenarnya kita marah dan benci - apabila orang bukan Islam boleh sewenang-wenangnya memetik ayat suci al-Quran untuk tujuan politik dan meraih undi!

Nampaknya, para pemimpin muda PKR sangat cetek dan jahil dalam hal ehwal agama, sehingga mereka tidak dapat mengesyaki sedikit jua pun "kecacatan" tafsiran dan terjemahan yang dibaca oleh Subramaniam. Jika kita biasa membaca al-Quran dan tafsirnya - kita akan mudah menghidu dan merasai "keganjilan" terjemahan atau tafsiran yang sedang dibacakan oleh Subramaniam itu - struktur ayat serta gaya bahasa yang dibacakan oleh beliau sangat jauh daripada kebiasaan tafsiran dan terjemahan yang kita baca saban waktu.

Sekali pun kita jahil bahasa Arab - tetapi, sekiranya kita rajin membaca al-Quran dan terjemahannya - kita bisa sahaja mengetahui dengan mudah sama ada sesuatu terjemahan ayat al-Quran itu betul atau pun sebaliknya! Soalnya sekarang siapa yang sanggup menanggung dosa terhadap penghinaan yang dilakukan oleh Subramaniam ke atas agama Allah ini? Nik Aziz? Anwar Ibrahim? Atau Shamsul Iskandar?

Jika budaya ini berterusan - PKR dan DAP terus menerus menghina Islam, jangan kita tangisi, lambat-laut, Malaysia pasti ditimpa bala. Sebabnya, adalah berpunca daripada sikap ulama-ulama PAS sendiri, yang berdiam seribu bahasa tatkala agama Islam dipijak-pijak dan dihina oleh para pemimpin PKR dan DAP atas nama demokrasi dan kebebasan bersuara! Takbir!

PETALING JAYA 28 Nov. - Ahli-ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) beragama Islam sanggup membenarkan seorang perwakilan bukan Islam menghina kesucian al-Quran apabila tafsir yang digunakan tunggang-langgang dan terkeluar daripada konteks sebenar. Perwakilan Angkatan Muda Keadilan (AMK), K. Subramaniam ketika membahaskan ucapan dasar presiden pada hari terakhir Kongres Nasional Tahunan PKR Ketujuh hari ini membaca tafsir daripada ayat 190 dan 191 surah Ali-Imran.

Tafsiran yang dibaca oleh Subramaniam berbunyi:

"Firman Allah dalam kitab al-Quran surah Ali-Imran yang berbunyi begini, sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya siang dan malam, maka terdapatlah tanda-tanda manusia berakal agar kita sentiasa berfikir, agar minda diasuh dan terbentuk dengan baik lalu seterusnya melakarkan budaya sihat supaya tidak songsang dan tidak menyeleweng dari norma-norma kehidupan manusia yang beradab lagi bertamadun."

Sebaliknya, tafsir sebenar daripada ayat 190 dan 191 surah Ali-Imran berbunyi seperti berikut:

"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang yang berakal, (iaitu) orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang ciptaan langit dan bumi (seraya berkata) Ya Tuhan kami, tiada Engkau ciptakan ini dengan sia-sia. Maha suci Engkau, peliharalah kami dari seksa neraka."

Lebih menyedihkan, apabila selesai membaca tafsir ayat tersebut, Subramaniam bertanya kepada semua perwakilan sama ada tafsiran yang dibacanya itu betul atau tidak, lalu semua perwakilan menjawab betul.

Kejadian itu bukan sahaja memalukan kerana tiada seorang pun perwakilan Islam PKR yang menegur salah tafsir tersebut, malah jelas menunjukkan hak kesaksamaan yang dicanang parti itu adakalanya melampaui batas. Ini kerana, di pentas perbahasan kesucian ayat suci al-Quran bukan dipertahankan sebaliknya dibenarkan dimanipulasi oleh perwakilan bukan Islam.

Anwar Ibrahim Tanpa Topeng

Anwar Ibrahim
Tanpa Topeng

Oleh Fareed Dawood

1. Ucapan Anwar pada hari terakhir Kongres PKR ada menyebut “Tuankah pencuci longkang? Pencuci longkang sengaja diseronokkan oleh UMNO kerana dikatakan Tuan melalui Ketuanan Melayu”. Anwar berkata demikian bagi menguatkan hujah bahawa Melayu masih lagi lagi ketinggalan dan masih mewakili majoriti rakyat miskin walaupun setelah 53 tahun UMNO memerintah.

2. Anwar juga menghentam DEB yang dikatakan hanya mengkayakan segelintir Melayu sahaja. Dia bagaimanapun lupa bahawa segelintir Melayu yang dimaksudkan sebahagian besarnya adalah termasuk kuncu-kuncu, kroni-kroni, saudara mara serta ‘pasangan homoseksualnya’.

3. Jika DEB lemah, Anwar adalah antara punca awal kelemahannya kerana mengamalkan kronisme dan nepotisme secara besar-besaran di kala berada di dalam UMNO. Jika ketuanan Melayu itu tidak membawa makna maka Anwar adalah antara penyumbang kepada kelemahan Melayu itu sendiri dengan menggalakkan bangsa ini berpecah.

4. Mengikut ‘strategi’ Anwar, satu-satunya cara untuk memperkasakan bangsa Melayu ialah dengan meninggalkan konsep Ketuanan Melayu dan menerima Ketuanan Rakyat. Selain itu, bangsa Melayu juga harus menerima seorang rasis tegar yang membenci Melayu dengan sepenuh hati iaitu Lim Kit Siang sebagai Timbalan Perdana Menteri jika PR memerintah nanti.

5. Dengan ‘strategi’ ini, Anwar pastinya berniat untuk membuka lebih ruang kepada bangsa lain menerajui beberapa portfolio penting kabinet andainya dia menjadi Perdana Menteri. Ucapan Anwar ini nampaknya ditujukan khas kepada DAP agar terus memberi sokongan kepadanya serta kepada semua bukan Melayu yang nampaknya lebih menggemari Zaid Ibrahim dari dirinya.

6. Soalnya di sini, sedarkah Anwar bahawa bangsa Cina tidak akan sampai mati pun melayan bangsa lain sebagai sama rata dengan mereka? Sedarkah Anwar bahawa bangsa Cina tidak pernah memberi peluang kepada bangsa Melayu untuk memegang jawatan penting di syarikat mereka melainkan sekadar untuk memenuhi kuota atau terpaksa apabila jawatan tersebut memerlukan Melayu sebagai simbol untuk mendapat kontrak kerajaan atau sekadar untuk berurusan dengan kerajaan?

7. Sedarkah Anwar bahawa bangsa Cina tidak akan sekali-kali membuka peluang kepada bangsa Melayu untuk bersaing sama rata dalam perniagaan yang dimonopoli mereka? Sedarkah Anwar bahawa bangsa Cina tidak mungkin akan membenarkan peniaga Melayu bersaing tanpa ancaman dari mereka di dalam premis perniagaan milik mereka? Bayangkan jika bangsa Cina yang memerintah dan berkuasa ke atas segala sesuatu yang melibatkan kebajikan rakyat. Apakah mereka akan bersikap sama rata dalam mengagihkan kekayaan negara? Kontrak kerajaan? Dan bantuan?

8. Apakah mereka akan bersikap adil kepada bangsa Melayu sepertimana UMNO yang tetap memberi peluang luas kepada bangsa mereka untuk meraih sehingga 80% kekayaan negara? Benarkah Anwar percaya bangsa Cina akan membenarkan peningkatan ekonomi Melayu itu menjadi kenyataan jika mereka diberi lebih kuasa di dalam kerajaan melalui kemenangan Pakatan Rakyat? Percayakah Anwar yang mereka tidak akan mengsabotaj, memanipulasi atau menolak mentah-mentah secara terbuka sebarang saranan untuk meningkatkan ekonomi Melayu?

9. Apa yang terjadi di Pulau Pinang kini dan Perak dalam masa beberapa bulan Pakatan Rakyat memerintah sebelum ini menjadi bukti kata-kata penulis di atas. Bangsa Cina tidak mampu berlaku adil kepada bangsa lain kerana itu bukan sikap semulajadi mereka. Bangsa Cina akan selamanya dan sedaya upaya akan menindas bangsa lain selagi berpeluang berbuat demikian.

10. Tidak seperti bangsa Cina di Indonesia atau Thailand, bangsa Cina di negara ini tidak pernah menganggap diri mereka sebagai rakyat Malaysia walaupun mereka bertegas yang mereka adalah warganegara yang setia. Jika bangsa Cina Thailand dan Indonesia menganggap bahasa dan budaya Indonesia dan Thailand sebagai budaya mereka, bangsa Cina Malaysia pula selama-lamanya mengaitkan diri mereka, sejarah mereka, bahasa dan budaya mereka dengan negara Cina, bukan Malaysia.

