Tetamu Kehormat...

January 28, 2010

The Last Point


The Last Point


KUALA LUMPUR 27 Jan. - Pendirian Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mempertahankan penggunaan kalimah Allah di kalangan bukan Islam membuktikan beliau sanggup berkompromi dalam soal agama demi kepentingan politik. Beberapa tokoh agama ketika dihubungi berpendapat, tindakan tersebut tidak sewajarnya berlaku kerana umat Islam tidak boleh berkompromi sekiranya timbul isu yang menggugat kesucian agama ini.

"Sikapnya itu menunjukkan beliau sanggup berkompromi kerana politik,'' kata bekas Pengerusi Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Datuk Mohd. Nakhaie Ahmad.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tulisan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) menerusi artikel bertajuk "Orang Islam Tiada Monopoli dalam Penggunaan Kalimah Allah" di dalam The Wall Street Journal. Mohd. Nakhaie menjelaskan, penganut Islam sebenarnya bukan mahu memonopoli kalimah Allah tetapi ia memang hak eksklusif umat Islam.

"Mana boleh hendak disamakan Allah Maha Esa umat Islam dengan Allah dalam agama Kristian yang berkonsep triniti,'' katanya. Jelas beliau, dalam soal ini umat Islam daripada apa juga fahaman politik sepatutnya bersatu demi mempertahankan kesucian agama Islam.

Sementara itu, Yang Dipertua Persatuan Ulama Malaysia (PUM), Datuk Sheikh Abdul Halim Abd. Kadir berkata, pihaknya tetap mempertahankan kalimah Allah sebagai "hak eksklusif" umat Islam.

"Sehubungan itu, tiada siapa pun boleh mempertikaikan soal itu,'' katanya.

Jelas beliau, kenyataan Anwar yang menjurus kepada sokongan terhadap bukan Islam menggunakan kalimah Allah itu menunjukkan bahawa beliau mempunyai agenda politik.

"Jangan cuba samakan penyelesaian isu agama dengan isu politik kerana ia sangat berbeza dan akan menimbulkan kemarahan di kalangan umat Islam,'' katanya. Perkara yang sama turut disuarakan oleh bekas Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Datuk Dr. Ismail Ibrahim yang berkata, adalah sesuatu yang menyedihkan kerana ada pihak mempolitikkan kalimah Allah.

"Kalimah itu memang hak orang Islam dan ia tidak perlu dipertikaikan lagi kerana pendirian seperti ini mengeruhkan lagi keadaan,'' katanya. Jelas beliau, isu agama harus diselesaikan dengan cara tertutup dan sokongan secara terbuka seperti yang dilakukan oleh sesetengah pihak termasuk Anwar, boleh mengugat kesucian Islam.


Ulasan Saya : Sudah tiba masanya tindakan tegas diambil terhadap Anwar Ibrahim. Fitnah yang dibawanya selama ini sudah cukup untuk mengheretnya ke muka pengadilan. Malaysia sama-sekali tidak memerlukan manusia yang bernama Anwar Ibrahim. Kerajaan nampaknya masih masih bersikap lembut terhadap beliau, sedangkan pengaruh Anwar semakin berkurangan. Satu seri ceramahnya di Gombak baru-baru ini hanya dihadiri lebih kurang 200 orang sahaja, itu pun dalam kalangan kaum India dan Cina semata-mata. Yang jelas Anwar bukan berjuang untuk menegakkan kebenaran, sebaliknya mahu menegakkan cita-citanya sahaja. Hal ini semua orang tahu. Tetapi kita ikut juga hasutan syaitan - agar saling bermusuh dan berhasad dengki. Maka, yang hancur adalah negara dan rakyatnya. Anwar Ibrahim adalah fitnah kepada Malaysia - dan fitnah ini harus dihapus seberapa segera. Wallahualam.

January 27, 2010

Tahniah Zulkifli Noordin!


Tahniah Zulkifli Noordin!

KUALA LUMPUR 26 Jan. – Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin menegaskan beliau bersedia menghadapi sebarang kemungkinan termasuk dipecat daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) berikutan ketegasannya dalam memperjuangkan isu berkaitan Islam. Walaupun akur dengan keputusan mesyuarat Biro Politik PKR hari ini yang akan menghadapkan beliau kepada jawatankuasa disiplin parti kerana membuat laporan polis ke atas Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad, namun Zulkifli berkata, beliau juga mempunyai hak dan pendirian berhubung perkara itu.

‘‘Tidak apa saya tunggulah sebulan apa yang hendak dilakukan oleh jawatankuasa disiplin parti kerana ia dilaksanakan berdasarkan kepada peruntukan parti, itu hak mereka, tetapi saya juga ada hak.

‘‘Malahan saya tidak perlu pun tunggu sebulan untuk mengambil pendirian dan membuat keputusan, saya ada pilihan berbuat demikian tanpa menunggu jawatankuasa disiplin,’’ katanya.


Ulasan Saya : Saya sangat bersetuju dengan pendirian Zulkifli Noordin - pandangan beliau sering kali tidak selari dengan barisan kepimpinan partinya : yang jelas beliau meletakkan kebenaran sebagai garis panduan untuk beliau berpolitik. Sekurang-kurangnya, beliau akan mula memahami - bertapa sukarnya mahu melafazkan kebenaran dalam dunia politik Malaysia. Apa-apa pun tahniah Zulkifli Noordin!!!


January 19, 2010

Bukankah Ini Lebih Baik Untuk Nik Aziz?


Bukankah Ini Lebik Baik
Untuk Nik Aziz?


BATU PAHAT 18 Jan. - Kewujudan budaya 'cah keting' dalam Pas membuktikan parti tersebut tidak mempraktikkan ajaran Islam sebenar, malah lebih teruk daripada UMNO yang dicemuh selama ini. Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali berkata, ia nyata serius sehingga memaksa Murysidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membaca doa khusus memohon perlindungan Allah agar menjauhkan parti berkenaan daripada amalan tersebut. Katanya, amalan itu turut membuktikan Pas bukan sahaja sama seperti parti lain, malah lebih teruk daripada itu.

"Lebih baik jika Nik Abdul Aziz berdoa untuk diri sendiri, keluarga dan menantunya agar tidak menyalahgunakan kuasa dan melakukan penyelewengan daripada berdoa untuk 'cah keting'," katanya selepas merasmikan Perkasa Negeri Johor di sini semalam. Kira-kira 1,000 orang dari beberapa daerah di negeri ini hadir pada majlis pelancaran itu. Turut hadir Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi serta Yang Dipertua (YDP) Perkasa Sabah, Musli Oli dan YDP Perkasa Sarawak, Abang Nasser Abang Hadari.

Ibrahim yang juga Presiden Perkasa mengulas kenyataan terbuka Menteri Besar Kelantan bahawa wujud budaya cah keting dalam Pas sehingga menimbulkan kepincangan dalam parti tersebut. Menurutnya, jika 20 tahun dahulu Nik Abdul Aziz sering berdoa untuk kesejahteraan rakyat Kelantan tetapi kini beliau terpaksa berdoa untuk 'cah keting' agar amalan itu tidak terus berleluasa dalam parti.

"Ini semua kerana Pas tidak lagi membangun bersama Islam, tetapi membangun bersama DAP," katanya. Sementara itu, Ibrahim meminta para pemimpin Islam yang tidak arif dalam soal akidah dan hukum Islam tidak lagi memberikan sebarang kenyataan berhubung isu agama. Menurutnya, ini perlu bagi mengelak kekeliruan orang ramai yang akhirnya merugikan umat Islam sendiri.

"Biarkan alim-alim ulama muktabar memberikan pandangan mereka," katanya.


Ulasan Saya : Saya berpandangan bahawa oleh kerana hampir semua penyokong PAS mempercayai bahawa doa Tok Guru Nik Aziz sangat mustajab (malah ada yang mendakwa bahawa taraf Nik Aziz sudah mencapai peringkat wali) maka, bukankah lebih baik jika Nik Aziz menggunakan kemustajabannya itu untuk mendoakan perkara yang baik-baik untuk kita semua sebagai umat Islam yang bersaudara? Maka, antara doa yang saya cadangkan kepada Nik Aziz adalah seperti berikut :

1. "Ya Allah Engkau selesaikanlah perselisihan antara UMNO dengan PAS, agar umat Islam di Malaysia bersatu padu".

2. "Ya Allah, Engkau bukakanlah hati ahli-ahli DAP agar mereka beriman kepada-MU"

3. "Ya Allah, Engkau kuatkanlah iman ahli-ahli PAS, agar mereka berupaya berdakwah dan menyebarkan Islam di bumi tercinta kami ini."

4. "Ya Allah, Engkau jauhkanlah ahli-ahli PAS daripada sikap suka mengumpat, mengaibkan orang lain, memburuk-burukkan pemimpin UMNO dan melaga-lagakan sesama kaum muslimin"

5. "Ya Allah, Engkau jauhkanlah parti UMNO daripada para pengamal rasuah dan manusia yang tidak amanah"

6. "Ya Allah, Engkau satukanlah hati-hati kami sebagai umat Islam yang bersaudara tidak mengira sebagai ahli PAS mahu pun sebagai ahli UMNO."

