Skip to main content

Perkara Sekecil Ini Pun Melayu Boleh Kena Tipu?

Kerajaan DAP Pulau Pinang khususnya Ketua Menterinya, Lim Guan Eng terus mengamalkan sikap pembohong dan putar belitnya. Setelah diasak hampir sebulan meminta Guan Eng mendedahkan nilai kontrak sebenar yang diperolehi kontraktor bumiputera, beliau sekali lagi cuba menipu rakyat dengan mendedahkan nilai projek Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Jabatan Kerja Raya (JKR).Guan Eng cuba menyembunyikan fakta, beliau hanya mendedahkan projek projek dari JKR dan JPS.

Jika dilihat sejumlah 18 tender di JPS bernilai 40.9 juta manakala 16 tender JKR bernilai 20.4juta jika dicampurkan jumlah tender hanya bernilai 61.3 juta yang merangkumi 34 tender.Persoalannya kenapa Guan Eng cuba memperbodohkan rakyat dengan angka tersebut.Hakikatnya sejumlah 34 tender yang diberikan dengan nilai 61.3 juta adalah jauh berbeza dengan satu tender secara runding terus yang bernilai 74 juta yang diberikan kepada satu kontraktor Cina, Khor Ing Choon dari ECK Sdn Bhd untuk projek menambun tanah di Batu Kawan.

Ini hanya satu syarikat yang menerima runding terus dari Guan Eng yang didedahkan, belum lagi kontrak kontrak bernilai puluhan juta yang lain.Kontraktor dari ECK Sdn Bhd memperolehi kontrak tambun tanah di Batu Kawan secara runding terus melalui Lim Guan Eng yang mempengerusikan tender board PDC.Kenapa Guan Eng tidak mendedahkan perkara itu? Inilah politik putar belit kerajaan DAP Pulau Pinang yang diketuai Lim Guan Eng.

Mengulas perkara yang sama Pengerusi Pemuda BN Pulau Pinang, Norman Zahlan turut mengakui betapa kerajaan DAP Pulau Pinang sememangnya tidak telus dan sentiasa membuat kenyataan putar belit.Tegasnya laungan kononnya kerajaan DAP Pulau Pinang adil, telus dan bersih hanyalah pembohongan semata-mata.“Mana ada ketelusan kononnya tender terbuka. Kalau ada tender terbuka pun ia hanyalah projek kecil sehingga yang bernilai RM2000 pun ada cabutan undi. Tetapi projek-projek besar semuanya dibuat atas dasar rundingan terus.

“Apa yang didedahkan hanya putar belit bukan tender secara keseluruhannya terutama yang bernilai jutaan ringgit. Cukup-cukuplah menipu rakyat”, katanya.Justeru beliau percaya rakyat di negeri ini yang sudah pun muak dengan gaya tipu muslihat Guan Eng dan kuncu-kuncunya dan mereka tidak akan membiarkan diri mereka diperbodohkan.

Comments

dolah doleng said…
ooooo ECK ni makan keliling.zaman umno perintah kedah pun dia kebas.zaman PAS perintah pun dia galas.zaman DAP pun di penang dia juga kebas.tu depa pandai.......melayu juga bodoh.Yang ada serban pun bodoh.Yang pakai bushjacket pun bodoh.Yang pakai kodtaileher pun bodoh.Yang turun bendang punj bodoh.Yang motong getah pun bodoh.Habis semua bodoh.
Anonymous said…
yang tak bodoh Dolah Doleng je , sebab dia gila !!!!!kah kah kah kah kah kah
Anonymous said…
siapa pun perintah China juga yang dapat labanya

jadi melayu melayu yang menurut dolah doleng bodoh, jadi cerdiklah sedikit bila bab menilai bangsa sendiri, termasuklah dolah doleng,

bagi saranan bagaimana mengatasi kelemahan melayu , bukan jadi macam puaka tambah jahanam