11. Bangsa Cina Indonesia bangga mengakui dan mempelajari tarian Jawa sebagai tarian kebudayaannya, tetapi bangsa Cina Malaysia hanya merujuk kepada tarian naga sebagai tarian budayanya. Jika Anwar tersilap langkah dalam perhitungan politik yang mengaitkan bangsa, Anwar akan menggadaikan bukan sahaja masa depan bangsa Melayu tetapi juga kestabilan negara.

12. Melayu pencuci longkang mungkin bukan tuan kepada sesiapa, tetapi dia adalah tuan kepada dirinya asalkan dia berjiwa merdeka dan berjati diri. Melayu yang menjadi Penasihat mahupun Presiden Parti belum tentu lagi menjadi tuan seandainya berjiwa hamba dan mudah diperkuda.

13. Pencuci longkang bukan hina jika dia benar-benar ikhlas dan bersungguh-sungguh menjalankan kerjanya. Tetapi Penasihat dan Presiden Parti boleh menjadi manusia paling hina jika gemar memfitnah, mengkhianati bangsa dan negara, menyalahguna kuasa dan meliwat sehingga negara menjadi huru hara, politik menjadi kotor dan negara diancam kemusnahan.

14. Justeru, adalah lebih mulia menjadi pencuci longkang yang rajin, cekap lagi berhati mulia dari menjadi Penasihat parti paling keji yang berusaha menghancurkan maruah bangsa dan negara sendiri. Bangsa Melayu harus terus ditiupkan semangat yang mereka mampu menjadi tuan bukan menerapkan dalam diri mereka perasaan hina dan rendah diri.

15. Contohnya, jika kita ingin anak kita berjaya, bila dia mendapat nombor corot, kita beritahu dia yang dia ada potensi, dia bijak dan dia mampu suapaya dia punya keyakinan diri. Kita tidak boleh merendahkan anak kita dengan terus mengingatkan bahawa tempatnya kini adalah di nombor corot atau di belakang sekali dan tidak ada apa yang boleh dibanggakan mengenai dirinya.

16. Sedangkan seorang pekerja bawahan juga kadangkala lebih bijak dari ketuanya jika dia seorang yang rajin membaca, mencari ilmu dan berfikir. Seseorang itu secara automatik menjadi Tuan apabila berkeyakinan diri dan sedar akan keadaan sekeliling serta tidak terbuai-buai oleh angan-angan kosong. Tuan atau tidaknya kita di negara ini bukan terletak kepada jawatan dan kedudukan kewangan, tetapi jiwa dan kesedaran.

17. Bangsa yang sedar akan sentiasa berusaha untuk memajukan diri dengan cara yang betul bukan dengan cara kotor seperti rasuah dan salah guna kuasa. Kelemahan bangsa kita hari ini ialah kerana terlalu ramai pemimpin yang bergurukan Anwar sama ada secara langsung atau tidak langsung iaitu mengamalkan korupsi, nepostime dan kronisme di samping hipokrit dan jahil.

18. Jika kita menerima kata-kata Anwar tersebut, satu hari kita akan mendapati kita bukan lagi pencuci longkang, tetapi pencuci najis bangsa Cina.

Muhyiddin Balun Anwar

Muhyiddin Balun Anwar

Hakikatnya, kita masih jahil dalam membezakan antara anugerah dengan takdir. Anwar Ibrahim bukanlah anugerah Allah kepada rakyat Malaysia - sebaliknya batang tubuh beliau merupakan bencana dan fitnah kepada negara ini. Anugerah dalam erti kata sebenar adalah merujuk kepada sesuatu yang baik dan boleh dicontohi - soalnya apakah perilaku dan akhlak Anwar Ibrahim boleh dijadikan contoh dan suri teladan kepada generasi muda? Ini bukan anugerah, tetapi sampah! Anwar merupakan sampah kepada masyarakat.

Sejak beliau memuji tulisan Salman Rusdie di dalam novel "Ayat-ayat Syaitan" sebagai sebuah karya yang melambangkan kebebasan menulis - secara terbuka dalam sebuah majlis di Indonesia beberapa bulan yang lalu - saya secara peribadi semakin hari semakin benci dengan perilakunya. Sikap dan ideologi Anwar yang kabur berkenaan Islam, Kapitalisme dan Liberalisme - membuatkan saya lebih yakin, sesungguhnya beliau merupakan bencana dan fitnah al-kubra kepada umat kita pada hari ini.

Tiada seorang pun tokoh di dunia yang memiliki pemikiran "sehebat" Anwar yang mampu berubah-berubah prinsip perjuangan mengikut keadaan dan kepentingan peribadinya. Prinsip Islamnya tidak jelas dan ideologi perjuangan bangsanya pun masih diragui oleh ramai pihak. Anwar boleh menghalalkan apa-apa sahaja, asalkan perkara tersebut menguntungkan politik sempitnya. Manusia seperti ini bukanlah anugerah - tetapi sampah!

KUALA LUMPUR 28 Nov. - Pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sanggup mengeluarkan kenyataan untuk menghapuskan konsep ketuanan Melayu bagi meraih sokongan masyarakat terhadap parti itu yang kini boleh diibaratkan seperti 'kapal yang hampir tenggelam'.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sikap pemimpin PKR jelas membuktikan mereka tidak menghormati Fasal 153 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak orang Melayu dan bumiputera serta hak kaum lain. ''Kita lihat sekarang sudah ramai yang meninggalkan parti itu, banyak cabang dan ranting ditutup malah proses pemilihan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) menggambarkan betapa simpang siur dan cacamarba parti itu.

''Dalam situasi di mana kapal hampir tenggelam, mereka akan buat apa saja kenyataan untuk menarik sokongan yang berbaki, kalau pun ada," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2010 bertema 'Inovasi Pertanian Pemangkin Pembangunan' di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) di sini hari ini.

Muhyiddin mengulas kenyataan Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dalam ucapan dasar pada Kongres Nasional Tahunan Ketujuh parti itu semalam yang mahu konsep ketuanan Melayu dihapuskan supaya anak-anak membesar dengan visi 'bangsa bermaruah' atau 'Melayu bermaruah'. Ditanya kenyataan Wan Azizah dalam ucapan sama yang menyifatkan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai anugerah Tuhan bagi memimpin rakyat negara ini, Muhyiddin berkata: ''Masya-Allah, anugerah Tuhan maksudnya manusia yang istimewa dan menjadi contoh serta teladan.

''Saya nak tanya Wan Azizah, mahukah dia rakyat Malaysia termasuk generasi muda mencontohi teladan, perwatakan dan amalan dalam PKR pimpinan Anwar yang nampaknya cakap tidak serupa bikin." Beliau berkata, dalam soal kepemimpinan dan politik, umum sudah tahu tentang sifat, perlakuan dan amalan Anwar yang sebenarnya. ''Saya tidak perlu sebut semua ini kerana masyarakat sudah tahu kes yang berlegar di sekitar Anwar. Saya tidak mahu mendahului mahkamah. Jadi, apakah ini anugerah Tuhan, bagi saya ia adalah takdir," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan katanya, Wan Azizah harus bersifat lebih realistik dalam memberikan pujian dan tidak harus melakukannya semata-mata kerana Anwar ialah suami yang disayanginya. ''Ucapannya ketika kongres berkenaan seharusnya melibatkan isu yang lebih daripada soal rumah tangga dan peribadi iaitu memberikan tumpuan kepada soal kepimpinan dan politik," katanya.

Ahli PAS dan PKR Digesa Memilih Antara Allah Dengan Anwar Ibrahim

Ahli PAS dan PKR Digesa Memilih
Allah atau Anwar Ibrahim?

Saya sangat bersetuju dengan Senator Ezam Mohd Nor yang menyeru orang ramai agar membuat pertimbangan waras sama ada mahu memilih Allah atau pun Anwar Ibrahim. Ketegasan Ezam dalam hal ini membuktikan bahawa beliau benar-benar mengetahui kisah sebenar Penasihat PKR itu. Ezam bukanlah orang asing dengan Anwar - bahkan sehingga sekarang Anwar tidak berani menyaman Ezam atau pun membalas segala tuduhan Ezam terhadapnya di pentas politik. Terbuktilah segala pendedahan Ezam terhadap salah laku Anwar Ibrahim selama ini adalah benar! Justeru itu, seluruh ahli PKR dan PAS diseru memilih antara Allah atau Anwar Ibrahim - atau mereka bersedia menerima azab Allah atas sokongan yang telah mereka berikan. Wallahualam.

KUALA LUMPUR 28 Nov. - Bekas individu kepercayaan Anwar, Senator Mohamad Ezam Mohd. Nor menyangkal anggapan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail bahawa suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah anugerah tuhan.

