Tetamu Kehormat...

December 19, 2010

Tsunami Sudah Berakhir : Mengapa Wajah Anwar Makin Kelam?

Presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail dalam ucapannya di Konvensyen Pakatan Rakyat hari ini, melancarkan slogan penuh retorik yang berbunyi, "Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia", (baca di sini) saya tergelak sendirian, sambil bertanya di dalam hati, Wan Azizah suruh kita ubah apa? dan nak selamatkan Malaysia daripada siapa? Amerika dan Britain mahu menyerang negara ini ke? Sebenarnya, Malaysia tidak perlu diselamatkan, sebab negara ini sememangnya sudah selamat untuk diduduki dan didiami, yang tidak selamat ialah Anwar Ibrahim. Kes liwatnya masih belum selesai, walaupun sudah menjangkau tiga tahun. Dah letih semua orang menunggu.

Wan Azizah menggesa agar kita "ubah sekarang", soalnya nak ubah apa atau siapa? Kalau nak ubah apa - jawapannya, PKRlah yang perlu diubah terlebih dahulu, sebab terlalu banyak penyelewengan dalam pemilihan parti tersebut baru-baru ini. Kerajaan UMNO/BN tidak perlu diubah, sebab UMNO/BN semakin berubah menjadi lebih baik dan disenangi oleh rakyat pada saat ini. Slogan "Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia" merupakan satu-satunya slogan yang jelas berciri "paksaan" terhadap rakyat Malaysia, agar menyokong penuh Pakatan Rakyat tanpa banyak soal.

Oleh kerana terlalu kemaruk untuk berkuasa, Anwar Ibrahim seakan-akan mahu memaksa rakyat di negara ini, agar menerima bulat-bulat Pakatan Rakyat - walau setinggi mana pun harga yang terpaksa kita bayar, demi merealisasikan hasrat beliau untuk menjadi Perdana Menteri. Sedangkan realitinya, semua orang tahu Pakatan Rakyat semakin hilang sokongan. Sekiranya pada tahun 2008 PR berjaya melakukan Tsunami Politik di negara ini, saya percaya, PRU Ke-13 - tsunami tersebut tidak akan berulang semula.

Jangan kita lupa, Tsunami Politik 2008 tidak akan berlaku sehebat itu, sekiranya tiada sokonngan daripada sebahagian besar ahli UMNO yang berpaling tadah dengan mengundi Parti Pembangkang, ekoran ketidakpuashatian mereka terhadap Abdullah Badawi dan Khairy Jamaluddin. Namun demikian, isu tersebut tidak akan timbul lagi dan mendominasi PRU Ke-13 kelak. Keghairahan para pemimpin Pakatan Rakyat, terutamanya PAS yang sangat mudah menghina, mencaci dan memandang rendah ahli-ahli UMNO, menyebabkan ahli-ahli UMNO bertambah menyampah dan benci kepada PAS, sekali gus menyebabkan golongan ini, tidak akan memberikan undi protes mereka kepada Pakatan Rakyat, seperti yang berlaku dalam PRU Ke-12 yang lalu.

PAS melakukan kesalahan paling besar, apabila menjadikan semua ahli UMNO sebagai musuh, sedangkan untuk menang dalam pilihan raya umum, undi protes ahli UMNOlah yang sangat diperlukan oleh PAS, bagi mewujudkan momentum Tsunami Politik Ke-2 dalam PRU Ke-13 yang akan datang. Malangnya, PAS tidak bijak berpolitik, mereka lebih selesa mencari musuh daripada melembutkan hati musuh agar memberi undi kepada mereka. Memusuhi ahli-ahli UMNO hanya merugikan kepentingan politik PAS. Dalam keadaan sekarang, tiada isu besar yang boleh menyebabkan ahli-ahli UMNO melakukan undi protes terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib. Maka, yang rugi ialah PAS.

