Tetamu Kehormat...

December 6, 2010

Mengapa Mesti Di Masjid? Mana Kaum Lain?

Saya terpanggil untuk berkongsi sebuah rencana yang agak menarik untuk kita renungi. Rencana yang ditulis oleh JEFRI ZACHARIAH dari Malaysia-Instinct ini sedikit banyak mampu membuka fikiran orang Melayu dan mengapa bangsa kita selalu diperbodohkan oleh orang lain. Baca tulisan menarik beliau : APA SUDAH JADI dengan orang Islam? Itulah persoalan yang bermain di benak saya apabila melihat majoriti mereka yang hadir dalam perhimpunan haram semalam di Masjid Negara. Pada mulanya saya membayangkan bahawa perhimpunan haram ini akan dihadiri oleh rakyat Malaysia berbilang kaum yang tidak berpuas hati dengan kenaikan tariff air. Malangnya apa yang saya bayangkan tidak kesampaian.

Nampak sangat orang Islam telah dipergunakan oleh pihak tertentu untuk menjerit di masjid. Nampak sangat pihak tertentu ini bukan sahaja mahu mempergunakan orang Islam tetapi juga mengganggu orang Islam lain yang hendak beribadat. Pernahkah kita terfikir kenapa setiap kali demonstrari haram mahu diadakan, lokasi di sekitar Masjid Negara akan menjadi pilihan. Umum mengetahui lokas tersebut sememangnya tumpuan orang Islam untuk menunaikan solat, bertasbih dan bertahmid.

Kalau benar demonstari ini disokong oleh semua kaum seperti yang diwar-warkan oleh parti pembangkang kenapa hanya orang Islam sahaja yang nampak beria-ia untuk menyertainya. Mana pergi kaum-kaum lain? Kenapa tidak saja memilih lokasi-lokasi seperti gereja, kuil atau kawasan sekitar tokong? Mungkin sebab tempat beribadat ini dipunyai oleh bukan Islam maka ia tidak boleh diganggu.

Untuk rekod, perhimpunan oleh mereka yang membantah kenaikan 37 peratus tarif air di Selangor semalam anjuran kumpulan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim itu menjadi antara punca utama kesesakan kerana para penyokongnya berhasrat untuk berarak dari Masjid Negara ke Istana Negara. Kumpulan itu memilih Masjid Negara untuk berkumpul bagi mengelakkan pihak berkuasa membuat tangkapan, malangnya dalam masa yang sama ia telah menjejaskan aktiviti dan ibadat orang ramai di masjid itu.

Tindakan hampir 4,000 orang yang membantah kenaikan tarif air itu memburukkan lagi kesesakan laluan utama di ibu negara apabila mereka cuba berarak ke Istana Negara, walaupun polis telah melakukan pancutan air bagi meleraikan perhimpunan. Situasi yang semakin tidak terkawal itu memaksa pihak polis menutup beberapa jalan utama ke ibu negara dari pukul 10 pagi sehingga 5 petang bagi memastikan tiada perkara yang tidak diingini berlaku.

Seramai 48 individu termasuk seorang ‘Yang Berhormat’ ditahan kerana cuba berarak ke Istana Negara dan dijangka dibebaskan dengan jaminan polis lewat petang semalam. Kesemua mereka disiasat mengikut Seksyen 27 Akta Polis 1967. Paling mengecewakan, kumpulan terbabit bukan saja tidak mematuhi arahan pihak berkuasa malah bertindak agresif dengan membaling batu ke arah anggota polis yang mengawal keselamatan.

Bagi saya, mereka yang menyertai demonstrasi tersebut bukan sahaja telah dikuda-kudakan oleh pihak lain tetapi juga telah mencemar kesucian agama Islam. Inilah niat jahat pemimpin bukan Islam parti pembangkang, mengajak orang Islam berdemonstrasi dan memilih lokasi tumpuan orang Islam. Kalau mereka betul-betul mahu berdemonstrasi kenapa tidak memilih kawasan-kawasan yang dikuasai oleh oleh bukan Islam? Malangnya pemimpin Islam parti pembangkang juga terikut-ikut kehendak rakan-rakan mereka. Nasihat saya, jika anda berani, lain kali kalau mahu berdemonstrasi pilihlah stadium atau pun pergi ke Jalan Petaling. Fikir-fikirkanlah.

12 comments:

Anonymous said...

Penyokong PR haram jadah..tak tahu di untung...yang melayu nya bongok.. tak dapat menilaikan diri nya diperKuda oleh kaum lain. mintak mintak telingkup lah PR pd PRU 13 nanti.

Anonymous said...

rasanya dalam fhoto minaq jingo byk juga kaum lain yg turut serta

http://minaq-jinggo.fotopages.com/?entry=2109839&back=http://minaq-jinggo.fotopages.com/?page=0

Anonymous said...

Kaum lain tak cuma sekor dua je...yg best ye student buat demo, ini lah our future orang melayu yg bakal merempat dibumi sendiri. Belajar cuma nak lulus tapi pemalas berangan tinggi nak makan gaji, bila merempat salah kerajaan, tp diri sendir tak fikir yang peluang yg diberi diguna untuk menyesatkan diri, walhal duit korang belajar pun dari duit rakyat, patutlah byk yg tercicir dek kena menyumpah hari hari oleh kaum yg cukup anti melayu dan juga melayu yg meluat dengan perangai anak muda yg suka menyusahkan diri.

