Tetamu Kehormat...

December 4, 2010

Nazri Aziz Jangan Mati Lagi!

Sebenarnya, saya sudah meluat dan malas untuk membicarakan soal ini - sejak minggu lalu tiada apa-apa pun tindakan dan keputusan tegas daripada pihak kerajaan berhubung kenyataan hasutan yang telah dikeluarkan oleh Presiden PKR Wan Azizah dalam perhimpunan kongres parti tersebut baru-baru ini. Ucapan hasutannya yang berbunyi, "tinggalkan Ketuanan Melayu" benar-benar telah menghiris hati sebahagian besar daripada masyarakat Melayu di negara ini.

Selepas itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz turut menegaskan, Wan Aziz boleh didakwa sebagai menghasut, kerana membangkitkan perkara yang boleh menimbulkan ketegangan kaum (baca di sini) - tetapi malang, sehingga ke hari ini, satu habuk pun tak ada, Nazri Aziz sama sahaja dengan menteri-menteri kabinet yang lain, hanya pandai berkokok, tetapi bertindak jauh sekali. Sekiranya beliau begitu arif dengan undang-undang dan mengetahui bahawa Wan Azizah boleh didakwa di bawah Akta Hasutan, mengapa beliau sendiri tidak membuat laporan polis dan mengheret Wan Azizah ke muka pengadilan?

Mengapa hanya berani membuat kenyataan, tetapi takut untuk berhadapan dengan realiti dan perjuangan? Sekiranya isu Namewee yang dibebaskan itu sanggup dipertahankan oleh Nazri, dengan alasan kononnya kerajaan sukar untuk mengheret budak hingusan itu ke mahkamah kerana kekurangan bahan bukti. Nah! Sekarang, apa pula masalahnya untuk mengheret Wan Aziz ke mahkamah atas dakwaan menghasut pula? Bukankah bukti sudah jelas lagi mencukupi?

Malah, Nazri sendiri mengakui, Wan Azizah sudah melakukan kesalahan menghasut dan boleh disabitkan di bawah Akta Hasutan? Mengapa sudah seminggu isu ini berlalu, satu laporan polis pun tidak dibuat? Mana perginya "kegagahan" Nazri sewaktu "melanyak" Tun Mahathir dan membela DS Abdullah Badawi dahulu? Apakah Nazri Aziz sudah menjadi pengecut? Inilah pemimpin UMNO yang sepatutnya menjadi harapan kita - tetapi akhirnya, menikam rakyatnya sendiri. Kita hanya tahu berkokok, merokok dan ber dot..dot, apabila disuruh bertegas dan menunjukkan pendirian, kita jadi pondan.

Dan yang terkini, Penasihat Undang-undang UMNO, Datuk Mohd Hafarizam Harun menyarankan pula agar Wan Azizah ditahan di bawah Akta ISA (baca di sini) ekoran kenyataannya itu. Soalnya sekarang siapa yang berani menahan Wan Azizah? Nazri Aziz? Atau Hishamuddin? Jika Namewee yang tidak mempunyai apa-apa jawatan dalam PKR itu pun tidak mampu diambil tindakan, apakah kita fikir Wan Azizah boleh didakwa dan ditahan di bawah ISA? Apakah dengan segala "keberanian berkokok" yang dimiliki oleh menteri-menteri kita yang ada pada hari ini, mampu menyumbat Wan Azizah ke penjara kerana menghasut dan menimbulkan ketegangan kaum? Persetankan semua itu! Wan Azizah tetap akan bebas dan Namewee tetap akan melalak mencipta lagu! Jawapan saya mudah - Cibai laaa!!

Semua pandai berkokok untuk tunjuk buat kerja, tetapi habuk pun tak ada. Wan Azizah tetap bebas dan bersenang-lenang. Para pemimpin PKR boleh buat apa-apa sahaja yang mereka suka! Menghasut, memfitnah, semua dibolehkan. Tetapi awas! mana-mana kakitangan awam (yang berketurunan Melayu) yang mengeluarkan kenyataan berbaur rasis, cepat-cepat diambil tindakan, akan ditukar tempat kerja dan dihadapkan ke jawatankuasa tatatertib - sekali gus merosakkan periuk nasi mereka, di samping tercatit rekod buruk mereka di dalam Buku Laporan Perkhidmatan Awam, berkenaan tindakan yang telah diambil. Semua ini tidak hanya menjejaskan segala rekod baik yang telah mereka lakukan sepanjang perkhidmatan, bahkan pencen mereka juga bakal terjejas - adilkah semua ini?

