Tetamu Kehormat...

July 31, 2010

Apa Pandangan Kita dengan Cadangan Jins Shamsudin Ini?


Apa Pandangan Kita
Dengan Cadangan Jins Shamsudin Ini?



Saya secara peribadi menyambut baik idea yang dikemukakan oleh Tan Sri Jins Shamsudin di bawah ini berhubung isu menyatupadukan parti PAS, PKR dan UMNO. Namun demikian, dalam keadaan sekarang, cadangan tersebut begitu sukar untuk direalisasikan. Saya cuma ingin menambah sedikit sahaja daripada cadangan asal Tan Sri Jins Shamsudin berkenaan isu ini, iaitu menukar nama daripada "Parti Kebangsaan Melayu Bersatu" kepada "Parti Melayu-Islam Bersatu". Wallahualam.

KUALA LUMPUR, 31 Julai — Idea agar parti-parti Melayu-Islam bergabung atas nama penyatuan orang Melayu muncul lagi dengan yang terbaru budayawan dan ahli politik Senator Tan Sri Jins Shamsudin menggesa tiga parti digabungkan demi mempertahankan kuasa politik mereka. Beliau berkata keadaan semasa memerlukan sebuah parti Melayu khusus yang boleh mempertahankan dan memperjuangkan hak orang Melayu.

Justeru, penerbit dan pengarah filem terkenal ini mencadangkan nama Parti Kebangsaan Melayu Bersatu bagi menggabungkan PAS, PKR dan Umno. Idea yang mirip dibangkitkan oleh Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali pada 22 Julai lalu, antara lain mengatakan sebuah parti Melayu baru perlu ditubuhkan sebagai pilihan terakhir jika kesemua usaha untuk menyatukan kerjasama PAS dan Umno gagal. Baca seterusnya di sini...

MCA Ramal Hadi Awang Bakal PM Ke-7 Malaysia?


MCA Ramal
HADI AWANG
"PM Ke-7 Malaysia"


KOTA BHARU 30 Julai - MCA percaya Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan menjadi Perdana Menteri sekiranya pakatan pembangkang berjaya mengambil alih kerajaan pusat pada pilihan raya umum akan datang. Presidennya, Datuk Seri Chua Soi Lek sebaliknya berkata, pihaknya yakin wakil daripada Pas akan mengambil alih jawatan ketua kerajaan disebabkan parti itu mempunyai organisasi yang lebih besar dan tersusun berbanding parti lain dalam pakatan pembangkang.

"Sebagai ingatan kepada rakyat bahawa kalau mereka hendak menyokong pakatan pembangkang sehingga menguasai pentadbiran di pusat, mereka jangan begitu yakin bahawa bakal perdana menteri daripada PKR.

"Pada hemat kami, Perdana Menteri akan datang dari Pas kerana parti itu mempunyai satu organisasi yang lebih besar, ahli yang lebih ramai dan mempunyai sumber jauh yang lebih besar berbanding parti lain," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung MCA Kelantan di sini hari ini. Soi Lek bagaimanapun berkata, Pas telah menunjukkan rekod yang tidak baik sepanjang mentadbir Kelantan selama lebih 20 tahun terutama dalam menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat dan masalah sosial.


Ulasan Saya

1. PAS mungkin sudah boleh memasang angan-angan untuk meletakkan presidennya sebagai "bakal PM Malaysia ke-7" selepas PRU ke-13 Februari atau April tahun hadapan. Berdasarkan ulasan yang dikemukan oleh Chua Soi Lek di atas, saya berpandangan ia sama sekali tidak mustahil berlaku.

2. PAS mungkin sudah dapat menghidu hal ini lebih awal - lantaran itu, para juak PAS, seperti Hadi Awang, Nasaruddin Mat Isa, Mahfuz Omar dan Hassan Ali, bersungguh-sungguh mahu mempertahankan "hubungan haram" mereka dengan PAS dan PKR sehingga menjelang sinar mentari PRU ke-13 April depan.

3. Sudah lama PAS menginginkan kedudukan PM Malaysia - tetapi berjuangan secara bersendirian adalah mustahil ke arah cita-cita tersebut. Untuk mengecapi kerusi Perdana Menteri, bergabung dengan DAP dan PKR adalah jalan terbaik - walaupun dasar perjuangan berbeza. DAP, sejak awal-awal lagi sememangnya tidak berhasrat untuk menduduki kerusi empuk Perdana Menteri - DAP hanya menginginkan hak sama rata dan menghapuskan keistimewaan orang Melayu. Bagi DAP, jawatan tidak seberapa penting - yang penting pengaruh dan kehendak mereka diterima dan dituruti oleh PAS dan PKR dalam segenap pentadbiran kerajaan.

4. Pujian Presiden MCA terhadap PAS di atas mempunyai signifikannya yang tersendiri - ia bukan sekadar pujian, tetapi sindirin, bahawa agenda perpaduan yang ingin direalisasikan oleh UMNO dengan PAS selama ini adalah agenda yang sia-sia. PAS sudah semakin bernafsu besar - hajat Anwar untuk ke Putrajaya tidak akan kesampaian, cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia mungkin tidak akan tercapai.

5. Chua Soi Lek juga sebenarnya secara sinis memberi amaran kepada kaum Cina, bahawa jika wakil PAS yang menjadi PM Malaysia, maka pentadbiran negara akan semakin kucar-kacir. Kelemahan pentadbiran PAS di Kelantan dan Terengganu (satu ketika dahulu) adalah bukti paling nyata bahawa PAS bukanlah sebuah parti yang bijak dalam urusan pentadbiran dan hubungan luar negara.

6. Namun demikian, jika itu takdirnya - Dan Hadi Awang bakal dinobatkan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-7, maka kita, sebagai rakyat Malaysia telah meletakkan "orang yang bukan ahlinya" di tempat yang salah. Kehancuran bisa berlaku pada bila-bila masa sahaja di bumi Malaysia, seperti mana Gus Durr meranapkan impian rakyat Indonesia - seorang ulama yang bukan ahli dalam pentadbiran tetapi menjadi Presiden sebuah republik. Maka, terkenang kita sewaktu Nabi Muhammad menolak permintaan sahabatnya yang mulia lagi zuhud bernama, Abu Dzar dengan kata-kata, "Kamu lemah, dan sesunggunhnya jawatan itu tanggungjawab dan amanah yang akan disoal kelak." Fikir-fikirkanlah. Wallahualam.

Sokong DAP : Sudahkah Kita Ada Jawapan Di Hadapan Allah?


Haramkan Juga PKR


KUALA LUMPUR 30 Julai (Utusan) – Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) digesa supaya membatalkan pendaftaran parti DAP dan mengisytiharkannya sebagai pertubuhan haram kerana tindak-tanduk parti itu didakwa boleh mengganggu-gugat keharmonian negara.

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin (gambar) ketika membuat gesaan itu mendakwa, DAP bertanggungjawab menyebarkan fahaman cauvinis, rasis, fikiran ala komunis, anti-Melayu, anti-Islam dan anti-Perlembagaan. Tegasnya, tindakan berani itu perlu dilaksanakan dengan segera bagi mengelak berulang pergaduhan berdarah antara kaum di negara ini kerana dakwanya, kejadian rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 juga berpunca daripada sikap cauvinis dan rasis DAP.

“Saya mencadangkan ROS membatalkan pendaftaran DAP dan isytiharkan ia sebagai pertubuhan haram. Rakyat Malaysia tidak memerlukan kepimpinan yang cauvinis, rasis, berfikiran ala komunis, anti-Melayu, anti-Islam dan anti-Perlembagaan seperti DAP,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam blognya http://zul4kulim.blogspot.com sebagai mengulas tindak-tanduk terkini DAP termasuk cadangan terbaru oleh Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara) supaya dasar pemberian diskaun kepada bumiputera bagi pemilikan hartanah komersial dan rumah mewah dimansuhkan.

Menurut Zulkifli, DAP langsung tidak mengambil iktibar daripada sejarah hitam Tragedi 13 Mei apabila berterusan menekan dan mempertikaikan hak orang Melayu walaupun perkara itu sudah termaktub di dalam Perlembagaan.

“Laporan Majlis Gerakan Negara (NOC) bertarikh Oktober 1969 menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku sebelum 13 Mei 1969. Kenyataan seperti ‘Melayu sudah tidak berkuasa’, ‘ini negeri bukan Melayu punya’, ‘halau Melayu keluar’ akhirnya mencetuskan perasaan marah orang Melayu sehingga berakhir dengan tragedi berdarah.

“Kalau pada tahun 1969, lebih 40 tahun lepas, mereka meraikan kemenangan kecil itu dengan memaki-hamun dan menghina bangsa Melayu, cuba bayangkan apa yang akan DAP lakukan kalau parti itu menguasai kerajaan Persekutuan?

“Tengok sendiri apa yang DAP buat di Pulau Pinang, Selangor, dan buat seketika di Perak tetapi bila sebut pasal 13 Mei, pemimpin DAP antara yang paling bising menyalak mendesak supaya peristiwa itu tidak diungkit. Sebab DAP tidak mahu rakyat terutamanya generasi muda mengetahui sejarah hitam parti itu,” dakwanya.

Mengulas lanjut, beliau yang juga wakil rakyat Bebas berkata, lebih malang bagi orang Melayu apabila ada pemimpin Melayu sendiri yang sanggup bersekongkol dan menyokong perjuangan DAP. Beliau sehubungan itu menyelar pemimpin Melayu yang sanggup menipu diri sendiri serta para penyokong dengan mendakwa kononnya kerjasama dengan DAP adalah demi dakwah selain untuk mendekatkan parti itu dengan Islam.

“Sepatutnya, apa yang berlaku sekarang cukup menyedarkan bangsa Melayu yang beragama Islam, bahawa mereka sedang bermain dengan api apabila merelakan diri diperkuda oleh kafir harbi ini.

