Tetamu Kehormat...

December 8, 2010

Nakhaie Sindir Nik Aziz?

KUALA LUMPUR, 8 Dis — Bekas Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Datuk Mohd Nakhaie Ahmad berkata tidak perlu bagi Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan mengadakan fatwa bagi melarang orang bukan Islam membaca dan membuat huraian terhadap teks al-Quran sebagaimana disaksikan ketika Kongres Nasional PKR baru-baru ini. Ketika dihubungi The Malaysian Insider, Nakhaie berpendapat bahawa fatwa bagi melarang orang bukan Islam membaca dan membuat huraian terhadap teks al-Quran tidak perlu digubal.

Bagaimanapun Nakhaie menegaskan, sesiapa sahaja sama ada orang Islam dan orang bukan Islam tidak boleh membaca dan membuat huraian al-Quran sekiranya tidak terlebih dahulu memahami maksud sebenarnya ayat tersebut. “Ia bukan tertakluk kepada orang bukan Islam sahaja tetapi orang Islam juga, kalau tidak faham tentang ayat al-Quran jangan tafsir apatah lagi mengatakannya di khalayak ramai.

“Sesiapa sahaja yang nak tafsir ayat al-Quran kena belajar betul-betul supaya faham kemudian apa yang ditafsirkan itu lebih tepat dan jelas. “Jadi bagi saya fatwa untuk halang orang bukan Islam tidak wajar kerana kita tidak boleh halang mereka untuk kaji al-Quran tapi jangan cakap kalau tak faham,” katanya. “Kita tidak boleh larang orang bukan Islam untuk kaji al-Quran tapi kalau nak kaji biarlah teliti betul-betul, jangan main-main,” tambah Nakhaie.

Beliau berkata al-Quran boleh dikaji oleh sesiapa sahaja termasuk orang bukan Islam tetapi dengan syarat perlu faham maksud sebenar sebelum membaca atau membuat huraian. “Al-Quran boleh dikaji termasuk oleh orang bukan Islam juga tetapi kena faham tafsirannya dulu sebelum nak cakap apa-apa tapi kalau nak keluarkan fatwa untuk halang tidak bolehlah. “Yang penting jangan manipulasikan ayat al-Quran demi kepentingan politik sama ada untuk diri sendiri atau parti. Jangan manipulasikan ayat al-Quran,” katanya.

Bekas naib presiden PAS itu turut menjelaskan pemimpin tidak wajar untuk membaca dan menghuraikan ayat al-Quran di pentas politik sekiranya tidak jelas tentang maksud sebenar ayat yang ingin dihuraikan itu. “Untuk kaji dan memahami al-Quran tiada masalah tetapi jangan pula gunakan ia di pentas politik, ini bukan untuk orang bukan Islam sahaja tetapi orang Islam termasuk Datuk Nik Abdu Aziz Nik Mat (Mursyidul Am PAS) juga.

“Jangan gunakan ayat dan tafsiran al-Quran di pentas politik, bagi kalau digunakan juga ia seolah-olah memanipulasikan ayat al-Quran. Kalau guna untuk kepentingan politik tidak boleh lebih-lebih lagi untuk mereka yang tidak faham tentang ayat-ayat al-Quran. “Kerana jika ada pemimpin yang gunakan ayat al-Quran di pentas politik itu manipulasi namanya, sebab itu tidak boleh main-main dengan ayat al-Quran ini. Kalau tidak faham lebih baik jangan cakap,” tegas Nakhaie.

Sementara itu, Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib turut menyokong pandangan Nakhaie dengan mengatakan tidak wajar untuk Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa bagi melarang perbuatan orang bukan Islam membaca dan membuat huraian terhadap teks al-Quran. “Saya tidak tahu ia boleh mencetuskan perpecahan di kalangan masyarakat. Sekiranya tafsiran yang dibuat itu betul dan tepat ia boleh menyedarkan masyarakat.