Saya fikir, Tsunami Politik 2008 yang diidam-idamkan oleh Anwar, sama sekali tidak akan berulang dalam PRU Ke-13! Dan pada hemat saya, Konvensyen Pakatan Rakyat Ke-2 yang diadakan di Pulau Pinang pada hari ini, merupakan hari-hari terakhir para Dewa Pakatan Rakyat untuk berangan-angan menuju ke Putrajaya! Hakikatnya, mereka terus bermimpi dan mengharapkan agar DS Najib segera membubarkan parlimen demi menyelamatkan masa depan politik Anwar Ibrahim. Itu sahaja. Wallahualam.

30 comments:

Anonymous said...

Sememangnya apa yg dikatakan oleh DS Wan Azizah adalah benar...memang kita WAJIB UBAH - UBAH DEMI MARUAH, UBAH SEBELUM PARAH.. Sekarang dah lebih dari PARAH..kantong negara sudah NAZAQ - jangan pulak penulis pura pura tidak tahu ! Audit negara telah sekian tahun membuat laporan bahawasanya wang rakyat digunakan sewenang wenangnya dan tiada tindakan diambil.
Pemimpin2 negar apa tah lagi...bermaharajalela..dengan projek mega..dan berbillion RM$$$ hilang tanpa dikesan.. jangan ingat rakyat bodoh seperti rakyat 30 tahun dulu..
Perjanjian UMNO/APCO yang dibongkar oleh Ketua Pembangkang, tapi sebaliknya, Ketua Pembangkang digantung...agar banyak lagi dokumen2 yang mahu dibongkar.. dari mana Anwar mendapat dokumen2 tersebut kalau bulan PERTOLONGAN Pegawai2 Kerajaan yang sudah BOSAN DAN MARAH kepada pemimpin2 UMNO yang sombong dan bongkak..
Jangan fikir rakyat BODOH... kamu merancang...tapi PERANCANGAN ALLAH SWT LAH YANG SEMPURNA..Ingat itu... HAYATI lah surah hud ayat 113, "BARANGSIAPA CENDERUNG KEPADA PEMERINTAH YANG ZALIM, AKAN DISAMBAR API NERAKA".....

Wak Sarip said...

Ini utk anony 6:07 tolong faham sikit, jgn dok tegok UMNO zalim sahaja, baca elok hadis2 ini, bengong

1. Huzaifah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda : “Aka ada sesudah aku para imam atau kepala Negara yang tidak mengikut petunjukku dan tidak menjalani sunnahku. Dan akan bangun pada mereka, laki-laki yang hati mereka adalah hati syaitan dalam tubuh manusia. Kata Huzaifah : Aku berkata : Bagaimana saya hendak lakukan jika saya menemuinya Ya Rasulullah? Rasulullah bersabda : Hendaklah engkau mendengar dan taat, walaupun ia memukul belakangmu dan mengambil hartamu. Dengar dan taatlah. (Hadis Shahih Riwayat Muslim)

2. Wail bin Hujrin r.a meriwayatkan, katanya : Salamah bin Yazid al-Ju’fi bertanya kepada Rasulullah SAW ; Wahai nabi Allah, bagaimana pendapat anda, jika para penguasa bangun meminta hak mereka atas kami dan mereka menahan hak kami? Apakah yang anda hendak perintahkan? Rasulullah bersabda : Dengar dan taatlah, mereka hanyalah akan menanggung apa yang dipikul ke atas mereka dan kamu akan menanggung apa yang dibebankan ke atas kamu. (Hadis Shahih Riwayat Muslim)

3. Ibnu Abbas r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda : Barangsiapa yang melihat sesuatu yang tidak disukainya dari penguasanya, maka hendaklah ia bersabar, kerana barangsiapa yang memisahkan diri daripada jamaah sekadar sejengkal, maka kematiannya adalah kematian jahiliah. (Hadis Shahih Riwayat Bukhari)

Wak Sarip said...

tambahan...