Malah beliau turut meminta Dr. Wan Azizah untuk menilai sama ada Anwar adalah anugerah atau ujian kepadanya serta ahli PKR untuk memilih Allah atau pemimpin yang melampaui batas. Jelas Ezam, memang tidak dinafikan Anwar bukan calang-calang individu kerana mampu memukau orang ramai dengan pidato yang memikat termasuk menggunakan ayat al-Quran dan hadis menyebabkan sukar bagi kebanyakan orang meninggalkannya.

"Tetapi dalam masa yang sama, beliau melakukan perbuatan yang melampaui batas seorang manusia beriman. "Tun Dr. Mahathir Mohamad ambil masa lama sebelum bertegas pecat beliau. Saya juga sesudah beberapa lama baru melepasi ujian Allah dan akhirnya saya bersyukur dapat memilih Allah berbanding bos sendiri," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam Dr. Wan Azizah ketika menyampaikan ucapan dasar bagi merasmikan Kongres Nasional Tahunan PKR Ketujuh menyifatkan Anwar sebagai 'anugerah Tuhan' bagi memimpin rakyat negara ini. Menurut Dr. Wan Azizah, suaminya yang merupakan Penasihat PKR ialah seorang insan hebat yang bersifat amanah, tegas serta berani dan kewibawaannya terserlah sejak zaman remaja lagi. Ezam menambah, rakyat negara ini juga seharusnya bersyukur kerana Allah memberi petunjuk dan kekuatan kepada Dr. Mahathir bagi memecat Anwar.

"Bayangkan jika Mahathir gagal dalam ujiannya antara memilih Allah dan anak didik kesayangannya (Anwar), tentunya umat ini akan hancur," tegasnya. Dalam pada itu, beliau turut meminta rakyat Malaysia agar mendoakan Allah memberi petunjuk kepada Dr. Wan Azizah bagi membuat pilihan yang betul. "Kita faham kesukaran beliau dalam membuat pilihan yang betul. Kita doakan Allah beri kekuatan kepadanya satu hari nanti," ujarnya.

Bekas rakan baik Anwar, Datuk S. Nallakarupan pula meminta Dr. Wan Azizah tidak terus menipu diri sendiri. Katanya, perbuatan Wan Azizah itu tidak lebih daripada perbuatan bodoh kerana membohongi diri sendiri seolah-olah tidak mengetahui siapa Anwar sebenarnya. "Beliau berpendidikan tinggi dan sepatutnya tahu menilai siapa Anwar sebenarnya. Saya anggap semua ini tidak lebih daripada lakonan demi lakonan dilakukan Wan Azizah berdasarkan skrip tulisan Anwar.

"Semua ini dilakukan Wan Azizah demi menutup tembelang Anwar. Ramai orang PKR tahu yang mereka perang besar sewaktu Anwar ditangkap dahulu, tetapi kini segalanya dilakukan Wan Azizah demi kelangsungan politik suaminya," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Salah seorang pengasas PKR, Ng Lum Yong turut mempersoalkan keikhlasan Dr. Wan Azizah dalam melafazkan perkara berkenaan di hadapan ahli-ahli parti.

"Beliau sendiri mengakui ucapan itu disediakan oleh Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama PKR, Dr. Muhammad Nur Manuty. Apakah beliau benar-benar mahu membawa maksud yang sama? "Beliau mesti beri penjelasan. Mengapa gunakan nama tuhan? Beliau tidak sepatutnya menggunakan nama tuhan hanya untuk menarik sokongan," ujarnya.

Akhirnya Namewee Bebas!

Akhirnya Namewee Bebas!

Nampaknya Namewee semakin besar kepala selepas ini. Kerajaan Malaysia sudah membuat keputusan tidak akan mengheret budak hingusan itu ke muka pengadilan. Yang menjadi mangsa tetap orang Melayu. Tahniah Nazri Aziz. Mungkin selepas ini saya tidak akan mengundi beliau lagi sebagai ahli Parlimen Padang Rengas. Mohon maaf, saya tidak dapat terima laporan dan berita di bawah ini. Datuk Seri bakal hilang satu undi daripada saya.

KUALA LUMPUR 28 Nov. - Majlis Perundingan Melayu (MPM) menyifatkan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz bahawa kerajaan tidak akan mengambil tindakan ke atas Wee Meng Chee atau Namewee sebagai sesuatu yang 'mengejutkan'.

Setiausaha Agungnya, Dr. Hassan Mad berkata, jika benar itu keputusan kerajaan, ia boleh membangkitkan kemarahan orang Melayu memandangkan ia dibuat hanya berdasarkan kepada penghasilan klip video yang ditujukan kepada pengetua sekolah di Kulai, Johor.

"Soalnya kenapa bercakap tentang klip video itu sahaja? Bagaimana dengan klip video sebelum ini terutamanya Negarakuku yang terang- terangan menghina dan mencabar kedaulatan negara? "Adakah hanya kerana dia sudah membuat permohonan maaf, maka tiada tindakan boleh diambil ke atasnya? Semua ini menunjukkan kerajaan tidak konsisten dalam mengambil tindakan berkaitan kes sebegini," katanya. Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia selepas menghadiri Mesyuarat Ketujuh Jawatankuasa Pemandu MPM di sini hari ini.

Turut hadir Presiden Persatuan Kebangsaan Pekebun-Pekebun Kecil Malaysia, Datuk Aliasak Ambia; Yang Dipertua Pertubuhan Kesejahteraan Ummah, Senator Datuk Akbar Ali dan Presiden Majlis usahawan Malaysia, Datuk Suhaimi Yacob. Klip video yang dihasilkan pemuda itu bukan sahaja menghina dan menujukan isyarat lucah kepada pengetua berkenaan malah juga kepada Kementerian Pelajaran yang disifatkan sebagai kurang ajar.

Hassan turut menzahirkan rasa hairan dengan kenyataan Mohamed Nazri itu kerana ia menunjukkan seolah-olah klip video itu tidak mengandungi unsur-unsur hasutan. "Memang hanya pengetua berkenaan berhak mengambil tindakan kerana cercaan itu ditujukan kepadanya, tetapi jika terdapat unsur-unsur hasutan, kerajaan seharusnya mengambil tindakan," tegasnya. Menurutnya, MPM akan berbincang dengan panel perundangannya berhubung tindakan yang boleh diambil berhubung isu itu dan tidak menolak kemungkinan akan menasihatkan pengetua terbabit mengambil tindakan undang-undang terhadap pemuda itu.

Sementara itu, katanya, MPM akan meminta bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya untuk memberi maklumat berhubung isu pengambilan tanah orang Melayu oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang. "Kita mahu memahami secara menyeluruh mengenai pendirian Kerajaan Persekutuan, pandangan orang Melayu serta tahap keseriusan isu berkenaan sebelum membuat ketetapan dan mengambil tindakan," katanya.

"Anugerah Tuhan" Janji Lim Kit Siang TPM Malaysia

"Anugerah Tuhan"
Berjanji Lim Kit Siang
Timbalan Perdana Menteri Malaysia

Rupa-rupanya tidak seorang pun dalam kalangan pemimpin utama PAS dikira layak untuk menduduki kerusi Timbalan Perdana Menteri Malaysia (baca di sini). Anwar sudah pun membayangkan kerusi empuk tersebut bakal diisi oleh Penasihat DAP, Lim Kit Siang. Soal saya mudah - apakah rakyat Malaysia, khususnya orang Melayu sudah bersedia ber"Timbalan Perdana Menterikan" dengan Lim Kit Siang? Saya percaya kenyataan Anwar tersebut hanya mahu menarik sokongan pengundi Cina yang semakin hari semakin hilang kepercayaan terhadap parti itu.

Meletakkan Lim Kit Siang sebagai Timbalan Perdana Menteri hanya mengundang kebencian yang membuak-buak dalam kalangan orang Melayu - baik orang UMNO, mahupun orang PAS - saya yakin semua orang Melayu tidak akan menyokong Lim Kit Siang sebagai TPM. Janji yang sukar ditunaikan oleh Anwar Ibrahim ini - bakal ditentang hebat oleh PAS, yang melihat Lim Kit Siang sebagai manusia yang menghalang cita-cita mereka untuk menegakkan hukum Hudud dan negara Islam. Dalam hal ini, yang menjadi "barua" dan "balaci" Anwar ialah PAS dan para pemimpinnya. PAS pasti terkejut dengan janji terbaru Penasihat PKR itu, yang dilihat membelakangi dan tidak mendapat persetujuan sebulat suara daripada komponen Pakatan Rakyat.