January 18, 2010

Di Mana Kita Sekarang?


Di Mana Kita Sekarang?


KUALA LUMPUR, 18 Jan (Harakahdaily): Pro-mahasiswa (pro-M) Nasional mengucapkan tahniah kepada kumpulan pro-M di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang telah memenangi sebanyak 11 daripada 12 kerusi yang telah dipertandingkan dalam pilihan raya kampus, semalam. Pengerusinya, Mohd Shafie Hashim berkata, walaupun terdapat halangan demi halangan oleh pihak pentadbiran dan 'tangan ghaib' yang tidak bertanggungjawab, namun kumpulan pro-M berjaya di UMT.

“Kemenangan ini membuktikan bahawa perjuangan pro-mahasiswa diterima oleh semua dan pro-aspirasi semakin hilang pengaruhnya,” ujarnya yang juga Pengerusi pro-M Universiti Malaya.

Katanya, kemenangan itu merupakan gelombang awal sebaik sahaja Misi-10 dilancarkan oleh pro-mahasiswa baru-baru ini.

“Selepas ini, pro-M akan terus meningkat usaha sehabis mungkin untuk memastikan gelombang kemenangan di UMT ini akan terus dibawa ke Universiti Islam Antarabangsa (UIA) yang dijangka tahu keputusannya 21 Januari ini dan seterusnya meresap ke kampus-kampus utama yang lain yang dijangkakan penghujung Januari ini,” katanya.

Sejak UMT dinaik taraf sebagai sebuah universiti pada 2007, tahun ini merupakan pertama kali dalam sejarah pro-aspirasi tumbang teruk apabila dalam pilihan raya kampus yang berakhir semalam di mana telah dimenangi pro-M yang baru dizahirkan kewujudannya pada kali ini.


Ulasan Saya : Jika laporan ini merupakan laporan yang sahih, maka ingin saya mengingat kepada semua pemimpin-pemimpin muda UMNO - agar mereka tidak berpeluk tubuh lagi. Kita harus faham bahawa pilihanraya kampus merupakan salah satu indikator penting yang menunjukkan sejauh mana kepimpinan negara diterima dalam kalangan generasi muda - khsusnya golongan terpelajar. Jika berterus kumpulan Pro-Mahasiswa menguasai kerusi majlis perwakilan pelajar di universiti-universiti, - dikhuatiri - kita sebenarnya sedang berhadapan dengan ancaman byang sangat serius. Benarlah kata sesetengah pemimpin UMNO - sesungguhnya UMNO ketandusan tokoh muda yang benar-benar berketerampilan dan boleh dicontohi, di samping berupaya menarik minat golongan tersebut agar kembali menyokong kerajaan. Realiti yang berlaku di UMT - harus dipandang berat, malah dibimbangi akan berjangkit ke universiti-universiti lain - khususnya di sebelah Pantai Timur. Soalnya sekarang - apakah program Pemuda UMNO Malaysia bagi menghampiri pemimpin-pemimpin pelajar yang semakin ramai menyokong idealisme pembangkang?

January 16, 2010

Gereja Katolik 2010 : Jangan Bermain Dengan Ular


Gereja Katolik 2010
Jangan Bermain Dengan Ular


KOTA KINABALU 13 Jan. - Seorang lagi tokoh Kristian dari negeri ini, Webley Disim, yang juga Yang Dipertua Dewan Usahawan Bumiputera Sabah hari ini menggesa akhbar Herald-The Catholic Weekly menggugurkan kes tuntutan penggunaan kalimah Allah di mahkamah Tegasnya, langkah itu, penyelesaian terbaik bagi mengelak pertelingkahan atau konflik antara agama terus berlaku sehingga mencetuskan ketegangan.

"Sebagai tanda hormat kepada agama rasmi negara ini iaitu Islam dan juga masyarakat pelbagai kaum, Herald-The Catholic Weekly wajar menimbang tindakan ini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Ahad lalu, Presiden Majlis Jaksa Pendamai Malaysia, Datuk Clarence Bongkos Malakun menyarankan akhbar itu menggugurkan kes berkenaan sebagai jalan penyelesaian yang terbaik.

Menurut tokoh Kristian dari Sabah itu, tindakan tersebut perlu, memandangkan perkembangan isu berkenaan semakin membimbangkan sehingga mengakibatkan beberapa gereja dibakar dan turut menerima ugutan.

Webley yang juga Naib Presiden Dewan Usahawan Bumiputera Malaysia mengakui, tindakan akhbar itu sememangnya mempunyai motif untuk menarik penganut Islam kepada Kristian.

"Saya difahamkan oleh rakan-rakan dari Kuala Lumpur, tindakan akhbar itu adalah untuk menguji orang Melayu dan Islam, dengan menyatakan 'kita' menyembah tuhan yang sama iaitu Allah," katanya.

Menurutnya, perbuatan tersebut akan mengelirukan umat Islam kerana Allah bagi penganut Islam dan Kristian adalah berbeza mengikut kepercayaan masing-masing.

"Ini tidak baik, kenapa perlu menarik orang yang sudah beragama, sepatutnya kita (Kristian) menarik orang yang masih tiada agama seperti Orang Asli di Semenanjung atau Bumiputera di Sabah atau Sarawak," katanya.

Bekas Setiausaha Politik kepada Datuk Joseph Pairin Kitingan ketika menjadi Ketua Menteri Sabah itu bagaimanapun tidak bersetuju jika penggunaan kalimah Allah diharamkan terus dalam agama Kristian kerana ia akan menimbulkan kemarahan penganut agama itu pula.

"Saya bersetuju jika akhbar tersebut menggugurkan tuntutan itu tetapi tidak secara keseluruhan, maksudnya dalam upacara-upacara sembahyang di gereja, kalimah Allah masih boleh digunakan," katanya. Webley menggesa semua pihak mematuhi titah Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin supaya rakyat Malaysia bertenang dan menghormati semua rumah ibadat. Katanya, rakyat Malaysia tanpa mengira agama perlu berterima kasih kepada kerajaan atas kebebasan beragama yang mereka nikmati sejak pembentukan Malaysia.


Ulasan saya : Saya fikir ini merupakan jalan terbaik bagi menyelesaikan kemelut sensitif ini daripada terus dipolitikan. Isu ini sama sekali tidak akan dapat diselesaikan di mahkamah - ia sama sahaja dengan kes liwat Anwar Ibrahim. Isu penggunaan nama Allah oleh pihak Gereja Katolik hanya akan selesai jika pihak mereka sendiri menggugurkan kes tersebut demi keharmonian di negara ini. Hal ini sinonim dengan isu liwat Anwar Ibrahim - hanya dengan melakukan sumpah Mubahalah sahaja Anwar bisa menyelesaikan kesnya ini - dan nama baiknya akan dapat dibersihkan kembali. Wallahualam.

January 14, 2010

KJ dan Pertemuan dengan Pemimpin Pelajar Universiti


Khairy Adakan Pertemuan
dengan Pemimpin Pelajar Universiti


Saya dihubungi oleh salah seorang pemimpin pelajar IPTA sebentar tadi - menurut pemimpin pelajar itu, Ketua Pemuda UMNO Malaysia - saudara Khairy Jamaluddin sedang giat menjemput para pemimpin pelajar universitri tempat untuk bertemu dengan beliau dalam waktu terdekat ini. Majlis pertemuan itu, masih belum diketahui tarikh dan lokasinya, malah, saya juga tidak tahu tujuannya - namun demikian, saya menyeru semua pemimpin pelajar yang pro-Mukhriz agar menghadiri perjumpaan tersebut. Saya melihat langkah Khairy ini dari sudut positif, bahkan inilah masanya yang paling sesuai agar para pimpinan pelajar universiti dapat berdialog secara one to one kepada saudara Khairy. Saya yakin banyak perkara yang perlu ditimbulkan dalam pertemuan tersebut antaranya :

1. Mengapa Pemuda UMNO kelihatan sangat lemah ketika ini?

2. Mengapa masih terdapat perpecahan yang sangat ketara antara penyokong KJ dengan Dato' Mukhriz?

3. Mengapa Pemuda UMNO tidak mempunyai program yang jelas dalam menarik minat generasi muda kepada UMNO.

4. Mengapa Ketua Pemuda UMNO seolah-olah tidak mampu menangani isu-isu utama negara yang sedang menjadi perdebat hangat ketika ini?

5. Mengapa wartawan media arus perdana seakan-akan tidak mengambil peduli apa-apa isu atau perkara yang melibatkan Khairy Jamaluddin?

6. Mengapa Ketua Pemuda UMNO Malaysia dan barisan Exconya tidak mempunyai idealisme perjuangan yang jelas dalam mengharungi isu-isu nasional pada ketika ini?

7. Jika keadaan begini berterus - Pemuda UMNO akan menjadi lemah. Dan apakah saudara Khairy Jamaluddin masih mahu mengekalkan jawatan Ketua Pemuda? Atau lebih baik berundur sahaja?