“Mengenai tafsiran yang tidak tepat ia bukan merujuk kepada orang bukan Islam sahaja tetapi orang Islam juga, kalau tidak faham tafsiran tersebut jangan cakap. Pastikan dulu dengan betul baru boleh cakap. “Bagi saya tidak perlu fatwa dalam perkara ini, kenapa perlu difatwakan? Fatwa tidak diperlukan tetapi kalau salah tafsir kita perlu nasihat mereka supaya tafsiran yang hendak dibuat itu perlu benar-benar tepat dengan merujuk kepada tokoh-tokoh agama atau ulama,” katanya.

Laporan media menyebut Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan sebulat suara mahu perbuatan orang bukan Islam membaca dan membuat huraian terhadap teks al-Quran secara sewenang-wenangnya dihentikan bagi mengelak timbul keresahan dan perpecahan dalam masyarakat. Majlis itu yang mengadakan mesyuarat khas di Sepang Jumaat lalu memberikan nasihat dan teguran kepada seluruh masyarakat termasuk bukan Islam bahawa teks suci al-Quran tidak boleh digunakan untuk kepentingan tertentu termasuk bagi tujuan peribadi dan politik.

Pengerusinya, Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata, meskipun ulama tidak melarang orang bukan Islam membaca al-Quran, namun situasi semasa membabitkan tindakan beberapa pemimpin bukan Islam parti pembangkang menghuraikan teks kitab suci itu telah menimbulkan kekeliruan dan merenggangkan hubungan di kalangan umat Islam sendiri.

“Semua mufti melahirkan rasa tidak setuju dengan situasi yang berlaku sekarang dan perkara yang berlaku sejak 2009 termasuk isu orang bukan Islam memasuki rumah ibadat orang Islam dan terbaru tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri Hutan Melintang, S. Kesavan membaca terjemahan petikan ayat al-Quran secara salah,” kata beliau.

Oleh kata beliau, pihkanya mahu mengambil langkah menggunakan kaedah sad zaraik iaitu mencegah atau mengelakkan keraguan. “Maka kita rasa elok elakkan menggunakan teks al-Quran di atas pentas politik dengan kepentingan tertentu apatah lagi membaca maksud al-Quran secara tidak tepat. “Mentafsirkan al-Quran tidak boleh dibuat secara sambil lewa atau spontan di atas pentas ceramah tetapi perlu ada kaedah tertentu yang mesti difahami daripada awal,” kata beliau.

Pertemuan itu diadakan ekoran perkembangan pada Kongres Nasional PKR di mana Kesavan, perwakilan dari Perak, memetik makna Surah Ali Imran semasa membahaskan satu usul. Kesavan dilapor membacakan terjemahan yang salah daripada Ayat 190 dan 191 Surah Ali-Imran dan ia mendapat kecaman daripada beberapa pemimpin. Bagaimanapun Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, orang bukan Islam dibolehkan untuk memetik ayat-ayat al-Quran untuk merujuk sesuatu perkara. Tambah Nik Aziz, berdasarkan pengalaman berceramah dengan pemimpin DAP, selalunya mereka terlebih dahulu merujuk kepadanya sebelum berucap.

14 comments:

Anonymous said...

Kita melarang bahan lucah bebas jual di tempat awam kerana lambat-laun budak pondok pun boleh terpengaruh maklumlah nafsu syahwat semua orang ada. Persoalannya, kenapa Al-Quran tidak boleh dipetik oleh bukan Islam maklumlah semua manusia sudah built-in fitrahnya di zaman roh dahulu mengenai tuhan? Bukan Islam hanya memetik ayat Al-Quran, bukannya menghina dgn tafsiran nakal dan sinis. Al-Quran ada magnetik fieldnya, kenapa mahu dijauhi kepada non-muslim ?

DR NO

dzimba MMIM said...

