Skip to main content

Pemuda UMNO Juga Harus Ada Mekanisme Pemilihan

Sepatutnya, sudah lama UMNO mempraktikkan konsep yang dicadangkan oleh DS Najib ini. Mekanisme yang dicadangkan oleh Perdana Menteri dalam memilih calon yang sesuai untuk diketengahkan dalam PRU Ke-13, haruslah benar-benar telus dan jelas - agar tidak dipersoalkan oleh rakyat dan ahli UMNO. Sebagai contoh mana-mana pemimpin UMNO yang telah pun disabitkan dengan kesalahan rasuah, harus ditolak awal-awal, namun demikian, apakah DS Najib sanggup untuk memperkenalkan syarat sebegini? Sebagai contoh Tan Sri Isa Samad masih tetap dipilih sebagai calon BN di Bagan Pinang, walaupun beliau terbukti melakukan kesalahan politik wang. Alasan yang digunakan oleh UMNO Pusat adalah berpaksikan kepada kehendak masyarakat di Bagan Pinang itu sendiri. Hal ini bermakna moral dan masalah peribadi adalah soal kedua, asalkan rakyat dan penduduk di kawasan tersebut menyukai calon tersebut - itu sudah dikira memadai. Justeru itu, kita berharap agar mekanisme yang sedang dirangka oleh DS Najib itu nanti, akan benar-benar berjaya untuk memilih calon BN yang bersih dan kelihatan bersih. Wallahualam. Baca laporan di bawah :

GEORGE TOWN, 7 Dis — Calon yang akan dicadang Pergerakan Pemuda Umno pada pilihan raya umum akan datang adalah daripada kalangan mereka berkemahiran tinggi dan disenangi, kata Ketuanya Khairy Jamaluddin. Beliau berkata mereka juga tidak semestinya berjawatan tinggi tetapi harus tahu tanggungjawab sebagai wakil rakyat.

“Saya tidak lihat kepada aspek yang hanya tahu mengampu Khairy Jamaluddin sahaja, lihat dari pelbagai aspek dan yang penting calon yang bakal dipilih itu disenangi rakyat. “Selain itu calon itu juga harus tahu mengaplikasi laman-laman sosial seperti Facebook kerana di situlah caranya untuk kita meraih sokongan dari golongan muda,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Berkhatan Perdana Parlimen Bukit Gelugor, di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa satu mekanisme khusus akan diwujudkan oleh Barisan Nasional (BN) dalam pemilihan calon untuk pilihan raya umum akan datang bagi menggantikan pemilihan yang dibuat oleh parti komponen atau presiden sebelum ini. Mengulas perkembangan lain, Khairy yang Ketua Pemuda BN berkata sayap itu akan meneruskan program khidmat sosial yang dilaksanakan sekarang bagi mendekati rakyat, sesuai dengan aspirasi “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”.

“Kami tidak mahu sekadar beretorik, membuat kenyataan media dalam isu-isu politik, lebih baik memberi tumpuan dan fokus kepada khidmat masyarakat sekurang-kurangnya kami berusaha untuk menyelesaikan masalah mereka. “Rakyat mahu pemimpin yang boleh menyelesaikan masalah dan prihatin dengan kesulitan yang dihadapi bukan hanya berjanji kosong,” katanya. Pada majlis hari ini yang dianjurkan Pemuda Umno Bukit Gelugor, Umno Cawangan Taman Tun dan Persatuan Penduduk Perumahan Kastam Bukit Gelugor, seramai 101 kanak-kanak berusia antara lima dan 11 tahun menyertainya. — Bernama

Comments

To Live Again said…
Tp bro, kita jgak harus Berpaksikan kepada indicator utama iaitu BOLEH MENANG..Kadang2 manusia blh terlanjur tetapi jga blh bertaubat..

Spt kes Isa Samad..1 N9 pon maklum yag TSI ini mmg kuat bekrja dn dekat dgn masyarakat..Dn mmg itu pon yang pengundi kehendaki dan pengundi dah terjemahkan ke atas kertas undi..Soal kesalahan dia, biarlah Allah menentukan..Selagi dia berbakti dgn masyrakat dn masyarakat pon hendak org spt dia kenapa msti BN mengambil jalan bodoh dgn mengenepikan dia.

