Tetamu Kehormat...

August 30, 2010

Zulkifli Noordin Digesa Masuk UMNO


Zulkifli Noordin Digesa Sertai UMNO
Ekoran Kenyataan Terbaru Beliau

Saya merasakan YB Zulkifli Noordin perlu menyertai UMNO, memandangkan prinsip dan keikhlasan beliau dalam perjuangan politik lebih mirip kepada UMNO. UMNO memerlukan seramai mungkin individu yang ikhlas seperti YB Zulkifli bagi mewujudkan suasan politik UMNO yang lebih bersih, baik dan mendekati Islam. Saya doakan agar hati beliau terbuka untuk menyertai UMNO. Amin. (Baca tulisan terbaru beliau di bawah ini)

1. Kejadian seorang wakil rakyat kafir iaitu Ahli Parlimen Serdang, YB Teo Nee Chin (DAP-Serdang) menyampaikan tazkirah dan angpau diruang utama solat Surau Al Huda Kajang Sentral Ahad lepas, kemudian diikuti dengan pencemaran ruang utama solat Masjid Attaqwa di Selayang Baru pada hari Khamis lepas oleh seorang lagi wakil rakyat kafir, YB William Leong Jee Keen (PKR Selayang) mencetuskan satu lagi polemik baru kepada umat Islam. Kejadian yang sama berlaku Ogos 2009 apabila seorang ADUN kafir dari PKR YB Dr. Xavier mengadakan majlis didalam surau di Klang.

2. Itu kejadian yang kita tahu, atau yang dah terbongkar. Entah berapa banyak lagi pencemaran dan pencabulan terhadap institusi Islam kita tidak tahu. Baru ini kita dikejutkan dengan seorang Pak Jangoat yang rela berdoa untuk seorang pemimpin kafir harbi, dengan mengenepikan doa untuk kebaikan pemimpin sendiri. Saya ingat lagi tahun lepas kejadian umat Islam berebut untuk mendapat agihan lembu qurban dari wakil rakyat kafir!! Entah apa nak jadi dengan umat Islam bangsa Melayu hari ini. Ketaksuban berpolitik menjadi modal penghalal segala tindakan!

3. Saya tidak menyalahkan wakil-wakil rakyat kafir ini kerana mereka kafir. Walaupun saya tidak bersetuju dengan pandangan mereka mungkin tidak tahu adab dan hukum hakam memasuki masjid. Kerana sudah lebih beratus tahun kaum kafir Cina, India dan lain-lain tinggal didalam negara ini bersama masyarakat Islam. Kalau setelah begitu lama bersama kita masih mereka menggunakan alasan dangkal tidak tahu, sebagaimana ada diantara mereka masih tidak boleh berbahasa Melayu sehingga kini, maka saya rasa mereka tidak layak untuk terus menikmati taraf kewarganegaraan negara umat Islam ini.

4. Apa yang saya kesalkan ialah sikap segelintir orang Melayu yang membenarkan poerkara ini berlaku. Apakah kerana mereka jahil, atau kerana mereka terlalu pelahap saya sendiri pun tidak pasti. Atau apakah atas nama politik semuanya halal belaka sekarang ini? Sudahlah nama tuhan mereka gadaikan, hasil arak kini halal diambil, anak bini pun boleh jadi bahan gadaian politik,kuil hindu nak disumbat dihalaman umat Islam, kini masjid surau pun kafir dah boleh masuk, siap bertazkirah lagi!!

5. Kalau tujuan membawa mereka masuk itu untuk didakwahkan satu hal juga. Tetapi apa yang jelas dalam semua kejadian diatas, matlamat segelintir kaum Melayu ini membawa masuk para kafir ini kedalam ruang utama solat tempat mereka bersujud ruku' kepada ALLAH kerana hendakkan habuan angpau dan wang ringgit daripada kafir-kafir ini. Maka terhegeh-hegehlah orang Melayu beratur berhimpun berjemaah didalam tempat sujud mereka menadah tangan memohon angpau dan bantuan para kafirun ini.

6. Mungkin lepas itu mereka bersujud syukur kerana mendapat habuan angpau para kafirun ini, sedang para kafirun ini berdiri megah memijak tempat sujud mereka dan menghulurkan habuan dan bantuan dalam angpau, envelop dan sampul. Begitu hina sekali bangsa Melayu bukan lagi didalam tanahair mereka, tetapi didalam tempat mereka bersujud kepoada ALLAH tuhan mereka. Macamlah dah tiada tempat lain untuk menagih angpau para kafir ini.

7. Saya tengok seteruk-teruk keadaan umat Islam di Gaza, mereka takkan benarkan seinci masjid mereka dijejaki oleh para kafirun disana. Apatah lagi ini adalah para kafir harbi yang terang-terang menolak Islam, menolak perlaksanaan hukum Islam, dan menolak penubuhan sebuah daulah Islamiyyah. Ada pulak para agamawan yang menyokong dengan pelbagai teori dan falsafah. Habis dikorek segala kitab kuning untuk menghalalkan tindakan membenarkan kafir harbi ini memijak masuk tempat utama solat didalam masjid. Katanya Nabi dulu pun buat begitu!!

8. Memang benar Rasulullah membenarkan para kafir memasuki kawasan masjid, tetapi bukan untuk tujuan menagih angpau, envelop dan sampul dari para kafir tersebut. Nabi menyeru mereka kepada Islam, tunduk kepada keesaan ALLAH. Rasulullah tidak mengharapkan undi mereka, apatah lagi menagih seringgit dua dari mereka. Rasulullah melakukannya semuanya atas nama ALLAH, dan mengajak mereka kepada menjadi hamba ALLAH!

9. Apakah para agamawan ini membutakan mata mereka kepada hakikat dan fakta sebenar yang berlaku. Para wakil rakyat kafir itu datang dan hadir atas nama politik kepartian, mengharapkan undi untuk mereka bagi pilihanraya akan datang. Untuk itu mereka datang dengan sampul dan envelop serta angpau. Takkan itu pun para agamawan kita tidak nampak, atau sengaja mereka menutup mata kepada hakikat sebenarnya. Mereka sepatutnya lebih amanah dengan ilmu mereka dan bukan menggadainya untuk mendapat sokongan partisan politik kepartian.

10. Saya tahu ada kalangan agamawan yang terdesak untuk mendapat semula sokongan yang hilang, tapi bukan dengan mengkhianati ilmu mereka dan berselindung disebalik segala teori dan falsafah, sambil menutup mata kepada hakikat dan fakta sebenar.

11. Hakikat dan fakta sebenar kejadian membenarkan wakil rakyat kafir untuk memasuki ruang utama solat tempat umat Islam menyembah ALLAH itu bukan untuk tujuan dakwah, tetapi untuk mendapat angpau, bantuan dan kewangan dari mereka!! Wakil rakyat kafir ini dijemput bukan untuk diseru kepada Islam. Sebaliknya mereka yang tazkirahkan umat Islam. Mengingatkan umat Islam supaya bersyukur dan berterimakasih dengan angpau dan envelop yang diberi. Dan jangan lupa undi mereka dalam pilihanraya akan datang. Dan para wakil rakat kafir ini bukan datang melancong!!

12. Apakah para agamawan ini merasakan para kafirun itu akan pulang dengan penuh keinsafan akan kebesaran ALLAH? Saya percaya mereka akan pulang dengan bangga dapat memijak tempat sujud umat Islam kerana umat Islam terlalu mengharapkan angpau dan bantuan kewangan mereka, dan mungkin beberapa undi tambahan akan mereka perolehi dalam pilihanraya akan datang. Saya mahu bertanya dah berapa ramai wakil rakyat kafir ini yang sudah menerima Islam? Sudah hampir tiga tahun tidur sebantal dengan mereka, dah berapa ramai yang kalau tak masuk Islam pun,ataupun sekurang-kurangnya memahami Islam.

13. Yang saya tengok, mereka makin angkuh dan sombong terhadap Islam. Kenyataan YAB Tok Guru Nik Aziz mendesak hudud dilaksanakan jika Pakatan Rakyat memenangi pilihanraya umum ditentang habis-habisan oleh para kafir harbi ini dengan sokongan balaci-balaci Melayu mereka. Akhirnya kata sepakat dikeluarkan bahawa hudud tidak akan dilaksanakan jika PR menjadi kerajaan!! Bukan sahaja mereka tidak berlembut terhadap Islam, malah kelihatannya mereka makin angkuh dan biadap terhadap perjuangan Islam.

14. Dan membenarkan mereka masuk memijak tempat sujud umat Islam membawa angpau dan envelop adalah satu penghinaan terbesar keatas Islam. Bukan mereka yang didakwahkan, tetapi umat Islam yang ditazkirahkan oleh kafirun ini. Mungkin juga mereka menasihatkan umat Islam supaya bersyukur dengan angpau dan envelop yang disedekahkan, dan jangan lupa undi mereka nanti dalam pilihanraya ke 13!!

15. Benarlah kata Rasulullah saw, kita sekarang hidup dizaman fitan. Zaman yang umat Islam rosak akibat kejahilan mereka, dan ulama' nya pula terlalu lesu. Poltik kepartian sudah semacam menjadi satu agama baru bagi segelintir umat, dan mendapat kuasa semacam menjadi satu matlamat yang mesti dicapai atas apa sebab sekalipun.

16. Saya menyeru diri saya dan kesemua umat Islam, kembalilah kita kepada Islam yang sebenarnya. Dibulan Ramadhan Al Mubarak ini, ingatlah pesan ALLAH, "dibulan Ramadhan ini turunkan Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia, penuh dengan keterang dan bukti, supaya kamu dapat membezakan (yang mana Islam yang mana kafir). "Inilah kitab Al Quran, yang tidak ada keraguan sedikit pun padanya, menjadi petunjuk kanu untuk bertaqwa". Dan firman ALLAH, "diwajibkan keatas kamu berpuiasa dibulan Ramadhan, sebagaiaman diwajibkan ketas unmat terdahulu, semoga kamu berolah ketaqwaan".

17. Semoga ALLAH memberikan petunjuk dan hidayahNya, dan memberikan keampunan kepada kita. Doa Nabi saw diakhir tahiyyat, "lindungilah kami dari fitnah qubur, limdungilah kami dari fitnah neraka jahanam, lindungilah kami daripada fitnah dajjal".

Yang baik datangnya dari ALLAH, yang tidak itu dari kelemahan saya sendiri.
Selamat berpuasa, moga mencapai darjat ketaqwaan kelak.

Wassalam, adios amigos. Grasias.

Zulkifli Bin Noordin
Ahad
19 Ramadhan 1431
29 Ogos 2010

Fikiran Nik Aziz Bercelaru?


Fikiran Nik Aziz Bercelaru?

Oleh Zulkiflee Bakar

1. APABILA Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, kelmarin mempertahankan tindakan Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching menyampaikan sumbangan dan tazkirah di ruang solat Surau Al-Huda, Kajang Sentral, Ahad lepas, penulis teringat pesanan seorang pemimpin muda Pas.