Abng Aziz tengah sakit...bawa bersabar

Anonymous said...

menjauhkan manusia dari mana-mana kitab memang tak elok.

tetapi orang kristian juga pasti tidak suka kalau petikan dari bible dijadikan alat oleh bukan kristian untuk menghina orang kristian jua.

dalam konteks yang sama sudah tentu mukmin tidak suka bukan mukmin menggunakan kalam Tuhan dengan niat tidak baik terhadap mereka.

DR YES

Anonymous said...

Apa niat tersembunyi mereka kita tidak tahu kecuali terzahir pada ucapan, tapi bila bibir mereka memetik Al-Quran, itu adalah peluang, kan Al-Quran itu kuat tarikan.Apa lagi kepada ahli politik berpengaruh, bukan orang kebanyakan.

DR NO

Anonymous said...

hahahaha..
Dr NO,
dia baca itu hak dia..tp yang dia tanya betul ka salah pakat takbir.. betol betol betol...
Tak kan tak dak orang yang nak tegur dia..dah bising2 ni dia tak pulak mintak maaf atas salah tafsir dia... kalau dah salah ngaku ja senang... jangan menegak benda salah...

wanbaki

To Live Again said...

DR.NO

Metafora sng cm ni la..Katakanlah ko minat gila babi dgn bola..Tetiba ada sorang awek ni dia mnat giloa babi dgn ko..

So utk attract ko, dia pon mula himpit ko..Bila dia ada peluang berckp dgn ko, dia pon mula berckp pasal bola utk impress ko..Dia mula la ckp pasal bola berapi2..Wpon fakta dia slh..Dia ckp Ronaldo main MU, Rooney main Barca, Villa main Lpool..Konon cm pndai je pasal bola..

Ko msti menyampahkn pasal ko tau dia buat semata2 nk impres ko je..Dia lgsg x buat homework pon..Dia tgk2 kt astro ke,paper ke terus ckp pasal bola..

Aku gerenti time 2 ko msti MENYAMPAH kn..Bkn kata nk impress ko malahan ko rs cm dibodohkan je..

Cm 2 la kes kafir bc quran..

The Clown said...

Barangkali Dr. No ini gila orangnya!

Anonymous said...

Salam....
Hukamah mengatakan, celakalah mereka yg mentadsir Quran mengikut nafsunya.

Sebagai contoh ayat,

1.Ali makan roti benggali bawah rumah
2.Ali makan roti, benggali bawah rumah

Kalau direnung punyai tadsiran yg berbeda

Anonymous said...

Ada segolongan makhluk memang takut sangat orang baca Al Quran....sebab itu bila ada orang baca Quran,tafsir AlQuran dia cukup elergik....mungkin sakit telinga mendengarnya.Sebab tu kalu nak halau makhluk ni dari medekati kita...baca Al.Quran...Siapa mereka...

Anonymous said...

dr no dengan anon 6.10 tu saja pura2 buat2 tak faham kenapa orang kurang senang orang bukan islam tafsir quran. dah berbuih dijelaskan, BUKAN kita tak suka orang bukan islam mentafsir/membaca quran, KITA TIDAK RELA AYAT QURAN ITU DIGUNAKAN SEBAGAI ALAT POLITIK SEPERTI YANG PARTI 'HAM'PAS LAKUKAN.. COMPRENDE????

mokmek

Salam semua said...

Salam semua...

Jawapan untuk Dr No dan Ustaz Datuk Mohd Nakhaie.

Kalau kita sendiri sebagai orang Islam berasa pandai dan tidak mahu menerima ketetapan yang dibuat oleh Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan yang diwakili oleh para-para Mufti, jadi janganlah kita salahkan orang bukan islam sahaja kerana di antara orang Islam itu sendiri tidak faham apa itu fungsi Majlis Fatwa Kebangsaan?

Belajarlah mematuhi ketetapan fatwa yang telah dikeluarkan kerana ianya bukanlah pendapat seorang alim ulama hatta seorang Mufti.