4. ‘Auf bin Malik al-Asyja’ij meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda : Para imam kamu yang terpilih ialah yang kamu mengasihi mereka dan mereka mengasihi kamu, mereka berdoa untuk kamu dan kamu berdoa untuk mereka. Dan para imam yang jahat ialah yang kamu membenci mereka dan mereka membenci kamu dan kamu mengutuk mereka dan mereka mengutuk kamu. Rasulullah ditanya : Ya Rasulullah, boleh kami melawan mereka dengan pedang? Baginda bersabda : Tidak, selama mereka mendirikan solat pada kamu. Dan apabila kamu melihat sesuatu yang kamu tidak sukai daripada pemerintah kamu, maka hendaklah kamu bencikan amalanya dan janganlah kamu menarik tangan kamu daripada ketaatan. (Hadis Shahih Riwayat Muslim)


5. Ummu Salamah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda : Aka nada pemerintah yang kamu mengenali mereka dan kamu mengingkarinya. Maka, barangsiapa yang mengenali, sesungguhnya ia telah bebas dan barangsiapa yang membenci, maka ia selamat. Akan tetapi orang yang redha dan mengikutnya? Mereka berkata : Boleh kami memerangi mereka? Rasulullah bersabda : Tidak! Selama mereka bersolat. (Hadis Shahih Riwayat Muslim)

6. Abdullah bin Mas’ud r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda : Sesungguhnya akan timbul selepas aku sifat pentingkan diri (daripada pemimpin-pemimpin kamu) dan perkara-perkara yang kamu ingkar. Sahabat bertanya : Wahai Rasulullah! Apakah yang engkau perintahkan kepada kami? Jawab baginda : Kamu hendaklah menunaikan hak yang diwajibkan ke atas kamu dan mintalah hak kamu daripada Allah. (Hadis Shahih Bukhari dan Muslim)

Anonymous said...

Betul la kata Wan Jijah "Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia" tu.

YG patut diubah ialah jgn beri undi pada PR dh, byk membuat huruhara je dlm Malaysia ni, tmbhan pula suaminye yg diberi jolokan Anugerah Tuhan kerana mempunyai selera yg berbeza dari manusia normal mahu menjadi PM yg akan menambahkan lagi bala pada malaysia ni di kemudian hari nanti.

Oleh itu mari "Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia" , buang peliwat dari peta politik Malaysia. Caya la Wan Jijah...

Kah.. kah.. kah....

Anonymous said...

Salam,

Ya.. marilah semua "Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia".

Kita Ubah dari situasi pengkhianat PR dan demokrasi huru-hara kepada situasi selamat untuk generasi anak cucu kita.

Kita Ubah dan humban PKR-PAS-DAP dan Pakatan Rakyat jauh-jauh untuk Selamatkan Malaysia. Kita sudah tidak sabar dan kita akan buktikan di PRU-13 nanti.

-artis-

Anonymous said...

Anon 6:07

Kita perlu berubah..tapi jangan sebab nafsu, kita sanggup menyamakan ALLAH dengan Tuhan agama lain padahal ALLAH berfirman..Tiada Tuhan melainkan ALLAH.

Benar surah hud ayat 113; siapa yang zalim? siapa yang menyamakan ALLAH dengan Tuhan agama lain?
Siapa yang malam-malam terpekik terlolong maki sana-sini, mempersendakan orang, mengata orang bodoh.

Kita perlu berubah...tapi tidak sampai agama
dinodai

Kita perlu berubah..tapi tidak sampai bangsa digadai.

Kita perlu berubah...tapi tidak sampai negara kucar-kacir.

Kita perlu berubah..tetapi bukan dengan maki-hamun, tipu helah, janji tak ditepati.

Anonymous said...

sebelum nak ubah Malaysia ni ubah la BAPAK AL Juburi tu dulu biar bertaubat sblm nak ubah hal yang lain.Kalu yang kecik tu xleh nak ubah jangan berangan nak ke PUTRAJAYA la pn azizah weh,aku pengundi muda dah muak ngan parti hang tu...bela org yg meliwat huhuhu...

