Tetamu Kehormat...

April 29, 2010

Ezam Mohd Noor 2010 : Ke Mana Khairy Selepas Ini?


Ezam Mohd Noor 2010
Ke Mana Khairy Selepas Ini?


KUALA LUMPUR 28 April - Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Ezam Mohd. Noor adalah antara empat individu yang akan dilantik sebagai ahli Dewan Negara. Ezam yang juga bekas Setiausaha Politik Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan mengenai berita pelantikannya sebagai senator itu tetapi enggan mengulas lanjut.

"Ya, benar Alhamdulillah. Cuma saya akan buat kenyataan hanya selepas majlis angkat sumpah nanti. Sekarang masih di Jakarta, bertugas,'' katanya ketika dihubungi di sini malam ini. Beliau juga Pengerusi Yayasan Generasi Baru Nusantara.

Dalam pada itu, Utusan Malaysia difahamkan, turut akan dilantik sebagai senator ialah Timbalan Presiden MIC, Datuk G. Palanivel; Pengerusi Eksekutif Rahim & Co, Datuk Abdul Rahim Abdul Rahman dan Ketua Wanita UMNO Bahagian Pagoh, Noriah Mahat. Mereka akan mengangkat sumpah jawatan untuk tempoh tiga tahun di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang pada Isnin ini. Bagi Palanivel, ura-ura yang beliau akan dilantik sebagai senator bukan lagi rahsia. Pelantikan itu dikatakan sebagai menghargai pengorbanannya yang tidak dicalonkan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor. Selain dilantik sebagai senator, Palanivel juga disebut-sebut akan diberi jawatan dalam kerajaan. Sementara itu, Setiausaha Dewan Negara, Datuk Zamani Sulaiman yang dihubungi malam ini juga mengesahkan pelantikan itu tetapi enggan mengulas lanjut.


Ulasan Saya

1. Terdapat beberapa pandangan dalam soal ini - antaranya, ada dalam kalangan sebahagian besar ahli UMNO yang tidak berapa selesa dengan bekas ahli-ahli PKR yang kembali ke pangkuan UMNO. Menurut golongan ini - bekas ahli-ahli PKR inilah yang dahulu sangat ganas membelasah dan memburuk-burukan UMNO, malah, mereka juga dicop sebagai penderhaka kepada UMNO, sehingga UMNO dilihat begitu jijik serta kotor dalam kalangan rakyat jelata. Dan sekarang, ramai dalam kalangan ahli UMNO akar umbi yang tidak berpuas hati atas layanan yang diberikan kepada mantan pemimpin-pemimpin PKR, khususnya Ezam Mohd Nor.


2. Persoalan kedua - terdapat juga tanda-tanya dalam kalangan ahli UMNO akar umbi berhubung soal, perlukah UMNO diperkukuhkan dengan cara mengutip kembali ahli-ahli PKR yang sudah kembali ke pangkal jalan - bagi tujuan melondeh dan membuka pekung Anwar Ibrahim dan saki-baki kuncu-kuncunya? Menurut golongan ini - mereka bertanya, apakah UMNO tiada kekuatan sendiri? Sehingga terpaksa menggunakan bekas ahli-ahli PKR untuk memulihkan kembali keyakinan rakyat kepada UMNO? Apakah UMNO tidak mempunyai cukup pemidato dan penceramahnya bagi mendapatkan semula sokongan rakyat? Golongan ini, tidak mahu UMNO dilihat seolah-olah terpaksa mengambil "orang luar" dan mengenepikan "orang sendiri" bagi mengukuhkan parti.


3. Persoalan ketiga ialah - apakah Ezam Mohd Nor akan diberi tempat dalam barisan kepimpinan DS Najid pada masa akan datang? Baik dalam kabinet, mahupun dalam parti. Dan tidak mustahil Ezam akan dilantik sebagai Ketua Penerangan UMNO Pusat, sekaligus memegang potfolio seorang menteri. Apakah sejarah Anwar Ibrahim yang di bawa masuk oleh Dr Mahathir akan berulang?


4. Persoalan keempat - Kembalinya Ezam ke pangkuan UMNO dan dengan restu DS Najib - maka UMNO sudah mempunyai seorang pengucapan awam yang hampir setanding dengan Anwar Ibrahim - soalnya, ke mana Khairy Jamaluddin selepas ini? Apakah ini merupakan mesej daripada DS Najid bahawa Khairy telah gagal menjalankan tanggungjawabnya sebagai Ketua Pemuda UMNO? Dan apakah kumpulan pengucapan awam Pemuda UMNO yang dibentuk oleh Khairy telah gagal dengan fungsinya? Sehingga kita terpaksa mengambil Ezam bagi menyaingi kehebatan oreta Anwar Ibrahim?


5. Sememangnya, secara jujur kita akui Pemuda UMNO di bawah Khairy sangat lemah keadaanya. Tidak menonjol dan tidak ada banyak perubahan. Malah, jika di banding dengan dengan Dewan Pemuda PAS - mereka kelihatan lebih ke hadapan. Dan kehadiran Ezam dalam pentas arus perdana - setelah beliau dinobatkan sebagai senator - akan membawanya kembali ke tengah gelanggang politik, sekali gus menjadi pahlawan baharu UMNO di barisan hadapan, khususnya dalam PRU ke-13 kelak. Kehadirannya, mungkin tidak memberi apa-apa persaingan kepada Khairy dalam tempoh yang singkat - namun demikian, untuk tempoh yang panjang, ia bisa sahaja menjadi duri dalam daging kepada mana-mana pemimpin muda UMNO yang mempunyai sejarah hasad dengki dan iri hati.


6 Tetapi - bagi saya, secara berterus-terang dan jujur - saya mengalu-alukan Ezam kembali cergas ke barisan hadapan - bagi mempertahankan UMNO, andaikata tugas ini telah gagal dilakukan oleh Pemuda UMNO Malaysia secara berkesan. Malah, saya juga secara jujur mahu melihat kepimpinan Pemuda UMNO Malaysia mempunyai persaingan yang sihat, dan ahli-ahli pemuda UMNO diberi kebebasan dalam memilih ketuanya yang berkualiti dan bukan liabiliti.


7. Ezam - pada saya merupakan aset baharu UMNO dalam usaha menggempur barisan pertahanan utama Anwar Ibrahim. Malah - andaikata DS Najid melantiknya sebagai menteri penuh sekali pun - saya fikir ahli-ahli UMNO akar umbi tidaklah perlu gelisah dan beralih arah. Sekurang-kurangnya - UMNO semakin bertambah dengan kepimpinan yang berkualiti.


8. Saya tidak tahu sejauh mana hubungan Ezam dengan Khairy - tetapi, setidak-tidaknya kemunculan Ezam di Parlimen, tetap akan memberi persaingan kepada Ketua Pemuda UMNO itu. Dan sesunggunhnya - untuk masa yang akan datang, persaingan yang sihat harus ada dalam memilih dan menentukan pucuk pimpinan parti.


9. Kita juga sedar - terdapat pemimpin-pemimpin UMNO yang kurang senang dengan kehadiran semula Ezam di pentas politik UMNO. Namun demikian, DS Najid tidak berupaya memuaskan hati semua ahli UMNO, bersyukur dan berfikiran terbuka, amat dituntut pada masa kini.


10. Saya percaya Ezam boleh pergi lebih jauh dalam hierarki kepimpinan UMNO pada masa akan datang. Dalam usianya yang masih muda -43 tahun- dan dengan sokongan DS Najid - tidak mustahil beliau kembali menjadi ikon golongan muda di dalam UMNO, apatah lagi dengan kelebihan pengucapan awamnya yang hebat, bertenaga dan pengalaman politiknya dalam UMNO dan PKR - menjadikan masa depan politik Ezam serba mungkin - Bahkan, jangan terkejut beliau mungkin mampu mendaki tangga Naib Presiden pada satu hari nanti.


11. Nampaknya - ramai yang tidak sedar, kehadiran semula Ezam dalam politik UMNO - bakal menyaksikan landskap politik UMNO berubah ke fasa yang baharu. Jika dahulu rumah UMNO pernah dipenuhi dengan "orang-orang ABIM" bawaan Anwar Ibrahim, maka pada kali ini - untuk permulaan yang baru ini - rumah UMNO akan mula dipenuhi dengan kehadiran "bekas orang-orang PKR" bawaan Ezam Mohd Nor. Ia terpulang kepada kita - bagaimana mahu menafsirnya. Jika dahulu Anwar Ibrahim dikatakan anak emas Dr. Mahathir, kerana membawa beliau menyertai UMNO (sekaligus menguatkan UMNO untuk bersaing dengan PAS), maka tiba giliran DS Najid pula "mungkin" menjadikan Ezam sebagai anak emas yang baharu untuk UMNO melangkah lebih jauh.


12. Walau apa pun alasanya - Ezam tetap diperlukan demi melemahkan Anwar dan PKR - hanya itulah cara yang paling segera dan pantas untuk mengembalikan semula sokongan orang Melayu kepada UMNO - setelah kaum Cina membuktikan di Hulu Selangor tiada tanda-tanda bahawa mereka akan tetap bersama BN dalam PRU yang akan datang. Kini, fokus BN adalah sedaya upaya untuk mendapatkat sebanyak mungkin sokongan orang Melayu dan India, bagi mengimbangi undi kaum Cina yang semaki hari semakin menyebelahi PKR dan DAP. Dan Ezam - merupakan kunci saktinya!.


13. Untuk masa yang akan datang - yang timbul hanyalah - apakah jenis hubungan yang akan wujud antara Ezam dengan Khairy? Sebagai pesaing, pelengkap, atau musuh? Dan bagaimana pula hubungan Ezam dengan Mukhriz? - Semua persoalan ini akan menjawab ke mana kepimpinan muda dan para pelapis kepimpinan UMNO selepas ini.

April 25, 2010

12 Sebab PKR Tumbang di Hulu Selangor


12 Sebab
PKR Tumbang Di Hulu Selangor


Mengulas kemenangan BN yang sudah dijangkan di Hulu Selangor - bukanlah terlalu sukar, malah kemenangan dengan majoriti hampir 2000 undi itu sebenarnya adalah mesej tersirat rakyat kepada Anwar Ibrahim - sesungguhnya, "Kami rakyat jelatan sudah bosan dan muak dengan permainan politik kotor kamu selama ini." Rakyat mahukan keamanan dan keharmornian, bukan caci maki dan umpat keji. Ada beberapa pengajaran dan analisis yang boleh kita simpulkan dalam keputusan di Hulu Selangor, antaranya :

1. Rakyat tidak suka calon wakil rakyat mereka "orang luar".

2. Peribadi calon masih menjadi pertaruhan penting untuk menentukan kemenangan pada saat-saat akhir.

3. Jelas - peranan blogger semakin mendapat tempat dalam menentukan isu-isu politik dan mewujudkan mood bagi isu nasionl dan setempat. Dalam hal ini, ucapan tahniah harus ditujukan kepada para bloggers pro-kerajaan yang bijak memainkan isu Zaid, sehingga hampir semua blogger pro-pembangkang lumpuh sama-sekali.