“Mengapakah bangsa yang punya al-Quran sebagai panduan boleh menjadi begitu bodoh? Memang kebodohan itu bukan suatu jenayah, tetapi kebodohan itu akan membawa kemusnahan kepada agama, bangsa dan tanah air sendiri,” tegasnya.


Ulasan Saya

1. Sekali lagi saya menyokong penuh cadangan Zulkifli Noordin bahawa parti DAP wajib diharamkan di Malaysia secepat mungkin. Ini bukan masalah politik atau demokrasi, tetapi ia melibatkan masalah dasar, cara, dan ideologi DAP yang sangat merbahaya untuk masa hadapan dan keharmonian negara ini.

2. BN/Kerajaan wajib melaksanakan kempen anti-DAP secepat yang mungkin. DAP adalah musuh negara dan Islam. Haram hukumnya berkawan dan bersahabat dengan musuh Allah.

3. Ideologi komunis yang cuba diterapkan oleh DAP di negara ini, adalah ideologi yang jelas haram dan bercanggah dengan Islam. Mana-mana golongan yang menerima DAP, bermakna mereka menerima musuh Islam dan negara.

4. Pada hemat saya, bukan DAP sahaja yang wajib di haramkan, malah, PKR juga mesti diharamkan. PKR merupakan parti deologi yang jauh lebih merbahaya daripada DAP. Mereka sanggup bersikap "takiyyah" atau menyembunyikan ideologi mereka yang sebenar di khalayak ramai, hakikatnya PKR menganut faham yang lebih menjurus kepada ideologi komunisme, liberalisme,dan pelbagai lagi "isme" yang boleh mengancam kepentingan Islam, negara dan rakyat jelata.

5. Bahkan, prinsip Islam yang dipegang oleh PKR sehingga kini masih belum jelas dan terang. Pendirian parti tersebut terhadap negara Islam, bahasa Melayu, hak keistimewaan orang Melayu, hukum Hudud, dan isu kalimah Allah - penuh dengan kesamaran dan kepuraan. Justeru itu, kita mohon, bukan DAP sahaja yang mesti diharamkan, malah, PKR juga harus menerima nasib yang sama.

6. Mana-mana orang Islam yang bersekongkol dengan DAP, maka bersiap sedialah untuk bersoal-jawab di hadapan Allah kelak. Wallahualam.

July 30, 2010

Siapa Empat Pemisah Sikh di Malaysia?


SIAPA EMPAT
PEMISAH SIKH DI MALAYSIA?



Saya meminjam sebuah artikel yang bagus untuk kita renungi bersama dari blog Skandal Politik.

Ibu Pejabat Polis Bukit Aman sedang memantau dakwaan Polis Punjab bahawa empat anggota kumpulan puak pemisah Sikh Khalistan Liberation Force (KLF) yang didakwa bersembunyi di negara ini. Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, pihaknya telahpun menghubungi pihak berkuasa India mengenai perkara tersebut bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai dakwaan itu.

"Tindakan akan diambil sebaik sahaja kedua-dua pihak memperolehi maklumat terkini," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah seluruh Malaysia di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak (IPK) di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan Polis Punjab semalam yang mendakwa KLF, sebuah kumpulan puak pemisah Sikh yang kejam telah menubuhkan pangkalan di luar Kuala Lumpur dengan sekurang-kurangnya empat daripada anggotanya masih bersembunyi di Malaysia.

Bukti penting itu muncul selepas polis di daerah Patiala di Punjab menangkap seorang yang disyaki militan, Pargat Singh, 22, pada Isnin lalu. Dia disyaki meletakkan bom di luar sebuah loji pembotolan LPG di Nabha dan pangkalan tentera udara Halwara di Punjab. Laporan perisikan mendedahkan dia lari ke Malaysia dan mendapatkan perlindungan daripada seorang lagi anggota militan KLF yang sudah lama menetap di Seremban, Negeri Sembilan.


Saya mengesyaki mereka berempat dibawah inilah yang mungkin sedang dicari oleh Polis Punjab.


Yang ini ketuanya, telah pun lumpuh kerana terkena periuk api.
Yang dibawah ini, tiga orang kanannya. Di khalayak umum mereka menyamar sebagai peguam



SIKH BASTARD !

Khalid Ibrahim Sudah Tahu Selangor Bakal Tumbang


Khalid Ibrahim Sudah Tahu
Selangor Bakal Tumbang?



Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim seakan-akan sudah mengetahui bahawa hayat kerajaan boneka DAP di Selangor semakin menghampiri tarikh hayatnya. Muslihat beliau yang kononnya tidak akan membubarkan DUN mengikut pembubaran parlimen - adalah angan-angan kosong Mat Jenin. Beliau mungkin terlupa, untuk membubarkan DUN secara berasingan - restu daripada Sultan Selangor perlu diperoleh, jika Tuanku Sultan tidak perkenan dengan tarikh yang dicadangkan oleh MB, maka DUN tidak boleh dibubarkan. Nampaknya, Kerajaan Selangor semakin karut dan takutkan bayang-bayang sendiri. Jika benar PR begitu kuat di Selangor, saya cabar bubar DUN mengikut tarikh yang ditetapkan oleh Kerajaan Persekutuan nanti. Baca di sini.

Haramkan DAP : Cadangan Bernas Zulkifli Noordin


Cadangan Bernas
Zulkifli Noordin



Saya terpanggil untuk bersama-sama menyiarkan tulisan bernas, Zulkifli Noordin di sini, sebagai tanda sokongan saya terhadap beliau. Sudah lama rakyat Malaysia menanti-nanti idea sebegini untuk dipaparkan di khalayak umum. Syabas Tuan Zul!

Cadangan mutakhir pemimpin DAP, Tony Pua, Ahli Parlimen DAP (PJ Utara) untuk memansuhkan diskaun bumiputra dalam sektor tertentu pembangunan sekali lagi membuktikan sikap cauvinis, rasis, anti Melayu dan anti perlembagaan yang dianuti oleh kepimpinan DAP. Dan yang paling malang, orang Melayu saperti Tan Sri Khalid Ibrahim boleh bersetuju dengan cadangan bodoh saperti itu.

Persoalannya bukan isu diskaun bumiputra, tetapi soal prinsip perlembagaan dan keharmonian kaum yang telah dibina sekian lama. Perkara berkaitan hak istimewa Melayu telah tercatat dengan jelas didalam Perlembagaan dan tidak perlu dikupas. Dan ini adalah antara formula kepada perpaduan dan keharmonian agama dan kaum selama ini.

Kepimpinan DAP kini semakin angkuh dan kurang ajar didalam mempersoalkan perkara asasi Perlembagaan. Mereka seolah-olah lupa sikap cauvinis dan rasis yang mereka amalkan adalah punca terjadi rusuhan kaum 1969. Dan bila kita mengingatkan supaya peristiwa hitam 13 Mei itu dijadikan iktibar, maka pemimpin DAP lah antara yang paling bising menyalak mendesak supaya peristiwa itu tidak diungkit-ungkit lagi. Kerana apa? Kerana mereka tidak mahu rakyat khususnya generasi baru mengetahui sejarah hitam mereka!!

Saya membaca lapuran Majlis Gerakan Negara (NOC) bertarikh Oktober 1969 yang membutirkan secara terperinci apa sebenarnya yang berlaku sebelum 13 Mei 1969. Kenyataan saperti "Melayu sudah tidak berkuasa", "ini negeri bukan Melayu punya", "halau Melayu keluar" dan macam-macam lagi yang dibuat selepas DAP memenangi beberapa kerusi di Selangor akhirnya mencetuskan perasaan marah orang Melayu dan berakhir dengan peristiwa berdarah itu. Dan ada antara petualang DAP yang aktif pada masa itu masih hidup dan melalak kesana kemari hari ini.

Kalau tahun 1969 mereka tidak mendapat sokongan orang Melayu, tetapi hari ini bukan sahaja Melayu haprak, pak janggoat-pak janggoat pun turut menyokong mereka. Maka bertambah besarlah kepala mereka, makin menjadi-jadi kesombongan mereka. Tambah pulak ada Melayu yang tergamak menawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada puak-puak cauvinis ini. Hanya kerana nafsu serakah mahu menduduki Putrajaya!! Dan yang lebih teruk, Melayu haprak dan pak janggoat-pak janggoat inoi disamatarafkan dengan sahabat Nabi saw!!

Cuba bayangkan kalau tahun 1969, lebih 40 tahun lepas, mereka meraikan kemenangan kecil itu dengan memaki hamun dan menghina bangsa Melayu, cuba bayangkan apa yang akan mereka lakukan kalau mereka menguasai kerajaan persekutuan, apatah lagi menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri!! Tengok sendiri apa yang mereka buat di Pulau Pinang, Selangor, dan buat seketika di Perak. Dan yang paling malang, ada orang Melayu yang sanggup bersekongkol dengan pelampau-pelampau cauvinis dan rasis ini.

Dan ada antara Melayu haprak ini yang sanggup menipu diri sendiri dengan mendakwa persekongkolan ini adalah demi dakwah dan mendekatkan DAP kepada Islam. Apa yang saya nampak, mereka yang makin lama makin terikut-ikut rentak DAP. DAP semakin tegar dengan semangat anti Islam dan anti Melayunya. Kenyataan terbaru "mursyidul am" DAP Karpal Singh menolak sama sekali gagasan penubuhan negara Islam jelas membuktikan DAP masih dengan sikapnya. Dan ini sepatutnya sudah cukup menyedarkan bangsa Melayu yang beragama Islam bahawa mereka sedang bermain dengan api apabila rela diperkudakan oleh kafir harbi ini. Tetapi tidakn segelintir bangsa Melayu ini sanggup sekali lagi menipu diri sendiri dengan mendakwa kenyataan Karpal itu adalah kenyataan peribadi dan bukan pendirian DAP. Betapalah bangsa yang punya Al Quran ditangannya boleh menjadi begitu bodoh! Memang kebodohan itu bukan suatu jenayah, tetapi kebodohan itu akan membawa kemusnahan kepada agama, bangsa dan tanahair sendiri!!

