Tetamu Kehormat...

December 14, 2010

Selamat Tinggal "Anugerah Tuhan"

Rencana ini sangat menarik untuk kita telaah, bagi sesiapa yang berfikiran waras - InsyaAllah akan dapat melihat kebenarannya, baca tulisan Zulkiflee Bakar, Wartawan Utusan Malaysia ini 1. MUNGKIN TIADA PEMIMPIN politik paling bermasalah di rantau ini selain Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dari semasa ke semasa, kegagalan Anwar sebagai pemimpin yang menjadi teraju utama pakatan pembangkang semakin terserlah. Beliau bukan sahaja berhadapan dengan pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan di mahkamah, malahan dari hari ke hari satu demi satu konflik wujud berkaitan dirinya.

2. Malahan Anwar juga dihimpit satu demi satu persoalan yang menuntut penjelasan beliau secara tegas. Tetapi malangnya, Anwar seolah-olah tidak berupaya menghadapi semua persoalan berkenaan sama ada ia berkaitan dengan politik mahupun peribadi. Sebagai Ketua Umum PKR, Anwar dilihat lebih selesa mendiamkan diri terhadap kepincangan pemilihan parti itu yang berlaku baru-baru ini biarpun majoriti ahli PKR mendakwa wujudnya penyelewengan.

3. Desakan dan pendedahan bagaimana Anwar didakwa memainkan peranan bagi memastikan orang kesayangan, Azmin Ali memenangi jawatan Timbalan Presiden parti itu tidak dipedulikan oleh Ahli Parlimen Permatang Pauh tersebut. Ia termasuklah tindakan bekas Timbalan Setiausaha Agung PKR, S. Jenapala yang mencabar beliau dan Azmin menafikan secara terbuka mereka tidak terlibat dengan taktik kotor untuk meraih pencalonan bagi jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan kali ini.

4. Malahan Anwar juga tidak mempedulikan mengenai kekecohan demi kekecohan yang berlaku dalam pemilihan parti sebaliknya mengarahkan Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution membuat kenyataan yang sudah diduga bahawa semua itu didalangi pihak luar. Namun begitu, difahamkan kemelut dalam PKR biarpun menampakkan kegagalan Anwar sebagai pemimpin yang kononnya berkaliber tidaklah meresahkan beliau.

5. Tetapi apa yang dianggap boleh merimaskan Anwar dan mewujudkan pelbagai persepsi ialah berhubung hubungan istimewanya dengan Azmin yang kini semakin didedah satu persatu oleh bekas-bekas orang kanannya. Walaupun satu demi satu cabaran dilontarkan oleh kelompok itu tetapi Anwar hanya mendiamkan diri, paling tidak pun jalan selamat yang beliau ambil ia mendakwa, kelompok berkenaan telah diupah oleh UMNO.

6. Bagaimanapun ini bukanlah jaminan bahawa segala yang didedahkan boleh didiamkan begitu sahaja. Jika Anwar merasakan apa yang mereka dedahkan itu tidak benar, beliau boleh mengambil tindakan undang-undang. Apatah lagi persoalan dan dakwaan yang dibuat bukanlah ringan sebaliknya ia melibatkan maruah beliau sebagai pemimpin, suami dan bapa. Paling ketara dan menjadi bualan ramai kenapakah sampai sekarang Anwar tidak menjawab cabaran bagi menjelaskan kenapa Azmin dianggap begitu istimewa dan apa kaitannya isteri Azmin, Shamsidar Taharin dengan beliau.

7. Cabaran itu bukanlah dibuat oleh mana-mana pemimpin UMNO tetapi oleh bekas-bekas rakan karib Anwar sendiri seperti Datuk S.Nallakarupan dan Senator Mohamad Ezam. Mohd. Noor. Shamsidar bukanlah seorang ahli politik tetapi kenapa beliau turut dikaitkan dalam hubungan rapat antara Anwar dan Azmin? Persoalan ini sepatutnya dijawab oleh Anwar tetapi beliau seolah-olah mengelak untuk berbuat demikian sebab itulah Mohamad Ezam mencabar Anwar supaya menyaman Nallakarupan kalau apa yang didakwanya berhubung perkara tersebut tidak benar.

8. Kita harus ingat persoalan hubungan istimewa antara Anwar, Azmin dan Shamsidar ini bukanlah sekali dua dibangkitkan oleh Nallakarupan, malahan sudah berkali-kali. Dan desakan yang sama turut dibuat oleh bekas pemimpin-pemimpin PKR yang lain termasuklah ada antara mereka meminta isteri Anwar, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail supaya tampil menyatakan kebenaran. Begitu juga Shamsidar, ramai yang hairan kenapa beliau turut mendiamkan diri sedangkan ini melibatkan maruah beliau sebagai seorang wanita, isteri dan ibu.