2. Kata pemimpin berkenaan, kalau kita tidak mahu rakyat keliru terhadap sesuatu isu berkaitan orang Melayu dan umat Islam, jangan sesekali media mendapatkan pandangan Nik Abdul Aziz. Ia kerana mereka pasti akan mendapat jawapan yang boleh mewujudkan kekeliruan.

3. Ternyata Nik Abdul Aziz yang disanjung sebagai ulama unggul dalam Pas terus menimbulkan persoalan apakah sesuatu kenyataan yang beliau keluarkan itu berdasarkan kedudukannya sebagai ahli politik berlidah ulama atau ulama berlidah ahli politik?

4. Ia kerana apabila timbul isu berkaitan Islam melibatkan pemimpin bukan Islam daripada DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang menjadi rakan sekutu Pas dalam pakatan pembangkang, Nik Abdul Aziz akan cuba mempertahankan mereka.

5. Beliau akan mengeluarkan segala hujah dan nas bagi menyatakan apa yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin berkenaan adalah betul, biarpun umat Islam berpandangan sebaliknya. Ia termasuklah sebelum ini, isu penggunaan ayat-ayat suci al-Quran oleh pemimpin PKR dan DAP ketika berkempen dalam Pilihan Raya Kecil Bukit Gantang tidak lama dulu.

6. Ketika itu, walaupun semua umat Islam menganggap penggunaan ayat berkenaan seolah-olah mempermainkan kitab suci al-Quran tetapi Nik Abdul Aziz berkata, ia satu perkara yang baik bagi mendekatkan orang bukan Islam dengan agama Islam.

7. Hujah yang sama digunakan dalam isu Ahli Parlimen Serdang tersebut dan lebih menarik Nik Abdul Aziz dengan angkuh berkata, tindakan itu dilihat ganjil kerana umat Islam sekarang terlalu jahil dengan agama sedangkan pada zaman Nabi Muhammad SAW baginda mengajak orang kafir Quraisy tinggal di dalam masjid termasuk dibenarkan tidur, makan dan minum.

8. Pada Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor April lalu, Nik Abdul Aziz turut tidak bersetuju dengan larangan berpolitik di masjid dan surau, walaupun larangan itu dilakukan oleh Sultan Selangor bagi mengelakkan umat Islam terus berpecah belah kerana ideologi politik.

9. Kalau beginilah sikap Nik Abdul Aziz, kita tidak perlu hairan jika selepas ini, pemimpin-pemimpin Pas akan turut mempertahankan jika ada pemimpin bukan Islam daripada PKR dan DAP berucap di mimbar masjid pula atas alasan ia baik untuk mendekatkan mereka dengan Islam.

10. Namun begitu seperkara kita tidak boleh lupa mengenai Nik Abdul Aziz ialah beliau akan berusaha mengeluarkan apa juga hujah dan nas bagi memperkukuhkan kenyataannya mempertahankan rakan-rakan politiknya. Suatu ketika dahulu beliau pernah menyatakan ‘Allah lagi samseng’ dan menganggap undi Pas masuk syurga.

11. Sebenarnya, semakin lama Nik Abdul Aziz menjadi Mursyidul Am Pas, ia semakin membebankan parti berkenaan. Imej Pas banyak dicemari oleh kenyataan-kenyataan kontroversi Nik Abdul Aziz. Ia bukan baru berlaku malah sudah terjadi sejak tahun 1994 lagi, apabila ketika itu Nik Abdul Aziz pernah mengeluarkan kenyataan bahawa menentang Pas adalah haram mengikut Islam.

12. ‘Kecelaruan’ pemikiran politik Nik Abdul Aziz semakin terserlah sejak Pas berkawan rapat dengan PKR dan DAP. Sebab itulah pemimpin-pemimpin bukan Melayu dalam kedua-dua parti itu tidak akan teragak-agak melakukan tindakan yang mengguris perasaan orang Melayu dan Islam kerana mereka tahu ada seorang mursyidul am yang akan membela mereka.

August 28, 2010

Mahfuz Ambil Fatwa-Fatwa Terpilih


Mahfuz Ambil
Fatwa-Fatwa Terpilih



Mahfuz Omar sibuk membelasah UMNO kononnya menentang Majlis Fatwa Kebangsaan yang sudah pun memutuskan orang bukan Islam boleh memasuki masjid sehingga ke tempat solat dengan syarat tingkah laku mereka terjaga dan tidak mencemarkan kesucian masjid. Soal saya hanya satu, mengapa Mahfuz mendiamkan diri pula berhubung isu sambutan Candlelight Vegil yang disertai oleh Nizar Jamaluddin bagi memperingati kematian Teoh Beng Hock dan beberapa pemimpin PK yang menyertai majlis Vitil anti-ISA baru-baru ini - sedangkan sudah jelas Majlis Fatwa Kebangsaan mengharamkan penglibatan orang Islam dalam upacara yang menyerupai kaum kafir? Jelaslah PAS dan Mahfuz juga mengamalkan sikap "memilih bulu" dalam masalah halal dan haram - mana-mana fatwa kebangsaan yang menguntung parti tersebut, maka segeralah terpekik dan terlolong - kononnya UMNO menentang fatwa para mufti. Sebaliknya apabila fatwa kebangsaan memutuskan sesuatu hukum yang terkena batang hidung mereka sendiri - para pemimpin PAS diam membisu seribu bahasa - termasuklah Nik Aziz. Inilah wajah sebenar PAS dan para penyokongnya. Pada hemat saya - ini merupakan sifat orang-orang munafik yang sepatutnya kita hindari. Wallahualam.

August 26, 2010

Siapa Kata Hukum Hudud Tidak Boleh Dilaksanakan Di Malaysia?


Siapa Kata Hukum Hudud
Tidak Boleh Dilaksanakan di Malaysia?



1. Sudah berkali-kali saya jelaskan di dalam posting saya sebelum ini - sesungguhnya Islam tidak akan dapat ditegakkan melalui demokrasi dan peti undi! Ini adalah nyata dan lagi jelas. Apabila hukum Hudud dan negara Islam "didemokrasikan" - maka hukum tersebut tidak akan berjaya mendapat sokongan dan undian terbanyak rakyat jelata. Sebab itu, Islam tidak dibangunkan melalui sistem sokongan dan peti undi. Demokrasi dan peti undi hanya akan berjaya setelah urusan dakwah dijalankan secara teratur dan bersunguh-sungguh serta berjaya melahirkan masyarakat yang memahami cara hidup Islam yang sejati. Dakwah dalam erti kata yang sebenar bukanlah bermaksud "ceramah" politik di masjid-masjid atau tazkirah pagi jumaat. Wilayah pendakwahan jauh lebih luas daripada itu semua.


2. Dakwah merupakan strategi berterus dan gerak kerja yang memerlukan perancangan, iltizam dan pengorbanan. Nah! Sekarang, apabila DAP dan PKR menunjukkan kuasa "undi" dan "demokarsi" mereka terhadap Hukum Hudud, maka Hukum Hudud telah gagal mendapatkan undi yang secukupnya - walaupun semua orang tahu bahawa hukum Allah tersebut adalah hukum yang seadil-adilnya untuk kita semua. Tetapi, apabila Islam dan hukumnya "didemokrasi" dan "dipetiundikan" oleh PAS, maka secara tidak langsung, Islam dan hukum-hakamnya dilihat seolah-olah telah "tewas" kerana gagal mendapat sokongan majoriti dan undian teramai, khususnya daripada DAP dan PKR yang menjadi kuasa penentu pada ketika umat Islam sedang berpecah-belah.


3. Sedangkan, pada hakikat yang sebenar, Islam bukanlah agama yang boleh dipilih melalui kaedah "angkat tangan" untuk menunjukkan sama ada, kita setuju atau pun tidak. Islam mesti ditegakkan melalui jihad - dan orang-orang kafir mesti diperangi sehingga mereka mengucap dua kalimah syahadah. Tetapi, sebelum orang-orang kafir diperangi, seruan dakwah mestilah terlebih dahulu sampai kepada mereka. Soalnya, sudahkah PAS mengirimkan secara rasmi surat dakwah kepada Karpal Singh dan Lim Kit Siang bagi menyeru mereka kepada kalimah tauhid dan menerima Islam sebagai Ad-Deen? Seperti mana yang dilakukan oleh Rasulullah sewaktu mengirim surat dakwah dan penjelasan ajaran Islam kepada pemimpin Yahudi Khaibar, Kaisar Romawi, Raja Negus, Raja Khosrau II, Al-Muqawqis (Penguasa Mesir), dan banyak lagi pemimpin-pemimpin utama dunia pada ketika itu. Sekiranya hal ini belum dilakukan, maka terbuktilah PAS telah mengabaikan metod dakwah Rasulullah yang terang-terang mengajak dan menyeru agar orang-orang kafir memeluk Islam.


4. Oleh Sebab itu, sejak awal-awal lagi saya sudah menjelaskan, sesungguhnya PAS telah meninggalkan kerja-kerja dakwah, mereka terlalu sibuk dengan politik dan mencari undi - dan bukannya sibuk untuk menyeru orang bukan Islam agar mengucap kalimah tauhid, seperti mana yang dilakukan oleh gerakan Islam lain di seluruh dunia. Islam yang diletakkan di dalam neraca peti undi dan sistem demokrasi, hanya mengundang fitnah, salah faham dan menggambarkan seakan-akan Islam itu boleh dipilih dan boleh tidak dipilih! Ini bukan wajah Islam yang sebenar!. Lantaran itu, Hukum Hudud gagal dimartabatkan di bumi bertuah ini, dan salah satu puncanya adalah daripada kegagalan PAS sendiri. Selama 50 tahun kewujudan PAS, tetapi mereka lupa untuk menghalakan dakwah mereka kepada UMNO - sebaliknya mereka lebih sibuk untuk menjatuhkan UMNO dan berebut-rebut dengan DAP dan PKR bagi menguasai Malaysia. Sedangkan, Rasulullah sendiri tidak menginginkan kuasa dan kerajaan yang berada di dalam genggaman Raja Kaisar Romawi, Raja Negus, Raja Khosrau II, mahu pun Al-Muqawqis - Rasulullah hanya mahu mereka beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, itu sahaja!


5. Hukum Hudud bukanlah terlalu sukar untuk dilaksanakan di Malaysia - sekiranya orang Melayu-Islam di Malaysia bersatu, dan cita-cita PAS berkenaan hukum Hudud boleh dikompromi, maka parti-parti lain pasti akan tunduk kepada kemahuan UMNO dan PAS. Kita tidak perlu bimbang dengan Karpal Singh dan Lim Kit Siang, sebab kita sudah bersatu dan kuat. Tetapi, malangnya, kerana kita berpecah-belah, dan pada masa yang sama PAS pula tidak mahu mengambil kesempatan pada saat UMNO mengajak parti tersebut untuk bersatu. Maka, semakin sukarlah hukum Hudud hendak dilaksanakan. Pada hemat saya, alangkah eloknya pada ketika UMNO mengajak PAS untuk bersatu, PAS segera ambil kesempatan tersebut dengan meletakkan pelaksanaan hukum Hudud sebagai syarat utama merealisasikanperpanduan UMNO-PAS. Saya percaya UMNO, lambat-laut akan menerimanya. Jika UMNO dan PAS senada dalam isu ini, kaum kafir tidak akan berani angkat muka. Lagi pun UMNO dan PAS sama-sama Islam, lebih mudah urusan dakwah ini dijalankan.