Banyak pemimpin UMNO yang ada hari ini tidak boleh diharap, nampak seperti bijak, tetapi nak buat satu laporan polis pun tidak berani! Macam mana mereka mampu pertahankan negara? Oleh sebab itu ramai ahli UMNO semakin condong kepada PERKASA. Perjuangan mereka jelas dan sikap mereka pula berani. Cukup! Saya sudah malas dan hampir termuntah untuk meluahkan rasa hati berkenaan isu ini. Sudah acapkali diutarakan, tetapi sesetengah pemimpin UMNO tetap tidak mahu berubah. Soalan saya - kepada siapa undi yang hendak saya berikan?

14 comments:

Anonymous said...

TAK MAU KOMEN APA2.SANGAT2 BERSETUJU DGN APA YG DITULIS OLEH TUAN YG EMPUNYA BLOG.

Anonymous said...

Siapa boss menteri-menteri pondan semua ni? Bukankah Najib Razak yang asyik melutut melampaui batas ?

Boss pun sama. UMNO makin hari makin hancur dek pok pimp in - pok pimp in seperti ini.

Ini entry yg aku jumpa, amat bagus ditujukan kepada Najib.

hilbert said...

Salam sdra Azli,

saya sangat bersetuju dengan tulisan saudara Azli ini.

kita menjadi sangat malang bila punya dua orang menteri yang kononnya arif dalam bidang kementerian masing2 seperti Nazri dan Hisham yang lesu..hmmmm tapi pengecut...mcm lah alasan dia orang dua bagi untuk mengalih perhatian rakyat..

dinturtle said...

' cibai ' ?? hahahahahaha..... saya yang baca pun kecut telur bro ! Ganas tu.... 'cibai'......?

Anonymous said...

Salam MAS, dan selamat pengantin baru,,,, amacam dah berumah tangga? semoga kehdupan saudara lebih ceria sekarng ini.

Kenapa NAZRI AZIZ si LANCAU ni tak nak ambil tindakan undang undang terhadap WAN AZIZAH? Ini adalah kerana NAZRI PUKIMAK ni akan msuk PKR selepas najib tidak menyenaraikan PUNGKOK ni dalam kabinet yang akan di rombak nanti.
NAZRI CELAKA ni lebih kurang macam ZAID IBRAHIM je... NAZRI ni kalau dah jenis keturunan CELAKA LAHANAT, LAHANAT la jugak....Masa dia juga lah MRSM dah boleh masuk oleh kaum lain... memang CELAKA si GAMPANG ni....

wassalam....

add

anaklangkawi said...

Mengarut si nazri..

Muhammad Azli Shukri said...

add - memang best, terima kasih komen tuan2

Melanau said...

KALAU RAKYAT BIASA MACAM KITA BERCAKAP DAH TENTU KENA TINDAKAN UNDANG2 NI...SILAP2 NAK BAYAR LAWYER PUN NAK KENA MENGEMIS...UNTUNG NYA JADI ORANG YANG BERDUIT DI MALAYSIA..SIAPA BERANA DAKWA?

Salam semua said...

Salam semua...

Saya faham perasaan saudara Azli, begitulah keadaannya kalau pemimpin UMNO tidak mahu berubah...

Saya dari dulu lagi masih tidak faham dengan prinsip hidup sesetengah Pak Pak Menteri dari UMNO ini.

Mereka ini suka sangat mencampur aduk di antara tugas seorang ketua atau pegawai kerajaan dengan tugas mereka dalam parti.

Bila rasa diri ada 'conflict of interest' jadi lagu tulah sampai bila-bila. Kata orang Penang Pi Mai Pi Mai Tang Tu lah jugak!

Bila tidak ada 'conflict' baru mereka berani hendak buat tindakan. Contohnya, tidak perlulah saya beritahu kerana semua orangpun dah tahu.

Sebaliknya, bila ada 'conflict' mereka tidak berani buat tindakan walaupun perkara atau perbuatan yang dibuat itu benar-benar menyalahi dari segi undang-undang.

Sepatutnya kita perlu patuh pada undang-undang kerana ianya adalah salah satu dari 5 Rukun Negara kita.

Kalau penasihat undang-undang UMNO sendiripun kata ada kes, maknanya memang betullah tu...soal samada salah atau tidak salah itu terserah kepada Mahkamah menentukannya.

Apa yang penting kita mahu pengajaran dari kes berkenaan agar orang ramai perlu berhati-hati dan tidak menyalahi apa saja peruntukan yang sedia ada dalam Perlembagaan Negara.

Sebagai penjawat awam dan berstatus menteri, mereka mestilah menjadi contoh dengan mendahulukan undang-undang dari segala 'conflict' yang ada.