4. Rakyat sudah dapat mengenali watak Anwar Ibrahim yang sebenar - semakin ramai pemimpin PKR keluar parti, maka semakin terhakislah kepercayaan rakyat kepada Anwar.

5. Kemenangan ini juga merupakan hasil doa PM, DS Najid yang teraniaya dan dizalimi oleh Anwar dengan kuncu-kuncunya berhubung isu Altantuya. Kita tahu, sesungguhnya doa orang teraniaya akan terus dimakbulkan oleh Allah.

6. Peranan Tun Mahathir juga menyumbang kemenangan BN di Hulu Selangor - kehadiran Tun Mahathir dan DS Najid dalam pentas ceramah yang sama, membuktikan kesepakatan dan saling menguat antara satu sama lain.

7. Banyak isu yang dibangkitkan oleh Anwar dan para pemimpin pembangkang memakan diri mereka sendiri - isu APCO tidak memberi apa-apa makna, isu ini tidak lebih daripada isu syok sendiri parti pembangkang, akhirnya terbukti Anwar Ibrahim yang sebenarnya mempunyai hubungan yang rapat dengan negara musuh Islam itu. Isu Zaid minum arak dan mempunyai kuda lumba, cuba dipertahankan oleh PAS, malangnya rakyat benci sikap hipokrit PAS dalam mempertahankan Zaid. Kehadiran Nik Aziz di Hulu Selangor tidak banyak mengubah keadaan politik di sana.

8. Keluarnya Dr. Halili, Bendahari PKR Hulu Selangor yang juga merupakan doktor peribadi kepada Anwar pada suatu ketika dahulu dan mengisytiharkan masuk UMNO, telah melumpuhkan terus jentera pilihan raya PKR, sehingga PAS terpaksa mengambil alih tanggungjawab tesebut.

9. Sikap provokasi pemuda-pemuda PKR yang keterlaluan, menyebabkan masyarakat menyampah dan melabelkan mereka sebagai kaki samseng dan pengacau.

10. Ahli-ahli PAS berpecah dua - terdapat ahli PAS yang tidak menyokong Zaid sebagai calon di Hulu Selangor, ahli-ahli PAS yang tidak menyokong Zaid ini semakin bertambah - tatkala mengetahui hakikat latar belakang kehidupan Zaid yang sebenar. Lantaran itu - Zaid telah menerima undi protes dan terdapat ahli-ahli PAS yang tidak keluar mengundi kerana tidak bersetuju dengan pencalonan Zaid.

11. Sikap dan cara calon BN, Kamalanathan melayani penduduk setempat, sangat menyentuh perasaan. Beliau tidak bersikap racis - malah terbukti perwatakannya disenangi ramai pihak.

12. Perpecahan dalam kalangan ahli PKR di Hulu Selangor, ditambahkan pula dengan begitu ramai pimpinan PKR keluar parti, menjadikan PKR parti yang sudah tidak relevan lagi di Hulu Selangor. Ketiadaan kelibat Ketua Pemuda PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin di Hulu Selangor, seolah-olah mengesahkan lagi kemelut yang melanda parti tersebut.

Inilah antara analisis awal saya mengapa PKR tewas di Hulu Selangor - namun demikian, lebih jauh daripada itu, saya merasakan BN dan UMNO perlu melipat gandakan usaha bagi menarik sokongan rakyat kepada BN dalam pilihan raya yang akan datang. Walaupun BN menang dengan majoriti yang lebih besar daripada kemenangan PKR dalam PRU-12 yang lalu, tetapi, jika kita tidak berhati-hati, maka majoritinya bisa sahaja bertukar tangan. Walau apa-apa pun syabas untuk BN! Ini merupakan kebangkitan awal 1Malaysia!

April 23, 2010

PKR Hulu Selangor 2010 : Tolong Sebat Kami!


PKR HULU SELANGOR 2010
TOLONG SEBAT KAMI!


HULU SELANGOR 21 April – Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ezam Mohd. Noor berkata, beliau telah mengumpulkan segala bukti mengenai kaitan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan pemimpin-pemimpin Yahudi. Beliau berkata, ‘dossier’ (maklumat) itu akan diserahkan kepada ahli-ahli Parlimen esok.

Dakwanya, antara dokumen tersebut ialah surat bertarikh 1 Oktober 2006 yang ditulis oleh Anwar selaku Pengerusi Foundation for the Future kepada Kaunselor Bank Dunia, Robin Cleveland bagi memohon agar teman wanita bekas Presiden Bank Dunia, Paul D. Wolfowitz, iaitu Shaha Ali Riza, dipinjamkan ke yayasan tersebut.

Beliau berkata, surat itu membuktikan Anwar sanggup menjadi boneka kepada Israel demi menutup skandal Wolfowitz walaupun umum mengetahui bekas Presiden Bank Dunia itu merupakan bangsa Yahudi yang bertanggungjawab menjadi arkitek perang Iraq sehingga membunuh ratusan ribu umat Islam di negara tersebut.

‘‘Anwar duduk di Foundation for the Future untuk kepentingan Israel dan Yahudi. Saya cabar Anwar untuk jawab ini,” katanya pada sidang akhbar di Kuala Kubu Bahru dekat sini.

Ezam mengulas mengenai tindakan pembangkang yang menyerang gagasan 1Malaysia secara konsisten, pada sesi ceramah sempena kempen Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor dengan mendakwa gagasan itu kononnya ditiru daripada konsep One Israel walaupun Apco telah berulang kali menafikan mereka terbabit dalam merangka gagasan dan konsep itu.

Ditanya mengenai kesediaannya untuk menjadi saksi terhadap semua dakwaan itu, Ezam menjelaskan, beliau sedia untuk berbuat demikian.

‘‘Saya sedia untuk bekerjasama dengan mana-mana mahkamah dan juga Jawatankuasa Hak dan Kebebasan bagi menyiasat kenyataan Anwar berhubung gagasan 1Malaysia dan Apco,” katanya.

Ezam turut menyelar sikap hipokrit Anwar yang menuduh kononnya kerajaan bekerjasama dengan Israel, sedangkan pada masa sama beliau pernah menggunakan khidmat syarikat pelobi yang ditunjangi warga Yahudi semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri dahulu.

Beliau berkata, Anwar berselindung di sebalik nama kerajaan bagi menjalinkan kerjasama dengan syarikat pelobi iaitu Pusat Polisi Asia Pasifik (APPC), sekitar awal tahun 90-an bagi meningkatkan imejnya di mata dunia sama seperti yang dilakukan oleh syarikat perunding antarabangsa Apco terhadap kerajaan sekarang.

‘‘Semasa menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dahulu beliau sendiri bersekongkol dengan APPC yang diketahui diterajui oleh bangsa Yahudi dan sejumlah besar peruntukan digunakan bagi tujuan tersebut khususnya bagi meningkatkan imejnya.

‘‘Tetapi garis sempadannya, kerjasama dengan Apco menguntungkan kerajaan dan hasilnya telah dapat dilihat terutamanya dalam meningkatkan keyakinan pelabur luar berbanding semasa era beliau dahulu,” katanya.


Ulasan Saya

1. Bagi sesiapa sahaja yang dibukakan hatinya untuk menerima kebenaran - mereka pasti akan segera bertaubat dan insaf. Tidak mengira sesiapa pun, Nik Aziz, Hj Hadi mahupun seluruh penyokong dan ahli-ahli PKR - andaikata hati mereka terbuka untuk melihat kebenaran, InsyaAllah mereka akan kembali ke pangkal jalan.


2. Hampir setiap hari - saya ulangi, hampir setiap hari - pasti akan ada pemimpin-pemimpin PKR yang keluar daripada parti tersebut - seolah-olah ia sudah menjadi semacam teori domino, yang berjangkit dari seorang ke seorang. Terbaru - Ketua AMK Kelantan, Wan Khairul Ihsan Wan Muhammad dan Setiausahanya, Muhammad Ezri Zainal Abidin umum keluar PKR dan sertai Umno. Tidak pernah berlaku dalam sejarah sebuah parti politik di Malaysia, sebagai mana yang sedang dialami PKR sekarang - begitu ramai ahli partinya keluar dari sehari demi sehari, seperti air yang mengalir deras. Hal ini sangat mengejutkan - rakyat seolah-olah sudah hilang kepercayaan terhadap Anwar. Segala langkahnya tidak menjadi.


Isu APCO yang dicanang oleh Anwar - akhirnya memakin diri beliau sendiri, apabila satu demi satu topeng zionesnya tertanggal. Rupa-rupanya - selama ini, semasa beliau menjawat Timbalan Perdana Menteri - beliaulah insan yang mula-mula menjadikan syarikat pelobi Yahudi antarabangsa sebagai agen meningkatkan imejnya di mata dunia. Isu APCO - membawa hikmah kepada kerajaan, Ezam dengan cara yang sangat berani, mendedahkan satu demi satu sikap hipokrit Anwar dalam memanipulasikan isu APCO. Nah! Sekarang - semua orang sudah tahu siapa Anwar yang sebenar! Ia bukan cerita bohong - tetapi kebenaran yang sangat pahit rasanya untuk ditelan oleh Nik Aziz dan Hj Hadi. Dosa yang mereka tanggung akibat menyokong dan bersekongkol dengan musuh negara ini - tidak mungkin diampunkan oleh rakyat jelata.


3. Hukum Allah seolah-olah sudah berjalan ke atas Anwar. Segala strategi dan kebijaksaan Anwar dalam memanipulsikan isu tertentu - semakin tidak menjadi. Sebaliknya, semakin ramai pula pemimpin-pemimpin PKR yang keluar parti dan mendedahkan kebohongan Anwar Ibrahim.


4. Dosa terbesar Anwar terhadap rakyat dan negara Malaysia adalah - Anwar Ibrahim berjaya mengharu-birukan ekonomi, sosial dan sistem kehakiman negara, sehingga negara kita mengalami kekurangan pelabur, di samping imej negara tercemar teruk! Kebijaksanaan yang Allah berikan kepada beliau digunakan secara batil oleh Anwar. Memanipulasi isu, membohongi rakyat, mereka-reka cerita yang tidak wujud, menabur fitnah dan melaga-lagakan kepimpinan negara. Semua kerja batil dan sesat ini dilakukan oleh Anwar demi mengejar cita-cita politik peribadinya.


5. Saya yakin dan penuh percaya - Anwar Ibrahim seorang pejuang yang pengecut. Di minta bersumpah beliau tidak mahu. Sehingga sekarang beliau masih berdolak-dalih. Anwar dan kuncu-kuncunya termasuk para penyokong PKR semakin hari semakin hampir menerima hukuman daripada Allah akibat daripada perbuatan tangan mereka sendiri yang menghancurkan keharmonian negara ini. PKRlah pelopor kepada keganasan ala-samseng jalanan, melakukan perbuatan kotor untuk menjatuhkan kerajaan, menabur fitnah dan memanipulasi keadaan. Anwar Ibrahim telah menyalahgunakan anugerah yang Allah berikan selama ini kepadanya untuk menghancurkan negara ini. Tunggulah balasan dan azab daripada Allah S.W.T. Wallahualam.

