Tetamu Kehormat...

December 30, 2010

Isu Pelantikan Khusrin : Punah Malaysia Jika Lim Kit Siang Jadi TPM

Sebenarnya saya tidak berminat untuk mengupas berkenaan isu pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK) yang baru-baru ini telah menimbulkan kekecohan dalam pentadbiran Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim. Namun demikian, setelah membaca komen Penasihat DAP, Lim Kit Siang (di sini), menyebabkan hati saya mula terbakar. Lim dalam satu kenyataannya mendakwa, kononnya tindakan melantik Khusrin sebagai SUK Negeri Selangor telah melanggar semangat perlembagaan negeri tersebut. Soal saya mudah, sejak bila Lim dan DAP sangat menghormati perlembagaan negara atau perlembagaan negeri-negeri di Malaysia selama ini?

Cuba kita ingat, siapakah gerangan yang mencalar dan melacurkan Dewan Rakyat dengan sepanduk dan tulisan-tulisan biadab yang langsung tidak menggambarkan Lim dan "geng"nya menghormati semangat perlembagaan negara di Dewan Rakyat? Apakah ini akhlak para Yang Berhormat Pakatan Rakyat bagi menunjukkan kononnya mereka benar-benar memahami aspirasi perlembagaan negara? Isu pelantikan Khusri sebagai SUK Selangor merupakan ujian kepada DAP dan Pakatan Rakyat, apakah selama ini mereka benar-benar taat dan menurut perintah Raja-Raja Melayu, atau pun sekadar berlakon dan berpura-pura kononnya akan mempertahan dan mendukung institusi Kesultanan Melayu?

Pada hemat saya, cara terbaik MB Selangor dan Pakatan Rakyat menghormati semangat Perlembagaan Negeri Selangor adalah dengan menerima dan menunjukkan ketaatan terhadap kehendak Tuanku Sultan Selangor, yang telah membuat keputusan untuk memilih Khusri sebagai KSU negeri - Habis cerita! Susah sangatkah DAP dan Khalid Ibrahim untuk menerima pilihan Tuanku Sultan Selangor tersebut?Mengapa hal yang sekecil ini pun hendak dibesar-besarkan oleh DAP? Atau sebenarnya mereka mempunyai agenda lain? Salahkah Sultan Selangor meletakkan Khusri sebagai SUK bagi melancarkan pentadbiran negeri agar tidak dirosakkan oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat? Salahkah Sultan Selangor mahu mengimbangi corak pentadbiran Pakatan Rakyat yang selama ini terbukti merugikan orang Melayu-Islam?

Walauapa pun alasan dan hujah Lim Kit Siang, sesungguhnya isu ini membuktikan hakikat paling nyata bahawa Pakatan Rakyat dan DAP langsung tidak menghormati dan memperdulikan hak Sultan Selangor. Cubalah kita bayangkan, sekiranya hal yang sangat kecil seperti ini pun, DAP tidak mampu menunjukkan ketaatan mereka kepada Sultan Selangor, apakah kita boleh mengharap Pakatan Rakyat, khususnya DAP akan menjaga kebajikan orang-orang Melayu-Islam dan mempertahankan institusi Kesultanan Melayu di negara ini? Tepuk dada tanya iman. Dan apakah orang seperti Lim Kit Siang yang tidak menghormati Sultan Selangor ini, hendak kita terima sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada masa akan datang? Masih adakah orang Melayu yang buta tentang semua ini? Ada benarnya, kata-kata YB Zulkifli Noordin, DAP ini patut diharamkan sahaja di Malaysia! Takbir!!!

6 comments:

jin bara said...

INI LKS CAKAP TARAK SERUPA BIKIN.
DAH LAMA JADI MP PUN TAK TAHU UNDANG2 KE?
dia ni bebal ke tak reti bahasa?

Anonymous said...

cina mmg celaka .umno la suka sgt tolong cina sebelum ni..sekarang pisau makan tuan dah..melayu penat undi lain lak yang ditolong nya..tgk betapa celaka nya cina....PAS dah tentu la haram jadahnya parti tak boleh harap..islam mcm celaka jer.ingat bagus sgt..lagi teruk ...mungkin lama sgt beribadat dapat pangkat dapat duit dapat driver dpat panggilan YB terus jadi penyokong kuat pemimpin pemimpin BABI ni..dah agak dh..nafsu tgh naik dulu sapa nak tgk pun tua selekeh janggut tak urus..tapi sekarang cina muda pun nak kat pemimpin pas yang celaka semua nie....tgk harakah dah menyampah dah hari hari citer politik/....kat kelantan bole tipu la

blogenstarz said...

BUKAN PUNAH RANAH.....
HABIS LINGKUP DIBUATNYA...
ORANG MELAYU AKAN MEREMPAT DIBUMI SENDIRI....

Anonymous said...

kafir DAP yang tidak sesekali akan membiarkan tertegaknya ISLAM adalah kafir yang se'wajib'nya ditentang......apatah lagi yang secara terang lagi bersuluh membuat kenyataan (akad)....

kafir DAP yang telah ber'model'kan PAP...yang lebih 'melayu' daripada melayu...yang jadi 'Islam' hanya dengan berpakaian 'sopan'...ber'selendang'...masuk surau...baca ayat2 Al-Quran....

dan apabila memegang kuasa...segala tentang 'kebebasan' beragama disekat apabila melibatkan ISLAM.....malah dimanipulasi kan habis2an...

kafir DAP ini lah yang PAS bersekongkol....dan begitu akrab dengan 'berbaik sangka' akan setiap perilaku dan kenyataan mereka....sehingga sgp mempertahankan...

adakah PAS pejuang ISLAM?

Kalimah Allah yang tidak dipertahankan...malah mengeluarkan kenyataan untuk mempertahankan penggunaan kalimah ALLAH untuk digunakan oleh agama selain agama ISLAM YANG BENAR.....(akidah tu)

pertikai kan sumpah laknat...yang bersumpah atas nama ALLAH untuk kebenaran....(kepercayaan terhadap ALLAH)

PAS hanya mempolitikkan ISLAM daripada memperjuangkan.....

wallahu'alam...

Muhammad Azli Shukri said...

terima kasih komen tuan2

Anonymous said...

salam sejahtera kpd tuan blogger. pertamanya saya nk minta tuan jelaskan sebab utama sikap tuan yang begitu menentang PAS.apa fakta jelas dan bukti untuk menyokong hujah tuan.apakah kesalahan PAS&PR kpd rakyat?