6. Kesimpulan saya adalah mudah, PAS telah mengsia-siakan peluang yang ada dengan mengabaikan kerja-kerja dakwah. PAS lebih selesa menghukum ahli-ahli UMNO daripada terjun ke medan dakwah dengan menggunakan metod lemah-lembut dan berkasih-sayang terhadap ahli dan para pemimpin UMNO. PAS banyak mengabaikan dakwah secara berhikmah, yang memerlukan kesabaran dan masa - sebaliknya PAS menginginkan keputusan yang segera dalam perjuangannya. Mahu segera berkuasa, tidak sabar menyampaikan dakwah kepada UMNO dan tidak sabar apabila diuji. Maka, inilah kesannya - PAS terpaksa menagih simpati dan belas kasihan daripada DAP, semata-mata mahu melaksankan perintah Allah. Inikah cara Islam? Tepuk dada tanya iman. Wallahualam.


KUALA LUMPUR, 26 Ogos — Ketika PAS dan DAP dilihat masih belum mencapai kata sepakat dalam isu pelaksanaan hukum hudud dan negara Islam, beberapa penganalisis politik berpendapat kedua-dua aspek itu akan menjadi “duri dalam daging” dalam Pakatan Rakyat (PR) dan boleh menggugat ikatan berusia lebih dua tahun itu.

“Saya sebenarnya tidak nampak PAS serius untuk melaksanakannya dan saya yakin ia hanya bersifat retorik politik semata-mata.

“Bagi saya pelaksanaan hukum hudud dan negara Islam tidak relevan untuk diamalkan, malah ia hanya akan menjadi duri dalam daging yang akan memecahkan PR,” kata Prof Madya Dr Mohd Agus Yusoff dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) kepada The Malaysian Insider. PR mengadakan mesyuarat majlis pimpinan parti komponen petang ini, yang pertama sejak isu hukum hudud dan negara Islam muncul semula. Sambung bacaan anda di sini...

PR dianggota PKR, DAP dan PAS. Beliau berkata, tindakan PAS yang sehingga kini tetap membangkitkan kedua-dua aspek tersebut hanya memberikan kesan buruk kepada PR.

“Ini hanya akan menimbulkan konflik antara PAS dan DAP, malah saya percaya ian akan memecahkan PR. Jadi PAS perlu berhenti membangkitkan isu ini, sebaliknya bertindak mengikut peredaran semasa dengan melaksanakan kaedah yang diterima rakyat."

Bila Giliran Kita Pula Baling Najis Di Bendera Indonesia?


Bila Giliran Kita Pula?


Para penyokong Bendera semakin biadab dan tidak terkawal - sikap anti-Malaysia yang mereka tonjolkan semakin menjadi-jadi. Kini, keselamatan rakyat Malaysia di Indonesia pula jadi pertaruhannya. Kerajaan Malaysia tidak boleh lagi bersikap lembut dalam menghadapi isu seperti ini. Semakin dibiar, semakin berani golongan seperti ini memijak kepala kita. Tindakan tegas mesti segeri diambil. Para pekerja buruh dari Indonesia dan tukang gaji dari negara tersebut perlu dihentikan serta merta.

Terbukti rakyat Indonesia tidak pernah mahu menunjukkan rasa bersyukur dengan apa-apa yang telah mereka peroleh dari Malaysia. Nasihat saya, sudah tiba masanya kerajaan Malaysia tidak lagi gentar untuk bersikap tegas dengan Indonesia. Sekarang, bendera Malaysia bukan sahaja dibaling dengan najis dan dipijak-pijak, bahkan nyawa rakyat kita sendiri sedang terancam. Persoalannya, apa rakyat kita buat? Mana peranan Pemuda UMNO, PERKASA dan Pakatan Rakyat dalam isu ini? Kumpulkanlah sebanyak mungkin rakyat Malaysia untuk melakukan demonstrasi seperti mana yang tuan-tuan lakukan sebelum ini. Inilah masanya untuk menunjukkan kesetiaan dan rasa sayang kita kepada Malaysia tercinta ini. Jangan kita hanya berani berdemonstrasi berkenaan isu-isu domestik sahaja, sebaliknya mengabaikan isu-isu yang melibatkan negara jiran.


JAKARTA 25 Ogos - Semua lokasi berkepentingan Malaysia di Jakarta dikawal polis berikutan terdapat maklumat Benteng Demokrasi Rakyat Indonesia (Bendera) akan melancarkan gerakan mengusir rakyat Malaysia atau Sweeping Malaysian hari ini. Antara langkah diambil oleh pihak berkuasa Indonesia ialah menempatkan sebanyak 200 anggota polis mengawal kediaman rasmi Duta Besar Malaysia ke Indonesia di sini, sejak pukul 9.30 pagi.

Selain itu, polis juga ditempatkan bagi mengawal keselamatan di Kedutaan Besar Malaysia, Pejabat Petronas dan Bank CIMB Niaga. Petronas turut mengarahkan kakitangannya supaya pulang awal iaitu pada pukul 1 petang setelah menerima ancaman tersebut.

Polis memberitahu demonstrasi itu akan dilakukan oleh Gerakan Pemuda Pemudi Anti Malaysia iaitu salah satu cabang di dalam Bendera. Seorang pegawai polis yang berkawal di kediaman duta besar turut mengingatkan wartawan supaya berhati-hati kerana ada maklumat menyebut kumpulan itu nekad untuk menahan rakyat Malaysia.

Berikutan itu, semua pelajar Malaysia di Jakarta telah dinasihatkan tidak melalui kawasan Jalan Diponegoro, Menteng, Jakarta Pusat untuk mengelakkan daripada tindakan 'sweeping' oleh anggota Bendera. Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia di Indonesia, Datuk Dr Junaidy Abu Bakar mengingatkan pelajar supaya keluar rumah dalam berkumpulan dan segera menghubungi beliau atau pemimpin pelajar jika diancam oleh mana-mana pihak.

"Saya minta seluruh mahasiswa Malaysia agar menghindari kawasan Menteng, khususnya Jalan Diponegoro. ia dikenal pasti antara kawasan yang akan dilakukan 'sweeping' rakyat Malaysia oleh kumpulan Bendera," katanya ketika ditemui di sini hari ini. Bagaimanapun sehingga pukul 6 petang ini, iaitu had waktu dibenarkan oleh polis untuk mengadakan demonstrasi, hanya satu demonstrasi kecil dilakukan kira-kira 15 minit di hadapan Kedutaan Besar Malaysia.

Daripada maklumat polis, dijangka satu demonstrasi besar-besaran membabitkan pelbagai badan bukan kerajaan akan diadakan di hadapan Kedutaan Besar Malaysia esok yang disertai kira-kira 1,000 orang. Utusan Malaysia difahamkan demonstrasi itu akan disertai ramai penunjuk perasaan kerana mereka mahu mengambil kesempatan untuk mendapatkan 'duit raya' kerana semakin hampirnya sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Petang Isnin lalu, 37 anggota Bendera berdemonstrasi di hadapan Kedutaan Besar Malaysia dan membawa bersama lima bungkus najis manusia kerana membantah penahanan tiga anggota penguat kuasa marin Indonesia oleh Polis Marin Malaysia pada 13 Ogos lalu. Salah seorang daripada mereka sempat melempar bungkusan najis itu masuk ke dalam pintu pagar kedutaan besar, manakala yang lainnya meletakkan kotoran itu ke atas bendera Malaysia di jalan dan memijaknya. - UTUSAN

August 25, 2010

Hanya UMNO Boleh Laksana Hukum Hudud


Hanya UMNO
Boleh Laksana Hukum Hudud


Usaha untuk melihat Hudud dilaksanakan di negara ini semakin cerah melalui kenyataan Ahmad Zahid Hamidi, Naib Presiden UMNO yang jelas menyindir kefahaman Karpal Singh dan Lim Kit Siang berhubung isu Hukum Hudud dan negara Islam. Menurut beliau, kenyataan Karpal Singh dan Lim Kit sebelum ini sudah cukup membuktikan bahawa mereka berdua termasuk dalam golongan anti-hukum Islam. Saya melihat kenyataan Zahid Hamidi di bawah ini merupakan titik permulaan untuk UMNO melaksanakan hukum Hudud di Malaysia. Saya percaya dan yakin, UMNO mempunyai kekuatan untuk merealisasikan pelaksanaan hukum Hudud di negara ini, setelah PAS terbukti gagal menjalankan tanggungjawabnya.


Sudah tiba masanya, UMNO serius dalam mempertahankan Islam setelah digadaikan oleh PAS atas nama demokrasi dan peti undi. UMNO diminta jangan tunggu lama lagi, hukum Allah perlu segera dilaksanakan di negara ini - hanya inilah jawapannya untuk membanteras gejala sosial yang semakin membimbangkan. Islam bukan untuk UMNO atau PAS, tetapi Islam adalah untuk semua orang. Hukum Hudud bukan milik PAS ia milik umat Islam yang cintakan kebenaran - saya lihat sejak akhir-akhir ini, hati para pemimpin UMNO semakin lembut kepada Islam, dan kita berdoa agar hukum Hudud dapat dilaksanakan di negara ini sesegera yang boleh. Jangan kita takut dengan kecaman orang kafir atau para pendengki daripada PAS - yang penting UMNO ikhlas mempertahankan agama, bangsa dan negara. Saya yakin hanya UMNO mampu melaksanakan Hukum Hudud! dan Zahid Hamidi adalah antara pemimpin UMNO yang mampu menggerakkannya.


PETALING JAYA: Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata tentangan terhadap pelaksanaan hukum hudud di negara ini oleh DAP jelas menunjukkan sikap sebenar parti itu terhadap perjuagan mereka dalam Pakatan Rakyat. “Inilah sikap sebenar mereka, menentang hukum Islam dan mahu menegakkan sebuah negara sekular semata-mata. “Sikap toleransi dan hormat-menghormati tidak ada dalam prinsip perjuangan mereka,” katanya kepada mStar Online di sini pada Selasa.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang tidak bersetuju dengan cadangan untuk melaksanakan hukum hudud bagi menggantikan undang-undang sivil dalam menangani masalah jenayah dan sosial. Karpal dilaporkan berkata, Perlembagaan Persekutuan telah menetapkan bahawa hanya Kanun Keseksaan dan undang-undang sivil lain yang boleh digunakan, justeru tidak ada ruang untuk undang-undang hudud.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datoh berkata, rakyat perlu membuka mata dan menilai kebiadaban sikap pembangkang seperti DAP yang tidak faham dengan syariat Islam yang sebenar. “Mereka perlu faham, hukum hudud hanya dilaksanakan ke atas orang Islam yang didapati bersalah dan bukan mudah untuk hukuman seperti potong tangan dilaksanakan. “Ada banyak perkara perlu diambilkira, DAP perlu sedar perkara sebegini mencerminkan sikap sebenar mereka terhadap agama Islam,” katanya.

