Tetamu Kehormat...

December 30, 2010

Melampau! Fitnah Terbaru Idris Ahmad

Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad sekali lagi cuba memfitnah UMNO kononnya mahu membawa pentadbiran negara mengikut acuan ala-Malayan Union, gara-gara polemik pelantikan Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK) baru-baru ini, Baca di Sini. Tuduhan liar lagi tidak berasas itu, ternyata terlalu keji lagi kotor dengan niat mahu mengkambing hitamkan UMNO sebagai dalang pelantikan Khusrin yang tidak disukai oleh Pakatan Rakyat. Saya semakin musykil, mengapa PAS bersungguh-sungguh menolak Khusrin? Sepatutnya PAS bersama-sama menyokong pelantikan tersebut yang dilihat sebagai cubaan Sultan Selangor untuk menerapkan nilai Islamik dalam pentadbiran Khalid Ibrahim. Dengan latar belakang agama yang tinggi, Khusrin dilihat mampu membawa perubahan dari aspek menerapkan unsur-unsur Islamik terhadap pelbagai program yang dianjurkan oleh kerajaan negeri pada masa akan datang.

Sudah tiba masanya, jawatan SUK diberi kepada golongan agamawan yang berwibawa demi membawa perubahan terhadap corak kepimpinan kerajaan negeri Selangor. Pemilihan Khusrin adalah atas kehendak Tuanku Sultan Selangor, dan bukan kehendak UMNO! Fitnah yang dilemparkan kepada UMNO dalam isu ini sangat keji dan jijik - menggunakan nama UMNO untuk mengajak masyarakat membeci Sultan Selangor dan memperlecehkan pilihan Tuanku Sultan, adalah kerja orang bodoh!

Apabila Sultan Selangor mula mempergunakan hak istimewanya atas kerajaan negeri, hal ini bermakna, sudah ada sesuatu yang tidak kena dan disukai oleh baginda sultan dengan corak dan gaya pentadbiran kerajaan negeri di bawah pimpinan Khalid Ibrahim, sejak akhir-akhir ini. Meletakkan agamawan untuk mengisi jawatan SUK merupakan langkah terbaik bagi menghindari penyalahgunaan kuasa, pembaziran dan penyelewengan.

Khalid dan DAP harus merenung kembali diri mereka dan jangan mudah menyalahkan orang lain. Sudah terlalu banyak kudis dan nanah di tubuh badan mereka, sehingga sultan sudah mula rasa tidak selesa. Banyak pandangan, arahan dan teguran daripada baginda sultan, seolah-olah dipandang sepi dan diketepi begitu sahaja oleh Khalid dan DAP. Sultan Selangor sebelum ini sudah menitahkan larangan berpolitik di masjid-masjid dan melarang sama sekali orang bukan Islam (khususnya YB-YB DAP) agar tidak sewenang-wenangnya memasuki masjid, seolah-olah kedudukan rumah Allah itu, sama sahaja dengan rumah-rumah ibadah agama lain!

Namun demikian, titah baginda sultan dalam hal ini tidak sepenuhnya dilaksanakan oleh Khalid. Sultan Selangor sebenarnya sudah terlalu kecewa dengan cara pentadbiran Khalid yang terlalu pro-DAP dan mengikut telunjuk parti itu. Khalid jangan salahkan UMNO atau Tuanku Sultan, tetapi salah diri sendiri! Wallahualam.

3 comments:

Wake UP! said...

PAS. Sedar la diri tu sikit. Kau tu barua komunis.

Masa komunis bunuh Melayu pun kau yang dok tolong komunis tu.

Jangan ingat semua orang bodoh dan tak tau kau dok tolong komunis dulu.

Zek said...

Pemimpin PAS sebenarnya telah tenggelam punca apabila mereka bersekongkol dengan DAP. Sebagaimana termaklum, DAP tidak pernah tunduk pada desakan pemimpin PAS dalam semua hal kerana mereka menganggap PAS lemah dan boleh ditolak ke tepi sahaja.

Lihat apa yang PAS berani buat untuk membela bangsa dia sendiri di Pulau Pinang. Pemimpin DAP boleh buat apa sahaja kepada bangsa Melayu tanpa sebarang bantahan daripada pemimpin PAS kerana mereka terlalu takut pada DAP.

Mungkin DAP dah pegang buah pelior pemimpin-pemimpin PAS sehingga tidak berani bersuara langsung. Mereka seolah-olah telah dicucuk hidung dan mengikut sahaja apa yang diarah oleh pemimpin2 DAP.

Ini adalah gara-gara menuduh UMNO berkongsi kuasa dengan orang bukan Islam dari MCA, GERAKAN DAN MIC.
Sekarang Pemimpin PAS nak kata apa? DAP itu bukankah parti orang kafir? Mereka juga amat anti Islam dan Melayu. Kiblat mereka ialah PAP dari Singapura. Apa yang pemimpin2 DAP lakukan sekarang sama seperti apa yang dilakukan oleh pemimpin PAP Singapura Lee Kuan Yew.

Suara pemimpin PAS sebenarnya datang dari pemimpin DAP. Pemimpin PAS hanya sebagai jurucakap sahaja.

Oleh itu bangkitlah orang-orang Melayu Selangor. Sedarlah bahawa agenda PAS bukan membela Islam. Mereka semata-mata memperalatkan Islam. Lihat sehingga sekarang apa yang telah dilaksanakan oleh PAS untuk pembangunan Islam. 20 tahun perintah Kelantan satu masjid pun tak dapat didirikan.

Muhammad Azli Shukri said...

terima kasih komen tuan2