Anwar tidak sahaja membelakangkan PAS - bahkan menjadikan PAS seperti orang dungu dan bodoh - walaupun PAS memiliki kekuatan sendiri, tetapi malang mereka lebih mempercayai Anwar Ibrahim daripada diri mereka sendiri. Nah! Sekarang yang putih mata sudah tentu PAS. Sudahlah perjuangan menegakkan hukum Hudud dan negara Islam hancur musnah, kini jawatan-jawatan penting Kabinet pun terlepas tangan - nampaknya Anwar lebih mempercayai DAP daripada PAS. Inilah "Anugerah Tuhan" yang didewa-dewakan sangat oleh Nik Aziz dan PAS. Takbir!!

November 28, 2010

Apabila Nik Aziz Mendewakan Anwar : Menanti Kemurkaan Tuhan?

Apabila Nik Aziz Mendewakan Anwar
Menanti Kemurkaan Tuhan?

1. Setelah Wan Azizah memuji dan mendewa-dewakan suaminya sendiri sebagai seorang pemimpin "Anugerah Tuhan" kepada Malaysia - kini tibalah giliran Nik Aziz pula, yang turut menyokong kenyataan Wan Azizah tersebut, tanpa rasa sedikit pun berdosa kepada Allah. Soalnya mudah - bagaimana Wan Azizah dan Nik Aziz mengetahu bahawanya Anwar Ibrahim itu merupakan "Anugerah Tuhan" untuk Malaysia? Apakah mereka menerima wahyu atau ilham atau bertemu Nabi Muhammad secara jaga sehingga tergamak menggunakan nama Tuhan bagi mendewa-dewakan Anwar Ibrahim?

2. Seseorang yang menjadi "Anugerah Tuhan" tidak akan tergamak berbohong dan menipu rakyat kononnya pada 16 September 2008 kerajaan BN akan tumbang. "Anugerah Tuhan" tidak akan menyeleweng dalam pemilihan pucuk pimpinan PKR, "Anugerah Tuhan" tidak akan memburuk-burukan negara sendiri di luar negara. "Anugerah Tuhan" juga tidak akan mengkhianati janji kepada kaum India. Malangnya - "Anugerah Tuhan" yang didewa-dewakan oleh Nik Aziz dan Wan Azizah ini - merupakan manusia yang sudah berlumuran dengan pelbagai kekotoran - nepotisme, rasuah, skandal seks, penyalahgunaan kuasa, menipu, memfitnah dan pelbagai lagi kekejian yang tidak selayaknya dilabelkan sebagai "Anugerah Tuhan".

3. Sudah terlalu ramai di Malaysia ini individu yang didewa-dewakan sebagai "Anugerah Tuhan" - antaranya Ashaari Muhammad yang didewa-dewakan oleh para pengikutnya sebagai Imam Mahdi al-Muntazar, dan ditakdirkan bakal memimpin Malaysia untuk membentuk daulah Islamiyyah, seperti mana yang diyakini oleh para pendukung al-Arqam dalam istilah yang mereka gelar sebagai "Jadual Allah". Nah! Sekarang Ashaari sudah mati, tetapi masih terdapat pengikutnya yang percaya kononnya Ashaari telah dighaibkan oleh Allah dan akan muncul semula pada suatu hari yang ditentukan.

4. Pendewaan Anwar Ibrahim sudah pun bermula - kerana dengan cara itu sahajalah segala dosa, kesilapan dan keburukan beliau mampu ditutup dan tidak dipertikaikan oleh rakyat. Hal ini sama sahaja dengan apa-apa yang dialami oleh Nik Aziz, beliau didewa sebagai ulama besar, sehingga mengkritik Nik Aziz sudah dianggap berdosa. Nik Aziz diletakkan dikedudukan yang terlalu tinggi, sehingga sama sekali tidak boleh ditegur dan dinasihat - walaupun sangat jelas terdapat begitu banyak ucapan beliau yang terpesong jauh daripada syariat Islam. Namun demikian, semua orang membisu seribu bahasa dan tidak berani menegur.

5. Selepas ini, jangan kita terkejut sekiranya terdapat para pendewa Anwar Ibrahim yang sanggup melabelkan beliau sebagai "Wakil Tuhan" atau Imam Mahdi yang ditunggu-tunggu. Kesesatan PKR sudah semakin parah. Hakikatnya, Anwar Ibrahim sudah tidak ada bezanya lagi dengan Abuya Syeikh Imam Ashaari Muhammad dan Ayah Pin - semua mereka telah didewa-dewakan sebagai pemimpin besar dan "Anugerah Tuhan" - sedangkan semua ini hanyalah permainan syaitan yang nyata.

6. Nik Aziz berpendapat, segala cabaran, ujian dan rintangan hidup yang dialami oleh Anwar - melayakkan beliau dianggap sebagai "Anugerah Tuhan" - sedangkan Nik Aziz terlupa begitu ramai pemimpin dunia yang mengalami kesengsaraan yang jauh lebih dahsyat daripada apa-apa yang telah dilalui oleh Anwar, tetapi tidak pula dianggap sebagai "Anugerah Tuhan" Apakah Nik Aziz sanggup menobatkan Nelson Mandela sebagai "Anugerah Tuhan" untuk rakyat Afrika? Sesuatu harus segera dilakukan oleh kerajaan, agar segala "sandiwara" ini tidak membawa kehancuran kepada agama, bangsa dan negara tercinta kita. Wallahualam.

GUA MUSANG, 28 Nov — Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat turut menyifatkan pemimpin seumpama Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pemimpin yang menjadi teladan terbaik untuk rakyat dan “dianugerahkan oleh Tuhan.”

“Anwar adalah pemimpin yang dianugerahkan Tuhan kerana sanggup mengharungi pelbagai rintangan hidup,” katanya. Semalam, Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, dalam ucapannya pada Kongres Nasional Tahunan Ketujuh PKR, berkata Anwar adalah anugerah Tuhan bagi memimpin rakyat di negara ini. “Apa yang tidak pernah dialami oleh Saudara Anwar? Ditangkap, di ISAkan, dipukul, disiksa, diaibkan dan dihumban ke penjara.

“Sejak merdeka, tidak pernah ada tokoh negara lain yang difitnah, dihina dan disiksa secara berterusan seperti yang dialami Saudara Anwar. Namun, beliau tetap gagah dan tabah meneruskan perjuangan bersama kita,” katanya.

Wan Azizah bertanya apakah rahsia sebenar sehingga beliau tetap kental sehingga ke hari ini. “Jawapan saya adalah Saudara Anwar Ibrahim adalah seorang insan hebat yang memang dianugerahkan Tuhan untuk kita semua untuk menjadi pemimpin rakyat. “Jika beliau insan biasa seperti kita, sudah lama mengundur dan tenggelam di celah segala cabaran dan gelora yang berlalu,” kata beliau.

Nik Aziz berkata demikian selepas merasmikan pecah tanah tapak projek Bandar Utama Gua Musang, di sini hari ini. Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata PAS, yang memerintah Kelantan selama 20 tahun sejak 1990, tidak pernah menolak pembangunan dan sentiasa memberi keutamaan untuk faedah rakyat.

“Saya masih ingat semasa saya mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar dahulu ada pelbagai pihak yang menuduh saya macam-macam. “Antaranya pemerintahan kerajaan PAS bawah pimpinan saya tidak lama kerana tidak mampu melaksanakan projek pembangunan tetapi ketabahan itu berjaya memerintah Kelantan sampai sekarang,” katanya.

Nik Aziz berkata antara usaha pembangunan ialah dengan melaksanakan projek pembinaan rumah Bandar Utama Gua Musang dan beliau yakin pembangunan itu hasil usahasama Kerajaan Negeri, Majlis Daerah Gua Musang (MDGM) dan Syarikat Bandar Utama Gua Musang Sdn Bhd, akan mampu menampung keperluan rumah yang meningkat. Beliau berkata kerajaan negeri akan terus memberi tumpuan dalam projek seumpama itu asalkan ia boleh membawa kemajuan serta faedah untuk seluruh rakyat di Kelantan.

Hapuskan PTPTN : Jalan Terbaik Raih Undi Generasi Muda

Hapuskan PTPTN
Jalan Terbaik Raih Undi
Generasi Muda

Cadangan PKR di bawah ini saya sokong sepenuhnya. Sepatutnya sudah lama kerajaan melakukan sesuatu dengan masalah PTPTN yang sangat membebankan generasi muda. Saya bimbang, PTPTN mampu menjadi isu besar - sekiranya Pakatan Rakyat berjanji akan menghapuskannya jika mereka berkuasa kelak. Saya menyarankan agar kerajaan bertindak proaktif dalam menarik undi generasi muda dengan menggantikan pinjaman PTPTN sebagai biasiswa.

PEMUDA PKR (AMK) mendesak kerajaan supaya menghapuskan pinjaman Perbadanan Tabung Pinjaman Tinggi Nasional (PTPTN) dan digantikan dengan "biasiswa rakyat Malaysia" untuk golongan mahasiswa. Wakil AMK Yusmadi Yusoff menyifatkan pinjaman itu membebankan mahasiswa sedangkan pendidikan merupakan salah satu daripada hak asasi manusia. "Hak pelajar daripada hasil mahsul negara bukan daripada tawar menawar pak menteri.