8. Mengapa Pemuda UMNO Malaysia kelihatan begitu ketinggalan jika dibandingkan dengan Pemuda PAS dari segi programnya? Wallahualam. Dan banyak lagi...

January 13, 2010

Anwar Ibrahim 2010 : Menanti Hukuman Tuhan!


Anwar Ibrahim 2010
Menanti Hukuman Tuhan


KUALA LUMPUR 12 Jan. - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu menjelaskan dakwaan pertemuannya dengan dua tokoh media tempatan, Datuk Nazri Abdullah dan Datuk Kalimullah Hassan di London baru-baru ini. Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, jika dakwaan itu benar, Anwar mungkin mempunyai peranan dalam kejayaan pengendali portal berita Malaysia Today Raja Petra Kamaruddin meloloskan diri secara haram dari negara ini dan berlindung di London.

''Penjelasan Anwar penting kerana sekiranya beliau mempunyai hubungan dengan dua individu media itu, mungkin mereka merancang memburukkan UMNO di laman-laman blog apatah lagi Kalimullah dikatakan mengendalikan portal berita The Malaysian Insider.

''Sebab itulah Anwar secara terang menyalahkan UMNO dalam insiden pembakaran gereja serta isu penggunaan kalimah Allah oleh akhbar Katholik (Herald-The Catholic Weekly) dan ia disambut di portal berita seperti Malaysian Insider dan Malaysiakini,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia di sini hari ini bagi mengulas kenyataan bekas setiausaha sulit Anwar, Anuar Shaari mengenai penglibatan kroni Anwar bagi membiayai kehidupan Raja Petra di London. Dalam laporan Utusan Malaysia hari ini, Anuar Shaari mendedahkan Nazri telah menghubunginya setelah tersiar kenyataannya mengenai kroni Anwar menaja Raja Petra di London. Dalam perbualan itu, Nazri tidak berpuas hati kerana kenyataan Anuar Shaari itu didakwa merujuk kepadanya.

Bagaimanapun, Anuar Shaari menegaskan, kenyataan beliau mengenai kroni Anwar yang menaja kehidupan Raja Petra yang bersembunyi di London itu bersifat umum dan tidak merujuk kepada Nazri.

Mohd. Puad memberitahu, pihak berkuasa juga perlu menyiasat dakwaan itu kerana sekiranya benar, Anwar, Kalimullah dan Nazri mungkin berperanan dalam membantu Raja Petra meloloskan diri secara haram ke luar negara bagi mengelakkan perintah mahkamah ke atasnya.

''Banyak blog memperkatakan tentang perjumpaan Anwar dengan Kalimullah dan Nazri di London baru-baru ini, apa agenda perjumpaan itu,'' soalnya.

Tambahnya, media alternatif seperti blog dan portal berita propembangkang kini juga giat mempersalahkan UMNO dalam isu kalimah Allah dan insiden-insiden serangan bom petrol ke atas beberapa gereja seluruh negara sejak Jumaat lalu.


Ulasan Saya : Masyarakat sebenarnya sudah muak dengan retorik Anwar Ibrahim - semua orang sudah mengetahui bahawa Anwar ialah seorang manusia yang bijak mengambil kesempatan terhadap sesuatu isu. Hayat politik Anwar - pada hakikatnya adalah bergantung kepada retorik dan isu yang dimainkan oleh beliau - dan strategi Anwar ini hanya dapat dipatahkan melalui kaedah rasional. Menewaskan Anwar dengan menggunakan cara yang sama - barangkali tidak akan memberi dampak yang menyakinkan - sebaliknya, jika kita bijak merasionalkan semua retorik-retorik Anwar, InsyaAllah rakyat akan kembali tersedar daripada sihir Anwar Ibrahim. Menyentuh manusia yang bernama Kalimullah - ia bukanlah sesuatu yang asing di negara ini. Nama tersebut acapkali menerima kritikan pedas daripada Tun Mahathir sewaktu rejim Tun Abdullah berkuasa - nama yang dikaitkan sebagai agen Singapura dan kenalan rapat kepada Khairy Jamaluddin ini, benar-benar mengejutkan ramai pihak. Dan kini, nama Kalimullah muncul sekali lagi - dengan watak jahat sebagai manusia yang bersengkongkol dengan raja penabur fitnah - Raja Petra, melalui laman web MalaysiaToday. Manakala Anwar pula bertindak bijak dengan mengambil kesempatan terhadap segala masalah yang sedang menimpa Raja Petra. Saya merasakan - sudah sampai masanya pihak kerajaan mengambil langkah yang proaktif - melalui ISA dan menangkap semula Anwar Ibrahim yang jelas begitu banyak menabur fitnah kepada negara. Batang tubug Anwar hanya mengundang fitnah kepada agama, bangsa dan negara. Saya yakin - tidak lama lagi, Anwar akan menerima pembalasan yang setimpal dengan kerosakan yang telah dilakukannya terhadap negara ini. Doa Saiful yang dizalimi - InsyaAllah akan dimakbulkan oleh-Nya tidak beberapa lama lagi. Wallahualam.

January 11, 2010

Cara Terbaik Penyelesaian Isu Kalimah Allah


SERUAN DAKWAH!


Saya mengambil kesempatan sebagai rakyat Malaysia dan beragama Islam menyeru kepada semua penganut Kristian di Malaysia agar berimanlah kepada Allah dan Rasul-Nya iaitu Nabi Muhammad SAW. Hanya dengan beriman kepada Allah dan Rasul-Nya sahajalah kamu semula akan beroleh keselamatan di dunia mahu pun diakhirat. Saya mengulang apa yang pernah disabdakan oleh Rasulullah 1431 dahulu yang berbunyi, "Masuklah kamu ke dalam Islam, nescaya kamu selamat". Maka, atas dasar itu, saya dengan penuh tawaduk dan rendah diri -menyeru kepada semua penganut Kristian di negara ini agar mengucaplah kalimah tauhid, Lailahaillah, Muhammadur Rasulullah (Tiada Tuhan Melainkan Allah dan Muhammad itu Pesuruh Allah) sekaligus secara rasminya tuan-tuan menjadi orang Islam. Hanya dengan cara ini sahaja, keamanan di Malaysia akan sama-sama kita nikmati.


Saya juga menyeru kepada semua ahli DAP agar segeralah beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, semoga kita beroleh keamanan dan kesejahteraan di dunia dan di akhirat. Tiada gunanya jika tuan-tuan yakin dengan keadilan Islam, seandainya tuan-tuan masih ragu untuk mengucap dua kalimah syahadah dan beriman kepada Allah yang Maha Esa. Wahai ahli-ahli DAP dan Gereja Katolik! Kembalilah kamu semua kepada Sang Pencipta yang Maha Agung - Jika benar kamu yakin bahawa nama Tuhan kamu ialah Allah - maka mengucaplah dua kalimah tauhid itu - agar kamu menjadi orang-orang yang beriman dan beruntung. Jaganlah kamu ragu-ragu lagi, sesungguhnya sudah nyata antara yang batil dan yang hak - maka berimanlah segera wahai ahli-ahli DAP dan Gereja Katolik! - Marilah sama-sama kita membesarkan Allah - Tuhan Sekalian Alam - Percayalah isu Kalimah Allah hanya akan selesai andaikata semua penganut Katolik meninggalkan agama mereka dan beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dengan menjadi orang Islam. Percayalah inilah sebaik-baik penyelesaian dan keselamatan. MAHA BESAR ALLAH, MAHA BESAR ALLAH, YA MALIK AL MULK!

January 9, 2010

Nik Aziz Makin Melampau!


Nik Aziz Makin Melampau!


SHAH ALAM, 9 Jan (Harakahdaily): Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendakwa kejadian serangan membakar gereja kelmarin berlaku kerana Umno telah menghilangkan sensitiviti dosa dan pahala dalam masyarakat di negara ini khususnya orang Melayu itu sendiri. Kesan hilangnya sensitiviti itu, katanya telah menyebabkan masyarakat melakukan pelbagai kesalahan termasuk tidak menghormati agama lain sehingga membakar gereja dan mengarak kepala lembu seperti berlaku di Shah Alam baru-baru ini.

"Tiap-tiap orang nak bakar gereja kena reti (tahu) gereja ini harta kawan kita orang Kristian, bila kita bakar kita lukakan hati dia, berdosa kita di akhirat kelak.

"Sama juga arak kepala lembu, melukakan hati orang India (Hindu), ini berdosa. Tapi perasaan dosa pahala tidak ada dalam orang Melayu sekarang kerana telah dibuang oleh Umno, ini kita dukacita," katanya yang juga Menteri Besar Kelantan.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyampaikan ucapan penutup program Taklimat Penerangan Isu-isu Semasa di Auditorium Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) petang tadi.

Selain itu, hilangnya sensitiviti tersebut juga, jelasnya telah mengakibatkan banyak perkara-perkara yang tidak sepatutnya, berlaku dalam negara kita.

Umno, jelasnya telah menghilangkan sensitiviti tersebut dari hati orang Melayu apabila membezakan ajaran agama Islam dengan politik dengan berpendirian agama lain, politik lain.

