Tetamu Kehormat...

December 8, 2010

Masa Untuk Memohon Maaf

Malaysia-Instinct melaporkan Nik Aziz Nik Mat mengalami sesak nafas dan telah dimasukkan ke hospital malam tadi. Baca berita ini : Ini satu berita gempar yang Farah terima tengah malam ini, dimaklumkan seorang rakan dari Kelantan bahawa Nik Aziz sakit tenat malam ini dan terpaksa dibawa ke hospital. Punca dikatakan kerana sesak nafas. Nik Aziz dikatakan dibawa menggunakan ambulan malam tadi. Setakat ini tidak banyak maklumat yang diperoleh namun keadaan beliau dikatakan tenat dan beliau ditempat di wad rawatan rapi Hospital. Sakit beliau ini dikatakan ada berhubung kait dengan sakit dialami ketika mengerjakan haji tahun ini. Beliau dikatakan gagal menyempurnakan ibadah berkenaan dan terpaksa membayar Dam (denda). Nampaknya sakit mengikut beliau sehingga ke negara ini. Walaupun mungkin berlainan haluan politik, mari bersamalah kita mendoakan kesejahteraan beliau.

Info Ringkas Tok Guru:

Dilahirkan pada tahun 1931 di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu beliau merupakan anak kedua daripada sembilan orang adik-beradik. Hasil perkongsian hidup dengan isterinya, iaitu Tuan Sabariah Binti Tuan Ishak, beliau dikurniakan 10 orang cahaya mata (5 lelaki dan 5 perempuan).

Ulasan Saya : Kepada mana-mana pihak yang sering mengutuk, mencela dan melabel Nik Aziz dengan panggilan yang buruk-buruk, mohon sebaik-baiknya pihak ini bersegera meziarah Nik Aziz dan mohonlah keampunan terhadap apa-apa dosa yang telah dilakukan terhadapnya. Walaupun Nik Aziz berlainan fikrah dengan pemimpin UMNO/BN - namun demikian, beliau tetap saudara seIslam kita. Semoga Allah memberikan kesihatan yang baik dan berterusan kepada Menteri Besar Kelantan itu. Wallahualam.

13 comments:

Anonymous said...

Walau pun kita proBn dan proUmno selalu di 'balun' oleh beliau secara terbuka . .kita yang selalu 'balun' dia pun nak minta maaf secara terbuka lah jugak . .Bermaaf maafan lah kita Tuan Haji Nik Aziz . .ZERO2

Azraque said...

tiada maaf baginya

... said...

request 1 lagu bole... maafkan kn kami - p.ramlee....:)

Anonymous said...

sepatutnya nik aziz yang kene mintak maaf kepada ahli umno diatas kenyataan kafi mengkafir & tak masuk syorga kalu pangkah umno.....

Muhammad Azli Shukri said...

kita faham itu semua...elok kita sebagai ahli UMNO tunjukan akhlak baik dan bukti yang sesungguhnya kita ahli UMNO tidak seperti ahli PAS yang suka mengumpat dan mengkafirkan sesama Islam. Tidak rugi pun kalau kita meminta maaf kepada Nik Aziz, dan tidak hilang satu sen pun duit poket kita dengan memohon maaf kepada Nik Aziz...fikir2kan

kopi Boy said...

dah menjadi tanggungjawab kita menegur kerosakan yg dilakukan tapi disamping itu kita juga perlu mendoakan kesejahteraanya.Semuga cpt sembuh dan sentiasa diberkati Allah, amin.

Anonymous said...

kalau pm atau tun M masuk hospital puak sialan dari pati pis/pkr doakan kemataian dan sebagainya.. umno belum sebusuk hati mcm tu.. itu apa yg aku tahu .. aku bukan ahli mana-mana parti .. aku bebas...bukan SEX bebas tau

To Live Again said...

Syabas bro..

Sedara azli merupakakn antara contoh blog pro-bn yang BERSIH kerana tidak diadunkan bersama kata2 kesat dn karikatur atau lakran grafik yang mengaibkan..

Anonymous said...

Sebab tu saya juga suka blog ini, bukan taraf 'pasar' mcm papa gomo dan sekutunya yang jenis goblok sampai hati rasa kering.Di sini, kita 'berperang' utk menperkayakan khazanah ilmu dan hikmah.

DR NO

MymassaVoice said...

kadangkala, kematian itu membawa lebih rahmat dan kebaikan daripada kesihatan itu sendiri. Ayuhlah doakan bukan sahaja kesihatan beliau, malah semoga Allah SWT membukakan pintu hati Nik Aziz kepada jalan kebenaran dan perpaduan UMMAH!

Muhammad Azli Shukri said...

terima kasih TLA dan DR No

Abd. Hayee said...

Kalau ada pun teguran terhadap Dato Nik Aziz Nik Mat, MB Kelantan ia adalah bertujuan untuk menyatupadukan umat Islam. Saya mendoakan kesejahteraannya dan semoga beliau sihat semula.

Saya juga berdoa dia akan berhijrah untuk bekerjasama dengan UMNO yang semuanya adalah orang Islam juga. Amin.

Saya menyusun jari memohon ampun dan maaf atas keterlanjuran kata dalam membuat teguran.

Anonymous said...

ya YB Azli..anda adalah cermin pemimpin pelapis masa depan..bila saya bandingkan dgn FB Pemuda UMNO,penuh dengan ayat kotor,cacian makian..tp anda maintain YB Azli....Kekalkan, idola kita TDM pun tidak pernah mengeluarkan kata kata kesat...TGNA perlu kita hormati atas ketinggian ilmu agamanya..jgn pertikaikan kredibilitinya. Dosapahala itu urusan tuhan.....saya melihat org yg sibuk mencerca sesama islamini adalah org yg rendah ilmu dan akhlaknya...kalau penghinatersebut tahu pasal dosa pahala pastinya mereka lebih cakna dalam memberikan kata kata.....

kadirpokya..