UMNO Cabar PAS : Tukar Slogan PAS for All kepada Islam for All


UMNO Cabar PAS
Tukar Slogan
PAS for All kepada Islam For All


KUALA LUMPUR 22 April - Pas mengakui slogan dan logo Pas For All yang diperkenalkan pada 2007 sebagai platform politik kepada semua rakyat Malaysia hampir menyamai slogan dan lambang Israel 4 All. Naib Presiden parti itu, Datuk Mahfuz Omar berkata, bagaimanapun, ia tidak diciplak daripada slogan dan logo yang diperkenalkan Israel bagi sektor pelancongannya.

"Hampir sama tapi tak sama. Kita tidak ciplak. Israel 4 All itu adalah usaha meningkatkan sektor pelancongan negara itu.

"Sementara Pas For All pula adalah untuk parti politik," katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin pada sidang Dewan Rakyat hari ini berhubung slogan parti itu yang dikatakan ada kaitan dengan slogan yang diperkenalkan Israel sebelum ini.

Perkara itu dibangkitkan ketika perbahasan usul bagi merujuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen kerana mengaitkan gagasan 1Malaysia dengan firma perunding asing, Apco Worldwide dan One Israel.

Mahfuz turut menafikan pimpinan Pas mengetahui wujudnya slogan Israel 4 All yang hampir menyamai slogan yang diperkenalkan Pas sebelum ini.

Logo Pas For All dilancarkan pada 11 September 2007 sempena tarikh serangan ke atas World Trade Center (WTC), New York. Ia bertujuan mendekati golongan bukan Islam melalui gerakan dakwah dengan mengikis perasaan fobia terhadap Islam di kalangan mereka. Selain itu, ia juga dicetuskan dan diusahakan oleh Lujnah Perpaduan Nasional (LPN) Pas yang dipengerusikan oleh Dr. Mujahid Yusuf Rawa. Logo ini mempunyai bendera Pas dan Malaysia serta tulisan Pas For All dalam bahasa Melayu, Mandarin dan Tamil.


Ulasan Saya


1. Saya secara berterus-terang mencabar kepimpinan PAS termasuk Datuk Mahfuz Omar agar segera menukar slogan PAS for All kepada Islam for All. Ada berani? Kita mahu lihat apakah respon DAP dan PKR dalam hal ini. Saya fikir, lebih enak didengar jika kita promosi Islam untuk Semua berbanding dengan Parti Islam Se-Malaysia untuk Semua (macam kelakar sahaja bunyinya).

2. Isu yang dibangkitkan oleh PAS akhirnya memakin diri sendiri. Jelas - PAS juga menjadikan Israel sebagai ikutan.

3. PAS tidak sesuai dijadikan sebagai "for All", sebaliknya Islam lebih mulia dan lebih layak dijadikan sebagai "for All" - kerana Islam sememangnya dinul hayah atau the way of life untuk setiap manusia.

4. Jadi - saya nasihatkan, agar PAS tanggalkanlah segera topeng jijik yang dipakainya selama ini atas nama agama. Sifat-sifat munafik semakin jelas dan banyak melekat di batang tubuh parti tersebut. Berubahlah sebelum menerima azab Allah.

5. Oleh yang demikian, maka UMNO pada hari ini secara rasmi melancarkan ISLAM FOR ALL!

6. Saya juga mencabar PAS, agar kempen "Jom Sertai PAS" diganti dengan "Jom Masuk Islam" untuk dipromosikan kepada DAP dan parti-parti politik di Sabah dan Sarawak. Ada berani? Wallahualam.

April 21, 2010

Hulu Selangor 2010 : Menjawab Tulisan Sayuti Omar


Menjawab Tulisan
Mohd Sayuti Omar (MSO)



SETELAH 72 jam berlangsung pilihan raya kecil P 094 Hulu Selangor menyaksikan berbagai perisitwa, melucukan, tragis dan juga mendebarkan. Dalam tempoh hari separuh pilihan raya itu ia telah mula memberi petunjuk siapa yang akan memenangi pilihan raya berkenaan. Hari mengundi ialah 25, Sabtu ini. Dari dua kali tinjauan langsung saya ke sana ia memberi gambaran jelas bahawa sokongan kepada Zaid Ibrahim semakin meningkat. Ini didasarkan kepada kehadiran orang ramai di majlis-majlis ceramah yang melibatkan beliau, Anwar Ibrahim dan pemimpin parti-parti Pakatan lain. Begitu juga sambutan kepada orang kepada Zaid sewaktu beliau membuat lawatan mengejut di tempat-tempat awam dan ke kampung-kampung pedalaman.

Jauh di pedalaman rakyat seperti menanti-nanti kehadiran Zaid. Tidak melampau dikatakan pencalonan Zaid memberi semangat kepada pengundi Hulu Selangor. Paling ketara ialah masyarakat Cina dan India. Orang Cina yang sinonim dengan MCA sebelum ini sudah tidak menyebut MCA lagi.

"Apa itu MCA, parti orang sudah tidak mahu. Kalau ada orang sokong pun mereka yang buta saja," begitulah kata seorang pengundi Cina bila ditanya mengenai peranan MCA. Ternyata peranan MCA dalam pilihan raya kecil kali ini tidak menyerlah. Mungkin perpecahan yang melanda parti itu menyebabkan MCA lebih memikirkan nasib diri mereka.

Begitu juga dengan MIC. "Untuk apa saya sokong MIC, calonnya dipilih oleh Umno. MIC sudah tidak berkuasa lagi. Jadi lebih baik saya sokong PKR," begitu pula luah seorang India. Umurnya sebaya dengan Cina tadi sekitar 55 tahun. Selalunya orang veteran masih kekal dengan nostalgia lama menyokong BN. Tetapi sikap ditunjuk mereka berdua itu ada perubahan sikap yang ketara di kalangan Cina dan India. Malam tadi saya hadir di dua ceramah PKR; satu di Taman Datuk Harun, Serendah dan satu lagi di Kelumpang. Gambaran dua tempat ini boleh saya simpulkan sokongan masyarakat Cina melebihi 70 peratus sementara sokongan India pula kira-kira 40 peratus. Kedudukan ini memberi gambaran bahawa BN agak tertekan dengan keadaan ini. Sebab itulah Muhyiddin Yassin semalam membuat psywar mengatakan sokongan Cina semakin meningkat. Sudah pasti kalau momentum tiga hari ini dikekal, peluang PKR mengekalkan kerusi berkenaan agak cerah.

Selain daripada suasana itu, kelebihan untuk PKR juga disokong oleh suasana di dalam BN sendiri tidak begitu selesa. Kalangan golongan muda dalam Umno tidak begitu seronok dengan pencalonan Kamalanathan. Orang Melayu yang sedia bersalaman dengan Kamalananthan hanya orang Melayu berusia 55 tahun ke atas yang dituba pemikirannya oleh rejim lama Umno.

Satu maklumat dalaman diterima malam tadi, Pemuda Umno bahagian Hulu Selangor telah tidak aktif dalam berkempen. Puncanya kerana kontrak menyediakan poster dan peralatan kempen tidak diberikan sedikitpun kepada mereka. Semua pembekalan poster dan papan iklan dihendle sendiri oleh Umno Malaysia. Jumlah kontrak itu saja dikatakan melebihi RM5 juta.

Jadi mereka dikatakan hanya meraikan majlis saja atau ke bilik gerakan untuk menjamu selera, mengambil rokok dan baju T, tetapi tidak berkerja. Begitu juga dengan kalangan wanita muda. Malam tadi seramai 30 wanita telah menyatakan sokongan kepada PKR. Mereka ini bertindak kerana tidak setuju dengan pencalonan Kamalanathan.

Ada beberapa perkembangan lain lagi. Dan seperti mana saya dugakan awal-awal semalam bahawa calon bebas Melayu juga akan menarik diri dari bertanding. Ternyata apa yang saya ramalkan itu menjadi kenyataan. Selepas calon bekas MIC, Chandran menarik diri, ia diikuti oleh calon Melayu, Johan Mohd Diah pula berbuat demikian. Saya yakin kedua calon bebas ini menyokong BN dan langkah mereka menyerahkan kertas pencalonan hanya sebagai tektik saja. Kini Zaid akan berdepan dengan Kalamanathan secara satu lawan satu.


Perkembangan mengenai aliran sokongan itu menyebabkan BN kini memfokuskan kepada undi Melayu dan India saja. Sumber bilik Gerakan BN juga memberi tahu mereka sudah tidak ada harapan kepada undi Cina lagi. Justeru apa yang mereka perkuatkan untuk mendapat undi Melayu agar melebhi 60 peratus.

Hanya dengan cara itu saja BN boleh mengimpi untuk merampas kerusi berkenaan. Sekiranya mereka gagal mendapat 60 peratus undi Melayu, ini bermakna BN bakal menangis tidak berlagu. Secara umumnya peratus undi Melayu yang dikuasai BN pada masa ini kira-kira lebih 55 peratus. Sementara undi India sekitar 55 atau 60 peratus. Bagaimana pun ada tanda-tanda menunjukkan undi India ini akan menurun disebabkan kerana faktor calon dan kemarahan masyarakat India kepada Samy Vellu dan Palanivel semasa menjadi ahli parlimen dahulu. Kalangan cerdik pandai dalam MIC atau India pula sudah merasai bahawa parti MIC tidak lagi dihormati oleh rakan mereka, Umno.

Apa yang perlu diingati oleh PKR, undi India ini tidak konsisten dan ia akan beralih apabila ada tawaran langsung terutama dari kalangan perempuan veteran. BN dijangka akan menggoda masyarakat India disaat akhir pengundian dengan pemberian hamper dan wang. Sekiranya BN tidak mengawal atau membalas pemberian ini menyebabkan undi India yang dimiliki PKR sebanyak kira-kira 35 hingga 40 peratus ketika ini akan merosot di bawah 35 peratus.

Kemerosotan undi India dan tidak dapat melonjakkan peratus undi Melayu sehingga mencecah 45 peratus ini menjadikan PKR akan kehilangan kerusi Parlimen berkenaan dan hanya menang semangat dan sorak saja dalam pilihan raya itu.

Di sebalik perkembangan itu masih banyak peristiwa dan kejadian-kejadian di sebalik tabir dalam pilihan raya berkenaan. Ia tidak sesuai di dedahkan kerana boleh mengaibkan individu tertentu. Sementara mengenai isu pula BN ternyata kekurangan isu berbanding dengan PKR. BN banyak menaburkan poster dan billboard dengan slogan merendah, mempersoalkan kemampuan PKR berbanding dengan hujah-hujah dan idea. Terdapat juga poster yang mengecam peribadi pemimpin PKR.