"Sebab itu lah menteri rasuah, orang kampung rasuah, parti-parti rasuah hatta enjin kapal pun boleh dijual senang-senang sahaja, mana boleh jual kalau tidak ada rasuah," jelasnya lagi.

Di dalam ucapan penutupnya sebelum itu, beliau mengingatkan seluruh pimpinan dan jentera PAS meneruskan usaha memberi penerangan kepada masyarakat selaras dengan tugas yang dipikul oleh Nabi-nabi. Beliau mengakui ianya bukan sesuatu yang mudah kerana perlu berdepan bermacam halangan. Apatah lagi, ianya sesuatu yang boleh dianggap baru dan bertentangan dengan apa yang dibawa zaman penjajahan Inggeris.

"Kerja PAS hari ni memang buat kerja baru, yang (zaman) Inggeris dulu tidak buat, Umno dia (hanya) sambung kerja buat Inggeris," katanya.


Ulasan Saya : PAS semakin terdesak dalam menentukan pendirian parti tersebut berhubung isu Kalimah Allah - orang yang cepat melenting dalam isu ini semestinya Nik Aziz. Kita semua sudah sedia maklum, apabila Nik Aziz mengeluarkan pendapat - beliau pastikan akan menjadikan UMNO sebagai kambing hitam. Pendek kata - semua dosa dan noda yang berkeliaran di dunia ini puncanya hanya satu, iaitu UMNO! UMNO! dan UMNO! - tiada langsung di dalam kota minda Nik Aziz melainkan semua kecelakaan yang menimpa umat Islam pada hari ini adalah berpunca daripada UMNO. Kelantan miskin kerana UMNO, lembu dan ayam mati pun kerana UMNO, kemalangan jalan raya pun kerana UMNO, Gereja dibakar kerana UMNO, semua UMNO yang salah! Bagi Nik Aziz, apa-apa sahaja yang bangsat itu datangnya daripada UMNO. Karpal Singh tidak bersalah kalau menghina sultan, Lim Kit Siang tidak salah kalau mahu menghina Islam, Gereja Katolik tidak salah kalau mahu menggunakan nama Allah, Anwar tidak berdosa kalau bersengkongkol dengan Yahudi - Bagi Nik Aziz, kalau boleh semua orang kafir mahu dijadikan kawan, dijaga perasaan mereka baik-baik - tetapi awas! dengan UMNO yang jelas muslim, Nik Aziz sanggup putuskan hubungan. Islam jenis ini ialah Islam yang berdasarkan kepentingan Politik - bukan Islam yang sebenar. Dalam isu ini, Nik Aziz tidak sahaja berdosa kerana menuduh secara semberono, kononnya UMNOlah yang menyebabkan orang Melayu hilang pertimbang dosa pahala - bahkan, Nik Aziz turut berdosa kerana bersangka buruk sesama kaum muslimin, seolah-olah semua kejahatan yang berlaku di Malaysia ini adalah datang daripada UMNO!


Bagi Nik Aziz, melukakan hati orang Gereja, Hindu dan DAP itu dikira BERDOSA, tetapi melukakan hati ahli-ahli UMNO yang jelas muslim dapat pahala - mengutuk, mencaci, menghina, berburuk sangka, mengaibkan pemimpin-pemimpin UMNO, digalakkan, malah dikira sebagai amalan jihad yang dapat pahala! Manusia jenis apakah ini? Nik Aziz sanggup berkawan dengan pihak Gereja bagi menunjukkan bertapa toleransinya agama Islam itu - tetapi dengan sesama muslim, yakni ahli-ahli UMNO - Nik Aziz sanggup menolak perpaduan, malah tidak cukup dengan itu, Nik Aziz seringkali melemparkan pelbagai gelaran yang jijik dan kotor kepada UMNO. Percayalah - PAS tidak akan kekal lama dengan cara ini. Mereka menggunakan nama Islam bagi mencapai puncak kuasa - dan bukan untuk mendekatkan lagi masyarakat kepada Islam. Wallahualam.

January 8, 2010

Pemuda PAS Hilang Maruah!


Pemuda PAS
Hilang Maruah!



Menurut Selangorkini, Ketua Dewan Pemuda PAS Nasruddin Hassan at-Tantawi menegaskan bahawa demo yang akan diadakan untuk menentang penggunaan kalimah Allah oleh Mingguan katolik, The Herald pada petang ini tidak mampu untuk menyelesaikan masalah.

Menurut beliau lagi " Kita ambil pendekatan secara ilmu, secara hujah dan juga memberi keterangan, memberi penjelasan. Apa perlu kita melakukan demo kerana sebelum ini kita belum ambil lagi langkah itu. Demo ini dilakukan apabila sudah ketiadaan ruang untuk berdialog dan berbincang. Setelah kita menghantar memorandum tidak dilayan, diberikan pandangan tidak dipeduli, bila kita bertindak tidak mendapat sokongan, maka pada ketika itu yang ada hanyalah tunjuk perasaan,” katanya."

Beliau menegaskan pandangan pimpinan masyarakat dan agama perlu dirujuk, kerana masih ada ruang untuk perbincangan dan adalah salah untuk pihak-pihak tertentu menguja provokasi yang hanya memburukkan lagi keadaan.

Tapi tanpa disedari Nasruddin atau mungkin ada tujuan lain PAS pun turut mengadakan demo pada petang ini di hadapan kedutaan Mesir untuk membantah tindakan Kerajaan negara piramid itu yang berkerjasama dengan Zionis Israel untuk menindas umat Islam di Gaza.

Jika pendirian Nasruddin sebegitu mungkin kita pun tidak perlu hadir bantahan anjuran PAS ini kerana jika digunakan hujah ketua pemuda PAS itu untuk membicarakan tentang bantahan ini. Ia pun tidak akan menyelesaikan masalah kerana perkara melibatkan Palestin ini telah menjadi kemelut antara Islam dan Zionis sejak puluhan tahun lagi. Tapi Neutral Daily berpendirian untuk terus menyokong bantahan anjuran PAS ini sekalipun ia tidak akan menyelesaikan masalah dan masih banyak cara penyelesaian seperti dialog dan perbincangan dengan kerajaan Mesir sendiri.

Ini kerana atas kelangsungan agama Islam itu sendiri kita perlu mengadakan bantahan dan menyuarakan pandangan kita termasuklah mengadakan bantahan untuk menentang penggunaan kalimah Allah oleh Mingguan katolik, The Herald.

Justeru itu Neutral Daily menyokong kedua-dua bantahan ini walau siapa pun penganjurnya dan siapa yang akan menerima manfaat politik daripada penganjuran kedua-dua bantahan ini. Yang penting suara umat Islam akan sentiasa didengari dan diperjuangkan di Malaysia. Tentang politik kepartian kami tak mahu campur.



Ulasan Saya : Menurut Nasaruddin Hassan At-Tantawi, demo untuk menentang penggunaan nama Allah di dalam penerbitan akhbar minggunan The Herald tidak akan menyelesaikan apa-apa masalah. Saya sangat-sangat kecewa dengan kenyataan ini. Bukankah selama ini PAS dan PKR lah yang sangat rajin menggunakan demonstrasi bagi menuntut keadilan? Bukankah selama ini juga pelbagai jenis demo telah mereka adakan bagi menunjukkan protes kepada kerajaan? Maka, mengapa dalam soal ini tiba-tiba PAS menjadi penakut? Penakut untuk berkata yang hak dan benar? Jika berkenaan rasuah dan ISA - cukup pantas pemimpin-pemimpin PAS berpekik dan melolong, kononnya kerajaan UMNO zalim, UMNO bangsat dan pelbagai lagi kata nista dan kesat. Tetapi pelik, tiba-tiba sahaja isu yang jelas menjatuhkan maruah umat Islam dan menghina agama Islam - PAS secara terang-terangan langsung tidak menunjukkan rasa sensitif - malah cuba pula mengalihkan pandangan dengan cara mengajak pihak Gereja agar mengadakan dialog dalam menyelesaikan isu ini? Soalnya, mengapa hal yang sama tidak dilakukan oleh PAS selama ini? Mengapa isu I.S.A, isu rasuah, isu kenaikan harga minyak dan isu kenaikan harga barang PAS beria-ria mahu mengadakan demostrasi? Mengapa tidak diadakan sahaja dialog dengan pihak kerajaan agar bersama-sama mencari penyelesaiannya? Jika PAS Kelantan mampu mengumpulkan ribuan ahlinya untuk berkumpul bagi mempertahankan Nik Aziz, mengapa kali ini hal yang sama tidak dilakukan bagi mempertahankan kesucian nama Allah pula? Apakah nama Nik Aziz lebih penting daripada Allah?


Dalam hal ini bijak pula Ketua Pemuda PAS Nasaruddin mengemukakan cadangan agar pendekatan ilmiah dilakukan bagi menyelesaikan kemelut tersebut dengan segera - mengapa cadangan tersebut tidak dilakukan untuk isu-isu lain, seperti ISA, Rasuah dan sebagainya? Mengapa hanya isu ini baru cadangan tersebut timbul? Jelaslah, PAS hanya memperjuangkan kuasa dan bukan memperjuangkan Islam! Ini adalah masa untuk umat Islam bersatu - tinggal jubah politik masing-masing, sama-sama kita utamakan kepentingan Islam! Lantaran itu, saya mencabar PAS, agar mengemukakan pendirian yang tegas berhubung isu ini - jangan berdolak-dalik lagi. Wallahualam.

