Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2010

Jawapan Terhadap Kebimbangan TS Muhyiddin

Jawapan Terhadap Kebimbangan TS Muhyiddin MARAN 21 Feb. - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta pemimpin dan ahli UMNO di semua peringkat menghapuskan segala bentuk persengketaan dan perbalahan dalaman yang dilihat menjadi punca kelemahan parti. Beliau yang juga Timbalan Presiden parti menegaskan, masalah itu tidak boleh dipandang remeh kerana kajian menunjukkan ia menjadi punca utama kegagalan calon UMNO dan Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerusi pada pilihan raya lalu. Sehubungan itu beliau mengingatkan kedudukan UMNO dan BN adalah kritikal jika masalah dalaman seumpama itu tidak diselesaikan segera. ''Kegagalan itu berdasarkan kajian yang dibuat selepas pilihan raya umum lalu bagi mencari punca sebenar kenapa UMNO dan BN gagal mempertahankan kemenangan (majoriti) dua pertiga dalam pilihan raya umum lalu itu. ''Jika tiada perubahan dilakukan, kita (UMNO) tidak mampu bertahan," katanya ketika berucap menutup Konvensyen UMNO Pahang di

Tuan Ibrahim 2010 : Apabila Malam Terlelap

Tuan Ibrahim Tuan Man 2010 Apabila Malam Terlelap KUALA LUMPUR, 7 Nov (Harakahdaily): Selain agama melarang membuat dan menyebarkan fitnah, tindakan dan perbuatan yang mengundang fitnah juga wajib dielakkan. Naib Presiden PAS Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man berkata tanggapan atau persepsi salah terhadap parti dan pimpinan mestilah dicegah supaya ianya tidak merebak menjadi besar dan merosakkan perjuangan parti itu sendiri. Justeru katanya lagi PAS mempunyai akhlak jemaah yang mesti dipelihara dan sebarang perselisihan pendapat mestilah dikemukakan melalui saluran yang sedia ada. "Jangan emosi walaupun berselisih pendapat sehingga sahabat satu jemaah kita hentam. Kita ada saluran. "Jangan kemukakan ketidak-puasan hati melalui media baru," katanya sewaktu menyampaikan ucapan di 'Seminar Memperkasa Parti', di Markaz Tarbiyah PAS Pusat Taman Melewar, dekat sini pagi tadi. Tuan Ibrahim menjelaskan bahawa PAS sebuah parti yang sentiasa terbuka kepada kritikan dan tegur

Tafsir Al-Azli (3) : Para Da'ie PAS Perlu Ubah Sikap

Tafsir Al-Azli (3) Para Da'ie PAS Perlu Ubah Sikap Pada suatu ketika dahulu, sebelum mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad bersara. Rakyat Malaysia pernah dikejutkan dengan beberapa siri sikap media massa Barat yang begitu berani bersikap kurang ajar terhadap kepimpinan negara andaikata segala kemahuan mereka tidak kita penuhi. Hal ini terbukti benar apabila salah satu media terkenal Barat - Business Weeks sanggup mengugut Tun Mahathir untuk memburuk-burukkan Malaysia dan kepimpinannya, jika mantan perdana menteri itu enggan diwawancara oleh pihak majalah tersebut. Keberanian dan kebiadaban mereka memaksa dan mengugut Tun Mahathir, menjelaskan bertapa media Barat sangat bersikap prejudis dan suka merendah-rendahkan para pemimpin dunia Islam. Apatah lagi ketika ini dunia Islam dilihat berada dalam keadaan yang sangat lemah dan saling berpecah-belah dalam kalangan mereka sendiri. Ditambah lagi dengan pelbagai bentuk penjajahan Barat ke atas umat Islam, baik melalu