Tetamu Kehormat...

December 16, 2010

Raja Petra Buat Hal Lagi Dengan Anwar

Apa lagi yang kita tunggu tuan-tuan? Raja Petra sendiri sudah hilang keyakinan terhadap Anwar Ibrahim. Sepatutnya sudah lama anak "raja" ini kembali kepangkal jalan. Sekarang baru sedar dan terbuka mata? Sudah terlambat bro! Baca berita ini : PETALING JAYA, 15 Dis – Datuk Seri Anwar Ibrahim terutama parti pimpinannya Parti Keadilan Rakyat (PKR) makin parah. Kali ini pengendali portal Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin yang tidak sebulu dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) terus `menyerang’ parti pembangkang itu dengan menyatakannya tidak layak memerintah negara ini.

Raja Petra berkata, ketika dia menegur parti itu mereka amat kecoh mendakwanya disogok oleh UMNO atau Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. “Sheesh, macam ini nak memerintah negarakah?,” tulis Raja Petra dalam ruangannya, No Holds Barred, Isnin. Para pemimpin PKR mengecam Raja Petra dengan hebat malah melabelkannya sebagai ‘kuda Trojan’ serta mendakwanya telah dibeli oleh sesetengah pihak.

Raja Petra menulis, dia dianggap sebagai musuh Pakatan Rakyat. “Bagaimanapun, sekiranya saya bodek Pakatan Rakyat dan menghentam Barisan Nasional, saya akan menjadi anak sejati Malaysia, seorang patriot. “Inilah cara minda pembangkang berfungsi dan kita ingin mereka memerintah negara ini,” soalnya. Dia menambah, apabila Malaysia Today membocorkan rahsia dan kertas-kertas sulit yang memudaratkan kerajaan, mereka tidak melatah.

“Apabila WikiLeaks membocorkan rahsia-rahsia negatif kerajaan dan pemimpin-pemimpinnya, PKR bertepuk tangan, bersorak serta berkata, WikiLeaks ialah satu anugerah Tuhan. “Sekarang bila keadaan sebaliknya berlaku, anda melatah dan mendakwa berlaku konspirasi dan sub judice. Berhenti menangis seperti bayi,” ujar Raja Petra. Katanya, ramai kecewa dengan laporan WikiLeaks mengenai pemimpin PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, mereka berasa ia adalah tidak adil dan beretika bagi WikiLeaks untuk menerbitkan satu laporan berhubung dengan isu tersebut ketika prosiding mahkamah masih berlangsung. “Sudah pasti, saya bersetuju, perbicaraan itu sedang berlangsung. Jadi kita tidak sepatutnya memberikan komen tentang sesuatu perbicaraan yang sedang berlangsung. “Namun, sejak bila parti pembangkang menghormati peraturan ini?

“Semasa perbicaraan Liwat 1, kita mengkritik Tun Dr Mahathir Mohamad (bekas Perdana Menteri) kaw kaw (secara hebat) dan berkata apa-apa sahaja mengenai isu tersebut bagaimana beliau mengenakan Anwar. “Sekarang di perbicaraan Liwat 2, kita menghentam Najib dan mendakwa beliau turut mengenakan Anwar,” tulisnya. Raja Petra menambah, Malaysia Today bukan sahaja lantang bersuara dalam kes perbicaraan Anwar bahkan beberapa kes besar termasuk kepincangan kewangan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) semasa ia masih dibicarakan di mahkamah. Dia memberitahu, mereka yang suka mencari pasal perlu bersedia untuk menerima kritikan.

11 comments:

Fairosza said...

tapi masalahnya PAS dan fanatik2 PKR tetap menyanjungi Anwar yg katanya pejuang 'keadilan'

sri bongsu said...

Anak raja ini bagi aku.Harap-harap percya tu nanti dulu.Dia boleh U turn anytime.

To Live Again said...

Bro Azli..

Jgn mudah pecaya sgt dgn RPK ni..Ni suma wayang je..Mcm wayang2 sblm ni la..Bkn x biasa dgn RPK ni kn..

StingRay said...

Duit belanja dia dah habis la tu.

Cari tuan baaaaruuu...hahaha..

Cencaluk said...

Apa yang diperkatakan oleh RPK itu adalah benar belaka tapi apa yang nyata RPK sendiri telah banyak melakukan kerosakan di Malaysia apabila bersekongkol dengan DSAI sewaktu keagungan PR pada PRU 12 yang lepas tapi apabila tiada lagi give dari DSAI kepada beliau inilah balasan dari RPK kepada DSAI.

Itulah yang dikatakan kita sepatutnya ada tolak ansur bak kata "Give and Take".

Tapi dalam kes RPK ni DSAI yang "GIVE" dan RPK yang "TAKE" bila dah tak ada give lagi maka RPK pulak yang "GIVE" kepada DSAI.

Itulah pusingan dunia, hari ini dia kawan kita esok mungkin di lawan kita jadi jangan terlalu menganggap diri kita ini bertuah sepanjang masa dan mulut kita patut diinsurankan agar tidak memakan diri sendiri nanti.

Anonymous said...

kalau NAFSU jadi asas perjuangan, perkara U-turn tak pelik apa lagi dlm politik. Lebih-lebih lagi jenis pluralist & liberalist. Money talks louder than idealism, except kilauan syurga bagi yg hati bersih.

DR NO

Muhammad Azli Shukri said...

terima kasih komen tuan2

otaklunyai said...

mamat sekor ni pun bukan boleh caya sangat... kalau dia nak kutuk anuar, sekurang2nya anuar gentle dan tak jadi pengecut, tak lari keluar negara bila puak2 umgok nak seksa dia, tapi mamat ni putih tapak kaki lari bila nak kena gomo dengan umgok... jadi janganlah gah dan bongkak sangat... nak tegur tu bolehlah tapi jangan sampai lupa diri plak..

akulah69 said...

salam,

RPK.... aku ingat sapa yang boleh bantu dia, itu yang dia bantu. La ni aku rasa KITA ada can disanjung RPK.... Sbb sebelum Zaid keluar PKR dia sudah minum ais kacang dgn RPK.

Silap2, Bala PI tu buleh tukar itu statement akuan bersumpah, bantai semula Anwar sbb dia pun sudah minum ais kacang sama itu KITA punya presiden....

otaklunyai said...

mamat sekor ni pun bukan boleh caya sangat... kalau dia nak kutuk anuar dia kena muhasabah diri (tau ke dia nak mehasabah diri stail hidup pun macam orang putih), sekurang2nya anuar gentle dan tak jadi pengecut, tak lari keluar negara bila puak2 umgok nak seksa dia, tapi mamat ni putih tapak kaki lari bila nak kena gomo dengan umgok... hingga sanggup biarkan anak dia yang jadi mangsa seksaan sedangkan dia menyorok/berseronok di luar negara. Jadi janganlah gah dan bongkak sangat... nak tegur tu bolehlah tapi jangan sampai lupa diri plak..

Muhammad Azli Shukri said...

tq