9. Pendedahan terbaru adik bongsu Azmin, Ummi Hafilda turut menuntut penjelasan daripada Anwar, Azmin, Wan Azizah dan Shamsidar. Ia kerana apa yang diperkatakan oleh Ummi Hafilda telah membangkitkan persoalan mengenai ‘hubungan istimewa dan misteri’ melibatkan Anwar, Azmin dan Shamsidar. Sememangnya, kita tidak pasti sampai bilakah Anwar akan terus mengelak daripada menyatakan kebenaran serta bersedia berhadapan dengan cabaran demi cabaran yang menjatuhkan maruahnya sebagai pemimpin.

10. Tetapi apa yang pasti, semakin lama Anwar cuba mengelak maka semakin banyak pula dakwaan yang berkaitan dengan dirinya terdedah kepada rakyat. Sebab itulah, sama ada Nallakarupan mahupun Ezam serta bekas pemimpin-pemimpin PKR lain mendesak Anwar berhenti bersandiwara sebaliknya menjawab semua dakwaan yang dibuat ke atas dirinya. Anwar sering sahaja mendakwa semua itu konspirasi tetapi dalam masa yang sama beliau tidak mempunyai hujah yang kukuh bagi mempertahankan diri.

11. Kenyataan balas Anwar terhadap dakwaan-dakwaan ke atasnya lebih banyak ‘dihiasi’ dengan teori dan serangan balik tanpa bukti, seolah-olah semua orang yang menuduh beliau tidak betul dan berkonspirasi. Bagi Anwar, hanya beliau sahaja betul, baik dan sempurna manakala mereka yang tidak menyebelahinya ‘jahat’ sama ada kelompok itu di dalam atau luar negara.

12. Sikap Anwar itu jelas dalam pendedahan terbaru oleh WikiLeaks yang menyatakan ejen perisikan Singapura mengesahkan beliau memang terlibat dalam aktiviti liwat berdasarkan bukti daripada risikan teknikal yang dilakukan oleh agensi itu, dipercayai melalui kaedah memintas talian komunikasi negara.

13. Dalam isu ini, Anwar seperti biasa menuduh Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia terlibat sebagai sumber pendedahan WikiLeaks manakala Azmin pula memberi hujah lebih dangkal apabila mendakwa pendedahan berkenaan menunjukkan Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew tidak dapat menerima kepimpinan Anwar dan tidak mahu melihat pakatan pembangkang menguasai Putrajaya.

14. Seperti biasa, Anwar dan Azmin menggunakan taktik berdolak-dalih bagi menutup isu atau persoalan utama yang dibangkitkan. Kita tidak menafikan bahawa kedua-dua mereka mungkin mampu memperdayakan sesetengah pihak yang menyokong atau menyebelahi mereka. Namun begitu, pendedahan dan konflik yang berlaku sudah jelas membongkar satu persatu wajah sebenar insan bernama Anwar Ibrahim ini yang begitu bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri.

15. Anwar, Azmin, Wan Azizah dan Shamsidar mungkin boleh terus bersandiwara dengan menutupi segala kepincangan dalam kehidupan mereka sama ada dalam dunia politik mahu pun peribadi. Tetapi mereka perlu ingat kata-kata Umi Hafilda bahawa, ‘‘Bagaimana hebatnya kita sekalipun, Allah mengetahui kebenaran. Jangan nanti mereka ditimpa bala semasa di dunia lagi.’’

12 comments:

shazmil furqan ® said...

senyum kambing aku baca ..

Melayu Pulau said...

salam,
sila pautkan blog ini ke pautan tuan. melayupulau@blogspot.com
tq.

naDim'IQ said...

http://images.smh.com.au/2010/12/11/2091169/Anwar-420x0.jpg

wajah PENGKHIANAT..
anugerah tuhan tapi bukan ALLAH..
air muka penuh DENGKI & HASUTAN!!

Anonymous said...

Utusan Malaysia kena banyak lagi lakukan 'stunt' untuk naik rating yg sedang menjunam selain nama Anwar Ibrahim disebut lebih 40 kali sehari.
Lagi afdhal buat fokus dan skop berapa ramai muda-muda melayu kaki arak,zina dan judi, cari punca dan jalan selesai, pi temubual bijak pandai melayu di IPT yg berlambak itu. Itu baru menjaga maruah merayu.

DR NO

oRang kAmpong said...

Dr. TIDAK. klu hang rajin dan pandair sgt hang buat sendirilah itu artikel.apalak pandair2 nak suruh org lain tulis.depa punya sukalah nak tulis apa.depa nak ckp pasal kepala bawah ke kepala atas ka.sebenornya dr.tidak byk dah isteri kwn2 teman yg mne suami dier ahli pkr mlm2 sema depa tidok duk pakai cawat besi.depa bukan tutup depan.BELAKANG JUGA ABANG,TAAAAAAAKUUUUUUUUT.

Muhammad Azli Shukri said...

terima kasih komen tuan2

Anonymous said...

GEMPAR!! ANWAR IBRAHIM DAN AZMIN ALI AKAN SAMAN DATO NALLAKARUPAN DAN YB EZAM MOHD NOR RM100 JUTA SEORANG KERANA MENJATUHKAN DAN MEMBESARKAN KEMALUAN MEREKA.