Pendapat peribadi daripada seseorang walaupun beliau seorang alim ulama dikira tidak cukup untuk dijadikan Fatwa.

Sejarah yang lepas-lepas telah banyak mengajar kita bahawa ada ketikanya pendapat peribadi yang diucap oleh seseorang pemimpin yang berlatar belakangkan agama telah disalah-ertikan sebagai fatwa yang wajib diikuti oleh pengikut-pengikut mereka.

Apa yang pasti fatwa spontan jenis ini biasanya akan membawa pengertian yang berbeza-beza dan akhirnya menjerumus kepada salah faham di kalangan orang-orang Islam dan juga orang-orang bukan Islam .

Apa yang paling ditakuti, kalau tidak dikawal, ianya akan membawa malapetaka kepada perpecahan di kalangan orang-orang Islam itu sendiri.

Dalam agama, berhujah menggunakan logik akal sahaja adalah tidak cukup untuk diterima bagi satu-satu hukum atau ketetapan. Walaupun yang berhujah itu di kalangan Doktor ( Perubatan / PHD) atau seseorang yang berpendidikan tinggi di dalam apa jua bidang sekalipun.

Biarlah orang-orang yang arif sahaja dalam bidang agama misalnya para-para Mufti berhujah dan membuat ketetapan secara kolektif berdasarkan ilmu atau cabang-cabang agama yang mereka pelajari.

Oleh yang demikian, saya yang hina ini menyeru pada diri saya sendiri juga kepada semua orang Islam termasuklah juga orang bukan Islam supaya bersedia dengan hati terbuka mematuhi serta menghormati ketetapan fatwa yang telah dibuat oleh Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan.

Sekian,

salamsemua2010.blogspot.com

Muhammad Azli Shukri said...

terima kasih komen tuan2

To Live Again said...

to anon December 8, 2010 6:10 PM

Wah! TAKBUR benar ayat ko ek..Ape??? Ada org x suka bc quran?? Alergi dgr quran??? Pergh sng je assumption ko kn!!

Ni la yg selama ni aku dh lm perasaan yg PAS ni buat ISLAM ni HAK XLUSIF diaorg! Bila ada apa2 yg berkaitan Islam je pndangan diaorg je la yg btl..Biralah jumhur ulama mengatakan HARAM tp kalau tok wali diaorg ckp HALAL maka jadilah ia HALAL!

SALAM SEMUA..

Aku bersetuju 100% dgn apa yg ko ckp..Dh selalu aku ckp dkt puak2 PAS ni tlg hormati padangan JUMHUR UALMA..Kalau pndangan jumhur ulama adalah fatwa tapi kalau setakat seorang 2 pndangan peribadi yang mmpu memecahbelahkan org awam..

Pasal 2 kita kena tolak org2 cm dr.asri dn nik aziz..Bkn sbb dia pas atau ape pon..Tp sbb pndangn individu dia yg akan 100% diterima membuta tuli menyebabkan dia x pernah putus mengeluarkan fatwa yg bercanggah dgn jumhur ulama..

Jgn la puak2 pas mendabik dada kononnya dia 2 adalah ULAMA SEJATI yg kononnya BERANI MNONGKAH ARUS..

Ingt Imam Syafie yg 100x lbh alim dn warak dr Nik Aziz 2 pon sentiasa menasihati pengikut mazhabnya supaya menghormati jumhur ulama tmpt kita tinggal..Kalau dh nama jumhur ualam Insyaallah pndangan itu btl..

Jgn la kerana undi yg merupakakn KESERONOKAN DUNIA semata2 kita tolak tepi segalanya demi undi!

Anonymous said...

Hero temel memang suka impressed orang lain. Sayangnya apa yang dia ada hanyalah lagak biasa-biasa aja. Tak percaya? Tengok ajalah filem temelwood!