Tetamu Kehormat...

December 30, 2010

Melampau! Selepas Idris Ahmad Kini Giliran Khalid Samad Pula

Tidak sampai 24 jam Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad menuduh kononnya UMNO cuba mewujudkan pentadbiran ala-Malayan Union di negara ini - seorang lagi pemimpin PAS yang terkenal dengan pelbagai kontroversi, Khalid Samad membuat satu lagi tuduhan melulu terhadap kerajaan, kononnya pelantikan Khusrin sebagai SUK Selangor sebagai agenda terancang BN untuk membubarkan DUN Selangor, seperti mana yang berlaku di Perak (Baca di Sini). Kebiasaanya, seseorang yang sering berburuk sangka dan suka menuduh orang lain berniat jahat dengan dirinya - adalah cermin dirinya sendiri yang sebenar bersikap sedemikian. Tabiat para pemimpin PAS yang acapkali menuduh UMNO dengan pelbagai fitnah dan pembohongan - adalah manifestasi perangai mereka yang sebenarnya.

Seorang yang jahat, akan selalu memikirkan orang lain juga mempunyai niat jahat terhadap dirinya. PAS sering menuduh UMNO merancang itu dan ini, tetapi mereka selalu gagal mengemukakan bukti. Itulah tanda parti merekalah yang sebenarnya gemar merancang dan merencana sesuatu strategi jahat demi mengejar kuasa dan kedudukan. Fitnah terbaru Khalid ini tidak boleh dipandang ringan, bahkan boleh dianggap sebagai satu penghinaan terhadap Tuanku Sultan Selangor.

Pertikaian pelantikan Khusrin sebagai SUK dalam kalangan pemimpin Pakatan Rakyat (PR) adalah penghinaan yang jelas terhadap Sultan Selangor. PK cuba menunjukkan seolah-olah Sultan Selangor terlalu dungu dan tidak bijak, sehingga mudah dipergunakan oleh UMNO dalam memilih Khusrin sebagai SUK Selangor. Pemimpin PR, khususnya manusia seperti Lim Kit Siang, Karpal Singh dan Idris Ahmad sering berhujah, kononnya kerajaan tidak menghormati semangat perlembagaan dan federalisme yang diamalkan di negara ini. Padahalnya, sebahagian daripada semangat federalisme itu adalah menghormati dan taat atas ketetapan yang telah diputuskan oleh Tuanku Sultan. Nampaknya, hal ini sengaja ditinggalkan oleh para pemimpin PR bagi menutup kebohongan mereka dengan daun nyiru.

Sekarang semakin nyata, perjuangan PR adalah bermotifkan agenda DAP yang ingin merealisasikan semangat Malaysian Malaysia - sebuah idealisme hodoh dari Singapura. Mereka sebenarnya bukan peduli dengan perlembagaan negara, institusi kesultanan, bahasa Melayu, hak Keistimewaan Melayu dan agama Islam. Yang mereka mahu hanya satu iaitu kesemarataan dari semua segi. Jika gereja atau kuil milik mereka boleh dilawati dan dimasuki tanpa sebarang kod etika - maka hal yang sama juga hendak dilakukan terhadap rumah Allah milik kaum muslimin! Jika Bible dan kitab Hindu mereka boleh dipegang, dibaca, diletakkan di mana-mana sahaja dan ditafsir mengikut nafsu-selera mereka sahaja, maka hal yang sama juga ingin mereka lakukan terhadap al-Quran! Jika nama tuhan-tuhan agama mereka bebas digunakan di mana-mana sahaja penerbitan dan ditulis mengikut fahaman masing-masing, maka hal yang sama juga mahu mereka lakukan terhadap nama Allah Yang Maha Mulia ini!

Jadi, siapa sebenarnya yang membawa kehancuran kepada negara ini? Jika agama Islam, Sultan dan Ulama tidak lagi dihormati oleh para pemimpin PR - maka apa lagi yang kita harapkan? Apakah dengan semua yang terjadi selama ini - memungkinkan PR akan menjadi begitu prihatin terhadap nasib umat Islam dan orang Melayu di negara ini? Nah! sampai bila kita mahu terus diperbodohkan oleh DAP dan Anwar Ibrahim? Nak tunggu negara ini ranap dan hancur, baru kita terfikir "Oooo, aku tersilap pilih kerajaan laaa". Sudah terlewat semua itu. Apabila nasi sudah menjadi bubur - tunggu sahaja kubur kita dikencing oleh cucu-cicit kita sendiri! Ada otak tolong jangan fikir guna kepala lutut! Wallahualam

11 comments:

Wake UP! said...