Pada saya sikap cauvinis, rasis, ala komunis, anti Melayu, anti Islam dan anti Perlembagaan kepimpinan DAP ini semakin melampau. Hari demi hari mereka mengasak umat Islam dan orang Melayu dengan pelbagai isu. Daripada isu tanah, isu biasiswa, isu hak istimewa, kini menular kepada mempertikaikan institusi Islam, Raja-Raja Melayu, badan kehakiman, Polis DiRaja Malaysia, SPRM, SPR, Mahkamah Syariah membawa kepada isu-isu negara Islam, kalimah ALLAH dan lain-lain.

Sekiranya tidak dibendung segera, saya yakin sikap melampau kepimpinan DAP ini akan menjadi barah kepada kestabilan dan keharmonian agama dan kaum yang telah lama kita nikmati selama ini.

Atas alasan itu, saya percaya sudah tiba masanya kita bertindak tegas terhadap kepimpinan DsAP ini. Saya mencadangkan supaya Pendaftar Pertubuhan mengambil tindakan untuk membatalkan pendaftaran parti DAP ini, ianya hendaklah diisytiharkan sebuah pertubuhan haram yang membahayakan rakyat dan negara ini. Rakyat Malaysia tidak memerlukan kepimpinan yang cauvinis, rasis, berfikiran ala komunis, anti Melayu, anti Islam dan anti Perlembagaan saperti DAP. Meminjam kata-kata Presiden Ahmadinejad, "kepimpinan DAP ini wajib dihapuskan daripada peta politik negara ini"!!

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Khamis
18 Sya'ban 1431
29 Julai 2010

Agenda Tersembunyi Kuasai Malaysia


Agenda Tersembunyi
Kuasai Malaysia



Malaysia berada dalam keadaan bahaya menjelang PRU-13, usaha untuk merampas kepimpinan negara daripada BN melalui saluran demokrasi mungkin tidak akan menjadi. Sebaliknya plan B akan dilaksanakan oleh parti pembangkang bagi mencapai cita-cita tersebut (baca di sini) dan (di sini). Bersekongkol dengan musuh negara bukanlah cara terbaik untuk para pemimpin parti pembangkang menguasai negara ini. Pertemuan sulit antara Lim Kit Siang dengan Kalimullah merupakan petanda awal bahawa wujudnya "satu usahasama" antara parti yang berideologikan ala-ala komunis dengan seorang manusia yang menguasai portal fitnah berpengaruh di alam siber. Sebelum pertemuan tersebut, kita dikejutkan dengan pertemuan "mesra" antara Zaid Ibrahim dengan Raja Petra di London baru-baru ini.


Semua pertemuan ini menjurus kepada satu kemungkinan - iaitu agenda plan B bagi menguasai negara ini, sekiranya saluran demokrasi dan peti undi tidak memihak kepada parti pembangkang dalam pilihan raya ke-13 kelak. Keyakinan tinggi PAS dan PKR bahawa mereka akan menang besar dalam pilihan raya umum yang akan datang, mungkin meleset dan tersasar jauh, dan jika hal ini yang berlaku, "Strategi 13 September" mungkin akan dicetuskan kembali bagi mengoncang pentadbiran BN yang semakin kukuh.


Antara strategi atau plan B parti pembangkang bagi menguasai negara ini adalah dengan cara memastikan pilihan raya umum ke-13 tidak akan dilakukan serentak di negeri-negeri yang dikuasai pembangkang. Menurut mereka, walaupun DS Najid membubarkan parlimen, tetapi kerajaan negeri di bawah pimpinan PR, sama sekali tidak akan mengikut tindakan DS Najid dengan membubarkan Dewan Undangan Negeri masing-masing. Hal ini bermakna, PR menginginkan pilihan raya negeri diadakan secara berasingan dengan pilihan raya umum bagi memastikan mereka mempunyai masa dan tumpuan khusus di negeri masing-masing. BN/UMNO perlu berhati-hati dengan strategi seperti ini, malah perlu sentiasa berjaga-jaga dengan kedudukan BN/UMNO di Sabah dan Sarawak.

Chua Jui Meng Pula Buat Hal!


Chua Jui Meng
Tidak Tahu Berterima Kasih



Chua Jui Meng boleh diibaratkan sebagai warga negara Malaysia yang tidak tahu mengucap syukur kepada kerajaan BN (baca di sini). Selama 30 tahun beliau bersama dengan UMNO/BN seharusnya beliau sudah pun matang dan faham bertapa selama ini orang Melayu sudah terlalu banyak bertolak ansur dengan kaum Cina di Malaysia. Bahkan, banyak dasar ekonomi yang menguntungkan kaum Cina dan mengkayakan bangsa tersebut, khsusnya pada zaman Tun Mahathir. Tetapi malang, manusia seperti Chua Jui Meng ini, adalah jenis manusia yang tidak tahu berterima kasih.


Sekarang, beliau mendakwa bahawa orang Cina mahukan keadilan, ketelusan dan kesamarataan, soalnya apakah selama 50 tahun kerajaan BN memerintah, semua ini, tidak diperoleh oleh kaum Cina? Mengapa baru sekarang mereka mendakwa kononnya bangsa mereka ditindas dan tidak mendapat layanan yang baik daripada kerajaan BN? Jika benar selama ini dasar DEB telah "menderitakan" kaum Cina, mengapa selama 50 tahun kaum Cina tetap memberi undi kepada kerajaan BN? Bukankah itu tandanya kaum Cina berpuashati dengan cara pentadbiran kerajaan BN selama ini?


Pokok masalah sekarang bukanlah bertitik tolak daripada aspek keadilan, ketelusan mahu pun kesamarataan yang diinginkan sangat oleh kaum Cina di Malaysia, bahkan semua orang tahu - kaum Cina di Malaysia pun bukanlah kaum yang terkenal dengan sifat adil, telus dan bertimbang rasa dengan kaum lain. Sebaliknya, isu sebenar yang sedang berlegar dalam kotak minda manusia seperti Chua Jui Meng, adalah berkisar tentang sifat tamak untuk mengkaya-rayakan bangsa Cina dan mengejar kebendaan harta dunia sebanyak yang boleh, kerana mengejar kekayaan sebanyak mungkin adalah sifat dan tabiat hakiki kaum Cina dalam berkehidupan. Dan untuk memenuhi segala selera, kehendak dan nafsu dunia mereka yang tinggi itu, maka, sekarang adalah masa yang paling sesuai untuk "mengambil kesempatan" tatkala orang Melayu sedang berbalah sesama sendiri. Inilah hakikat sebenar yang berlaku.


Tak perlu rasanya Chua Jui Meng beretorik dengan istilah-istilah keadilan, ketelusan dan kesamarataan - ianya bersifat subjektif. Bangsa Cina dalam DAP dan PKR tahu hal ini. Mereka mahu lebih daripada apa yang telah mereka peroleh selama 50 tahun berada di bawah kerajaan BN - dan kemahuan yang melampau-lampau ini, wajib dihalang demi kebaikan semua pihak. Wallahualam.

Isu Air : Mengapa Kerajaan Selangor Zalim?


Isu Air
Mengapa Kerajaan Selangor Zalim?



Kerajaan Selangor Zalim! - itulah kata-kata paling sesuai untuk dilemparkan kepada pentadbiran kerajaan negeri Selangor di bawah Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Beliau dan sekutunya tidak berfikir panjang berkenaan kepentingan rakyat Selangor, tatkala membatalkan projek Logi Rawatan Air Langat 2 yang sudah pun diluluskan oleh kerajaan BN sebelum ini - Baca laporannya di sini.

SHAH ALAM, 29 Julai – Enam belas pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini mengemukakan memorandum kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memohon persetujuan kerajaan negeri bagi projek Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2).

Memorandum disampaikan bersama oleh antara lain, Persekutuan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja DI Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Selangor Water Watch dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), kepada Exco negeri bagi Alam Sekitar, Pelancongan dan Hal Ehwal Pengguna, Elizabeth Wong, di pejabat Menteri Besar di sini.

Jurucakap NGO itu, Datuk N.Marimuthu, yang juga presiden Fomca berkata, memorandum itu antara lain menggesa kerajaan negeri bekerjasama dengan kerajaan persekutan dalam projek air itu oleh kerana penangguhannya akan mengakibatkan penduduk di Lembah Klang mengalami krisis air yang serius pada masa depan.

“Kami mahukan kerajaan negeri mewarta kawasan tadahan air kekal untuk menjamin kualiti bekalan air dan melindungi alam sekitar,” katanya kepada pemberita.

Fasa awal projek air bernilai RM8.65 bilion itu telah diluluskan oleh kerajaan Selangor semasa di bawah perintah Barisan Nasional, tetapi fasa berikutnya terhenti selepas Pakatan Rakyat menguasai Selangor dalam pilihan raya umum 2008.

Sementara itu, Wong berkata kerajaan negeri menyambut baik projek itu pada dasarnya tetapi prihatin terhadap kerja-kerja pembinaan oleh kerana ia akan menjejas bekalan air dan alam sekitar.

“Projek yang dicadangkan itu mungkin melalui kawasan tadahan air di kawasan selatan negeri ini yang boleh menjejas bekalan air,” kata beliau. Wong berkata kerajaan negeri telah mengambil pelbagai langkah mengumpul bekalan air termasuk tuaian air hujan, mewartakan semua kawasan tadahan air dan kolam simpanan air. Beliau juga berkata kerajaan negeri akan melaksanakan dasar tidak lama lagi bagi mewajibkan semua pembangunan perumahan baru mempunyai kemudahan tuaian air hujan.

