Skip to main content

PRU ke-13 Laluan Sukar Untuk BN - Ku Li

Tengku Razaleigh meramalkan Barisan Nasional sukar untuk memperoleh dua pertiga dalam PRU ke-13 kelak. Terdapat beberapa hujah Ku Li yang saya sokong, antaranya kemenangan BN di Galas dan Batu Sapi bukanlah dicapai dengan mudah - bahkan banyak kerja terpaksa dilakukan bagi menjamin kemenangan tersebut. Baca laporan ini. KUALA LUMPUR, 6 Dis – Ahli politik veteran Tengku Razaleigh Hamzah menyifatkan peluang Barisan Nasional (BN) untuk memperoleh kemenangan dua pertiga dalam pilihan raya umum ke-13 sememangnya “sukar” kerana terpaksa berhadapan dengan pengundi semasa yang sudah banyak berubah citarasa. Bulan lalu bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata BN boleh memperoleh balik satu dua negeri tetapi kemungkinan tidak majoriti dua pertiga di Parlimen.

Justeru Tengku Razaleigh mengingatkan BN yang mengadakan konvensyen sehari semalam supaya tidak terlalu yakin untuk mendapat kemenangan dalam pilihan raya umum ke-13 kerana sehingga kini masih tiada jaminan gabungan 13 parti komponen itu boleh mendapat kemenangan besar. Kini wujud spekulasi bahawa pilihan raya umum ke-13 akan diadakan awal tahun depan.

“Susah saya nak kata kerana saya bukan ahli nujum, saya juga tiada maklumat. “Tapi, pada pemerhatian saya bukan senang nak menang... kalau kita tengok di Galas, bukan senang untuk kita menang. “Keadaan sekarang sudah berubah dan bukan senang rakyat nak bagi sokongan kepada BN,” kata beliau pada sidang media di sini.

Pemimpin veteran Umno itu juga menegaskan kemenangan BN dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas dan Parlimen Batu Sapi bukan kayu ukuran bahawa rakyat sudah kembali menyokong BN yang dipimpin Datuk Seri Najib Razak. “Kemenangan di Galas dan Batu Sapi bukan petanda lampu hijau bahawa rakyat sudah kembali kepada BN.

“Kalau kita lihat kemenangan di Batu Sapi bukan kerana BN dapat sokongan tapi kerana pengundi tidak suka kepada parti lain selain bersimpati terhadap calon BN yang bertanding,” kata Tengku Razaleigh yang juga Ahli Parlimen Gua Musang. Tambah beliau, rakyat negara ini masih belum “gembira” terhadap kepimpinan Najib ekoran berlaku banyak birokrasi dan amalan rasuah di bawah pemerintahan beliau.

“Rakyat tidak berapa gembira, rakyat lihat perkembangan yang berlaku jadi mereka tidak gembira. “Jadi, saya rasa masih perlu banyak dilakukan BN sekiranya mahu mendapatkan semula sokongan rakyat kerana rakyat tidak berpuas hati dengan amalan rasuah dan birokasi yang berlaku,” katanya. DUN Galas menyaksikan BN merampas semula kerusi tersebut daripada PAS apabila Abdul Aziz Yusoff menewaskan calon PAS Dr Zulkefli Mohamed. Di Batu Sapi Linda Tsen berjaya mengekalkan kerusi tersebut.

Comments

Anonymous said…
dah dah....KULI pastinya tidak akan lagi dihormati atas kenyataan beliau mempertikai perlantikan Sultan Muhd V...Apa yg dia nak skrg? Nak jadi sultan kelantan ke?takpayah lah dia nak bela anak saudara dia yang tidak lagi dihormati oleh seluruh rakyat kelantan....padanlah asyik kalah bila bertanding presiden umno...sungguh mengecewakan.....apa yg dia cr dlm perjuangan dia?

kadirpokya

Pilihan Pembaca

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca

UMNO ke Arah Pemulihan?

UMNO KE ARAH PEMULIHAN? Semalam, Datuk Norza Zakaria, Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan dihadap ke mahkamah atas tuduhan rasuah untuk pemilihan parti hujung bulan ini. Saya tidak mahu banyak komen dalam hal ini. Saya percaya ramai lagi yang terlibat - dan yang dituduh pasti akan mendakwa bahawa mereka teraniaya, sebelum ini Datuk Seri Azalina Othman turut menerima nasib yang sama apabila pegawai kananya ditemui bersama dengan wang berjumlah RM70 000 dan disyaki untuk tujuan politik wang. Saya agak sedih jika begini keadaan UMNO, di saat-saat UMNO memerlukan pemimpin yang bersih dan ikhlas dalam mengemudi parti tersebut pada hujung bulan ini. Pemimpin-pemimpin UMNO harus faham, fitnah terjadi kepada UMNO adalah disebabkan sikap mereka yang memudahkan orang ramai memandang negatif kepada UMNO. Hentikan perbuatan memberi duit untuk mendapatkan sokongan. Manakala para perwakilan pula, tolong hentikan perbuatan meminta wang dan imbuhan daripada calon-calon tertentu,- semua ini jelas h

Semua Bloggers Pro-Mukhriz Diminta Memberi Sokongan Moral

MEMBERI SOKONGAN MORAL KEPADA DATUK MUKHRIZ MAHATHIR Saya sudah katakan, bahawa Khairy mempunyai masalah, dan terlibat dalam "isu" yang selama ini dilaung-laungkan oleh pihak akar umbi, apabila lembaga disiplin memberi amaran kepada Khairy dengan sebegitu rupa, sebentar tadi apakah kita masih mahu memilih Khairy sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia? Saya sudah berkali-kali menjelaskan dalam blog saya ini, dari tahun lepas lagi bahawa Khairy telah gagal sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO, dan sekarang buktinya telah jelas. Saya menyeru kepada semua ahli UMNO memberi sokongan kepada Datuk Mukhriz Mahathir sebagai KETUA PEMUDA UMNO yang baharu, Dan sekarang dengan secara rasminya, saya membuka peluang kepada seluruh bloggers meletakkan komen sokongan anda ke blog ini secara besar-besaran, sebagai satu usaha menyokong Datuk Mukhriz Mahathir sebagai Ketua Pemuda. Amaran , mana-mana komen yang cuba membuat provokasi, akan dipadam, hanya komen yang memberi sokongan moral kepada Datuk Mukh