Azli Shukri 2010 : Selamat Datang Tahun Yang Ke-31!


Azli Shukri 2010
Selamat Datang Tahun yang Ke-31


Selamat pagi semua, hari ini merupakan harijadi saya yang ke-31, saya memohon kepada Allah semoga dilimpahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan saya pada tahun ini. Sepanjang hampir dua tahun saya menjadi blogger amatur, banyak perkara yang saya pelajari - tentang nilai persahabatan, nilai perjuangan dan nilai moraliti - namun demikian, sesungguhnya - hidup adalah perjuangan dan kesihatan - tanpa apa-apa perjuangan, kehidupan adalah kosong dan tanpa kesihatan yang baik, kehidupan umpama nikmat yang tidak cukup. Percayalah asas kekuatan kita ialah Iman dan Islam - peganglah ia kuat-kuat, nescaya Allah akan membantu kita dalam segenap urusan. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua yang menjadi pembaca setia blog saya - mana-mana yang baik terimalah dan mana-mana yang tidak secocok dengan agama, maka tinggalkanlah. Tidak lupa juga kepada semua pihak yang terlibat dalam urusan pertunangan saya baru-baru ini - semoga Allah membalas segala kebaikan tuan-tuan semua. Saya mendoakan agar semua rakan seperjuangan bersungguh-sungguhlah menghayati Islam - agar dunia akhir zaman ini akan kembali milik orang-orang yang beriman. Saya juga mohon ampun dan maaf, jika terdapat tulisan-tulisan saya selama ini menyinggung perasaan sesetengah pihak - percayalah untuk menegakkan kebenaran - kadangkala perasaan dan emosi terpaksa diketepikan. Akhir kata, azam saya pada tahun ini adalah untuk menjadi lebih baik daripada tahun lepas - semoga Allah meredhoinya. Wallahualam.

Gambar : Majlis Pertunangan saya dengan Ustazah Azrin pada 3 Januari yang lalu di Jeram, Kampar, Perak. Semoga Allah membahagiakan kami berdua.

January 7, 2010

Nik Aziz 2010 : Hilang Dalam Kebenaran


Nik Aziz 2010
Hilang Dalam Kebenaran


KOTA BHARU, 6 Jan: Mengapa pemimpin Umno menjadi kelam kabut dengan isu penggunaan nama Allah oleh Herald, sedangkan dalam masa yang sama mereka memisahkan agama dan politik. Persoalan tersebut dilontar Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat setelah melihat Umno tiba-tiba nampak serius dengan isu tersebut. “Tahukah mereka pengertian nama Allah itu sendiri sedangkan pegangan pemimpin Umno memisahkan agama dan politik. "Mereka sanjung perkataan Allah swt tak boleh guna sembarangan, tetapi dalam pada yang sama mereka menyebut agama lain dan politik lain,” katanya pada ceramah isu semasa di Medan Ilmu malam tadi. Hadir sama Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah dan Ketua Penerangan, Ahmad Baihaki Atiqullah. Baru-baru ini Mahkamah Tinggi membenarkan penggunaan nama Allah dalam penerbitan Herald ‘The Catholic Weekly’. Ekoran itu Kementerian Dalam Negeri memfailkan permohonan menangguhkan pelaksanaan perintah mahkamah tersebut. Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, pemimpin Umno sebenarnya ada agenda di sebalik isu tersebut bagi meraihkan sokongan daripada rakyat. ”Kalau mereka mengatakan agama lain, politik lain, maka siapa yang menjaga politik semasa Nabi saw masih hidup dahulu,” katanya. Beliau juga meluahkan rasa hairan pemimpin negara menyanjung tokoh ulama luar negara, Dr Yusuff Al-Qardhawi sehingga memberi tokoh Maal Hijrah, sedangkan pengikut ulama tersebut di negara ini dikenakan tekanan. Kata beliau Dr Yusuff Al-Qardhawi dalam bukunya Fiqh Al-Daulah begitu marah kepada alim ulama atau tok guru yang tidak berpolitik dalam kehidupan mereka. "Ini juga pernah berlaku pada zaman Imam Ibn Al-Qayyim di mana beliau mengadu pemerintah pada masa itu membuat peraturan sendiri tanpa merujuk kepada Islam. “Keadaan itu berlaku kerana alim ulama dan tok guru tidak berperanan dalam politik dan bersifat jumud.

"Raja, sultan atau amir pada masa itu menggubal undang-undang sendiri sehingga menyebabkan berlaku banyak kerosakan,” katanya. Baru-baru ini Dr Yusoff al Qardhawi dianugerah Tokoh Maal Hijrah 1431 pada sambutan yang diadakan pada 1 Muharam lalu.

Ulasan Saya : Saya sangat hairan dengan Nik Aziz - sejak dari dulu sehinggalah sekarang Nik Aziz tidak pernah berbaik sangka dengan UMNO. Apa-apa yang UMNO buat dan lakukan semuanya jahat dan jijik - tiada satu pun dalam pandangan Nik Aziz UMNO ini baik. Dengan kata lain peribahasa yang Nik Aziz pegang selama ini ialah : "Jika Jumpa Ular, Jumpa Syaitan, Jumpa Yahudi, Jumpa Israel, Jumpa Amerika Syarikat dan Jumpa ahli UMNO, maka bunuh ahli UMNO dulu" inilah yang dapat digambarkan berkenaan sikap dan tabiat Nik Aziz sesama kaum muslimin. Pada Nik Aziz apa-apa sahaja yang dilakukan oleh UMNO semua bangsat! tak betul dan tak ikut Islam - yang betul dan ikut cara Islam hanyalah PAS, hanyalah PKR, hanyalah DAP, dan hanyalah Anwar Ibrahim. Pemimpin UMNO kalau mempertahankan Islam - Nik Aziz akan segera memperlekehkannya, walau betul sekali pun, akan tetap dikatakan salah oleh Nik Aziz. Macam-macam tuduhan akan dilemparkan kepada UMNO. UMNO manipulasi media, UMNO selewang fakta, UMNO tersepitla dan sebagainya. Sebaliknya, sesiapa sahaja yang ingin menghina Islam dipersila, asalkan golongan tersebut menyokong PAS, itu sahaja syaratnya.


Saya hairan dan pelik bagaimana boleh PAS dikatakan sebagai sebuah parti Islam, selagi para penceramahnya diizinkan untuk mengumpat, mencaci dan menbuka aib orang lain? Nik Aziz menuduh UMNO mengamalkan fahaman "Politik lain, Agama lain" maka atas alasan itulah UMNO dikira sesat. Namun begitu, bagaimana pula dengan PAS yang mengamalkan fahaman "Islam lain, Amalan lain"? Bukankah selama ini PAS hanya melihat Islam sekadar agama semata-mata? Dan bukan amalan? Jika PAS menganggap Islam sebagai amalan kehidupan - maka tinggalkan segera sikap mengumpat, mencaci, menuduh, membuka aib orang lain dan berburuk sangka sesama kaum muslimin. Semua amalan kotor ini bukannya datang daripada Islam - Islam tidak mengajar sebegitu, hanya pemimpin-pemimpin PAS sahaja yang gemar melakukan perbuatan tersebut. Jadi PAS mengamalkan fahaman "Islam lain, Amalan lain" - maka terbentuklah generasi PAS yang bersikap cakap lain, buat lain. Mulut melaungkan Islam - tetapi amalan seperti puak khawarij. Islamkah ini? Wallahualam.

January 6, 2010

Jawapan Untuk Nik Aziz dan Harun Din


ISU NAMA ALLAH
Jawapan untuk
Nik Aziz dan Harun Din


Berikut adalah kenyataan penuh yang dikeluarkan oleh Abdul Hadi dan dibacakan oleh Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad : PAS sebagai parti Islam, amat menghormati prinsip kebebasan beragama seperti mana yang ditekankan oleh Islam kerana manusia tidak boleh dipaksa untuk menerima mana-mana agama melainkan ia merupakan pilihan sendiri. Prinsip kebebasan beragama ini juga telah termaktub di dalam Perkara 11 Perlembagaan Persekutaan.

Walaupun demikian dalam konteks masyarakat di Malaysia, suasana dan keadaan setempat perlu diambil kira di atas kepentingan awam bagi memelihara keharmonian berbagai kaum dan agama.

Setiap warganegara Malaysia wajib memelihara suasana dan keadaan ini. PAS ingin menjelaskan bahawa berdasarkan kepada kaedah Islam, penggunaan nama Allah pada asasnya adalah dibenar untuk digunakan oleh agama samawi seperti Kristian dan Yahudi.

Walau bagaimanapun, penggunaan kalimah Allah secara salah dan tidak bertanggungjawab mestilah dielakkan supaya ianya tidak menjadi isu yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama dalam negara ini.