DIMINTA SEMUA PENYOKONG-PENYOKONG ANWAR BERADA DI MAHKAMAH TINGGA HARI AHAD 19HB.DIS. 2010 JAM 4.00 PAGI.

JANGAN LUPA BAWA BERSAMA BANTING UNTUK MEMBERI SOKONGAN MORAL KEPADA PEMIMPIN AGONG PR YANG AKAN DITABALKAN SEBAGAI PM MALAYSIA KE 7PADA 16HB.SEPTEMBER 2008 (OOPS DAH LEPAS TEMPOH. TAK PERASAN PULAK).

LEBIH 40 AHLI PARLIMEN BN AKAN
MENUNGGU DILUAR MAHKAMAH TINGGI UNTUK MENYATAKAN SOKONGAN PADU KEPADA ANWAR IBRAHIM SUPAYA DIA DAPAT DILANTIK MENJADI PM MALAYSIA
KE 7.

PENGISYTIHARAN ANWAR SEBAGAI PM AKAN DI BUAT OLEH YB TUAN HAJI HADI AWANG DAN BELIAU KEMUDIANNYA AKAN MENGISYTIHARKAN DIRINYA SENDIRI SEBAGAI TIMBALAN PERDANA MENTERI.

(Acah aje.Bertuah Anwar dan Azmin berani nak saman Dato Nalla. Nanti terburai habis rahsianya.)

ddinbunga said...

SALAM, PUAK2 HAPRAK TU PANNDAI MAIN WAYANG KULIT MADE IN KELANTAN

akulah69 said...

salam,
umi hafilda... cerita 12 tahun dulu.. so what's new???

wikileaks, semua balun Anwar, seolah maklumat benar. oklah klu berita tu benar, kita terimalah.

if satu ketika nanti wikileaks keluar maklumat bahawa najib / rosmah / nazim terlibat dalam pembunuhan altantuya, adakah tuan terima cerita itu benar???

Dengar khabar ada berita bakal menggemparkan negara berkenaan duta bertaraf menteri di luar negara dalam genggaman wikileaks.. adakah jika maklumat itu tersiar adakah tuan anggap maklumat itu benar?? Pikir-pikirkan....

Muhammad Azli Shukri said...

terima kasih komen tuan2

Suara VANbus said...

salam....ternyata orang melayu yang masih jiwanya dengan UMNO sahaja membeli dan membaca berita fitnah dalam utusan meloya...hairan gak, kenapa bila berkaitan dato'seri um over sgt letak kt muka hadapan..dah xda idea lg ke???? ape ke bodoh sgt pemikiran orang melayu dalam team um 2...ckp nak jadi hero melayu..bagilah berita kaw2 pasal melayu..um kate anwar pengkhianat melayuu so bila berita anwar hari2 kat muka depan nampak sangatlah yang anwar memag hero orang melayu yang sangat2 ditakuti oleh UMNO dan BN..sedarlah orag UMNO...joimlah dan ke dalam masuklah Parti ISLAM PAS xpun wat parti sendiri lawan masa pru 13...

hari2 pencacai UMNO nak ulas isu wikileaks ni...esok kalau wikileaks dedah yang pm n kak ros memang terlibat dlm isu c4 altantuya camne??? maun tak senyum kambing dalm um nak komen isu 2...lepas tue wikileaks dedah yang zul nordin n mp2 yang dah terbabas 2 memang sah dibeli BN n UMNO so UM nak letak kat muka surat depan x???? pastue wikileaks dedah kata dak cpul 2 memang dibayar untuk fitnah dato' seri...masa tue semua akhbar pengampu nak siarkan kat muka depan x??????

isunya mudah je....orang melayu bukalah minda n hati supaya nampak yang UMNO dah memang xboleh nak bangkit lagi untuk pru 13 ni tue pasal jadi macam budak2 debat benda yang xda kesudahan...

aku pikir umno n bn berani time ade kuasa je...cube itu hari 16 september jadi kompem yang pertama melutut kek dato seri' ialah pencacai2 angkat najis uMNO n BN

kalau UMNO n BN xtakut dengan pengaruh ANwar biarkan bertanding atas padang yang sama rata..jangan kuda2kan spr n mase tue baru tahu sama ada UMNO n BN harus ucapkan Selamat Maju JAya pada Dato' Seri n Pimpinan PR yang lain....

Anonymous said...

Betul tu SuaraVanBus.

Baru tadi dalam TV3suku dah bagi tahu, Kem. Luar hantar surat bantahan ke Kedutaan S'pura tentang kesahihan laporan wikileak tersebut.
Tau kenapa, sebab dalam laporan WL tersebut juga ada menyebut tentang keburukan pemimpin2 M'sia, dan penafian sekeras2nya PM dlm kes Altantuya.
Bila terkena batang hidung dia org, baru buat bantahan. Kalau tak, nahaslah DSAI dibalun hari2
oleh org2 UMngOk dan BN dlm paper dan TV dia org.
Memang manusia tak ada hati perut.