Ni bukan fikir guna kepala lutut. Dah tahap fikir guna kepala konek.

adf55650 said...

Species kedua2 ni kan same je. Species yang hampir pupus. Nama mereka ni xkan masuh buku sejarah, tp masuk muzium.

Anonymous said...

Orang Shah Alam kebanyakan nya bijak-bijak dan majoritinya dari golongan menengah dan profesonal. mereka pandai mengenal batu atau intan pasal tu mereka memeilih Khalid Samad. Susah nak ditipu oleh UMNO.
Kalau dilihat dari air muka Khalid Samad dan saudara Azli Shukri insyallah mereka kenal siapa yang jujor dan boleh dipercayai.

Orang Shah Alam

red said...

kalid gereja memang bangsat

Anonymous said...

anon,
Sebelum antah nak percaya kepada airmuka Khalid Samad, selidik lah perangai dia semasa di Southampton dulu...

Muhammad Azli Shukri said...

terima kasik komen tua2

shamshul anuar said...

Saudara azli,

Sebenarnya tiada ada apa peliknya perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri. Setiausaha sekarang tamat tempoh berkhidmat hari ini dan setiausaha baru dilantik.

Setiausaha Kerajaan Negeri adalah lantikan SPA. Kuasa melantik bukan di tangan Kerajaan Negeri. Ianya ditangan SPA dengan dapat perkenan Yang DiPertuan Agung .

Inilah masalahnya jika umat Islam suka melakukan perkara yang dilarang iaitu bersangka buruk sesama sendiri. Ada yang kata pelantikan Setiausaha baru sebagai cubaa untuk jatuhkan Kerajaan Negeri.

Bukankah kita semua diingatkan supaya jangan bersangka buruk dan jangan memfitnah. sudah ada buktikah beliau mahu jatuhkan Kerajaan Negeri.

Pada Khalid Samad, saya nasihatkan beliau supaya jaga mulut. Banyak yang keluar dari mulutnya adalah fitnah. DAlam kes kalimah "Allah" , beliau begitu menjaga kepentingan kristian tanpa mahu menyedari bahaya nama "Tuhan" dikongsi. Berkongsi nama. Lama lama kongsi akidah.

Seorang rakan Cina saya yang rapat dengan saya kata beliau pelik melihat ahli politik Melayu mengamalkan budaya "berperang" dengan Raja sendiri. Dan lebih sedih mereka begitu bangga berbuat demikian tanpa mahu berfikir( memang specise tak berfikir) bahawa tindakan mereka membantu lenyapkan institusi Raja Raja.

Pada PAS, semoga jangan kerana kuasa sedikit didunia ini samnggup jadi "kuda" pada DAP yang memusuhi Islam termasuk PAS sendiri.

To Live Again said...

Bro azli,

Sy mmg dh agak dh..Hr ni sempena cuti umum team bola msia mng, maka sempat la sy solat jumaat di surau btl2 di depan rumah saya yg diberi taraf masjid utk mendirikan solat jumaat.

Surau ni di pandan indah..AJKnya hmpir 100% org PAS PIS PUS..Yg plg mengejutkan sy, sebelum solat jumaat dibuat pengumuman bahawa 1 solat hajat akan diadakan.Bunyinya cm ni..

" Tuan2 selepas solat jumaat ini, kita akan mengadakan solat hajat yg tujuannya err,err,err..Untuk MEMPERTAHANKAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR YG BREKEBAJIKAN KEPADA RAKYAT DARIPADA SERANGAN MUSUH2 ISLAM.."

Jelas ketika membuat pengumuman itu, penegurusi msjd agak tegagap2 untuk memberitahu tujuan utama solat itu.Sy yakin dn percaya sebolehnya dia nk ckp TUJUAN SOLAT HAJAT ITU ADALAH BAGI MEMPERTAHANKAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR..Tp untuk tidak menampakkan dgn jelas agenda politik diaorg maka digunankan perkattan UNTUK MEMPERTAHANKAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR DARI FITNAH PUAK2 YANG BENCI PADA ISLAM...

Soalan saya ialah:

1. Musuh Islam yang mana yang sedg memfitnah selangor. Islam sgt ke kerajaan selangor yg ditnjangai khalid dn ditunggangi eli bogel dn terese cock smpai mush Islam nk BENCI..