PAS memberikan peringatan kepada semua pihak supaya tidak menyalahgunakan perkataan Allah bagi mengelirukan atau menjadikan politik murahan untuk mendapatkan sokongan rakyat.

Al-Quran telah menyarankan cara yang betul menggunakan perkataan Allah, sebagaimana yang dinyatakan dalam Surah Al Imran ayat 64 yang bermaksud.

‘‘Katakanlah: Hai Ahli Kitab,marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahawa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatu pun dan tidak (pula) sebahagian kita menjadikan sesama manusia seperti pemimpin dan sebagainya sebagai tuhan selain Allah’’. PAS dengan tegasnya ingin menolak sebarang bentuk tindakan agresif dan provokatif jahat yang boleh mengugat keharmonian dan mencetuskan ketegangan masyarakat.

PAS dengan segala rasa penuh tanggungjawab bersedia untuk menjelaskan isu ini kepada semua pihak bagi mewujudkan suasana yang harmoni berdasarkan kepada prinsip keadilan sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan dan dijamin oleh Islam.-4/1/2010


Ulasan Saya : Kenyataan Presiden PAS di atas benar-benar mengecewakan saya. Pertama, bagaimana mungkin PAS boleh begitu lembut nadanya dalam soal-soal seperti ini? Pada hemat saya, jika dibaca kenyataan akhbar Hj Hadi di atas - tampak jelas beliau begitu berlembut dalam menanganinya - seolah-olah mahu menjaga hati semua orang. Sebaliknya - sangat berbeza watak dan sikap PAS tatkala berhadapan dengan UMNO dan para pemimpinnya. Setakat ini tidak pernah nada lembut dilemparkan kepada UMNO - yang ada semua perkataan kesat - malah kata-kata seperti UMNO sesat, UMNO kafir, UMNO thagut, UMNO zalim, UMNO menentang hukum Allah, UMNO jahat, UMNO korup, UMNO parti perkauman dan pelbagai lagi perkataan kesat sudah menjadi santapan lidah para penceramah PAS, setiap kali ceramah politik mereka diadakan, pendek kata tiada yanglebih jahat dimuka bumi Allah ini melainkan makhluk yang bernama UMNO - manusia yang sering mengutuk dan menyesatkan UMNO, tidak lain dan tidak bukan ialah Mursyidul Am mereka sendiri iaitu, Nik Aziz Nik Mat.


Jika dengan orang kafir Nik Aziz dan Hj Hadi boleh berlembut, khususnya ketika memperkatakan isu penggunaan nama Allah - maka mengapa dalam isu Negara Perpaduan pula Nik Aziz melenting seperti dirasuk syaitan? Mengapa dalam mengajak manusia untuk bersatu-padu Nik Aziz sangat menentang dan tidak mahu berkompromi langsung? , sebaliknya dalam isu penggunaan nama Allah, didapati Nik Aziz dan Hj Hadi sanggup berdialog dan berlemah-lembut dengan orang-orang kafir? Apakah PAS sama sekali tidak sensitif dan menghiraukan mana-mana pihak yang menghina Islam? Asalkan pihak tersebut jelas menyokong parti tersebut? Inikah yang di namakan politik Islam? Saya melihat - dengan fikiran yang jernih dan hati yang lapang, sesungguhnya PAS semakin jauh terpesong daripada perjuangan mereka. Satu demi satu bala telah Allah turunkan kepada kerajaan PAS, khususnya di Kelantan, hampir setiap hari Nik Aziz menerima tekanan - dan satu demi satu masalah kepimpinannya terbongkar dan terlondeh. Inilah bahananya apabila ISLAM diletakkan di dalam peti undi! Yakni Islam yang difahami melalui minda pemimpin-pemimpin PAS - Islam yang diperjuangankan oleh PAS sifatnya boleh dijatuhkan dan dinaikkan melalui saluran peti undi dan demokrasi, sedangkan sifat Islam yang sebenarnya adalah agama yang tinggi dan tidak boleh dijatuhkan oleh sesiapa pun.


Apabila Islam dipolitikkan - maka hasilnya ialah Islam gaya PAS - yakni Islam yang terpaksa mengikut suara ramai dan kehendak majoriti demi mengekalkan pengaruh dan undi - Islam jenis ini adalah Islam palsu atau plastik. Islam gaya ini adalah Islam yang tidak berpaksi kepada kebenaran - sebaliknya bergantung kepada sistem demokrasi dan undi - jika memperoleh undi daripada orang ramai, maka tertegaklah Islam, sebaliknya jika tidak memperoleh undi maka hancurlah Islam - maka jadilah Islam sebagai sebuah agama yang duduknya di dalam peti undi - seolah-olah menggambar Islam itu boleh dipilih dan boleh tidak dipilih - apakah ini sifat Islam yang sebenar? Seperti mana Islam yang dibawa oleh baginda junjung Rasulullah 1431 tahun yang lalu? Maka, kerana itulah dalam isu kalimah Allah ini, mulut para pemimpin PAS seolah-olah terkunci untuk bercakap perkara yang hak dan benar, lantaran terpaksa memikirkan juga keperluan undi dan sokongan daripada pihak Gereja Katolik dalam pilihan raya yang akan datang.


Begitu juga dengan sikap DAP yang sangat kritikal berhubung isu Islam di negara ini, khususnya sejak PRU ke 12 yang lalu - PAS tidak mengkritik DAP, sekali pun mereka menghina Islam - hal ini adalah berpunca daripada PAS aselama ini yang meletakkan Islam sebagai agama yang boleh diundi - maka jika PAS mengkritik keras DAP atau Gereja Katolik - maka jangan bermimpilah PAS akan mendapat undi dan sokongan daripada mereka dalam pilihan raya umum yang akan datang, sekaligus PAS tidak lagi bertaring dan berpengaruh.


Di sisi lain pula, Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Harun Din dengan tegas mendakwa bahawa kepada sesiapa yang menyokong penggunaan nama Allah di dalam penerbitan akhbar Herald tersebut, bermakna mereka telah menyokong sesuatu yang jelas salah di sisi Islam serta otak mereka mempunyai masalah dan perlu dibersihkan kembali. Malah, lebih jauh daripada itu, menurut Harun Din lagi, jika kita menyokong Gereja Katolik dalam perkara tersebut, hal ini bermakna kita menghampiri jurang kesyirikan dan kekufuran.


Soalnya sekarang, bagaimana dengan sokongan terbuka yang dilakukan oleh Nik Aziz terhadap keputusan mahkamah yang jelas berpihak kepada Gereja Katolik tersebut? Apakah "otak" Nik Aziz juga perlu diperbetulkan? Bagaimana mungkin wujud percanggahan pendapat yang sangat berbeza antara Nik Aziz dengan Harun Din dalam soal aqidah yang sangat penting ini? Dan sekarang, sesungguhnya - PAS benar-benar berada dijurang kehancuran - kerana membiarkan Islam dipermain-mainkan oleh kaum kafir atas nama sebuah demokrasi dan peti undi. Wallahualam.

January 1, 2010

Isu Nama Allah : Menjawab Kebobrokan Khalid Samad

Khalid Samad Keliru!


SHAH ALAM, 1 Jan (harakahdaily) : Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad petang tadi bersetuju dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Kementerian Dalam Negeri (KDN) melarang orang-orang bukan Islam dari menggunakan perkataan 'Allah'. Beliau yang sebelum ini dilihat lantang mempertikai usaha KDN di di Parlimen, menganggap keputusan Mahkamah semalam menepati nas al-Quran."Keputusan Mahkamah itu menepati dengan al-Quran, iaitu perkataan Allah bukan milik eksklusif umat Islam sahaja tapi semua manusia patut menyembahnya," jelas beliau selepas menyertai solat Jumaat di Surau Nur Hidayah, di sini.Beliau turut menasihatkan KDN supaya tidak melarang sesuatu yang jelas digalakkan dalam Islam."Kalau kita (KDN) nak menghalang keputusan itu, secara tidak langsung seolah-olah menghalang apa yang digalakkan oleh Allah sendiri."Yang membeza orang Islam dan bukan Islam bukanlah tuhan kita adalah Allah dan tuhan mereka tidak (dipanggil) Allah, tapi yang membezakannya adalah kefahaman tentang ajaran Islam itu sendiri," katanya.Menurut beliau, keputusan mahkamah itu sekali gus mengukuhkan kefahaman orang Islam terhadap agama mereka, bukannya atas nama Islam sahaja."Saya rasa keputusan ini (mahkamah) akan mengukuhkan lagi kefahaman Islam di kalangan orang Islam sendiri, bukan atas nama (Islam) saja," jelasnya.Ujarnya lagi, Rasulullah s.a.w sendiri pun tidak menghalang masyarakat bukan Islam dari mengaku Allah sebagai Tuhan mereka.Sebaliknya, Nabi menerapkan kefahaman Islam kepada masyarakat bukan Islam menggunakan rasional dan dakwah; sebagaimana ditunjukkan dalam ayat 87-88 dari surah az-Zukhruf; dan ayat 63 dari surah al-Ankabut.Tambahnya lagi, kedua-dua ayat tersebut seharusnya mendorong masyarakat Islam menjelaskan kefahaman sebenar tentang Allah dan Islam itu sendiri.Terdahulu, akhbar mingguan The Herald dihalang dari menggunakan perkataan Islam dalam penerbitan mereka. Ekoran itu, Gereja Katholik telah memohon perintah Mahkamah supaya menolak larangan yang dilakukan KDN itu.