Anonymous said...

kesian anon 6.07 masih ingus meleleh.he he,he,anwar sedikit sebanyak penyebab anak melayu berubah dari cerdik jadi bodo

Anonymous said...

woi anon 6.07,sebenarnya orang2 macm hang patut berubah,akai sempit ,politik kedai kopi hampas ,awat hang takut ada orang tak mau kawan dengan hang ka?timbang-timbangkan apa yang berlaku dengan politik kita,jangan dok menilai sebelah pihak saja nilai la kedua-dua pihak sekali.hang tengok betul-betul wajah ANWAR mana cahayanya.makin gelap wajahnya penuh kekusutan tiada ketenangan menyimpan seribu cerita

Anti-Jubo said...

Oii Anon 6.07! Engkau ni pengikut tegar Al-Juburi ke? Suma tuduhan yang nkau bagitau tu ada fakta atau bukti ke? Kalu ada bawak la ke High Court bodoo.. kata ada simpan dokumen berbakul-bakul. Tu laa suka sangat kat jubo anwar tu sampai otak pun letak kat jubo. Yang patut kena ubah adalah Anwar Al-juburi. Terlalu banyak kemusnahan yang dah Si Anwar tu lakukan sejak 10 tahun lalu, sapa yang zalim sebenarnya??

Muhammad Azli Shukri said...

terima kasih komen tuan2 semua

red said...

Tu laa... aku dok perasan jugak... awat muka Nuar ni makin kelam??? Ke memang ade konspirasi dari pihak malaysiakini yang saja edit muka nuar supaya nampak kelam??? alamak, konspirasi lagi???

Anonymous said...

Ape le punya bodek mcm tak faham2 balik2 Anwar meliwat balikq2 Anwar meliwat x de cerita lain ke yang nak di ceritakan yang Najib dengan kes bunuh sapu bawah kapet ape cite

anti liwat said...

betul kata wan azizah tu. UBAH SEKARANG. dia menyeru semua ahli PKR berubah, keluar dari PKR dan menyokong BN. cuma ahli PKR yang tak faham-faham.
SELAMATKAN MALAYSIA dari anwar ibrahim. tu maksud dia.

wazahu said...

aku setuju sangat cadangan JIJAH ni kita kena ubah.. mari kta ubah bagi NUAR minat kt pompuan jgn dok gila kt jantan....mari kita ubah ambil selangor n kedah balik BRAVO BN

Anonymous said...

MMg perlu berubah, tapi yang perlu diubah ialah....dari sikap suka meliwat bertaubat xakan meliwat lagi..dari parti anak beranak, bagi seluasnya pada amalan demokrasi..dari kaki memfitnah, bertaubat dan terima kenyataan...pathetic Wan Jijah yg telah terperangkap dgn kata2nya sendiri!

Konon mau tunjuk bagus siWanJijah nih, xsedo air ludah jatuh kemuka snedir kah kah kah..kesiannnn

Anonymous said...

HAHA..ANONY 6.07..JGN JADI BODOH..KLO ADE BUKTI NAIK MAHKAMAH..APE LAGI..KATE ADE BUKTI..MN??MN?? APCO??LAGI LA BODO HANG NI..APCO DLM PDRM YG DIMAKSUDKAN IALAH SISITEM TELEKOMUNIKASI LA..WALKIE TALKIE..BUKAK DL LAMAN WEB PRDM ADE KE X..ISU NI ANUAR SENDIRI YG PUTARKAN..DIE TU JGK ADE TERLIBAT DENGAN APCO YG DIANGGOTAI OLEH ORG ISRAIL..MCM NER ISU LIWAT PLK??ANUAR...SAIFUL DA KE MEKAH..MEMOHON PETUNJUK DR ALLAH..SUMPAH DIBUAT..TAPI KLO DIE BERBOHONG..DIE DA DILAKNAT ALLAH..TU SEMUA KERJA TUHAN..ANUAR BUKAN TUHAN..MANUSIA BIASA YG ADE MULUT MANIS..TP MANISNYA ADE KAT KEMALUANYA SAJA...

Anonymous said...