Sebaliknya PKR pula sarat dengan hujah yang tidak mampu dibalas oleh BN. Dakwaan BN misalnya mengatakan PKR tidak mampu memerintah negeri dijawab dengan disertakan bukti dan fakta kukuh mengenali penerimaan rakyat kepada kerajaan Pakatan di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan. Begitu juga dengan fakta-fakta pencapaian kerajaan.

Sikap Umno memainkan isu peribadi mengenai Zaid minum arak ternyata telah memakan diri sendiri. Isu itu terpalit kepada diri Umno menjadikan Umno terpaksa menutup mulutnya sendiri. Beberapa pemimpin BN telah menarik balik isu berkenaan. Khairy Jamaluddin sendiri menasihat penceramah Umno tidak memainkan isu peribadi. Khairy mungkin bimbang kalau isu turut diperkatakannya isu peribadi dirinya sendiri juga akan dibongkar seluas-luasnya.

Al hasilnya isu Zaid minum arak yang dijawab dengan pernuh berhikmah dan gentlemen oleh Zaid menyebabkan BN mati kutu. Seperti biasanya SPR tidak dapat menyucikan diri dari mengotorkan diri dengan memberi sokongan kepada BN. SPR telah melakukan pemidahan terhadap kira-kira 14,000 pengundi. Pengundi yang dulunya mengundi di Hulu Selangor telah dipidah ke serta tempat. Mungkin pemindahan ini dilakukan terhadap pengundi dikesal pasti pengundi Pakatan Rakyat.

Apakah pemindagan ini menguntungkan BN atau sebaliknya akan merugikan BN, 25 April nanti akan menjawab segala teka-teki ini.[wm.kl. 8:50 am 20/04/10]---MOHD SAYUTI OMAR.


Ulasan Saya


1. Nampaknya Mohd Sayuti Omar (MSO) terlalu optimis bahawa PKR akan dapat mengekalkan kerusi di Hulu Selangor. Dengan berdasarkan hujah-hujah dangkal - beliau cuba menutup hakikat dan kelemahan sebenar yang sedang dihadapi oleh pakatan pembangkang.


2. Beliau mengutip kata-kata "orang kedai kopi" untuk membuktikan bahawa masyarakat Hulu Selangor menolak BN - tetapi beliau lupa, berapa ramai pula ahli PKR yang memaki hamun Zaid Ibrahim.


3. MSO juga mendakwa terdapat 30 wanita UMNO yang bakal menyokong PKR kerana tidak berpuashati dengan pencalonan Kamalanathan, sebaliknya MSO mungkin terlupa hampir seribu ahli-ahli PKR di Hulu Selangor yang secara terang-terangan memprotes dan meninggalkan majlis, pada saat Anwar mengisytiharkan Zaid sebagai calon PKR di Hulu Selangor. Tidak cukup dengan itu, dua hari yang lalu Dr. Halili pula meninggalkan PKR dan menyertai UMNO gara-gara tidak yakin lagi dengan Anwar. Mengapa hal ini tidak disebut oleh MSO? Lebih malang lagi, faktar berhubung 200 ahli pemuda PKR keluar parti langsung tidak dihebohkan oleh MSO dan Harakah.


4. Sekali lagi - MSO membuat andaian kosong kononnya rakyat di negeri-negeri yang diperintah oleh PKR semakin mendapat sokongan rakyat - pada hakikatnya, semua orang tahu sehari demi sehari wakil rakyat PKR keluar parti kerana kecewa dengan pelbagai masalah dalaman dan kepincangan pemerintahan, khususnya di Selangor dan Pulau Pinang.Apakah kita masih buta melihat ini semua?


5. Dakwaan karut kononnya Pemuda UMNO Hulu Selangor tidak aktif berkempen kerana tidak dapat kontrak menyediakan poster merupakan satu lagi fitnah dan buruk sangka yang sengaja diada-adakan bagi memburukkan imej UMNO - mengapa tidak disebut pula bagaimana kepincangan jentera PKR dan PAS di Hulu Selangor? Kalau kita jujur dan berkunjung ke Hulu Selangor - cuba tanya poster parti mana yang lebih banyak? PKR atau BN? Di sana kita akan tahu dan melihat dengan mata kepala sendiri - siapakah yang sebenarnya bermasalah dalam menggerakkan jentera parti. Mengapa MSO tidak menulis dengan adil dalam hal ini?


6. Hujah dan hipotesis kononnya pengundi Cina tidak berpihak kepada BN - hanyalah berasaskan andaian dan cakap-cakap mulut, tiada bukti nyata dalam hal ini. Sangat jelas - MSO masih menggunakan "detik hati" untuk membuat kesimpulan. Di sisi lain, MSO cuba membawa sentimen lama - kononnya golongan muda dalam UMNO tidak selesa dengan calon BN yang telah dipilih, benarkah begitu? Kamalanathan atau Zaid Ibrahim yang dibenci oleh golongan muda? Setahu saya Zaid Ibrahim bukanlah ikon atau tokoh yang rapat dengan generasi muda, baik ketika di dalam UMNO mahupun di dalam PKR.


7. Dakwaan kononnya BN tidak ada harap untuk memperoleh undi dari komuniti Cina - merupakan dakwaan yang tidak bertanggungjawab serta merendah-rendah kebijaksanaan kaum Cina di Hulu Selangor. Hujah MSO tidak lain dan tidak bukan hanyalah kesinambungan daripada idea Anwar Ibrahim - yang terlalu percaya dan yakin pengundi Cina menjadi penentu di Hulu Selangor. Meletakkan calon yang berfahaman liberal seperti Zaid - Anwar mencongak, ia mampu menarik minat pengundi Cina - tetapi Anwar terlupa, Allah Maha Berkuasa.


8. Isu Arak yang dibangkitkan oleh para blogger dikatakan bakal memakan diri - Hal ini merupakan analisis yang terpesong jauh daripada kebenaran. Isu Zaid minum arak, penentangannya terhadap Hukum Hudud PAS Kelantan dan sokongan terbukanya berhubung isu Lina Joy - adalah isu-isu yang sengaja dibangkit oleh para bloggers pro-kerajaan bagi membuka topeng jijik dan kotor para pemimpin PAS yang kononnya memperjuangkan Islam.


Sekarang - rakyat yang ikhlas akan dapat menilai pendirian PAS dalam soal Islam, demokrasi dan peti undi! PAS sanggup bersekongkol dengan Zaid yang satu ketika dulu mengecam hebat Hudud PAS Kelantan dan pernah juga memberi sokongan secara terbuka dalam isu Lina Joy - PAS sangat mengecam Zaid pada saat itu dan sehingga sekarang pun, PAS tidak pernah tahu apakah pendirian Zaid berhubung isu Lina Joy dan Hukum Hudud PAS yang pernah ditentangnya dahulu! PAS tutup mata dalam hal ini, menurut PAS itu cerita lama dan lupakan sahaja.

Tetapi, malangnya kisah calon UMNO di DUN Permatang Pasir yang mempunyai isteri kedua, digembar-gemburkan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS, sehingga ia menjadi isu seolah-olah calon tersebut melakukan dosa besar kerana telah berkahwin satu lagi! Sesuatu yang jelas halal di sisi Islam apabila dipolitikkan oleh pemimpin PAS seakan-akan menjadi satu dosa besar dan haram di sisi Islam.

Inilah realiti politik peti undi gaya PAS jika MSO ingin tahu (walaupun dia sudah tahu sebenarnya). Demi satu undi - PAS sanggup melakukan apa-apa sahaja, walaupun terpaksa mengorbankan prinsip perjuangan. Kelangsungan PAS bergantung kepada undi, dan Islam naik dan turun mengikut pertimbangan akal para pemimpin PAS juga bergantung kepada undi! Sebab itu, PAS sanggup menghalalkan apa-apa sahaja demi kuasa dan undi atas nama sebuah demokarsi. Wallahualam.

April 19, 2010

Zaid Ibrahim 2010 : A Nightmare On Hulu Selangor


Zaid Ibrahim 2010
A Nightmare On Hulu Selangor


HULU SELANGOR 18 April - Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor, Datuk Zaid Ibrahim berkata, dakwaan beliau meminum arak adalah cerita lama.

"Itu cerita lama. Kalau mereka nak ungkit, ungkitlah. Saya dah minta maaf dengan Allah SWT.

"Apa pun kelemahan saya, apa pun ketidaksempurnaan, saya adalah seorang manusia dan mampu jadi wakil rakyat. Saya tidak hipokrit, apa yang silap, silaplah," katanya kepada pemberita ketika ditemui semasa berkempen dari rumah ke rumah di Kerling di sini. Zaid berkata, apa yang membezakan antara beliau dengan pemimpin lain ialah beliau tidak bersikap hipokrit.

"Kalau orang tanya kes-kes tertentu, mereka kata terlalu kecil. Tetapi bagi saya, saya jawab. Saya percaya rakyat Hulu Selangor boleh menilai manusia Zaid Ibrahim ini sama ada dia layak jadi wakil rakyat. Kalau layak saya menanglah, kalau tak layak, tak layaklah," katanya. - BERNAMA

Ulasan Saya

1. Saya tidak terkejut dengan pengakuan jujur Zaid Ibrahim dalam hal ini. Tetapi, saya ingin mengingatkan PAS dan PKR - andaikatalah Zaid Ibrahim yang menjadi calon UMNO/BN di Hulu Selangor, sudah tentu kisah hidup lama beliau akan diungkit dan disebut-sebut dalam Harakah dan Malaysia Today. Tetapi, oleh kerana Zaid adalah calon PKR - maka, PAS yang selama ini kerjanya membuka aib pemimpin-pemimpin UMNO - dengan tiba-tiba terus terkelu lidahnya, buat-buat tidak tahu dan tidak nampak, malah terus berkata, "Tak mengapalah itu kisah lama Zaid, sekarang dia sudah bertaubat" - inilah wajah jijik dan hodoh pemimpin-pemimpin PAS, kalaulah Zaid itu calon BN, dah lama kisah silamnya ini dijaja semahu mungkin oleh Harakah dengan judul muka depannya berbunyi, "Zaid Kaki Botol". Inilah hakikat politik Islam PAS - Halal dan haram bergantung kepada kepentingan politik mereka dan bukan al-Quran dijadikan garis panduan terlebih dahulu.

2. Soal kedua - jika benar Zaid benar-benar sudah bertaubat, maka itu hak dia dan sama ada Allah mengampunkannya atau pun tidak, kita semua tidak tahu. Kita berharap semoga Allah mengampuninya. Namun demikian, rekod buruk dan sejarah silamnya masih tetap dijadikan ukuran dalam kalangan penduduk Hulu Selangor. Dan Zaid tahu akan hal ini.

3. Memang, kita akui - Zaid mampu menjadi wakil rakyat, tetapi mohon ampun dan maaf, warga Hulu Selangor mempunyai calon lain yang lebih layak dan berbakat daripada Zaid. Jadi, selamat tinggal Zaid!

4. Saya fikir, Zaid dan Anwar sudah dapat menduga akan kekalahan yang bakal ditanggung oleh PKR di Hulu Selangor - rakyat sudah bosan dengan retorik Anwar dan ceramah PKR yang hanya nampak keburukan kerajaan semata-semata, sebaliknya, kebaikan yang ditabur oleh pihak kerajaan kepada rakyat, ditutup kemas-kemas. Inilah yang rakyat benci!