Ulasan Saya : Salah seorang pemimpin pembangkang yang mempunyai masalah mindanya ialah Ahli Parlimen Shah Alam - saudara Khalid Samad. Beberapa kenyataan beliau berhubung isu penggunaan nama Allah dalam penerbitan mingguan suratkhabar Herald - The Catholic Weekly , benar-benar mencerminkan kegagalannya dalam melihat realiti agama Islam di bumi Malaysia ini. Perbandingan dan hujah yang digunakan adalah sangat dangkal dan sama sekali tidak menggunakan kaedah usul fiqh bagi menyelesaikan persoalan yang rumit ini. Apakah ilmu beliau lebih tinggi jika dibandingkan dengan ulama-ulama yang menganggotai Majlis Mufti dan Majlis Fatwa Kebangsaan?



Bukankah sudah jelas pendirian yang diberikan oleh Majlis Mufti berkenaan isu ini? Yang mana penggunaan nama Allah sama sekali tidak diizinkan penggunaannya di dalam penerbitan mingguan Gereja Katholik tersebut? Apakah Khalid Samad lebih alim dan bijak daripada mufti-mufti yang ada di Malaysia ini? Kebobrokan fikiran Khalid tampak jelas melalui kenyataannya yang saya "bold"kan dengan warna merah di atas. Dari mana agaknya Khalid Samad mendapat kefahaman Islam dengan hujah bahawa kononnya yang membezakan antara orang Islam dengan orang bukan Islam bukanlah berpaksikan kepada tuhan orang Islam itu dipanggil Allah, dan tuhan orang bukan Islam itu pula tidak dipanggil dengan nama Allah, sebaliknya menurut Khalid lagi, yang membezakan antara orang bukan Islam dengan orang Islam adalah kefahaman mereka terhadap ajaran Islam itu sendiri.



Wah! mudah benar membezakan orang Islam dengan orang bukan Islam melalui kaca mata Khalid Samad ini. Jadi, nampaknya selepas ini, bolehlah kita panggil para orentalis Barat yang hafal al-Quran sebagai ulama, dan kita jadikan tulisan-tulisan mereka sebagai rujukan, sekali pun mereka tidak beriman kepada Allah - kerana jika menurut Khalid untuk membezakan antara orang Islam dengan orang bukan Islam hanyalah melalui sejauh mana seseorang itu memahami ajaran Islam.




Khalid Samad "agaknya" mungkin terlupa bagaimana lafaz syahada untuk mengesahkan seseorang itu benar-benar sudah masuk Islam, lafaznya ialah (biar saya ingatkan Khalid Samad semula) 'Asyhaduallailahaillallah,wa Asyhaduannamuhammadarrasulullah' - bukankah dalam kalimah tauhid ini sudah jelas wujudnya perkataan Allah? Sekaligus membuktikan bahawa antara ciri yang membezakan antara orang Islam dengan orang bukan Islam adalah termasuk nama Tuhan yang kita sembah - dalam konteks ini, Tuhan yang kita sembah dan yakini ialah Allah! Dan orang kafir hanya mengakui Allah sebagai pencipta semata-mata, tetapi mereka sama sekali tidak mengakui Allah sebagai Tuhan yang Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu dan menolak ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad.




Kekeliruan Khalid Samad semakin menjadi-jadi tatkala beliau cuba berhujah bahawa Rasulullah sendiri tidak menghalang masyarakat bukan Islam daripada mengakui Allah sebagai Tuhan mereka - memang benar Rasulullah tidak menghalang, (kerana sememangnya hakikat bahawa Allah ialah Tuhan semesta alam) tetapi dengan syarat mereka memahami Allah melalui ajaran yang hak, dan bukan untuk mewujudkan kekeliruan kepada manusia. Namun demikian, dalam konteks dan isu yang sedang kita hadapi pada kali ini - niat dan objektif surat khabar Herald yang beria-ria mahu menggunakan nama Allah dalam penerbitan mereka sangat-sangat diragui matlamatnya! Mengapa baru sekarang isu ini timbul? Bukankah semua orang tahu isu ini hanya mengundang fitnah kepada umat Islam di Malaysia dan merosakkan pemikiran generasi muda pada masa akan datang! Sekali pun di dalam sunnah rasulullah terdapat petunjuk yang membenarkan orang bukan Islam menyebut dan menggunakan nama Allah - tetapi kondisinya sangat berbeza jika dibandingkan di negara kita pada hari ini. Lantaran itu - para ulama harus menguasai ilmu Fiqh al-Waki bagi memastikan keputusan atau fatwa yang bakal mereka nyatakan dalam isu ini - benar-benar menepati suasana, keadaan dan realiti sesuatu masyarakat Islam itu.




Malah, adalah jelas perlu ada pertimbang dari sapek kesan jika penggunaan nama Allah diizinkan untuk digunakan di dalam terbitan surat khabar milik Gareja Katolik itu. Isu ini pernah saya sentuh sebelum ini, maka saya perturunkan sekali lagi jawapan-jawapannya :




Posting Saya Pada 15 March 2009 : Isu ini pada hakikatnya sudah selesai, apabila penggunaan nama Allah tidak diizin untuk digunakan oleh penerbitan dalam surat khabar kristian. Tetapi isu ini timbul semula, apabila terdapat segelintir bloggers yang mengutip pandangan Nik Aziz dan Dr Asri bagi menghalalkan perbuatan tersebut. Saya tidak menyalahkan Nik Aziz dan Dr Asri dalam hal ini, mereka menulis dengan ijtihad mereka, berasaskan kepada ilmu yang mereka miliki, malah jika diperhatikan hujah kedua-dua pihak ada kebenarannya.



Namun demikian, pada pandangan saya hujah yang lebih menghampiri kebenaran berasaskan kepada (waki') atau realiti semasa, maka suka saya menerima hasil ijtihad Mufti Perak, Datuk Harussani. Dr Asri berhujah bahawa ada beza antara merebut nama Allah dengan mempertahankan aqidah, lantaran itu, Dr Asri melihat isu tersebut berasingan, maka kerana itu beliau tidak melarang penggunaan nama Allah tersebut.Dr Asri perpandangan, "Di samping, hendaklah kita jelas bahawa yang membezakan aqidah Islam dan selainnya bukanlah kepada rebutan atau sebutan nama Allah, sebaliknya pada ketulusan tauhid dan penafian segala unsur syirik, Di samping itu, kita harus bertanya kepada diri kita, mengapakah kita sentiasa merasakan kita akan menjadi pihak yang tewas jika orang lain memanggil tuhan Allah?" dari satu segi saya sependapat dengan Dr Asri, hal ini adalah kerana bukti-bukti yang sahih telah dikemukakannya dalam artikel beliau, namun begitu saya jelaskan isu tersebut bukanlah isu ringan pada masa kini dan ia perlu dilihat dari sudut yang lain.




Datuk Seri Harussani melihat isu tersebut dalam konteks fiqh waki' oleh sebab itu ijtihad beliau berbeza dengan Nik Aziz dan Dr Asri - Harussani lebih banyak terlibat dengan pelbagai isu kristianisasi sebelum ini, beliau lebih arif tentang bagaimana halusnya para pendakwah kristian untuk cuba menyesatkan umat Islam di negara ini - kita harus faham latar belakang Harussani dalam hal tersebut.Dalam usaha kita mengeluarkan ijtihad - kita harus menguasai fiqh waki' yakni fiqh yang menguasai hal-hal terkini, serta segala ancaman terbaru yang dihidangkan kepada umat Islam dan aqidahnya. Justeru itu, dalam hal ini - Harussani mendahului dari mufti-mufti yang lain. Harussani dapat melihat apa-apa yang kurang diberi perhatian oleh ulama lain, inilah yang mengagumkan saya berkenaan diri Harussani. Dalam mengemukakan sebarang ijtihad, kita tidak cukup sekadar menguasai ilmu hadis atau syariat semata-mata, sebaliknya pelbagai disiplin ilmu agama harus kita kuasai - khususnya untuk menghadapi ancaman terhadap umat Islam pada masa kini.




Ulama harus bijak menangkap tipu muslihat musuh-musuhnya, dan dari situ ijtihadnya akan lebih tepat dan berwibawa.Berbalik kepada isu di atas - Harussani melihat fasad (kerosakan) yang timbul akibat daripada penggunaan nama Allah dalam penerbitan pihak kristian itu jauh lebih besar daripada kebaikannya, terutama ketika umat Islam begitu lemah dengan pelbagai masalah dan kelemahan. Harussani berpandangan, jika diizinkan kelak - ia membuka pintu fitnah kepada agama Islam dan umatnya - inilah ancaman yang dibimbangi oleh beliau. Harussani dengan segala ilmunya melihat waki' atau realiti umat Islam, khususnya generasi muda di Malaysia sangat lemah dari segi aqidah dan akhlak, dan lebih mudah terpesong aqidahnya jika hal tersebut tidak dibendung dari sekarang. Dan untuk jangka masa panjang, hal ini sangat merbahaya kepada aqidah umat Islam.Lantaran itu, Harussani melihat isu tersebut dari kaca mata yang berbeza dengan Nik Aziz dan Dr Asri.