“Langkah ini akan membantu pengguna menjimatkan air antara 25 hingga 30 peratus,” tambah beliau. – Bernama

July 29, 2010

Budak Nakal PAS : Buat Kecoh Lagi


Budak Nakal PAS
Buat Kecoh Lagi



Mahfuz Omar bersikap kurang ajar sekali lagi, menuduh kononnya MITI (Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri) gagal menarik FDI dari luar negara (baca di sini). Apa yang peliknya, kerajaan Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang yang dipimpin Pakatan Rakyat turut gagal menarik FDI ke negeri masing-masing, tidak pula dikritik oleh si budak nakal PAS ini. Kelantan, umpamanya, sejak dari dahulu lagi gagal menarik minat pelabur asing untuk melabur di negeri tersebut. Dan mengapa Mahfuz tidak "bantai" Nik Aziz kaw-kaw dalam soal ini?. Sebelum Mahfuz nak "bantai" MITI, cerminlah dahulu kerajaan pakatan rakyat di Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang. Jangan dok kecoh masalah orang lain aje, masalah sendiri disembunyikan. Malah, Penasihat Ekonomi Selangor, yang super hebat - si Anwar Ibrahim, pun terbukti gagal meningkatkan pelaburan FDI di Selangor. Tak perlulah Mahfuz kecoh-kecoh ke sana ke mari. Rasanya lebih elok beliau perbetulkan dahulu dirinya sendiri, sebelum membetulkan orang lain.

Giliran Hadi Awang Pula Perleceh Mufti Perak


Giliran Hadi Awang Pula
Perlecehkan Mufti Perak



1. Satu lagi penghinaan dan cacian terhadap Mufti Perak, Tuan Guru Tan Sri Harussani Zakaria berhubung isu Perpaduan PAS-UMNO. Kali ini, penghinaan tersebut datangnya daripada mulut Presiden PAS sendiri , Haji Hadi Awang (baca di sini). Dengan perkataan, "Mufti Perak orang kecil, saya tidak mahu layan" sudah memadai bagi menggambarkan bertapa angkuh dan sombongnya Hadi Awang dengan Harussani. Mungkin di hadapan Hadi Awang, Harussani digambarkan insan kerdil yang serba kekurangan, serta tidak mempunyai kedudukan dan pangkat. Tetapi awas! mungkin di sisi Allah, kedudukan Harussani jauh lebih tinggi daripada Hadi Awang atau Nik Aziz. Hati-hati apabila kita berkata-kata. Di sisi Allah, kedudukan kita semua akan berbeza-beza.


2. Tidak cukup penghinaan yang dilakukan oleh para penyokong PAS dengan meletakkan wajah Harussani di atas tubuh seekor anjing, ditambahkan pula dengan cacian para penyokong parti Islam itu dengan menggelar Mufti Perak sebagai "Tan Sri Haramjadah" dan "Tan Sri Haramsani" - maka bertambah-tambahlah dari sehari ke sehari, dosa para pemimpin PAS yang rata-ratanya bergelar ulama, selagi mereka tidak menegur dan melarang perilaku para penyokong mereka ini. Nik Aziz, Hadi Awang, Ahmad Awang, Tuan Ibrahim Tuan Man, Harun Din, dan Nasarudin Mat Isa - janganlah sesekali tuan-tuan berfikiran bahawa tuan semua tidak akan ditanya oleh Allah kelak atas perbuatan ahli-ahli PAS yang tuan-tuan biarkan/izinkan untuk terus menghina dan mencaci maki Mufti Perak.


3. Tuan-tuan menganggap diri tuan-tuan adalah ulama. Maka, mengapa tuan-tuan tidak menegur perbuatan yang jelas haram di sisi Islam dan membiarkan penghinaan terus bermaharajalela ke atas Harussani. Apakah Harussani seorang manusia yang tiada maruah dan harga diri? Apakah niat ikhlas beliau dibalas dengan caci-maki daripada pihak tuan-tuan? Mana perginya iman tuan-tuan sekalian? Mengapa tidak ditegur ahli dan para penyokong PAS yang begitu mudah menghina dan mengaibkan Harussani tanpa usul-periksa? Apakah tuan-tuan tidak tahu, semua itu perbuatan dosa dan tuan sekalian mempunyi sahamnya sekali jika tidak mencegah dan menghalangnya?


4. Tidak puas dengan itu semua, Mahfuz Omar, Naib Presiden PAS yang sebelum ini menuduh tanpa bukti bahawa Mufti Perak berbohong, sekali lagi membuat sangkaan buruk dan prasangka yang jelas haram di sisi Islam, melalui tuduhan beliau yang menyatakan bahawa Harussani adalah pencacai UMNO! Mengapa ulama-ulama PAS tidak menegur perbuatan Mahfuz Omar itu? Mana perginya Dewan Ulama PAS yang kononnya sebuah badan yang berfungsi menegur perbuatan ahli-ahlinya yang menyeleweng daripada ajaran Islam. Bukankah, perkataan "Pencacai UMNO" itu adalah tuduhan liar Mahfuz Omar terhadap Harussani yang berpaksikan kepada prasangka buruk dan syak wasangka yang jelas haram di sisi Allah? Mengapa Nik Aziz dan ulama-ulama PAS tidak menegur Mahfuz dalam hal ini?


5. Selain Mahfuz. Ahmad Awang, Nik Aziz, Nasaruddin Mat Isa dan Hadi Awang adalah antara Pemimpim PAS yang sangat kuat menghina dan merendah-rendahkan ilmu Harussani, seolah-olah Harussani adalah seorang ulama yang tidak berguna dan tidak boleh pakai. Tidak cukup dengan itu, Prof Aziz Bari, Khalid Samad dan Hassan Ali - turut menambahkan lagi penghinaan ke atas Harussani. Membaca komen-komen mereka, seakan-akan idea perpaduan antara PAS dengan UMNO yang dicetuskan oleh Harussani - merupakan idea yang berdosa besar di sisi Allah, malah Harussani bisa sahaja dicampakkan ke dalam neraka, gara-gara mengemukakan idea tersebut!


6. Malang sungguh nasib Mufti Perak, dicaci oleh rakan-rakan sendiri. Kerana nafsu politik, kita sanggup tinggalkan al-Quran. Saya berdoa kepada Allah, agar Allah segera membalas perbuatan biadab para pemimpin PAS yang terang-terang menolak agenda perpaduan PAS-UMNO yang berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah, biarlah di muka bumi ini lagi, mereka memperoleh azab dan pembalasannya. Perbuatan ulama-ulama su' ini yang memberi "lampu hijau" agar Harussani terus dicaci-maki, dihina, diaibkan dan dimalukan oleh para bloggers penyokong PAS di alam maya, merupakan perbuatan haram yang dosanya hanya Allah sahaja yang mengetahui. Semoga Allah membalas kejahatan mereka itu dengan sebaik-baiknya. Amin.

Hatta Ramli 2010 : Hilang Dalam Cahaya


Hatta Ramli 2010
Hilang Dalam Cahaya



Dr Hatta Ramli bukanlah nama besar dalam kepimpinan PAS. Namun demikian, peranannya lebih bersifat "Man Behind The Door" yang sangat tangkas dan pantas menggerakkan massa. Tanggungjawabnya dalam menghimpun dan melakukan demonstrasi jalanan sangat berjaya, khususnya sekitar tahun 1998 - 2000. Dan kali ini, beliau diberi tugas yang sama bagi menghimpun dan menjayakan misi gerakan massa di bawah judul, "Bantah Pembaziran, Selamatkan Rakyat" pada 9 Ogos ini di Kampung Kerinchi. Demonstrasi sudah menjadi budaya hidup para pendukung parti pembangkang. Budaya jahiliah ini terus diwarisi umat Islam atas nama "kebebasa bersuara dan demokrasi" - padahalnya, ia adalah budaya yang jauh terpesong daripada nur Islam dan rahmat Ilahi. Baca artikel tulisan saya di bawah ini, semoga Allah membuka hati kita kepada kebenaran. Wallahualam.

1. Antara kejahilan ketara yang sering kita lakukan dalam membuat kesimpulan terhadap sesuatu isu yang diperdebatkan, adalah ketidakemampuan kita melihat isu tersebut dari disiplin ilmu lain, kegagalan itu – akhirnya membawa kita ke jurang kesesatan yang paling bahaya, bahkan menyebabkan kita terlalu mudah menjatuhkan sesuatu penilaian hanya berasaskan kepada latar belakang pendidikan yang kita terima. Umpamanya, isu kebebasan bersuara dan kebebasan untuk melakukan rapat umum dan berdemonstrasi, sering kali dilihat dari kaca mata perundangan semata-mata. Apatah lagi jika orang yang berbicara berkenaan isu tersebut merupakan lulusan undang-undang.


2. Begitu juga apabila kita menyentuh soal ekonomi, kita sering melihat isu tersebut berasaskan kepada latar belakang pendidikan tinggi kita, dan jika kelulusan kita dalam bidang agama, maka isu tersebut hanya akan dilihat dari sudut agama semata-mata. Jarang kita memikirkannya di luar kepompong disiplin ilmu yang kita miliki untuk lebih memahami topik dan mencari kebenaran yang sejati terhadap sesuatu isu itu.


3. Hal ini terjadi adalah kerana, kemalasan kita untuk memahami disiplin ilmu lain, atau dengan kata lain, kadang kala kita terlalu ego dengan diri sendiri kerana merasakan bahawa disiplin ilmu yang kita kuasai selama ini sudah cukup untuk membuat analisis yang tepat terhadap isu yang sedang diperbincangkan. Jalan terbaik untuk kita berlaku adil terhadap perbincangan yang melibatkan pelbagai isu, ialah kita, seharusnya mengetahui disiplin sesuatu ilmu yang berkaitan dengan isu yang sedang diperdebatkan, dan bagaimanakah ahli dalam bidang tersebut melihatnya. Lantaran itu, dalam membicarakan sesuatu isu, sama sekali kita tidak boleh melihat dari satu aspek semata-mata, tetapi dari pelbagai aspek, mengikut disiplin ilmu tersebut. Mahu atau tidak mahu, kita harus mengetahui pelbagai disiplin ilmu, barulah sesuatu isu itu dilihat dengan matang dan bertujuan untuk mencari kebenaran.