Kita jangan tipu diri kita, atau memperbodohkan diri kita.
Sebenarnya banyak kebobrokan yg tersembunyi dalam pentadbiran kerajaan M'sia ketika ini. Kebanyakan anda tidak tahu apa yg berlaku, tapi hanya bermodalkan liwat, liwat dan liwat, jubo, jubo dan jubo.
Itulah modal yg ada dalam minda anda yg beku dan jumud, atau pura2 tidak nampak apa yg berlaku.
Hanya tohmahan, tuduhan, hinaan, cercaan, aib yg boleh anda luahkan.

Baca dan hayati apa yg ditulis oleh anon 6.07, jangan emosi, jangan prasangka, jadilah org yg berlapang dada, terimalah se ada nya.

Jangan jadikan muka org kelam, sebagai org yg tidak mulia, Allah melihat manusia bukan dgn wajahnya yg cantik menawan, kacak, putih melepak, tapi HATI nya.

Bagaimana muka DSAI yg telah berusia 63 tahun ni tak kelam dan keroh, kalau setiap hari dia dihina, ditohmah, diaib, dituduh dalam paper, dalam TV, tetapi dia tidak berpeluang untuk menjawab balik segala tuduhan atau menjelaskan nya.

ADIL KE?.
Sama2lah kita renong2kan nya. Kalau org lain mungkin telah diserang sakit jantung, atau mati tegak, tapi ini DSAI.

Anonymous said...

BTL..KITE RENUNGKAN APA YG DIKATEKAN..KLO BETUL BIAR BERBUKTI..APE YG PLK BERLAKU DINEGERI PAKATAN SKRG?? PENTADBIRAN YG SERUPA INI UNTUK MEMERINTAH MLAYSIA?? 35 ORG KONTRAKTOR MELAYU UTK KOS ANTARA 60-70 JUTA..TETAPI UNTUK SEORG CINA KOS SAJA MENJANGKAU 70 JUTA..ADAKAH ITU BETUL??BAGAIMANA NNT BLE MENDAPAT PROJEK BERBILLION2??
PERKARA SEUMPAMA INI AKAN BERLAKU??DIMANA KORIPSINYA PULAK??HANYA DIKERAJAAN??HANYA KERAJAAN ADE RASUAH?? BUKAN BEREMOSI..TETAPI..NILAH KEBENARAN..ANDA KATE DIE DIFITNAH..DITOMAH..DICACI..KITE MENGAKUI SEMUA TU..TETAPI YG BERBUAT DEMIKIAN IALAH SIAPA??SIAPA PERSOLANNYA?? ORG YG MENGENALI ANUAR SENDIRI..KAWAN SENDIRI..BUKAN ORG2 UMNO MAHUPUN BN..DR SNI LAH KITE KN BERFIKIR KEMBALI..PKIR SEJENAK..ORG MCM ZULKIFLI NORDIN..ADAKAH SEORANG PEGUAM SEUMPAMA BELIAU HENDAK MENIPU SEBEGINI RUPA TENTANG ANUAR SELEPAS KELUAR PKR?? KLO BEGITU SEMUA PEGUAM PENIPU!!!..PK RASIONAL..MMG TIDAK DINAFIKAN MLSYA..PEMERINTAHAN DAHULU ADE KORUPSI..ADE PENINDASANN..TP PERCAYALAH ADE PERUBAHAN YG BERLAKU..MEREKA JUGA BERJAGA-JAGA UNTUK TIDAK MELAKUKAN SEBARANG KESILAPAN SPRT MASA LALU..TENTANG TUDUH MENUDUH2, TOMAHAN, CACIAN..CUBA ANDA SELALU IKOT CERAMAH DSAI ANDA ITU..ANDA AKAN TAHU APE SEBENARNYA MAKSUD CAAIAN, TOMAHAN, API PERKAUMAN..LUANGKAN MASA ANDA MENGIKUTI BELIAU..TP PERGI DENGAN NIAT YG RASIONAL..BUKAN UNTUK BELIAU...

Hahn said...

Apa yang di hati terpancar di wajah. Kejernihan hati membawa kejernihan wajah.

Sebab itu lah orang yang arif mengenali orang dari wajahnya.

Hati bercahaya membawa wajah yang bercahaya.

Ulamak yang baik baik ramai hidup dalam kesusahan tetapi kesusahan itu tidak mengesankan hatinya. Wajahnya tetap berseri.