Sementara itu, Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasruddin Hassan Tantawi berkata beliau sedia bertemu dengan mana-mana pihak termasuk Karpal dan pemimpin veterannya, Lim Kit Siang bagi menjelaskan konsep hukuman hudud secara terperinci. “Kita sedia bertemu dengan sesiapa sahaja termasuk pemerintah bagi menjelaskan bagaimana syariat Islam dan hukum hudud berperanan memulihkan peradaban yang kian runtuh hari ini. “Sudah tiba masanya untuk Islam dan syariatnya dilaksanakan.

Kenapa mahu menolak sedang masyarakat dan negara belum menyaksikan bagaimana syariat Islam beroperasi membetulkan segala sistem nilai dan maruah bangsa yang tercalar teruk pada hari ini,” katanya. Nasrudin berkata, Islam bukanlah sekadar menjalankan hukuman semata-mata tetapi penyelesaian secara bestari dan berhikmah serta mempunyai pakej penyelesaian yang cukup baik bermula daripada pendidikan, pembentukan minda dan peribadi, pencegahan, pemantauan, alternatif seterusnya hukuman setimpal. "Hukuman berat tidak menjamin keberkesanan seperti hukuman gantung sampai mati ke atas pengedar dadah. "Biarpun hukuman itu keras dan berat, namun realitinya pengedaran dadah semakin berleluasa," katanya. Baru-baru ini Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mencadangkan supaya perlaksanaan syariat Islam dan hukum hudud dijalankan, pelbagai pihak sibuk mencari formula bagaimana mahu mengatasi kemelut sosial yang parah ini.

Ya Allah, Dunia Sudah Terbalik : Pemimpin PAS Sendiri Tolak Hudud?


Apa Nak Jadi Dengan PAS?


Saya sudah tidak tahu lagi apa yang hendak dikata. Setelah Karpal Singh, Lim Kit Siang dan terbaru Nik Nazmi Nik Ahmad menolak hukum Hudud dan negara Islam, kini sudah mula muncul suara-suara sumbang dalam PAS sendiri yang meminta agar PAS mengetepikan terlebih dahulu perjuangan menegakkan hukum Hudud dan negara Islam? Nak jadi apa dengan ahli PAS yang bersikap sebegini? Dah tak tahu ke asal usul perjuangan PAS? Nak jadikan PAS parti yang macam mana lagi nie? Tujuan utama penubuhan PAS adalah menegakkan hukum Hudud dan negara Islam - inilah yang dilaung-laungkan oleh para pemimpin PAS sejak dari dahulu hingga sekarang! Tetapi secara tiba-tiba, ada seorang ahli PAS yang juga ahli Parlimen Kuala Selangor - sanggup menasihat pemimpin-pemimpin PAS agar memberi fokus kepada polisi-polisi umum sahaja dan bukan kepada hukum Hudud dan negara Islam.


Dah giler ke pemimpin PAS ini? Kalau PAS terpaksa menjadikan polisi-polisi umum sebagai matlamat perjuangannya - maka tak payahlah parti tersebut disebut PARTI ISLAM. Sebut sahaja Parti ISLAM UMUM abis cerita. Pandangan Dr. Dzulkefly Ahmad dalam hal ini menggambarkan PAS semakin hilang identiti dan terdesak untuk "membetulkan" imej dan pendirian parti tersebut - tatkala DAP dan PKR secara terang-terangan menolak hukum Hudud dan negara Islam. Saya ingin mengingatkan Dzulkefly, perjuangan PAS adalah untuk menegakkan hukum Hudud dan negara Islam dan bukan untuk menegakkan polisis DAP dan PKR, boleh faham tak? Banyakkan mengucap dan kembali ke pangkal jalan.


Pada hemat saya, kenyataan Dzukefly tersebut tidak ubah seperti seorang manusia yang hipokrit dan benar-benar bimbang terhadap ''hubungan haram" antara PAS, DAP dan PKR yang semakin terjejas. Maka, jelaslah, sudah terang lagi bersuluh, para pemimpin PAS sendiri sudah tidak berminat memperjuangkan agenda hukum Hudud dan negara Islam - sebaliknya PAS hanya berminat terhadap kuasa yang berada di tangan UMNO semata-mata. Apa-apa yang diucapkan oleh Dzulkefly ini adalah permulaan terhadap tentangan golongan cerdik pandai PAS dalam merubah perjuangan asal parti tersebut - maka, berhati-hatilah, selepas ini akan ada ahli-ahli PAS lain yang bangkit menentang hukum Hudud dan negara Islam yang diperjuangkan oleh parti mereka sendiri! Takbir.

Soalan saya hanya satu..apakah ini petanda awal bahawa hukum kafir yang selama ini begitu mudah dihalakan oleh para penceramah PAS terhadap UMNO - memakan diri mereka sendiri? Wallahualam. Baca laporan di bawah...


KUALA LUMPUR, 25 Ogos - Bekas Pengarah Pusat Penyelidikan PAS yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad meminta supaya PAS memfokuskan kepada polisi-polisi umum Pakatan Rakyat dan bukannya kepada hukum hudud dan penubuhan negara Islam.


Menurut kenyataannya yang disiarkan dalam beberapa media alternatif semalam, beliau berpendapat bahawa perkara yang disuarakan oleh pemimpin utama partinya seperti Mursyidul Am, Naib Presiden dan Ketua Pemuda bukan sebahagian daripada kerangka polisi umum (CPF) Pakatan Rakyat itu sendiri. Sambil menyifatkan PAS sebagai Parti Islam Demokratik dalam sebuah budaya politik campuran, beliau meminta semua parti komponen PR termasuk PAS sendiri bergerak diatas mandat yang diberikan oleh rakyat semata-mata dan tidak memaksa rakyat untuk menerima Islam.


Dzulkefly juga mendesak supaya semua komponen parti menghentikan pendebatan tersebut kerana ia dikhuatiri akan menggagalkan PR untuk menguasai kerajaan persekutuan. Sebelum itu, Mursyidul Am PAS meminta supaya Karpal Singh dan Lim Kit Siang memahami hukum hudud dengan sebaiknya supaya ia dapat menjadi alternatif kepada hukuman sivil pada hari ini dalam mengatasi masalah sosial seperti zina, rogol dan buang bayi.


Cadangan tersebut disambut oleh Naib Presiden PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man. Beliau meminta supaya pihak non Muslim tidak perlu khuatir terhadap hukum hudud kerana ia hanya dilaksanakan kepada orang Islam sahaja. Pandangan beliau disokong oleh Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, Tan Seng Giaw. Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi pula semalam meminta supaya PAS mempertimbangkan pelaksanaan hukum hudud dan penubuhan negara Islam kerana ia satu tindakan yang sia-sia.-ANN (Baca di sini)

Umat Islam Malaysia Boleh Hilang Kuasa - Tun Mahathir


Umat Islam
Boleh Hilang Kuasa



KUALA LUMPUR, 24 Ogos (Bernama) -- Nama pemimpin negara yang beragama Islam mesti disebut dalam doa khutbah Jumaat kerana Islam merupakan agama yang berkuasa di negara ini, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Beliau berkata umat Islam di negara ini sedang berhadapan dengan cabaran terbesar terutama dalam keadaan umat yang berpecah belah, yang mungkin mengakibatkan Islam kehilangan kuasanya di negara ini.

"Saya bukan racis yang nak bangkitkan perasaan marah di kalangan umat Islam tetapi ada hak kita yang harus dihormati pihak lain. Penghormatan hanya akan diperoleh apabila kita berkuasa.

"Hari ini walaupun Islam menuntut kita bersaudara tapi kita berpecah, sehingga tahap mungkin hilang kuasa," katanya ketika berucap merasmikan majlis berbuka puasa dan penyampaian Anugerah Sri Cemerlang Kelab Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Universiti pada hari Selasa.

Beliau merujuk kepada insiden penggunaan nama Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dalam bacaan doa khutbah solat Jumaat bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di beberapa masjid di negeri itu baru-baru ini. Dr Mahathir yang juga Yang Dipertua Perkim mengingatkan umat Islam agar memikirkan semula tanggungjawab kepada agama, sekalipun tanggungjawab kepada bangsa sudah tidak lagi menjadi keutamaan.

Katanya walaupun jumlah umat Islam di negara ini ramai, tidak mustahil Islam akan kehilangan tempatnya sebagai agama rasmi sekiranya sikap berpecah-belah masih diteruskan.

"Jumlah ramai ini tidak bermakna kalau sudah berpecah belah dan bermusuh antara mereka. Apabila bermusuh, pihak lain berpeluang gunakan permusuhan sesama Islam ini untuk mengutarakan kedudukan mereka, bahkan untuk berkuasa dalam negara.

"Jangan fikir tidak mungkin satu hari nanti khutbah sebut ketua negara bukan Islam kerana mereka telah berkuasa dan kita sudah jadi puak yang kecil, berpecah belah dan tidak berkuasa," katanya. Beliau berkata sudah ramai umat Islam di negara ini yang tidak mengamalkan tingkah laku dan cara hidup seperti yang dituntut dalam Al-Quran dan hadis. Justeru katanya kuasa umat Islam hanya dapat dikekalkan sekiranya umat Islam itu sendiri yang berusaha menyelamatkan agama mereka.

"Berkuasa hari ni tidak bermakna kekal berkuasa di masa depan. Jangan fikir pegangan kita akan terus kekal. Ia akan terhakis juga bila kita sudah miskin dan daif. Islam tak suruh kita berpecah-belah, tapi suruh kita bersaudara. Tanya kepada diri adakah kita benar-benar berpegang kepada ajaran Islam tentng persaudaraan ini," katanya.

-- BERNAMA

August 24, 2010

Sayang, Undi PAS Tidak Lagi Dapat Pahala!


Sayang, Kali ini Undi PAS
Kita Tidak Lagi Beroleh Pahala!



1. Setelah jelas pendirian DAP melalui kenyataan rasmi mereka bahawa Pakatan Rakyat sama sekali tidak menyokong dasar PAS yang mahu membentuk negara Islam dan melaksanakan hukum Hudud - maka jelaslah PAS bersendirian dalam hal tersebut. DAP melalui lidah Lim Kit Siang dan Karpal Singh dengan tegas menolak hasrat dan cita-cita PAS itu, manakala PKR melalui lidah Nik Nazmi Nik Ahmad, Pengarah Komunikasinya dengan jelas menunjukkan nada dan irama yang sama dengan para pemimpin DAP.


2. Maka, terlondehlah segala niat sebenar PAS yang sanggup bersekongkol dengan DAP dan PKR selama ini. Bahkan jelaslah niat PAS tidak lebih daripada mahu menjatuhkan UMNO dan mengharapkan kuasa serta kedudukan. Jika dahulu, Nik Aziz berfatwa, sesiapa yang mengundi PAS akan memperoleh pahala, kini kita tidak lagi memperoleh itu semua. Hal ini adalah jelas dan nyata - PAS telah bersama-sama dan taat setia dengan parti yang terang-terang menolak hukum Allah dan menghalang pembentukan negara Islam. Sekiranya PAS masih tetap mahu bersama-sama dengan DAP dan PKR, maka PAS secara terang-terangan telah bersekongkol dengan musuh Allah dan Rasul-Nya yang menolak hukum Hudud dan negara Islam.