T dolah akhirnya tergolek
Anonymous said…
dolah doleng oi..kau saje cerdikker kat malaysia ni.cakap otak umno gitule.
Anonymous said…
Ya ahli nujum, Ada satu masaelah. Cina kaya sekarang ni sebab PAS kah? Sebab DAP kah? Sebab PKR kah? Atau sebab UMNO kah? Adakah jawapannya boleh kita sambut dengan kah..kah..kah..kah...
Minta tuan tanyakan balik kepada ahli nujum sebelah sana, bila payment sale & promotion LIMA 2009 boleh di bayar. Ikutkan progres 3 kali, tapi sekupang pun belum masuk lagi. Kawan punya kawan aku dok tunggu. Dah nak masuk 2011 ni. Mengikut kawan aku punya kawan kata, kena atur merata2 la..dari SU Menteri, Kementah, orang rapat di bahagian menteri berkenaan, termasuk yg nak sain cek pun tak terlepas. Dah atur dan kira2 hangus hampir RM2 juta jugak la. Yang syoknya SU nak makan tepi pun siap sediakan peguam. Gamaknya peguam jenis Banting mari kot. Satu hari kawan aku punya kawan g semak di putrajaya, menariknya ada juga melaun dari UMNO bhg mana entah la yg buat claim 10.6 juta sama nilai dengan kawan aku punya kawan claim, nasib baik tajuk lain. katanya untuk pasang khemah LIMA 2009 yang memang tak ujud. Xdak agrement,claim buta. Nasib baik dah kena blok. Bodoh punya melaun, ISA tempat tu. Kenapa bhg kewangan yg tau itu cerita tak berani report pasal melaun ni. Jenuh menyanyi la Aizat kat TV dan radio lagu ciptaan SPRM. Mad Baling.
dinbangi said…
Boleh ke kita andaikan bahawa 34 kontraktor Melayu pun masih rendah lagi nilai kontrak kerjanya berbanding satu kontraktor Cina.

Campur kontraktor-kontraktor Cina lain seluruh Penang, nampaknya nilai kontrak kerja Melayu hanya 1% agaknya...

Lemah betul kita Melayu ni.

Patutlah Lim Guan Eng kutuk sahaja Melayu..

Macamana hendak balas?

Kita kena sama-sama kuatkan Ekonomi dan Ketakwaan kepada Allah serta tolong menolong membina kekuatan ummah. Tiada pilihan, UMNO kena kedepan berjuang dengan penuh keikhlasan untuk umat.
azlishukri said…
dinbangi - saya setuju dengan tuan
shamshul anuar said…
Saudara Dinbangi,

Melayu lemah kerana ada orang Melayu ( macam anwar Ibrahim dan Nik aziz) yang sanggup bekerjasama dengan musuh utama orang Melayu sendiri( tujuan untuk jatuhkan orang Melayu juga).

Saya ingin bawa cerita dari sewbuah buku yang saya baca :Infidel. Ianya mengenai seorang sarjana di Andalusia kurun ke 11.

Beliau bimbang melihat Raja-Raja Arab bertelagah sesama sendiri dan gemar minta bantuan dari Raja Kristian untuk menakluk negeri saudara seagama sendiri.

Bila negeri Islam ditawan, ianya dibahagikan diantara Raja Kristian dan Raja Islam . SIKAP INI DILAKUKAN BERULANG ULANG.

kesan dari sikap ini, negeri diperintah oleh orang islam semakin kecil dan Raja Raja LKristian bertambah kuat.

Orang Melayu patut ambil iktibar. Klau tanya orang Melayu sekarang , dari 1000 orang mungkin 1000 akan kata 20 tahun dari sekarang. Ketua Negara kita masih Yang DiPertuan Agung dan Melayu masih jadi PM atau Ketua Angkatan Tentera.


Tidakkah kita sedar yang kita sebenarnya mengulangi apa yang dibuat oleh Raja raja arab di Andalusia 800 tahun dulu. Raja Raja Arab di andalusia pada tahun 1100 ( sebagai contoh) mungkin tak terbayang yang 400 tahun kemudian( 1492), Islam hilang kusa sepenuhnya di andalusia kerana kesan perbuatan buruk mereka 300 tahun sebelumnya.