Tok mu said...

Anony 11:18,

Sdrlah sbenarnya yang ditipu serta diperbodohkan oleh Si Anwar tu. Kalau bukan pasal isu liwat pun masih byk '1001 kebobrokan tersembunyi' yang telah dilakukan oleh Si Anu-gerah tuhan tu. Sdr tak sedar ke setiap perlakuan Si Anu-gerah tuhan tu hanya untuk membuat huru-hara saja? Yang terkini adalah aksi beruk & kera di parlimen yang saya rasa cukup meluat konon mempertahankan 'demokrasi terpimpin'. Lepas ni puak PKR boleh bersidang bawah pokok macam kat Perak dulu sambil disaksikan beruk dan kera asli (Kalo tak de saya boleh import beruk kat ZooNegara).

Sdr cakap Si ANwar tidak berpeluang menjawab balik segala tuduhan. Abis tu yang Si Anwar buat road show seluruh dunia tu bukan bagi peluang ke? Setau saya bukan nak menjawab balik segala tuduhan tapi dia spin plak ke isu lain nak suruh orang marah kat kerajaan. kalo betul tak pe gak tapi buat tuduhan tanpa bukti. KALO ADA BUKTI SAMAN JE LA SEBANYAK 1 BILLION. Ni duk buang air liur pi cramah kat budak-budak pendek akai buat apa....

Anonymous said...

salam semua....

kepada ANON 6.07 ..lu ni memang pemyokong Fuckatan haprak punyeee..
saje nak test ke masuk dlm laman blog penyokong kerajaan..?lu ni Anon 6.07...memang otak lu ni letak kat kepala lutut tul laa...
satu je aku nak tanyae...anwar jubur tu dah buat sumpah muhabalah ke..?dia dah buat check DNA dia ke..? lagi satu lagi...dia dah buat DNA ke pasal anak shamsidar dan azmin tu..?kalau semuanya asyik tangguh jee...maknanya apa..?lu pikir ;ah sendiri...!

Anonymous said...

salam, anom 6.07 dan 11.18 sebenarnya hati beliau telah dibekukan dan ditutup hikmah dari Allah swt.

biarlah beliau dengan alasan2nya, insyallah beliau akan sedar. buatlah pertimbangan mengikut akal dan ilmu yang diberikan oleh Allah.

Jangan jadi seperti ahli2 PAS yang majoritinya mengaku Islam tapi solat 5 waktu pun tak pernah ditunaikan, solat Jumaat seminggu sekali pun tak pernah dibuat, sebab dah diberi hidayah bahawa menjadi ahli PAS akan masuk syurga free. Inilah bahan2 bakar di neraka kelak.

-artis-

Anonymous said...

Kpd Anon 12.06
Jawapan anda telah menunjukan anda sorang yg berprasangka dan emosi (rujuk jawapan anda dikolum 1)

Keadilan yg saya maksudkan bukan dengan roadshow tapi diberi peluang menjawab segala tuduhan, tohmahan dll didalam media kerajaan sendiri iaitu TV1 dan TV3, atau dlm paper UMNO (UM).

Beliau selalu diserang, dituduh, dihina, ditohmah, diaib setiap hari dalam media kerajaan (TV1 dan TV3 dan UM), sepatutnya pada hari yg sama, beri peluang kpdnya untuk menjawab segala tuduhan, tohmahan, hinaan tersebut.

Ini baru dikatakan ADIL, bukan nya membiarkan segala tuduhan, tohmahan tersebut tergantung. Masyarakat apabila dipantak cerita begitu hari2, mereka yg kurang berilmu, atau yg tak ambil kisah akan sentiasa mempercayainya bulat2.

Ingat, berita TV1 dan TV3 ditonton oleh hampir semua rakyat M'sia (26 juta org), bukan nya seperti roadshow yg hanya boleh dihadiri hanya beberapa ribu org sahaja, itu pun kalau tak disembur dgn air busa oleh FRU. TQ

Anonymous said...