3. Sekarang, PAS sudah mengetahui secara rasmi - sesungguhnya DAP dan PKR sama sekali tidak menginginkan negara Islam dan hukum Hudud, maka mengapa PAS masih berdegil mahu bersama mereka? Apa muslihat PAS sebenarnya? Ingin berjihad atau mendapatkan kuasa? Nampaknya, kali ini dengan mengundi PAS kita tidak lagi memperoleh pahala, kerana perjuangan dan dasar PAS pada hari ini sudah berubah dan sangat jelas parti tersebut membantu musuh Allah, sekali gus menyebabkan PAS hilang kredibiliti sebagai sebuah parti Islam.


4. Dewan Ulama PAS harus segera mengeluarkan fatwa dan hukum berkenaan permasalahan yang sedang dihadapi oleh parti tersebut. Yang jelas, sesiapa yang mengundi PAS tidak lagi mendapat pahala sebagaimana yang didakwa oleh Nik Aziz pada satu ketika dahulu - malah, jika tersilap hari bulan, dan PAS masih taat setia dalam Pakatan Rakyat, tidak mustahil mengundi PAS mendapat dosa - hal ini adalah kerana PAS sudah sedia maklum akan kemungkaran yang terdapat dalam Pakatan Rakyat, tetapi masih terus menyokong dan bersatu dengan kemungkaran-kemungkaran tersebut. Maka eloklah kita fikir-fikiran.

Kenyataan Rasmi DAP Tolak Hudud dan Negara Islam PAS


Kenyataan Rasmi DAP
Tolak Hudud dan Negara Islam



Questions have again been raised about the DAP and Pakatan Rakyat policies on hudud laws and Malaysia as an Islamic State. DAP’s stand on Malaysia as a secular state has always been constant and consistent.

Hudud laws and Islamic state are not Pakatan Rakyat policies. This is why there is no mention of these issues in the Pakatan Rakyat common platform unveiled at the Pakatan Rakyat Convention in Shah Alam on 19th December last year.

In the section on “Transparent and Genuine Democracy”, Pakatan Rakyat made the pledge to:

“Defend the Federal Constitution, Islam as the religion of the Federation while other religions can be practiced peacefully anywhere in the country and protecting the special position of the Malays and the indigenous peoples anywhere including Sabah and Sarawak, and the legitimate interests of other races in accordance to Article 153.”

In the section on “Religion”, Pakatan Rakyat made the following commitment:

Religion

Religion and other beliefs practiced by Malaysians should form the basis of unity that is founded on good universal values. Malaysians have almost fallen into the boiling pot of discord and tension that was caused by manipulation of religious differences. This should not happen in a genuinely democratic Malaysia, with Islam occupying a special position whilst the rights of other religions are guaranteed.

Pakatan Rakyat vows to:

1.Defend the position of Islam as the religion of the Federation and guarantee freedom of religion for every Malaysian.

2.Organise dialogues and consultations between cultures and religion in order to strengthen the understanding between them.

3.Set up a comprehensive mechanism to provide just resolution to cases which involve the overlap of civil and Syariah laws, including a Royal Commission to deeply study all the relevant issues.

4.Strengthen the management of Islamic institutions such as Baitul Mal and Tabung Haji to ensure that they are administered effectively and efficiently to achieve their objectives.

5.Ensure suitable areas for places of worship and burial grounds for all religions.”

Hudud laws and Islamic state are not policies of Pakatan Rakyat as any policy change would need the agreement of all three component parties and there is no such consensus in Pakatan Rakyat on hudud laws and Islamic state.

Strangely enough, who is on record as supporting an Islamic State as advocated by the last three Prime Ministers, Tun Dr. Mahathir, Tun Abdullah and Datuk Seri Najib Razak – completely in contradiction to the clearly expressed public positions of the first three Prime Ministers, Tunku Abdul Rahman, Tun Razak and Tun Hussein Onn that Malaysia was founded as a secular nation and not an Islamic State?

It is the leaderships of the MCA, Gerakan, MIC, SUPP and the other Barisan Nasional component parties who were ever-ready to give unquestioned support to the declarations by the last three Prime Ministers, beginning with Mahathir’s “929 Declaration” that Malaysia is an Islamic state on Sept. 29, 2001, who should be repudiating their past positions instead of trying to pull the wool over the people’s eyes. Sumber : Lim Kit Siang Blog

Dewan Ulama PAS Diminta Perjelas Kedudukan Aqidah Nik Nazmi


Apa Hukum PAS
Terhadap Nik Nazmi?



Dewan Ulama PAS diminta bertegas dan menentukan pendirian parti tersebut berhubung dakwaan Karpal Singh yang memetik kata-kata Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad yang menyatakan perjuangan PAS untuk menegakkan negara Islam di Malaysia adalah perbuatan sia-sia. Malah, Nik Nazmi turut menyatakan bahawa hukum Hudud tidak sesuai di negara ini. Menurut amalan budaya PAS, sekiranya kenyataan seperti ini diucapkan oleh pemimpin-pemimpin UMNO - sah para pemimpin UMNO ini akan menjadi kafir, kerana menolak hukum Allah. Dan sekarang, kita tuntut secara rasmi apakah fatwa dan hukum Dewan Ulama PAS berhubung kenyataan Nik Nazmi yang dipetik oleh Karpal Singh itu. Apakah aqidah Nik Nazmi boleh tergelincir, ataupun dosa Nik Nazmi dibebaskan kerana beliau ialah seorang ahli PKR? PAS diminta siasat hal ini, kerana ia melibatkan aqidah para pemimpin PKR. Kita berharap jangan apabila sesuatu isu itu, terkena batang hidung pemimpin-pemimpin pembangkang, maka PAS diam seribu bahasa, tetapi apabila melibatkan para pemimpin UMNO, PAS melatah bagaikan nak pecah anak kerongkong. Nik Aziz dan Haji Hadi harap jangan bermain sendiwara dalam isu ini.


KUALA LUMPUR: Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh, hari ini menafikan dakwaan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, bahawa beliau bersendirian dalam pendiriannya menolak hukum hudud dan penubuhan negara Islam yang dicadangkan PAS.

Karpal Singh berkata, penasihat DAP, Lim Kit Siang, juga telah menyatakan pendiriannya bahawa Malaysia ialah sebuah negara sekular dan pengenalan hukum hudud di negara ini dan pewujudan sebuah negara Islam bukan dasar pakatan pembangkang.

"Kenyataan oleh Mursyidul Am PAS dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, itu menunjukkan bahawa saya bersendirian dalam DAP yang menentang hudud dan negara Islam," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Karpal Singh mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz dua hari lalu bahawa beliau berpendapat kenyataan pemimpin DAP itu yang tidak bersetuju dengan cadangan PAS untuk melaksanakan hukum hudud dan negara Islam adalah pandangan peribadi beliau.

"Pemimpin DAP lain senyap, hanya dia yang timbul isu itu. Ini kerana apa yang ditimbulkan oleh pemimpin DAP itu adalah pendapat perseorangan dan bukannya keputusan parti," kata Mursyidul Am PAS itu. Karpal Singh yang menyambut baik kenyataan pengarah komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nik Nazmi Nik Ahmad, bahawa hukum hudud adalah tidak sesuai dilaksanakan, berkata: "PAS patut menerima hakikat bahawa mengubah Malaysia menjadi sebuah negara Islam adalah langkah sia-sia dan tidak akan dapat dicapai. Langkah itu bercanggah dengan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan." Sehubungan itu, Karpal berharap PAS akan mempertimbangkan pendiriannya mengenai hukum hudud dan negara Islam. - BERNAMA

Siapa Sebenarnya Yang Tidak Faham, Tuan Ibrahim Atau DAP?


PAS Berlutut
Minta Izin Kepada DAP
Untuk Laksana Islam


Saya sebenarnya agak rasa sedikit kasihan dengan para pemimpin PAS yang terpaksa menagih simpati dengan DAP dan Karpal Singh. Seolah-olah hina sungguh Islam, sehingga terpaksa melutut dan menagih kasihan kepada DAP - jelaslah umat Islam terlalu lemah di negara ini, lantaran kita berpecah-belah dan saling membenci, sehingga untuk melaksanakan hukum Hudud dan membentuk negara Islam pun, kita terpaksa memohon izin kepada Lim Kit Siang dan Karpal Singh.

Sekiranya PAS berfikiran jauh dan bijak - semasa isu perpaduan UMNO-PAS meletus, mereka tidak seharusnya bersikap bongkak dan ego, halakan sahaja dakwah mereka itu kepada UMNO dan bukan kepada DAP - jika Islam dan umat Melayu bersatu, kita tidak perlu meminta izin pun kepada DAP untuk melaksanakan hukum Hudud di negara ini. Tetapi sekarang - berbuih-buih mulut para pemimpin PAS untuk mentarbiyyah Ustaz Karpal Singh dan Tok Guru Lim Kit Siang, agar mereka menerima hukum Hudud dan konsep negara Islam ala-PAS. Soalnya, dalam PR, siapakah yang sebenarnya berkuasa dan siapa pula yang dikuasai?

Dari luar, tampaknya PAS terpaksa berlutut kepada DAP semata-mata untuk melaksanakan hasrat parti tersebut melaksanakan hukum Hudud - jika dalam hal-ehwal agama Islam pun PAS terpaksa memohon ehsan daripada Karpal Singh, apatah lagi dalam hal-ehwal politik dan ekonomi - bertambah-tambahlah serban PAS dipijak-pijak oleh DAP. Agak mengecewakan, Islam bertambah dihina dibawah politik gaya PAS - sudahlah hukum Allah tidak dapat dilaksana, kemudian sesuka hati sahaja pemimpin DAP menyindir hukum tersebut. Tetapi, saya percaya, kerana kemarukan kuasa dan mahu menghancurkan saudara seIslam yang bernama UMNO, PAS tidak akan mengakui semua ini. PAS lebih rela disish, diperlekeh dan dilanyak oleh DAP, janji UMNO hilang kuasa.

Malang sungguh umat Melayu-Islam di negara ini. Tanah airnya adalah milik mereka, tetapi merempat menagih simpati, sokongan dan kuasa daripada bangsa lain. Ini adalah rumah kita - negara asal-usul kita, tetapi kita tiada kuasa untuk menentukan nasib kita sendiri, kerana kita lebih selesa berpecah-belah dan menjadi hamba kepada orang lain. Wallahualam.


KUALA LUMPUR, 23 Ogos — DAP perlu memahami dasar perjuangan PAS yang bercita-cita mahu melaksanakan hukum hudud dan negara Islam, sekiranya menawan kerajaan persekutuan, bagi mengatasi masalah jenayah dan sosial membabitkan orang Islam. Parti itu juga menegaskan, ia tidak akan kompromi sama sekali dalam soal menegakkan hukum hudud dan cita-cita menjadikan Malaysia negara Islam.

Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata pelaksanaan hukum hudud hanya melibatkan orang Islam, bukannya masyarakat bukan Islam.

“DAP tolak hukum hudud mungkin kerana salah faham kerana tidak memahami secara jelas mengenai pelaksanaannya.

“Sebenarnya hukum hudud ini sudah menjadi kewajiban untuk dilaksanakan dan ia merupakan tanggungjawab pemerintah,” kata beliau kepada The Malaysian Insider. Beliau berkata DAP perlu memahami dasar perjuangan PAS yang selama ini memperjuangkan Islam.

“Kita harap DAP memahami dasar perjuangan PAS kerana kita selama ini tidak pernah menyentuh dasar DAP ataupun dasar Parti Keadilan Rakyat (PKR).

“Ada perkara yang kita boleh terima dan kita harap DAP juga begitu dan saya percaya DAP tolak hukum hudud dalam konteks pelaksanaan dalam negara,” katanya. Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berkata, DAP perlu diberikan penerangan mengenai hukum hudud secara jelas supaya mereka memahami maksud sebenar pelaksanaan hukum hudud itu.

“Hukum hudud hanya untuk orang Islam, jadi kalau kita laksanakannya orang bukan Islam tidak akan kena apa-apa tindakan.

“Jadi orang bukan Islam tidak perlu risau mengenainya, jadi saya harap isu ini tidak dijadikan polemik oleh media,” katanya lagi. Sementara itu, Ketua Dewan Pemuda PAS Nasruddin Hassan Al-Tantawi berkata parti itu akan melunturkan dasar perjuanagn mahu melaksanakan hukum hudud dan negara Islam.

Sambil yakin DAP akan menerima penjelasan PAS, Nasruddin berkata pihaknya hanya mahu menjelaskan kepada rakan mereka itu mengenai hukum hudud, bukannnya mempertikaikan kesetiaan DAP dalam PR hanya kerana memberikan pandangan berlainan dalam isu ini.

“DAP tidak memahami apa itu hukum hudud jadi sudah menjadi kewajiban bagi PAS untuk memberikan penjelasan supaya mereka faham.

“Kita bukan nak pertikaikan kesetiaan DAP tapi hanya mahu beri penjelasan kepada mereka tentang Islam yang dicadangkan PAS,” katanya. Beliau berkata PAS tetap akan memperjuangkan dasar parti iaitu memperjuangkan Islam walaupun ditolak DAP.

“Kalau DAP nak tolak itu hak mereka tapi kita akan tetap memperjuangkan PAS dan kalau DAP tidak memahami kita akan jelaskan kepada mereka termasuk pelaksanaan hukum hudud.

“Kita akan terangkan kepada DAP mengenai pelaksanaan hukum hudud mengikut syariat Islam dan bagaimana aplikasinya kepada orang Islam,” katanya. Nasruddin berkata walaupun terdapat perbezaan pendapat antara PAS dan DAP mengenai hukum hudud namun ia tidak menjejaskan hubungan dan kerjasama antara dua parti itu.

“Hubungan antara PAS dan DAP hanya kerjasama politik jadi tidak wujud unsur bahawa kita tidak bersepakat dengan DAP.

“PAS dan DAP akan tetap bekerjasama dalam PR dan kita juga tidak pertikaikan kesetiaan mana-mana parti dalam PR,” katanya. Semalam Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata hukum hudud dan negara Islam bukan merupakan dasar Pakatan Rakyat (PR).

Lim mempertahankan pendirian konsisten parti itu yang sentiasa menekankan bahawa Malaysia sebuah negara sekular. Malah Pengerusi DAP kebangsaan Karpal Singh mengumumkan bahawa beliau kekal menentang undang-undang sedemikian jika PR mengambil alih kerajaan persekutuan. Kata Karpal, undang-undang sedemikian “tidak berperlembagaan” dan setiap orang perlu menghormati perlembagaan.

DAP mengeluarkan kenyataan ini sehari selepas Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berpendapat kenyataan Karpal yang tidak bersetuju dengan cadangan PAS untuk melaksanakan hukum hudud adalah pandangan peribadinya. Menteri Besar Kelantan berkata suara-suara sumbang yang timbul mengenai hukum hudud adalah pendapat peribadi dan bukan kenyataan rasmi parti itu.

“Pemimpin DAP lain senyap, hanya dia yang timbul isu itu. Ini kerana apa yang ditimbulkan oleh pemimpin DAP itu merupakan pendapat perseorangan dan bukannya keputusan parti,” katanya. Karpal tidak bersetuju dengan cadangan Nik Aziz, yang dibuat Khamis lalu bahawa cara terbaik menangani masalah jenayah dan sosial ialah meminda undang-undang sivil dan digantikan dengan undang-undang hudud.

“Adalah silap bagi orang seperti Nik Aziz bercakap sesuatu yang tidak boleh diperkenalkan di negara ini.

“Perlembagaan Persekutuan hanya membenarkan Kanun Keseksaan dan undang-undang sivil lain dan tidak ada ruang untuk undang-undang hudud,” kata Karpal.

August 23, 2010

Mengapa Kita Menentang PAS?

Menjawab Permasalahan
Ketua Pemuda PAS



1. Saya sebenarnya ingin sahaja menjawab tulisan Ketua Pemuda PAS, Nasaruddin at-Tantawi (di sini). Tetapi, saya rasa ia membuag masa sahaja. Cuma, saya ingin jelaskan sedikit sahaja. Salah satu sebab mengapa DAP kurang ajar terhadap Islam dan hukum hakamnya adalah berpunca daripada sikap PAS sendiri yang telah lama meninggalkan kerja-kerja dakwah. Inilah puncanya mengapa UMNO terpaksa menentang PAS.


2. Izinkan saya menjelaskan mengapa UMNO terpaksa menentang PAS. Kita menentang PAS bukan namanya PAS, kita juga menetang PAS bukan kerana niat murninya untuk menegakkan kalimah Allah di bumi Malaysia tercinta ini – tetapi kita menentang PAS kerana PAS tidak mengikut perjuangan yang mereka laung-laungkan selama ini. PAS mendakwa mereka berjuang bersandarkan al-Quran dan al-Hadis, tetapi mereka tidak mengikut sepenuhnya al-Quran dan al-Hadis. Inilah yang kita tentang. Jangan sesekali menggunakan nama Islam untuk parti, sekiranya kita tidak yakin dan upaya memastikan setiap daripada ahli parti kita mengikut al-Quran dan as-Sunnah.


3. Jangan kita melaung-laungkan kenyataan “Kita junjung al-Quran dan kita ikut as-Sunnah” tetapi pada masa yang sama, amalan ahli-ahli parti kita terlalu jauh daripada mengikut kehendak al-Quran dan as-Sunnah. Jangan sesekali kita mendakwa, kita ialah pejuang Islam, tetapi kehidupan harian kita dan ahli parti, masih mengamalan tatacara hidup jahiliah – mengumpat, mencerca, mengaib, menghina dan mengutuk saudara seIslam merupakan perbuatan jahiliah. Sebab inilah kita terpaksa menentang PAS. PAS meninggalkan urusan dakwah dan mendidik masyarakat – hatta ahli-ahli parti mereka sendiri masih belum mampu dididik dengan baik.


4. Hal ini sangat jauh berbeza dengan perjuangan Nabi Muhammad, selama 13 tahun di Mekkah, para pengikut baginda dididik terlebih dahulu dengan aqidah yang benar dan akhlak yang luhur, dan apabila perintah berhijrah ke Madinah serta seruan jihad diwajibkan ke atas mereka, maka para sahabat dan pengikut Rasulullah terjun ke lapangan jihad bersama-sama dengan akhlak yang luhur - sama ada berjihad di medan perang mahu pun berjihad di medan politik.


5. Inilah yang membezakan antara perjuangan PAS dengan perjuangan Islam. Sedangkan, para perjuang dan penyokong PAS terjun ke medan jihad tanpa terlebih dahulu membersihkan kekotoran jiwa dan hati mereka. Maka tidak hairanlah umpat keji dan caci maki sudah menjadi rutin ucapan dan tulisan mereka dalam beramar ma’ruh dan nahi mungkar. Walaupun mereka tahu, umpat keji, caci maki, berburuk sangka adalah perbuatan haram, namun begitu hati dan jiwa mereka sama sekali tidak merasai besarnya dosa perbuatan tersebut, lantaran mereka tidak pernah didik terlebih dahulu di Madrasah PAS dengan akhlak Islam yang sebenar, sebelum diizinkan terjun ke medan jihad.


6. PAS bukanlah sebuah madrasah akhlak yang boleh mendidik masyarakat agar menghayati Islam dengan lebih syumul, kerana terbukti ahli dan para penyokong PAS sendiri masih jauh daripada akhlak Islam yang sejati. Malah, perjuangan PAS sendiri tersasar jauh daripada perjuangan Ikhwanul Muslimin yang selama ini menjadi penanda aras dan gerakan idola parti tersebut. Hassan al-Banna sama sekali tidak menjadikan Ikhwanul Muslimin sebagai parti politik semata-mata, bahkan beliau memastikan Ikhwanul Muslimin sebagai sebuah madrasah yang mendidik ahli-ahlinya agar beradab, berakhlak dan berbudi pekerti mulia, selaras dengan kehendak Allah dan Rasul-Nya. Lantaran itu, kita sering mendengar istilah “usrah” yang diamalkan dalam gerakan Ikhwanul Muslimin – sebagai satu agenda penting memantapkan akhlak dan sahsiah ahli-ahlinya, tetapi bagaimana pula dengan PAS?


7. Suka saya katakan, contoh terbaik dalam hal ini ialah al-Arqam. Walaupun ajaran mereka telah disepakati sebagai menyimpang daripada aqidah ahlu sunnah wal jamaah, namun demikian, usaha Ashaari Muhammad menjadikan al-Arqam sebagai madrasah al-akhlak patut dipuji dan diteladani. Sehingga detik-detik terakhir Ashaari ditangkap, tidak pernah kedengaran para pengikutnya mengamuk, memberontak atau pun berdemonstrasi di jalan-jalan raya bagi menjatuhkan kerajaan Islam UMNO atau mempertahankan Syeikhul Arqam mereka sehingga ke titisan darah terakhir.


8. Malah, lebih jauh daripada itu, madrasah al-Arqam berjaya mendidik ahli-ahlinya menghindari budaya megumpat, mencerca dan mengkafir para pemimpin kerajaan yang tidak sehaluan dengan mereka. Al-Arqam juga membangunkan ekonomi mereka sendiri, perniagaan sendiri dan pendidikan sendiri. Ahli-ahli al-Arqam tidak merokok, sanggup berdakwah ke pedalaman Sabah dan Sarawak, sanggup turun ke tempat-tempat maksiat untuk mendidik masyarakat (seperti Hassan al-Banna), malah dengan bilangan ustaz dalam al-Arqam yang boleh dihitung dengan jari, Ashaari Muhammad berjaya mengIslamkan berpuluh-puluh orang kafir di dalam mahu pun di luar negara, hanya kerana mereka tertarik dengan akhlak ahli-ahli al-Arqam.