4. Jika isu tersebut berkenaan agama, maka seharusnya kita mengetahui disiplin ilmu agama untuk mengupas isu tersebut, agar lebih adil dan bertujuan mencari kebenaran. Jika isu melibatkan ekonomi, maka disiplin ilmu ekonomilah yang harus kita ketahui, agar rumusan kita kelak tidak terkeluar daripada kebenaran. Dan adalah baik, jika kita berupaya menguasai pelbagai disiplin ilmu agar kita bisa membuat kesimpulan yang lebih menghampiri kebenaran dan keadilan.


5. Dalam hal ini, isu berkenaan demonstrasi, sering dilihat dari kaca mata perundangan dan ekonomi, jarang kita melihatnya dari aspek agama. Maksud saya, isu ini acapkali disisihkan daripada kaca mata Islam, bahkan tidak kedengaran langsung dalam kalangan ulama tempatan membicarakannya, seolah-olah mereka turut redho atas segala tindak tanduk penyokong-penyokong PKR yang menganjurkan demonstrasi besar-besaran selama ini bagi menjatuhkan kerajaan. Mengapa para ulama membisu? mengapa mereka tidak bercakap perkara yang hak? Dan mengapa mereka menyembunyikan ilmu dan hukum?. Jika berkenaan Karnival Sure Heboh atau konsert artis, para ulama pantas memberikan hukum, tetapi dalam isu demonstrasi dan tunjuk perasaan yang sering dianjurkan oleh parti pembangkang, tiada ulama pun yang menegur. Apakah mereka takut dituduh sebagai penyokong kerajaan? Atau mereka tidak mahu bercakap benar?


6. Aneh, dan kadang kala menjadi misteri dalam kalangan ulama tempatan, baik yang berfahaman salaf mahupun tidak. Mereka seolah-oleh bersetuju bahawa cara berdemonstrasi itu merupakan cara terbaik menegakkan kebenaran dan keadilan di negara ini. Tidak kurang juga terdapat ulama-ulama kerajaan yang termakan dengan pelbagai alasan yang dikemukakan oleh para ulama parti pembangkang, kononnya demonstrasi yang sering diadakan itu adalah bertujuan menegakkan kebenaran dan menghapuskan kebatilan.


7. Maka, mereka pun menghimpunkan ribuan manusia membanjiri jalan-jalan raya sambil berarak memprotes kerajaan yang mereka dakwa terlalu zalim itu. Manakala, para peguam dan pengamal undang-undang yang jahil pula – mengangkat bendera sokongan, kononnya semua itu adalah sah di sisi undang-undang dan kerajaan tidak sepatutnya menghalang mereka untuk berdemonstrasi. Begitulah syaitan menyesatkan kita semua. Dan kini, saya tidak bisa lagi menyembunyikan ilmu yang telah saya ketahui, setelah mengkaji dan melakukan penyelidikan. Kebenaran tetap kebenaran, kerana sifat kebenaran itu sememangnya pahit untuk ditelan.


8. Mengapa ini semua terjadi? tak lain dan tak bukan ia disebabkan kegagalan kita menguasai disiplin ilmu lain yang tidak kita pelajari di universiti. Lantaran itu, saya mencari jawapan berkenaan persoalan yang sering berlegar dalam kotak minda saya,selama ini, iaitu bagaimanakah Islam memandang demonstrasi? Dan apakah pula hukumnya jika kita sama-sama menyertai dan menghalalkannya? Hal ini terfikir oleh saya setelah melihat para ulama berdiam diri seribu bahasa dalam soal tersebut. Rakyat jadi keliru, apakah ini budaya yang disarankan oleh Islam dalam mengamalkan amar makruf nahi mungkar? Apakah berdemonstrasi itu juga merupakan sebahagian daripada menegakkan kebenaran dan keadilan dalam Islam? Akhirnya saya mendapat jawapan. Dan kebenaran ini, akan saya gigit dengan kemas-kemas sebagai hujah dan dalil yang terang dan jelas. Moga-moga hati kita tidak lagi buta dalam melihat kebenaran.


9. Demonstrasi pada amnya merujuk kepada konsep tunjuk perasaan, baik ia bersifat aman, mahupun ekstrim. Yang penting, konsep demonstrasi difahami sebagai cara untuk meluahkan rasa ketidakpuashatian di khalayak ramai dengan mengadakan perarakan serta rapat umum yang melibatkan orang ramai.


10. Pada dasarnya, demonstrasi bukanlah kaedah yang dianjurkan oleh Islam untuk menyampaikan dakwah serta menganjurkan amar ma’ruf nahi mungkar dalam kalangan masyarakat. Hal ini adalah kerana, demonstrasi mempunyai unsur-unsur yang boleh membawa pelakunya bermaksiat kepada Allah. Apatah lagi jika demonstrasi itu dilakukan dengan tujuan membuka aib golongan tertentu, serta menjatuhkan kepimpinan masyarakat Islam. Maka, hal ini amat jelas dosanya. Antara kemungkaran yang dibawa oleh demonstrasi adalah :


11. Demonstrasi amat jelas berbentuk tasyabbuh, yakni perbuatan yang menyerupai perbuatan orang-orang kafir. Sedangkan tasyabbuh amat dilarang oleh Islam. Sabda Rasulullah, “Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum itu, maka dia termasuk kaum mereka.” (Riwayat Abu Dawud). Menurut Ibn Taimiyyah, tasysbbuh kepada orang kafir, mempunyai beberapa tingkat hukum. Yang tertinggi adalah haram, dan yang terendah adalah makruh. Sebagai contoh, tasyabbuh kepada pakaian orang-orang kafir yang mendedahkan aurat di khalayak ramai adalah haram. Dalam hal ini, berdemonstrasi adalah mirip golongan kafir. Hanya golongan yang lemah iman dan yang tidak beriman sahaja suka melakukan demonstrasi.


12. Demonstrasi termasuk khuruj, yakni keluar menentang pemerintah, yang jelas ditegah oleh Rasulullah dalam banyak hadis shahih baginda. Seperti, “Barangsiapa yang melihat sesuatu yang tidak disukainya daripada penguasanya, maka hendaklah ia bersabar, kerana barangsiapa yang memisahkan diri daripada jamaah sekadar sejengkal, maka kematiaannya adalah kematiaan jahiliah.” (Riwayat Bukhari). “Akan ada sesudahku para imam atau kepala negara yang tidak mengikut petunjuk dan tidak menjalankan sunnahku. Dan akan bangun pada mereka (dalam kalangan mereka) laki-laki yang hati mereka adalah hati syaitan dalam tubuh manusia. Bertanya Huzaifah, bagaimanakah saya hendak lakukan jika saya menemuinya, Ya Rasulullah? Baginda bersabda, hendaklah engkau mendengar dan taat, walaupun ia memukul belakangmu dan mengambil hartamu. Dengar dan taatlah.” (Riwayat Muslim). “Akan ada pemerintah yang kamu mengenali mereka dan kamu mengingkarinya. Maka, barangsiapa yang mengenali, sesungguhnya ia telah bebas dan barangsiapa yang membenci maka ia selamat. Akan tetapi orang yang redho dan mengikutnya? Mereka bertanya, bolehkah kami memerangi mereka? Rasulullah bersabda, Tidak! Selama mereka bersolat.” (Riwayat Muslim).


13. Hadis-hadis sahih di atas merupakan peringatan Rasulullah agar umat Islam mengelakkan sebarang perkara yang boleh memecahbelahkan kesatuan umat Islam. Demonstrasi sama sekali tidak mendatangkan manfaat kepada masyarakat dan negara, bahkan lebih banyak menimbulkan kerosakan. Demonstrasi di jalan-jalan raya serta di tempat awam, merupakan tatacara meluahkan perasaan yang terpesong jauh daripada roh Islam yang lebih menggalakkan musyawarah serta menanamkan perasaan sabar.


14. Unsur ketiga pula, demonstrasi sering disertai dengan ucapan-ucapan dan ceramah yang menaikkan semangat dalam kalangan para petunjuk perasaan. Di samping itu, para penceramah dan pemidato juga akan membuka aib serta keburukan individu serta pemimpin tertentu yang tidak mereka senangi. Perbuatan sebegini cukup jelas dilarang oleh Islam. “Dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang.” (Al-Hujrat 12). “Sesungguhnya orang-orang yang menyukai agar tersebar keburukan dalam kalangan orang-orang beriman, bagi mereka adalah azab yang pedih di dunia dan di akhirat. Dan Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui”. (An-Nur 19).


15. Selain daripada itu, demonstrasi juga memiliki unsur ikhtilath, yakni bercampur-baur antara lelaki dengan perempuan. Bahkan kadang-kala berhimpit-himpit dan bergesel-geselan. Perbuatan ini sama sekali bercanggah dengan etika sosial Islam. Walaupun kadang-kala terdapat demonstrasi yang memisahkan antara lelaki dengan perempuan, tetap perbuatan menggalakkan wanita keluar dari rumah untuk menyertai demonstrasi tersebut merupakan perbuatan yang membelakangi sunnah. Malah, ia juga boleh menimbulkan fitnah.


16. Unsur kelima, ialah demonstrasi itu sendiri mampu mencetuskan huru-hara, di samping mencetuskan bermacam-macam fitnah yang akhirnya kembali kepada masyarakat Islam itu sendiri. Dan sesungguhnya, inilah unsur yang amat berbahaya kepada agama, masyarakat dan negara. Hal ini bermakna, demonstrasi lebih banyak membawa mafsadat (kerosakan) berbandingan dengan maslahat (kebaikan) terhadap harta benda, perasaan dan jiwa yang sememangnya ditegah oleh Allah di dalam Al-Quran.


17. Unsur keenam, ialah demonstrasi bukanlah cara menyampaikan amar ma’ruf nahi mungkar yang dituntut Islam, kerana demonstrasi lebih menjurus ke arah kekerasan dan lebih condong untuk menunjukkan pengaruh dan kuasa. Sedangkan dalam menyampaikan amar ma’ruf nahi mungkar, sifat halus dan penyabar adalah dituntut. Firman Allah dalam surah Ali Imran, “Maka disebabkan rahmat daripada Allah-lah kamu berlaku lemah-lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap kasar lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan dari sekelilingmu.”