SAUDARA 1.06..26 JUTA ORG YG DIKATAKAN ADAKAH SMU TU MENYOKONG KERAJAAN SAUDARA?? KLO BENAR SMU YG MENONTON TU TERUTAMANYA SAUDARA SEMESTINYA BOLEH BERFIKIR RASIONAL..TP ITU TIDAK BERLAKU..SEMEMANGNYA INI LAH YG DILAUNG2KAN OLEH PR..KEBEBASAN MEDIA..APA YG KELUAR DR TV 1, TV 2, TV3 DAN UTUSAN ADALAH TIDAK BENAR SEMATA-MATA BAGI MEREKA..ADAKAH LUAHAN PENDUDUK, KELUHAN RAKYAT, PENINDASAN RAKYAT, PENIDUPAN TERHADAP MSYRKT SETEMPAT, SEPERTI YG DIWAWANCARA DI MEDIA ITU DI BUAT SEMATA-MATA??KLO BENAR MAKLUMAT YG MEREKA BERIKAN DIPUTAR BELITKAN..SILA TAMPIL UNTUK MEMPERTAHANKAN..TETAPI ANUAR SAHAJA YG BERANI UNTUK MENYAMAN UTUSAN KERANA ITU PERMAINNAN DIE..BAGAIMANA PULA DENGAN MEDIA TV PULA..ADAKAH SIDANG PARLIMEN YG DIPERTONTONKAN KEPADA MSYRTKT UMUM ITU JUGA DIPERBUAT2?? ADAKAH LAKONAN SEMATA2?? KLO BENAR..JDLAH ORG YG BENAR..KEBEBASAN MEDIA YG DILAUNG2KAN OLEH PR INDAH KABAR DARI RUPA..SEBAGAI CONTOH..DI SUBANG JAYA, AKHBAR2 YG MENGHENTAM KERAJAAN, MENGHERDIK KERAJAAN DIBERIKAN SECARA PERCUMA DIMANA2 SAJA..SETIAP HARI..BAGAIMANA PULA PERKARA INI HENDAK DIBENDUNG??ADAKAH PR JUGA MAHU SATU LAGI SIARAN TV UNTUK MEREKA MELEMPARKAN FITNAH??..SUARA KEADILAN BARU2 NI MEMFITNAH MB ZAMRI..KEADILAN JUGA BERPIHAK KEPADA MEREKA YG DIFITNAH..SUARA KEADILAN JUGA KINI MASIH BEROPERASI SECARA SENYAP WALAU DIGANTUNG..MALAYSIAKINI..MENGENTAM KERAJANN..WALAUPUN IA BERCANGGAH DENGAN PERKARA SEBENAR..BLOGER2 INI SEMEMANGNYA MENCARI PUBLISITI MURAHAN..SEMEMANGNYA PAS..DENGAN HARAKAHNYA..SEHINGGA KINI DIMANA2 SAHAJA ADA HARAKAH..AKHBR YG JUGA MEMIHAK KEPADA PR..MENGHENTAM KERAJAAN..DAN YG PALING CELAKA IALAH AKHBR CINA..ORG MELAYU JUGA YG TERKENA..HANYA MEREKA YG MEMAHAMI AKHBAR CINA BOLEH TERSENYUM MEMAHAMINYA..MENGHENTAM KERAJAAN SECUKUPNYA..
SEDARA..BERCAKAP MENGENAI MEDIA2 YG SEDARA PERTIKAIKAN..KLO BENAR 26 JUTA YG MENGIKUTI PERKEMBAGN SEMASA SEPERTI YG SEDARA HEBOHKAN TU..NECAYA PERKARA SEBALIKNYA BERLAKU..TP TIDAK BERLAKUKAN?? MASIH BEBAS LAGI PR MELONTARKAN FITNAH...

Tok mu said...