9. Dari segi ini, saya yakin Ashaari lebih berjaya daripada sebahagian besar ulama-ulama PAS. Sepanjang pengharaman al-Arqam, ahli-ahlinya bersabar, berdoa dan tidak memberontak. Mereka diarah agar taat dan patuh dengan arahan kerajaan, kerana Ashaari tahu, memberontak dan berdemonstrasi hanya akan mengundang bencana dan musibah yang lebih besar.


10. Inilah akhlak Islam yang sebenar, yang menuruti tatacara Rasulullah. Selama 13 tahun para sahabat Rasulullah diseksa, dikhianati, disisih, diperangi, dibunuh dan dipulau, baginda tidak pernah menyeru agar mengangkat senjata dan menentang penduduk kafir Quraish – hal ini bukanlah semata-mata kerana penganut Islam terlalu lemah dan berjumlah sedikit di kota Mekkah, bahkan sekiranya Allah berkehendak, mudah sahaja Islam mengalahkan puak musyrikin di kota tersebut. Tetapi falsafah di sebalik peristiwa itu adalah jauh lebih besar daripada apa-apa yang tertera di dalam buku-buku sejarah.


11. Selama 13 tahun, para sahabat dan pengikut baginda Rasulullah diajar dan dididik dengan akhlak kesabaran, agar mereka menghayati bertapa luasnya wilayah kesabaran itu, sekiranya mereka benar-benar mahu mencari keredhaan Allah. Tidak cukup dengan itu, madrasah Mekkah benar-benar mengasuh para sahabat Rasulullah menjadi insan yang mulia – tatkala Islam sudah mencapai kekuatan yang utuh, dan mereka kembali semua ke kota Mekkah – Di sana, Rasulullah dan para sahabatnya, sekali lagi menunjukkan akhlak Islam yang sebenar dengan bersikap lembut dan memaafkan para penduduk Mekkah yang selama ini menzalimi dan menganiayai mereka. Tetapi malang, marhalah perjuangan dan akhlak para pengikut Rasulullah ini tidak ditiru dan diteladani oleh PAS – bahkan kita lebih selesa memberontak, berdemonstrasi dan mencaci pemimpin Islam, semata-mata kerana harga minyak naik 5 sen dan seorang warga negara Malaysia dijatuhkan hukuman penjara kerana didapati bersalah melakukan seks luar tabii.


12. Tidak cukup dengan itu, mereka bersekongkol pula dengan parti kafir yang jelas membenci Islam untuk menjatuhkan orang Islam sendiri, semata-mata kerana mereka baru sahaja dibebaskan daripada tahanan ISA selama 2 tahun. Nah! sungguh jauh kita daripada wilayah kesabaran yang dialami dan diamalkan oleh para sahabat Rasulullah di kota Mekkah. Di negara ini, harga barang baru naik 10 sen kita sudah mengamuk dan mengutuk kerajaan. Kemudian mereka anjur demonstrasi jalanan, apabila kerajaan halang, mereka tuduh kerajaan zalim dan kejam. Inilah budaya samseng ala-gengster yang kononnya berpaksikan al-Quran dan as-Sunnah.


13. PAS bukanlah sebuah madrasah yang mendidik masyarakat dan ahlinya untuk bersabar dan berkasih sayang seperti gerakan Ikhwanul Muslimin dan al-Arqam. PAS tidak mempunyai agenda, aturan, kaedah, mahu pun sistem terancang bagi tujuan mendidik, atau sekurang-kurangnya mendidik ahli parti mereka sendiri dalam memahami fiqh al-dakwah, fiqh al-jihad, fiqh al-akhlak, dan wilayah kesabaran dalam perjuangan. Hal ini sangat berbeza dengan gerakan Islam seperti Ikhwanul Muslimin, pimpinan Hassan al-Banna mahupun seperti Jama’at Islami pimpinan Sayyid Abu al-A’la al-Mawdudi.


14. Sejauh ini, kita telah melihat, inilah jalan yang ditempuh hampir semua gerakan Islam di dunia bagi merealisasikan tajdid Islami dalam masyarakat, dengan kata lain sesebuah gerakan Islam atau parti politik Islam, sama sekali tidak dapat lari dan dipisahkan daripada agenda mendidik dan menunjukkan akhlak yang mulia – bahkan jika ditanya kepada ahli-ahli PAS sendiri, apakah mereka benar-benar faham dengan hukum Hudud dan negara Islam itu? Saya percaya dan menyakini ramai ahli PAS yang tidak upaya untuk menjawabnya. Maka, jelaslah, mereka tidak menjalani dan menempuhi jalan tarbiyyah serta asuhan yang jitu apabila selesai berdaftar sebagai ahli PAS. Lantaran itu, kita pasti akan bertanya apakah peranan dan agenda PAS dalam mendidik ahli-ahlinya bagi menghayati dan mengamalkan ajaran Islam? Hal ini dibangkitkan ekoran daripada budaya dan cara amalan sebahagian besar ahli dan penyokong PAS, tidak mencerminkan akhlak Islam yang sebenarnya.



15. Budaya buruk sangka, mencaci sesama saudara seIslam, membuka aib orang Islam lain dan menghina para ulama yang menyokong kerajaan, bukanlah budaya dan akhlak Islam. Justeru itu, Perjuangan PAS hanyalah kelihatan untuk meraih undi dan bukan untuk mentarbiyyah masyarakat agar terpesona serta tertarik dengan keindahan Islam. Dan sesungguhnya, keindahan Islam itu hanya akan tercapai melalui ketinggian akhlak dan kekuatan sabar. Ramai yang memeluk Islam pada zaman Rasulullah, adalah disebabkan tertarik dengan keindahan Islam yang terpancar melalui akhlak dan budi pekerti baginda.


16. Hal yang sama juga terjadi semasa Hassan al-Banna mengetuai Ikhwanul Muslimin dan Ashaari Muhammad memimpin al-Arqam. Tetapi, bagaimana pula dengan PAS? Agak malang, sekiranya sebuah parti Islam yang mendakwa disertai oleh ribuan ulama dan tok guru, tetapi masih gagal menarik minat orang bukan Islam untuk menganut Islam, serta mengucap kalimah syahadah. Sudah tentu ada yang tidak kena dengan parti Islam tersebut. Bahkan, di sisi lain pula, didapati parti Islam itu terpaksa menggugurkan perjuangan menegakkan hukum Hudud dan negara Islam, semata-mata mahu mendapatkan sokongan dan undi daripada kaum kafir. Maka yakinilah, pasti ada yang tidak kena dengan parti atau gerakan Islam seperti ini. Dan lebih malang lagi, sekiranya sebuah parti Islam yang dikatakan mempunyai Dewan Ulama di setiap negeri, tetapi masih belum mampu mendisiplin dan mendidik ahli partinya sendiri, hatta dalam hal yang paling kecil seperti memastikan ahli-ahlinya meninggalkan budaya mengumpat dan mengaibkan saudara seIslam – maka bersaksikanlah, mesti ada sesuatu yang tidak kena dengan perjuangan parti Islam tersebut.


17. Bahkan sebuah negeri yang sudah diperintah oleh parti Islam ini selama 20 tahun, tetapi statistik dan fakta menunjukkan maksiat dan keruntuhan akhlak dalam kalangan generasi mudanya semakin membengkak setiap tahun, dan bukannya makin berkurangan – maka bersaksilah pasti ada perkara yang tempang dengan parti Islam itu. Cukuplah, selama 20 tahun, seorang ulama sufi mentadbir sebuah negeri di Pantai Timur, melalui slogan membangun bersama Islam, telah hilang entah ke mana bersama slogannya itu, yang tinggal dan terus membangunkan ialah gejala sosial dan maksiat dalam kalangan remajanya. Kes perceraian terus meningkat, pengidap AIDS semakin berleluasa, penghisap dadah bertambah-tambah, bilangan Mat Rempit semakin menjadi-jadi, seks bebas tidak terkira, - inilah yang dikatakan sebagai sebuah negeri Islam? Jelaslah, kaedah dan cara Nik Aziz mengamalkan politik Islam telah gagal.


18. Politik Islam bukan bermakna berceramah pagi dan petang, politik Islam bukan mengumpat dan tergesa-gesa menjatuhkan kerajaan BN/UMNO, politik Islam bukan menghalalkan apa-apa sahaja cara untuk menang,”janji” UMNO tumpas – itu bukan politik Islam namanya. Politik Islam didasarkan atas metod dakwah yang memerlukan wilayah kesabaran yang luas di dalam diri para pejuangnya. Apabila dikatakan politik Islam bermetod dakwah, maka kaedah berlemah-lembut, sabar, berkasih sayang, sangat-sangat dituntut! Dan bukannya umpat keji dan mencari aib pemimpin UMNO. Lantaran itu, sehingga sekarang, PAS masih gagal dalam politik Islamnya. Bahkan, gagal untuk memberi penjelasan yang konkrit bertapa indahnya hukum Hudud dan negara Islam kepada Karpal Singh dan Lim Kit Siang. Dan kegagalan ini adalah berpunca daripada sikap PAS sendiri yang meninggalkan kerja-kerja dakwah dan terlalu sibuk merebut kuasa dan menjatuhkan UMNO.

Nik Aziz Tahu Segala-galanya

nb

Oleh JEFRI ZACHARIAH

(Tulisan dalam rencana ini, saya fikir patut kita renung-renungkan)


1. Aku hanya tersenyum sendiri bila Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat semalam menasihatkan Karpal Singh supaya berdepan dengan orang Pas terlebih dahulu untuk memahami hukum hudud sebelum menolaknya mentah-mentah. Ia berikutan bantahan Karpal terhadap cadangan Menteri Besar Kelantan itu agar negara ini kembali kepada undang-undang hudud. Ini kerana menurutnya undang-undang sivil sekarang gagal mengawal jenayah dan penyakit sosial. Bagi aku, buat apa pula Karpal nak faham tentang hudud? Karpal tak perlu tahu tentang hudud. Mengapa aku kata begitu?

2. Jawapannya mudah saja, satu dunia dah tahu Karpal berulang-kali beritahu yang langkah mayatnya terlebih dahulu sebelum nak wujudkan negara Islam. Maknanya di sini, Karpal dari awal lagi dah 'tak pandang' pasal Islam ini, jadi bila dia dah tak pandang tentang Islam, mengapa pula Nik Aziz terhegeh-hegeh nak dia faham pula tentang hudud?

3. Kalau Islam pun dia dah tak hairan, bagi aku buang masa saja kalau Nik Aziz nak Karpal ambil berat atau memahami hudud ini. Bagi aku, yang paling 'tidak cerdik' adalah Nik Aziz sendiri. Dia bukan baru kenal Karpal. Bahkan aku rasa dia sendiri pun dah cukup masak perangai Karpal. Yang kita tertanya-tanya sekarang, kenapa Nik Aziz masih nak berkerjasama dengan Karpal sedangkan Karpal awal-awal lagi dah nyatakan pendiriannya terhadap agama yang kita anuti itu.