18. Dalam hal ini, Ibn Taimiyyah dalam kitabnya, Al-Amru bil Ma’ruf wan Nahyi ‘Anil Mungkar, mengemukakan dua buah hadis shahih berkenaan keperluan sifat lemah lembut dan halus dalam berdakwah. Sabda Rasulullah, “Tiadalah sikap halus dalam sesuatu hal, melainkan memperindahkan sesuatu itu dan tiadalah sikap kasar dalam hal melainkan memperburukkannya.” (Riwayat Muslim). “Allah bersifat sangat halus, menyukai sifat halus dalam semua urusan dan Dia memberi kerana sikap halus itu, sesuatu yang tidak akan Dia berikan kerana sikap kasar.” (Riwayat Bukhari). Kemudian, Ibn Taimiyyah menyambung, “Para penyeru dakwah (yang melakukan amar ma’ruf nahi mungkar) harus bersifat sabar dan tabah terhadap setiap gangguan, sebab ia pasti menemui gangguan. Jika tidak tabah dan sabar, maka ia lebih banyak membawa kerosakan daripada maslahat. Demonstrasi merupakan kaedah menyampaikan amar ma’ruf nahi mungkar yang terpesong daripada cara berlemah lembut dan bijaksana dalam menyampaikan risalah tauhid, yang dituntut oleh Islam.


19. Berasaskan hujah-hujah di atas ini, agak malang kerana masih terdapat dalam kalangan umat Islam di negara ini yang cuba menghalalkan demonstrasi dengan beralaskan kepada riwayat-riwayat mungkar, serta tidak boleh dijadikan dalil dan hujah. Seharusnya, umat Islam khususnya di Malaysia, menjadikan peristiwa pembunuhan Khalifah Uthman sebagai ikhtibar, kerana peristiwa berdarah tersebut adalah berpunca daripada tercetusnya fitnah yang dijaja melalui demonstrasi oleh Abdullah bin Saba’ dalam kalangan kaum muslimin. Dan akhirnya, demonstrasi menjadi amalan umat Islam sehingga Saidina Ali turut menjadi mangsa.


20. Inilah kesan serta impak daripada perbuatan golongan yang gemar menganjurkan demonstrasi. Manakala, masyarakat yang jahil pula begitu mudah terpengaruh dengannya, tanpa berfikir panjang. Sedangkan Allah mengingatkan kita dengan firmannya, “Dan janganlah kamu mengikuti apa-apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya, pendengaran, penglihatan dan hati, semua itu akan diminta pertanggungjawapannya.” (Al-Isra 36).


21. Nah, sekarang saya bisa terasa beban sudah terlepas dengan menyatakan yang hak dan kebenaran. Segala ilmu yang saya ketahui dalam persoalan ini telah saya sampaikan kepada para pembaca sekalian. Terpulang sama ada Allah membuka hati kita untuk menerima kebenaran tersebut. Tanggungjawab saya telah terlepas dengan menyampaikan apa-apa yang telah saya kaji dan ketahui, maka mari sama-sama kita mengambil manfaat daripada firman Allah dalam surah Fusshilat ayat 33-34, “Siapakah yang lebih baik perkataanya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang salih dan berkata, ‘Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri. Dan tidaklah sama kebaikan dan kejahatan. Tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik, maka tiba-tiba orang yang antara mu dengan antara dia ada permusuhan seolah-olah menjadi teman yang sangat setia.”


22. Sesungguhnya kebenaran sudah jelas, tetapi kita degil dengan mengikut hawa nafsu sebagai petunjuk. Dan benarlah dengan firman Allah ini, “Dan siapa yang lebih sesat daripada orang yang mengikuti hawa nafsunya, dengan tidak mendapat petunjuk daripada Allah sedikit pun.” (Al-Qashash 50).


23. Apabila kita sudah dihadapkan dengan kebenaran, janganlah berpaling lagi. Peganglah ia kuat-kuat, agar iman kita bertambah.Firman Allah, “Hai orang-orang yang beriman, jagalah dirimu, tiadalah orang yang sesat itu akan memberi mudharat kepadamu, apabila kamu telah mendapat petunjuk.” (Al-Maidah 105).


24. Dan sekarang, bagaimanakah prinsip kita terhadap demonstrasi yang sering dilakukan dan dianjurkan oleh pihak pembangkang, khususnya PKR? Masihkah kita menerimanya sebagai perkara yang halal? Bukankah sebelum ini kita disajikan dengan macam-macam demonstrasi yang dianjurkan oleh pembangkang, seperti demonstrasi BERSIH, demonstrasi turun harga minyak dan pelbagai lagi. Jadi pada hari ini, sebagai manusia yang mengaku beriman kepada Allah. Tepuklah dada dan tanyakanlah iman kita.


25. Manakala, bagi sesetengah ulama yang masih tidak berani berkata benar dalam hal ini, fikirkanlah tentang kepentingan agama, bangsa dan negara . Janganlah kita begitu mudah terpengaruh dengan dakyah dan retorik kosong pihak yang menghalalkan demonstrasi jalanan yang jelas terpesong jauh daripada tatacara berdakwah generasi salaf. Sesungguhnya, pada hari ini, kebenaran seakan-akan tidak diendahkan lagi, malah, bagi mereka yang mengkritik parti pembangkang kerana menganjurkan demonstrasi jalanan pula yang dipersalahkan, kononnya mereka tidak demokratik dan tidak memahami perundangan. Dan kini, saya rasakan kebenaran sudah berada di sisi gelapnya. Manakala ulama pula, membisu seribu bahasa. Semoga Allah selamatkan negara ini.Wallahualam.

July 28, 2010

Benarkah Isu Farah Azlina dan Saiful Bukhari?


Mengapa
Farah Azlina dan Saiful Bukhari
Belum Bertindak?



Isu berkenaan hubungan "mesra" yang dikatakan wujud antara Saiful Bukhari Azlan dengan Farah Azlina Latif perlu ditamatkan dengan kadar segera. Sama ada Saiful mahu pun Farah - mereka mesti melakukan tindak susulan - tiada pilihan -, bagi merbersihkan semula nama baik mereka berdua . Strategi berdiam diri bukanlah kaedah terbaik dalam menyelesaikan isu seperti ini. Jika ini merupakan fitnah dan kebohongan yang nyata, maka saman malu mesti dilakukan - agar Raja Petra dan Malaysiakini dihadapkan ke muka pengadilan. Dalam keadaan yang sangat genting ketika ini, isu seperti ini harus dihindari. Jika tersilap haribulan, kebenaran yang dibawa oleh Saiful Bukhari bisa sahaja tewas di tengah jalan. Anwar Ibrahim mesti dipenjarakan. Fokus utama kita adalah untuk menghancurkan fitnah jahat Anwar Ibrahim. Saya syorkan agar Saiful dan Farah membersihkan nama mereka, sama ada melalui saman fitnah atau pun sumpah Mubahalah. Dengan cara ini sahaja, keadaan akan pulih dan kepercayaan kembali normal.Wallahualam.

Mahfuz Omar 2010 : Fitnah Zaman Ini!


Mahfuz Omar 2010
Fitnah Zaman Ini!


PUTRAJAYA 27 Julai - Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menyerahkan kepada kebijaksanaan umat Islam di negara ini untuk membuat penilaian dalam isu tindakan Pas mempersoalkan penglibatannya dalam usaha mengukuhkan ikatan Islam UMNO-Pas.

Katanya, beliau tidak mempunyai komen tertentu terhadap kenyataan Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar yang menyifatkannya sebagai pecacai UMNO dalam isu yang menimbulkan kontroversi di kalangan para pemimpin kanan Pas itu.

''Terpulang kepada dia (Mahfuz), biarlah orang ramai menilai. Bagi saya, saya tetap mempertahankan kenyataan saya sebelum ini (menyatakan ada kalangan pemimpin Pas menemuinya bagi mendapatkan pandangan bagaimana untuk mengukuhkan ikatan Islam antara UMNO dan Pas)," katanya ketika dihubungi hari ini.

Mahfuz semalam menyifatkan Harussani sebagai pecacai UMNO kerana didakwanya berbohong mengenai perjumpaannya bersama Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali yang dikatakan menyentuh soal kerjasama UMNO dan parti itu.

Naib Presiden Pas itu menjelaskan, Hassan telah mengaku yang beliau pernah berjumpa dengan Harussani tetapi perjumpaan itu hanya melibatkan perbincangan mengenai Islam dan tidak menyentuh soal kerjasama Pas-UMNO.


Ulasan Saya

1. Membaca rintihan hati Tuan Guru Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria ini, menyebabkan rasa sebak di dada saya. Orang Melayu, khususnya dalam kalangan pemimpin PAS sudah tidak ada rasa hormat lagi sesama saudara seIslam. Lidah mereka seolah-olah bebas berkata apa-apa sahaja dan menuduh orang lain dengan sesuka hati mereka . Tiada lagi perhitungan dosa dan pahala. Tiada lagi adat dan budaya. Yang tinggal hanya buruk sangka dan nafsu serakah semata-mata. Mahfuz Omar - mungkin boleh dijadikan sebagai orang Melayu contoh kepada generasi perjuang Islam, bagaimana seorang Melayu beragama Islam yang membesar di sebuah negara Islam, hidup dengan harmoni di sebuah negara bernama Malaysia, tetapi tidak pernah tahu bersyukur dan berterima kasih.