Beliau melihat secara holistik, yakni kesan terhadap "keizinan tersebut" pada masa akan datang kepada agama Islam dan umatnya. Sekarang ini, nama Allah merupakan maruah umat Islam - kita tidak mahu fitnah melanda atas nama Allah yang Maha Agung dan Maha Besar itu melalui permainan oranq-orang kafir yang tidak faham akan agaran Islam yang sebenar - kita tidak mahu generasi muda menyalah tafsirkan nama Allah dan kefahaman terhadap-NYA melalui penerbitan media kristian yang tidak amanah. Jadi, menurut Harussani - fasad atau kerosakkan yang melanda agama Islam adalah lebih besar daripada kebaikannya, sekiranya nama Allah diizinkan untuk digunakan oleh penerbitan kristian tersebut.




Malah, menterjemahkan perkataan "God" kepada Allah merupakan penyelewangan fakta yang jelas. Hal ini adalah kerana perkataan Allah datangnya daripada bahasa Arab, manakala God daripada bahasa Inggeris. Oleh sebab itu, Harussani berpendapat untuk jangka panjang hal tersebut boleh merosakkan aqidah dan nama baik agama Islam itu sendiri.Bertitik tolak daripada itu, kaedah fiqh adalah mudah, jika sesuatu perkara itu jelas membawa fasad atau kerosakan yang lebih besar daripada maslahatnya (kebaikannya) maka haruslah kita tinggalkan. Dan dalam isu ini, saya percaya ijtihad Harussani lebih menghampiri kebenaran , beliau yakin kerosakannya adalah besar kepada agama Allah ini jika kita tidak berhati-hati dalam isu tersebut - semoga Allah memberikan ganjaran terhadap perjuangannya. Wallahualam.




Posting Saya Pada 8 March 2008 : Inilah Kesannya Apabila Nama Allah Diizinkan Kepada Gereja Katolik baca Lirik Lagu : Allah Peduli - Nyanyian Agnes Monica :

Banyak perkara yang tak dapat ku mengerti,

Mengapakah harus terjadi

Di dalam kehidupan ini

Suatu perkara yangKu simpan dalam hati

Tiada satupun kan terjadi tanpa Allah perduli

Allah mengertiAllah peduli

Segala persoalan yg kita hadapi

Tak akan pernah di biarkanya ku bergumul sendiri

Sebab Allah mengerti

Allah mengerti

Allah peduli

Segala persoalan yg kita hadapi

Tak akan pernah di biarkanya ku bergumul sendiri

Sebab Allah Yesus ku Mengerti


Apabila Datuk Seri Harussani, Mufti Kerajaan Negeri Perak menentang penggunaan nama Allah dalam terbitan majalah agama Kristian - sudah tentu beliau mempunyai hujah mengapa perbuatan tersebut tidak boleh dan sudah pasti beliau dapat menghidu kesannya ke atas umat Islam pada masa akan datang. Malah, posting saya dalam blog ini turut secara terang-terangan menentang dengan sekeras-kerasnya penggunaan nama Allah oleh pihak gereja dalam penerbitan mereka. Kita harus faham kesannya ke atas minda umat Islam dan generasi muda yang lemah iman dan kefahamannya.



Nah, sekarang cuba lihat lirik lagu yang dinyanyikan oleh penyanyi separuh bogel Indonesia terkenal - Agnes Monica di atas. Bukankah ia merosakkan aqidah umat Islam, khususnya dalam kalangan muda-mudi Islam apabila mereka turut sama menghafal lirik lagu tersebut? Lalu menyanyi-nyanyi dengan riang-ria tanpa sedar, sesungguhnya mereka telah menghina dan mensyirikkan Allah? Masih tidak nampakkah kesannya kepada kita dan umat Islam untuk jangka masa yang panjang? Jika hal ini tidak dibendung dari sekarang?



Mula-mula mereka diizinkan dalam penerbitan majalah, lama-kelamaan nama Allah dipersenda dan dipermainkan dalam pelbagai cara. Inilah yang sangat kita bimbangkan.Lirik tersebut - perkataan Allah Yesus Ku - sangat jelas boleh memesongkan aqidah para remaja Islam yang masih lemah aqidah dan pegangannya. Sedarlah kita bahawa sesungguhnya - agama Islam makin terancam, lantaran pemimpin-pemimpinnya lebih sibuk berpolitik daripada mempertahankan aqidah penganutnya.



Soal aqidah dan iman harus dipandang serius, baik PAS mahupun UMNO. Hal ini adalah kerana, kekuatan umat Islam adalah bergantung sejauh mana kekuatan aqidah dan iman mereka kepada Allah. Kita bimbang, tanpa sedar musuh-musuh Islam memasukkan racun dalam minda generasi muda bagi memastikan mereka jauh daripada agama dan aqidah Islam. Inilah sebabnya mengapa kita sangat menentang penggunaan nama Allah dalam penerbitan majalah Kristian tersebut. Seluruh ulama di Malaysia harus seia-sekata dalam hal ini, jangan hanya Mufti Perak sahaja yang bersuara. Wallahualam.




Posting Saya Pada Februari 2008 : Maafkan saya, kerana agak lambat sedikit untuk memberi komen berkenaan isu penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan berkaitan dengan agama Kristian - kelulusan yang telah diberikan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) tersebut sebenarnya tidak hanya "mengejutkan" Mufti Perak, Datuk Seri Harussani semata-mata, bahkan sekalian monyet, beruk, beruang dan semua haiwan dan binatang di hutan-banat pun akan terkejut "beruk" dengan keputusan tersebut.




Apakah jenisnya manusia ini jika hal yang sangat asas dalam agama Islam pun, kita seolah-olah masih jahil dan tidak tahu membezakan antara niat menghina dengan niat untuk berdakwah. Kita harus faham kalimah Allah bukan daripada perkataan Melayu yang boleh diterjemahkan menjadi perkataan "Tuhan", itu salah dan terpesong jauh daripada kebenaran. Kalimah Allah adalah daripada bahasa Arab - ia mengandungi makna dan pengertian tertentu - tidak seperti pengertian umum perkataan "Tuhan" itu.




KDN harus memahami hal ini semua. Jika tidak arif tanyalah para mufti, jangan bertindak mengikut logik akal.Sebab itu, kita dari sekolah menengah lagi sudah diajar asas-asas tauhid dan mengenal Allah yang Esa - tak akan kita masih tidak tahu semua itu. Malah, agak ganjil jika para pegawai di KDN tidak tahu membezakan antara kalimah Allah dengan perkataan Tuhan secara umum. Apakah kita begitu jahil sehingga tidak tahu bagaimana untuk mengenal Allah yang Maha Esa? Apakah kita selama ini tidak pernah belajar tentang tauhid Rububiyah (yakni menyakini bahawa Allah yang tunggal menciptakan langit dan seluruh alam ini dan menyakini bahawa tiada sebarang persamaan dari segi kuasa yang menyamai kekuasaan Allah ini.



Allah yang mencipta, mentadbir, mengurus, memiliki dan menguasai alam ini) dan tauhid Uluhiyah (yakni menyakini Allah yang tunggal yang berhak untuk dicintai, dipatuhi, ditunduki secara mutlak. Dan tiada lain yang boleh disifatkan sedemikian.) Malah, apakah selama ini, kita juga tidak pernah belajar erti tauhid Asma wa Sifat (yakni meyakini bahawa Allah yang tunggal memiliki semua sifat sempurna. dan tiada sifat Allah yang sama dengan sifat ciptaan-Nya.)Lantaran itu, jika kita memahami konsep tauhid ini, maka bagaimanakah kita boleh terfikir dan mengizinkan orang lain memandai-mandai mentakrif kalimah Allah itu sama dengan perkataan "tuhan" yang mereka fahami dalam agama mereka?



Kebodohan yang semacam mana lagi yang hendak kita katakan kepada diri kita andaikata hal yang semacam ini pun kita tidak fahami? saya tiada masa untuk meleret-leret panjang dalam soal ini, saya semakin sakit hati - apabila ada segelintir orang Islam yang beria-ria pula menyokong, agar diizinkan penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan majalah agama Kristian. Jika tujuan untuk menerangkan tentang Islam dan ajarannya - itu lain, tetapi jika untuk menterjemahkan takrif Allah kepada perkataan "tuhan" yang difahami oleh agama kristian - itu sudah melampau. Malah itu adalah jelas untuk menghina atau ada niat tersembunyi bagi merosakkan pemikiran dan aqidah umat Islam di negara ini.Saya fikir sudah semakin ramai yang berani mempermainkan nama Allah dan agama kita. Sudah tiba masanya agar umat Islam di Malaysia bersatu hati menolak segala macam penghinaan kepada agama