5. Sekarang Dr. Halili pun sudah meninggalkan PKR - yang lain bila pula? Tinggalkan PKR, ia umpama sebuah kapal yang semakin karam dalam lautan luas.

April 15, 2010

10 Sebab Zaid Ibrahim Mesti Ditolak di Hulu Selangor


10 Sebab
Zaid Ibrahim Mesti Ditolak
Di Hulu Selangor!


HULU SELANGOR 13 April – Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT), Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim yang pernah memperlekehkan konsep ketuanan Melayu diumumkan sebagai calon untuk menggalas cabaran parti itu pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor, 25 April ini. Pencalonan Zaid yang dipecat daripada UMNO pada Disember 2008 diumumkan oleh Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu majlis ceramah di Pusat Komuniti Serendah di sini malam ini. Pengumuman itu sekali gus menutup peluang Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan PKR Selangor, Syed Shahir Syed Mohamud, Ketua Pemuda PKR, Shamsul Iskandar Md. Akin dan Bendahari PKR Cabang Hulu Selangor, Dr. Halili Rahmat yang turut disebut-sebut mempunyai potensi sebagai calon.

Anwar sewaktu berucap berkata, Zaid dipilih kerana PKR mahu meletakkan calon yang sudah teruji dalam politik. Katanya, Zaid mempunyai keistimewaannya yang tersendiri kerana sanggup meletakkan jawatan sebagai menteri demi mempertahankan hak rakyat.

“Lepas jadi ahli parti, dia menjelajah ke seluruh negara dan dia ada beritahu saya jika dipilih sebagai calon, dia akan bekerja dan jika tidak dipilih, dia pun akan bekerja seperti biasa.

“Dia pun bukannya orang luar kerana telah bermastautin selama 30 tahun di Selangor,” katanya. Sementara itu, Zaid dalam reaksi segera dalam majlis itu berkata, beliau mengucapkan terima kasih kepada pucuk pimpinan parti kerana memberi kepercayaan kepadanya walau pun baru menjadi ahli PKR. Beliau melahirkan keyakinan kerana mampu menjadi suara rakyat Hulu Selangor dan Selangor.

“Saya terima dengan penuh keinsafan bahawa beban yang dipikul Anwar dan rakan-rakan amat berat.

Zaid dikenali ramai sebagai pemimpin kontroversi kerana pernah mempersoalkan status orang Melayu sewaktu berucap dalam Persidangan LawAsia 2008 apabila menyifatkan konsep ketuanan Melayu menyebabkan berlakunya pembaziran sumber, tenaga dan masa yang penting dalam menangani isu sebenar di negara ini. Berikutan itu, Zaid dihujani kritikan termasuklah kenyataan keras bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim yang mendesaknya keluar daripada rumpun bangsa Melayu.

Sementara itu, sumber dalaman Pas memberitahu Utusan Malaysia bahawa pemilihan Zaid menimbulkan dilema kepada jentera pilihan raya Pas kerana beliau pernah menyaman kerajaan negeri Kelantan yang meluluskan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 beberapa tahun lalu dengan alasan ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Bagaimanapun, Zaid menarik balik saman tersebut selepas itu. Sumber itu berkata, Pas juga tidak dibawa berunding oleh PKR dalam soal pemilihan calon, sebaliknya membuat keputusan secara bersendirian.

“Sebenarnya kami berdepan dilema, lebih-lebih lagi Zaid adalah orang yang menyaman kerajaan Pas Kelantan dalam isu hudud, tapi apa boleh buat, PKR tidak berunding dengan sekutunya dalam pakatan pembangkang,” katanya. Tindakan Zaid pada masa itu dikecam oleh kepimpinan kerajaan Pas Kelantan termasuklah Exco kanan, Datuk Husam Musa yang menyifatkan sebelum ini tidak pernah ada orang Islam yang sanggup mencabar hukum Allah di mahkamah.

Ulasan Saya

10 Sebab Ahli PKR dan PAS Wajib Boikot Zaid di Hulu Selangor


1. Zaid memperlekehkan konsep Ketuanan Melayu dan DEB sebagai konsep atau dasar perkauman yang sudah ketiggalan zaman. Lantaran itu, apakah maknanya jika pengundi di Hulu Selangor, mengundi beliau sebagai calon MP atas tiket mewakili kaum Melayu, andaikata beliau sendiri bersikap anti-ketuanan Melayu? Bukankah itu bermakna para pengundi Melayu di Hulu Selangor ditipu hidup-hidup oleh PKR?


2. Zaid terbukti seorang yang tidak mempunyai prinsip perjuangan yang tulen. Beliau sanggup melompat parti dan masuk PKR atas prinsip yang tidak jelas. Seperti yang kita sedia maklum, PKR merupakan sebuah parti yang tidak mempunyai prinsip perjuangan yang konkrit. PKR seperti lalang - sehingga sekarang kita masih tidak tahu pendirian PKR berhubung banyak isu, umpamanya isu kalimah Allah, isu 16 September, isu Anwar Ibrahim terlibat dalam organisasi pelobi Yahudi antarabangsa, isu Hukum Hudud dengan PAS, Hak Keistimewaan Orang Melayu, isu dasar DEB, isu dasar Bahasa Melayu, isu Malaysia Malaysian dan banyak lagi - semua ini menjelaskan PKR merupakan sebuah parti tiada pendirian dan hanya pandai meneguk di air keruh. Mana-mana isu yang menguntungkan, maka segeralah mereka bertempik dan melolong ke sana ke mari, seolah-olah merekalah juara rakyat, juara kaum India, juara kaum Cina, juara kaum Melayu, juara penganut agama Buddha, juara penganut Kristian dan pelbagai juara lagi. Hakikatnya mereka tiada prinsip dan pendirian! jika ini wajah hodoh PKR, maka ia samalah juga dengan Zaid - manusia yang tiada pendirian. Melompat ke sana dan ke mari - lebih baik jadi seperti Zulkifli atau Zaharin - apabila tidak bersetuju, terus jadi calon bebas! Soalnya, apakah orang yang tiada prinsip seperti Zaid ini hendak kita pilih sebagai wakil rakyat di Hulu Selangor? Hanya orang yag tiada mata hati sahaja yang akan memilihnya.


3. Apakah PAS sudah lupa siapakah individu yang bertanggungjawab mengheret Hukum Allah ke Mahkamah? Walaupun ketika itu Zaid merupakan ahli UMNO, Nah! sekarang apakah dosa beliau itu telah gugur? Semata-mata kerana beliau sudah menjadi ahli PKR yang bersekongkol dengan PAS? Apakah segala caci-maki dan umpat-keji yang dilemparkan oleh PAS terhadap Zaid pada suatu ketika dahulu boleh dilupa begitu sahaja? Di mana prinsip PAS dalam hal ini? Dan pernahkah PAS bertanyakan kepada Zaid apakah prinsip beliau berhubung pelaksanaan hukum Hudud di Malaysia? Masihkah beliau berani menolaknya? Lantaran itu, PAS tidak wajar menyokong Zaid!


4. Zaid bukan orang Hulu Selangor! Beliau tidak kenal pun Pak Ngah, Ayah Ngah dan penduduk-penduduk di Kampung Menyuruk di Hulu Selangor pun. Hakikatnya beliau tidak akan tahu masalah orang Hulu Selangor. Secara logiknya, tak kanlah orang Hulu Selangor masih mahu memilih calon yang bukan dalam kalangan pemimpin-pemimpin PKR di kawasan tersebut. Zaid orang luar. Dan beliau tidak layak mewakili penduduk Hulu Selangor! Mana perginya Dr Halili dan Ketua Pemuda PKR? Mereka jauh lebih layak daripada Zaid. Lagi pun Zaid terlalu muda perjuangannya dalam PKR. Belum diuji dan teruji kesetiaannya. Boleh jadi Zaid bisa sahaja melombat menjadi MP bebas!


5. Penduduk Hulu Selangor tidak memerlukan seorang yang popular dan dibelit dengan pelbagai kontroversi. Zaid merupakan individu yang kaya dengan kontroversi - malah, beliau merupakan kroni rapat Anwar dalam PKR. Kaedah pemilihan wakil rakyat ala-Anwar Ibrahim adalah berpaksikan kepada populariti seseorang individu tertentu - sedangkan pada hakikatnya rakyat menginginkan wakil rakyat yang boleh bekerja dan rapat dengan mereka di peringkat akar umbi.


6. Pemilihan Zaid dilakukan oleh Anwar Ibrahim secara solo, tanpa berunding dengan PAS dan DAP, maka, jelaslah semangat setiakawan sememangnya tiada dalam Pakatan Rakyat - ia hanya slogan yang cuba mengaburi mata rakyat! Oleh itu, Zaid harus ditolak.


7. Tujuan utama pemilihan Zaid adalah untuk menarik undi kaum Melayu, tetapi malangnya, jiwa Melayu yang dimiliki Zaid sangat tipis - jika konsep Ketuanan Melayu sanggup dikatakan sebagai pembaziran sumber, tenaga dan masa, maka apalah yang diharapkan lagi oleh kaum Melayu di Hulu Selangor daripada Zaid? Apakah beliau akan membela dan mempertahankan kepentingan orang Melayu di Hulu Selangor? Saya fikir tidak.


8. Zaid merupakan ahli UMNO yang terbuang. Tak kan penduduk Hulu Selangor masih mahu memilih "orang yang terbuang" sebagai wakil rakyat mereka.


9. Zaid tidak berapa rapat dengan akar umbi PKR di Hulu Selangor. Lantaran itu, beliau tidak memperoleh sokongan kuat daripada ahli PKR akar umbi.


10. Sehingga kini, PAS masih belum dapat memastikan pendirian Zaid berhubung Hukum Hudud. Apakah beliau bersetuju dilaksanakan di negara ini atau pun tidak. Oleh itu, PAS menyokong sesuatu yang tidak pasti. Ahli-ahli PAS perlu menolak Zaid di Hulu Selangor! Selain itu, majoriti ahli-ahli PKR di Hulu Selangor telah menolak Zaid! Mereka tidak menerima Zaid sebagai calon MP di sana. Jadi, Zaid mesti ditolak.

April 13, 2010

Tuan Guru Harussani 2010 : Jalan Semakin Berliku


Tuan Guru Harussani 2010
Jalan Semakin Berliku


IPOH 12 April – Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak mengambil ketetapan sebulat suara membantah kelulusan Kabinet terhadap penubuhan jawatankuasa khas berhubung isu antara agama. Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang melahirkan rasa kesal dan dukacita terhadap kelulusan jawatankuasa khas itu berkata, ia bukan medium yang sesuai kerana dibimbangi wujud tuntutan tidak munasabah di kalangan penganut agama lain.