2. Mahfuz Omar juga boleh dikatakan sebagai fitnah zaman ini, khususnya di Malaysia, mulut celuparnya sering membuat rakyat berburuk sangka sesama saudara seIslam. Lidahnya yang petah berkata-kata sering menjadi pengadu domba dan pengacum kepada rakyat jelata agar bangkit memberontak serta menentang pentadbiran kerajaan - walaupun pilihan raya umum sudah lama berakhir. Tuduhan-tuduhan yang dilemparkan oleh Mahfuz terhadap kerajaan lebih banyak seni retorik, demi mewujudkan persepsi negatif terhadap UMNO dan kerajaan, jauh sekali menyampaikan kritikan membina. Beliau bukanlah seorang pejuang Islam, cuma namanya sahaja Islam. Saya berdoa kepada Allah, agar berikanlah petunjuk kepada saudara Mahfuz Omar, semoga beliau kembali ke pangkal jalan dan segera menghentikan tabiat mulut celuparnya itu.

3. Manusia seperti Mahfuz Omar tidak diperlukan di negara ini. Beliau merupakan perosak kepada agama, bangsa dan negara. Tidak pernah kita mendengar beliau mengaku kesilapan dan memohon maaf kepada mana-mana individu yang difitnahnya selama ini. Pada beliau, segala ucapannya yang dilemparkan terhadap kerajaan dan UMNO, semuanya benar belaka. Tiada satu pun yang salah. Pada saya beliaulah fitnahtul kubra zaman ini!

Kita Tak Tahu Bersyukur Ke?


Kita Tak Tahu Bersyukur Ke?


KUALA LUMPUR 28 Julai - Kerajaan memberi subsidi kos rawatan berjumlah RM9.9 bilion untuk pesakit yang mendapatkan rawatan di Klinik 1Malaysia. Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, pesakit tempatan hanya dikenakan bayaran perkhidmatan RM1 berbanding caj RM15 untuk warga asing.

"Perbezaan bayaran perkhidmatan ini adalah untuk memastikan rakyat Malaysia menikmati subsidi yang diberikan oleh kerajaan,” katanya menjawab soalan Senator Datuk Daljit Singh Dalliwal pada persidangan Dewan Negara di sini hari ini. Bagaimanapun, menurut Rosnah, Kementerian Kesihatan tidak mempunyai maklumat untuk kos subsidi bagi setiap pesakit di Klinik 1Malaysia. Sehingga 25 Julai tahun ini, daripada 721,888 pesakit yang mendapatkan perkhidmatan di klinik 1Malaysia, tidak sampai satu peratus adalah warga asing. - Bernama


Ulasan Saya

1. Kalau berita baik macam ini, satu laporan pun tidak akan disiarkan di dalam Harakah.

2. Kalau kita rakyat yang bijak, senaraikan kebaikan kerajaan, jangan nampak yang buruk sahaja. Nanti jadi manusia yang tidak tahu bersyukur.

3. Kita kena ingat subsidi tak akan ada lagi, kalau DAP yang perintah Malaysia. Semua perkara nak dihapus. Subsidi pun tak ada, hak bumiputera pun tiada.

4. Tapi, orang Melayu masih degil, nak juga undi DAP. Biar UMNO mampus, janji semua orang Melayu rugi, puas hati. Inilah perangai kita.

5. Subsidi dan dengki memang istilah yang sinonim dengan orang Melayu-Islam di Malaysia. Apabila tak dapat subsidi, ugut tak akan beri undi, macam-macam dicaci dan dimaki, bila dapat subsidi, mulut terkunci dan tak tahu mengenang budi, yang tak dapat subsidi jadi pendengki, cucuk sana, cucuk sini, tikam sana, tikam sini - yang rugi anak cucu kita sendiri.

July 27, 2010

Wajib Halang DAP Perintah Malaysia (Ulangan)


Umat Islam Malaysia
Wajib Halang DAP
Perintah Malaysia


Strategi pecah, perintah dan tawan pembangkang?

1. PERNAH dengar istilah strategi pecah dan perintah? Dalam ilmu politik dan sosiologi, pecah dan perintah (atau dalam bahasa Inggeris divide and rule; istilah asalnya dari bahasa Latin divide et impera) ialah satu strategi yang menggabungkan tiga elemen iaitu politik, ketenteraan dan ekonomi.


2. Ketiga-tiga elemen itu bergabung bagi menguasai dan memelihara kuasa yang ada dengan memecahkan pengaruh dan kuasa yang besar kepada kecil-kecilan. Ini akan mengakibatkan kuasa kumpulan yang berpengaruh atau berkuasa itu berkurangan, berbanding pihak yang melaksanakan strategi itu.


3. Secara praktisnya, strategi ini digunakan untuk mengelakkan kumpulan kecil ini bergabung dan membentuk kuasa yang besar (atau sebaliknya). Strategi ini pernah dilakukan oleh pihak British ke atas Tanah Melayu. Memecahkan kaum-kaum dan negeri-negeri yang ada dengan meletakkannya dalam koloni dan sistem pemerintahan yang berasingan bagi memudahkan pihak Inggeris memerintah pada waktu itu.


4. Kemudian parti Perikatan, yang mengambil alih kekuasaan negara ini mengamalkan strategi itu apabila parti-parti yang mewakili kaum-kaum terbesar digabungkan - dengan mengetepikan parti-parti lawan yang enggan bersama mereka. Perikatan kemudiannya ditukar menjadi Barisan Nasional (BN) dan strategi itu kekal berjaya sehingga hari ini, selama 52 tahun.


5. Ia bertahan kerana orang Melayu yang merupakan majoriti rakyat negara ini menguasai kuasa politik dan ketenteraan tanah air. Orang Melayu bergabung dengan kaum-kaum lain (Cina dan India) bagi membentuk satu kuasa yang kuat. Ia dibuat atas dasar hormat-menghormati dan percaya-mempercayai yang telah dimeterai atas ikatan Perlembagaan Persekutuan termasuk beberapa dasar yang dibentuk kemudiannya.


6. Walaupun ada sedikit masalah pertelingkahan kaum di pertengahan jalan, namun ia berjaya diselesaikan. Masing-masing lupa dengan perbezaan masing-masing dan semua pihak dalam pakatan itu berjaya menjana negara ini sehingga Malaysia di anggap negara yang makmur dan mewah. Namun, apakah strategi 52 tahun itu masih mampu bertahan? Secara akademik ia sudah mulai lemah.


7. Strategi pecah dan perintah itu mulai gagal setelah kuasa politik yang dipegang oleh orang Melayu itu mulai berpecah. Melayu tidak sepadu dulu lagi. Mereka sudah berpecah kepada beberapa kumpulan. (Baca Cuit: Melayu bukan UMNO lagi, Melayu sudah minoriti (25 Mac 2009), ia mengandaikan Melayu sudah berpecah enam. Pilihan raya umum ke-12 pada 2008 telah meletakkan satu petunjuk, yang tidak pernah terlintas di fikiran selama ini, yang orang Cina boleh menguasai kuasa politik di negara ini.


8. Ia hanya boleh berlaku jika orang Melayu berpecah. Orang Melayu yang marah, keliru, sakit hati secara protes tidak memberi undi kepada parti pemerintah, yang bangsa mereka sendiri menguasainya.


9. Protes itu secara tidak sengaja telah memberi petunjuk, yang parti berasaskan Cina seperti DAP pun boleh menguasai negara ini. Negeri-negeri yang dikuasai DAP pada pilihan raya umum lalu ialah Pulau Pinang, Perak, Selangor dan sebahagian besar Wilayah Persekutuan. Negeri Sembilan hampir-hampir dikuasai mereka. Jika Melaka dan Johor pun jatuh ke tangan DAP - maka sebahagian besar Pantai Barat 'emas' Semenanjung Malaysia akan dikuasai DAP.


10. Jika ia berlaku maka empayar DAP itu akhirnya akan menemui titik pertemuannya dengan abang mereka PAP dari Singapura. Apa seterusnya berlaku, belum terlintas lagi di fikiran, namun teorinya mungkin sudah boleh di agak.


11. Secara akademik, ia tidak mustahil berlaku. Melihatkan perkembangan semasa ia memang boleh berlaku. Jika perkembangan itu membawa kepada pilihan raya umum ke-13 kelak, maka Melayu sudah boleh menjangka nasib mereka. Hasil strategi tidak putus asa pembangkang, mereka telah berjaya mewujudkan beberapa puak yang bertelagah di kalangan orang Melayu.


12. Orang Melayu pula dalam masa yang sama terlalu ego dengan pegangan dan fahaman masing-masing. Melayu UMNO, Melayu Pas, Melayu PKR dan segelintir Melayu DAP terlalu taksub dengan ideologi kemelayuan, keislaman dan keadilan mereka.


13. Orang Melayu tidak sedar yang mereka sedang diperkotak-katikkan untuk membenci antara satu sama lain dan antara sekutu-sekutu yang dulunya bersama mereka.Tiba-tiba orang Melayu bermusuh dengan orang Cina dan orang India. Sama ada ia disengajakan atau tidak atau wujud permainan dalaman atau luaran itu tidak pasti, tapi usaha-usaha untuk mewujudkan kebencian antara Melayu dan kaum-kaum lain semakin nyata sekarang.


14. Strategi pecah dan perintah serta pecah dan tawan (divide and conquer) kini berada dalam tangan pihak pembangkang. Mereka sedang bermain dengan strategi itu. Mereka sedang menguasai keadaan dengan sebaik mungkin. Orang Melayu yang tidak sedar dengan permainan itu turut serta dalam percaturan itu. Mereka gagal melihat muslihat di sebaliknya.


15. Strategi yang sama pernah dimainkan oleh sebuah pihak luar dan ia berjaya. Pihak yang dominan berpihak dengan satu kumpulan minoriti untuk mengetepikan satu lagi puak yang majoriti sedikit daripada puak minoriti itu. Kedudukan tinggi diberikan kepada puak minoriti itu dengan alasan puak majoriti tidak berupaya memegangnya. Sedikit demi sedikit puak yang ditekan itu terpaksa beralah. Akhirnya sehingga hari ini puak majoriti itu terpaksa melukut di tepi gantang. Ia adalah satu model strategi pecah dan perintah yang cukup licik untuk meminggirkan satu-satu puak.