Hak pelajar (itu) adalah hak asasi manusia. "Sehubungan itu, Keadilan perlu mencadangkan (satu) biasiswa rakyat Malaysia," katanya ketika membahaskan usul pendidikan dalam kongres PKR hari ini. Yusmadi yang juga ahli parlimen Balik Pulau berkata pinjaman itu menyebabkan mahasiswa dicop sebagai "penghutang" selepas mereka tamat pengajian.

"(Apabila) tamat pelajar, sudah ada cop dekat dahi, hutang RM15 ribu. Hendak kahwin, hutang lagi. Hendak berniaga, hutang lagi," katanya sambil disambut gelak ketawa para perwakilan. Dalam perbahasan itu juga, beliau mencadangkan supaya timbalan presiden PKR Dr Syed Husin Ali menjadi ketua dalam bidang pendidikan dalam parti yang disifatkannya sebagai "Universiti Masyarakat".

"Didiklah kami, anak muda, kami akan lawan, lawan sampai ke Putrajaya," katanya sambil menambah ketokohan Dr Syed dalam bidang akademik sudah terbukti sebelum ini. Petang ini, secara rasminya Dr Syed Husin akan menyerahkan jawatannya kepada penggantinya Azmin Ali yang memenangi pemilihan bagi jawatan tersebut. Beliau memilih bersara daripada jawatan politik bagi menumpukan usaha kepada bidang penulisan dan anggota keluarganya.

Nasrudin Mula Sedar : Pintu Syurga Yang Tertutup

Nasrudin Mula Sedar
Pintu Syurga Yang Tertutup

Sebenarnya, dalam kehidupan ini - untuk kita menjadi bahagia, jauhkan bersikap hipokrit. Membaca tulisan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan di blognya, seolah-olah beliau merayu agar para pemimpim PAS tidak bersikap talam dua muka dalam menegakkan kalimah tauhid di negara ini. Menurut beliau - sekali pun perbuatan tersebut boleh dianggap sebagai "strategi", namun demikian untuk jangka masa panjang, PAS akan dilihat sebagai sebuah parti yang bersikap hipokrit. Dengan bahasa kasarnya - munafik.

Dalam keadaan PAS begitu ghairah meraih sokongan kaum bukan Islam - parti tersebut tidak seharusnya menenggelam dan menyembunyikan hasrat sebenar mereka untuk melaksanakan hukum Hudud dan negara Islam. Nasrudin pada kali ini kelihatan bersikap jujur dan berharap agar PAS kembali kepada perjuangan asal mereka, yang kini kelihatan semakin tersasar jauh. Demi menjaga hati DAP dan mendapat undi - para pemimpin PAS sanggup menggugurkan perjuangan menegakkan hukum Hudud dan negara Islam, semata-mata atas nama sebuah "strategi". Berbaloikah dengan semua itu?

Dengan kata mudah, PAS menipu dan berbohong kepada DAP kononnya mereka tidak akan memperjuangkan negara Islam dan hukum Hudud, sekiranya Pakatan Rakyat berjaya ke Putrajaya. Penipuan dan Pembohongan inilah yang dianggap oleh kebanyakan pemimpin PAS sebagai "strategi". Padahalnya - perbuatan tersebut tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah sepanjang hidup baginda. Bahkan ia menyimpang jauh daripada kehendak Islam.

Mungkin Ketua Pemuda PAS ini sudah diberi hidayah oleh Allah - tersedar setelah terlalu lama bermimpi - sesungguhnya agama Allah tidak boleh dipermain-mainkan melalui peti undi dan demokrasi. Islam tidak boleh diundi - sama ada kita mahu atau pun tidak. Islam juga tidak akan berjaya ditegakkan melalui saluran demokrasi, ia hanya akan berjaya melalui saluran dakwah, kasih sayang dan persaudaraan. Selagi hal ini diabaikan oleh PAS, maka tunggulah sehingga kucing bertanduk untuk PAS memerintah Malaysia. Wallahualam.

KUALA LUMPUR 27 Nov. – Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan berkata, parti itu tidak perlu apologetik untuk terus bercakap mengenai dasar dan prinsip perjuangan Islam yang didokongnya seperti pelaksanaan syariah Islamiah di negara ini.

Selain itu katanya, beliau juga tidak bersetuju Pas menenggelamkan atau menyembunyikan hasrat atau cita-cita untuk mendaulatkan Islam walaupun ia dilakukan atas nama strategi. “Ini kerana kelak kita akan dilihat berpura-pura (hipokrit). Kita memperjuangkan Islam dengan pakej asal yang tulen daripada Rasullullah SAW.

“Tiada pakej kedua atau ketiga sekalipun untuk berdepan dengan usaha meraih sokongan dan undi bukan Islam. “Pakej perjuangan kita telah siap dan kekal iaitu al-Quran dan ia dibaca oleh seluruh umat manusia sejak 1400 tahun lalu tanpa sembunyi dan perlu disepikan lagi,” tegasnya. Beliau menegaskan demikian dalam blognya episod sebuah perjuangan.

Nasrudin turut mengingatkan, kempen baru Pas dalam musim atau di luar musim pilihan raya mestilah tidak lagi menggunakan kaedah lama yang hanya membuat ahli sendiri berasa seronok sementara orang- orang atas pagar dan mereka yang berada di seberang pagar akan lari malahan tersinggung dengan cara parti itu.

“Sedangkan kempen adalah untuk mendekatkan orang kepada kita. Kaedah lama seperti perkataan kasar penuh emosi yang dilontarkan mungkin berbalas takbir yang bergema daripada kalangan sendiri tetapi ia menambah liar hati orang ramai kepada perjuangan kita,” katanya.

Beliau berkata, Islam yang diperjuangkan oleh Pas adalah agama yang sesuai dan relevan sepanjang zaman. “Biarpun al-Quran diturunkan lebih 1400 tahun lalu namun prinsip, kaedah, iktibar, nasihat, hukum dan isu yang dibawa masih segar dan hidup. “(Oleh itu) selama mana perjuangan ini berlandaskan kaedah dan hikmah al-Quran maka selama itulah perjuangan ini terus segar, baru, sesuai sepanjang zaman,” katanya.

Ketuanan Melayu Hancur : Yang Tinggal Hanya Namewee

Ketuanan Melayu Hancur
Yang Tinggal Hanya Namewee


Oleh Jefri Zachariah

1. Dalam Malaysia ini, orang yang paling bertuah adalah Wee Meng Chee atau Namewee. Ini kerana dia merupakan anak Malaysia yang nampaknya bebas untuk melakukan apa saja termasuk memghina lagu Negaraku serta mengeluarkan kata-kata kesat dan lucah.

2. Namewee seolah-olah mempunyai 'lesen' untuk menghina individu dan bangsa tanpa perlu khuatir didakwa di mahkamah, paling kuat pun hanya perlu hadir untuk diambil keterangan oleh pihak polis. Itu saja. Untuk rekod, kira-kira setahun lalu, Namewee pernah menggemparkan negara dengan mencipta klip video kontroversi lagu Negarakuku yang menghina lagu kebangsaan.

3. Begitupun selepas tindakannya dikecam pelbagai pihak, dia yang merupakan pelajar jurusan komunikasi massa Universiti Ming Chuan, Taiwan ketika itu memohon maaf dan menyesal dengan perbuatannya. Bagaimanapun kekesalan Namewee hanya sementara apabila dia muncul pula dengan satu lagi klip video kontroversi mengutuk Tenaga Nasional Berhad (TNB).

4. Dalam klip yang boleh dimuat turun di YouTube menggunakan tajuk Namewee F*** TNB Malaysia itu bermula dengan dia berada di rumahnya pada waktu malam apabila bekalan elektrik tiba-tiba terputus.

5. Dia kemudiannya kelihatan menelefon seseorang yang didakwanya TNB. Dia mendakwa panggilan itu tidak dijawab sehingga menyebabkan dia berang dan pergi ke sebuah pejabat TNB berdekatan dengan diiringi jurukamera. Ketika sampai di pejabat itu, Namewee menuntut penjelasan kepada kakitangan di pejabat tersebut dan meminta notis atau pemberitahuan tentang ketiadaan elektrik.

6. Biarpun kakitangan di situ cuba mententeramkan Namewee dengan memberitahu bekalan elektrik terputus akibat kerosakan namun dia tetap tidak berpuas hati. Sebelum keluar daripada pejabat berkenaan dia memaki hamun kakitangan-kakitangan itu dengan bahasa kesat sambil menunjukkan isyarat lucah dengan tangan. Dia kemudian menghabiskan klip video berkenaan dengan kata-kata mencarut dan gambar isyarat lucah berkenaan. Itu pun dia lepas dan tiada tindakan dikenakan ke atas dirinya.