“Apatah lagi kewujudannya adalah rentetan daripada kegagalan penubuhan Suruhanjaya Antara Agama yang telah ditentang dan ditolak umat Islam,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mengulas lanjut Harussani menegaskan, keputusan menolak penubuhan jawatankuasa khas itu dibuat pada mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak yang bersidang pada 6 hingga 8 April lalu. Katanya, perbincangan tentang agama Islam tidak memerlukan campur tangan bukan Islam kerana ia boleh mengundang implikasi negatif. Menurut beliau, setiap agama yang wujud tidak boleh disamakan dengan agama Islam yang mempunyai kedudukan tinggi di sisi Allah SWT seperti firman-Nya yang bermaksud: Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam (Ali Imran: 19)

“Setiap orang Islam juga berkewajipan memelihara agamanya daripada sebarang anasir yang boleh merosakkannya,” tegas Harussani. Menurutnya lagi, walaupun sebarang bentuk rundingan atau dialog berhubung agama dibolehkan, namun ia patut dielakkan sama sekali apatah lagi jika rundingan itu dilakukan di kalangan masyarakat umum yang lebih mengundang ketidakfahaman terhadap mereka.

“Sebarang bentuk dialog yang boleh mencemar dan menjatuhkan imej dan kesucian Islam hendaklah dielakkan.

“Ia bertepatan dengan kaedah fikah itu sendiri iaitu membendung kerosakan diutamakan daripada menarik kemaslahatan,” katanya. Jawatankuasa Fatwa, kata Harussani, juga mencadangkan supaya penubuhan jawatankuasa khas antara agama tidak sahaja dirujuk kepada Kabinet untuk tujuan kelulusan tetapi juga kepada Majlis Raja-Raja yang mempunyai kuasa tertinggi terhadap agama Islam. Kelmarin, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menggesa mufti dan alim ulama di seluruh negara mengeluarkan fatwa serta pandangan berhubung penubuhan jawatankuasa khas tersebut. Menurut Perkasa, ia bimbang kewujudannya akan meletakkan agama Islam setaraf dengan agama lain sedangkan jelas dalam Perlembagaan Persekutuan, Islam adalah agama rasmi negara. Jawatakuasa khas yang dipengerusikan oleh bekas Ahli Parlimen Kota Bahru, Datuk Ilani Ishak itu ditubuhkan setelah mendapat kelulusan Kabinet. Ia bertujuan mewujudkan keharmonian dan persefahaman antara agama.


Ulasan Saya


1. Saya menyokong 200% kenyataan Tuan Guru Tan Sri (Dr.) Harussani Zakaria, Mufti Kerajaan Negeri Perak berhubung penentangannya terhadap penubuhan jawatankuasa khas antara agama. Jawatankuasa khas ini tidak akan menyelesaikan apa-apa pun berkenaan masalah agama di negara kita.


2. Sudah termaktub di sisi undang-undang negara, Islam ialah agama persekutuan, sekali gus Islam merupakan agama yang tertinggi dan tiada agama lain yang boleh menyamainya. Mewujudan jawatankuasa khas tersebut hanya bakal menimpulkan polimik kesamarataan antara agama yang sememangnya ditentang oleh Islam sendiri.


3. Tujuan penubuhan jawatankuasa khas tersebut mungkin pada awalnya ikhlas - namun demikian, kita harus sedar - orang Melayu sifatnya suka bertolak ansur, lama-kelamaan jawatankuasa tersebut akan menjadi medan penganut agama lain menuntut kesamarataan agama yang tidak masuk akal. Maka, fitnah terhadap Islam akan menyalur ke luar melalui jawatankuasa ini. Pihak kerajaan menyatakan bahawa umat Islam di negara ini tidak perlu bimbang, kerana Islam akan tetap terpelihara mengikut lunas undang-undang. Saya tegaskan, yang dibimbangi oleh rakyat bukanlah sama ada agama Islam dijaga atau pun tidak (kerana Islam itu akan sentiasa dipelihara oleh Allah) - sebaliknya yang rakyat khuatir adalah fitnah ke atas agama Islam. Apakah masyarakat bukan Islam mengetahui sesungguhnya Islam bukan sekadar agama semata-mata, tetapi Islam adalah cara hidup! Hal ini sama sekali tidak terdapat dalam ajaran lain, dan sama sekali tidak akan difahami oleh mereka yang bukan Islam.


Islam juga bukan sekadar memperjuangankan keadilan semata-semata (seperti mana yang dilaung-laungkan oleh PKR, PAS dan DAP) sebalik Islam meletakkan keadilan dalam neraca keimanan. Islam tidak memisahkan antara keadilan dengan keimanan. Dan keadilan yang sebenar, hanya akan tertegak apabila kita benar-benar beriman.


Keadilan yang diperjuangankan oleh DAP dan PKR merupakan keadilan yang sama sekali tidak disuluh oleh wahyu - keadilan yang seringkali dituntut oleh DAP dan PKR merupakan keadilan yang mengikut hawa nafsu mereka dan bukan keadilan yang sebenar! Hakikat keadilan yang dituntut oleh PKR dan DAP selama ini adalah "apa-apa yang adil" menurut akal dan nafsu mereka semata-mata dan bukan keadilan yang berteraskan wahyu. Manakala PAS - adalah parti yang tertipu dengan segala slogan retorik yang dicanang oleh PKR dan DAP atas nama sebuah keadilan!


4. Kita harus faham dan sama-sekali tiada kompromi - sesungguhnya hanya Islam sahaja agama yang betul, tiada agama lain. Kita menghormati penganut agama lain, tetapi kita tidak pernah redha dan mengakui Buddha, Kristian dan agama-agama lain sebagai agama yang betul dan sama tarafnya dengan Islam. Kita harus tegas menyatakan sesungguhnya agama selain daripada Islam adalah agama yang bathil dan sesat - tiada kompromi dan perbincangan lagi dalam soal itu.


5. Memang - tiada paksaan dalam beragama, Allah berfirman (al-Quran 2: 256), " Tiada paksaan dalam agama tersebut (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) daripada kesesatan/kekufuran mereka). Namun demikian, itu bukanlah tiket untuk kita melayan dan menjaga hati secara berlebih-lebihan terhadap penganut agama lain. hakikatnya, sudah terlalu banyak kelebihan dan kebebasan beragama yang kita berikan kepada mereka di negara ini. Cukuplah!


6. Hanya Islam sahaja yang betul - dan penganut lain mesti menghormatinya. Penganut agama lain tiada hak untuk bercakap soal Islam dan mempertikaikan undang-undang Islam. Jika mereka beria-ria mahu menggunakan kalimah Allah - jawapan saya adalah ringkas "Kamu mengucap syahadah dulu" yakni masuk Islam terlebih dahulu dan jangan sama-sekali menghina dan cuba menyesatkan orang Islam dengan strategi jahat gaya orentalis.


7. Fasad (kerosakan) yang bakal timbul hasil daripada kewujudan jawatankuasa khas ini adalah jauh lebih besar daripada maslahatnya (kebaikannya). Dalam soal ini hujah saya sangat mudah - melalui firman Allah yang bermaksud, "Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam (Ali Imran: 19) ayat ini sudah cukup menjadi hujah bahawa Islam sahaja yang betul dan benar, sebarang usaha untuk menjadikan agama-agama lain duduk di atas satu meja serta dipandang seakan-akan sama tarafnya dengan Islam, merupakan perbuatan yang berdosa. Baik hujah daripada al-Quran, mahu pun hujah daripada kaedah usul fiqh - kedua-duanya membukti bahawa kewujudkan jawatankuasa ini hanya akan menambahkan lagi kerosakan terhadap Islam itu sendiri.


7. Akan saya kupas isu ini secara panjang lebar tak lama lagi dalam judul "Menjawab Persoalan Perlu atau Tidak - Jawatankuasa Khas antara Agama". InsyaAllah.

April 12, 2010

PTPTN 2010 : Masa Untuk Berubah


PTPTN 2010
Masa Untuk Berubah


KUALA KRAU, 12 April: Kerajaan digesa tidak mengenakan sebarang bayaran faedah bagi penerima Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) atau pinjaman tersebut ditukar statusnya kepada biasiswa sepenuhnya. Demikian kandungan usul Dewan Muslimat yang dibawa dalam Mesyuarat Agung PAS Kuala Krau kali ke 24 yang diadakan di Darul Hikmah, dekat sini, semalam.

Ini kerana menyedari tentang pentingnya rakyat mendapat pendidikan tinggi hingga ke peringkat universiti dan menyedari tentang pentingnya modal insan yang intelektual, inovasi dan berdaya saing dari aspek ilmu dan kepakaran dalam pelbagai bidang.

“Menyedari tentang bebanan tanggungjawab kos yang sangat tinggi, maka Dewan Muslimat PAS Kawasan Kuala Krau pada Mesyuarat Agung Tahunan PAS kawasan kali ke-24 yang bersidang pada hari ini menggesa pihak kerajaan tidak mengenakan sebarang bayaran faedah bagi penerima PTPTN yang membuat bayaran balik segala pinjaman yang mereka perolehi atau menukarkannya kepada status biasiswa sepenuhnya,” kata wakil dewan itu, Puan Salina Omar ketika membentangkan usul berkenaan. Tambahnya, dalam keadaan ekonomi rakyat yang semakin mendesak adalah tidak wajar bagi kerajaan membebankan rakyat menanggung kos pendidikan yang merupakan perkara asas yang sepatutnya menjadi tanggungjawab kerajaan.

”Kalau kerajaan benar-benar berjiwa rakyat dan berjiwa Islam, kita menuntut kerajaan peka dengan kepentingan memberi pendidikan kepada rakyat sehingga ke peringkat tertinggi. Adalah tidak wajar pelajar dikenakan faedah berbentuk riba dan kita menuntut agar status tersebut ditukar kepada biasiswa sepenuhnya,” katanya. Usul tersebut disokong perwakilan Dewan Pemuda PAS kawasan yang kemudian diterima sebulat suara.


Ulasan Saya

1. Saya menyokong sepenuhnya usul yang dicadangkan oleh Dewan Muslimat PAS di atas.

2. Sememangnya tidak dinafikan PTPTN sangat membebankan rakyat dan generasi muda.

3. Saya juga sependapat bahawa memberi pendidikan merupakan tanggungjawab sosial kerajaan yang harus diberi secara percuma atau dikenakan bayaran yang sangat minima.

4. PTPTN tetap mempunyai unsur riba, lantaran itu kita harus menghapuskan kadar faedah tersebut.

5. Sudah tiba masanya - BN/UMNO mendapatkan semula sokongan generasi muda dengan cara menghapuskan PTPTN sebagai satu beban hutang yang berpanjangan kepada mereka.

April 9, 2010

Anwar Ibrahim 2010 : 36 Jam Sebelum Bencana!