Orang PAS atau penyokong PKR yang jumud mungkin tak terfikir akibat perbuatan mereka tidur sebantal dengan DAP ketika ini AKAN MENYEBABKAN orang Melayu hilang kuasa politik 10 tahun dari sekarang.

Saya tak tahu aps dalam fiukiran ahli PAS atau Melayu PKR. Tapi yang saya tahu, DAP begitu perkauman dan anti Melayu. Cuma sekarang kita tak sedar kerana kuasa ditangan kita.

Apakah kita boleh mendabik dada kata kita akan terus berkuasa jika Allah SWT turunkan bala kerana murka kita enggan bersatu padu

Insaflah. Sekali lagi saya tegaskan anwar Ibrahim adalah ahli politik Melayu PALING TAK GUNA YANG PERNAH SAYA JUMPA.

Bukalah mata wahai saudara seugamaku.

Pilihan Pembaca

Penulis dua dari kanan bersama dengan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin Pada 10 September yang lalu, Sidang Editor Bahagian Majalah berkesempatan berbuka puasa bersama Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di Sime Darby Convention Center. Terima kasih atas Jemputan tersebut. Jazakumullahu Khairan Kasiran. * Dari kiri Ros, Suria Janib (Penolong Editor Dewan Masyarakat ), A. Zaidel (Penolong Editor Dewan Masyarakat ), Datuk Seri Khaled Nordin, Muhammad Azli Shukri (Editor Dewan Ekonomi) , dan Armin Azhari (Editor Pelita Bahasa ).
Nasihat Pemimpin Patuhi Etika Islam Oleh Muhammad Azli Shukri (Artikel saya ini telah disiarkan di dalam Utusan Malaysia pada 18/09/2003) Dalam Islam, pemimpin atau pemerintah yang telah dilantik haruslah diikuti perintahnya, selagi perintah tersebut tidak bercanggah dengan suruhan wahyu dan perintah Rasul, seperti mana firman Allah di dalam surah an-Nisa ayat 59, "Wahai orang-orang yang beriman! patuhilah olehmu perintah Allah dan patuhilah olehmu perintah Rasul dan ulil amri di antara kamu." Oleh kerana para pemimpin atau pemerintah merupakan manusia biasa dan tidak terlepas daripada melakukan dosa dan maksiat, maka mereka juga wajib diberi nasihat oleh rakyat yang sedang di pimpinnya, bersesuaian dengan roh Islam itu sendiri yang berteraskan kepada amar makruf nahi mungkar, sebagaimana firman Allah, "Kamu adalah umat yang terbaik yang telah dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah daripada yang mungkar, dan beriman kepada Allah.'' (
MONOLOG AZLI SHUKRI Bab 10 : Muhammad Azli Shukri Lagi! Saya agak sukar untuk menulis Monolog ke-10 saya pada kali ini. Saya merasakan inilah monolog yang sangat susah untuk saya meluahkannya. Saya tidak tahu, bagaimanakah harus saya sampaikan monolog saya pada kali ini? Apakah saya harus menulis atas prinsip saya sebagai seorang wartawan? Atau sebagai seorang ahli politik? Atau sebagai seorang penulis bebas? Atau sebagai seorang editor? Semua ini menyukarkan saya untuk menulis monolog saya yang terakhir pada bulan ini. Saya merasakan bahawa saya harus berterus terang dengan jujur dan amanah, tanpa rasa takut dan kesal, kerana kebenaran dan jihad harus ditegakkan dengan segala kekuatan yang ada. Yang pasti, kebenaran tidak boleh disembunyikan lagi. Dan Sesungguh, untuk menjadikan kejahatan bermaharajalela, cukuplah sekadar kebenaran mendiamkan diri! Saya tidak berupaya membiarkan itu semua berlaku. Dan untuk kali ini saya harus bercakap benar dengan nada yang berterus terang. A