16. Orang Melayu kini sedang mengalami proses tersebut. Kita sedang bermusuh dengan orang Cina yang pernah bersahabat baik dengan kita. Kita sedang bermusuh dengan orang India yang pernah bersahabat karib dengan kita. Tiba-tiba semua ini berlaku secara serentak. Orang Melayu sedang bermusuh dengan semua orang.


17. Ditambah lagi, ada pula pihak-pihak bermain dengan perang psikologi dengan sengaja menuduh orang Melayu adalah kaum yang rasis dan perlu dilawan habis-habisan. Golongan ini tahu apa yang mereka sedang mainkan. Suasana baik itu perlu dipecahkan kerana selagi perikatan itu kuat, pakatan tidak boleh berbuat apa-apa.


18. Di masa pengundi-pengundi Cina (dalam pilihan raya kecil) lari dari kerajaan pemerintah kerana melihatkan mereka ada advantage ekoran pilihan raya umum ke-12 lalu, orang India pula cuba dilaga-lagakan dengan Melayu.


19. Sama ada ini kebetulan atau tidak, kita tidak tahu. Tapi jika betul dan akhirnya orang India juga lari dari Melayu, maka pada masa itu gabungan peratusan undi Cina dan India akan menjadi penentu kepada kuasa politik tempatan. Orang Cina dan India akan bergabung untuk mengetepikan Melayu.


20. Tanpa disedari, para strategis ini (dalaman atau luaran) sedang mengatur strategi baru. Setelah melihat permusuhan Melayu-Cina-India sudah berjaya diwujudkan, mereka kini menuju kepada kumpulan yang lain pula. Mangsa seterusnya ialah anak-anak negeri dan etnik pribumi - Orang Asli, pribumi Sabah dan Sarawak.


21. Jika itu juga berjaya dan apabila kumpulan itu pula mula membenci orang Melayu atau orang Melayu juga membenci mereka, maka ia adalah penamat bagi segala-galanya. Orang Melayu pada masa itu akan turut melukut di tepi gantang. Strategi pecah, perintah dan tawan oleh pembangkang nampaknya sedang berlangsung dengan sempurna. Ia adalah permainan taktikal dan akal. Yang alpa akan tewas.

Sumber : Utusan Online

July 23, 2010

Apabila Sayuti Omar Kecewa!


Haram Dekati Harussani!

Oleh Mohd Sayuti Omar

1. FAHAMAN dan amalan politik orang Melayu/Islam sudah sampai ke peringkat hilang punca dan hilang pedoman. Quran dan hadith sudah tidak digunapakai lagi. Budaya dan adat juga dilupakan. Rata-rata mereka hanya menggunakan Islam sebagai alat dan umpan politik tidak lebih daripada itu. Semuanya dapat dilihat kepada perbuatan, kata-kata dan tindakan.

2. Paling mendukacitakan sesetengahnya mengaku Islam, memperjuangkan Islam tetapi fiil dan perangainya lebih buruk dan huduh dari orang kafir. Kafir zimmi di negara ini masih mengekalkan diplomasi mereka untuk mempertahankan kedudukan mereka, tetapi tidak dengan orang yang mengaku Islam sendiri.

3. Betapa tidak ada pemimpin parti Islam, Pas begitu pesimis dengan ulama atau Mufti yang dirasakan tidak berpihak kepada mereka. Mufti yang bercakap tidak menguntungkan politik huminisme dan materialistik (kedudukan dan kuasa) mereka, ditentang habis-habisan. Mereka tidak lagi menilai atau menyelami nawaitu dan seruan tersurat Mufti berkenaan sebaliknya terus diprejudis sebagai pengkhianat perjuangan mereka. Sebabnya sedikit saja, kerana Mufti berkenaan cuba membawa perdamaian dengan Umno maka ia dianggap sebagai barua Umno.

4. Kerana kekacauan fikiran dan fahaman politik itu apa juga yang baik tidak akan dilihat sebagai baik dan elok lagi. Semuanya menjadi huduh. Sebab itu saya mengatakan isu perpaduan Pas - Umno sudah jadi macam tahi.

5. Contohnya apa yang menimpa kepada Mufti Perak, Harussani Zakaria itu. Mufti itu dituduh dan dilemparkan dengan pelbagai fitnah dan kata-kata kesat yang tidak terfikir oleh kita sebelum ini. Belum ada rasanya Mufti di negara ini menghadapi kecaman buruk begitu. Paling-paling pun kalau ada Mufti dikaitkan dengan fahaman yang bertentangan ahli sunah wal jemaah saja. Itu pun Mufti berkenaan tidak dilebelkan dengan berbagai nama huduh.

6. Musibah yang menimpa Harussani itu itulah menyebabkan Mufti lain lebih banyak mendiamkan diri dari bercakap. Mereka menjadi takut untuk bercakap kandatipun atas aspek yang hak dan dalam bidang kuasa mereka kerana bimbang akan diserang. Walhasilnya maka banyaklah Mufti yang memilik lidah syaitan di negara ini.

7. Pun begitu tuduhan atau tanggapan itu tidak menghairankan. Dalam politik matlamat menghalalkan cara ia boleh berlaku apa saja. Orang kudus pun boleh dilumurkan dengan persepsi dosa dan sebaliknya orang berdosa dan munafik boleh dilumurkan dengan persepsi baik dan mempunyai keramah dan maunah.

8. Tetapi pembiaran kecaman melampau oleh pemimpin tertentu Pas kepada Harussani dilihat sebagai satu perbuatan yang agak melampau.

9. Betapa tidak ada yang membuat andaian Harussani sebagai berbohong atau menjadi alat kepada sesuatu pihak. Anihnya orang berkata demikian kalau dibelek buku harian perjuangannya sebelum ini sangat jelas akan munafiknya. Beliaulah yang membuka parit perpaduan tetapi menutup balik apabila merasakan kedudukannya selesa.

10. Tidak dinafikan kalau ada Mufti berbohong termasuk Harussani. Tetapi saya yakin bohongnya kecil sedikit daripada pembohongan dan munafik orang politik yang sangat jelas dan lebih memualkan. Pembohongan orang berilmu tentulah ada batas-batas dan syaratnya dan tidak sampai termasuk ke dalam golongan melampau.

11. Persoalannya kenapa pemimpin Pas yang ada ilmu bertaraf ulama membiarkan perkara ini? Seolah-olah kecaman kepada Mufti ini direstuinya. Kalau pun Mursyidul Am, atau Presiden bersama Timbalan Presiden dan Naib-naib Presidennya tidak berani tegur kerana takut hilang undi dalam muktamar, tetapi Dewan Ulama patut memainkan peranannnya. Dewan Ulama harus tampil memberi penjelasan mengenai hal ini. Dewan Ulama yang merupakan dewan tertinggi yang menjadi penasihat harus menasihat keterlanjuran melampau ini. Ingatlah aspek dakwah dan terbiah dalam Pas itu perlu dihidupkan sepanjang masa dan ianya tidak harus ditenggelami oleh kerakusan nafsu politik.

12. Apabila ada pemimpin Pas mengecam ulama meskipun ulama semacam Harussani, tindakan itu tampak kontras dengan Pas sebagai sebuah parti memperjuangkan Islam. Ini sedikit sebanyak mencalarkan imej Pas. Logiknya yang mengecam Mufti dan ulama, Umno, sebalik tidak terjadi begitu. Dalam konteks Harussani ini Umno pula beriya membela Harussani.

13. Perlu disedari fenomena mengecam Mufti ini akan memberi kesan buruk kepada Pas sendiri dan juga institusi Islam lainnya. Kalau Mufti boleh dipermain dan diperolok-olokkan apalah institusi lain, ianya makin boleh dipermain-mainkan. Cuba bayangkan bagaimana orang bukan Islam memerhati keadaan ini. Mereka akan menyangka bahawa Islam sesama Islam juga bergomol. Jadi di manakah peranana Pas selaku pengawal dan penjaga hal ehwal Islam di negara ini?

14. Mengenai sangahan buruk kepada Harussani ini lebih malang lagi apabila ada orang Pas yang melarang orang Pas lain mendekati Mufti berkenaan walaupun atas hal peribadi. Pemimpin itu mencadangkan mana-mana orang mendekati Harussani orang itu hendak dipecat. Cadangan dan arahan ini mencerminkan betapa 'kohong' dan sesatnya pemikiran pemimpin berkenaan. Larangan dan tegahan itu meletakkan Harussani seolah-olah macam anjing dan babi binatang yang bernajis bagi umat Islam. Kenapa begitu sekali?

15. Larangan berkenaan sungguh kejam dan ia bertentangan dengan prinsip Islam dan hak asasi yang diperjuangkan oleh orang Pas itu sendiri. Kepada saya sebelum menyarankan orang lain dipecat seharusnya orang berkenaan berundur dari harakah Pas. Rasanya Pas tidak berminat dengan individu yang ekstrem dan merasakan hanya dia yang pandai dan bijak.

16. Saya tidak kisah kalau kecaman dan kebencian terhadap Harussani diluahkan oleh para bloger otak kemetot dan budak-budak hingusan dalam Pas. Itu munasabah sebab mereka muda dan jalaran akalnya pun tidak berapa jauh sangat. Kepala mereka berbuak-buak dengan emosi dan rasa taksub atas apa yang mereka percayai. Mereka tidak boleh disalahkan. Tetapi mereka yang sudah dewasa dan matang, yang janggutnya sudah sampai ke lutut dan melimpah ke pipi perlu memperbetulkan sikap dan fiil ini. Jangan sampai ia melarat sehingga orang akan melihat Pas membenci Islam bukannya menyanyangi Islam.

17. Biarlah apa orang nak tuding kepada Harusaani namun kepada saya secara peribadi dia lebih afdal untuk ditemui daripada mereka yang menerima Islam, mendokong falsafah Islam tetapi masih belum melafazkan syahadat - Ashahadul Alaiilahaillah Muhamadur Rasulullah!