Anwar Ibrahim 2010
36 Jam Sebelum Bencana


KUALA LUMPUR 8 April - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa memperdaya ulama Mesir, Prof. Dr. Yusof Qaradawi berhubung dengan kes liwat yang sedang dihadapinya. Bekas Setiausaha Perhubungan PKR Selangor, Mohd. Nazmi Rosli mendakwa, jawapan Yusof seperti tersiar dalam cakera padat video (VCD) yang kini diedar oleh PKR itu sebenarnya diberi berdasarkan pada soalan Anwar secara am. Menurutnya, soalan Anwar tentang pandangan syarak mengenai pertuduhan fitnah tanpa bukti dan saksi itu sudah pasti dijawab oleh Yusof secara jujur tetapi tanpa mengambil kira keterangan daripada mangsa dalam kes liwat Penasihat PKR tersebut.

''Sedangkan dalam kes ini saksinya ialah mangsa sendiri iaitu Saiful Bukhari Azlan dan buktinya adalah ujian asid deoksiribonukleik (DNA) sekali gus ia bukanlah suatu fitnah.

''Kini VCD yang memaparkan jawapan ulama itu sedang hebat disebarkan ke seluruh negara. Siri ceramah Ketua Pembangkang itu juga berterusan menceritakan kisah yang dikelirukan ini kepada rakyat," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Mohd. Nazmi bagaimanapun berkata, Anwar masih takut mendepani perbicaraan kes liwatnya itu dengan menggunakan pelbagai helah untuk menangguh dan menggugurkan kes tersebut termasuk mendapatkan campur tangan negara luar.

''Anwar kerap ke luar negara dengan alasan diundang untuk pelbagai majlis. Tidak mustahil Anwar menjadi 'Thaksin Malaysia' dan tidak kembali lagi ke negara ini jika beliau berasakan akan tewas pada perbicaraan kes liwatnya kali ini," katanya. Dalam pada itu, katanya, kerajaan tidak boleh memandang ringan pendedahan Datuk S. Nallakarupan yang meramalkan beberapa tindakan mungkin dilakukan bekas rakan karibnya, Anwar demi 'survival' politiknya.

''Nallakarupan sangat mengenali Anwar dan mengetahui semua tipu helahnya setelah mereka bersahabat baik selama berpuluh-puluh tahun," katanya. Selasa lalu, Nallakarupan mendedahkan, Anwar berkemungkinan besar merancang menuntut kemerdekaan Sarawak jika PKR menang pada Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.


Ulasan Saya

1. Sudah agak lama saya memikirkan soal ini - iaitu Anwar jika terbukti bersalah dalam pertuduhan kes liwatnya dengan Saiful Bukhari, beliau kemungkinan besar akan mendapatkan suaka politik di luar negara. Beliau bukanlah pejuang yang benar-benar berani untuk berhadapan dengan kenyataan - hakikatnya jiwa Anwar Ibrahim adalah kosong dan jauh daripada kebenaran. Saya yakin - Anwar akan melarikan diri ke luar negara tatkala beliau berasa akan kehancurannya.


2. Sekali lagi saya tegaskan - Anwar Ibrahim merupakan fitnah al-kubra di Malaysia, beliau harus segera dihukum dan diadili. Sudah terlalu banyak kerosakan yang beliau lakukan atas nama demokrasi dan kebebasan bersuara. Kita harus bertegas dan bukan lagi mengasihi.


3. Kita juga tidak harus memandang rendah rancangan-rancangan jahat Anwar Ibrahim, malah izinkan saya mencadang agar DS Najib segera mengadakan perbincangan dan perjumpaan secara serius dengan semua ahli PKR dan rakan rapat Anwar Ibrahim yang sudah insaf untuk sama-sama berkongsi pengalaman dan membaca pemikiran serta strategik Anwar Ibrahim berhubung langkah-langkah beliau dalam menghancurkan negara ini. Saya yakin, jika semua ahli PKR dan teman rapat Anwar Ibrahim yang sudah insaf ini bersatu padu dengan BN - Anwar Ibrahim pasti akan berkubur! Segera lakukan DS Najib! Pada saya sejak akhir-akhir ini Anwar tidak lagi memperjuangkan hak rakyat sebaliknya beliau sudah tidak lagi mengenal antara yang betul dengan yang salah - segala-galanya halal atas nama demokrasi dan suara rakyat. Manusia seperti ini sangat merbahaya kepada agama, negara dan bangsa.

April 8, 2010

Hulu Selangor 2010 : Di Sini Jalan Mula Lurus


HULU SELANGOR 2010
Di Sini Jalan Mula Lurus


SHAH ALAM 7 April – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan Barisan Nasional (BN) akan meletakkan calon daripada MIC untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor pada 25 April ini. Menurut Perdana Menteri, keputusan itu dibuat atas semangat setiakawan dalam BN memandangkan kerusi Parlimen Hulu Selangor adalah milik MIC sebelum ini. Bagaimanapun katanya, penentuan calon hanya akan dilakukan selepas beliau selaku Pengerusi BN Selangor mengadakan perbincangan dengan Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu.

‘‘Beri kepercayaan kepada saya untuk pilih calon terbaik. Jangan fikir soal siapa jadi calon tetapi buat kerja. Tolong jangan leka dan malas.

‘‘Saya minta (biar) saya tentukan calon sebab kita hendak menang. Kalau kalah bukan MIC sahaja kalah, tetapi BN kalah. Kalau memang, bukan MIC menang tetapi BN (juga) menang,” katanya ketika berucap menutup Konvensyen BN Selangor di sini hari ini. Selain Samy Vellu, turut hadir ialah Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk M. Kayveas; Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon; Pengerusi MCA Selangor, Datuk Donald Lim dan Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. Konvensyen sehari bertemakan ‘BN Mampu Berubah: Sayangi Selangor, Yakini BN’ itu dihadiri kira-kira 200 pemimpin bahagian dan akar umbi parti komponen BN.

Kerusi Parlimen Hulu Selangor kosong berikutan kematian penyandangnya, Datuk Dr. Zainal Abidin Ahmad kerana barah otak pada 25 Mac lalu. Allahyarham memenangi kerusi itu setelah menewaskan calon BN, Datuk G. Palanivel dengan majoriti tipis 198 undi pada Pilihan Raya Umum 8 Mac 2008. Pada sidang akhbar selepas itu Najib berkata, sentimen pengundi di Hulu Selangor sekarang memihak kepada BN. Katanya, dalam pilihan raya kecil ada faktor tertentu yang perlu diambil kira dan salah satunya ialah faktor calon berbanding pilihan raya umum yang lebih tertumpu kepada kepimpinan negara dan isu nasional.

‘‘Jika kita nak menang mesti ambil kira apa yang akan dibuat perhitungan oleh pengundi dalam satu-satu kawasan. Kita akan pastikan apa sebenarnya yang dimahukan oleh pengundi.

‘‘(Pilihan raya kecil) ini menjadi ujian besar untuk BN Selangor dan saya selaku pengerusi mahu memastikan BN menang. Berikutan itu BN mesti bekerja kuat,” katanya sambil memberitahu calon hanya akan diumumkan apabila tiba masanya kelak. Mengenai konvensyen hari ini, Najib berkata, ia diadakan tepat pada masanya untuk menilai keberkesanan parti itu di Selangor. Menurutnya, perubahan tidak seharusnya dilihat dari segi dasar atau program yang akan ditingkatkan, sebaliknya ia lebih bermakna jika rakyat melihat sendiri perubahan yang dilakukan.

‘‘Di atas rasa tanggungjawab, kita sama-sama perlu berubah bermula dengan mencari kelemahan yang dilakukan dahulu,’’ jelasnya. Najib berkata, sejak Mac 2008 BN Selangor berhadapan dengan pelbagai halangan dan cabaran yang menguji ketahanan dan daya juang, namun parti itu masih kuat meneruskan perjuangan untuk rakyat. Beliau turut mengingatkan pemimpin BN Selangor bahawa mereka mempunyai masa kurang tiga tahun untuk melakukan sesuatu bagi menawan semula negeri itu.


Ulasan Saya


1. Posting saya pada 31 Mac yang lepas sudah awal-awal meramalkan bahawa DS Najib pasti akan mengikut tradisi dalam meletakkan calon BN di Hulu Selangor - dan pada hari ini sudah jelas, MIC tetap diberi kepercayaan sebagaimana lazimnya parti tersebut mewakili kawasan Hulu Selangor selama ini. Walaupun posting saya pada 31 Mac itu tidak disukai ramai, namun demikian ternyata DS Najib bijak mengekalkan tradisi daripada mengikut rasa hati - demi mengembalikan kekuatan BN.


2. DS Najib ternyata berani dan bijak agar tidak terperangkap dengan kehendak yang lebih bersifat racis - malah terbukti juga DS Najib memahami yang mana satu harus didahulukan dan yang mana satu harus dikemudiankan. Syabas Datuk Seri!


3. Nasihat saya, kepada mana-mana ahli UMNO yang ingin melakukan sabotaj - fikirkanlah sedalam-dalamnya. BN perlu diutamakan - demi mengembalikan semua kekuatan kerajaan. Saya menyeru kepada mana-mana ahli UMNO yang masih tidak berpuashati dengan keputusan DS Najib, semoga redho dengan keputusan pucuk pimpinan - dan pastikan BN kembali merampas Hulu Selangor. Wallahualam.


4. Dan sekarang pembangkang di Hulu Selangor sudah ketiadaan isu yang hendak dimainkan dalam soal calon - yang ada hanyalah alasan-alasan yang sedang direka-reka untuk menjawab mengapa PKR kecundang di Hulu Selangor kelak. Antara alasan PKR nanti ialah, Pengundi Hantu, SPR Main Tipu, dan BN Taja Calon Bebas. Semua alasan bodoh ini sudah tersebar luas dalam kalangan blog-blog pembangkang. Semoga Allah memberi pengajaran kepada Anwar dan kuncu-kuncunya. Amin

April 7, 2010

Anwar Ibrahim 2010 : Lemas Dalam Lubang Taik


Anwar Ibrahim 2010
Lemas Dalam Lubang Taik


KUALA LUMPUR 6 April – Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan hari ini mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya tidak menjadi pengecut apabila hanya berani menuduh Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Parlimen kononnya pasukan itu bekerjasama dengan perisik Israel. Sehubungan itu, beliau menggesa Ketua Pembangkang tersebut mengemukakan bukti dengan segera agar siasatan dapat dijalankan.

“Jika membuat tuduhan (perisik Israel) tanpa sebarang bukti, saya anggap dia (Anwar) pengecut.

“Datang dan beritahu siapa sahkan dakwaan itu? Saya tidak pernah dengar dakwaan sedemikian,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. Musa pada masa sama, turut menafikan sekeras-kerasnya bahawa PDRM menjalin sebarang bentuk kerjasama keselamatan dengan rejim zionis berkenaan. Musa diminta mengulas kenyataan Anwar yang ketika membahaskan bajet tambahan Kementerian Dalam Negeri di Dewan Rakyat mendedahkan kewujudan perisik Israel yang bertugas di Bukit Aman. Sambil mengemukakan beberapa dokumen bagi menyokong dakwaan tersebut, dakwa Anwar, perkara itu telah disahkan oleh cawangan khas Bukit Aman. Beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh turut menamakan sebuah syarikat yang dikatakan berpangkalan di Israel yang telah mendapat projek berkaitan teknologi maklumat dan komunikasi di Bukit Aman.