Pekara ni jgak berlaku pd PAS,PKR or DAP..Anwar sndiri, mat sabu,azmin dll pon ada mslh moral msg2 yg sgt berat tp msh diletakkan sebagai AYAM SABUNG msg2 kerana mereka ini BOLEH MENANG..X kira la mng dgn undi simpati ke,protes ke apa ke yg pntg BLH MNG!..

Tgk la di Balik Pulau sbgai cnth pd PRU2008, Pak Lah bertindak bodoh dgn mengubah tempat Dr.Hilmi yg ckup dkt dgn msyrakat balik pulau sbaliknya diganti dgn Dr.Noraesah, slh seorang tokoh ekonomi dunia.Tp beliau tiada AURA utk menarik pengundi dn x pnh berjasa pon pd PENGUNDI, lalu kerusi tradisi umno 2 terlepas pd sorang bdk yg CKP X SERBA BIKIN dgnpelbagai FALSAMPAH iaitu yusmadi..

Renung2kanlah..
azlishukri said…
TLA - hujah yang berkesan

Pilihan Pembaca

Penulis dua dari kanan bersama dengan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin Pada 10 September yang lalu, Sidang Editor Bahagian Majalah berkesempatan berbuka puasa bersama Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di Sime Darby Convention Center. Terima kasih atas Jemputan tersebut. Jazakumullahu Khairan Kasiran. * Dari kiri Ros, Suria Janib (Penolong Editor Dewan Masyarakat ), A. Zaidel (Penolong Editor Dewan Masyarakat ), Datuk Seri Khaled Nordin, Muhammad Azli Shukri (Editor Dewan Ekonomi) , dan Armin Azhari (Editor Pelita Bahasa ).
Nasihat Pemimpin Patuhi Etika Islam Oleh Muhammad Azli Shukri (Artikel saya ini telah disiarkan di dalam Utusan Malaysia pada 18/09/2003) Dalam Islam, pemimpin atau pemerintah yang telah dilantik haruslah diikuti perintahnya, selagi perintah tersebut tidak bercanggah dengan suruhan wahyu dan perintah Rasul, seperti mana firman Allah di dalam surah an-Nisa ayat 59, "Wahai orang-orang yang beriman! patuhilah olehmu perintah Allah dan patuhilah olehmu perintah Rasul dan ulil amri di antara kamu." Oleh kerana para pemimpin atau pemerintah merupakan manusia biasa dan tidak terlepas daripada melakukan dosa dan maksiat, maka mereka juga wajib diberi nasihat oleh rakyat yang sedang di pimpinnya, bersesuaian dengan roh Islam itu sendiri yang berteraskan kepada amar makruf nahi mungkar, sebagaimana firman Allah, "Kamu adalah umat yang terbaik yang telah dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah daripada yang mungkar, dan beriman kepada Allah.'' (
MONOLOG AZLI SHUKRI Bab 10 : Muhammad Azli Shukri Lagi! Saya agak sukar untuk menulis Monolog ke-10 saya pada kali ini. Saya merasakan inilah monolog yang sangat susah untuk saya meluahkannya. Saya tidak tahu, bagaimanakah harus saya sampaikan monolog saya pada kali ini? Apakah saya harus menulis atas prinsip saya sebagai seorang wartawan? Atau sebagai seorang ahli politik? Atau sebagai seorang penulis bebas? Atau sebagai seorang editor? Semua ini menyukarkan saya untuk menulis monolog saya yang terakhir pada bulan ini. Saya merasakan bahawa saya harus berterus terang dengan jujur dan amanah, tanpa rasa takut dan kesal, kerana kebenaran dan jihad harus ditegakkan dengan segala kekuatan yang ada. Yang pasti, kebenaran tidak boleh disembunyikan lagi. Dan Sesungguh, untuk menjadikan kejahatan bermaharajalela, cukuplah sekadar kebenaran mendiamkan diri! Saya tidak berupaya membiarkan itu semua berlaku. Dan untuk kali ini saya harus bercakap benar dengan nada yang berterus terang. A