7. Dan yang terbaru, Namewee menghasilkan klip video terbaru itu dipercayai bertujuan mengutuk seorang pengetua sekolah menengah di Kulaijaya yang dilaporkan mengeluarkan perkataan berbaur perkauman semasa perhimpunan sekolahnya pada 12 Ogos lalu. Namewee dalam klip video itu antara lain mencerca guru berkenaan serta menyebut Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai kurang ajar. Selain itu Namewee dalam klip video di laman web Youtube, berulang kali menunjuk isyarat lucah serta baris perkataan tidak senonoh.

8. Namun semalam Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz berkata, kerajaan tidak mengambil tindakan ke atas Namewee kerana pemuda dari Muar, Johor itu kerana dia tidak melakukan kesalahan terhadap kerajaan dan melanggar undang-undang yang membolehkan dia diambil tindakan. Katanya, dalam klip video terbarunya, Namewee mencerca dan menunjukkan isyarat lucah yang ditujukan kepada pengetua sebuah sekolah di Kulai, Johor dan ia merupakan kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM).

9. Tambah Nazri, mengikut akta tersebut, hanya mangsa iaitu pengetua sekolah dalam kes ini yang boleh mengambil tindakan undang-undang ke atas Namewee. ‘‘Sekiranya Namewee membuat lagu lucah yang dihalakan kepada pengetua sekolah di Kulai, maka orang yang berhak mengambil tindakan di bawah Akta SKMM ialah pengetua sekolah itu.

10. ‘‘Terpulang kepada pengetua itu untuk mengambil tindakan atau tidak tetapi kerajaan tidak ada hak untuk mengambil tindakan ke atas Namewee,” katanya kepada pemberita. Apa lagi nak diperkatakan. Nampaknya walau dikecam pelbagai pihak, ia langsung tidak menjadi kudis pada Namewee.

11. Justeru kepada mana-mana pihak yang mahu menghina lagu Negaraku selepas ini, hendak mengutuk dan mencaci individu, kaum atau siapa saja selepas ini, maka mereka bolehlah berbuat demikian kerana Namewee telah membuktikan yang perkara tersebut tidaklah menjadi kesalahan dalam negara kita yang tercinta ini. Tak percaya tanya Nazri Aziz.

November 27, 2010

Ucapan Wan Azizah Berunsur Hasutan

Ucapan Wan Azizah
Berunsur Hasutan

Rakyat dan ahli PKR terus diperbodohkan oleh Presiden PKR, Dr Wan Azizah , tatkala beliau menyatakan Ketuanan Melayu harus ditinggalkan - kerana itulah fakto utama yang menyebabkan orang Melayu terpedaya dan tidak boleh maju (baca di sini). Saya tidak tahu lagi apa yang perlu saya komen dalam soal ini - jika mahu dikatakan Presiden PKR tersebut begitu bodoh - rasanya tidak sampai hati. Namun demikian, bagi manusia yang dikurniakan oleh Allah dengan akal fikiran yang waras, kita akan dapat melihat kebenaran dengan jelas, apakah benar Ketuanan Melayu telah banyak memperdayakan orang Melayu selama ini?

Mungkin ramai yang tidak tahu, perkataan Ketuanan Melayu tidak pernah diucapkan selama 22 tahun pemerintahan Tun Dr Mahathir. Perkataan tersebut hanya muncul secara serius setelah kerajaan BN hilang 2/3 majoriti kuasa parlimen. Walaupun istilah Ketuanan Melayu telah muncul sebelum negara ini mencapai kemerdekaan, namun demikian ia tidak menjadi perkataan yang disebut ramai dan diberi perhatian, sehinggalah awal tahun 2000. Hal ini bermakna, Ketuanan Melayu tidak mempunyai apa-apa isu yang boleh diperdebatkan dalam konteks sejarahnya, apatah lagi untuk dipertikaiankan.

Yang sering melaung-laungkan isu Ketuanan Melayu ialah PKR dan Anwar Ibrahim. Isu Ketuanan Melayu sengaja direka dan dipanaskan, demi menarik sokongan dan menanamkan bibit-bibit kebencian kaum Cina dan India terhadap UMNO dan BN - itu sahaja motifnya. Selama 53 tahun BN/UMNO memerintah negara ini - ada kita dengar kaum Cina dan India membenci dan mempertikaikan konsep Ketuanan Melayu?

Kebencian tersebut hanya hadir setelah PKR wujud dan Anwar dibebaskan daripada penjara. Sepanjang 22 tahun Tun Mahathir mentadbir Malaysia, ada kita dengar orang Cina mengutuk dan mengkritik Ketuanan Melayu? Jawapannya tiada - kenapa? Kerana orang Cina dan India faham, atas faktor Ketuanan Melayulah, pada hari ini, mereka mengecapi kehidupan yang aman, damai dan kaya-raya di bumi Malaysia yang bertuah ini - segala kekayaan dikongsi bersama, dan segala hak dinikmati sama-rata. Itulah Ketuanan Melayu namanya!

Tanpa Ketuanan Melayu - kontrak sosial tidak mungkin wujud! dan apabila kontrak sosial tidak wujud, maka tiadalah kaum Cina dan India mendiami negara ini - Lantaran itu, konsep Ketuanan Melayu telah terbukti, menjadikan orang Melayu sebagai bangsa yang sanggup bertolak ansur - asalkan orang Cina dan India mengakui, sesungguhnya Tanah yang sedang mereka pijak ini, adalah tanah hak milik orang Melayu, yang sanggup berkongsi dengan orang lain demi mengelakkan sengketa dan bencana!

Ketuanan Melayu bukanlah isu - sebaliknya, yang menjadi isu ialah Ketuanan Cina! - Ketuanan Melayu sememangnya telah lama wujud dalam lipatan sejarah, tetapi Ketuanan Cina sama sekali tidak boleh diterima - kerana ia sama sekali tidak ada kaitan dengan Tanah Melayu! Namun demikian, walaupun Ketuanan Cina tidak wujud dalam bentuk ideologi perjuangan, tetapi ia telah wujud dalam dunia yang sebenar, yakni dalam dunia ekonomi, dalam dunia pendidikan dan sekarang meresap masuk dalam dunia politik. Pulau Pinang adalah contoh terbaik dalam menyentuh hal ini. Orang Melayu harus bangkit dan sama sekali tidak boleh mengizinkan Pulau Pinang menjadi seperti Singapura - Lim Guan Eng harus disekat daripada terus berkiblatkan negara republik itu!

Ketuanan Melayu tidak berdosa dan bersalah - yang bersalah adalah manusia jahat yang mentafsirkannya secara songsang demi kepentingan politik sempit mereka. Ucapan Wan Azizah tersebut pada perkiraan saya sangat merbahaya dan bersifat hasutan - tiada tindakan yang lebih adil untuk Wan Azizah selain beliau mesti ditahan di bawah akta ISA! Terbukti beliaulah yang cuba mewujudkan ketengan kaum dengan membangkitkan kembali tafsiran songsang Ketuanan Melayu sehingga orang Cina dan India memandang serong dan prejudis terhadap orang Melayu. Kerajaan mesti bertegas dengan Wan Azizah pada kali ini - mulut celuparnya perlu dihentikan, cukuplah rasanya Malaysia musnah dengan mulut celupar Anwar Ibrahim dan anaknya Nurul Izzah! Wallahualam.

Arahan Baru Kepada Najib?

Arahan Baru Kepada Najib?

Saya merasakan, berita di bawah ini secara tersiratnya merupakan satu "arahan" Tun Mahathir kepada DS Najib, agar meneruskan projek Jambatan Bengkok yang pernah diluluskan oleh kabinet di bawah pentadbiran beliau pada satu ketika dahulu. Saya percaya - DS Najib perlu bertindak segera, agar idea Tun Mahathir ini dapat direalisasikan semula. Walaupun ini bukanlah arahan berbentuk formal daripada Tun Mahathir - namun demikian, ramai pemerhati politik beranggapan ia mengandungi mesej tersirat daripada Tun Mahathir kepada DS Najib. Justeru itu, sama-sama kita fikirkan.

KUALA LUMPUR 26 Nov. – Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, pembinaan jambatan baru menggantikan Tambak Johor tidak akan mengundang implikasi undang-undang daripada kerajaan Singapura jika ia menggunakan formula ‘jambatan bengkok’ yang pernah dicadangkan sewaktu pentadbirannya.

Menurut bekas Perdana Menteri itu, keyakinan berkenaan adalah berasaskan reaksi Singapura yang tidak membantah rancangan pembinaan jambatan itu atau membuat apa-apa tuntutan termasuklah mengenai laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA). Katanya, kerana itulah kerja-kerja pembinaan telah dimulakan dengan menambak sebahagian daripada Tambak Johor yang berada dalam kawasan Malaysia untuk dijadikan tempat penyambungan ‘jambatan bengkok’ dari arah Johor.