Ulasan Saya


1. Bukankah sudah berkali-kali saya nyatakan bahawa Anwar Ibrahim suka membuka pintu fitnah? Dan bukankah sememangnya Anwar Ibrahim suka mempolitikan semua perkara, agar beliau kelihatan hebat, sekali gus rakyat akan melupakan masalah liwat dan perangainya yang suka berbohong. Anwar memang suka buat isu - walaupun hakikatnya sesuatu perkara itu boleh diselesaikan dengan cara mudah, tanpa melibatkan media, tetapi Anwar suka publisiti dan suka cmencipta isu, agar beliau sentiasa relevan. Tanpa isu - Anwar Ibrahim hanyalah insan biasa.


2. Isu berkenaan kononnya dalam PDRM terdapat perisik Israel adalah cerita kosong, lagi bohong dan tahyul yang sengaja diada-adakan, ia sengaja diwujudkan agar seolah-olah mempunyai hubung-kait dan kesinambungan dengan kisah APCO. Cerita ini sengaja dicipta agar rakyat melihat kepimpinan negara mempunyai hubungan tersembunyi dengan rejim Israel, sekali gus menutup hakikat keakraban hubungan Anwar Ibrahim dengan para pelobi Israel dan Amerika Syarikat yang semakin hari semakin terdedah.


3. Orang yang jahil pun akan mengetahui dengan mudah, sesungguhnya Anwar mempunyai hubungan yang baik dengan rejim Israel - jika tidak, bagaimana mungkin Anwar Ibrahim berani mengkritik rejim Ziones tersebut secara terbuka? Bukankah ini semua adalah lakonan Anwar? tatkala suatu ketika dahulu, mantan PM, Tun Mahathir mengkritik Israel, maka beliau dikecam hebat dari seluruh pelusuk dunia - sehingga timbul cadangan daripada anggota Senat AS agar segera menyekat pelaburan Petronas di luar negara (agar mengajar Tun Mahathir) - inikan pula Anwar Ibrahim, dengan semberono mengkritik APCO dan negara Israel, tetapi yang pelik bin hairan, tiada sedikit pun maklum balas dan kecaman daripada AS mahupun Israel terhadap Anwar Ibrahim! Jika yang berkata itu ialah Tun Mahathir, pasti beliau akan dituduh sebagai anti-Yahudi atau anti-Israel. Sebaliknya, kerana kritikan tersebut terkeluar daripada mulut Anwar Ibrahim yang sememangnya bersengkongkol dengan AS dan Israel selama ini- maka, apa-apa yang dikritik oleh Anwar Ibrahim itu boleh dibaca akan maksud dan mesejnya oleh pihak AS, APCO dan Israel - kerana mereka tahu ianya hanyalah sekadar lakonan dan kepura-puraan atau pun dengan kata lainnya Anwar Ibrahim sedang bersikap Takiyyah dalam isu tersebut. Jika dengan DAP yang terang-terang memusuhi Islam boleh menjadi sahabat baik, apalah sangat dengan pihak Israel dan AS yang jauh dari mata.


4. Anwar sudah banyak membuat fitnah kepada kerajaan, sudah tiba masanya pihak PDRM menyaman beliau kembali. Anwar Ibrahim bukan manusia suci - dan beliau tidak juga kebal daripada undang-undang. Pada hemat saya, sudah tiba masanya beliau merengkok kembali ke dalam penjara - sudah banyak fitnah dan kekacauan yang dilakukannnya terhadap negara tercinta ini. Ekonomi Malaysia hancur kerana Anwar, pelabur keluar dari Malaysia kerana Anwar, unsur perkauman hangat, kerana Anwar - pendek kata, sejak Anwar Ibrahim keluar daripada penjara, negara Malaysia ditimpa bala tidak henti-henti. Tangan Anwar telah banyak mengotori dan mencemarkan nama baik negara - dan ini adalah kesalahan dan dosa Anwar yang tidak mungkin akan diampunkan oleh rakyat jelata. Wallahualam.


5. Kesimpulannya - Anwar Ibrahim perlu ditangkap!

April 6, 2010

Dr. Asri Ketua Dewan Ulama UMNO?


Dr. Asri
Ketua Dewan Ulama UMNO?



KUALA LUMPUR, 5 April (harakahdaily): Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin dilaporkan sedang berusaha untuk menubuhkan parti politiknya sendiri bagi membolehkan beliau dan rakan-rakannya menyertai pilihan raya. Menurut sumber, untuk mempercepatkan proses itu, beliau dilaporkan berusaha untuk mengambil alih parti Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim) namun ditolak oleh para pemimpin mereka.

Akim ditubuhkan pada tahun 1995 ekoran tindakan PAS terhadap ketuanya, Musa Salleh. Dalam pilihan raya umum 1999, Akim bertanding dua kerusi parlimen iaitu Kota Bharu dan Pasir Puteh namun kalah kedua-duanya. Presidennya, Hanafi Mamat menyertai pilihan raya kecil Permatang Pauh namun hanya mendapat 92 undi sahaja. Menurut sumber, ekoran kegagalan untuk mendapatkan persetujuan mengambilalih Akim, Asri sedang berusaha untuk mendaftar sebuah parti politik baru.

Baru-baru ini, Asri telah berhenti menjadi kolumnis akhbar milik Umno, Utusan Malaysia. Ekoran itu, beliau mula menulis dengan laman web Malaysiakini. Menurut sumber Utusan, tulisan terakhir Asri di Utusan ditolak oleh sidang editornya kerana terlalu banyak unsur-unsur kefahaman Wahabi yang dikaitkan dengan Asri dalam tulisan itu.

"Kami telah cuba edit dan memotong hampir separuh tulisannya tetapi masih tidak boleh disiarkan kerana masalah itu," kata satu sumber Utusan.

Sebelum ini, Ketua Dewan Ulamak PAS, Datuk Harun Taib pernah mengunjungi Asri di rumahnya dekat Pulau Pinang. Dalam pertemuan itu, Asri dilaporkan berkata, Harun menawarkan beliau menyertai PAS. Namun begitu, Harun dalam jawapan balasnya berkata, beliau bukan menawarkan Asri menyertai PAS tetapi meminta atau mengarahkan Asri menyertai PAS. Akhbar Sinar Harian pernah melaporkan, Asri pernah berminat untuk menyertai PAS.

“Masa jadi Mufti Perlis dahulu, dia memang sayang PAS. Masa jadi pensyarah universiti pun dia sayang dengan PAS. Masa jadi penceramah agama pun begitu. Saya yakin sekarang pun begitu. Saya pernah mengatakan dia layak masuk PAS memandangkan parti ini berjuang menegakkan Islam syumul, tidak seperti UMNO. Maka PAS adalah parti yang paling sesuai dengannya,” kata Harun Taib sebagaimana dilaporkan akhbar itu November 2009. Pandangan politik Dr Asri tidak diketahui kebelakangan ini. Beliau yang turut serta di perhimpunan Perkasa pimpinan Ibrahim Ali memuji ucapan Dr Mahathir di majlis itu. Beliau kini masih dalam perbicaraan oleh Mahkamah Syariah Selangor ekoran tangkapan yang dibuat ke atas beliau kerana memberikan kuliah agama tanpa tauliah.

Ulasan Saya

1. Saya sama sekali tidak bersetuju dengan tuduhan kononnya Dr Asri berfahaman Wahabi. Hanya orang yang jahil dan bodoh sombong sahaja yang tidak tahu membezakan antara Salaf dengan Wahabi. Kejahilan ini berpunca daripada sikap kita sendiri yang malas membaca dan mentelaah kitab-kitab muktabar yang ditulis oleh ulama silam - khususnya generasi salaf. Orang Melayu sangat gemar dan mudah percaya kepada khabar angin dan "cakap orang" berbanding dengan melakukan penyelidikan dan mengkaji sesuatu masalah itu secara menyeluruh dan terperinci. Akibatnya - orang Melayu tidak hanya dituduh sebagai bangsa yang malas membaca dan berusaha, bahkah kita juga dituduh sebagai bangsa yang mudah ditipu dan dijual-beli, gara-gara sikap negatif yang kita ada ini.


2. Kedua, jika memang benar Dr Asri ingin menubuhkan parti politiknya sendiri - maka, sayalah orang pertama yang akan menentangnya. Hal ini adalah jelas, penubuhan parti baharu hanya mengundang perpecahan yang lebih parah dalam kalangan orang Melayu-Islam di negara ini. Sedangkan Dr Asri sendiri sering kali mengingatkan kita bahawa ulama salaf sangat memusuhi perpecahan dan menganggap perpecahan umat Islam sebagai perbuatan keji dan bidaah yang sama sekali tidak boleh dikompromi lagi. Lantaran itu, jika Dr Asri ingin menubuhkan sebuah lagi parti politik untuk orang Melayu - maka, ia sama sahaja dengan memecahbelahkan perpaduan orang Islam yang sedia ada.


3. Oleh kerana saya juga bermanhaj salaf seperti Dr Asri - maka saya fikir kita akan berkongsi pengalaman dan penghayatan yang sama - sesungguhnya mana-mana individu yang mengikut metod salaf, maka parti kerajaanlah pilihannya. Kita dilarang mencaci dan membuka aib kepimpinan negara, jika mereka melakukan kesalahan, maka tegurlah dengan cara berhikmah dan jika mereka melakukan kezaliman, kita harus bersabar dan mendoakan mereka perkara yang baik-baik, dan bukan dengan cara mengadakan demonstrasi atau perarakan jalanan yang sering dianjurkan oleh PAS dan PKR. Islam tidak mengajar kita seperti itu.


4. Jika Dr Asri berhasrat untuk membetulkan negara - maka UMNO adalah parti terbaik untuk beliau. Bawalah seramai mungkin ahli-ahli Salaf ke dalam UMNO, betulkan UMNO dari dalam dan bukan dengan cara mewujudkan satu parti lagi. Perjuangan UMNO sudah betul dan jelas - hanya kita perlu mewujudkan ahli-ahli UMNO yang berakhlak dan mentaati agama. Jika terdapat budaya politik UMNO yang kotor dan jijik, maka mari sama-sama kita perbetulkan. Perjuangan UMNO tiada masalah, yang bermasalah hanyalah sebahagian daripada ahli-ahlinya yang mengamalkan rasuah, politik wang dan tidak taat kepada agama. Itu sahaja. Rasanya, Dr Asri boleh melupakan hasrat beliau untuk mewujudkan politik baharu di negara ini. Ia tidak akan pergi ke mana-mana. Percayalah.


5. Pada hemat saya, UMNO harus segera memancing Dr Asri agar segera menyertai parti tersebut. Selain beliau mempunyai pengaruhnya yang tersendiri - beliau juga mampu membawa perubahan dan tajdid dalam budaya politik UMNO yang selama ini telah dilihat kotor dalam kalangan masyarakat. Peluang ini harus segera diambil dan bukan dibiarkan begitu sahaja. Wallahualam.