Skip to main content

Masjid Jadi Tempat Mereka Berkumpul

Gambar kadangkala mencerita seribu kisah - dan sejuta mesej. Posting saya kali ini tidak banyak mencoret idea - tetapi cukuplah sekadar gambar yang bercerita. Masjid yang suci dan merupakan rumah Allah, akhirnya menjadi tempat dan sarang untuk rakyat melepaskan geram dan amarah. Lebih mendukacitakan - orang bukan Islam juga dengan megah dan bersenang-lenang menjejakkan kaki ditempat suci dan mulia ini bagi menunjukkan protes dan bangkangan. Mengapa mesti pilih rumah Allah Yang Maha Mulia ini untuk dijadikan tempat melepaskan sengketa? Sudah tidak ada tanah lagi ke yang boleh digunakan bagi menghimpun orang ramai? Dan berapa ramai pula dalam kalangan mereka yang datang berhimpun pada tengah hari itu, bersama-sama sujud melakukan solat tahiyyatul masjid bagi menghormati rumah Allah yang mulia lagi suci itu? Inikah etika Islam ketika memasuki pekarangan masjid dengan meninggikan suara bagi menunjukkan protes dan kebebasan bersuara? Bukankah kita telah diajar sejak di bangku sekolah lagi, apabila memasuki pekarangan rumah Allah, kita diminta merendahkan suara dan menjauhi perbincangan tentang urusan dunia? Bahkan kita juga disunatkan agar berzikir dan mengerjakan solat sunat apabila berada di dalam rumah Allah. Dunia melihat semua ini. Dan kita membiarkan rumah Allah dipijak-pijak atas nama demokrasi dan kebebasan bersuara. Inikah yang kita mahu?



Comments

otaklunyai said…
apa salahnya kumpul di masjid... selagi ada kesempatan berkumpullah untuk kebaikkan. jangan pulak nanti kena kumpul kat neraka jahannam...
Anonymous said…
Mohon izin utk link kan gambar ke FB saya..misnan
Anonymous said…
PKR kan berkuasa dinegeri Selangor. Banyak kemudahan saperti dewan dibawah kuasa PKR. MENGAPA pilih MESJID tempat berkumpul. MEMANG sahlah PKR MENGUNAKAN AGAMA UNTUK KEPENTINGAN POLITIK dan Bukan Sebalik nya MENGUNAKAN POLITIK untuk kepentingan AGAMA.

Memang lah PKR ini Parti HARAMJADAH.
To Live Again said…
otaklunyai..

Bukan otak ko saje yg dh lunyai tp seluruh badan ko pon dh lunyai kan..

Untuk kebaikan apa??? Cuba bgtau dgn aku?? Kebaikan apa yg smlm 2..Jln hbs jem..Dr pkul 10-5..Kebaika apa??? Terjerit2 masa berkumpul di msjd..Mcm sial!

Respecty la sm msjd..Awat x p buat kt tokong ke kuil ke..Tgk apa reaksi KHALIFAH korang..X hbs2 menjual agam utk politik!

Apa dh xde dewan awam,stadium,auditorium dll..Wei sgor 2 maju..Segala jenis suma ada..Stadium shah alam 2 kalau nk kumpul 100k org pon blh..Apesal x buta!

Makin dibiar mkin MLAMPAU!
wanbaki said…
tak pa..... biarkan...
Anonymous said…
di hati setiap manusia mesti ada masjid bro...hakikat.
cume ada iman @ tak je nak percaya.....

masjid itu untuk semua bro, tak baca ke institusi masjid di zaman Nabi Muhammad...

Masjid tempat yg selamat.....dan mereka percaya itu...
anda???hahahahha

Pilihan Pembaca

Penulis dua dari kanan bersama dengan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin Pada 10 September yang lalu, Sidang Editor Bahagian Majalah berkesempatan berbuka puasa bersama Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di Sime Darby Convention Center. Terima kasih atas Jemputan tersebut. Jazakumullahu Khairan Kasiran. * Dari kiri Ros, Suria Janib (Penolong Editor Dewan Masyarakat ), A. Zaidel (Penolong Editor Dewan Masyarakat ), Datuk Seri Khaled Nordin, Muhammad Azli Shukri (Editor Dewan Ekonomi) , dan Armin Azhari (Editor Pelita Bahasa ).
Nasihat Pemimpin Patuhi Etika Islam Oleh Muhammad Azli Shukri (Artikel saya ini telah disiarkan di dalam Utusan Malaysia pada 18/09/2003) Dalam Islam, pemimpin atau pemerintah yang telah dilantik haruslah diikuti perintahnya, selagi perintah tersebut tidak bercanggah dengan suruhan wahyu dan perintah Rasul, seperti mana firman Allah di dalam surah an-Nisa ayat 59, "Wahai orang-orang yang beriman! patuhilah olehmu perintah Allah dan patuhilah olehmu perintah Rasul dan ulil amri di antara kamu." Oleh kerana para pemimpin atau pemerintah merupakan manusia biasa dan tidak terlepas daripada melakukan dosa dan maksiat, maka mereka juga wajib diberi nasihat oleh rakyat yang sedang di pimpinnya, bersesuaian dengan roh Islam itu sendiri yang berteraskan kepada amar makruf nahi mungkar, sebagaimana firman Allah, "Kamu adalah umat yang terbaik yang telah dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah daripada yang mungkar, dan beriman kepada Allah.'' (
MONOLOG AZLI SHUKRI Bab 10 : Muhammad Azli Shukri Lagi! Saya agak sukar untuk menulis Monolog ke-10 saya pada kali ini. Saya merasakan inilah monolog yang sangat susah untuk saya meluahkannya. Saya tidak tahu, bagaimanakah harus saya sampaikan monolog saya pada kali ini? Apakah saya harus menulis atas prinsip saya sebagai seorang wartawan? Atau sebagai seorang ahli politik? Atau sebagai seorang penulis bebas? Atau sebagai seorang editor? Semua ini menyukarkan saya untuk menulis monolog saya yang terakhir pada bulan ini. Saya merasakan bahawa saya harus berterus terang dengan jujur dan amanah, tanpa rasa takut dan kesal, kerana kebenaran dan jihad harus ditegakkan dengan segala kekuatan yang ada. Yang pasti, kebenaran tidak boleh disembunyikan lagi. Dan Sesungguh, untuk menjadikan kejahatan bermaharajalela, cukuplah sekadar kebenaran mendiamkan diri! Saya tidak berupaya membiarkan itu semua berlaku. Dan untuk kali ini saya harus bercakap benar dengan nada yang berterus terang. A