4. Kenapa Nik Aziz lebih rela untuk 'tidur sebantal' dengan Karpal sedangkan dengan UMNO dia bukan main lagi berpatah arang berkerat rotan. Nik Aziz juga dengan 'confident' semalam mengatakan yang Karpal adalah satu-satunya pemimpin dalam DAP yang menolak hukum hudud. Maaf Nik Aziz, bukan Karpal saja, semua orang dalam DAP itu menolak hudud. Kalau betul ada ahli atau pemimpin DAP menyokong hudud, aku minta dia bagi bukti sekarang juga

5. Aku nak tahu siapa yang dalam DAP menyokong hudud seperti mana yang digembar-gemburkan oleh Nik Aziz itu. Nik Aziz kena ingat, UMNO sendiri pun bukannya tolak hukum hudud, tetapi UMNO menolak tafsiran dan undang-undang Pas Kelantan yang tidak serasi dengan syariah. Yang UMNO persoalkan ialah, apakah undang-undang Pas dengan hukum hudud Islam menepati dan mencapai maksud dan matlamat hukum hudud dalam Islam?

6. Apakah undang-undang Pas akan menjamin keadilan bagi mereka yang akan didakwa dibawahnya? Kita semua kena faham, hukum hudud bukan menekan keberatan hukum dalam Islam tetapi sebaliknya adalah untuk keadilan. Menganggap keadilan tidak penting dalam Islam adalah salah.

7. Sebenarnya kedatangan Islamlah yang membawa keadilan kepada Arab Jahiliah dan masyarakat lain yang menerima Islam. Sebab keadilannyalah, Islam mudah diterima. Aku nak tanya satu soalan kepada Nik Aziz, kenapa undang-undang Pas Kelantan tidak akan dipaksakan ke atas orang bukan Islam?

8. Betul, Nabi sendiri tidak menggunakan undang-undang Islam untuk mengadili orang bukan Islam, tetapi hasilnya masih keadilan bagi semua pihak, sama ada yang Islam dan yang bukan Islam. Tetapi jika undang-undang Pas diguna untuk orang Islam dan undang-undang jenayah biasa diguna untuk bukan Islam maka hasilnya ialah perbezaan hukuman yang amat ketara antara penjenayah Islam dan penjenayah bukan Islam bagi jenayah yang sama.

9. Perbezaan hukuman untuk jenayah yang sama amatlah tidak adil bagi apa juga sistem nilai atau agama. Daripada kajian yang telah dibuat amatlah jelas bahawa undang-undang PAS Kelantan adalah tidak menepati sepenuhnya undang-undang, semangat dan sifat-sifat yang ada pada agama Islam. Ini yang Nik Aziz perlu terang kat umat Islam di Malaysia ini, bukan pada Karpal Singh!

PAS Gagal Didik Rakyat


PAS Gagal Didik DAP dan Gerakan


Selama hampir 20 tahun, PAS diberi peluang untuk memperjelaskan keadilan hukum Hudud di negara ini. Bermula kemenangan mereka di Kelantan pada tahun 1990, sehingga sekarang dakwah PAS ternyata gagal menyedarkan orang bukan Islam, khususnya DAP dan Gerakan, bertapa hukum Hudud itu sebenarnya adalah sebaik-baik hukum dan keadilan. Tetapi sayang, akibat tiada bijaksana dalam politik dan terlalu mengejar kuasa - akhirnya PAS tersungkur di tengah jalan.


Bukankah lebih baik sekiranya PAS bekerjasama dengan UMNO dan berdakwah kepada pemimpin-pemimpin UMNO bertapa hukum Hudud perlu dilaksanakan di Malaysia? Saya yakin jika umat Islam bersatu dan ikhlas, bangsa lain tidak akan berani sama sekali menghina dan mempersendakan hukum Allah itu. Sekarang apa sudah jadi? PAS tidak akan dapat melaksanakan Islam bersama-sama dengan PR, ini adalah jelas. Nampaknya pemimpin-pemimpin PAS tidak bijak dalam berdakwah - sehingga hukum Islam dipandang serong oleh orang kafir.


Apa yang PAS lakukan selama 20 tahun mereka mempromosi hukum Hudud? Apakah selama ini hukum Hudud hanya untuk memancing undi atau PAS ikhlas mendidik rakyat di negara ini agar lebih faham dengan Hudud dan seterusnya menerima hukum Allah tersebut? Perjuangan PAS sudah cacar-merba. Tiada lagi prinsip perjuangan dan tiada lagi keikhlasan. Baca berita di bawah...


PEMUDA GERAKAN menegaskan PAS harus sedar bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang berasaskan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang jenayah telah diperuntukan di bawah Kanun Keseksaan yang sedia ada. "Negara kita, yang terdiri daripada rakyat berbilang kaum dan agama, telah kian lama menolak perlaksanaan hukum hudud. Antara hukum hudud adalah hukuman potong tangan bagi pencuri dan rejam bagi penzina," kata ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang. Beliau merujuk kepada cadangan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya undang-undang hudud bagi mengatasi gejala jenayah dan sosial seperti kes membuang bayi yang semakin meningkat.


Dalam satu kenyataan, Tan berkata, cadangan undang-undang hudud tersebut juga turut ditolak oleh DAP, yang merupakan rakan seperjuangan PAS dalam Pakatan Rakyat. "Menurut kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh dua hari lepas, undang-undang hudud bukan jawapan kepada gejala jenayah dan sosial. "Malah beliau juga berkata 'partinya DAP tidak dapat menerima sebarang bentuk pelaksanaan hudud di negara ini'. "Ini jelas menunjukkan bahawa cadangan undang-undang hudud oleh mursyidul Am PAS tersebut adalah hanya impian peribadinya. "PAS harus sedar bahawa hukum hudud bukan impian semua rakyat Malaysia, yang berbilang kaum dan agama," tegasnya.


Oleh itu, beliau berharap PAS tidak akan lagi mengambil kesempatan untuk mencadangkan undang-undang hudud atas alasan kenaikan gejala jenayah dan sosial. "Adalah lebih baik bagi PAS mengkaji sebab-sebab kenaikan gejala jenayah dan sosial dan memberi cadangan rasional untuk meminda mana-mana peruntukan di dalam Kanun Keseksaan yang sedia ada," tambahnya. PAS, tegas Tan, PAS harus menghormati Perlembagaan Persekutuan dan Kanun Keseksaan yang sedia ada.

Apakah Kita Masih Dapat Pahala Mengundi PAS?


Lim Kit Siang dan Karpal
Tetap Tolak Hudud dan Negara Islam



Mungkin saya lambat sedikit untuk mengupas isu ini, namun demikian hal ini sudah pun jelas dan nyata, sesungguhnya DAP secara rasmi mengisytiharkan penolakan 100% terhadap perjuangan PAS yang ingin melaksanakan hukum Hudud dan negara Islam. Soalnya sekarang, apakah PAS sanggup keluar daripada Pakatan Rakyat untuk mempertahankan prinsip perjuangannya? Atau PAS tetap mahu bersama degan PR semata-mata mahu mengejar kuasa dan kedudukan. Nah! Sekarang kita akan lihat bagaimana para penyokong PAS bertempik dan mempertahankan sikap mereka. Yang jelas, Allah telah menunjukkan kepada kita siapa sebenarnya yang munafik. Malah, yang lebih penting daripada itu semua. Apakah hukumnya kita mengundi PR yang jelas secara rasmi menolak hukum Allah dan negara Islam? Dapat pahala lagi ke kita mengundi PAS? Wallahualam. (Baca di sini)


KUALA LUMPUR, 22 Ogos — DAP menjauhkan diri daripada soal memperbaharui perbincangan mengenai pelaksanaan hukum hudud dan negara Islam dengan menegaskan, kedua-duanya aspek itu bukan dasar Pakatan Rakyat (PR). Penasihat DAP Lim Kit Siang mempertahankan pendirian konsisten parti itu yang sentiasa menekankan bahawa Malaysia sebuah negara sekular.

“Undang-undang hudud dan negara Islam bukan dasar Pakatan Rakyat.

“Itu sebab isu-isu ini tidak disebutkan dalam Dasar Bersama Pakatan Rakyat yang diumumkan Disember 2009,” kata Lim dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Dasar itu diputuskan pada konvensyen sulung PR, yang dibentuk April 2008, akhir tahun lalu. Di bawah Dasar Bersama itu, PR membuat pendirian akan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama rasmi persekutuan manakala agama-agama lain boleh diamalkan dengan bebas.

“Undang-undang hudud dan negara Islam bukan dasar Pakatan Rakyat, apa-apa perubahan dasar perlu menerima persetujuan ketiga-tiga parti komponen dan tiada konsensus dalam Pakatan Rakyat mengenai undang-undang hudud dan negara Islam (setajat ini),” kata Lim lagi.

Ahli Parlimen Ipoh Timur ini menekankan idea negara Islam disokong dan digerakkan oleh tiga perdana menteri terkemudian — Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Razak. Ia bercanggah dengan pendirian tiga perdana menteri terdahulu iaitu Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak dan Tun Hussein Onn yang menganggap Malaysia negara sekular dan bukannya negara Islam.

Kata Lim, kepimpinan MCA, Gerakan, MIC, SUPP dan parti komponen lain dalam Barisan Nasional (BN) yang bersedia memberikan sokongan bulat kepada tiga perdana menteri terakhir, bermula daripada deklarasi 929 Dr Mahathir bahawa Malaysia adalah negara Islam pada 29 September 2001.

Perbincangan baru berhubung pelaksanaan undang-undang hudud dan negara Islam bermula apabila Pengerusi DAP kebangsaan Karpal Singh mengumumkan bahawa beliau kekal menentang undang-undang sedemikian jika PR mengambil alih kerajaan persekutuan.

Kata Karpal, undang-undang sedemikian “tidak berperlembagaan” dan setiap orang perlu menghormati perlembagaan. DAP mengeluarkan kenyataan ini sehari selepas Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berpendapat kenyataan Karpal yang tidak bersetuju dengan cadangan PAS untuk melaksanakan hukum hudud adalah pandangan peribadinya.

Menteri Besar Kelantan berkata suara-suara sumbang yang timbul mengenai hukum hudud adalah pendapat peribadi dan bukan kenyataan rasmi parti itu.

“Pemimpin DAP lain senyap, hanya dia yang timbul isu itu. Ini kerana apa yang ditimbulkan oleh pemimpin DAP itu merupakan pendapat perseorangan dan bukannya keputusan parti,” katanya. Karpal tidak bersetuju dengan cadangan Nik Aziz, yang dibuat Khamis lalu bahawa cara terbaik menangani masalah jenayah dan sosial ialah meminda undang-undang sivil dan digantikan dengan undang-undang hudud.

“Adalah silap bagi orang seperti Nik Aziz bercakap sesuatu yang tidak boleh diperkenalkan di negara ini.

“Perlembagaan Persekutuan hanya membenarkan Kanun Keseksaan dan undang-undang sivil lain dan tidak ada ruang untuk undang-undang hudud,” kata Karpal.