Org melayu kuat demo orang cina kuat cari duit bisnes, timba ilmu setinggi gunung everest, orang cina tepuk tangan orang melayu kering tekak bawah panas terik berdemo, ada otak tak tau guna, kata berilmu tapi fakta, sejarah, serta sebab penyebab tak ambik kira tak de pertimbangan, sbb itu mudah jadi pelacur PKR. Kesian bangsa melayu dek kerana politik sanggup melondeh diri...SYABAS buat semua yg berdemo, patutnya demo minta tuntut janji PRU12 terbalik kuang pulak....ahahhaah melayu kena tipu.

Muhammad Azli Shukri said...

terima kasih atas info tuan

Anonymous said...

Salam, inilah salah satu daripada antara kiamat-kiamat kecil. Antaranya :-

1) Penaklukan Baitulmuqaddis
“ Dari Auf b. Malik r.a., katanya, "Rasulullah s. a. w. telah bersabda:"Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari”

2)Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita
“ Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu" - Sahih Muslim ”

3) Dari Ali dan Abu Hurairah r.a.: "Apabila harta rampasan perang (milik umum) dikuasai segelintir orang sahaja, barang amanah menjadi rampasan, harta zakat menjadi hutang, seorang lelaki mentaati isterinya dan menderhakai ibunya, berbuat baik kepada temannya dan berbuat kasar kepada bapanya, suara-suara tinggi di masjid-masjid, yang menjadi pemimpin suatu kaum (bangsa) adalah orang yang hina (berkelakuan/bersifat keji) di antara mereka dan orang yang menjadi ketua suatu suku (kabilah) adalah orang fasik di antara mereka, seorang lelaki dihormati kerana takut jahatnya, arak biasa diminum, sutera biasa dipakai (oleh lelaki), munculnya penyanyi perempuan dan alat-alat muzik, orang yang di kalangan umat terkemudian akan melaknat (mengutuk) umat terdahulu, maka ketika itu hendaklah mereka menunggu kedatangan angin merah atau pembalikan bumi atau keburukan bentuk-bentuk atau tanda-tanda yang beriringan seperti tali yang putus maka jatuhlah biji secara berterusan". - Riwayat Tarmizi ”

4)Munculnya gaya hidup mewah dan manja di kalangan umat Islam

5)Orang fasik dimuliakan sedangkan orang mulia dan terhormat direndahkan.

6)Kiamat tidak akan berlaku kecuali apabila ilmu telah diangkat, banyaknya berlaku gempa bumi, timbulnya huru-hara dan banyak pergaduhan iaitu pembunuhan - Sahih Bukhari

7) Suara manusia meninggi (menjerit dan berteriak) di masjid-masjid.

Anonymous said...

ramai orang cina dan india yg join sekali demo ni....semata mata nak menuntut agar kekayaan dari sumber air ni tidak dilahap oleh puak2 ketuanan melayu tan sri rozali ismail syabas bete yng bergaji 5 juta setahun dan ada hati lg nak naikkan taraf air kat selangor, kl dan putrajaya ....sila rujuk di sini
http://www.youtube.com/watch?v=lcO5Y-Gd6IA&feature=related

adios

blogenstarz said...

Salam:
Sebenarnya,jika mereka melakukan diluar Masjid Negara,Maka lagi ramailah yang kena tangkap.
POLIS terpaksa bertindak diluar kawasan Masjid Negara sahaja.Jika bertindak berterusan sehingga kedalam,mereka akan SPIN PAHIT lagi tindakan POLIS menahan mereka.
SEBENARNYA MEREKA TAKUT DAN BACUL !

Tolong pautkan link saya !
http://blogenstarz.blogspot.com

tebing tinggi said...

MANA KAUM LAIN ???.

Jawapannya amat mudah, kaum Cina dan India terlalu cerdik bertindak memenupulasi diatas kebodohan Melayu.

Kesian Melayu!,sudahlah status mereka dipertikaikan,tidak cerdik pulak dalam bertindak.
Adakah terjerit terlolong itu kuat?,bila melayu nak insaf ?.



1sekolah>1bahasa>1Malaysia

hafiz said...

ada jugak kaum lain yang sertai
cuma tak seramai orang2 melayu.
Orang cina & india xde masa nak join benda2 ni rasanya..mereka lagi banyak guna air dari SYABAS untuk Kilang2 dan bisnes diorg..melayu guna untuk isi rumah je kebanyakan nya...ASTRO mampu bayar mahal2..tapi untuk air?

Muhammad Azli Shukri said...

hafiz saya sependapat

To Live Again said...

Kaum2 lain mcm biasa la hbskan masa dgn kwn2,anak bini la ape lg..Ingt cina bodo ke nk terjerit2 melalak tepi jln.Mgkn ala ada tp x smpai pon 10% dr peserta demo semlm.Diaorg ni dh jdkan melayu cm ANJING TERLATIH..Cuba tgk kalau polis kejar penjenayah..Kalau dia tgk penjenayah 2 xnk surender dia lepas je anjing 2..Tau la anjing 2 nk buat ape pasal dh DILATIH dgn ARAHAN dn ISYARAT dr jauh je..

Lepas setel je dn penjenayah dh REBAH..Dia just bersiul je, terus anjing 2 tnggalkan penjenayah dn dtg kepada TUAN dia dgn LIDAH TERJELIR..Keja polis dh jadi mudah nk tgkap PENJENAYAH!..

Kesian melayu..Septtnya dlm metafora ni MELAYU yg jadi POLIS dn CINA yg jd ANJING..Tp terbalik plak..Kesian melyu PR!

Anonymous said...

Agak-agak dapat pahala ke dapat dosa depa yang mengganggu ketenteraman masjid? Enough is enough. Pihak pengurusan masjid harus bertindak dengan menutup masjid kepada mereka yang datang dengan tujuan lain. Sedih tengok masjid dicemari anjing-anjing.