“Tidak ada sebab kita tidak boleh meneruskan projek ini, cuma apa yang berlaku ialah (bekas Perdana Menteri), Tun Abdullah Ahmad Badawi membuat keputusan untuk menghentikan pembinaan jambatan ini. “Kononnya supaya dapat dirunding semula dengan Singapura, selama dua tahun berlalu namun rundingan tidak berjaya,” katanya yang ditemui selepas menerima sumbangan RM7,000 daripada Pengerusi Persatuan Belia Islam Kepong, Norizan Ali untuk mengisi Tabung Gaza di sini hari ini.

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada istiadat sambutan ulang tahun keputeraannya yang ke-52 pada 22 November lalu mengulangi hasrat baginda dan seluruh rakyat Johor supaya pembinaan jambatan menggantikan Tambak Johor yang menghubungkan negeri itu dengan Singapura diteruskan.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan cadangan pembinaan jambatan baru itu perlu dikaji secara terperinci kerana ia memberi banyak implikasi dalam beberapa aspek termasuk perundangan dan kos. Model ‘jambatan bengkok’ yang dicadangkan sewaktu pemerintahan Dr. Mahathir ialah jambatan yang dibina secara bersendirian oleh Malaysia dan bersambung semula di atas Tambak Johor kira-kira 20 meter daripada sempadan Singapura selain membolehkan kapal melalui Selat Tebrau.

Mengulas lanjut, Dr. Mahathir berkata, rundingan yang dilakukan oleh Abdullah adalah berkaitan sama ada Singapura mahu membina sebuah jambatan yang lurus dan bukannya berkaitan ‘jambatan bengkok’. Bagaimanapun kerana Singapura meminta hak penerbangan jet pejuang di ruang angkasa Johor di samping bekalan pasir sebanyak 1 bilion kubik meter dalam tempoh 20 tahun, Malaysia terpaksa menarik diri.

Katanya, yang memelikkan adalah projek ‘jambatan bengkok’ turut dihentikan dengan alasan ia tidak dipersetujui oleh rakyat Johor sehingga membangkitkan kemarahan mereka dan menyebabkan Barisan Nasional (BN) kehilangan enam kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor pada pilihan raya umum 2008. “Kerana marah itu sokongan mereka kepada BN merosot, ada kawasan yang dulu menang majoriti 13,000 tinggal 2,000 undi dan ada kawasan yang kalah terus. “Saya yakin kalau jambatan ini dibangunkan ia akan mengembalikan sokongan rakyat Johor kepada BN,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Dr. Mahathir berkata, beliau telah bertemu dengan Sultan Ibrahim dan baginda menunjukkan kesungguhannya untuk merealisasikan pembinaan jambatan baru itu. “Baginda akan menulis (surat), saya fikir kepada kerajaan untuk membuat cadangan bagaimana nak membina jambatan itu jika Kerajaan Pusat tidak ada duit,” katanya.

Anwar Vs Zaid : Jangan Datang Masa Hadapan

Anwar Vs Zaid
Jangan Datang Masa Hadapan

Kerajaan digesa mengizin dan meluluskan segera parti baharu yang ingin didaftarkan oleh mantan calon Timbalan Presiden PKR, Datuk Zaid Ibrahim, pada Januari depan. Dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi - sesiapa sahaja boleh menubuhkan parti politik mereka sendiri. Di sisi lain, kewujudan parti baharu yang bakal dipimpin oleh Zaid ini, dilihat mampu memberi cabaran dan saingan sengit kepada kedudukan PKR. Dalam keadaan Anwar dan PKR sedang bergelut dengan pelbagai skandal - Zaid seolah-olah "membuka" harapan baru kepada ahli-ahli PKR, yang selama ini kecewa dengan percaturan dan permainan kotor Anwar dan Azmin.

BN/UMNO harus bijak mengambil peluang yang terhidang - demi meranapkan terus pengaruh Anwar Ibrahim - parti baharu untuk Zaid "wajib" diluluskan segera oleh kerajaan. Kita percaya - Zaid mampu menarik seramai mungkin ahli-ahli PKR agar berpaling tadah kepada Anwar. Kehadiran Zaid dengan parti baharunya di pentas politik Malaysia, bakal merancakkan lagi demokrasi dan perpecahan yang sedia ada. Saya melihat perkembangan ini dari sudut positif - walaupun mungkin ramai penganalisis politik yang tidak menyukainya.

UMNO perlu bekerjasama dengan parti baharu Zaid demi mewujudkan kembali keamanan dan keharmonian yang selama ini telah dicemari dengan fitnah dan pembohongan Anwar Ibrahim. Ingat! Zaid tetap merupakan senjata paling ampuh untuk menumpaskan Anwar, setelah Ezam Mohd Noor gagal menjalankan tanggungjawab tersebut secara berkesan. Parti baharu yang bakal didaftarkan oleh Zaid kelak, sebenarnya akan menjadi duri dalam daging Anwar - kerana mulai Januari depan, Malaysia bakal mempunyai seorang lagi Anwar Ibrahim yang baru - dengan sifat dan perangainya yang hampir sama - Zaid dilihat akan menjadi pesaing dan pencabar terbaru Anwar dalam mencorak politik domestik Malaysia. Selamat datang Zaid, dan selamat datang Parti Keadilan Baru (PKB)!

PETALING JAYA 26 Nov. – Bekas calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim malam ini mengumumkan bahawa beliau akan menubuh parti baru pada Januari tahun depan. Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan nama atau tarikh tepat penubuhan parti baru tersebut, tetapi berjanji akan memperjelaskan segala butiran terperinci mengenai parti itu pada Januari nanti.

“Saya nekad dengan keputusan ini (tubuh parti baru) dan sememangnya saya selalu nekad. Saya yakin akan mendapat sokongan besar, walaupun mungkin tidak 100 peratus sokongan.

“Sokongan itu tidak perlu hanya diharap daripada ahli PKR sahaja, ahli Pas dan UMNO juga boleh turut sertai,” katanya selepas majlis makan malam bagi meraikan penyokongnya di kediamannya di sini malam ini. Katanya, parti baru itu nanti akan ditubuh berteraskan perjuangan politik yang bersih, amanah serta bakal menjaga kepentingan semua pihak tanpa mengira bangsa dan agama.

Ditanya sama ada beliau akan akan memilih nama parti baru itu nanti sebagai ‘Keadilan Baru’, Zaid berkata, nama ‘Keadilan’ tidak akan sesekali digunakan kerana tegasnya, nama tersebut biarlah PKR sahaja yang menggunakannya. “Yang pasti ‘Keadilan’ tidak akan digunakan dalam parti baru ini. AKIM (Angkatan Keadilan Insan Malaysia) pun bukan ... Ia parti baru dengan nama baru yang memperjuangkan kepentingan rakyat dan semua pihak,” katanya.

Difahamkan Zaid dan bakal pemimpin kanan parti baru itu kini sedang merangka perlembagaan parti tersebut dan dipercayai ramai bekas ahli PKR serta golongan yang kecewa dengan kemelut PKR akan menyertai bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu.

November 26, 2010

Expo Cheng Ho 2010 : Balasan Daripada Allah?

Expo Cheng Ho 2010
Balasan Daripada Allah?


Pertamanya saya ingin menyatakan rasa "menyampah tahap gaban" terhadap PAS dan Nik Aziz berhubung berita ini, sila baca di sini. Saya menyambah tahap gaban adalah disebabkan sikap talam dua muka PAS dan Nik Aziz terhadap media arus perdana di negara ini. Sebelum Nik Aziz menggambarkan rasa kecewanya terhadap "beberapa akhbar arus perdana" yang kononnya tidak menyokong dan membuat liputan "besar-besaran" berkenaan Expo Cheng Ho 2010 di Kelantan Trade Centre sepanjang minggu ini - Nik Aziz wajib bertanyakan kepada dirinya sendiri terlebih dahulu, apakah dosa beliau dan PAS selama ini terhadap media arus perdana yang sering dituduh kononnya "milik UMNO", "tali barut UMNO", "laporan berat sebelah" dan pelbagai lagi cacian yang telah dilemparkan oleh para pemimpin PAS kepada suratkhabar arus perdana seperti Utusan Malaysia dan Berita Harian.

Nik Aziz seolah-olah mahu agar Utusan Malaysia dan Berita Harian memberikan gambaran positif terhadap kegiatan ekonomi negeri Kelantan - khususnya Expo Cheng Ho 2010 yang diadakan baru-baru ini. Namun demikian, Nik Aziz sering terlupa Harakah sejak mula-mula diterbitkan, tidak pernah menyiarkan laporan berita yang baik untuk kerajaan BN dan UMNO! Semua yang dilakukan oleh kerajaan dikutuk dan dicaci maki oleh Harakah sesedap rasa, seolah-olah sudah tidak ada sekelumit pun kebaikan kerajaan BN kepada rakyat di negara ini.