Persetankan perasaan takut kepada perkauman dan kepartian bila bercakap pasal undang-undang.

Yang bersalah tetap bersalah tidak kiralah samada beliau seorang pemimpin parti pembangkang hatta seorang Perdana Menteri yang mewakili UMNO sekalipun.

Mentaliti takut untuk bertindak kerana wujud perasaan 'conflict' perlu dibuang jauh-jauh kalau kita hendak sampai ke status negara maju.

Inilah puncanya kenapa perkara-perkara seperti yang dirungkaikan oleh saudara Azli seperti di atas terus berlarutan dan diulangi dengan tanpa rasa takut oleh mereka-mereka yang cuba mengganggu-gugat keselamatan dan ketenteraman negara.

Oleh yang demikian, berubahlah dari sekarang…..

http://salamsemua2010.blogspot.com

Ujang said...

salam.hanya satu saja soalan sy pd saudara penulis. Nampak gayanya saudara seperti seorang hero yang lantang bersuara.Inilah jenis hero dan pemimpin yang kita cari selama ini.apa kata saudara saja yang pergi buat laporan. apa kata? dan soalannya, beranikah anda? - saya tahu anda akan abaikn soalan2 mcm ini.seperti biasa.kahkahkahkahkahkah

Muhammad Azli Shukri said...

ujang - siapa yang kuat berkokok? Dan siapa pula yang bertanggungjawab dalam isu ini? Kita pilih pemimpin bukan untuk berkokok semata-mata, tetapi bijak bertindak, kalau takut letak jawatan, ramai lagi yang layak - tak perlulah salahkan orang lain, atau menyuruh orang lain buat kerja kita.

ahmad said...

Dlm hal ini tidak dapat tidak Tuan PM dan Presiden UMNO turut bertanggungjawab. Kepimpinan melalui teladan. Apakah tindakan Najib atas segala serangan terhadap melayu. Dgn satu arahan sahaja pasti menteri2nya akan mengambil tindakan, tetapi mengapa dia juga berdiam diri. Terkini Najib juga mengambil tindakan utk terus melemahkan UMNO/BN dlm pru akan dtng. Penangguhan pemilihan UMNO bermakna UMNO akan dipimpin oleh pemimpin yg dibenci rakyat dan penyebab kemerosotan prestasi UMNO/BN dlam pru yg lalu. Nazri, tindakannya konsisten menyakitkan hati dan perasaan org melayu. Inilah pemimpin yg Najib nak.

Anonymous said...

Hai, takkan org UMNO marah org UMNO kot?. Biar betul.

shamshul anuar said...

Saudara Azli,

Sekiranya saudara berharap Nazri aziz ambil tindakan pada Wan azizah, saudara elok lupakan saja harapan saudara.

Nazri Aziz akan bertindak jika ada Pengetua sekolah dituduh perkauman ( kalau pengetua itu Melayu).

Mereka akan dihukum. Segala jasa mereka dilupakan. Walaupun mereka tidak bersalah.

Tetapi kalau yang kurang ajar itu Namawee, beliau akan terlepas. dan Nazri Aziz akan keluarkan kenyataan bukan bukan yang dia sendiri tahu ianya mengarut.

Nazri aziz tidak peduli siapa saja. Dia pun MEMFITNAH TUN DR MAHATHIR kononnya Tun perkauman.

Sepatutnya Nazri dihumban dalam ISA sebab dia memfitnah Tun Dr Mahathir. Menuduh Tun sebagai perkauman samalah seperti menuduh kerajaannya perkauman. Menuduh kerajaan perkauman samalah seperti menuduh UMNO perkauman.

Habis tu, buat apa Nazri ada dalam UMNO?

Apa yang hebat sangat Nazri ini saya pun tak tahu. Tak nampak apa pula jasanya.

SEngaja dia tuduh( secara tak langsung) yang orang Melayu ( terutama UMNO) anggap bangsa Melayu lebih mulia dari bangsa lain. Walhal tak ada pemimpin UMNO pernah buat kenyataan macam itu.

Saya tabik Tan Sri Muhyiddin sebab pertahankan yang dia Melayu baru Malaysia. Kenapa nak malu? Apakah kita semua terlalu "lurus bendul" untuk terima pembohongan Kit siang yang ia "Malaysia dulu baru Cina".

Semua orang tahu yang Kit Siang "Cina dulu baru Malaysia".

Bukan saja anwar Ibrahim patut bertaubat. Nazri opun sama. Kalau tak dapat penuhi aspirasi orang melayu, tolong berhenti. Jangan makan gaji buta.