Anon 1:06

Soalan tentang keadilan media perdana terhadap Anwar telah pun dijawab oleh Anom 1:45. Fikirkanlah secara logik mana mungkin Anwar disekat daripada mempertahan diri serta menjawab tuduhan terhadapnya sedangkan beliau mempunyai media pro pembangkang yang saya fikir mempunyai pengaruh yang amat besar sekali. Lagi pun TV1 dan TV3 berfungsi menyebarkan berita yang berintergriti tanpa sebarang putar-belit seperti mana yang dilakukan oleh pihak pembangkang. Apa yang menjadi ketidak-puasan pihak pembangkang adalah kononnya media ini terlalu bersikap pro BN sedangkan di pihak PR sendiri awal-awal lagi bertindak melawan arus dengan memprovokasi soalan media seperti mengatakan semua tuduhan terhadapnya berpunca daripada UMNO atau kerajaan BN yang mahu menjatuhkannya, ini tak gentlemen la beb.. Rakyat pun boleh menilai berita yang mempunyai asas yang kukuh dan bukan berdasarkan cakap-cakap kosong.

Muhammad Azli Shukri said...

terima kasih komen tuan2

Traveler said...

Saya tidak menyokong Anwar semenjak
1998 lagi kerana kegagalannya sebagai menteri kewangan dan polisinya yang mengikut telunjuk IMF. Sampai sekarang saya tidak mengerti pening kepala kenapa ada ramai masih menyokongnya dengan pelbagai fitnah dan masalah yang melandanya. Mungkin yang patut disalahkan adalah penyokongnya yang terlalu taksub kepadanya dan tidak mahu berfikir. Saiful sudah bersumpah, Ummi Hafilda sudah bersumpah, Najib sudah bersumpah laknat dan Anwar sudah pusing dunia mengaku tidak meliwat tetapi tidak sumpah laknat. Yang paling menghairankan Pas menyokongnya. Jadi siapa yang akan merosakkan Malaysia sebenarnya, Anwar atau penyokongnya kerana Anwar mungkin tidak akan berubah!

Anonymous said...

Traveler 3:41

Benar sekali kata anda bahawa Anwar tidak mungkin berubah selagi ajal tidak menjemputnya. Yang menjadi tanda tanya apakah penyokong-penyokongnya juga tidak akan berubah kerana mungkin telah dijuburi oleh Anwar atau memang jenis makhluk perosak yang suka keadaan huru-hara. Adalah tidak menghairankan Anwar masih mempunyai penyokong tegar kerana makhluk-makhluk 'pencacai angkat najis Anwar' ini mempunyai hati yang suuuuuunngguh busukk!!! Realitinya penyokong-penyokong pencacai Anwar terdiri daripada orang-orang yang kecewa terhadap kerajaan BN, dipecat dari jawatan penting, orang-orang yang memusuhi polis dan penguat-kuasa, perompak dan penyamun, penagih/ pengedar dadah, orang yang bodoh sombong, pendek akal serta 'gila isim'. Buktinya dapat dilihat melalui demostrasi jalanan yang mana banyak kemusnahan harta benda akibat perlakuan 'monyet dan kera upahan' ini. Tambah membimbangkan kerana Anwar juga mendapat sokongan daripada dajal akhir zaman (Amerika dan Israel) yang inginkan pemimpin boneka supaya senang diperkotak-katikkan. Hakikatnya kerana pencacai-pencacai sebeginilah maka Anwar tidak dapat disingkirkan sampai sekarang atau sampai bila-bila. Hanya tuhan maha mengetahui apa akan terjadi di negara Malaysia tercinta ini jika suatu hari nanti Anwar sah menjadi PM! Anda fikirlah sendiri..

Anonymous said...

Manusia mana yg sanggup menjadi bodoh dan bebal serta berhati busuk semata mata untuk disiram dgn air asid, dipukul, dipijak, diterajang oleh FRU dalam demo atau protes.

Manusia mana yg sanggup menjadi bodoh dan bebal serta berhati busuk semata mata untuk berdiri, duduk bersila bersama keluarga dan sanak saudara ditengah malam buta, dlm cuaca sejuk dingin berjam2, semata2 utk mendengar penerangan atau berita terkini dan sahih yg disampaikan.

Ini adalah kerana media massa kini, adalah media bobrok yg sentiasa memanipulasi keadaan.