Jika Nik Aziz percaya kepada kebebasan akhbar - maka Harakah yang sepatutnya terlebih dahulu menunjukkan contoh teladan - dan bukan Utusan Malaysia atau Berita Harian. Nah! sekarang, apabila Nik Aziz memerlukan akhbar arus perdana untuk melaporkan kegiatan ekonomi negerinya, beliau seakan-akan sudah menjadi "hidung tak macung, pipi tersorong-sorong" - atau dengan bahasa kasarnya, tak tahu malu!

Nik Aziz patut malu kepada dirinya sendiri - Siapakah yang selama ini melancarkan kempen "boikot Utusan Malaysia dan Berita Harian"? Siapakah yang selama ini menuduh kononnya Utusan Malaysia suka memutarbelitkan kenyataan daripadanya? Siapakah yang selama ini suka menuduh Utusan Malaysia sebagai "Lidah UMNO" dan "Akhbar Perkauman"? Siapakah yang selama ini menghalau wartawan Utusan Malaysia daripada membuat liputan di dalam persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah? Siapakah selama ini yang menuduh Utusan Malaysia sebagai kuda tunggangan UMNO dan suka melaga-lagakan para pemimpin Pakatan Rakyat? Siapa? Jawablah!

Nik Aziz mesti jawab semua persoalan ini terlebih dahulu - sebelum "mengada-ngada" mahu menunjukkan rasa kekecewaannya! Sekarang baru Nik Aziz tahu bertapa pentingnya menjalinkan hubungan yang baik dengan pihak media. Mereka juga manusia - jika dikutuk dan dicaci, siapa yang tidak terasa? Inilah balasan yang setimpal untuk Nik Aziz dan Husam Musa - lain kali kalau nak kutuk media, tolong tengok-tengok sikit di depan dan belakang. Jangan bercakap soal kebebasan akhbar - jika Harakah sendiri tidak mampu melakukannya! Takbir!

Syed Husin Ali Ramal PKR Akan Hancur?

Syed Husin Ali Ramal
PKR Akan Hancur?

Oleh Syed Mu'az Syed Putra

PETALING JAYA, 26 Nov — Senator Dr Syed Husin Ali khuatir Pakatan Rakyat (PR) akan berhadapan dengan nasib ikatan-ikatan tidak formal pembangkang masa lalu jika perikatan tiga komponen itu gagal menangani gabungan terbaru dikenali sebagai “Third Force” pada pilihan raya umum ke-13.

Beliau yang akan melepaskan jawatan timbalan presiden PKR Ahad ini berkata, kini terdapat hanya satu gabungan yang boleh menjadi pilihan rakyat dalam pilihan raya akan datang. “Namun ada percubaan untuk membentuk apa yang disebut sebagai ‘Third Force’.

“Jika terbentuk, badan ini boleh memberi nafas kepada Umno-BN. Ia akan juga menyulitkan Pakatan untuk mencapai kemenangan besar. Perkara ini pelu ditangani dengan bijaksana,” kata beliau dalam ucapan dasar merasmikan Kongres Wanita dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) PKR di sini pagi ini. Syed Husin yang tidak mempertahankan jawatan yang disandang sejak 2003 berkata, PKR yang tersusun, mantap, padu dan kuat dari segi politik dan organisasi adalah penting.

“Hanya dengan demikian baru kita boleh menangkis segala serangan dari luar. Sekarang ini PKR dan tokoh utamanya, (Datuk Seri) Anwar Ibrahim, menghadapi bermacam-macam rancangan dan percubaan untuk melemah dan memporak perandakan.

“Puncanya, kerajaan zalim dan korup sekarang takut kepada kemungkinan rakyat akan memilih Pakatan ke Putrajaya dalam pilihan raya umum ke-13,” kata beliau. Katanya, PKR selalu didakwa sebagai parti paling lemah dalam Pakatan. “Mungkin benar kerana ia paling muda dan baru sekarang mengalami segala perit getir yang dilalui lebih awal oleh PAS dan DAP untuk menjadi lebih kuat. “Namun musuh-musuh kita, terutama pimpinan Umno menyedari PKR memainkan peranan besar untuk menguatkan Pakatan.

“PKR melalui Anwar berjaya menyatukan dan memantapkan Pakatan. Itulah sebabnya sasaran musuh kini ditumpukan terhadap PKR dan Anwar,” kata beliau. Kata Syed Husin, melihat bagaimana angin kemenangan Gagasan-APU dulu beralih arah setelah Tengku Razaleigh Hamzah dituduh sebagai ejen Kristian, kini pemimpin-pemimpin Umno cuba menggunakan taktik lama.

“Kepada orang Melayu mereka menuduh Anwar tali barut Cina. Di hadapan orang bukan Melayu, terutama Cina, dia ditohmah sebagai ekstremis Melayu dan Islam,” katanya. “Media dan individu-individu tertentu sambut menyambut mendendangkan lagu sumbang selah dalam orkestra kokak, menuntut Anwar meletakkan jawatan.

“Mereka tiada hak. Anggota-anggota parti melalui wakil-wakil mereka dalam Kongres seperti inilah yang berhak menentukan kedudukan ketua umum kita. Saya percaya Kongres kali ini pasti akan memberikan sokongan seratus peratus kepadanya,” katanya lagi. Selain itu kata beliau, mereka meneruskan fitnah kedua tentang liwat. “Mereka membuat tuduhan dan fitnah bertubi-tubi melalui VCD yang terus mereka sebar dan media yang mereka kuasai.

“Ketara sekali pihak berkuasa dengan rakus memperalat media, mahkamah dan polis untuk menghukum Anwar. Walaupun demikian, alhamdulillah rakyat ramai yang tidak mempercayai dakwaan dan fitnah itu,” katanya lagi. Syed Husin berkata, banyak pengalaman dan pengajaran yang dapat ditimba dari gabungan atau kerjasama tenaga dalam gerakan untuk mengganti Umno-BN dan membawa perubahan dalam pemerintahan.

“Saya lihat Pakatan sekarang ini mempunyai banyak kekuatan yang tidak ada pada gabungan-gabungan sebelumnya,” katanya. Pertamanya, kata beliau, Pakatan Rakyat menyatukan parti-parti terbesar di luar pemerintahan sebagai hanya satu gabungan. “Namun begitu ia harus menarik juga parti-parti kecil yang masih belum menyertainya, dengan syarat mereka menyokong penuh Dasar Pakatan Rakyat yang telah disetujui pada 19 Disember 2009,” katanya.

Kedua, menurut beliau, kerjasama dan persefahaman dalam Pakatan Rakyat sangat baik, terutama sekali di peringkat pimpinan pusat. “Apa yang patut diusahakan ialah memperkukuh kerjasama dan persefahaman di peringkat bawah di negeri-negeri dan di kawasan-kawasan Parlimen serta Dewan Undangan Negeri.

“Selain itu harus digalakkan cara bertindak untuk kebaikan bersama dan bukan keuntungan satu-satu parti tertentu. “Apatah lagi kepentingan persendirian pemimpin yang oportunis dan individualis. “Segala program dan tindakan hendaklah ditujukan kepada menguatkan Pakatan,” katanya.

Ketiga, menurut Syed Husin, kerjasama di antara parti dan pemimpin dalam Pakatan diperkuat oleh wujudnya empat kerajaan negeri yang dikuasai oleh gabungan ini. “Semua parti dan pemimpin di negeri-negeri ini perlu bekerjasama rapat dan bekerja kuat untuk menarik kepercayaan dan sokongan rakyat. “Prestasi mereka yang baik adalah sangat penting untuk memastikan kejayaan untuk Pakatan berjaya ke Putrajaya.

“Dalam hal ini peranan serta prestasi Kerajaan Selangor adalah sangat penting bagi PKR,” katanya. Anggota Dewan Negara ini menambah, tidak boleh dinafikan bahawa adalah menjadi tugas penting bagi kerajaan-kerajaan negeri Pakatan berusaha membela nasib rakyat ramai.

“Mereka tidak harus kelihatan bertindak apatah lagi memang bertindak untuk mendapat keuntungan diri sendiri dan suku-sakat. “Selain itu, perlu juga kerjasama yang rapat di antara kerajaan-kerajaan negeri untuk membela rakyat, menentang salahguna kuasa dan menghapuskan rasuah. “Kerajaan Pusat dengan segala alat jenteranya sentiasa berusaha untuk memburuk dan memporak perandakan pentadbiran negeri-negeri Pakatan,” katanya lagi.