2. Jika berani tunjukkan la bukti yg KERAJAAN SELANGOR DIFITNAH OLEH MUSUH ISLAM..Dan nyatakan dengan JELAS SIAPA MUSUH ISLAM 2 dn FITNAH APA YG DISEBARKAN..

3.Ketika menyampaikan ucapan ini, org yg bercakap 2 menyatkan ini adalah arahan KERAJAAN NEGERI SELANGOR..Yg tujuan kononnya bagi melindungi kerajaan negeri selangor..Sy nk tanya adakah arahan ini dr Hassan ali atau YDA JAIS atau titah perintah Tuanku Sultan..Ini kerana suma hal berkaitan Islam hendaklah mendapatkan kebenaran Tuanku sebagai ketua agama Islam,,Ini jelas SOLAT HAJAT POLITIK!

Saudara azli blh tgk sndiri betapa desparadonya diaorg..Betapa diaorg sudah mula terbayangkan KEKALAHAN yg bakan MENJEMPUT MEREKA di PRU13 nnti..

Yg membuatkan sy lega apabila melihatkan lebih separuh jemaah terus bgn dn mninggalkan surau tersebut bila saja si imam mula mengangkat takbir untuk memeulakan solat hajat tesebut..Jelas PAS dn PKR kian hilang undi org melayu!

Muhammad Azli Shukri said...

TLA, satu info yang menarik, terbukti sokongan orang melayu semakin hilang untuk pas dan pkr

Anonymous said...

Kalau Raja tak sokong Umno, Raja dituduh Natang, Zalim dan sebagainya oleh puak Umno.

Kalau Khalid di Southhampton itu kalau benar pun ia kesah lampau. Pemimpin Umno maksum ke? Masa muda-muda dulu baik ke? Nak tengok gambar? Yang heran itu sampai sekarang pun ada yang tak taubat lagi..

PM Najib tak pernah pergi batu caves semasa thaipusam? Takan masuk batu caves jadi hindu, masuk gereja dari kristian.

Isu Allah, apa masalah? Baca fatiha hari2 tapi tak faham maksud ayat. Bukan ke "Alhamdulillah hi rabil Alamin" bermaksud segala pujian kepada Allah Tuhan SELURUH ALAM..

Ada ke ia mengatakan Allah tuhan untuk orang Melayu dan Islam?

To Live Again said...

Anon December 31, 2010 4:51 PM

Woi anon..Spa yg ckp pemimpin umno maksum..Jgn la jd bangang..Pasal x maksum la km ni x suka nk dedah KEAIBAN org lain..Bkn mcm pemimpin PAS PIS PUS..

Membuka keaiban org lain dh jd PERENCAH UTAMA UNTUK MENYEDAPKAN CERAMAH..Tgk blk ceramah Mat Sabu mcm mana..Al-juburi, menorat bini org, tangkap basah, selak kain dll lg dh jd TRADEMARK pd dia..

Jgn lupa betapa kurg ajarnya bunyamin memftnah Tun M pasal tgk video luach dgn anak cucu..

Jgn lupa jgak betapa kurg ajarnya mulut fadhil noor menggelarkan Pak Lah BADWI jaga babi..Ni Islam kepala hotak ape yg korang bawak! Bila terkena pd btg hidung sndiri wah meloncat2 kuarkan dalil itu ini..Piiiraaaa..

Yg ko nk cita pasal isu kalimah Allah..Mmg la Allah tu tuhan sekelian alam..Tp bkn mksud kata org pakai salib menyanyi lagu pemujaan di gereje pon blh letak Allah dlm liriknya..Ko pnh dgr x lagu Agnes Monica tahuknya ALLAH PEDULI..Ko dgr 2 br ko terbeliak bijik mata bagaimana dia cmpurkan perkataan ALLAH JESUS..KO suka la kn dgr cm 2 pasal DAKWAH KORANG BERJAYA SMPAI KE INDONESIA!

Haron Din,Dato Haron Taib dn Dato Taib azamudin pon dh ckp kufur sape yg sokong penggunaan kalimah Allah di kalangan kafir..Setakat khalid samad yg bkn background agama dn ulama dunia cm nik aziz 2 aku ckit pon x heran la..

Ni aku ada BUAH TANGAN TAHUN BARU utk ko..Msti ko dgn anak bini menangsi syahdu melihat kejayaan DAKWAH PAS PIS PUS..Hayati bait2 lirik dia dgn penuh khusyuk..Mgkn lepas ni ko pon blh join agnes sekali..

http://www.youtube.com/watch?v=-x_0ChywET8